MiLo SuaM |
- Taib pernah janji mahu letak jawatan pada tahun 1995
- Orang politik ditangkap khalwat dengan gadis 16 tahun
- Jam Omega sebenarnya milik Dato T sendiri?
Taib pernah janji mahu letak jawatan pada tahun 1995 Posted: 12 Apr 2011 01:46 PM PDT Laporan akhbar Straits Times pada tahun 1995, pernah menyiarkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Pehin Taib Mahmud yang pada masa itu berjanji untuk meletakkan jawatan dalam masa lima tahun. Kalau Taib Mahmud tidak memungkiri janji ini dahulu, hari ini tiada rakyat Sarawak yang menolak Barisan Nasional kerana berang dengan perompak besar ini. Sepatutnya sejak tahun 2000 (11 tahun dulu) lagi Taib Mahmud sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak jika dia memenuhi janjinya. Di sini bukti jelas menunjukkan bahawa pemimpin kebanggaan gerombolan songkok tinggi ini adalah penipu besar. Walau bagaimanapun, pihak Pakatan Rakyat seharusnya berterima kasih dengan penipuan Taib Mahmud ini. Dengan adanya pemimpin Barisan Nasional yang merompak harta rakyat, gila kuasa, kronisme dan nepotisme seperti ini, maka tugas Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Barisan nasional di Sarawak menjadi semakin mudah. Terima kasih kepada Taib Mahmud kerana telah gagal mentadbir Sarawak dengan baik dan jujur. ReJaM© "Kalau Taib Mahmud letak jawatan, Pakatan Rakyat lagi pening kepala nak menang kah kah kah..." |
Orang politik ditangkap khalwat dengan gadis 16 tahun Posted: 12 Apr 2011 01:06 PM PDT Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin. Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah diketuai Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail dan ahli Rukun Tetangga (RT). Difahamkan semasa kejadian, penguatkuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguatkuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan. Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban. "Dia bersama pasangannya itu kemudian dibawa ke pejabat JHEAIK untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan. "Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini," katanya. Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan [Tranungkite] ReJaM© "Jika benar Anwar Ibrahim berzina dengan pelacur cina, dan Datuk T melaporkannya kepada JAKIM, awal-awal lagi karier politik ketua Pembangkang sudah terkubur, ada jalan mudah pilih jalan susah kah kah kah..." |
Jam Omega sebenarnya milik Dato T sendiri? Posted: 12 Apr 2011 02:42 AM PDT Kalau baca kat laporan Portal Bernama Online, pihak Polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam omega yang dipopularkan gerombolan songkok tinggi kepada kepada syarikat yang mengedarkannya dengan tujuan untuk mengesan siapakah pemilik jam tersebut. Berita ini sudah disiarkan sejak 11 April 2011, iaitu semalam di Portal Bernama, malah turut sama disiarkan oleh portal-portal berita lain seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider [Bernama]. Persoalannya di sini, bagaimanakah Polis memperolehi kad pendaftaran jam Omega tersebut? Bukankah kad pendaftaran seperti ini diperolehi semasa jam Omega tersebut dibeli? Secara logiknya, pihak Polis telah menerima kad pendaftaran jam ini daripada Dato T. Maka persoalan yang lebih penting ialah, dari mana Dato T dapat kad pendaftaran jam Omega tersebut? Sebelum ini Dato T kata dia menemui CCTV rakaman video lucah lelaki mirip Anwar Ibrahim semasa mencari jam Omega apabila disuruh oleh Anwar. Kemudian dia mendakwa memperolehi jam Omega tersebut daripada pelacur yang telah mengambilnya. Bagaimanakah pelacur tersebut boleh memberikan jam Omega beserta kad pendaftarannya sekali? Adakah Anwar membawa kad pendaftaran jam Omeganya ke hulu ke hilir setiap hari? ReJaM© "Satu persatu cerita bodoh ini akan terkantoi seperti cerita-cerita bodoh yang lain" |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan