Rabu, 13 April 2011

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


DARI VIDEO KEPADA JAM OMEGA, DATUK T MASIH BEBAS JUGA

Posted: 12 Apr 2011 08:02 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAYSIAKINI melaporkan, identiti pemilik jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada polis berhubung kes rakaman video aksi seks didakwa melibatkan pelaku dilaporkan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui tidak lama lagi, kata polis. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.

Biarkan Polis mahu siasat jam itu atau mahu ambil tilam, cadar atau apa jua yang dirasakan perlu untuk siasatan kes video seks tersebut. Apa yang rakyat mahu tahu pada peringkat ini adalah mengapa Rahim Thamby Chik, Eskay dan Shuib (three strooges) tidak ditangkap atas dakwaan memiliki dan menayangkan video lucah di khalayak awam di dalam hotel? Mengapa pihak pengurusan hotel tidak ditangkap atau didakwa kerana bersubahat di dalam penayangan video lucah itu? Mereka sudah mengaku dan saksi pun ramai, tarikh dan tempat kesalahan yang telah mereka lakukan itu telah diketahui, jadi apa masalahnya lagi pada pihak Polis?

Itu perkara pertama yang pihak Polis mesti lakukan kerana ianya tidak memerlukan siasatan atau bukti lagi kerana ketiga-tiga `three strooges' telah mengaku terlibat di dalam menayangkan video lucah berkenaan. Mengapa mereka masih bebas dan tidak didakwa? Jika ini gagal dilakukan, adakah perkara yang lebih rumit lagi iaitu untuk menyiasat siapa pelakun lelaki yang berperut buncit, wanita jalang dan siapa pemilik jam Omega itu dapat disiasat dengan teliti serta telus?

Sekarang kita mahu satu pendirian dari pihak Polis, adakah menjadi satu kesalahan jika kita menayangkan video lucah dan memanggil beberapa orang awam untuk menjadi penonton atas apa jua sebab sekali pun? Di sinilah rakyat akan menilai tahap profesionalisma PDRM di bawah KPN yang baru. Jika ini gagal dilakukan, usahlah merasa kecil hati jika rakyat menganggap PDRM seperti satu komponen parti politik yang suka `berpolitik'./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: