Selepas Pelacur China, Jurublog UMCO Kaitkan Wanita Ini dengan Anwar Ibrahim Posted: 19 Apr 2011 06:00 AM PDT Macam-macam cara orang mahu menabur fitnah kepada Anwar Ibrahim, warga emas berusia lebih 60 tahun yang mengalami sakit tulang belakang. Semakin uzur, semakin hebat difitnah. Yang lawaknya, fitnah yang dilemparkan smeuanya berunsur seks!!!! DSAI sudah menjadi ikon seks kepada musuh politiknya!
Sebelum ini heboh diperkatakan/dikaitkan DSAI dengan beberapa orang perempuan Melayu termasuk dengan isteri orang, namun fitnah itu tidak jalan. Baru-baru ini, muncul video kononnya DSAI sedang "beraksi" dengan pelacur China. Dua kali "games" kata penonton video lucah tersebut. Hebat, "DSAI" dalam video itu beraksi tanpa berasa sakit di bahagian tulang belakangnya, seolah-olah masih muda dan bertenaga! Pusing punya pusing, video kantoi, UMCO kantoi, PDRM pun nampak seperti sudah kantoi.
Selepas ini, timbul ura-ura jurublog UMCO mahu mengaitkan Anwar Ibrahim dengan wanita di atas. Gambar di atas saya salin dari sebuah blog yang mungkin ada kaitan dengan Puteri UMCO (saya teka berdasarkan template blog). Pentadbirnya mendakwa akan mendedahkan hubungan DSAI dengan wanita dalam gambar di atas. Wow, kali ini gadis bertuah itu berketurunan hindustan!!!
Siapakah gerangan wanita cun itu? Gambar wanita hindustan mana mereka rembat?
Jika wanita (warnegara Malaysia) dalam gambar di atas terbaca artikel ini, dan anda pasti gambar anda telah disalahgunakan oleh blog pro-UMCO itu, silalah hantar surat cinta kepada mereka! P/s: Dosa memfitnah ini perlu mendapat kemaafan daripada empunya diri yang difitnah.
|
Tikam Perut Teman Wanita untuk Bunuh Anak Luar Nikah Posted: 19 Apr 2011 05:00 AM PDT
Saya petik: [Bernama] PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Isnin, mengekalkan hukuman penjara empat tahun ke atas seorang lelaki kerana menghalang seorang bayi daripada dilahirkan dengan menikam perut teman wanitanya yang mengandung lapan bulan, enam tahun lepas.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang bersidang bersama Hakim Datuk Ahmad Maarop dan Hakim Azhar Ma'ah sebulat suara menolak rayuan lelaki itu dan mengekalkan hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 10 September 2009 dan memerintahkan hukuman itu bermula dari hari ini.
Mereka membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff yang mewakili lelaki itu dan Timbalan Pendakwaraya Fatnin Yusof bagi pihak pendakwaan.
Semasa kesalahan itu dilakukan pada tahun 2005, lelaki itu didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak kerana berusia 17 tahun, dan kini dia berumur 23 tahun, baru sahaja tamat pengajiannya di sebuah universiti tempatan.
Pada 1 November 2006, Mahkamah Kanak-Kanak Telok Datok, Banting, telah memerintahkan lelaki itu yang ketika itu berumur 17 tahun dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun, atau sehingga dia berumur 21 tahun selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan melakukan satu perbuatan dengan niat menghalang bayi daripada dilahirkan dengan menikam perut ibu bayi itu yang berumur 16 tahun.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kampung, di Tanjung Sepat, Banting, pada 11 Sept 2005 antara pukul 12 tengah hari dan 1 petang.
Semasa dalam proses rayuan, pihak peguam telah menarik balik rayuannya dan telah bersetuju supaya Mahkamah Tinggi membuat semakan ke atas keputusan Mahkamah Kanak-Kanak dan mahkamah itu telah menggantikan perintah itu kepada empat tahun penjara, tetapi lelaki itu dibenarkan menangguhkan hukuman itu sehigga rayuannya selesai di Mahkamah Rayuan.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian lelaki itu telah bertengkar berkenaan dengan anak yang dikandung teman wanitanya selepas mereka melakukan hubungan seks.
Teman wanitanya itu merasa sakit dicucuk benda tajam selepas menyedari perutnya ditikam apabila melihat sebilah pisau dicucuk di perutnya dan akibat tikaman itu wanita itu mengalami kecederaan teruk di bahagian perut dan mengalami pendarahan yang banyak.
Hasil bedah siasat ke atas bayi itu mengesahkan punca kematian kandungan itu adalah disebabkan luka tajam pada uri dan tali pusat dan bayi itu disahkan meninggal semasa dalam kandungan itu.
P/s: Berahi bingai, berahi kejam! |
[Video] Perobohan Masjid Desa Makmur di Bawah Pemerintahan UMCO Terengganu Posted: 19 Apr 2011 04:00 AM PDT Rakaman penuh pemusnahan Masjid Desa Makmur, Rancangan Tanah Berkelompok Kijal, Daerah Kemaman, Terengganu oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Kemaman di bawah arahan Kerajaan UMCO Terengganu. Perisitiwa yang menyayat hati berlaku pada pukul 2.30 petang, 26 Mei 2005. FRU telah menembak gas pemedih mata dan menghalau penduduk penduduk kampung daripada mempertahankan masjid tersebut. Video:
(Kredit: Bujang Susah)
P/s: Bukan main dasyhat lagi puak-puak munafik "mempertahankan" surau di Rawang dan di Kerinchi sebelum ini. Ada yang bersuara, ada yang berdemo. Namun apabila mengetahui surau-surau itu di bawah kelolaan Kerajaan Persekutuan, mereka terus menjadi bisu. Samalah juga apabila Masjid Bujal di atas dirobohkan, apa tindakan mereka?
|
Menteri Besar Kedah Jawab FITNAH Khaled Nordin dan Utusan Posted: 19 Apr 2011 03:15 AM PDT
Saya petik: [HD] ALOR SETAR, 19 April: "Serahkan Universiti Utara Malaysia (UUM) kepada kerajaan negeri kalau dah tak mampu nak tadbir kewangannya," kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai respons kepada isu yang ditimbulkan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
Semalam, Menteri Pedidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin juga dilaporkan mengecam kerajaan negeri Kedah yang kononnya menaikkan cukai tanah UUM sehingga 10 kali ganda sejak mengambil alih pemerintahan negeri sehingga pihak universiti terpaksa membayar RM1.8 juta setahun berbanding RM150,000 sebelum ini.
Azizan bagaimanapun menafikan dakwaan kenaikan cukai tanah tersebut, sebaliknya menjelaskan bahawa apa yang berlaku adalah tempoh pemberian rebat kerajaan negeri kepada universiti itu yang telah berakhir.
"Mengikut perjanjian asal, jumlah perlu dibayar oleh universiti adalah sebanyak RM1.2 juta tetapi pihak universiti hanya perlu bayar RM100 ribu setahun bagi tempoh 2006 hingga 2008 setelah permohonan mereka mendapatkan rebat diluluskan oleh kerajaan.
"Saya harap penjelasan ini membuktikan kerajaan negeri bukan naikkan cukai tanah, cukai asal lebih RM1 juta dan setelah diberi rebat UUM cuma bayar RM100,000 sahaja dan kini perjanjian telah berakhir, UUM kenalah bayar penuh.
"Sepatutnya mereka kena bayar RM1.2 juta tapi kalau UUM menghadapi masalah kewangan, mereka boleh memohon untuk mendapatkan rebat semula," jelasnya kepada media selepas berucap di himpunan bulanan kakitangan kerajaan di Wisma Darul Aman.
Menurutnya lagi, kerajaan negeri tidak pernah bercadang hendak menaikkan cukai tanah yang diturunkan selepas mengambil alih pemerintahan negeri pada Mac 2008 yang lalu.
Mengenai masalah bekalan air yang sekian lama dihadapi warga universiti itu, Azizan berkata, isu ini perlu diselesaikan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.
"Saya pernah bangkitkan isu ini supaya pengurusan UUM kemukakan cadangan kepada kementerian untuk naik taraf infrastruktur bekalan air, tetapi saya tak nampak pun hasilnya," katanya.
P/s: UMCO serang Kedah dengan harapan orang Kedah pangkah BN. Mereka ingat orang Kedah boleh terpedaya?
|
Cuba Teka Siapakah Mereka? Posted: 19 Apr 2011 01:15 AM PDT Keterangan gambar:
[Mstar] Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, (kanan) dan pasangannya Nur Diayana Norslan, 29, selepas dituduh berkhalwat di Mahkamah Rendah Syariah Timur Laut di George Town, Isnin. Mereka membayar jaminan sebanyak RM2,000 setiap seorang. Salim dan Nur Diayana mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lepas.
P/s: "Glamour" 1kampung!
|
Jika Benar, Hebat SB Malaysia!!! Posted: 19 Apr 2011 12:20 AM PDT
Saya petik: [KD] KUALA LUMPUR: Senator Dewan Negara, Profesor Dr Syed Husin Ali mendedahkan bahawa Polis Cawangan Khas (SB) bukan sahaja mempengaruhi keputusan yang dibuat kerajaan, malah turut campurtangan dalam pelantikan pensyarah universiti, yang disifatkan lebih bahaya dan teruk dari campurtangan politik.
Beliau mendedahkan perkara ini semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Negara, semalam.
"Sekarang ini diketahui bahawa seseorang pemohon untuk menjadi pensyarah akan ditapis. Sebelum ia boleh diterima, namanya dirujuk kepada pihak keselamatan (biasanya SB) untuk dikaji dan dihalusi latar belakangnya.
"Hanya selepas dibersih atau diluluskan oleh pihak SB barulah tawaran jawatan dihantar kepadanya.
Biasanya hubungan dan pendirian politik calon itupun boleh menjadi alasan menyekat perlantikan," ujarnya.
Menurut Syed Husin, selain pensyarah, pihak polis cawangan khas turut mempengaruhi keputusan dalam pelantikan seseorang profesor Emeritus, yang dilihat tidak sehaluan dengan kerajaan.
"Bahkan lebih buruk lagi diketahui bahawa SB campur tangan dalam hal perlantikan Profesor Emeritus.
Gelaran ini diberi kepada seseorang yang telah berkhidmat selama tempoh tertentu di sesebuah universiti selepas ia bersara, atas dasar sumbangan dan kecemerlangannya dalam bidang akademik.
Menurutnya, terdapat kes di mana seorang bekas profesor yang terkenal dibatalkan gelaran Profesor Emeritus oleh sebuah universiti ulung di Malaysia kerana disekat SB.
"Badan-badan akademik dalam Universiti itu bersetuju mengaugerahkan gelaran ini kepada bekas Profesor berkenaan. Akan tetapi, apabila sampai ke peringkat Lembaga Universiti, campur tangan SB berlaku. Maka tidak jadilah gelaran itu dianugerah," katanya.
|
WikiLeaks Dakwa Media Malaysia Buat Laporan Palsu Skandal Kehilangan Enjin Jet Posted: 18 Apr 2011 11:30 PM PDT
Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Laman Web pemberi maklumat WikiLeaks sekali lagi menimbulkan kegemparan apabila mendakwa media di Malaysia membuat laporan palsu mengenai kehilangan enjin pesawat TUDM yang hilang pada 2008.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh kabel diplomasi Amerika Syarikat, seorang anggota kementerian luar negeri telah memberitahu kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa media tradisonal di Malaysia telah membuat banyak kesilapan tentang fakta kehilangan enjin jet F5 berkenaan.
Antara lain, laporan media tradisional Malaysia yang mendakwa enjin itu dijual kepada satu syarikat antarabangsa berpusat di Amerika Selatan.
"Mereka mungkin tak tahu lokasi atau disuruh merahsiakan info ini sehingga polis menghabiskan siasatan. Malaysia juga tidak memberikan penjelasan yang cukup, kenapa, selepas dua tahun, perkara ini tiba-tiba menjadi pengetahuan umum," kata kabel tersebut.
Kabel itu turut menyatakan bahawa terdapat laporan portal berita berkecuali yang melaporkan bahawa enjin itu mungkin dijual ke Timur Tengah, terutamanya Iran, sebagaimana yang dinyatakan pihak polis di awal laporan media.
Ia turut mendedahkan bahawa Peguam Negara, Abdul Ghani Patail berada dalam keadaan defensif ketika ditanya mengenai hubungan dengan Iran, dan semua laporan mengenai kemungkinan enjin yang hilang itu berada di Timur Tengah atau Iran hilang daripada paparan media tradisional.
Kedutaan AS di Malaysia turut melaporkan kepada kerajaan AS, bahawa mereka sukar untuk mempercayai penjelasan kerajaan mengenai kehilangan enjin jet buatan AS itu.
"Kami berkongsi ketidakpercayaan yang dicetuskan di dunia blogger mengenai kes dan penjelasan kerajaan mengenai orang di belakang skandal ini," kata kabel itu lagi.
Mengikut kabel tersebut , Kementerian Pertahanan ketika itu turut didakwa cuba mengelak daripada memberikan penjelasan bagaimana kes itu dikendalikan.
Menurutnya, media tradisional di Malaysia turut berbohong melaporkan kerajaan meminta bantuan AS dalam menyelesaikan skandal kehilangan enjin berkenaan kerana ia tidak pernah dibuat melalui kemneterian luar.
Kabel bertarikh 10 Januari 2010 itu ditulis kaunselor politik, Brian McFeeters dan ditandatangani Duta AS James Keith.
Ia turut menamakan pegawai Malaysia yangmendedahkan maklumat itu kepada kedutaan AS adalah Mohamed Radzi Jamaluddin, pembantu setiausaha jabatan Amerika dari Kementerian Luar Negeri.
Sebanyak 3 kabel didedahkan WikiLeaks minggu lepas, menyentuh mengenai skandal kehilangan enjin jet F5. Enjin J85-21 yang dibuat oleh General Electric digunakan dalan Northrop F-5 jet ringan sejak 1970 masih digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF).
Berita kehilangan engin jet tersebut mula didedah oleh Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi pada 19 Disember 2009, selepas hampir dua tahun kehilangannya, ketika kementerian pertahanan di bawah Datuk Seri Najib Razak.
P/s: Sampai ke luar negara orang tahu "perangai" buruk media perdana Malaysia!
|
Ingat Kes Pegawai Kanan Kantoi Khalwat di Batu Feringgi? Rupa-rupanya Timbalan Ketua Setiausaha... Posted: 18 Apr 2011 09:30 PM PDT | Orang sudah tahu!!!! |
Saya petik: Timbalan Ketua Setiausaha KBS didakwa berkhalwat
[BH] GEORGETOWN: Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu.
Nur Diayana Norslan, 29 , juga tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang sama.
Kedua-duanya didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut,di sini, sebentar tadi. Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, manakala Seksyen 27 (b) enakmen sama.
Hakim, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan.
P/s: Berahi tak bertempat. Kalau sudah kemaruk, bernikahlah!
|
Remaja Dicekup Ketika "melakukan persediaan untuk mengadakan hubungan seks dengan...janda anak tiga" Posted: 18 Apr 2011 08:30 PM PDT
Saya petik: [SH] DUNGUN – Detik hitam mewarnai awal kehidupan seorang remaja lelaki apabila dia ditangkap anggota penguat kuasa ketika sedang melakukan persediaan untuk mengadakan hubungan seks dengan kekasihnya, yang juga janda anak tiga.
Remaja itu yang masih bujang dihadapkan ke mahkamah selepas beberapa bukti ketika tangkapan dibuat menguatkan lagi dakwaan ke atasnya.
Berikutan itu, tertuduh yang berumur 19 tahun hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam bagi mendengar pertuduhan dikenakan selepas satu waran tangkap dikeluarkan atas kegaga-lannya hadir pada perbicaraan sebelumnya.
Tertuduh, berasal dari Rumah Murah Jalan Sekolah Kebangsaan Pusat menghadapi pertudu-han mengikut Seksyen 29 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu atas tuduhan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan dengan pasangan bukan muhrim.
Mengikut fakta kes, remaja terbabit ketika ditangkap anggota penguat kuasa pada kira-kira jam 9 pagi di sebuah rumah Jalan Nibong Stesen bersama pasangannya yang berstatus janda berumur 24 tahun itu bersembunyi dalam keadaan bogel di bawah katil pelamin.
Pendakwa Raya Syarie, Azmi Tengah melalui hujah pemberatannya memohon mahkamah mengenakan hukuman paling setimpal ke atas tertuduh berikutan kesalahan terbabit amat serius dari segi agama selain menyumbang kepada keruntuhan moral sehingga menjatuhkan institusi masyarakat.
Bagaimanapun, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah selepas mengambil kira rayuan tertuduh akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM2,800 atau tiga bulan penjara ke atas tertuduh.
P/s: Rosak, rosak!
|
Gadis Berahi untuk Siswa. Melaka Lagi!!! Posted: 18 Apr 2011 07:40 PM PDT
Saya petik: [HM] MELAKA: Beberapa pengusaha pusat hiburan di negeri ini didapati bertindak melampau bagi menarik pengunjung di kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) apabila menyediakan program khusus untuk golongan itu dinamakan 'parti pakaian seragam kolej.'
Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Yusof Hassan, yang mendedahkan perkara itu berkata tindakan itu terbukti selepas pihaknya menerima aduan berdasarkan kain rentang yang mempromosi aktiviti berkenaan.
Mohd Yusof berkata, berdasarkan maklumat pada kain rentang berkenaan, penganjur menyediakan lebih 50 gadis seksi kepada pengunjung lelaki sebagai daya tarikan.
"Malah, mereka juga turut menyediakan persembahan tarian seksi dan pertunjukan pentas oleh kumpulan muzik.
"Memang jelas parti dianjurkan itu sengaja mahu menarik pengunjung terutama membabitkan golongan pelajar untuk mereka berhibur.
"Apa yang saya tak puas hati mengapa mereka menggunakan perkataan kolej, seolah-olah sengaja mahu menarik golongan muda berkenaan untuk menyertai parti berkenaan," katanya, di sini, semalam.
P/s: Sebelum ini heboh juga fasal pesta arak dan berahi yang diadakan di sebuah pusat hiburan di Melaka. Rujuk gambar di bawah ini: Hari diberitakan pesta seumpama itu bakal diadakan lagi. Apa tindakan pihak berkuasa tempatan menangani kes sebelum ini sehingga penganjur kali ini begitu berani untuk mengulangi perkara yang sama?
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan