Sabtu, 9 April 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Memalukan! Peguam Dan Pakar Undang-Undang Bidas Kebodohan Nazri Aziz

Posted: 09 Apr 2011 12:45 AM PDT

Video seks: Peguam, pakar gesa Kabinet kubur idea tubuh suruhanjaya

Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 9 April — Beberapa peguam membidas Datuk Seri Nazri Aziz yang mengesyorkan agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi mengenal pasti identiti si pelaku dalam video seks didedahkan "Datuk T" bulan lalu — yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim — atas alasan elemen pelacuran.

Peguam-peguam yang dihubungi mempertahankan bahawa pelacuran bukan haram di Malaysia meskipun melanggan seks boleh dikenakan tuduhan dan menteri itu dicabar membuktikan alasan beliau.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee mengecam kenyataan Nazri, yang dikatakan tidak bermutu dan pertubuhan itu turut membantah penubuhan suruhanjaya hanya kerana satu klip video aksi seks.

"Jika ada kesalahan jenayah, maka ia seharusnya disiasat sebagai kes jenayah," kata beliau kepada The Malaysian Insider menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, semalam.

Nazri mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh "Datuk T" 21 Mac lalu, didakwa membabitkan Anwar yang merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Anwar, yang juga Ketua Umum PKR.

Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu.

Kemudian sedutan klip 107 saat disebarkan menerusi dunia siber awal minggu lalu.

"Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah," kata Nazri kepada The Malaysia Insider semalam.

"Suruhanjaya diraja akan menentukan identiti lelaki dalam video dan wanita yang dia adakan hubungan seks, sama ada dia itu adalah pelacur," kata beliau lagi.

Dalam kenyataan susulan, Lim juga menekankan bahawa tiada peruntukan jelas berkaitan dengan elemen pelacuran.

"Pelacuran itu sendiri bukan satu kesalahan jenayah," kata Lim.

Beliau mengakui ada beberapa peruntukan dalam undang-undang yang membolehkan mereka yang menawarkan seks bagi tujuan seks didakwa.

Sebagai contoh kata beliau, Seksyen 372A Kanun Keseksaan menyediakan peruntukan bagi tindakan ke atas mereka yang hidup hasil daripada atau perdagangan persundalan. Lim menambah, di bawah Akta Inkuiri Suruhanjaya 1950, Yang di-Pertuan Agong akan mempertimbangkan budi bicara baginda dalam menubuhkan suruhanjaya siasatan yang difikirkan mempunyai kepentingan awam.

Sehubungan Lim menasihatkan Kabinet agar menolak idea Nazri sambil berkata, suruhanjaya diraja bagi isu semasa membuang masa dan sumber, yang boleh digunakan untuk mengatasi krisis pendatang haram di Sabah, menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ketua Menteri Sarawak dan yang terbaru kematian di pejabat SPRM.

"Kabinet mesti beri keutamaan kepada masalah-masalah lebih besar dan penting, yang dihadapi institusi-institusi negara berbanding tingkah laku zina seseorang individu, (dalam kes ini) didakwa (melibatkan) seorang ahli politik," kata beliau.

Andrew Khoo yang mengetuai jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam juga bersetuju dengan pandangan Lim.

"Penubuhan suruhanjaya diraja adalah untuk kepentingan negara dan saya tidak bercakap mengenai individu yang tidak memegang jawatan kerajaan," katanya ketika dihubungi.

Khoo menekankan bahawa pada masa-masa lalu kerajaan hanya memutuskan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat apabila dakwaan yang dibangkitkan berkaitan dengan sikap dan tingkah laku di pihak kerajaan.

"Dalam suruhanjaya mengenai (kes) VK Lingam, isunya berkaitan sikap tidak berat sebelah dalam bidang kehakiman. Dalam kes (bekas setiausaha agung MIC) DP Vijendran, beliau merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada ketika itu," kata Khoo.

"Di sini, persoalannya ialah 'institusi kerajaan yang mana telah dikompromi?' Jawapannya tiada. Jadi, mengapa kita perlu mengadakan siasatan sebegitu?" tambah Khoo.

Beliau juga menimbulkan persoalan mengapa perlu diberikan layanan khas dalam kes video seks sedangkan ada undang-undang untuk menangani isu berkenaan.

Sehubungan itu kata beliau, idea agar diadakan suruhanjaya diraja bagi kes video seks perlu dikuburkan segera kerana jika tidak akan ada cadangan seumpama itu bagi setiap perkara pada masa-masa mendatang.

Pakar undang-undang jenayah, Cheow Wee juga berpandangan sedemikian.

Cheow berkata beliau tidak boleh percaya bagaimana Nazri boleh mengesyorkan idea sedemikian agar diadakan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan tidak berasas kononnya seorang ahli Parlimen melanggan pelacuran.

Malah kata beliau, adalah terlalu awal untuk diadakan sebuah suruhanjaya diraja di peringkat sekarang memandangkan pihak polis belum melengkapkan siasatan mereka.

"Jenayah apa yang mereka mengadu? Adakah mereka mengatakan salah bagi dua pihak yang bersetuju untuk mengadakan seks? Atau Anwar tidak boleh mengadakan seks? Atau tindakan itu melibatkan pertukaran wang?

"Kita juga tidak tahu adanya (elemen) pelacuran dalam video ini. Dan, jika ia adalah Anwar, dan adakah dia mengadakan seks dengan orang lain?" kata beliau yang turut mengambil bahagian dalam suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock ketika disiasat SPRM dua tahun lalu.

"Ia berkaitan dengan isu moral dan etika kerana ahli-ahli Parlimen dan menteri diharap akan menunjukkan moral yang tinggi, tetapi anda tidak perlukan suruhanjaya diraja bagi tujuan itu," kata Cheow sambil menambah, isu semasa ini dimanipulasikan kerana kepentingan politik.

Sebaliknya kata beliau, polis seharusnya menyiasat sama ada wujud kesalahan jenayah membabitkan "Datuk T" yang mengakui terlibat dalam rakaman video seks berkenaan.

TV Selangor digodam lagi

Posted: 09 Apr 2011 12:30 AM PDT

SHAH ALAM: Laman sesawang Kerajaan Negeri Selangor, TV Selangor sekali lagi digodam hari ini.

Penolong Pengurus, Penerbitan Kreatif TV Selangor, Nik Ahmad Nik Mohamad Daud berkata, laman mereka disedari digodam kira-kira jam 9 pagi ini dan pihaknya telah menutupnya sementara waktu sehingga dibaik pulih.

"Laman TV Selangor dipercayai digodam pagi tadi. Laman kami telah ditampal dengan kata-kata lucah dan berita-berita palsu.

"Ini kali kedua laman kami diserang. Kali terakhir adalah pada 31 Mac lalu," katanya lapor Malaysiakini.

Menurut Nik Ahmad, kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan tetapi tidak dapat memberi kepastian bila keadaan akan kembali sedia kala.

TV Selangor adalah saluran televisyen milik Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Ia mula beroperasi pada tahun 2008 selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar.

TV Selangor diwujudkan kerana mendakwa kerajaan persekutuan yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) tidak memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat untuk menggunakan media miliknya seperti RTM bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat Selangor.

Ia adalah stesen milik penuh kerajaan Selangor. Namun, siarannaya hanya boleh ditonton menerusi internet kerana kerajaan Persekutuan tidak memberi lesen penyiaran kepada TV Selangor untuk memancarkan siaran menerusi gelombang UHF/VHF ataupun menerusi satelit di Selangor.

Muhyiddin dakwa manifesto Pakatan sebagai ‘bintang dan bulan’

Posted: 08 Apr 2011 11:38 PM PDT

SIBU, 9 April — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Pakatan Rakyat yang menabur janji kosong dalam manifesto untuk memancing undi pada setiap pilihan raya.

Beliau berkata slogan "ubah" atau "change" yang digunakan dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak adalah modal lapuk.

"Barisan Nasional (BN) yang melihat masa depan negara dalam perspektif yang lebih luas mahukan transformasi agar Malaysia dan Sarawak terus berkembang dan maju," katanya pada majlis makan malam 1 Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri lebih 1,000 orang di sini malam tadi.

Pakatan Rakyat mengumumkan manifesto bertemakan "Jom Ubah Sarawak" yang menggariskan 10 dasar secara serentak di sini dan Kuching.

Dipetik Bernama Online, Muhyiddin (gambar) berkata, pada pilihan raya umum yang lepas, Pakatan Rakyat berjanji untuk memberi "bintang dan bulan" tetapi sehingga kini, mereka tidak melakukan apa-apa di negeri-negeri yang mereka kuasai.

Sambil memberi contoh, beliau berkata manifesto Pakatan Rakyat di Selangor pada pilihan raya umum yang lepas termasuk memberi elaun kepada ibu-ibu tunggal, caruman takaful RM2,500 untuk warga emas dan memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran universiti.

"Semua ini tidak ditunaikan sehingga hari ini. Ini hanya satu tawaran sahaja yang tidak pernah dipenuhi," dakwa Muhyiddin.

Sehubungan itu, Muhyiddin menyeru penduduk di negeri ini agar tidak mudah terpedaya dengan janji-janji manis pembangkang.

"Saya berharap penduduk di negeri ini menyokong usaha yang dipelopori oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan pelan transformasi ekonomi.

"Program-program transfromasi ini mencakupi semua bidang dan ia adalah jauh lebih besar daripada perubahan yang diuar-uarkan pihak pembangkang yang bertanding di Sarawak," katanya.

Live! Jambatan Bila Nak Siap?Umno Kel?

Posted: 08 Apr 2011 09:38 PM PDT

Suasana di kawasan pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra 2.

Dah berapa tahun, tapi habuk tak da. Rakyat kelantan dah muak dengan umno. Cakap tak sama bikin. Duit habis entah kemana. Pemimpin yang dapat pojek ni khabarnya dah beli keta mewah.

Apa lagi yang rakyat boleh percaya dengan pemimpin umno kelantan? Sampai bila nak kencing rakyat kelantan?

Sekarang ramai orang kelantan mengeluh dengan kelembapan pojek ni! Duit habis, pojek lembab!

Mampus umno kelantan!

Zaman fitnah: Kembalilah kepada hukum-hakam Islam

Posted: 08 Apr 2011 06:15 PM PDT

***
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan (ke hadapannya. Begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya, ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh, dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (seksa)-Nya." (Ali 'Imran 3: 30)
***

KITA tertarik dengan jawapan Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Ismail yang apabila ditanya bersediakah menonton video seks yang dikatakan membabitkan suaminya, Anwar Ibrahim, bertegas menyatakan sebagai seorang Islam beliau tidak menonton filem lucah (terkini Wan Azizah dan keluarga melihat petikan video itu demi mencari kebenaran).

Jawapan tegas Wan Azizah walaupun nampak mudah, sebenarnya adalah kunci jawapan kepada masyarakat hari ini yang diselubungi aneka maksiat, jenayah dan fitnah termasuk menggunakan media massa. Jawapan Wan Azizah bolehkah ditafsirkan bahawa setiap orang, masyarakat dan negara perlu kembali kepada Islam bagi meraih kebahagiaan dunia dan akhirat.

Alangkah harmoninya jika seseorang itu berpegang teguh kepada ajaran Islam, setiap permasalahan yang dihadapinya akan diselesaikan dengan kaedah Islam. Bagi Wan Azizah, menonton filem lucah hukumnya haram, lantas beliau menolak untuk menontonnya. Bukankah kaedah hukum-hakam Islam ini mudah sekali, yang jelas haram usah dilakukan, yang sah dari segi syarak, buatlah. Setiap perbuatan manusia itu tertakluk kepada hukum-hakamnya – wajib, haram, sunat, makruh dan haram – jadi untuk selamat dunia dan akhirat caranya cukup mudah; patuhi ketetapan hukum.

Jika menonton filem atau video lucah hukumnya haram, apatah lagi menerbit, mengedar, menyiar video atau gambar lucah. Takkan kaedah mudah ini tidak diketahui oleh rakyat negara ini – daripada mereka yang serendah-rendah kedudukan sehinggalah ketua agama dan negara? Tentunya terhadap pelanggar hukum-hakam ini ada hukumannya; orang yang menonton filem lucah dikenakan hukuman sebegini dan demikian halnya dengan orang yang menerbit dan mengedarkan gambar lucah.

Begitu indah dan hebatnya Islam, sehingga hal seperti perlakukan seks membabitkan suami isteri juga ada hukum-hakamnya. Ada perlakukan seks yang wajib, ada yang haram, sunat, makruh, harus dan haram. Sebagai contoh haram melalukan hubungan seks ketika isteri haid dan makruh jika suami atau isteri sakit. Jika perlakukan seks suami isteri juga peraturannya; apatah lagi hukum terhadap perkara membabitkan seks yang jelas keharamannya.

Jika menonton video lucah adalah haram seperti ditegaskan oleh Wan Azizah, tentunya menerbit dan mengedarkan video dan gambar lucah adalah 'terlebih' haram dan pelakunya perlu dihukum seberat-beratnya. Demikian juga mereka yang menuduh orang lain melakukan hubungan seks haram (berzina), kesalahannya amat berat, mereka perlu mengemukakan empat orang saksi. Jika gagal, mereka telah melakukan qazaf, mereka perlu disebat sebanyak 80 kali.

Namun apa yang menghairan dan mendukacitakan kita, situasi ini tidak berlaku di negara kita. Penyebar fitnah termasuk penerbit dan pengedar video lucah masih tidak dikenakan tindakan sekalipun mereka mengaku melakukannya. Mereka bebas untuk berkata-kata, malahan dianggap wira pula oleh pihak tertentu.

Nampaknya, kegentaran terhadap kehebatan hukum-hakam Islam tidak ada, oleh itu semakin menjadi-jadilah aneka maksiat, jenayah dan fitnah. Kita amat bimbang segala kejahatan ini gagal dibendung sebaliknya berleluasa yang akan memusnah dan menghancurkan masyarakat seterusnya negara kita.

Jadi pada zaman penuh fitnah ini, kita berharap dan berdoa agar hukum-hakam Islam dapat ditegakkan. Sesungguhnya pada hukum Islam ini (hudud) ada kehidupan; inilah jalan bagi menyelamatkan manusia yang semakin parah jalan kehidupannya. Apabila manusia tidak dipandu oleh hukum-hakam Allah, mereka menjadi sesat; mereka bukannya tidak dapat mewujudkan tamadun hebat kerana rakaman al-Quran menyatakan kehebatan tamadun Aad, Tsamut dan sebagainya tetapi tanpa roh yang dapat menyelamatkan mereka dunia dan akhirat.

Apa yang kita bimbangi, adakah kisah kaum Aad dan Tsamut akan berulang di tanah air kita. Ya, bangunan dan infrastruktur lainnya begitu hebat tetapi penghuninya semakin jauh daripada Allah SWT kerana rakyat dan pemimpin terutama orang berkuasa, berpengaruh dan berharta semakin berani mempermain-mainkan hukum-Nya.

http://lanh14.blogspot.com/2011/04/zaman-fitnah-kembalilah-kepada-hukum.html

10,000 penduduk Miri beri isyarat untuk ‘Ubah Sarawak’

Posted: 08 Apr 2011 05:34 PM PDT

MIRI: Kira-kira 10,000 penduduk setempat menunjukkan semangat untuk berubah apabila mereka beramai-ramai hadir ceramah perdana yang dihadiri pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching Waterfront, Miri, malam tadi.

Program ceramah itu adalah yang terbesar diadakan Pakatan Rakyat bagi zon Sarawak Tengah.

"Kita mahu memberi isyarat kepada Barisan Nasional bahawa rakyat Sarawak di Miri mahukan perubahan. Sarawak ini negeri kita. Kita yang akan tentukan apa yang perlu dibuat, bukan Najib atau Rosmah, kata Ketua Umum KEADILAN itu, malam tadi.

Selain Anwar, pemimpin lain yang hadir ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution dan Ketua Pemuda DAPSY, Anthony Loke.

Kehadiran pimpinan Pakatan khususnya Anwar sentiasa dinantikan rakyat Miri

Terdahulu, Anwar berucap dalam ceramah kelompok di Taman Morsjaya, Taman Tunku Abdul Rahman dan Kampung Tunku Abd Rahman di sekitar daerah ini.

Pada program itu, Anwar turut memperkenal calon-calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, Ishak Mahwi dan DUN Lambir, Zolhaidah Suboh.

Beliau turut melancarkan manifesto Pakatan Rakyat di Taman Morsjaya yang dihadiri kira-kira 3,000 penduduk setempat.

Dalam ucapannya, beliau meminta rakyat memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Negeri Sarawak jika mahu menikmati 10 tawaran perubahan yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat Sarawak.

Tiada ulasan: