Sabtu, 9 April 2011

Biaqpila

Biaqpila


Jangan kata video, DNA juga bukan bukti dalam Islam – Shura

Posted: 09 Apr 2011 03:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kekeliruan dan ketidakpastian dalam tuduhan zina tidak diterima sebagai bukti dalam ajaran Islam sekalipun melibatkan video mahupun asid deoksiribonukleik (DNA), kata Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Samsudin.
"Yang dituntut syariat bukan seperti kain mengelembung untuk mensabitkan seseorang dalam tuduhan berzina tetapi empat saksi yang melihat situasi yang berlaku seperti timba masuk ke perigi.
"Islam menuntut apa yang jelas. Yang tidak pasti, tidak boleh dijadikan bukti kerana boleh menimbulkan kekeliruan, contohnya sampel DNA. Ia juga tidak boleh dijadikan bukti kerana al-Quran tidak menyatakan hal itu.
"Walaupun DNA itu benar tetapi tidak boleh dipastikan sama ada dilakukan atau tidak perbuatan tersebut. Contohnya, dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan Saiful," katanya kepada Keadilan Daily sambil menegaskan ia bukan bermakna Islam menolak perkembangan kemajuan.
Ghani menegaskan, pensabitan jenayah mengikut ajaran Islam adalah melalui qazaf, bukan mengguna pakai pelbagai kaedah lain yang sama sekali tidak pernah dianjur agama itu.
"Islam sangat berhati-hati dan tidak menganjurkan cara menjadikan video lucah sebagai bukti. Kalau menggunakan rakaman, itu mesti dikaji siapa yang rakam, pengakuan polis tetapi semua itu boleh dipalsukan," katanya.
Ditanya status Malaysia sebuah negara Islam, beliau menganggapnya penganugerahan itu hanya semata-mata nama sedangkan pentadbiran negara tidak mengikut syariat sebenar.
"Kalau ikut Islam, mesti hargai kedudukan agama yang disanjung dan diangkat tetapi yang berlaku sekarang semuanya tidak betul kerana salah guna kuasa dan pelbagai penindasan berlaku.
"Jika betul negara Islam, keadilan perlu ditegakkan. Tetapi pemimpin Umno ikut dasar Melayu, bukan Islam," katanya.

keadilandaily



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN LIGA SUPER 9/4/11

Posted: 09 Apr 2011 07:57 AM PDT

Ahli Parlimen Ditangkap Ketika Sedang Tonton Video Lucah

Posted: 09 Apr 2011 05:00 AM PDT

Seorang ahli Parlimen ditangkap kamera seorang ahli media ketika sedang melayari video lucah menggunakan Tablet PC ketika Speaker, Marzuki Ali sedang mengumumkan keputusan perbahasan dikala menghadiri persidangan dewan di bangunan DPR (Dewan Perwakilan Rakyat) di Jakarta Jumaat kelmaren.

Tingkahlaku Ahli DPR itu iaitu Arifinto dari Parti PKS telah menimbulkan polemik sehingga Anggota Front Pembela Islam (FPI), Munarman, menyatakan anggota DPR yang terbukti dengan sengaja menyaksikan video porno agar meletak jawatannya. Pengunduran diri merupakan langkah yang merupakan satu tanggung jawab moral

“Di Amerika Syarikat, kes seperti ini (anggota dewan yang membuka video porno) pernah terjadi dan akhirnya anggota tersebut meletak jawatan. Inilah sepatutnya dilakukan oleh anggota DPR,” ujar Munarman ketika dihubungi pihak media.

Munarman memandang apa yang dilakukan anggota DPR dari Fraksi PKS, Arifinto, itu mungkin kes disengajakan. Belum dipastikan apakah Arifinto sengaja atau tidak ketika mengakses laman porno tersebut. “Kalau dari pengakuannya, beliau tidak sengaja saat membuka email yang tidak jelas,” katanya.

Sementara, Arifinto berharap kesnya tidak berpanjangan. Dia menegaskan bahwa film porno yang ia buka di gadgetnya itu tidak sengaja. Film itu berasal dari link di dalam email yang ia terima.

Ketika ia mengklik link tersebut, ternyata diarahkan ke laman yang menayangkan film porno. Sebab itu, cepat-cepat ia mematikan gadgetnya dan menghapus film tersebut. "Saya harap ini jangan jadi fitnah berkelanjutan," kata Arifinto. "Saya bukan orang yang menikmati nonton film itu.''

Hah! Itu di Indonesia. Bagaimana dengan negara kita yang kaya dengan tamaddun dan budi bahasa ini? Ahli parlimen menuntut supaya ditayangkan di Parlimen supaya ditonton ahli semua ahli perlimen video lucah yang dikatakan pimpinan PR sebagai pelakonnya. Nasib baik speaker tidak mengizinkan.

Inilah gambaran politik longkang yang disebut oleh Ku li (Umno Gua Musang) yang telah melanda dunia politik kita. Bagaimana anak-anak remaja rakyat bawahan? Kalau beginilan mentaliti para bapak rakyat… nescaya anak-anak akan kencing berlarilah jawabnya!!!


ustsaifulbahri


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Jam Omega tidak boleh jadi saksi kes zina

Posted: 09 Apr 2011 03:00 AM PDT


Oleh: SAIBURI SUDIN
Hari tu juhalak pengampu BN menggunakan ketiadaan Anwar dalam Twitter pada waktu rakaman video seks dilakukan sebagai bukti bahawa pemimpin umum PKR itu berzina. Bukti terbaru pula ialah ketiadaan jam Omega. Oleh kerana, kata mereka, Dr. Wan Azizah tak mahu tunjuk jam Omega pada pihak media maka sahlah Anwar berzina.

Hujah juhalak pengampu BN itu, apa susah sangat nak tunjukkan jam itu? Mereka mahu menjadi penyiasat berkumpulan tak bertauliah untuk membuli keluarga Anwar membuat itu dan ini. Ini sebenarnya yang tidak mahu dan tidak perlu dilayan oleh Wan Azizah. Untuk tunjuk jam tangan Omega dekat media bukan susah. Kalau tiada dalam simpanan pun, jam tu bersepah kat kedai jam. Katakanlah Wan Azizah menunjukkan jam tersebut, mereka akan persoalkan pula, adakah jam itu jam lama milik Anwar atau baru dibeli?

Mereka adalah golongan yang sentiasa akan berdolak dalik macam kaum Bani Israel. Niat mereka tidak ikhlas, hanya mahu mempermainkan org yang mereka aniayai dan zalimi. Macam kaum Bani Israel mempermainkan Nabi Musa dan pengikutnya.

Jam Omega atau apa-apa barangan seumpamanya bukan bukti sahih dalam kes zina. Pembuktian pula tidak terbeban pada pihak yang dituduh. Pendakwalah yang perlu buktikan dengan membawa 4 orang saksi yang adil yang menyaksi secara sahih zina berlaku di depan mata. Bukan menyaksikan video seks yang pelakonnya belum pasti adalah orang sebenar tertuduh. Susah nak dapatkan 4 saksi yang adil macam tu? Jangan komlen sebab itu ALLAH YANG TENTUKAN dalam hukum Hudud. Hikmahnya ialah manusia tidak boleh sewenang-wenangnya tuduh orang berzina… apatah lagi dgn 'bukti' jam tangan Omega.

Kembalilah kepada Islam.

kedahla


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Budak 16 Tahun Kemaruk Langgan Pelacur??

Posted: 09 Apr 2011 12:00 AM PDT

Saya petik:


[HM] KUALA LUMPUR: “Walaupun saya masih di tingkatan empat, kegilaan saya terhadap seks sangat kuat sehinggakan saya sanggup berulang-alik dari Banting ke Brickfields setiap hujung minggu semata-mata untuk melanggan pelacur.


Malah, saya juga terpaksa menipu ayah kononnya saya mahu ke rumah kawan untuk mengulang kaji pelajaran dengan harapan ayah membenarkan saya meminjam motosikal Honda EX5 miliknya,” itu antara pengakuan seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Banting, yang hanya mahu dikenali sebagai Ezry (bukan nama sebenar), 16 yang ketagih seks sejak setahun lalu.



Melalui perbualan dengannya di sebuah rumah pelacuran di Brickfields baru-baru ini, tidak terdetik di hatinya untuk menipu ibu bapanya namun kerana kegilaan seks ‘melampau’ itu dia terpaksa menipu kedua-dua orang tuanya semata-mata untuk memuaskan nafsunya.



Semuanya kerana pengaruh rakan yang membawa saya ke sini Februari tahun lalu. Sejak itu saya asyik teringat untuk datang lagi selepas kali pertama melangganinya.


Saya tahu dari Brickfields ke Banting sejauh 160 kilometer pergi dan balik, tetapi saya tidak kisah dan sanggup. Malah, saya tidak keseorangan kerana saya turut ditemani seorang rakan sekolah yang bersama-sama melanggan pelacur di sini. 


“Soal duit minyak kami tidak keberatan kerana selalunya kami ‘tong-tong’ (kongsi). Lagipun kami ke sini seminggu sekali saja iaitu pada hujung minggu,” katanya.



Menurutnya, demi mendapatkan ‘seks seminggu sekali’ itu, dia kadangkala menyimpan wang saku pemberian ibu bapanya serta turut membuat kerja sambilan di sebuah kedai makan di Banting milik kenalannya.



Setiap hari ayah beri RM6 wang poket sebagai perbelanjaan. Baki wang yang saya tidak guna akan disimpan untuk melanggan pelacur pada hujung minggu,” katanya.



Rakan Ezry yang mahu dikenali sebagai Mizi, 16, berkata kegiatan melanggan pelacur dianggap sebagai pemberi semangat untuknya mengulang kaji pelajaran menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan.



“Seronok sebenarnya di sini, bagaikan pesta. Mana tidaknya, kerana ayam-ayam (pelacur) di sini semuanya lawa dan murah, dengan hanya RM30 saya dapat memuaskan nafsu.



“Kalau dibanding di Banting dengan Brickfields banyak bezanya...Di Banting kawasannya sunyi sepi dan tiada pelacur tetapi di sini ‘heaven’ (seronok) sangat,” katanya.



Menurut Mizi, apa yang membuatkannya datang ke rumah pelacuran terbabit kerana pelacur di kawasan itu cantik termasuk dari Sabah dan Sarawak berusia lingkungan 18 hingga 23 tahun.



Sementara itu sumber berkata, kawasan pelacuran terbabit sentiasa dipenuhi pelacur warga Malaysia, Indonesia, India, China, Myanmar dan Bangladesh dengan harga serendah RM30 hingga RM50 bagi sekali perkhidmatan.



Katanya, antara perkhidmatan ditawar seks, onani, ‘urutan harimau’ dan lain-lain.



Harian Metro
3 Mac lalu melaporkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan premis pelacuran di kawasan berkenaan namun kegiatan itu kini kembali beroperasi seperti biasa.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi, berkata kawasan pelacuran berkenaan sudah beberapa kali diserbu pihak polis dan DBKL namun kegiatan itu masih diteruskan.- Mohd Helmi


 P/s: Gila. Mesej untuk Muhyiddin Yasin!!


duniacacamarba

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN UNDIAN VIDEO SEKS

Posted: 08 Apr 2011 09:00 PM PDT


CARTA KEPUTUSAN UNDIAN


JUMLAH UNDI MENGIKUT SOALAN


SOALAN: BAYANGKAN ANDA SEORANG UMNO,ADAKAH ANDA PERCAYA LELAKI DI DALAM VIDEO SEKS TERSEBUT ANWAR?

485 UNDI DITERIMA SEHINGGA LEWAT MALAM TADI WALAUPUN UNDI TELAH DI TUTUP PADA JAM 6 PAGI 8/4/11. BIASALAH, BLACKLIST SAMAN EKOQ PUN SEKEJAP KUATKUASA SEKEJAP TANGGUH.

HANYA 8% ORANG UMNO PERCAYA DENGAN VIDEO PORNO UMPORNO HARUM SUNDAL MALAM TERSEBUT.
14 % ORANG UMNO PULAK TAK PERCAYA MANAKALA 3% TAK SURE ITU ANWAR YANG REAL ATAUPUN TIRUAN.

MANAKALA 32% DARIPADA ORANG UMNO INI PERCAYA IANYA SATU FITNAH AKHIR ZAMAN.

SEMENTARA ITU PERATUS TERTINGGI UNDIAN IAITU 38% DARIPADA JUMLAH UNDIAN INI TAK DAK SELERA NAK BAYANGKAN SEBAGAI ORANG UMNO. NAK TERMUNTAH BETOI DEPA DENGAN UMNO.

5% UNDIAN PULA MENUNJUKKAN KETIDAKPUASAN HATI TERHADAP UMNO.

BERDASARKAN UNDIAN ,KLIP VIDEO SEKS TERSEBUT GAGAL MEYAKINKAN ORANG RAMAI KERANA ORANG UMNO SENDIRI PUN TAK PERCAYA..
KAH! KAH! KAH!

ANTARA ALASAN YANG MEREKA BERIKAN IALAH PELAKON BERPERUT BOROI SERTA FILEM KURANG JELAS DAN TIDAK BERWARNA-WARNI.

WALAUBAGAIMANAPUN UNDIAN MASIH DIBUKA,SESIAPA YANG INGIN MENGUNDI SILA KE SINI.

MENGUNDILAH SECUKUP RASA.
KAH! KAH! KAH!




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Anwar Layak Jadi PM

Posted: 08 Apr 2011 06:00 PM PDT


SEKINCHAN 8 APRIL: Kepimpinan Pakatan Rakyat yakin dengan kewibawaan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengepalai tampuk pemerintahan negara berbanding pucuk pimpinan sedia ada di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana kata ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, ujian yang dihadapi Anwar sepanjang tempoh 13 tahun termasuk fitnah video seks terbaru menjadikan Ketua Umum itu seorang pemimpin yang kental menahan tekanan selain menjulang tinggi prinsip memperjuangkan hak rakyat.

" Video itu satu pembohongan. Sebab itu saya mahu beritahu, saya sokong Anwar Ibrahim, kita bantu dan kita akan junjung dia untuk menjadi pemimpin negara ini kerana kita yakin kerana orang yang telah diuji begini, taat kepada Tuhan dan tidak takut kepada tekanan. Mereka (Umno-BN) mungkin ada semua tapi kita ada Allah untuk bantu kita.

"Sebab itu kita yakin. Kamu tawarkan aku RM50 juta, lupa sahaja duit itu sebab kita yakin bahawa rakyat mesti dibela. Negara ini milik rakyat, dan rakyat mesti dapat hak kita balik," kata Johari di hadapan 5000 hadirin yang membanjiri Dewan Seri Sekinchan malam tadi.

Bercakap pada sesi ceramah "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia" malam tadi, Johari yang juga bekas Pengarah Biro Tata Negara (BTN) memberi gambaran bahawa
keperibadian mulia Ketua Pembangkang tidak sesuai untuk dikaitkan dengan kesemua pertuduhan yang dilemparkan terhadapnya sejak tahun 1998.

Kenyataan tersebut menurut Johari berdasarkan pengamatannya sendiri terhadap sahsiah Anwar yang dikenali semenjak memegang jawatan Timbalan Presiden Umno
pada ketika itu.

Beliau menambah, kepercayaan yang kuat kepada kepimpinan Anwar mendorong beliau dan beberapa ahli parlimen Umno-Barisan Nasional (BN) memilih untuk meninggalkan parti itu termasuk Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution.

" Sudah tentu sebagai pengarah, saya kenal hampir semua dan saya kenal hati budi Anwar sebab itu apabila dituduh bahawa beliau meliwat, saya tidak percaya.

Sebab itu saya telefon kesemua ketua pemuda termasuk Saifuddin (Machang) kita berbincang dan akhirnya pada 2 September 1998, Anwar dipecat.

" Kita berbincang, kita buat keputusan kerana kita yakin orang yang benar ini mesti disokong. Akibatnya bila sokong sahaja Anwar Ibrahim, saya hilang kesemuanya," katanya.

Johari merupakan individu pertama di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang telah menonton rakaman video seks yang cuba dikaitkan dengan Anwar.

Video tersebut didedahkan 21 Mac lalu oleh tiga individu yang dikenalpasti sebagai Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Shazryl Eskay dan Shuib Lazim di Carcosa Seri Negara.

Kemudiannya, pada 4 April, sedutan video sepanjang 2 minit disebarkan di laman Youtube sehingga memaksa keluarga Anwar menontonnya untuk tujuan pengesahan.

Anwar percaya cubaan menfitnah beliau bertujuan untuk mengalih perhatian masyarakat menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak pada 16 April nanti.

TVS

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: