ALHUSSEYN |
Hadi Awang dilihat liabiliti, PAS perlu perubahan Posted: 19 Apr 2011 07:58 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 April — Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS menegaskan, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dilihat sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat itu. Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini. Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya. Sehubungan itu kata Aziz, Hadi, 64, yang juga Ahli Parlimen Marang dilihat telah gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit. "Ini dapat dilihat apabila Terengganu jatuh (semula) kepada kerajaan Barisan Nasional (BN). "Beliau juga dikatakan antara punca rancangan 16 September Pakatan Rakyat musnah," kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini. Hadi menjadi Presiden PAS pada 2002 dan mempertahankan kedudukannya pada 2009 tanpa saingan. Kata Aziz, keadaan itu menyebabkan ahli-ahlinya kurang kepercayaan kepada kepimpinan Hadi yang menyulitkan perkembangan PAS dan kegagalan menyerlah sebagai 'kapten' kepada parti itu. Malah, Aziz juga berkata, tindakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa tidak relevan. "Husam membuat keputusan tanpa pertimbangan yang cekap kerana sepatutnya menunggu respons dari kawasan lain yang masih belum membuat mesyuarat kawasan," kata ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini. Pada 13 April lalu, Husam yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat secara rasmi mengumumkan tidak akan bertanding bagi jawatan presiden parti pada pemilihan Jun ini. Baca lagi di sini Sementara itu beberapa pemimpin PAS menyangkal dan menafikan pandangan Aziz Bari tersebut.Mereka sebulat suara berkeyakinan Hadi yang telah menerajui PAS sejak 2002 masih releven untuk menjadi pemimpin nombor satu parti itu ekoran kejayaan yang telah dicapai semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Allahyarham Datuk Fadzil Noor. Baca di sini |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan