Selasa, 19 April 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kenyataan balas terhadap dakwaan Dr Mahathir

Posted: 19 Apr 2011 03:00 PM PDT

Kenyataan media oleh Zairil Khir Johari di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 19hb April 2011:

Kenyataan balas terhadap dakwaan Dr Mahathir

Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir yang mendakwa bahawa parti DAP telah berjaya membawa politik perkauman kepada Sarawak. Tuduhan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama sekali.

Sebaliknya, adalah sindiran-sindiran yang sebegitu rupa yang menjadi punca ketegangan antara kaum di Malaysia. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan negarawan yang dihormati ramai, beliau sepatutnya lebih matang dan tidak mengapi-apikan tohmahan yang boleh memecah belahkan rakyat.

Sebagai seorang yang telah terlibat secara terperinci dalam proses perancangan, perangkaan strategi dan pelaksanaan kempen DAP untuk Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, saya boleh mengesahkan dengan tegasnya bahawa tiada sedikit pun unsur perkauman yang cuba dibangkitkan oleh parti kami.

Sepanjang kempen, isu-isu yang telah kami tekankan adalah seperti masalah pentadbiran, penyalahgunaan kuasa, rasuah yang berleluasa, polisi ekonomi yang tidak memanfaatkan rakyat, inflasi yang kian melambung dan kegagalan kerajaan untuk mengatasi masalah-masalah di atas.

Mungkin dalam pendapat Tun Dr Mahathir, hanya masyarakat Cina sahaja yang mengambil berat tentang isu-isu sedemikian? Bukankah itu satu penghinaan kepada rakyat Sarawak dan rakyat Malaysia secara umumnya?

Sebaliknya, pihak yang telah cuba menakut-nakutkan pengundi dengan isu-isu perkauman adalah parti-parti daripada BN seperti SUPP, PBB dan MCA.

Namun, rakyat Sarawak telah membuktikan kematangan mereka kerana tidak termakan umpan bersifat parokial seperti dakwaan bahawa 'masyarakat Cina' akan kehilangan perwakilan dalam kerajaan jika wakil-wakil Cina daripada BN tidak berjaya dalam pilihanraya.

Seperti yang sudah sedia maklum, keputusan pilihanraya jelas menunjukkan bahawa rakyat Sarawak menolak sama sekali unsur-unsur politik perkauman dan sebaliknya inginkan wakil-wakil yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran!

Tambahan pula, kenaikan undi yang diperolehi parti DAP bukan hanya daripada satu kaum tertentu. Dalam kawasan-kawasan seperti Meradong, Dudong dan Kirudong, kejayaan kami adalah hasil tambahan undi kaum Dayak yang cukup memberangsangkan. Di Batu Kawah pula, kemenangan DAP di situ tidak mungkin akan berlaku tanpa undi-undi orang Melayu/Melanau yang telah meningkat dalam sokongannya terhadap DAP.

Hakikatnya, saya yakin bahawa Tun Dr Mahathir sedar dan memahami dinamik politik di negeri Sarawak dan juga di seluruh negara. Namun disebabkan motivasi politik, beliau mimilih untuk memainkan sentimen sempit perkauman untuk menjaga kepentingan BN. Sekali lagi, rakyat boleh melihat dengan sendiri bagaimana pemimpin-pemimpin BN akan menggunakan taktik pecah dan perintah untuk mengekalkan kuasa mereka.

Sebagai pengakhir kata, saya ingin mencadangkan satu pepatah bahasa Inggeris: if you have nothing good to say, say nothing at all. Jika anda tidak mempunyai apa-apa yang bernas untuk dikatakan, usahlah meluahkan walau sekata.

* Zairil Khir Johari, Setiausaha Politik kepada YAB Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP

Keputusan Terkini Dan Kedudukan Liga Piala Super Malaysia

Posted: 19 Apr 2011 08:00 AM PDT

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/207384_220302961318050_169759156372431_1032519_1354734_n.jpg

Hadi bukan liabiliti tapi masih relevan, tegas pemimpin PAS

Posted: 19 Apr 2011 07:00 AM PDT

Oleh G Manimaran dan Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 19 April — Pemimpin-pemimpin PAS mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil menegaskan pemimpin veteran itu bukan liabiliti kepada parti Islam sepert didakwa penganalisis Prof Abdul Aziz Bari.

Sebaliknya, mereka sebulat suara berkeyakinan Hadi (gambar) yang telah menerajui PAS sejak 2002 masih releven untuk menjadi pemimpin nombor satu parti itu ekoran kejayaan yang telah dicapai semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Selain itu, mereka juga berpendapat alasan yang diberikan Aziz, seorang penganalisis politik yang mengatakan kepimpinan parti Islam itu perlu berubah termasuk presidennya yang disandang Hadi adalah tidak wajar dan bersifat mahu mengganggu keharmonian parti itu menjelang pemilihan Jun ini.

Aziz juga berkata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dilihat gagal mempertahankan parti dalam beberapa itu berbangkit — termasuk gagal memperoleh sebarang kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu lalu.

Kata Aziz, keadaan itu menyebabkan ahli-ahlinya kurang kepercayaan kepada kepimpinan Hadi yang menyulitkan perkembangan PAS dan kegagalan menyerlah sebagai 'kapten' kepada parti itu.

"Ini dapat dilihat apabila Terengganu jatuh (semula) kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Beliau juga dikatakan antara punca rancangan 16 September Pakatan Rakyat musnah," katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi berkata alasan yang diberikan Aziz itu adalah perkara yang akan sentiasa dibangkitkan setiap kali menjelang pemilihan parti itu.

Justeru, tegas Nasrudin, Hadi bukan liabiliti kepada PAS dan masih lagi layak untuk menerajui parti Islam itu selepas banyak membawa perubahan besar kepada parti itu.

"Hujah Aziz itu adalah hujah yang berulang dan telah kita selesaikan sebelum daripada ini, hujah kekalahan di Terengganu... hujah kegagalan 16 September semua nak dibebankan kepada Datuk Seri Abdul Hadi... nak ulang hujah sama itu tidak releven dan ia tidak jelaskan kenapa beliau harus menyalahkan Datuk Seri Abdul Hadi.

"Kita tak boleh pakai hujah begitu... sepatutnya beri fakta yang jelas dan bukan ulang hujah yang sama dan ingin saya tegas Datuk Seri Abdul Hadi bukan liabiliti kepada PAS," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tegas beliau, sekiranya Hadi menjadi liabiliti kepada PAS sudah tentu kawasan-kawasan yang bermesyuarat akan mencalonkan pemimpin lain, tetapi sehingga kini hanya PAS kawasan Bukit Bintang sahaja yang bertindak demikian.

"Kalau semua kawasan calonkan Datuk Seri Abdul Hadi ini bermakna kepimpinan beliau masih releven. Jadi, kita serah kepada perwakilan tak perlu menggunakan kaedah mencipta persepsi negatif terhadap peribadi Datuk Seri Abdul Hadi.

"Kalau perwakilan beri kepercayaan kepada beliau, adakah beliau masih menjadi liabiliti kepada PAS... tidak. Kepercayaan perwakilan menggambarkan mereka mempercayai Datuk Seri Abdul Hadi dan kepimpinannya," katanya.

Jelas Nasrudin, gesaan agar Hadi meletakkan jawatan itu hanya akan "muncul" setiap kali pemilihan parti diadakan dengan tujuan mahu "mencipta" persepsi negatif terhadap bekas menteri besar Terengganu itu.

"Ia adalah kaedah nakal yang muncul ketika pemilihan yang mahu ganggu keharmoniaan pemilihanb PAS, pandangan seperti ini berlaku bila ada pemilihan sahaja.

"Ia satu pandangan yang tidak perlu diambil kira sangat tapi kita hormat pandangan yang diberikan semua orang," kata beliau sambil menambah, "kita menghormati pandangan semua orang sama ada positif atau negatif tapi dalam memberi pandangan yang paling penting adalah kita memerlukan hujah atau fakta yang jelas."

Justeru kata Nasrudin, hanya perwakilan yang paling layak untuk menentukan barisan kepimpinan PAS ketika pemilihan nanti.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu kekalahan PAS di Sarawak dan beberepa siri pilihan kecil tidak boleh dijadikan kayu pengukur bahawa Hadi adalah penyebab kegagalan itu.

Sebaliknya, Tuan Ibrahim menasihatkan agar setiap pandangan yang dikemukakan itu harus bersikap jujur dengan turut mengambil kira kejayaan dan pencapaian PAS sejak Hadi menerajui parti.

"Yang pertama kita hormati setiap pandangan semua pihak cuma cadangan itu mungkin berpunca dari pencalonan satu kawasan dan ia bukan merupakan gambaran keseluruhan (kawasan).

"Saya milihat kita harus lihat secara jujur iaitu bukan dari aspek kegagalan tapi kejayaan yang dicapai dalam kepimpinan beliau termasuk memenangi negeri Kedah dalam pilihan raya umum dan PAS diterima bukan Islam juga di bawah kepimpinan beliau, jadi beberapa kegagalan yang berlaku tidak boleh dijadikan kayu pengukur," katanya.

Tambah Pesuruhjaya PAS Pahang itu, sekiranya Hadi adalah liabiliti kepada parti, maka semua kawasan tidak akan menyokong kepimpinan beliau dan akan memilih pemimpin lain.

"Beliau bukan liabiliti sebab semua kawasan juga mencalonkan beliau, kalau kata liabiliti separuh kawasan akan calonkan orang lain (bagi jawatan presiden).

"Beliau masih releven untuk jadi presiden, beliau bukan liabiliti... beliau diterima semua pihak, beliau bukan liabiliti kepada PAS dan saya tak nampak apa yang dimaksudkan sebagai liabiliti itu," katanya.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa pula berkata apa yang dikatakan Aziz itu hanya pandangan peribadi, namun hakikatnya kepimpinan Hadi masih lagi diperlukan PAS.

"Pandangan Aziz sebagai seorang yang bebas dari parti, itu hanya perspektif org yang di luar dan dari segi kepimpinan kita masih memerlukan kepimpinan beliau (Hadi).

"Malah semasa kepimpinan beliau ada banyak pencapaian parti termasuk kemenangan PAS pada 2008, jadi walaupun dari segi pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil ia bukan kayu pengukur yang mutlak, jadi harus dilihat dari sudut pencapaian lain juga," katanya.

Kata Ahli Parlimen Parit Buntar itu, kepimpinan dan kekuatan Hadi masih diperlukan PAS dan ia perlu dibuktikan dalam menghadapi situasi politik semasa.

"Saya yakin kepimpinan beliau telah mengambil kira semua pandangan, dengan syarat PAS harus melonjak.

"Selain itu kalau lihat sejarah parti tak ramai presiden ditandingi, apa yang berlaku sama ada presiden letak jawatan atau krisis... jadi apa yang berlaku ini adalah satu cabaran kepada beliau selaki presiden," katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib dengan tegas berkeyakinan Hadi akan membawa lebih banyak perubahan sekiranya terus menerajui parti tersebut.

"Kekal sebagai presiden, kerana Abdul Hadi berjaya bawa PAS ke dalam masyarakat berbilang kaum dan agama. Beliau juga berjaya membawa PAS agar ia boleh disertai kaum-kaum lain.

"Beliau perlu kekal sebagai presiden dan tingkat prestasi untuk kuatkan PAS pada masa depan, jadi beliau masih perlu menerjaui PAS buat masa sekarang dan beberapa tahun akan datang," katanya.

Dalam pada itu, pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Herman Samsudeen turut menyanggah pandangan Aziz sambil berkata, jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS.

"Selain itu, pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja.

"Ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, di bawah kepimpinan Presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008, malah jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi dari tujuh kerusi pada 2004," katanya.

Sebagai presiden kata beliau, keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti di seluruh negara bukannya di Terengganu sahaja.

"Dan, ia sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS di bawah presiden," katanya.

Kata beliau, Aziz juga kelihatan agak bingung ketika mendakwa Hadi adalah punca kegagalan 16 September.

"Di tadika manakah fakta ini diperolehinya? Adakah beliau ada membuat kajian ilmiah tentang hal ini sebagai profesor atau sekadar menggantungkan lidah beliau pada hujahan berasaskan persepsi.

"Nampaknya beliau sengaja mengkambinghitamkan presiden PAS dengan pelbagai tuduhan liar, hanya untuk melampiaskan nafsu amarahnya yang tidak ketahuan punca," kata beliau lagi.

Penduduk bantah, Lynas hasilkan 20,000 tan sisa radioaktif

Posted: 19 Apr 2011 06:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ramai penduduk tempatan menentang syarikat perlombongan Lynas, daripada membina loji nadir bumi di Gebeng Kuantan, dan jumlahnya semakin membesar untuk bergabung tenaga bagi membantah projek itu.

Portal dalam talian Malaysiakini hari ini memaparkan ketakutan dan perasaan marah penduduk di kawasan sekitar tempat pembinaan loji berkenaan apabila ramai penduduk tempatan tidak yakin dan setengah daripadanya menolak terus projek tersebut.

Salah seorangnya Pekerja pelabuhan Kuantan, Saufi Harun, 43, yang tinggal di taman perumahan Balok Makmur, hanya 3 kilometer dari tapak projek berkenaan.

"Saya telah diberitahu ia dibawa sejauh 2,500km dari Australia. Kenapa tak dibuat di sana saja? Dan kemudian kami dengar rakyat Australia pun tak mahu sisa tersebut. Ada yang tak kena," ujarnya.

Saufi, bapa kepada enam orang anak pula mendakwa terdapat tidak kurang 10,000 orang yang tinggal dalam lingkungan 5 kilometer dari loji Lynas.

Beliau juga memberitahu pernah mendengar keluhan penduduk Bukit Merah bercerita mengenai penderitaan yang dialami mereka akibat kesan radioaktif dari kilang Asian Rare Asia.

"Bila anda sebut 'radioaktif', penduduk jadi takut. Kami bimbang (keselamatan) generasi akan datang," katanya.

Abdul Majid Ishak, seorang kakitangan TNB, dari Makmur Perdana pula, percaya kehadiran loji tersebut tidak membawa sebarang kebaikan kepada penduduk Kuantan dan sekitarnya.

Dia mendakwa sejak tersebarnya berita yang syarikat tersebut akan meneruskan juga pembinaan lojinya di situ, jualan rumah di sekitar kawasan tempat tinggal nya jatuh menjunam.

Lynas sebelum ini telah melabur sekitar RM700 juta untuk membina loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp), dan kini sedang menjalankan projek itu yang dijangka siap pada September.

Syarikat itu kononnya memberi jaminan bahawa operasi loji tersebut tidak akan mengeluarkan radiasi, dan berbeza dengan loji Asia Rare Asia yang ditutup di Bukit Merah, Perak, pada 1992.

Bagaimanapun, menurut pakar kesihatan awam, Dr T Jayabalan, projek memproses nadir bumi itu tetap akan menjejaskan kesihatan orang ramai apabila ia menghasilkan sekurang-kurangnya 20,000 tan sisa radioaktif setahun setelah beroperasi kelak.

"Walaupun Lynas dan Badan Perlesenan Tenaga Atom (AELB) menyatakan tahap radiasi lebih rendah, tetapi ianya akan berbahaya apabila terkumpul dengan jumlah yang lebih banyk.

"Mungkin AELB dan Lynas adalah betul, bahawa nadir bumi bukan radioaktif kerana ia telah disingkirkan. Apa yang mereka akan berikan kepada kita di Gebeng adalah sisa radioaktif yang dinamakan thorium," kata Jayabalan.

Beliau juga menegaskan bahawa pelbagai istilah akan digunakan oleh industri bagi mengelirukan rakyat walaupun sedar akan bahaya radioaktif.

"Sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk," ujarnya.

Presiden PAS Liabiliti, DPPWP Sanggah Hujah Aziz Bari

Posted: 19 Apr 2011 05:00 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyanggah pandangan Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari di dalam Malaysian Insider yang mengatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat. Jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP memutuskan hubungan dengan PAS.

Selain itu, pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan Presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja. Ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, dibawah kepimpinan Presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008. Malah jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi dari 7 kerusi pada 2004. Sebagai Presiden keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti diseluruh negara bukannya di Terengganu sahaja. Dan ianya sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS dibawah Presiden.

Tuduhan Aziz yang turut mengatakan bahawa Presiden menjadi punca kegagalan PAS memenangi mana-mana kerusi di Sarawak juga amat dangkal. Lainlah jika PAS sebelum ini pernah menang di Sarawak dan kemudiannya kalah semua kerusi dalam pilihanraya baru-baru ini. Pilihanraya Sarawak 2006 menyaksikan PAS bertanding 1 kerusi tapi kali ini PAS bertanding 5 kerusi dan ini satu petanda bahawa Presiden telah berjaya memainkan peranannya di dalam Majlis Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan ketika proses pembahagian kerusi.

Aziz juga kelihatan agak bingung ketika mendakwa Presiden PAS adalah punca kegagalan 16 September. Di tadika manakah fakta ini diperolehinya? Adakah beliau ada membuat kajian ilmiah tentang hal ini sebagai Profesor atau sekadar mengantungkan lidah beliau pada hujahan berasaskan persepsi.

Nampaknya beliau sengaja mengkambing hitamkan Presiden PAS dengan pelbagai tuduhan liar, hanya untuk melampiaskan nafsu amarahnya yang tidak ketahuan punca.

DPPWP menasihatkan agar Aziz tidak memalukan golongan ahli akademik yang selama ini bercakap atas fakta dan kajian yang lebih berfakta. Jika beliau tiada modal untuk bercakap baik diam sahaja dari terus melalak seperti orang bijak yang kelihatan kurang bijak mengunakan ilmunya.

DPPWP hari ini cukup berpuashati dan memberikan sokongan penuh kepada Presiden PAS diatas usaha beliau membangkitkan semula keupayaan PAS setelah melalui zaman kekalahan pada 2004.

Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Bila pilihanraya umum? - Bila pula Taib akan bersara?

Posted: 19 Apr 2011 04:30 AM PDT

Bayang atau tanda-tanda pilihanraya umum akan di adakan belum lagi nampak. Kemenangan 2/3 BN di Sarawak Sabtu lalu belum boleh memberikan ilham bila PM Najib akan membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihanraya yang ke-13. kekuatan pembangkang bertambah sedikit lagi dengan memenangi 8 kerusi tambahan jika di campur dengan satu kerusi bebas yang dimenangi oleh George Ladung. Sekarang sudah ada 16 kerusi pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sarawak, bumi kenyalang ini.

Janji BN yang menggunug mesti sedikit sebanyak di tunaikan dahulu sebelum membubarkan Parlimen, setidak-tidaknya rakyat ingin bukti yang Najib boleh menguruskan Taib untuk meninggalkan politik dan terus bersara. Itu merupakan isu yang paling besar yang dijanjikan oleh Najib di dalam pilihanraya negeri Sarak yang ke-10 itu. Kalau hendak ditunggu janji yang lain mungkin lambat untuk dilaksanakan. Tentunya pengundi di Semenanjung ingin menyaksikan setidak-tidaknya sebahagian dari janji Najib itu dapat dilaksanakan dulu sebelum mengadakan PRU ke13 ini.

Menjanjikan untuk membina jalanraya di kawasan Nangka misalnya akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dibuktikan; itu pun jika janji itu benar-benar hendak dilaksanakan. Untuk menjanjikan pembekalan api letrik dan air kepada 6000 lagi rumah panjang entah bila akan terlaksana. Hanya yang boleh dilaksanakan dengan cepat ialah janji untuk menggantikan Taib dengan penggantinya yang belum kita tahu siapa. Ingat, ini janji Najib.

Najib telah berjanji yang Taib akan turun. Maka rakyat akan tunggu. Jika Taib tidak turun maka pilihanraya umum tidak boleh dipanggil lagi kerana itu sahaja janji yang boleh dilaksanakan dengan cepat dan pantas. Tetapi persoalannya bolehkah Najib menyuruh Taib berhenti? Adakah telor kejantanan Najib untuk berbuat begitu? Setahu ramai Najib adalah pemimpin yang tidak mudah memuktamadkan keputusannya dan sentiasa bermain-main dengan keputusan yang diambilnya sendiri.

In the first place, adakah hak Najib untuk melakukan apa yang beliau janjikan itu? Bila bercakap kapada media, beliau seolah-olah sangat berkuasa dan boleh mengenepikan Taib dengan senang. Sekarang rakyat mahu lihat samada Najib ini bertelor ataupun tidak. Betulkah Najib akan dihormati oleh Taib dan PBB jika Najib meminta Taib meletakan jawatan untuk meyakinkan rakyat terutamanya di Semanjung yang beliau boleh 'menokok dan mengurangkan' dalam politik Sarawak?

Najib mesti ingat yang Taib nyata kuat dalam partinya kerana kesemua 35 calun PBB yang diturunkan beliau menang dalam pilihanraya itu, sedangkan Najib tidak sekuat mana dalam UMNO kerana ramai calun kita dri UMNO telah tersungkur bergelempangan dalam pilihanraya yang lalu? Takut-takut Taib akan berkata kepada Najib yang membawa makna, "you take care of your ailing party first before you poke your nose into my strong party. Please stay away from our affair and go and smoke cigar. Pergi main jauh-jauh sir. We are okay, and we have done extremely well here".

Itulah bahayanya jika kita pandai-pandai menjanjikan orang ramai bila orang lain itu akan bersara. Rakyat sedang menunggu bila PM Najib akan melaksanakan janjinya yang satu ini.

Orang Sarawak tidak begitu kuat berjanji tentang persaraan Taib ini. Yang kuat memberikan janji ini ialah PM Najib. Kita tunggu! Bak kata perbilangan Inggeris, 'seeing is believing'.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/04/bila-pilihanraya-umum-bila-pula-taib.html

Politik feudal masih cengkam Melayu Sarawak- Rodziah

Posted: 19 Apr 2011 04:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 menandakan sinar baru kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana tidak pernah berlaku sepanjang sejarah, Barisan Nasional (BN) diberi tentangan sengit, kata Pengarah Pilihan Raya Wanita Pusat, Rodziah Ismail.

Rodziah dalam kenyataanya turut mengingatkan BN supaya tidak mendabik dada dengan kemenangannya kerana PR berjaya menambah lapan kerusi berbanding PRN Sarawak 2006, di samping meningkatkan undi keseluruhan sehingga 45 peratus.

"Jika tidak kerana peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang terbukti terus menjadi 'talian hayat' BN untuk kekal berkuasa di Bumi Kenyalang, pastinya ada beberapa kerusi lagi yang akan jatuh ke tangan Pakatan," kata Rodziah yang Timbalan Ketua Wanita KEADILAN.

Bagaimanapun beliau turut meluahkan kekesalannya kerana kaum Melayu Sarawak masih terus diperangkap dengan politik feudal Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan BN.

"Kita merasa sedih kerana sebahagian Melayu Sarawak terus-menerus terjebak ke dalam politik feudal PBB-BN yang mengekang kebebasan berpolitik rakyat.

"Ahli politik yang berkedudukan menggunakan kuasa mereka menakut-nakutkan rakyat yang lemah dengan berbagai cara deraan mental, emosi, ancaman fizikal, penarikan habuan ekonomi dan lain-lain lagi agar rakyat tunduk akur menyembah keinginan ahli-ahli politik feudal," ujarnya yang juga Adun Batu Tiga.

Menurutnya lagi, kemiskinan dan tahap pendidikan yang rendah juga menjadikan mereka alat yang terus diperkotak-katikkan demi memenuhi agenda pemusatan kekayaan dan kuasa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan kroninya.

"Asobiyah kenegerian juga diperbesar dan dipermainkan supaya menimbulkan rasa sangsi yang mendalam terhadap warga senegara dari semenanjung Malaysia, khususnya daripada PR.

"Gelagat Melayu Umnolah sebenarnya yang telah membawa imej buruk terhadap warga semenanjung Malaysia yang tiada kaitan sama sekali dalam agenda pengautan kekayaan dari Malaysia Timur di mana Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri yang lebih kaya dari negeri-negeri Semenanjung Malaysia," ujarnya.

Namun beliau optimis bahawa kesinambungan terhadap angin perubahan politik dalam pilihan raya ke-10 Dun Sarawak akan meningkat menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Semakin ramai rakyat yang sedar bahawa merekalah yang sebenarnya berkuasa menentukan masa depan Sarawak. Masa akan menjadi saksi keruntuhan pemerintahan feudalistik PBB-BN Sarawak," katanya.

Isu Lynas: Tak Sangka MB Pahang Boleh Bagi Jawpan Sebodoh Ini

Posted: 19 Apr 2011 03:30 AM PDT

MB: Jangan cerca kami, Pahang tiada kuasa beri Lynas lessen


KUANTAN, 19 April — Kerajaan negeri Pahang tidak mempunyai kuasa untuk melulus dan menutup pembinaan kilang pemprosesan logam nadir bumi milik Syarikat Lynas Corporation Ltd dari Australia, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melulus projek tersebut selepas kajian mendalam oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut.

"Saya rasa hairan kenapa ada pihak yang membuat bantahan dan mencerca kerajaan negeri," kata beliau (gambar) dipetik Bernama Online hari ini.

"Bukan kerajaan negeri Pahang yang luluskan projek ini. Yang sibuk suruh kita tutup, kenapa," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun Adnan berkata kerajaan negeri Pahang berpuas hati dan bersetuju dengan pembinaan kilang tersebut selepas mendengar taklimat daripada pihak berkenaan pada 22 Julai 2009.

Beliau berkata pihaknya juga telah meminta syarikat terbabit serta agensi berkaitan termasuk Jabatan Alam Sekitar dan Agensi Nuklear Malaysia supaya memantau projek berkenaan dengan lebih rapi bagi menjamin keselamatan penduduk.

"Sebenarnya, banyak benda yang kita gunakan seperti televisyen, telefon bimbit, jam tangan dan rokok ada radiasi, tapi kita kawal supaya tidak membahayakan kesihatan," katanya.

Adnan berkata kerajaan negeri bersetuju untuk mendapatkan pandangan pakar antarabangsa bagi memberi pandangan berhubung pembinaan kilang tersebut.

Malah katanya, beliau dimaklumkan bahawa pihak Lynas juga sedia bekerjasama dengan pakar tersebut dalam mencari penyelesaian berhubung isu berkenaan.

Kilang bernilai RM700 juta yang sedang dibina di kawasan perindustrian Gebeng di sini menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang memudaratkan orang ramai.

Tun M diminta lebih matang, tidak api-apikan tohmanan

Posted: 19 Apr 2011 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 April — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang semalam menyifatkan kaum Cina turut dijangkiti "virus rasisme Cina", sepatutnya lebih matang dan tidak mengapi-apikan tohmahan yang boleh memecahbelahkan rakyat, kata seorang pembantu pemimpin kanan DAP hari ini.

Zairil Khir Johari, Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng berkata, beliau amat kesal dan kecewa dengan kenyataan terbaru Dr Mahathir (gambar) yang mendakwa DAP telah berjaya membawa politik perkauman ke Sarawak.

"Tuduhan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama sekali," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaliknya, anak bekas menteri Kabinet pusat ini berkata, sindiran-sindiran sebegitu rupa yang menjadi punca ketegangan antara kaum di Malaysia, bukan kempen DAP yang dipertikaikan bekas presiden Umno.

Penjelasan MB Kedah Berkaitan Isu Kenaikan Cukai Tanah UUM

Posted: 19 Apr 2011 02:30 AM PDT

Serah UUM pada Kedah

Mohd Shubihi Muhamad Zain

ALOR SETAR, 19 April: "Serahkan Universiti Utara Malaysia (UUM) kepada kerajaan negeri kalau dah tak mampu nak tadbir kewangannya," kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) sebagai respons kepada isu yang ditimbulkan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Semalam, Menteri Pedidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin juga dilaporkan mengecam kerajaan negeri Kedah yang kononnya menaikkan cukai tanah UUM sehingga 10 kali ganda sejak mengambil alih pemerintahan negeri sehingga pihak universiti terpaksa membayar RM1.8 juta setahun berbanding RM150,000 sebelum ini.

Azizan bagaimanapun menafikan dakwaan kenaikan cukai tanah tersebut, sebaliknya menjelaskan bahawa apa yang berlaku adalah tempoh pemberian rebat kerajaan negeri kepada universiti itu yang telah berakhir.

"Mengikut perjanjian asal, jumlah perlu dibayar oleh universiti adalah sebanyak RM1.2 juta tetapi pihak universiti hanya perlu bayar RM100 ribu setahun bagi tempoh 2006 hingga 2008 setelah permohonan mereka mendapatkan rebat diluluskan oleh kerajaan.

"Saya harap penjelasan ini membuktikan kerajaan negeri bukan naikkan cukai tanah, cukai asal lebih RM1 juta dan setelah diberi rebat UUM cuma bayar RM100,000 sahaja dan kini perjanjian telah berakhir, UUM kenalah bayar penuh.

"Sepatutnya mereka kena bayar RM1.2 juta tapi kalau UUM menghadapi masalah kewangan, mereka boleh memohon untuk mendapatkan rebat semula," jelasnya kepada media selepas berucap di himpunan bulanan kakitangan kerajaan di Wisma Darul Aman.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri tidak pernah bercadang hendak menaikkan cukai tanah yang diturunkan selepas mengambil alih pemerintahan negeri pada Mac 2008 yang lalu.

Mengenai masalah bekalan air yang sekian lama dihadapi warga universiti itu, Azizan berkata, isu ini perlu diselesaikan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.

"Saya pernah bangkitkan isu ini supaya pengurusan UUM kemukakan cadangan kepada kementerian untuk naik taraf infrastruktur bekalan air, tetapi saya tak nampak pun hasilnya," katanya.

DAP Serawak Cakap Mahathir Nyanyuk!

Posted: 19 Apr 2011 02:00 AM PDT

DAP Sarawak: Tun M 'tidak sedar apa beliau kata'
Oleh Debra Chong


KUCHING, 19 April — DAP Sarawak hari ini menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu telah menyuntik "virus perkauman" di negeri itu, yang mana menurut bekas perdana menteri itu pendekatan sedemikian akan memecahkan negara kepada dua puak.

"Ia (pandangan) sampah (semata-mata). Ini menunjukkan Dr M (Mahathir) sudah nyanyuk dan tidak sedar apa yang beliau kata. Semasa semua ceramah ketika berkempen, kami hanya bertanya soal kesamarataan kaum dan ia ada dalam manifesto kami," kata Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng.

Rakannya, Violet Yong, turut memberikan pandangan yang serupa.

"Saya tidak bersetuju dengan apa yang Dr Mahathir katakan sebab DAP adalah parti berbilang kaum.

"Bagi beliau yang pernah menjadi perdana menteri bertahun-tahun dan kata begitu, beliau sedikit nyanyuk," kata Bendahari DAP ini kepada The Malaysian Insider.

Tetapi Yong, wakil rakyat dua penggal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pending menghargai sumbangan Dr Mahathir yang pernah berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

Justeru, beliau juga mengingatkan Dr Mahathir yang sudah mencecah 85 tahun bahawa sebenarnya Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan politik perkauman.

Yong merujuk kepada tiga parti utama dalam 13 perikatan BN yang masih dipisahkan mengikut kaum.

"Anda lihat MIC, hanya untuk kaum India. MCA, hanya kaum Cina boleh masuk. Umno, hanya untuk Melayu dan Bumiputera Islam Melanau sahaja. Jadi siapa yang mengamalkan perkauman," katanya.

"Beliau (Dr Mahathir) hanya bercakap dari luar sahaja," katanya.

Dr Mahathir juga bekas presiden Umno dan bekas pengerusi BN.

Peguam itu turut menggesa pemimpin veteren tersebut agar mengambil langkah untuk menyertai DAP.

"Kenapa tidak sertai DAP dan lihat sama ada kami lakukan perkara yang sama seperti beliau," cadangkan Yong.

Sehubungan itu beliau juga mengakui kemenangan 12 kerusi DAP pada pilihan raya negeri Sabtu lalu adalah kerana kelamahan polisi BN yang tidak adil dan berat sebelah.

"Kenapa kaum Cina di sini menyertai DAP? Kerana mereka rasa diketepikan, jadi mereka memberikan mesej ini," katanya.

Dalam tulisan di blognya semalam, Dr Mahathir mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti "virus rasisme Cina" yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat (PR), yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka negeri itu.

Bekas perdana menteri itu menuduh DAP memusnahkan formula kongsi-kuasa yang telah diamalkan BN sejak sekian lama.

Dalam nada sindir, Dr Mahathir menulis, "saya mengucapkan tahniah kepada DAP yang membawa masuk politik rasis ke Sarawak."

"Sebelum ini kesemua kaum bekerjasama antara satu sama lain bagi kebaikan Sarawak. Sekarang, kita boleh lihat dengan jelas bahawa komuniti Cina telah menolak multirasialisme," katanya.

"Mereka telah dijangkiti virus rasisme Cina yang menjadi prinsip DAP," kata Dr Mahathir.

BN kekal berkuasa di Sarawak dengan majoriti lebih dua pertiga tetapi jumlah kerusi dimenangi menurun daripada 62 pada 2006 kepada 55 kali ini dengan undi popular pun mengalami penurunan.

PAS akan tetap tanding di Sarawak PRU-13, kata Hadi

Posted: 19 Apr 2011 01:30 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 19 April — PAS akan tetap bertanding merebut kerusi Parlimen di Sarawak pada pilihan raya umum ke-13 walaupun gagal memenangi sebarang kerusi semasa pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu lalu.

Tegas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, walaupun parti Islam itu tidak menang di kelima-lima kerusi yang ditandingi namun sokongan kuat pengundi Sarawak menunjukkan parti itu mula diterima.

"Sokongan yang kuat diterima oleh mereka, maka ini petunjuk PAS diterima di Sarawak, namun kekuatan yang ada tidak mampu memberi kemenangan buat masa ini.

"Bagaimanapun kita yakin dengan penerusan gerak kerja yang akan kita lakukan untuk mengembangkan PAS di Sarawak sejurus tamat pilihan raya (negeri Sarawak).

"Malah sudah ada negeri-negeri yang mengambil inisiatif menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibantu sebagai DUN angkat, untuk digerakkan PAS di Sarawak dan kita akan bertanding dalam pilihan raya yang akan datang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini PAS bertanding lima kerusi iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro namun tewas di kesemua kawasan.

Walaupun tiada kerusi dimenangi tetapi undi popular diterima parti itu meningkat kali, kemungkinan antara lain kerana jumlah kerusi ditandingi kali ini.

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dalam persaingan paling sengit dengan memperoleh 55 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Pakatan Rakyat, yang pertama kali bertanding di bawah perikatan tiga parti pula mendapat 15 kerusi dan Bebas satu. DAP menyumbangkan 12 kemenangan manakala PKR tiga kerusi.

Tambah Hadi, walaupun masih baru bertapak di Sarawak, namun undi parti itu pada pilihan raya negeri itu meningkat dan ia bukti pengundi mula menerima dasar perjuangan parti Islam itu.

"PAS parti yang baru di Sarawak, walaupun tidak memenangi sebarang kerusi, undi PAS meningkat tinggi di Beting Maro dan bertambah melebihi 100 peratus di beberapa DUN lain yang ditandingi.

"Walaupun kali pertama bertanding di empat DUN yang baru, kita tidak hilang wang pertaruhan. Malah ada banyak peti undi yang kita menang dalam DUN tersebut termasuklah rumah panjang didiami kaum Iban," katanya.

Jelas Ahli Parlimen Marang itu, PAS akan meneruskan gerak kerja dan Sarawak bagi memperkukuhkan parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Walaupun masih baru di Sarawak, dalam tempoh dua minggu kempen pilihan raya, kita berjaya menubuhkan cawangan-cawangan baru PAS di setiap DUN termasuk Muara Tuang yang mana kita berjaya menubuhkan tujuh cawangan baru di kalangan anak anak tempatan.

"Keahlian PAS juga bertambah sepanjang tempoh pilihan raya . . . ini isyarat PAS diterima dan sedia untuk dikembangkan di Sarawak," katanya.

Timbalan KSU Belia dan Sukan didedah khalwat

Posted: 19 Apr 2011 12:51 AM PDT

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/04/salim-237x300.jpg
KUALA LUMPUR: Individu yang dikatakan seorang pegawai kanan sebuah kementerian berpangkat datuk yang ditangkap khalwat bersama pembantunya berusia 28 tahun didedahkan sebagai Datuk Salim Parlan, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau sebelum ini dilapor ditangkap khalwat di sebuah hotel terkemuka di Batu Feringghi, awal pagi 17 April lalu. Kedua-duanya ditahan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan pegawai polis yang melakukan intipan beberapa jam sebelum serbuan dilakukan.

Sebelum ini siasatan dikatakan dibuat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan jika disabitkan kesalahan, kedua-duanya boleh didenda tidak kurang maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Salim pernah memegang jawatan tinggi di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama lima tahun sebelum dinaikkan pangkat ke jawatannya kini sejak 21 Ogos tahun lalu.

Utusan Malaysia pertahan tulisan Awang Selamat

Posted: 19 Apr 2011 12:42 AM PDT

Tulisan Awang Selamat mencerminkan perubahan dalam landskap politik negara, kata pengarang akhbar Utusan Malaysia Zulkiflee Bakar

PETALING JAYA: Utusan Malaysia hari ini mempertahankan pendiriannya melalui rencana bertajuk 'Bukan rasis tetapi strategi' tulisan pengarang Zulkiflee Bakar dengan memetik kata-kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di lobi Parlimen semalam.

"Itu hanya idea, kita lihat akhbar The Star, mereka juga bercakap mengenai pelbagai sentimen dalam lanskap politik negara. Kita lihat juga akhbar berbahasa Cina. Saya pantau laporan mereka mengenai sentimen politik negara adalah begitu teruk sekali.

"Bagaimanapun kita perlu memberikan semua akhbar-akhbar ini ruang kerana mereka tahu landskap politik negara yang kini bukan sahaja telah berubah, malah jauh lebih berbeza daripada sebelum ini."

Awang Selamat dalam artikelnya yang diterbitkan pada hari Ahad menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengendahkan pengundi masyarakat Cina kerana mereka menyokong parti pembangkang DAP di dalam pilihan raya negeri Sarawak yang berlangsung pada hari Sabtu.

Dalam hujah mempertahankan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Zulkiflee menulis bahawa Awang Selamat tidak menyatakan BN perlu menolak undi Cina, sebaliknya mencadangkan berdasarkan keputusan pilihan raya negeri Sarawak ke-10, BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu.

Zulkiflee turut menyoal keistimewaan masyarakat Cina sehingga tiada sesiapapun boleh mengupas atau memberi pandangan terhadap tindakan mereka.

Mengulas lebih lanjut, Zulkiflee menulis bahawa penulisan di dalam akhbar Cina lebih memperlihatkan sifat perkauman berbanding tulisan Awang Selamat yang bersifat pandangan semata-mata.

"Sesiapa juga yang mengikut ruangan 'Dari akhbar Cina' dalam Utusan Malaysia akan mendapati betapa rasisnya sesetengah tulisan sehingga ada antara tulisan itu memperlekehkan usaha kerajaan, menyindir orang Melayu dan memburukkan bekas-bekas pemimpin negara."

Hujah Zulkiflee seterusnya ialah pola pengundian masyarakat Cina sejak beberapa pilihan raya kecil lepas seperti Hulu Selangor, Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau memperlihatkan bahawa masyarakat Cina tidak menyokong BN.

Justeru itu adalah wajar bagi BN mencari strategi baru seperti yang dicadangkan Awang Selamat dan bukannya 'terus merayu dan dipenuhi permintaan jika akhirnya sokongan tetap kepada DAP'.

Zulkiflee menulis bahawa cadangan Awang Selamat untuk 'mencari kaedah baru menghadapi kemungkinan kehilangan sokongan pengundi Cina tidak bersifat perkauman sebaliknya adalah berlandaskan realiti landskap politik negara yang semakin berubah.'

Beliau turut membidas sesetengah pihak yang melatah bahawa Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia bersifat perkauman namun pihak-pihak diam seribu bahasa apabila akhbar-akhbar Cina dan portal berita pro-pembangkang menerbitkan kenyataan yang berbaur perkauman.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak akan dianugerahkan darjah Datuk Paduka Mahkota Perak oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sempena dengan hari keputeraan baginda ke-83 hari ini.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/04/19/utusan-malaysia-pertahan-tulisan-awang-selamat/

WikiLeaks: Media Malaysia bohong kehilangan enjin pesawat TUDM

Posted: 18 Apr 2011 11:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Laman Web pemberi maklumat WikiLeaks sekali lagi menimbulkan kegemparan apabila mendakwa media di Malaysia membuat laporan palsu mengenai kehilangan enjin pesawat TUDM yang hilang pada 2008.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh kabel diplomasi Amerika Syarikat, seorang anggota kementerian luar negeri telah memberitahu kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa media tradisonal di Malaysia telah membuat banyak kesilapan tentang fakta kehilangan enjin jet F5 berkenaan.

Antara lain, laporan media tradisional Malaysia yang mendakwa enjin itu dijual kepada satu syarikat antarabangsa berpusat di Amerika Selatan.

"Mereka mungkin tak tahu lokasi atau disuruh merahsiakan info ini sehingga polis menghabiskan siasatan. Malaysia juga tidak memberikan penjelasan yang cukup, kenapa, selepas dua tahun, perkara ini tiba-tiba menjadi pengetahuan umum," kata kabel tersebut.

Kabel itu turut menyatakan bahawa terdapat laporan portal berita berkecuali yang melaporkan bahawa enjin itu mungkin dijual ke Timur Tengah, terutamanya Iran, sebagaimana yang dinyatakan pihak polis di awal laporan media.

Ia turut mendedahkan bahawa Peguam Negara, Abdul Ghani Patail berada dalam keadaan defensif ketika ditanya mengenai hubungan dengan Iran, dan semua laporan mengenai kemungkinan enjin yang hilang itu berada di Timur Tengah atau Iran hilang daripada paparan media tradisional.

Kedutaan AS di Malaysia turut melaporkan kepada kerajaan AS, bahawa mereka sukar untuk mempercayai penjelasan kerajaan mengenai kehilangan enjin jet buatan AS itu.

"Kami berkongsi ketidakpercayaan yang dicetuskan di dunia blogger mengenai kes dan penjelasan kerajaan mengenai orang di belakang skandal ini," kata kabel itu lagi.

Mengikut kabel tersebut , Kementerian Pertahanan ketika itu turut didakwa cuba mengelak daripada memberikan penjelasan bagaimana kes itu dikendalikan.

Menurutnya, media tradisional di Malaysia turut berbohong melaporkan kerajaan meminta bantuan AS dalam menyelesaikan skandal kehilangan enjin berkenaan kerana ia tidak pernah dibuat melalui kemneterian luar.

Kabel bertarikh 10 Januari 2010 itu ditulis kaunselor politik, Brian McFeeters dan ditandatangani Duta AS James Keith.

Ia turut menamakan pegawai Malaysia yangmendedahkan maklumat itu kepada kedutaan AS adalah Mohamed Radzi Jamaluddin, pembantu setiausaha jabatan Amerika dari Kementerian Luar Negeri.

Sebanyak 3 kabel didedahkan WikiLeaks minggu lepas, menyentuh mengenai skandal kehilangan enjin jet F5. Enjin J85-21 yang dibuat oleh General Electric digunakan dalan Northrop F-5 jet ringan sejak 1970 masih digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF).

Berita kehilangan engin jet tersebut mula didedah oleh Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi pada 19 Disember 2009, selepas hampir dua tahun kehilangannya, ketika kementerian pertahanan di bawah Datuk Seri Najib Razak.

Syed Husin dedah SB ‘lantik’ pensyarah universiti

Posted: 18 Apr 2011 10:45 PM PDT

KUALA LUMPUR: Senator Dewan Negara, Profesor Dr Syed Husin Ali mendedahkan bahawa Polis Cawangan Khas (SB) bukan sahaja mempengaruhi keputusan yang dibuat kerajaan, malah turut campurtangan dalam pelantikan pensyarah universiti, yang disifatkan lebih bahaya dan teruk dari campurtangan politik.

Beliau mendedahkan perkara ini semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Negara, semalam.

"Sekarang ini diketahui bahawa seseorang pemohon untuk menjadi pensyarah akan ditapis. Sebelum ia boleh diterima, namanya dirujuk kepada pihak keselamatan (biasanya SB) untuk dikaji dan dihalusi latar belakangnya.

"Hanya selepas dibersih atau diluluskan oleh pihak SB barulah tawaran jawatan dihantar kepadanya. Biasanya hubungan dan pendirian politik calon itupun boleh menjadi alasan menyekat perlantikan," ujarnya.

Menurut Syed Husin, selain pensyarah, pihak polis cawangan khas turut mempengaruhi keputusan dalam pelantikan seseorang profesor Emeritus, yang dilihat tidak sehaluan dengan kerajaan.

"Bahkan lebih buruk lagi diketahui bahawa SB campur tangan dalam hal perlantikan Profesor Emeritus. Gelaran ini diberi kepada seseorang yang telah berkhidmat selama tempoh tertentu di sesebuah universiti selepas ia bersara, atas dasar sumbangan dan kecemerlangannya dalam bidang akademik.

Menurutnya, terdapat kes di mana seorang bekas profesor yang terkenal dibatalkan gelaran Profesor Emeritus oleh sebuah universiti ulung di Malaysia kerana disekat SB.

"Badan-badan akademik dalam Universiti itu bersetuju mengaugerahkan gelaran ini kepada bekas Profesor berkenaan. Akan tetapi, apabila sampai ke peringkat Lembaga Universiti, campur tangan SB berlaku. Maka tidak jadilah gelaran itu dianugerah," katanya.

Kesan kempen Kenyalang

Posted: 18 Apr 2011 10:30 PM PDT

19 APRIL — Tidak ada siapa pun, kecuali segelintir penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat, yakin kerajaan negeri Barisan Nasional di Sarawak boleh ditumbangkan dalam pilihan raya negeri baru-baru ini.

Malah, awal-awal lagi pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang telah menyuarakan hasrat untuk menafikan majoriti dua pertiga BN di Bumi Kenyalang itu kerana beliau sedar Sarawak memang merupakan negeri kubu kuat BN.

Sebagaimana biasa, apabila Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan pada 21 Mac lalu, gendang perang mula dipalu. PKR, DAP dan PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat turut ghairah dengan sentimen rakyat negeri yang mula bosan dengan kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang terlalu lama memerintah.

Bukan sahaja lama memegang kuasa, persepsi rakyat terhadap penyelewengan dan salah guna kuasa pucuk pimpinan juga membuatkan Pakatan yakin dengan kekuatan yang ada untuk melakukan kejutan di Sarawak.

Daripada keyakinan itu, walau pun tanpa sebarang kekuatan fizikal di segi jentera pilihan raya dan tenaga kerja, para pemimpin Pakatan mula berkempen siang dan malam di kota dan desa serta pedalaman.

Pemimpin besar Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menawan hati pengundi dan pemerhati politik dengan karisma ceramahnya yang setakat ini belum ada sesiapa pun yang mampu menandinginya.

Sehingga ramai yang cukup yakin dengan kata-kata semangat Anwar bahawa menafikan dua pertiga majoriti bukan sahaja mampu dicapai; kerajaan BN Sarawak juga boleh ditumbangkan.

Dalam sidang akhbarnya yang terakhir di Kuching sebelum hari mengundi, Anwar memberitahu wartawan: "Kami sangat optimistik, kami bergerak menjangkaui (matlamat menafikan majoriti dua pertiga BN), kami bergerak untuk menafikan monopoli BN di negeri ini."

Sudah tentu mereka yang yakin penuh dengan kata-kata penuh semangat Anwar kecewa apabila BN kekal dengan majoriti dua pertiga; malah PKR hanya mampu meraih tiga kerusi sahaja. Hanya DAP dengan kempen "underdog" berjaya memenangi 12 dari 15 kerusi yang ditandinginya – kejayaan dua kali ganda daripada pilihan raya negeri 2006.

Patah hati dan kecewa Pakatan Rakyat. Namun, kembali berpijak di bumi yang nyata, ahli dan penyokong Pakatan seebnarnya tidak perlu terlalu hiba kerana matlamat asal cuma mahu memenangi lebih dari tujuh kerusi yang dirampas pembangkang dalam PRN 2006.

Sejak awal tahun ini, andaiannya ialah jika Pakatan menang lebih 10 kerusi pun sudah cukup untuk memberi isyarat jelas kepada Taib Mahmud yang sudah lama bermaharaja di Sarawak. Cumanya apabila dirasuk bahang kempen pilihan raya, naik semangat tak tentu hala sehingga ada yang yakin dapat menumbangkan BN Sarawak.

Memang getir bagi Pakatan bertanding pilihan raya. BN sejak azali telah menghalalkan pengunaan jentera dan agensi kerajaan untuk berkempen bagi pihaknya. Media arus perdana pula setia berkhidmat sebagai suara rasmi BN. Pihak Pakatan juga mendakwa BN mengamalkan beli undi dan ugut pengundi. Dan ini akan tetap diteruskan oleh BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Syukur kerana bagi pihak Pakatan, para pemimpinnya rela menerima keputusan dalam saingan yang tidak adil dan tidak demokratik ini.

Dalam wawancara dengan The Malaysian Insider, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali selaku pengarah pilihan raya PKR mengakui bahawa jentera pilihan raya parti tidak tersusun dan tidak kukuh. Beliau turut mengakui bahawa partinya hanya mula bergerak serius tiga bulan sebelum penamaan calon.

Kejujuran Azmim membuat pengakuan terbuka itu harus dipuji. Ramai sedar PKR sering terbabit dalam kancah perebutan kuasa dalaman, dan Sarawak juga tidak terkecuali. Kemelut ini sering membantutkan perancangan politik serta kelancaran program bersama dengan sahabat-sahabat Pakatan.

Sesal dahulu pendapatan, dan tidak terlambat untuk PKR serta Pakatan untuk kembali berbincang mencari jalan baru, atau setidak-tidaknya idea lama yang perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Walau pun gagal menafikan majoriti dua pertiga BN di Sarawak, proses pilihan raya di Bumi Kenyalang itu telah memberi pengajaran serta persediaan kepada Pakatan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ghairah dengan kejayaan BN di Sarawak, mungkin PRU akan diadakan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Ini bermakna Pakatan terpkasa berhempas pulas untuk memperkukuhkan jentera pilihan raya.

Jika Najib terlalu berwaspada, kemungkinan besar PRU hanya akan diadakan tahun depan. Ini memberi lebih masa untuk Pakatan bersiap sedia walau pun ia juga bermakna ada kemungkinan masa tambahan ini bakal disalahgunakan untuk mencipta masalah dalaman baru seperti berebut jawatan dan tohmahan sesama pemimpin.

Dengan menyahkan sama sekali angan-angan menawan Sarawak, hakikat semasa menunjukkan Pakatan mencatatkan kemenangan tidak rasmi di Bumi Kenyalang. Masih ada senyum dalam tangis buat Pakatan.

Buat kali pertama, PKR yang mula bertapak di Sarawak sejak sedekad yang lalu berjaya menembusi kubu BN dengan memenangi tiga kerusi. Sebagai parti muda, ia petanda yang baik.

Jika diimbas kembali, DAP memgambil masa hampir 20 tahun untuk memenangi kerusi DUN Sarawak apabila menawan tiga kerusi pada 1996 setelah bertapak sejak 1978 – walau pun menang dua kerusi Parlimen di Sarawak dalam PRU 1982.

Begitu juga kejayaan Pakatan menghakis undi popular BN daripada 63 peratus kepada 55 peratus dalam PRN Sarawak. Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, PRN itu menunjukkan Sarawak bukan lagi simpanan tetap untuk BN kerana peralihan undi kira-kira 8 peratus itu mampu menjejaskan prestasi parti pemerintah dalam PRU akan datang.

Menurut sumber-sumber yang berkempen dalam PRN Sarawak pula, sentimen anti-Taib dan marah dengan pentadbiran BN negeri sememangnya benar, cuma para pengundi cemas dan takut di saat-saat akhir akan teraniaya selepas pilihan raya jika undi mereka diketahui orang BN.

Isu kitab Bible Bahasa Melayu, isu kalimah Allah, isu premium tanah dan tanah adat serta isu pembahagian kekayaan sumber hasil negeri memang jelas dan menyakitkan hati pengundi. Namun rasa takut menyebabkan ramai tidak berani mengubah pola pengundian mereka yang diamalkan sejak zaman berzaman.

Apa pun, sebagaimana yang Anwar suarakan selepas PRN Sarawak: "Walau pun tidak mengecapi keputusan yang diingini, kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu dan berusaha memperkukuh amalan demokratik".

Tambahnya lagi, rakyat Malaysia yang mahukan perubahan dan cintakan keadilan perlu meningkatkan usaha tanpa berputus asa untuk "pastikan regim yang korup ini tumbang pada pilihan raya yang akan datang".

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Penganalisis: Hadi Awang dilihat liabiliti, PAS perlu perubahan

Posted: 18 Apr 2011 10:07 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 April — Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS menegaskan, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dilihat sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat itu.

Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya.

Sehubungan itu kata Aziz, Hadi, 64, yang juga Ahli Parlimen Marang dilihat telah gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit.

"Ini dapat dilihat apabila Terengganu jatuh (semula) kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Beliau juga dikatakan antara punca rancangan 16 September Pakatan Rakyat musnah," kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Hadi menjadi Presiden PAS pada 2002 dan mempertahankan kedudukannya pada 2009 tanpa saingan.

Kata Aziz, keadaan itu menyebabkan ahli-ahlinya kurang kepercayaan kepada kepimpinan Hadi yang menyulitkan perkembangan PAS dan kegagalan menyerlah sebagai 'kapten' kepada parti itu.

Malah, Aziz juga berkata, tindakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa tidak relevan.

"Husam membuat keputusan tanpa pertimbangan yang cekap kerana sepatutnya menunggu respons dari kawasan lain yang masih belum membuat mesyuarat kawasan," kata ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini.

Pada 13 April lalu, Husam yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat secara rasmi mengumumkan tidak akan bertanding bagi jawatan presiden parti pada pemilihan Jun ini.

Jelas Husam, beliau memberikan sokongan penuh kepada Hadi untuk terus menerajui parti Islam itu.

Justeru beliau menolak sebarang pencalonan dari mana-mana kawasan PAS yang mencalonkannya bertanding jawatan nombor satu parti sambil menegaskan hanya akan bertanding bagi ahli jawatankuasa PAS pusat.

"Saya menyokong 100 peratus kepada kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi kerana bagi saya beliau adalah seorang yang berwibawa dan boleh menyatukan PAS.

"Jadi saya harap kawasan-kawasan lain tidak mencalonkan saya bagi jawatan presiden, saya tidak pernah berhasrat untuk bertanding jawatan setinggi itu apa lagi dipertembungkan dengan Datuk Seri Abdul Hadi," katanya.

Pada pemilihan 2009, Husam yang ketika itu merupakan naib presiden parti bertanding jawatan timbalan presiden dan tewas.

Kemudian Hadi melantik beliau sebagai ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Bagaimanapun Husam mengucapkan terima kasih kepada PAS kawasan Bukit Bintang kerana telah mencalonkan beliau bagi jawatan itu.

"Mungkin PAS (kawasan) Bukit Bintang mempunyai sebab-sebab yang tertentu sehingga mencalonkan saya," katanya.

Husam berkata jawatan ahli jawatankuasa PAS pusat adalah pilihan yang terbaik memandangkan beliau juga perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan PAS terus memerintah Kelantan.

Akhbar yang sama memetik Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, jawatan presiden partinya boleh dipertandingkan kerana termaktub dalam perlembagaan.

Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, ia memerlukan sekurang-kurangnya dua pencalonan bagi melayakan calon bertanding untuk jawatan berkenaan.

"Kita tidak pernah menghalang sesiapa untuk bertanding jawatan itu kerana dalam perlembagaan PAS, tiada sebarang syarat bahawa jawatan itu tidak boleh dipertandingkan.

"Jawatan presiden dan timbalan presiden bukannya jawatan mutlak bagi seseorang pemimpin kerana sesiapa sahaja boleh jadi calon untuk jawatan itu," kata beliau yang juga ahli biro politik PAS.

Pasca-PRU Sarawak: Hubungan ‘mesra renggang’ Putrajaya-Kuching?

Posted: 18 Apr 2011 10:02 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 19 April — Isu peralihan kepimpinan yang menjadi bahan kempen dan langkah Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan "tergesa-gesa" mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak dilihat akan mencetuskan hubungan pascapilihan raya negeri "mesra renggang" antara Putrajaya dan kerajaan negeri itu, kata beberapa penganalisis.

Malah penganalisis politik melihat tindakan Taib mengangkat sumpah dengan segera selepas Barisan Nasional (BN) diisytiharkan memenangi pilihan raya negeri Sarawak kerana ingin "menempelak" Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN dan Perdana Menteri.

"Ya . . . ya . . . beliau mahu tunjukkan beliau masih layak dan tengok keputusan beliau masih layak dan beliau masih boleh jadi ketua menteri," kata Prof Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman.

"Pada pandangan saya, beliau cuba menempelak dan menunjukkan kepada Perdana Menteri bahawa beliau masih mendapat sokongan dua pertiga, sokongan masih tinggi dan layak untuk menjadi ketua menteri," katanya kepada The Malaysian Insider.

BN memperoleh 55 kerusi iaitu lebih dua pertiga walaupun mengalami kemerosotan sebanyak tujuh berbanding keputusan 2006.

Malah, parti pimpinan Taib iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang di kesemua 35 yang ditandingi iaitu kemenangan 100 peratus berbanding parti-parti lain.

Kata beliau, kemungkinan krisis antara Putrajaya dan kerajaan negeri Sarawak akan berterusan sekiranya Taib memutuskan untuk tidakberundur — walaupun sebelum ini diperkatana peralihan kuasa akan berlaku.

Malah Taib telah berjanji akan berundur "sekitar pertengahan penggal ini" dan akan menggunakan kesempatan sebelum bersara itu untuk membentuk kepimpinan barisan kepimpinan baru yang mantap.

"Ia (krisis) boleh terjadi, namun ia bergantung kepada rundingan yang akan dibuat selepas ini. Mungkin hubungan akan terjejas jika Taib masih berkeras untuk tidak berundur.

"Mungkin kalau dia (Taib) secara tiba-tiba cakap tidak mahu berundur atau buat-buat lupa akan janjinya, namun tindakan dia mengangkat sumpah itu menunjukkan dia tidak mengambil berat terhadap keprihatinan Perdana Menteri," kata Ahmad Nidzammuddin.

Jelas beliau, Najib selaku Pengerusi BN juga tidak boleh terlalu berkeras mendesak Taib agar berundur kerana ia boleh menyumbang kepada perpecahan parti itu.

"Perdana Menteri tidak boleh paksa sangat. Jadi kena bermain cara selamat supaya tidak wujudkan keadaan yang bahaya kepada BN sebab Taib bukan dari Umno . . . dia dari PBB sebab itu dia berani (melawan).

"PBB adalah komponen BN yangkuat, kalau Najib masih desak dan paksa nanti dibuatnya PBB keluar habislah BN sebab itu Najib tak boleh berkeras sangat dengan Taib.

"Sebab itu, Najib terpaksa akur dengan keputusan itu. Kalau Taib kata tidak mahu, maka Najib kena ikut dan terpaksa tunggu keputusan Taib nanti," katanya.

Ahmad Nidzammuddin juga tidak menolak tindakan Taib mengangkat sumpah dengan segera selepas BN menang dua pertiga kerana "bimbang" tidak akan dilantik memegang jawatan itu lagi.

Kabinet kerajaan negeri dibentuk semalam dan majlis angkat sumpah diadakan dengan lapan anggota sedia ada dikekalkan.

"Itu tak dapat pastikan (angkat sumpah segera), mungkin ada perundingan untuk desak melantik ketua menteri baru, dia (Taib) mungkin sudah dapat rasa tekanan itu dan malam itu juga dia terus minta untuk angkat sumpah segera.

"Ini bermakna dia membayangkan kalau dia lambat mungkin akan ada perundingan pihak tertentu untuk orang lain dilantik menjadi ketua menteri yang baru . . . sebab itu dia cepat-cepat angkat sumpah, dia bimbang akan ada orang lain akan ambil alih jawatan itu.

"Mungkin dia juga bimbang pihak atasan akan pujuk atau desak dia agar undur diri sebab itu dia desak untuk angkat sumpah pada malam itu juga," katanya.

Kata pensyarah kanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), keputusan Taib itu menyebabkan banyak pihak termasuk BN "terkejut" kerana tidak menyangka angkat sumpah dibuat pada malam keputusan pilihan raya — ketika wakil rakyat dan jentera pilihan raya menyambut kemenangan di kawasan masing-masing.

"Ramai orang yang tertanya-tanya kenapa mesti buat pada malam itu? Orang tengah sibuk di kawasan masing-masing tapi dia boleh cepat angkat sumpah pula," katanya lagi.

"Mengikut undang-undang dia boleh angkat sumpah tapi dari sokongan parti beliau harus faham . . . masa beliau sudah terlalu lama, beliau patut beri peluang kepada muka baru, zaman beliau sudah berlalu," katanya.

Tambah beliau, langkah Taib itu akan memberikan impak kepada BN terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya ada dengar tentang betapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu dia berundur kerana beliau (Najib) memikirkan tentang kepentingan Sarawak yang mana rakyat suka dapat ketua menteri yang baru, macam satu masalah kalau tak nak berundur.

"Jadi Perdana Menteri dalam keadaan serba salah, keadaan beliau (Taib) itu sepatutnya sudah berundur, BN dapat menang dua pertiga pun kerana bantuan kerajaan pusat," katanya.

Tegas Ahmad Nidzammuddin, langkah Taib itu juga akan menyebabkan beliau menjadi liabiliti kepada BN.

Justeru, beliau berkata Taib perlu memberikan tarikh bila akan berundur daripada jawatan itu.

"Bila tak bagi masa orang ragu-ragu, berapa kali cakap akan berundur tapi tidak, Perdana Menteri nak berundur demi menyelamatkan BN supaya beliau tak jadi liabilti dan untuk juga hadapi pilihan raya umum.

"BN masih berasa bimbang akan pilihan raya umum ke-13 di Sarawak nanti, jadi beliau perlu berikan tarikh bila akan berundur supaya ia akan menyakinkan orang ramai," katanya.

Isu peralihan kuasa kepimpinan Taib, yang mengetuai negeri itu sejak 1981 menjadi bahan kempen dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 yang berakhir Sabtu lalu.

Malah Pakatan Rakyat menggesa Taib mengumumkan pelan peralihan iaitu penggantinya dan tarikh ia akan dikuatkuasakan.

Selain itu, Najib juga telah mengumumkan peralihan kuasa akan dilaksanakan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri itu, namun Taib menegaskan hanya akan berundur beberapa tahun lagi.

Pendapat Ahmad Nidzammuddin itu disokong Prof Madya Dr Ghazali Mahyuddin sambil menambah, adalah wajar Taib memberikan satu tarikh yang tepat untuk beliau berundur.

"Orang akan lihat janji kata akan bersara, beliau (Taib) tak ada pilihan selain kotakan janji kalau tidak akan beri kesan kepada BN nanti . . . isu Taib sangat beri kesan kalau tak letak jawatan seperti yang dijanjikan.

"Saya ingat ia penting kotakan janji, kata akan letak jawatan jadi beliau kena kotakan janji, sama ada letak jawatan atau tidak... jika tidak ia akan beri kesan dan jadi liabiliti kepada BN nanti," katanya.

Jelas Ghazali, beliau juga percaya tindakan Taib itu dibuat kerana kemungkinan akan ada calon lain yang lebih berkelayakan untuk memegang jawatan ketua menteri bagi menggantikannya.

"Ia agak luar biasa sebab seolah-olah tak sempat nak tunggu esok, kemungkinan ada calon lain dan ada desakan orang lain akan jadi ketua menteri.

"Apa yang dilakukan agak luar biasa kerana nak kata BN dan Pakatan Rakyat 50-50 tidak, sudah pasti BN pegang teraju pemerintahan . . . jadi tidak perlu nak gesa-gesa, mungkin ada calon lain sebelum itu berlaku segera dilantik sebagai ketua menteri," katanya.

Bagaimanapun Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata peralihan kuasa itu akan dibuat selepas Taib membentuk Kabinet dalam kerajaan negeri Sarawak.

"Dia akan buat peralihan kuasa maksudnya selepas bentuk Kabinet baru akan buat peralihan kuasa.

"Peralihan kuasa itu akan berlaku cuma akan bentuk Kabinet dulu, siapa pengganti akan buat selepas ini, tindakan itu (angkat sumpah) adalah satu tindakan yang betul," katanya.

Ini kerana jelas Samsul Adabi, Taib adalah individu yang layak untuk mengangkat sumpah sebagai ketua menteri ekoran kejayaan PBB memenangai kesemua 35 kerusi yang ditanding parti.

Malah, sebagai Presiden PBB, kata beliau Taib adalah individu yang tepat dipilih sebagai ketua menteri sebelum sebarang peralihan kuasa dibuat.

"Pertama dari segi kesegeraan angkat sumpah itu diutamakan untuk bentuk kerajaan dan dia masih mengetuai kerajaan negeri kerana parti dia menang semua kerusi berbanding parti lain dalam BN.

"Jadi peralihan kuasa itu akan berlaku selepas Kabinet baru dibentuk bukan selepas dia menang," katanya.

Siapa yang bersalah - kita atau orang lain? - bhg 2 (akhir)

Posted: 18 Apr 2011 05:00 PM PDT

Banyak kali saya menulis tentang masalah yang sebenarnya dihadapi oleh UMNO parti yang menunjangi BN. Sebagaimana yang saya sebut semalam UMNO di peringkat akar umbi dari segi teknikalnya telah mati dan tidak berfungsi. Kenapa keadaan jadi begini saya mempunyai pandangan dan telah pun saya tulis agak kerap kali dalam isu ini.

Kekuatan UMNO di peringkat akar umbi dahulu bukannya hidup dengan sendirinya. Kekuatannya letak di atas kesungguhan pemimpin-pemimpin cawangan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mendekati rakyat. Pemimpin-pemimpin di peringkat cawangan mendapat galakan dari barisan pimpinan Bahagian-Bahagian dan kerjasama di antara pimpinan Bahagian sesungguhnya amat rapat.

Cawangan-cawangan mengadakan berbagai-bagai aktiviti parti yang melibatkan ahli-ahli dan orang ramai di cawangan dan kariah masing-masing. Tetapi semuanya itu sudah menjadi sejarah kerana cawangan-cawangan hanya mempunyai satu aktiviti dalam setahun; iaitu untuk mengadakan mesyuarat agong cawangan. Itu pun lebih dar 60 peratus mesyuarat itu tidak mendapat korum yang cukup untuk mesyuarat itu.

Oleh kerana UMNO menegah mana-mana ahli membawa kes perbalahannya ke mahkamah maka banyak di antara cawangan yang bermesyuarat tidak mencukupi korum itu di biarkan sahaja dan di anggap sebagai sah. Maka ketua-ketua cawangan tidak mengambil isu sah atau tidak sahnya cawangan di sisi undang-undang sebagai perkara penting.

Semuanya ini adalah hasil dari kepimpinan yang tidak 'legitimate'. Ramai di antara pemimpin cawangan dan bahagian itu mendapat jawatan melalui kuasa wang ringgit. Apabila mereka yang mendapat jawatan dengan kuasa wang ringgit ini mereka menjadi pemimpin yang keliru.

Budaya mencari rezki dalam parti inilah yang menyebabkan sikap pemimpin-pemimpin cawangan hanya bergerak jika digerakan dengan wang ringgit. Jika hendak mengumpulkan ahli terpaksa menyewa bas dan kereta untuk membawa mereka ke tempat program parti itu dan sudah kemestian juga diberikan elaun untuk berada di tempat keramaian itu.

Penyakit dan budaya ini sudah tidak lagi dapat diperbaiki kerana budaya membeli undi dengan wang ringgit itu akhirnya membuahkan keadaan yang melemahkan parti. Ramai ketua-ketua bahagian yang rapat dengan saya mengakui yang mereka tidak dapat menggerakan kerja parti kerana semuanya itu memerlukan wang ringgit yang banyak. Setiap pergerakan mesti ditolak dan dikuatkan dengan wang. "Mati saya macam ni!" kata seorang ketua bahagian dari Selangor. "Semuanya duit, duit duit" sambungnya lagi.

Oleh kerana permainan politik wang yang sudah tidak terkawal maka mereka ini jugalah yang memilih pemimpin-pemimpin di peringkat pusat yang juga bermain dengan wang ringgit. Ada setengah pemimpin memenangi jawatan MKT demgam berbelanja jutaan ringgit sedangkan mereka bukanlah jenis dan contoh yang baik untuk menduduki kerusi tertinggi yang menentu arah tuju serta dasar parti.

Sharil Samad yang boleh kita anggap mempunyai kepimpinan tidak berjaya menduduki MKT kerana tidak membeli undi-undi perwakilan. Saya pernah bertanya kepada beberapa orang perwakilan kenapa tidak memberikan Sharil undi sedangkan beliau adalah seorang tokoh yang baik dalam parti. Mereka menjawab, "Saya tak undi Sharil, sebab apabila bersalam dengan kami tapak tangannya licin saja bang!. Dia tak hulur, macam mana nak undi dia. Saya bagi undi kepada Azeeez Rahim sebab sampai juga sikit-sikit dia punya duit. Nak jadiperwakilan dulu bang banyak belanja keluar. Kenalah cari balek duit tu"

Bayangkan perwakilan boleh memilih Azeez Rahim dari Sharil. Bagaimana kita hendak 'reconcile' keadaan ini? Sampai bila pun kita tidak dapat nak memberikan rasionalnya kenapa perwakilan memilih Azeez dari Sharil. Jika saya menjadi perwakilan, walaupun saya tidak begitu setuju dengan Sharil, saya akan tetap mengundi beliau kerana beliau mempunyai kepimpinan yang terserlah, setidak-tidaknya beliau di terima rakyat di kawasannya Johor Baru.

Tetapi kepimpinan bukannya menjadi perhitungan perwakilan kita. Mereka hanya memberikan pertimbangan kepada siapa yang paling banyak 'mengulurkan' wang ringgit. Ada perwakilan yang telah dapat mengumpulkan kutipan dari mereka yang bertanding sehingga puluhan ribu ringgit jumlahnya. Maka inilah yang UMNO dapat dari budaya buruk yang sudah tertanam begitu lama ini.

Oleh kerana itu orang Melayu bertanya, "inikah jenis dan kualiti pemimpin yang hendak kita letakan kepercayaan untuk masa depan anak-anak dan cucu mereka?" Tetapi pimpinan UMNO tetap tidak menyedari masalh ini. Itulah sebabnya jika kalah pilihanraya orang Melayu yang ramai ini dipersalahkan, bukannya pemimpin yang tidak tulin tadi.

Jika benihnya tidak baik bagaimana hendak mendapat pohon yang baik dan berbuah dengan baik? Jika dari atas rasuah politik bermaharajalela bagaiman kita hendak mengharapkan pimpinan di bawah tidak rasuah? Makanan yang baik ialah makanan yang di masak sendiri bukannya makanan yang dibeli dari luar.

Apabila pemimpin-pemimpin rasuah tidak akan ada lagi keputusan yang baik yang datang dari pimpinan. Itulah formula yang tepat, Seperti pelajaran matematik, jika tidak diikuti formula yang betul jawapannya tidak akan betul.

Percayalah, rakyat sudah hilang keyakinan kerana tidak mempercayai ketelusan kepimpinan kita. Sakit hati mendengar komen seperti ini, tetapi apakan daya, yang benar itu tetap benar yang salah itu tetap salah. Tidak adil jika kita mendesak dan memaksa rakyat untuk menyokong kita. Kalau kita tidak mahu berkorban untuk menolak rasuah dan bermain politik wang itu. Jangan kita mengharapkan rakyat mahu mengorbankan masa depan anak-anak dan cucu-cucu mereka semata-mata untuk kita terus melakukan kesalahan moral dan jenayah terhadap mereka.

Kelemahan inilah yang dilihat dengan jelas oleh kaum lain, maka mereka sudah tidak lagi menghormati kita. Mereka tidak percaya lagi yang kita mampu memperbaiki diri kita lagi. Pada pandangan mereka kita sudah terlalu jauh menyimpang yang tidak mungkin berpatah balik. Kita tidak boleh mengharapkan bangsa lain boleh dipujuk dengan retorik seperti bangsa kita.

Malahan ramai di antara orang Melayu pun sudah tidak lagi termakan dengan retorik pembangunan dan bermacam pelan pembangunan yang di umumkan pemimpin kita. Ramai di antara cerdik pandai Melayu telah berpindah haluan dengan menyokong PAS kerana mereka sudah jemu dengan kesalahan yang tidak kunyung diperbaiki.

Rakyat sedar yang segala pelan mega pembangunan itu akhirnya membebankan mereka dengan peningkatan kos kehidupan yang sekarang pun sudah tidak mampu ditahan oleh rakyat yang ramai.

Rakyat sedang dalam keperitan. Mereka bukannya buta mata. Mereka bertanya kenapa seorang yang miskin, apabila mendapat jawatan politik itu dengan sekelip mata manjadi manusia yang kaya-raya.

Kita tidak payah meminta rakyat memberikan bukti rasuah itu, kerana rakyat tahu apa yang dilakukan mereka. "We know what they did last summer" kata seorang kenalan yang begitu serius membahaskan isu kepimpinan ini.

Saya tidak memerlukan sesiapa percaya dengan pandangan ini. Hanya saya berharap sesiapa yang tidak bersetuju itu hanya mengingati apa yang saya kata ini. Suatu hari akan sampai bukti kebenarannya. Ia akan sampai, kalau tidak cepat, lambat. Sampai tetap sampai. Insyaallah.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Siapa bersalah - kita kah atau orang lain?...bhg 1

Posted: 18 Apr 2011 03:49 PM PDT

Utusan Malaysia menyarankan supaya jangan dipedulikan kaum Cina kerana tidak menyokong BN dalam mana-mana pilihanraya akhir-akhir ini. Betul kah dan bijakkah saranan itu? Apa kah yang boleh kita dapat dengan menyarankan seruan yang bersifat perkauman itu? Kalau kita tidak mendapat penghormatan dari kaum Cina, apakah kesilapan kita sebenarnya? Sudahkah kita kaji dan melakukan 'soul searching' kenapa keadaan sebegini berlaku?

Kalau dahulu kaum Cina memberikan kita sokongan yang sangat kuat kenapa sekarang mereka tidak lagi memberikan dukongan seperti yang pernah mereka berikan mereka dahulu? Adakah itu kesilapan mereka atau kesilapan itu datangnya dari kita sendiri? 'There must be a cause for a cause'. Mesti ada sebab yang besar kenapa kita sudah kehilangan sokongan dari mereka.

Ugutan dari Utusan baru-baru ini bukannya perkara baru. UMNO sendiri sewaktu keadaan lemah menggunakan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan kembali orang Melayu. Kalau saya kaji dari komen yang saya dapati melalui blog saya ini, saya banyak mendapat komen rasis yang datangnya dari penyokong BN, seolah-olah negara ini hanya orang Melayu yang punya.

Jika dahulu Cina mengakui yang orang Melayu merupakan kaum pribumi yang mesti dibantu semasa DEB dahulu kenapa sekarang mereka sudah tidak lagi menghayatinya? Kalau dahulu kaum Cina mengakui yang meningkatkan penyertaan Bumiputra di dalam bidang 'commerce' dan 'industry' merupakan tanggungjawab bersama untuk mempastikan kita mencapai 'natinal unity' kenapa mereka tidak lagi mempunyai semangat itu?

Elok kita buat olahan bagaimana semasa pemerintahan 3 PM negara yang pertama dahulu kesatuan di antara kaum lebih baik dari keadaan selepas itu. Kita tidak boleh hanya menjerit dan memaki mana-mana pihak tanpa mengambil tanggungjawab terhadap sebahagian dari kesalahan atau kesilapan itu. Ini adalah isu keyakinan terhadap kepimpinan dan negara yang pada asasnya adalah kepimpinan Melayu.

Asas penubuhan Perikatan dan selepas itu BN semua parti yang mewakili semua kaum berada di dalam komponen itu. Asasnya adalah untuk dipertanggungjawabkan kepada parti-parti yang mewakili kaum-kaum itu untuk menarik sokongan terhadap BN melalui sokongan kaum mereka terhadap parti mereka. Kaum Cina mempunyai MCA dan Gerakan di dalamnya da India diwkili oleh MIC. BN Sarawak kaum Cina diwakili oleh SUPP dan Bumiputra Sarawak diwakili oeh PBB.

Di anatara kaum-kaum Bumiputra Sarawak dulu ada PBDS yang mewakili kaum Dayak dan ada parti-parti yang mewakili kaum Iban dan sebagainya. Malah semua kaum diwakii di dalam komponen BN itu dan itulah kekuatan yang di alami oleh BN selama ini dan komponen itu menjadi komponen yang kuat.

Tetapi oleh kerana kelalaian pimpinan BN terutamanya parti yang menunjangi BN itu, iaitu UMNO (Melayu) itu sudah sampai ketahap kufur nikmat yang tidak dapat disorokan lagi maka secara beransur-ansur keyakinan rakyat berbilang kaum terhadap UMNO, MCA dan PBB dan yang lain mula terhakis.

Kekuatan BN semasa dulu adalah di dasarkan kepada kejujuran dan ketelusan untuk menjaga rakyat yang berbilang kaum dan inginkan pembelaan itu. Rakyat tidak mempersoalkan tentang keluhuran komponen itu diwujudkan dan rakyat faham bahawa semua pemimpin semasa itu merupakan pemimpin yang menumpukan kepada pembangunan rakyat dan negara bersama dengan niat untuk mencapai penyatuan kaum yang berbagai.

Kerajaan BN dan rakyat faham dan berkeyakinan terhadap kepimpinan semua ketua-ketua parti dan pemimpin-pemimpin ini tidak banyak dipersoalkan oleh ahli-ahli yang menganggotainya.

Apabila semangat untuk menumpukan sepenuhnya kepada rakyat sudah terhakis maka rakyat pun merasakan mereka sudah tidak lagi menjadi penting kepada kerajaan dan pimpinan yang ada. Segaka dasar-dasar yang cantik-cantik tinggal sebagai dasar sahaja tanpa perlaksanaan yang betul. Segala keputusan yang penting-penting hanya dibuat secara unilateral oleh pihak yang memerintah dan meminta rakyat menerimanya bulat-bulat.

Segala keluhan rakyat tidak sampai kepengetahuan pucuk pimpinan kerana pimpinan yang di peringkat pertengahan tidak ada kepimpinan dan takut untuk menyuarakannya kepada pimpina yang tertinggi. Sejak 3 dekad yang lalu kerajaan hanya memusatkan pembangunan fisikal yang tidak banyak memberikan keuntungan secara direct kepada rakyat yang ramai. Pimpinan berpendirian yang pembangunan negara (nation building) itu hanya pembangunan fisikal dan ekonomi semata-mata.

Kita lupa yang pembangunan fisikal itu hanyalah merupakan sebahagian kecil dari 'ingredient' untuk pembangunan negara (nation building) itu. Itulah kita dapati sekarang ini yang pembangunan yang 'lop-sided' ini telah membawa padah kepada negara terutamanya terhadap matlamat utama kita, iaitu pencapaian penyatuan rakyat dan kaum itu tadi.

Pimpinan kita telah mengambil kebaikan dan sifat 'senang berunding' rakyat berbilang kaum ini sebagai kelemahan rakyat yang boleh diperlakukan apa sahaja terhadap mereka. Perasaan tidak senang hati ini bukan sahaja di alami oleh orang Cina tetapi juga di alami oleh orang-orang Melayu.

Orang Cina merasakan parti mereka MCA dan Gerakkan di Semenanjung ini tidak lagi sebuah parti yang baik kerana terlalu banyak perkara-perkara yang tidak menyenangkan mereka. Meeka pun berpecah belah di antara mereka. Tetapi oleh kerana orang Cina ini merupaka satu kaum yang realistic dan praktikal maka mereka bertindak untuk bersatu di luar MCA dan Gerakkan dan mereka memilih untuk bersatu di dalam DAP.

Orng Melayu pula merasakan UMNO sudah tidak lagi seperti UMNO yang dahulu maka mereka bertindak untuk bersatu di luar UMNO dan memilih PAS dan sebahagiannya menyertai PKR. Ramai di kalangan orang Melayu merasakan amat susahuntuk bersatu di dalam UMNO kerana tidak tahan dengan budaya baru anutan pimpinan UMNO dan setengah ahli-ahlinya.

Mereka menganggap UMNO tidak lagi parti nationalis yang menyebabkan mereka menyertainya dahulu, tetapi UMNO sudah menjadi parti kapitalis yang seolah-olah parti untuk 'the rich and the famous' semata-mata. UMNO sudah dipersepsikan oleh rakyat sebagai parti taukey-taukey sahaja….tidak ada lagi kemelayuan dan semangat nationalis di dalamnya.

Sekarang ini dari segi teknikalnya UMNO sudah mati kerana di cawangan-cawangan parti ini tidak ada lagi kegiatan kepartian yang berjalan. Jika di peringkat akar umbi sudah tidak berfungsi dan seolah-olah sudah mati bagaimana ianya boleh menyuburkan dan merendangkan pohonnya? Kita perlu ingat cawangan-cawangan UMNO sekarang ini tidak ada langsung kegiatan untuk menunjukan kehaziran mereka kepada rakyat ramai. Bagaimanakah mereka hendak menjalankan tugas dengan baik di peti-peti undi semasa pilihanraya nanti?

Sebaleknya rakyat lebih nampak kehaziran parti-parti pembangkang yang tidak putus-putus mendekati rakyat di kampong-kampong. Tetapi kita sentiasa mengambil sikap negatif. Apabila rakyat lebih hampir dengan parti-parti lawan kita kita mula menuduh kita difitnah dan sebagainya dan tidak pula senang hati dengan sokongan parti lawan. Pemimpin-pemimpin di cawangan-cawangan merasakan sokongan di dalam pilihanraya itu hanya untuk UMNO dan BN sahaja dan parti-parti lain tidak berhak untuk mendapatkan sokongan itu.

Pemimpin-pemimpin UMNO di Bahagaian-Bahagian dan cawangan-cawangan hanya perlu memeluk tubuh dan mendapat sokongan rakyat secara otomatik…betulkah cara itu?

(bersambung)……………….

Tiada ulasan: