Sabtu, 9 April 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Taib Gentar, Kerah Pasukan Polis Memantau Ceramah Calon PKR

Posted: 09 Apr 2011 08:13 AM PDT

n51balingian

Kerisauan makin terserlah menimpa Taib Mahmud apabila kerajaan di bawah pimpinan BN mengarahkan sepasukan polis memantau ceramah Keadilan di rumah panjang Inti.

Jika sebelum ini setiap kali berlakunya pilihanraya Taib memperolehi kemenangan yang mudah tapi kali ini beliau terpaksa berdepan dengan Parti Keadilan Rakyat yang semakin lama mendapat tempat di hati seluruh rakyat Sarawak.

Ceramah ini merupakan ceramah sulung Parti Keadilan Rakyat mendapat sokongan padu dari seluruh penghuni rumah panjang yang diketui Tuai Rumah Inti Anak Belang.

Pendedahan diberikan kepada seluruh penghuni rumah panjang tentang kekejaman yang telah dilakukan oleh Taib Mahmud, tidak kira balak dihutan Sarawak mahupun tanah NCR tetapi telah membina kilang aluminium yang mengancam nyawa penduduk secara senyap.

Penghuni rumah panjang kebanyakkannya kesal dengan pentadbiran Taib yang tidak pernah membela hak rakyat walaupun berada di dalam Dun yang dimenangi oleh Taib sejak sekian lama.

Sokongan ini memperlihatkan isyarat yang jelas bahawa akan berlaku satu kejutan yang besar bagi N51 Dun Balingian pada 16hb nanti.




TANAH-TANAH YANG DIROMPAK OLEH TAIB MAHMUD DAN AHLI KELUARGA DI SELURUH SARAWAK !

Posted: 09 Apr 2011 08:01 AM PDT

n51balingian

Berikut ini adalah sebahagian daripada tanah negeri Sarawak yang dianugerahkan, diberi, diambil atau diluluskan oleh Taib dan Kerajaan negeri Sarawak kepada dirinya sendiri, ahli keluarganya dan kroninya.

750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas – Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

9.000 hektar … di Batang, Limbang – Future Atmosphere Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
11,000 hektar … di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
3,000 hektar … di Tinjar, Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yang berkahwin dengan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) dan CEO kepada SCORE Wilson Baya Dandot.

750 hektar … di Jalan, Miri.
2,000 hektar … di lokasi penting lapangan terbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd dan Mesti Bersatu Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Raziah Mahmud.
500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

5,000 hektar … di Sungai Teru dan Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
1,100 hektar … di Sungai Karap – Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
10,000 hektar … di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.

50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
4,000 hektar … di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
4,500 hektar … di Sungai Tutoh – Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.
5,000 hektar … di Sungai Karap dan Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).
2,600 hektar … di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).

10,000 hektar … di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).

15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi – Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.
1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).
10,000 hektar … di Sungai Takan dan Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd – Elia Geneid (anak saudara Taib).

8,000 hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalah hutam simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd dan Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adik Taib) dan Robert Geneid (ipar Taib).

10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
5,000 hektar … di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.

13,000 hektar … di Sungai Bawan – Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
4,000 hektar … di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
5,000 hektar … di Kenyana – Rajah Mutiara Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.

2,000 hektar … di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
2,050 hektar … di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
5,000 hektar … di Antara Batang, Oya dan Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

10,500 hektar … di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara Taib) dan Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib).


400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

1,113 hektar … di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

90 hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa, Daro – Multi Maximum Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
15,000 hektar … di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd dan Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) dan Azerina Mohd Arip (ipar Taib).
7,700 hektar … di Paloh – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

9,000 hektar … di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib).
5,000 hektar … di Sungai Selepong dan Sungai Kawasan – Ample Agro Sdn Bhd – Fatimah Abdul Rahman (kakak/adik kepada YB Norah binti Abdul Rahman yang juga sepupu Taib).
70,000 hektar … di Bijat Land District, Sri Aman – beberapa buah syarikat yang diuruskan oleh Titanium Management Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

2,300 hektar … di Sungai Klauh dan Sungai Dor – Tabaruk Abadi Sdn Bhd – Ali Mahmud (abang/adik Taib Mahmud).
700 hektar … di Sungai Batang Klauh – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

900 hektar … di Melugu, Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini juga telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

7,000 hektar … di Simunjan – Gedong Plantation Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
5,000 hektar … di Batang Sadong – Indranika Jaya Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
5,600 hektar … di Batang Sadong – Hydroflow Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
700 hektar … di Antara Sungai Igom – Poliga Sdn Bhd – Ahmad bin Su'ut (bomoh Taib Mahmud).

1,000 hektar … Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su'ut (bomoh Taib Mahmud).

354 hektar … tanah NCR penduduk Kampung Segenam, di antara Batang Sadong dan Ensengai Road, Serian – diberikan kepada Usaha Jasamaju Sdn Bhd – pemegang saham Usaha Jasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd (125,000 unit saham), Ting Kang Hwa (187,500 unit), Betty Yii Pick Koung (7,500 unit), Wong Kuok Kai (325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000 unit), Wong Kuo Hea (375,000 unit), Knightswealth Sdn Bhd (50,000 unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit), Siew Meng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit), Transwill Sdn Bhd (125,000 unit) dan Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit) –

Nota : Lau Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun daripada Ta Ann Holdings dan Chai Min Kian adalah politikus parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dengan Abdul Hamid Sepawi (proksi Taib Mahmud) yang merupakan Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings.

3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings Berhad – Raziah Mahmud (kakak/adik Taib).
10,000 hektar … di Sungai Bakong dan Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

700 ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud) dan Lanco Plantations (keluarga Arip Mahmud – abang/adik Taib).
1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

Jumlah keluasan tanah yang dirompak oleh Taib, keluarga dan kroninya berdasarkan senarai di atas ialah 352,563 hektar atau 871,202 ekar.

Keluasan ini menyamai lebih daripada 2 kali ganda keluasan negeri Melaka atau lebih daripada 3 kali ganda keluasan negeri Pulau Pinang atau lebih daripada 10 kali ganda keluasan Wilayah Persekutuan.

RAKYAT DUN BALINGIAN / MUKAH DAPAT APA ? DAPAT RACUN DAN TOKSIK DARIPADA KILANG ALUMINIUM DAN ARANG BATU !

Setiausaha Politik Menteri: Kena Cekup SPRM

Posted: 09 Apr 2011 04:32 AM PDT

MSO

TENGAH hari tadi seorang anak butir Umno Malaysia yang sudah tidak mempercayai kepada Umno menelefon saya mengkhabarkan sesuatu berita mengejutkan. Bersungguh benar dia memberi tahu saya. Sebenarnya saya tahu berita ini beberapa minggu lalu, tetapi tidak mengambil serius. Pada saya perkara itu biasa kalau menimpa orang Umno!

Mulanya saya kira ia hanya gossip saja. Berita ini tidak banyak disiarkan dalam blog, baik pro pembangkang atau blog upahan Umno. Mungkin ada bloger UBN yang mengetahuinya tetapi tidak berminat untuk menyiarkannya. Mereka lebih suka kepada isu atau berita porno. Umno!

"Sheikh you di mana?" tanya putera Umno yang terbiar dan dilupakan itu.

"Kuching!" jawab saya. Dia selalu menelefon saya untuk mendapat apa-apa maklumat dan juga mengesahkan maklumat. Banyak juga hal-hal pelik dan anih dalam partinya dibukakan kepada saya.

"Ini I nak bagi tahu satu cerita besar," katanya.

"Apa dia?" tanya saya suspen. Saat itu saya dalam perjalanan ke Telaga Air. Mungkin ia besar kalau tidak masakan dia akan mencari dan sedia bercakap walaupun saya di Kuching. Bil telefonnya tentu meningkat. Ini penting, begitu fikir saya.

"Dua minggu lepas seorang setiausaha politik kepada ******* ** telah dicekup oleh SPRM di sebuah hotel di Bukit Bintang. Bersamanya ditemui wang tunai sebanyak RM750,000 cash. Selepas disiasat di dalam akaunnya ada sebanyak RM5 juta....di rumahnya pula ada lima buah kereta mewah!"

Saya hanya mendengar. Kebetulan semasa sembang di sebuah hotel berhampiran sungai Sarawak (waterfront) semalam saya terdengar cerita seorang menteri sedang menceri setiausaha politik barunya. Katanya calon sudah ada. Sekali lagi kebetulan calon berkenaan ada sama di hotel berkenaan jadi saya langsung bertanya kepada tuan tubuh.

"Kata nak jadi setiausaha politik pulak, trahniah!" kata saya tumpang bangga sebab dia anak butir Kelantan.

Calon ini keberatan untuk menjelaskan. Tetapi reaksi mukanya menunjukkan dia setuju atau suka kalau dilantik. "Mana ada..." balasnya tawar...tetetapi dengan senyuman memanjang.

Sungguh saya tidak tahu kalau desas desus itu ada sangkutan dengan berita yang baru disampaikan oleh putera Umno itu tadi. Oh...

"Tetapi apa yang hendak saya sebutkan kat you, setiausaha politik berkenaan dibebaskan. SPRM tidak charge dia... sebab apa you tahu, sebab ada kompromi. Katanya beliau didesak letak jawatan kalau tidak dia dichargekan. Beliau dibebaskan kerana nak jaga menteri berkenaan...

"You jangan tulis dulu nama setiausaha politik ini. Cukup kalau you sebut dia adalah setiausaha politik kepada menteri dari Selatan, tulis menteri kanan..cukup!" pesan dan ajar putra berkenaan panjang lebar.

Saya akan ikut dan tidak akan menulis nama putra Umno berkenaan kerana berpegang kepada manahnya. Etika dalam penulisan kalau kita mendedahkan sumber atau tidak berpegang kepada jani lama kelamaan dia tidak akan sanggup menyampai apa-apa berita lagi. Sumer harus dijaga sebagai mungkin.

"Kejadian ini memalukan Umno. SPRM juga terlibat, bila mana kalau ia menimpa orang Umno ia akan dilindungi dan cari sejuta helah untuk tidak didakwa, tetapi kalau kena ke batang tubuh pembangkang, cepat-cepat dichargekan...." jelasnya lagi tersempuk-sempuk kerana benci dan geram dengan apa yang berlaku.

"Bila you balik? tanya.

"Kenapa?" soal saya dan menjawab mungkin Selasa atau Rabu.

"Saya nak you ambil gambar hotel berkenaan dan masukkan dalam blog you!" katanya. Iya... nantilah bila balik saya akan pukul gambar hotel berkenaan dan pamerkan dalam blog. Kalau tidak menjadi masalah saya akan masukkan muka penyangak negara itu sekali. Bila orang tengok betapa besarnya hotel tempat setiausaha politik itu sering melaram orang boleh agak berapa banyak wang yang dia punya.

Sehingga saat ini belum ada apa-apa komen dari bos setiausaha politik berkenaan. Sebalik nampaknya dia masih bercakap perihal buruk orang lain tetapi menyembunyikan perangai buruk anak buahnya sendiri. Atau pun soal rasuah ini bukan mengejutkan lagi Umno kerana kebanayakan mereka begitu. Eluk juga statistik dikeluarkan untuk melihat ahli parti mana yang banyak terjebak dengan rasuah, apakah Umno, Pas, PKR ataupun DAP.

Dan dalam kes di atas tadi Umno tidak akan boleh menyembunyikan nama setiausaha politik berkenaan. Ia akan diketahui juga nanti. Tindakan Umno menyembunyikan kes dan penama itu samalah dengan tindakan kangaroo menyembunyikan anaknya dalam poket di bawah perutnya. Tindakan itu sia-sia saja kerana yang akan diketahui juga. Samalah dengan anak kangaroo itu betapa disusuk tetapi kadang-kadang si anak akan jenguk dan menunjukkan kepalanya.

NAJIB SUDAH TERMAKAN DENGAN `UMPAN' ANWAR, KITA TUNGGU JAWAPANNYA

Posted: 09 Apr 2011 04:29 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA `umpan' yang dipasang oleh DS Anwar mengena. Apabila heboh para pemimpin Umno dan pencacai mereka termasuk media bercerita pasal ingin menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas untuk menyiasat video lucah yang hangat diperkatakan, DS Anwar berdiam diri sambil menunggu umpan dimakan oleh Najib pemimpin tertinggi puak mereka.

Sebelum ini para pencacai dan cicak mengkarung saja yang riuh rendah, dan bukan tandingan Anwar untuk berdepan dengan cicak mengkarung yang tidak cukup makan seperti Zahrain, Zul Kulim firaun besar, Chee Keong, Nazri botak, Berahim katak dan beberapa ekor lagi tu. Anwar tunggu bos segala cicak mengkarung berbunyi sahaja.

Hari ini, umpan telah dimakan dan bos cicak mengkarung pun berbunyi. Najib berkata mengapa Anwar dan pembangkang tidak bersetuju untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan di dalam kes video lucah yang ditayangkan oleh Rahim dan `geng three strooges' yang masih bebas tanpa ditangkap itu. Sebelum itu, kita mahu tanya Najib atas asas apa perlu ditubuhkan Suruhanjaya Bebas?

Hari ini Anwar merentap `umpan' yang dipasang sekian lama. Anwar bertanya ada kes yang lebih besar dari kes video lucah iaitu kes wanita Monggolia yang di bom dengan bahan letupan C4. Sehingga kini rakyat tertanya sebab apa wanita berkenaan dibunuh oleh dua orang yang dikatakan pegawai keselamatan yang rapat dengan Najib? Kes ini telah lama rakyat tuntut untuk ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas kerana nama Najib turut dikaitkan bersama Rosmah. Bagaimana pula dengan kes seorang bekas KM yang dikatakan merogol budak bawah umur? Kes tangkapan di Hotel Port Dickson yang dikatakan melibatkan seorang artis bersama tokoh politik negara. Mana Suruhanjaya Siasatan ?

Sebenarnya banyak lagi yang patut diadakan Suruhanjaya Siasatan di negara ini jika kes video lucah lelaki boroi ini mahu dianggap terlalu penting buat Najib. Mengapa ianya penting? Sebabnya kes yang dihadapi oleh Anwar sejak dari kes Liwat 1 dan sedang berjalan kes Liwat II semakin menjauhkan rakyat dari Umno. Itu hakikatnya.

Tahniah Anwar, umpan sudah mengena dan sekarang kita tunggu Najib mahu jawab atau tidak tentang pentingnya Suruhanjaya Siasatan Bebas untuk kes Altantuya, kes rogol gadis bawah umur dan juga kes di Hotel Port Dickson walaupun Suruhanjaya Siasatan kes video Lingam dulu tidak tahu hujung pangkal.

wfauzdin.blogspot.com

Badrulamin cabar Mahkamah Syariah dakwa penyebar fitnah

Posted: 09 Apr 2011 04:27 AM PDT

KeadilanDaily

KUALA LUMPUR: Pengarah Penerangan KEADILAN Selangor, Dr Badrulamin Bahrom mencabar mahkamah Syariah mendakwa individu yang terlibat dengan penyebaran fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya terlibat dalam video seks baru-baru ini.

Dr Badrulamin berkata, penyebar fitnah tersebut boleh didakwa kerana menuduh orang berzina tanpa mengemukakan 4 saksi, sepertimana yang digariskan dalam syariat Islam.

"Saya cabar Mahkamah Syariah untuk mengheret individu yang terlibat dalam penyebaran fitnah itu supaya dijatuhkan hukuman yang setimpal.

"Kalau betul-betul mahkamah syariah bebas dan mengamalkan sistem Islam, mereka tidak perlu tunduk dengan Umno seperti yang pernah berlaku sebelum ini melibatkan qazaf Anwar ditolak," katanya. Menurut Badrul, mahkamah syariah boleh mengambil tindakan di bawah peruntukan qazaf, berikutan sudah ada laporan polis yang dibuat terhadap individu yang mendedahkan rakaman video seks, yang kononnya dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.

Katanya, perbuatan memfitnah yang dilakukan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik disifatkan sebagai 'syaitan bertopeng manusia' kerana merancang untuk mengaibkan orang lain dengan menggunakan kemudahan teknologi moden.

"Ini kerja 'syaitan manusia' yang sanggup menaburkan fitnah III kepada Anwar dengan pemalsuan video dan sebagainya. Perbuatan ini dikategorikan sebagai kezaliman kepada masyarakat dan seluruh rakyat Malaysia," ujarnya.

Beliau yang kesal dengan tindakan Abdul Rahim sehingga sanggup melakukan kerja hina dan tidak berakhlak itu, tidak menolak tindakan itu bermotif politik dan dendam.

"Dari segi agama, itu semua kerja orang hina dan tidak berahklak kerana sanggup menyebarkan keaiban dan memfitnah orang lain. "Kerana permusuhan, manusia sanggup melakukan apa sahaja sehingga mencalarkan maruah dan imej orang lain yang sememangnya ditegah dalam Islam.

Sementara itu, Badrulamin memberitahu negara kini dilanda krisis akidah dan ekonomi akibat politik murahan yang dianjurkan Umno. "Rakyat sudah jelak dengan isu dubur, DNA dan seks oleh Umno yang tidak mendidik mereka ke arah yang lebih baik.

"Perbuatan mereka ini sudah keterlaluan dan rakyat di luar sana sudah bijak untuk menilai pemimpin yang zalim dan mereka yang berada di pihak benar," katanya.

SERANG BALAS ANWAR MENYEBABKAN KABINET `TARIK HANDBREAK'

Posted: 09 Apr 2011 04:22 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

JERAT yang dipasang oleh DS Anwar mengena dan berkesan. Saya telah menulis bagaimana mereka terjerat apabila terus mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Bebas menyiasat kes video seks kununnya yang melibatkan Anwar dengan seorang pelacur.

Nazri Aziz orang yang paling bersemangat untuk mendesak agar Suruhanjaya Bebas ini ditubuhkan, begitu juga dengan beberapa pencacai yang lain termasuk raja katak dari Pasir Mas. Apabila Najib bersuara semalam yang seolah-olah bersetuju dengan Nazri, maka inilah yang ditungu-tunggu oleh Anwar.

Satu `ledakan peluru' tepat ke muka Najib apabila Anwar menyebut beliau tidak hairan sedikit pun tentang hajat mereka untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas berkenaan. Tetapi menurut Anwar, ada kes yang lebih besar dari itu iaitu kes wanita Monggolia yang dibom dengan menggunakan C4, kes moral tokoh penting negara di sebuah hotel Port Dickson dan terbaru kes kematian Pegawai Kastam di bangunan SPRM. Kesemuanya itu hendaklah ditubuhkan juga Suruhanjaya Bebas sebelum mahu bercerita pasal video seks lelaki berperut boroi itu.

Sekarang kita menanti apa jawapan Najib. Ternyata, serang balas Anwar mengejutkan Najib dan terbaru kabinet hari ini memutuskan kes video lucah itu akan dibawa ke Suruhanjaya Bebas SEKIRANYA pelakunnya telah dikenalpasti. Dilaporkan kenyataan Nazri, "Kerajaan akan hanya menubuhkan sebuah Suruhajaya Diraja (RCI) bagi menyiasat video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki yang dikatakan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas polis mengenalpasti pelaku dalam rakaman pita berkenaan" (Malaysiakini).

Jika sudah dikenalpasti pelakunnya, perlu apa lagi Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat? Mahu siasat apa lagi? Adakah jika pelakun yang berperut boroi itu dikenalpasti bukan Anwar, maka tiada Suruhanjaya Bebas? Jika mereka anggap sememangnya Anwar, baru tubuh Suruhanjaya Bebas? Kita hairan, Suruhanjaya Bebas ini untuk apa sebenarnya? Perlukah wujud Suruhanjaya Bebas semata-mata mahu selamatkan air muka mereka yang sudah semakin jelek itu?

Apa pun, jelas cabaran Anwar agar ditubuhkan juga Suruhanjaya Bebas di dalam kes Altantuya khususnya berkenaan `siapa yang mengarahkan' wanita Monggolia itu dibunuh amat memberi kesan sehingga ada `tarikan handbreak' pada keputusan kabinet hari ini. Syabas Anwar.

Lim Lip Eng: Tamatkan hegemoni Taib Mahmud, mula dari Limbang!

Posted: 09 Apr 2011 04:16 AM PDT

MERDEKA REVIEW

Pada pilihanraya DUN Sarawak ke-10, DAP telah bertanding di 15 kerusi di Sarawak. Antara 15 kerusi yang ditandingi oleh DAP, kita juga bertanding dalam N68 Bukit Kota.

Kerusi ini merupakan satu-satunya kerusi yang mana DAP bertembung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmub.

Sepanjang 48 tahun yang lalu, BN Sarawak telah menggunakan kedudukan politik untuk membina kekayaan dan menggunakan wang tersebut untuk memperkukuhkan kedudukan politik, lingkaran ganas sedemikian berterusan, kroni-kroni ahli politik BN telahpun mengeksploitasikan dan memonopoli sumber-sumber kaya yang boleh digunakan untuk pembangunan melalui urus niaga sulit "bawah meja" dan akhirnya merampas hak-hak penduduk Sarawak di sisi undang-undang.

Tanah negeri yang bernilai telah diberi milik kepada kroni-kroni BN pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran, kebanyakan projek utama Kerajaan Negeri juga diberi kepada kroni-kroni BN tanpa tender awam, hanya sedikit yang tertinggal untuk penduduk biasa Sarawak.

Dalam tempoh 30 tahun Taib memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak, kroni-kroninya telah mengumpulkan kekayaan yang terlampau banyak sehingga mereka mampu memiliki hartanah bernilai berbilion-bilion Ringgit Malaysia di seluruh dunia. Manakala kebanyakan rakyat Sarawak masih hidup dalam keadaan yang tiada bekalan air, elektrik, kekurangan peluang pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang berpatutan.

Walau bagaimanapun, BN masih tidak rasa bersalah, sementara itu pemimpin-pemimpinnya sedang sibuk mengaut keuntungan daripada kedudukan mereka sebagai parti yang memerintah.

Bangkitlah rakyat Limbang, PBB ialah rakan sejenayah dasar-dasar dan tindakan-tindakan BN. Eksploitasi sumber-sumber di Sarawak mesti diberhentikan. Hak rakyat mestilah dibela. Bertindak sekarang, Ubah!

Tamatkan hegemoni Taib Mahmud, mula dari Limbang!

*Kenyataan media oleh Lim Lip Eng (gambar kanan) selaku ahli parlimen Segambut-DAP.

Ketua Menteri S'wak dikelilingi bomoh

Posted: 09 Apr 2011 03:54 AM PDT

SABAH DAILY

Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikelilingi oleh 'bomoh luar negara'.

NONE"Kita mahu selamatkan Sarawak daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran, keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya.

"Saya secara peribadi saya berjumpa dan berdepan dengan tiga bomoh itu pada hari penamaan calon di Mukah.

"Saya beritahu mereka tidak ada hak memberi nasihat spiritual kepada ketua menteri, khususnya pada pilihan raya sehingga mempengaruhinya dalam keputusan memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional," kata Salleh (atas,kanan) pada sidang media hari ini.

Dakwanya, tiga bomoh berkenaan, seorang dipercayai rakyat Australia dan seorang lagi berbangsa Yahudi bekerjasama dengan naib presiden kanan PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, adik perempuan Taib - Radziah Mahmud dan Taib sendiri semasa menyediakan senarai calon BN.

NONE"Tidak ramai yang mengetahui cerita ini, sehingga hari penamaan calon pada 6 April lalu di Mukah. Pengaruh mereka ke atas cengkaman politik Taib begitu besar dan sukar diatasi, malah ia mengatasi pengaruh politik perdana menteri kita," dakwa Salleh yang juga adalah sepupu Taib.

Salleh, bekas timbalan menteri pelajaran juga menuduh Taib menipu pemimpin PBB, parti-parti komponen BN, seluruh pengundi Sarawak sejak 30 tahun lalu bahawa masih belum menemui pemimpin yang sesuai bagi menggantikan dirinya.

"Jika 30 tahun tidak memadai bagi memilih pengganti, adakah awak percaya dalam beberapa bulan ini selepas pilihan raya, dia boleh tiba-tiba memilih seseorang bagi gantikannya kecuali seseorang itu dicadangkan oleh bomohnya," katanya.

Sisa Tsunami Jepun Terapung Di Lautan Pasifik

Posted: 09 Apr 2011 03:48 AM PDT

LAPORAN– Agensi

Tokyo: Sisa kemusnahan yang dihanyutkan ke laut berikutan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun dilaporkan terapung di Lautan Pasifik dan boleh sampai ke Pantai Barat Amerika Syarikat.

Lebih 200,000 bangunan dihanyutkan gelombang kuat berikutan gempa bumi berukuran 9.0 skala Richter pada 11 Mac lalu.

Ada laporan menyebut, ada kereta, traktor, kapal yang karam malah seluruh bangunan rumah terapung di laut.

Lebih memeranjatkan ialah ramalan pakar laut Amerika, Curtis Ebbesmeyer yang percaya kaki manusia lengkap berkasut turut dihanyutkan ke Pantai Barat Amerika dalam masa tiga tahun.

"Saya meramalkan rumah, bot dan kaki yang masih memakai kasut kini terapung," kata Ebbesmeyer yang menghabiskan masa selama berdekad menjejaki barangan terapung.

Beberapa ribu mayat dihanyutkan ke laut berikutan bencana terbabit dan ketika kebanyakan anggota badan akan putus dan pecah dalam air, kaki yang masih berkasut akan meneruskan perjalanan, kata Ebbesmeyer.

"Saya menjangkakan sesuatu yang tidak disangka," katanya.

Krew Armada Tentera Laut ke-7 Amerika yang menemui sampah luar biasa yang terapung mengakui tidak pernah melihat sesuatu seperti ini dan memberi amaran ia memberi ancaman kepada kapal.

"Sampah ini memberi masalah kepada kapal yang cuba lalu kerana kebanyakan bot menggunakan kipas selain pukat dan ia boleh menjadi mengancam pihak yang cuba menanganinya," kata Ensign Vernon Dennis kepada ABC News.

"Jadi berhadapan dengan halangan ini sebenarnya boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan jika kapal anda terkandas ketika melintasinya."

Saintis berkata, longgokan sampah pertama dari Jepun dijangka tiba di pantai barat Amerika dalam masa setahun selepas dibawa arus ke arah Washington, Oregon dan California.

Ia kemudian akan ke Hawaii dan balik semula ke Asia dalam apa yang dikenali sebagai putaran Pasifik Utara, kata Ebbesmeyer yang menemui kasut Nike, mainan mandian plastik dan sarung tangan hoki dari kapal kargo Asia serta menjejaki sampah lebih besar bergerak ke seluruh Pasifik dari Jepun.

Beliau bergantung pada ribuan pengunjung pantai untuk melaporkan lokasi dan maklumat lengkap apa yang ditemui.

"Bayangkan keadaan jika anda letak bandar utama dalam pengisar sampah dan taburkan sisanya ke laut," katanya.

Sebahagian sampah yang sampai di Pantai Barat juga mungkin mengandungi radioaktif berikutan kerosakan loji nuklear Jepun, kata James Hevezi, pengerusi Suruhanjaya Kolej Radiologi Amerika Syarikat mengenai Perubatan Fizikal.

"Tetapi, ia mungkin berisiko rendah," kata Hevezi. "Jumlah dalam barangan ketika itu mungkin tiba di Pantai Barat dengan kadar yang amat minimum."

Hanya sebahagian kecil sampah akan dihanyutkan ke laut dan bagaimana cepat ia sampai ke sana dan di mana ia mendarat bergantung kepada apungan, bahan dan faktor lain.

Laman web TV S'gor pulih selepas digodam pagi tadi

Posted: 09 Apr 2011 03:46 AM PDT

MALAYSIA KINI

Laman sesawang kerajaan negeri Selangor, TV Selangor sekali lagi digodam hari ini.

tvselangor02Menurut penolong pengurus, penerbitan kreatif, TV Selangor, Nik Ahmad Nik Mohamad Daud, laman mereka disedari digodam kira-kira jam 9 pagi ini dan pihaknya telah menutupnya sementara waktu.

"Laman TV Selangor dipercayai digodam pagi tadi. Laman kami telah ditampal dengan kata-kata lucah dan berita-berita palsu.

"Ini kali kedua laman kami diserang. Kali terakhir adalah pada 31 Mac lalu ," katanya ketika dihubungi.

Menurut Nik Ahmad, kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan dan kembali pulih sekitar jam 3.00 petang tadi.

TV Selangor adalah saluran televisyen milik kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Ia mula beroperasi pada tahun 2008 selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai menteri besar.

tvselangor01TV Selangor diwujudkan kerana mendakwa kerajaan persekutuan yang ditadbir oleh BN tidak memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat untuk menggunakan media miliknya seperti RTM bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat Selangor.

Ia adalah stesen milik penuh kerajaan Selangor. Namun, siarannaya hanya boleh ditonton menerusi internet kerana kerajaan persekutuan tidak memberi lesen penyiaran kepada TV Selangor untuk memancarkan siaran menerusi gelombang UHF/VHF ataupun menerusi satelit di Selangor.

Muhyiddin umum projek RM345 juta di Kemena

Posted: 09 Apr 2011 03:44 AM PDT

BERNAMA

Sejumlah RM345 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena sepanjang tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata projek-projek yang diluluskan sepanjang tahun ini di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) itu termasuk beberapa projek pembangunan jalan bagi menghubungkan kawasan pedalaman serta beberapa lagi projek infrastruktur asas bagi kemudahan rakyat.

Berucap pada Majlis Bersama Rakyat di Balai Raya Sebauh di Bintulu, Muhyiddin berkata antara projek yang akan dibina adalah sekolah-sekolah dan kemudahannya, perumahan rakyat dan pembinaan jalan Sebauh-Bintulu bernilai RM10 juta.

Projek-projek lain termasuk jalan masuk ke Klinik Desa Tumbau (RM4 juta), jalan sambungan Bintulu (RM32 juta), jalan Ulu Sebauh-Bintulu (RM15 juta) dan jalan Ulu Segan-Ulu Sebauh, katanya pada majlis itu yang dihadiri kira-kira 2,000 penduduk.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu, ahli parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dan calon BN daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga penyandang Kemena, Stephen Rundi Utom.

Muhyiddin berkata peruntukan yang besar itu menunjukkan bahawa BN tidak hanya berjanji tetapi melaksanakan apa yang telah dijanjikannya.

Selain pelbagai projek yang diluluskan, beliau berkata kerajaan akan mempertimbangkan beberapa projek lagi yang dicadangkan bagi pembangunan Kemena.

Dalam pilihan raya negeri kerusi Kemena 16 April ini, Rundi berdepan calon Bebas Liam Rengga, calon PKR Bernard Binar Bayang ak Rading dan calon Snap Ungun ak Bayang, yang mempunyai seramai 14,082 pengundi.


Lapor segera jika terbeli telur tiruan

Posted: 09 Apr 2011 03:40 AM PDT


BERNAMA

Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta pengguna yang terbeli telur dipercayai tiruan supaya membuat aduan segera supaya siasatan terperinci dan tindakan boleh dilakukan, kata timbalan menterinya Datuk Tan Lian Hoe.

gerakan ndc 101008 tan lian hoeKatanya pihaknya sukar mengenal pasti sama ada telur ayam yang berada dalam pasaran itu palsu atau tulen dan mustahil bagi pihaknya merampas semua bekalan telur.

Oleh itu, adalah penting bagi pengguna yang membeli telur yang disyaki tiruan supaya membuat laporan segera, katanya kepada pemberita selepas berdialog bersama anggota Persatuan Pekedai Barang-Barang Runcit negeri Perak di Ipoh hari ini.

Tan berkata berkata antara ciri-ciri telur tiruan ialah saiznya agak besar daripada telur tulen, kulitnya lebih cerah dan tidak licin.

Katanya pihak yang menjual telur tiruan itu boleh dikenakan tindakan mahkamah mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 di mana jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau tiga tahun penjara, atau kedua-dua sekali.

Katanya pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menyiasat serta membendung kegiatan menjual barang makanan tiruan yang mungkin didalangi oleh sindiket tertentu atau diimport dari luar negara.

NONERabu lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan pihaknya telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus.

Siasatan yang dijalankan oleh persatuan itu mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.


Misi hidup atau mati SUPP di Kuching

Posted: 09 Apr 2011 03:37 AM PDT


Andrew Ong

Pada 2006, pembangkang membuat kejutan di kawasan sekitar Kuching dengan merampas empat daripada lima kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.

Ramai penganalisis berpendapat keputusan itu sebagai pemangkin terhadap 'tsunami politik' yang melanda Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum 2008.

NONEEmpat kawasan yang ditawan oleh DAP dan PKR, ketika itu adalah daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) sebuah komponen BN.

Kerusi-kerusi berkenaan adalah Padungan, Pending, Batu Lintang dan Kota Sentosa. Malah pembangkang sama sekali tidak menjangkakan keputusan berkenaan.

Meskipun lima tahun hampir berlalu dan tidak ada banyak rungutan berhubung prestasi keempat-empat penyandang kerusi berkenaan, namun perjalanan pilihan rayamereka pada 16 April ini dijangka tidak semudah dan mungkin berliku, khususnya kepada DAP.

NONEAntara yang dikatakan mungkin menghadapi masalah dan menyaksikan pertarungan paling sengit di parlimen Kuching adalah di Pending. Penyandangnya Violet Yong (DAP) akan ditentang dalam pertandingan satu lawan satu dengan Dr Sim Kui Hian (BN–SUPP).

Yong, 33, seorang peguam yang petah bermain kata-kata akan dicabar oleh Sim, 46, seorang doktor pakar jantung yang amat dihormati penduduk tempatan.

Sim terbabit menerajui menubuhkan Pusat Jantung Hospital Awam Sarawak (SGHHC), yang menawarkan rawatan yang berpatutan kepada pesakit dan terbabit juga dengan penyelidikan genetik dan imej molekular.

Sepanjang kempennya, Sim sering memakai kemeja T yang mempunyai gambar jantung dan modal kempennya adalah mengenai pentingnya gaya hidup yang sihat.

NONEMeskipun seorang pendatang baru dalam bidang politik, Sim cepat menyesuaikan diri di kalangan orang ramai yang selesa dengan wajahnya yang sentiasa mengukirkan senyuman.

Ketika berkempen di Pusat Komersial Kenyalang, di Kuching, Rabu lalu, beliau menghuraikan beberapa kejayaannya termasuk mempunyai hubungan langsung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kebetulan merasmikan SGHHC pada Januari lalu.

"Saya bagi tahu beliau (Najib) bahawa Kuching perlu lebih banyak pusat pendidikan tinggi. Kami perlukan cawangan universiti, mungkin dari China dan India," katanya kepada kira-kira 300 hadirin.

NONEMenurut Sim lagi, beliau juga akan memperjuangkan bagi rakyat mendapatkan perkhidmatan perubatan kelas pertama, pembinaan lebih banyak universiti dan supaya kerajaan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Suruhanjaya Diraja mahu diperalatkan lagi?

Posted: 09 Apr 2011 03:32 AM PDT


Wira Arjuna


Ketika anggota keluarga dan seluruh negara berkabung di atas kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan pejabat SPRM, Jemaah Menteri mahu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk menyiasat sama ada wujudnya unsur zina dalam video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEDalam keghairahan Umno untuk "mengenakan" Anwar, Jemaah Menteri, seperti yang dijangka mengelak daripada memberikan pembelaan tegas kepada keluarga Sarbani.

Keputusan muktamad mesyuarat Jemaah Menteri semalam adalah: RCI untuk Anwar (jika siasatan polis tidak "meyakinkan") dan "kemungkinan" siasatan inkues diadakan untuk Allahyarham Sarbani.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dikenali sebagai seorang yang tidak pernah ambil peduli reaksi rakyat terhadap kenyataan-kenyataannya selagi beliau kekal memegang jawatan berstatus Menteri.

NONEJusteru, sekalipun seluruh rakyat berkumpul di luar Parlimen membantah penubuhan RCI untuk menyiasat fitnah video lucah Anwar, ia tidak memberi sebarang kesan kepada Nazri mahupun Jemaah Menteri.

Bagi Nazri, tidak ada keperluan menjelaskan kepada rakyat kenapa kes Altantuya tidak ada RCI. Begitu juga dalam kes Sarbani.

Nazri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjawab kepada keluarga Sarbani kenapa Jemaah Menteri menganggap kematian Allahyarham "tidak sama" dengan kematian Teoh Beng Hock walhal kedua-dua mereka mati dalam perkarangan pejabat SPRM.

Yang jelas, kes Sarbani menerima reaksi yang begitu hambar daripada Najib dan Jemaah Menteri sendiri kerana fokus mereka adalah sebuah video lucah yang dipergunakan untuk mengaib musuh politik utama Umno-BN iaitu Anwar.

NONERamai pihak menggeleng kepala dengan persoalan sama - Kenapa video lucah memerlukan penubuhan RCI manakala kematian seorang pegawai kastam dibiarkan "mengikut prosedur undang-undang yang ada".

Oh ya, kerana Anwar mungkin jadi PM, kata Nazri dan juak-juak Umno.

Mungkin Anwar akan jadi PM… hakikat adalah Najib sudahpun menjadi PM sementara kematian Altantuya dan pembayaran komisyen untuk kapal selam masih belum terjawab.

Hakikat juga adalah satu lagi nyawa sudah diragut di pejabat SPRM dalam keadaan mencurigakan.

NONEUcapan takziah untuk keluarga Allahyarham Sarbani diiringi dengan persoalan di mana letaknya keutamaan Jemaah Menteri dalam memberi pembelaan kepada rakyat.

Namun, semua pertanyaan ini tidak akan memberi kesan kepada Umno dan BN.

Kematian seorang pegawai kanan Kastam tidak akan mengalih Umno daripada misi mengaibkan Anwar sebaik mungkin.

Nazri berkata jika "rakyat" tidak puas hati dengan hasil siasatan polis terhadap isu video lucah itu, maka RCI akan ditubuhkan untuk menyiasat siapa pelakunya dan sama ada unsur zina berlaku.

Bagi mereka yang arif dengan simpang siur Umno, kenyataan Nazri itu dilihat sebagai satu ugutan halus untuk polis memastikan siasatan mereka mendapati Anwar adalah pelaku yang melanggan khidmat pelacur dalam rakaman berkenaan.

NONESebarang hasil siasatan polis yang tidak merumuskan sedemikian akan mengundang limpahan memorandum daripada PERKASA, GAPS dan badan-badan yang kononnya mewakili rakyat, menuntut di tubuhkan RCI.

Inilah "rakyat" jati yang dimaksudkan oleh Nazri dan suara mereka menjadi pedoman kepada beliau dan Jemaah Menteri pimpinan Najib.

Persoalannya kenapa badan-badan ini dan Nazri begitu gah membawakan isu RCI ketika polis masih menjalankan siasatan?

Kenapa tidak tunggu sehingga siasatan polis selesai dan biar polis sendiri mempamerkan ketelusan siasatan bersabit video lucah itu sebelum langkah susulan dipertimbangkan?

Jawapannya adalah terikat kepada keinginan dan keghairahan Umno untuk mengaibkan Anwar seberapa lama yang boleh.

Tidak puas hati dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang sekadar mengesahkan video itu tulen namun pelakunya belum dikenalpasti, Umno mengatur langkah mempersiapkan sebuah RCI pula untuk memastikan Anwar terus diaibkan.

azlanMalah Nazri sudah pun mengumumkan bahawa antara terma rujukan RCI itu adalah untuk memastikan sama ada berlaku jenayah zina oleh pelaku dalam rakaman itu! Nampaknya semua sudah pun ditentukan. Hanya anggota panel RCI sahaja belum didedahkan.

Umno sengaja lupa bahawa Anwar sendiri membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan terhadap video fitnah itu dijalankan selepas menolak beliau kononnya adalah pelaku dalam rakaman itu.

Anwar dan pejabat PKR turut mengemukakan bukti-bukti berkaitan untuk mensabitkan video itu adalah fitnah semata-mata oleh dalang yang disokong pimpinan tertinggi Umno .

NONENamun Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Sharzyl Eskay dan Datuk Shuib Lazim yang mengaku menayangkan video kepada media masih bebas.

Hubungan mereka dengan Umno adalah amat jelas, malah mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri pada 22 Mac, sehari selepas video berkenaan disebarkan dan identiti mereka terbongkar.

Haruskah rakyat percaya bahawa Najib dan Kabinetnya, termasuk Nazri bertindak atas kepentingan nasional semata-mata dalam mengusulkan penubuhan RCI bersabit sebuah video lucah.

azlanBagaimana pula dengan keperluan untuk memberi pembelaan setimpal kepada Allahyarham Sarbani dan mendiang Altantuya?

Dalam dunia politik matlamat menghalalkan cara, lebih-lebih lagi apabila kelangsungan Umno bergantung kepada agenda memusnahkan Anwar Ibrahim baik dari segi politik mahupun maruahnya sebagai seorang insan.

Perhimpunan Pakatan terus jadi tarikan

Posted: 09 Apr 2011 03:27 AM PDT


Wong Teck Chi

Ribuan penyokong Pakatan Rakyat membanjiri perhimpunan yang diadakan di beberapa lokasi di utara Sarawak, malam tadi. Jumlah yang hadir dikatakan melebihi daripada jangkaan pemimpin pembangkang sendiri.

NONEBeberapa sumber berkata jumlah hadirin di perhimpunan di Miri, Senadin dan Bintulu adalah 7,000 orang manakala pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam tulisan di Twitter menyifatkan "puting beliung" sedang melanda negeri itu.

Perhimpunan terbesar dikatakan di Miri dengan kehadiran tidak kurang 4,000 penyokong yang datang untuk mendengar ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.

Rali kedua terbesar adalah di Senadin - yang tidak jauh dari Miri - di mana dianggarkan tidak kurang 2,000 orang berkumpul di klinik calon PKR Dr Teo Yu Kheng bagi mendengar ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. [Lihat video]

NONEPada ucapannya, Anwar berkata masa sudah tiba untuk rakyat berhenti menjadi pemerhati pasif kepada perompakan hasil mahsul Sarawak yang memperkayakan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan pemimpin BN lain termasuk kerabat keluarga dan kroni mereka.

"Jangan biarkan Taib atau Najib (Razak) atau Rosmah (Mansor) sekalipun menentukan nasib kita. Kita sendiri mesti bangun dan tentukan nasib negeri ini demi masa depan anak cucu kita.

"Sudah cukup rakyat Sarawak menderita miskin disebabkan kerakusan BN. Sekarang masa yang amat sesuai untuk berubah," katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Manakala di Bintulu, kira-kira 1,000 orang hadir pada perhimpunan yang dianjurkan oleh DAP dengan pemimpin veterannya, Lim Kit Siang dijemput sebagai penceramah.

sarawak election miri dap ceramah 080411 01DAP dikatakan kini memberi tumpuan di dua bandar di utara Sarawak - iaitu di Sibu dan Miri selepas yakin, kerusi-kerusinya di Kuching boleh diperttahankan tanpa sebarang masalah besar.

Semua kerusi di Sibu dan Miri itu adalah di kawasan yang sebelum ini dianggap sebagai kubu kuat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang begitu sukar ditembusi.

Sesetengah pihak mendakwa jumlah hadirin yang ramai belum tentu dapat menjamin bahawa DAP mampu menumbangkan calon-calon BN, termasuk presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan, khususnya di kerusi Piasau.

Chan, adalah juga timbalan ketua menteri Sarawak dan ini penggal ketujuh beliau mempertahankan kerusinya.

NONEMeskipun jumlah hadirin yang ramai, belum tentu dapat diterjemahkan sebagai undi, namun pemimpin DAP cukup selesa kerana di kalangan yang hadir itu, ramai yang menyumbang kepada tabung parti itu, terutamanya di Miri dan Bintulu.

Di Miri, ketua pemuda DAP Anthony Loke melaporkan kira-kira RM20,000 berjaya dikutip di kalangan penyokong parti itu yang menghadiri perhimpunan semalam, manakala Kit Siang pula berkata RM10,896.70 dikutip di Bintulu.



Solat hajat bersama Nik Aziz malam ini

Posted: 09 Apr 2011 03:21 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Markaz Siswazah Kelantan (MSK) menjemput seluruh mahasiswa Kelantan di seluruh kampus di Lembah Klang menghadiri majlis solat hajat bersama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Stadium Melawati, Shah Alam, malam ini.

Program yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam ini akan bermula dengan minum petang disusuli dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan berakhir dengan ucapan beberapa pimpinan Kelantan.

Selain Nik Aziz, pimpinan yang akan hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood.

Maklumat lanjut dan pendaftaran awal, layari http://himpunanmahasiswakelantan2011.blogspot.com atau melalui SMS dengan menaip HAMKA NAMA KAMPUS send ke Zul Amirul (013-3196286) atau Faradila (013-2001925).

Khairy: Isu video seks sengaja dicetus alih fokus rakyat

Posted: 09 Apr 2011 03:20 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menegaskan, dakwaan kononnya turut wujud rakaman video seks membabitkan beliau sengaja ditimbulkan pihak tertentu bagi mengalih tumpuan rakyat daripada isu sama mengaitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khairy (gambar) yang juga Ketua Pemuda Umno ketika ditanya media berhubung perkara berkenaan berkata, ia adalah satu usaha yang tidak berasas untuk menjatuhkan diri beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau.

"Saya melihat ini satu usaha untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat daripada skandal yang melibatkan pemimpin pembangkang," kata beliau di Pokok Sena, Kedah hari ini.

"Ia kisah lama yang sebenarnya keluar pada pilihan raya umum yang lepas untuk menjatuhkan saya tetapi tidak berjaya," kata beliau dipetik laporan media.

Kelmarin, Pemuda Umno Rembau mencabar bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin, membuktikan dakwaannya beliau pernah menerima rakaman aksi seks yang dikatakan melibatkan Khairy ketika pilihan raya umum 2008.

Kelmarin, Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai "Chegubard" berkata beliau pernah didampingi seseorang yang membekalkan rakaman adegan seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN itu.

"Badrul Hisham Shaharin dicabar membuktikan dakwaan beliau dalam The Malaysian Insider adalah benar. Dalam kenyataan Badrul Hisham kata bahawa beliau telah dibekalkan oleh ahli Umno rakaman video lucah Khairy Jamaluddin (ketika) pada pilihan raya 2008. Kenyataan ini adalah bersifat biadab dan berunsur fitnah," kata Penolong Setiausaha Pemuda Umno Rembau, Safariladira Abdullah.

Kata Safariladira, Pemuda Rembau juga mencabar Badrul Hisham untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai video berkenaan dan jangan hanya bercakap kosong menabur fitnah dan berniat jahat.

Badrul Hisham dalam kenyataannya kelmarin berkata, ketika kempen pilihan raya umum 2008 juga pasukan kempennya telah didekati dengan orang tidak dikenali, dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah, yang kononnya Khairy.

Badrul Hisham berkata lebih 2,000 keping video telah dibakar.

"Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononnya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara.

"Namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja," katanya lagi.

Lebih dua minggu lalu negara dikejutkan pendedahan rakaman video seks, didakwa melibatkan aksi seks Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, oleh "Datuk T".

Awal minggu ini, klip sedutan pendedahan itu disebarkan menerusi dunia siber khususnya oleh blog-blog pro-Umno.

Keputusan cap Alkitab idea bodoh, kata Taib Mahmud

Posted: 09 Apr 2011 03:15 AM PDT


MUKAH– Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan tindakan meletakkan cap pada kitab Injil versi Bahasa Malaysia, yang ditahan Kementerian Dalam Negeri, sebagai "idea bodoh" dan tidak seharusnya diguna pakai di Sarawak.

Awalnya, Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melepaskan lebih 35,000 naskhah Alkitab dengan mengenakan tag khas dan nombor siri tetapi diubah kemudian di bawah 10 formula penyelesaian yang diumumkan minggu lalu.

Sambil mendakwa tindakan Kementerian Dalam Negeri ke atas Alkitab itu sebagai mengarut, Taib (gambar) berkata beliau telah melahirkan pandangan mengenainya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika lawatan ke Sarawak baru-baru ini.

"Saya memberitahu beliau bahawa ia harus dihentikan dan Najib berkata 'ya, saya setuju'," kata Taib kepada pemberita selepas membuka bangunan baru gereja Katolik St Peter dan St Paul di sini hari ini.

Video seks: Peguam, pakar gesa Kabinet kubur idea tubuh suruhanjaya

Posted: 08 Apr 2011 11:16 PM PDT



Datuk Seri Nazri Aziz mengesyorkan agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi mengenal pasti identiti si pelaku dalam video seks

KUALA LUMPUR — Beberapa peguam membidas Datuk Seri Nazri Aziz yang mengesyorkan agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi mengenal pasti identiti si pelaku dalam video seks didedahkan "Datuk T" bulan lalu — yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim — atas alasan elemen pelacuran.

Peguam-peguam yang dihubungi mempertahankan bahawa pelacuran bukan haram di Malaysia meskipun melanggan seks boleh dikenakan tuduhan dan menteri itu dicabar membuktikan alasan beliau.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee mengecam kenyataan Nazri, yang dikatakan tidak bermutu dan pertubuhan itu turut membantah penubuhan suruhanjaya hanya kerana satu klip video aksi seks.

"Jika ada kesalahan jenayah, maka ia seharusnya disiasat sebagai kes jenayah," kata beliau kepada The Malaysian Insider menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, semalam.

Nazri mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh "Datuk T" 21 Mac lalu, didakwa membabitkan Anwar yang merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Anwar, yang juga Ketua Umum PKR.

Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu.

Kemudian sedutan klip 107 saat disebarkan menerusi dunia siber awal minggu lalu.

"Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah," kata Nazri kepada The Malaysia Insider semalam.

"Suruhanjaya diraja akan menentukan identiti lelaki dalam video dan wanita yang dia adakan hubungan seks, sama ada dia itu adalah pelacur," kata beliau lagi.

Dalam kenyataan susulan, Lim juga menekankan bahawa tiada peruntukan jelas berkaitan dengan elemen pelacuran.

"Pelacuran itu sendiri bukan satu kesalahan jenayah," kata Lim.

Beliau mengakui ada beberapa peruntukan dalam undang-undang yang membolehkan mereka yang menawarkan seks bagi tujuan seks didakwa.

Sebagai contoh kata beliau, Seksyen 372A Kanun Keseksaan menyediakan peruntukan bagi tindakan ke atas mereka yang hidup hasil daripada atau perdagangan persundalan. Lim menambah, di bawah Akta Inkuiri Suruhanjaya 1950, Yang di-Pertuan Agong akan mempertimbangkan budi bicara baginda dalam menubuhkan suruhanjaya siasatan yang difikirkan mempunyai kepentingan awam.

Sehubungan Lim menasihatkan Kabinet agar menolak idea Nazri sambil berkata, suruhanjaya diraja bagi isu semasa membuang masa dan sumber, yang boleh digunakan untuk mengatasi krisis pendatang haram di Sabah, menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ketua Menteri Sarawak dan yang terbaru kematian di pejabat SPRM.

"Kabinet mesti beri keutamaan kepada masalah-masalah lebih besar dan penting, yang dihadapi institusi-institusi negara berbanding tingkah laku zina seseorang individu, (dalam kes ini) didakwa (melibatkan) seorang ahli politik," kata beliau.

Andrew Khoo yang mengetuai jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam juga bersetuju dengan pandangan Lim.

"Penubuhan suruhanjaya diraja adalah untuk kepentingan negara dan saya tidak bercakap mengenai individu yang tidak memegang jawatan kerajaan," katanya ketika dihubungi.

Khoo menekankan bahawa pada masa-masa lalu kerajaan hanya memutuskan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat apabila dakwaan yang dibangkitkan berkaitan dengan sikap dan tingkah laku di pihak kerajaan.

"Dalam suruhanjaya mengenai (kes) VK Lingam, isunya berkaitan sikap tidak berat sebelah dalam bidang kehakiman. Dalam kes (bekas setiausaha agung MIC) DP Vijendran, beliau merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada ketika itu," kata Khoo.

"Di sini, persoalannya ialah 'institusi kerajaan yang mana telah dikompromi?' Jawapannya tiada. Jadi, mengapa kita perlu mengadakan siasatan sebegitu?" tambah Khoo.

Beliau juga menimbulkan persoalan mengapa perlu diberikan layanan khas dalam kes video seks sedangkan ada undang-undang untuk menangani isu berkenaan.

Sehubungan itu kata beliau, idea agar diadakan suruhanjaya diraja bagi kes video seks perlu dikuburkan segera kerana jika tidak akan ada cadangan seumpama itu bagi setiap perkara pada masa-masa mendatang.

Pakar undang-undang jenayah, Cheow Wee juga berpandangan sedemikian.

Cheow berkata beliau tidak boleh percaya bagaimana Nazri boleh mengesyorkan idea sedemikian agar diadakan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan tidak berasas kononnya seorang ahli Parlimen melanggan pelacuran.

Malah kata beliau, adalah terlalu awal untuk diadakan sebuah suruhanjaya diraja di peringkat sekarang memandangkan pihak polis belum melengkapkan siasatan mereka.

"Jenayah apa yang mereka mengadu? Adakah mereka mengatakan salah bagi dua pihak yang bersetuju untuk mengadakan seks? Atau Anwar tidak boleh mengadakan seks? Atau tindakan itu melibatkan pertukaran wang?

"Kita juga tidak tahu adanya (elemen) pelacuran dalam video ini. Dan, jika ia adalah Anwar, dan adakah dia mengadakan seks dengan orang lain?" kata beliau yang turut mengambil bahagian dalam suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock ketika disiasat SPRM dua tahun lalu.

"Ia berkaitan dengan isu moral dan etika kerana ahli-ahli Parlimen dan menteri diharap akan menunjukkan moral yang tinggi, tetapi anda tidak perlukan suruhanjaya diraja bagi tujuan itu," kata Cheow sambil menambah, isu semasa ini dimanipulasikan kerana kepentingan politik.

Sebaliknya kata beliau, polis seharusnya menyiasat sama ada wujud kesalahan jenayah membabitkan "Datuk T" yang mengakui terlibat dalam rakaman video seks berkenaan.

PRN Sarawak: Anak Bekas MP BN Pertikai Isu Hospital Sri Aman

Posted: 08 Apr 2011 11:14 PM PDT

KELAB GREENBOC

Sri Aman – Barisan Nasional tidak patut memperbodohkan orang Sri Aman dengan janji pilihanraya sekali lagi tetapi seharusnya mula melaksanakan pembinaan hospital umum dalam jangka masa 10 hari, kata Leon J. Donald, calon DAP untuk Simanggang.

Kata Donald, "Orang Sri Aman sudah muak dan jemu dengan janji-janji kosong Kerajaan Persekutuan dan Negeri sejak 15 tahun yang lalu". "Kita menuntut komitmen yang jelas dan tegas dari kerajaan BN untuk mengotai janji-janjinya, yang selama ini adalah bohong".

Yang terkini, dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10, Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Kesihatan Malaysia memberi janji baru.

Semalam Liow dilaporkan mengumumkan bahawa projek hospital umum Sri Aman tetap dibina tetapi akan dibawa ke dalam Rancangan Malaysia ke-10 dengan peruntukan sebanyak RM200 juta.

Tanya Donald, "Siapa akan makan janji BN kali ini? Selepas tahun 2013? Mengapa bukan sekarang?


"Pada November 2010, Datuk Seri Wong Soon Koh selaku Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam kerajaan negeri Sarawak menjanjikan peruntukkan sebanyak RM228 juta untuk meningkatkan taraf kesihatan Divisyen Sri Aman. Di manakan "upgrade" nya?

Kata Donald lagi, "Orang Sri Aman telah banyak mendengar peredaan projek sejak Rancangan Malaysia ke-9, dan langsung tidak bertindak atas perkara tersebut".

Donald berkata, "Calon BN Datuk Francis Harden yang bertanding untuk Ahli Dewan Undangan Negeri Simanggang penggal ke-4 gagal menunaikan tanggunjawabnya sebagai Ahli Dewan Negeri untuk rakyat Sri Aman"

Katanya lagi, "Sebagai calon DAP yang mewakili kepentingan dan aspirasi Sri Aman, saya desak kerajaan mula membina hospital itu sekarang kerana ini ialah hak asasi setiap penduduk di Sri Aman".

Hospital Sri Aman di bina pada tahun 1950-an. Keadaan dan kemudahan sama sekali sejak masa British.

Selama beberapa dekad penduduk tempatan mengadu bahawa hospital ini tidak dapat memberi perkhidmatan asas kedapa populasi Sri Aman yang sebanyak 26,000.

"Apa yang lebih menyakitkan ialah Sri Aman yang sebelum ini diklasifikasi dalam Divisyen Kedua Sarawak dan sepatutnya diberi kemudahan kesihatan yang lebih moden, kata Donald".

Katanya lagi, "Akan tetapi orang disini dipermalukan oleh kerajaan negeri Taib Mahmud yang sombong, telah mempingirkan orang Sri Aman, terutamanya golongan warga emas yang memerlukan perkhidmatan kesihatan dalam situasi kecemasan".

"Di Sri Aman baru-baru ini terdapat wabak dan suspek menjangkiti penyakit ini tidak dapat di beri rawatan sepatutnya kerana kekurangan katil.

Tambahan lagi, hospital ini tidak mempunyai doktor pakar, pesakit Sri Aman terpaksa melalui perrjalanan sejauh 200km ke Kuching untuk mendapatan rawwatan pakar.

Donald berkata, "Ini tidak dapat diterima khususnya dalam situasi kecemasan" kata Donald. "Banyak orang Sri Aman telah meninggal disebabkan kurangnya infrastruktur kesihatan yang dipinggirkan oleh BN dan kerajaan Taib".

Hospital Sri Aman yang dibina 40 tahun lalu adalah satu lagi contoh kerajaan BN meminggirkan rakyatnya, tidak meletakkan kepentingan khidmat rawatan sebagai keutamaan dalam pembangunan agenda Taib.

"Sebagai calon DAP, mewakili setiap orang di Sri Aman, saya kata "Enough is Enough" Inilah masanya orang Sri Aman akan menolak janji kosong pilihanraya. BN mesti beri kita hospital baru yang kian di janjikan tapi tidak di realisasikan" -sarawakupdate

Tsunami "PAS Ganti Umno" bakal koyak-rabakkan Kerajaan Ahmad Said

Posted: 08 Apr 2011 11:11 PM PDT

DETIK DAILY

"PAS Ganti Umno" merupakan target PAS dalam pilihan raya umum akan datang, bagaimanapun target itu juga dijadikan objektif utama PAS Terengganu untuk merampas kembali negeri itu. Dan matlamat itu tidak mustahil, apabila melihat 'mood' rakyat Terengganu yang sudah muak dengan pentadbiran Kerajaan BN yang dilihat gagal membanteras masalah kemiskinan negeri itu dan hanya pandai menghabiskan duit. Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Harun Taib mempunyai hujahnya terhadap kegagalan kerajaan BN itu. Ikuti temubual wartawan Harakah SALMIYAH HARUN baru-baru ini. - Jufoto WAN ZAHARI WAN SALLEH

PAS bertekad untuk rampas semula Terengganu, bagaimana persiapan PAS dalam merealisasikan hasrat itu pada PRU 13 nanti?

USTAZ DATO' HARUN TAIB: Perancangan untuk merampas semula Terengganu telah berlaku lama sejak 2004 lagi, selepas daripada Terengganu dirampas semula oleh BN. Walaupun ia tidak berjaya tetapi rancangan itu diteruskan sampai sekarang. Jadi kita buat beberapa persiapan bermula tahun 2004, antaranya persiapan memperkemaskan peribadi dan organisasi PAS. Bermula tahun ini, kita mulakan satu langkah baru daripada persiapan peribadi sehingga menyerang BN dengan slogan yang digunakan di peringkat pusat iaitu "PAS ganti Umno". Mengapa PAS patut ganti Umno bukan sahaja di Terengganu bahkan di peringkat negara. Di peringkat negara PAS Pusatlah yang mengetengahkan hujah-hujah mengapa patut ganti Umno. Insyallah kita sudah mula bergerak untuk menyakinkan rakyat negeri Terengganu bahawa PAS mesti menggantikan Umno.

Apa persiapan yang telah dibuat sekarang?

Sekarang ini kita sudah menyerang. Kita menerangkan kepada rakyat tentang penyelewengan-penyelewengan yang dibuat oleh kerajaan BN Terengganu, ketidakupayaan Umno BN Terengganu memberi kesegaran kepada rakyat negeri itu. Ketidakupayaan Umno BN mengatasi apa yang mereka laungkan setiap tahun di dalam bajet iaitu membanteras kemiskinan. Namun sehingga sekarang tidak berjaya. PAS ganti Umno insyallah berjaya mengatasi kemiskinan rakyat negeri itu.

Soal membasmi kemiskinan terlalu fleksible, dan katakan PAS memerintah agak-agak berapa lama PAS mengambil masa untuk mengatasi masalah itu? Apakah dalam masa 100 hari?

Insyallah. Saya tidak berjanji dalam masa 100 hari, tapi dalam tempoh setahun kita berjaya mengatasi masalah itu,

Bagaimana Dato' melihat 'mood' rakyat terhadap pentadbiran Dato' Seri Ahmad Said sepanjang dua tahun pentadbiran beliau?

Rakyat ada dua keadaan memandangkan, ia ada dua pihak. Satu pihak menuduh Mat Said tidak pandai urus tadbir dan tidak tahu nak guna duit dan satu pihak yang lain dapat menerima Mat Said. Keadaan ini kerana bukan sahaja masalah peribadi Mat Said bahkan masalah dalaman Umno sendiri. Misalnya dalam kes royalti yang tidak dapat sepenuhnya, adalah masalah Umno sendiri. Di mana Umno pusat tidak mahu menjadikan royalti itu hak milik rakyat negeri Terengganu.

Dalam PRU akan datang, berapa kerusi yang disasarkan oleh PAS Terengganu?

Kita tidak kata, berapa kerusi yang kita sasarkan. Tetapi kita harapkan kita menang kerusi terbanyak. Berapa banyak kerusi yang cenderung ke arah PAS, ia adalah rahsia dan itu menjadi strategi PAS dalam PRU nanti.

Rancangan dan harapan PAS memang besar di Terengganu. Adakah hanya sekadar menerang seperti berceramah sahaja PAS boleh tawan semual Terengganu?

Menerang, memberi penjelasan dalam ceramah adalah perkara terbuka. Yang tidak terbuka kita tidak perlu ceritakan dan hebahkan kepada umum. Perkara yang kita jalankan adalah strategi kita. Kita di Terengganu, kerajaan Umno BN bersikap terbuka dan tidak menghalang kita berceramah. Tetapi pendekatan kita tetap sama iaitu ada permit atau tidak kita tetap berceramah.

Benarkah, dakwaan bahawa Ahmad Said lebih bersikap terbuka dengan PAS? Tidakkah dengan sikap terbuka beliau akan merumitkan PAS nanti?

Saya akui beliau terbuka sedikit dengan PAS, boleh bercakap dan berbincang dengan PAS. Ia tidak merumitkan, bahkan bertambah mudah untuk kita mengatur strategi.

Lagi mudah macam mana pula, sedangkan ia akan membuatkan PAS terhutang budi dengan BN di Terengganu...

Kita tidak terhutang budi tetapi kita ada perinsip perjuangan. Misalnya hubungan baik Nabi Musa dengan Firaun, tetapi dalam menjelaskan prinsip dan dasar nabi Musa tidak berganjak dengan prinsip perjuangannnya. Kita baik bercakap di luar tetapi semasa kita bersidang di dalam dewan tidak berubah dalam menyampaikan prinsip dan perjuangan kita.

Macam mana Dato' melihat gelombang kebangkitan rakyat Terengganu?

Di peringkat 'grassroot' rakyat bermuafakat sesama mereka, dan kata orang Terengganu..."tahun ini kita ubah (kerajaan) sekali". kadang-kadang ini bukan orang PAS sahaja orang Umno pun sama juga. Mereka mahu berubah kepada kerajaan PAS. Mereka mahu berubah atas dasar untuk menyelamatkan negeri Terengganu terutamanya soal kemiskinan rakyat negeri itu. Duit banyak tetapi tadbir tidak pandai akhirnya tidak berjaya menghapuskan kemiskinan. Rakyat Terengganu bercakap sesama mereka seolah-olah tidak mahu lagi pentadbiran yang sedia ada.

Peralihan pentadbiran kerajaan Terengganu daripada BN kepada PAS dan berbalik semula kepada BN. Ini menggambarkan 'mood' rakyat sentiasa berubah-ubah, bagaimana dengan pendekatan yang diambil oleh PAS untuk memastikan rakyat ini tidak mudah berubah?

Kita ada pendekatan yang kekal yang tidak pernah berubah iaitu mengajak rakyat Terengganu memahami Islam dan beramal dengan Islam. Ini adalah pendekatan yang tidak berubah-ubah. Yang berubah-ubah kerana berdasarkan kepada isu yang berlaku, ada rakyat kadang-kadang bosan dengan sikap pemimpin mereka. Bagi mereka susah untuk menjatuhkan satu-satu pihak melainkan menjatuhkan kesemuanya terlebih dahulu.

Bagaimana Dato' melihat janji 100 hari yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat?

Janji dibuat berdasarkan kita berupaya melakukan dalam 100 hari, berjaya jika sekiranya kita dipilih memimpin menjadi kerajaan di peringkat pusat. Berupaya dalam erti kata ada keupayaan menunaikan dari segi kewangan negara dan janji yang sebenar bukan untuk memikat hati rakyat semata-mata. Kalau tidak cukup duit sebagai mana tuduhan Umno, adalah itu alasan mereka dan cara kerja mereka. Kita tidak boleh menerima hujah mereka sebab kita ada cara kita tersendiri.

Atas kedudukan Dato' sebagai Ketua Dewan Ulama, apa usaha Dewan Ulama menarik ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS supaya perlahan-lahan masuk Islam.

Ulama daripada dahulu lagi menerangkan Islam kepada non muslim dan menerangkan Islam kepada orang Islam sendiri, termasuklah penerangan dan penjelasan kepada parti-parti politik yang bukan Islam. Kita sejak dahulu lagi secara aktifnya awal tahun 80 an, mula dengan perhimpunan melalui kelab-kelab perniagaan. Kita memang menerangkan Islam dari sudut akidah, bahkan politik iaitu keadilan Islam dalam semua hal dan alhamdulillah setakat ini kita berjaya.

Semasa kita memerintah Terengganu dalam setahun kita berjaya menarik orang bukan Islam yang menyokong PAS hampir seratus orang setahun. Saya ingat dalam tempoh kita memerintah dianggarkan dari segi purata hampir 500 orang berjaya diislamkan. Begitu juga dari segi kutipan zakat, bertambah meningkat dan kerajaan Umno BN hari ini meneruskan usaha kita semasa memerintah Terengganu. Yang penting kita kena banyak berkawan dengan mereka (non muslim).

Benarkah DBP rosak sejak Aziz Deraman jadi Ketua Pengarah?

Posted: 08 Apr 2011 11:09 PM PDT

Oleh Arif Ahmad

Membaca tulisan Hamas Yassin dalam Harakah 21-Mac-2011 yang bertajuk Angkara siapa DBP rugi lebih RM200 juta ? dapatlah difahamkan bahawa Hamas Yassin mengatakan penswastaan lima bahagian penting yang menjadi nadi kewangan Dewan Bahasa dan Pustaka kepada Dawama berlaku semasa Datuk Aziz Deraman menjadi Ketua Pengarah DBP

Hamas Yassin mengatakan juga Kamarulzaman Shahruddin, Azah Wahab, Isa Safuan dan Abu Bakar Muhammad adalah pegawai-pegawai DBP yang turut bertanggungjawab dalam merugikan DBP kerana konsensi DBP dengan Dawama itu ialah konsensi buluh kasap dengan pangkal hilang hujung lesap atau nama lain lagi bagi konsensi itu ialah konsensi dua penyamun dalam filem Nujum Pak Belalang yang mengira pitih dalam gua dengan pembahagiannya 80 kali Dawama ambil, 20 kali DBP ambil dan 20 kali DBP ambil kena bayar macam-macam lagi.

DBP sejak Aziz Deraman menjadi ketua pengarah dari tahun 1994 sampai 2004 seperti ditulis oleh Hamas Yassin itu telah menyebabkan DBP sekarang ini turut berkubur di sebelah kubur lama yang berhantu berdekatan dengan DBP. Tidak ada seorang tokoh penulis sekarang ini yang mahu berkunjung ke DBP seperti zaman Datuk Hasan Ahmad menjadi ketua pengarah DBP dengan banyak tokoh penulis di DBP pada masa itu.

Apabila Aziz Deraman menjadi ketua pengarah DBP, tokoh-tokoh DBP semacam Zakaria Ariffin, Safian Husin, Rahim Abdullah, Hamzah Hamdani, Syed Jaafar, Ayob Yamin dan banyak lagi memilih keluar dari DBP tanpa diketahui sebab-sebabnya. Ketika itu khabarnya tokoh DBP yang masih tinggal iaitu Anwar Ridhwan juga terpaksa membawa diri ke Jepun dan menjadi professor pelawat di universiti Jepun selama beberapa tahun dan bila pulang ke DBP semula, beliau mendapat tekanan dari pihak Aziz Deraman sekali lagi sehingga beliau tidak dapat membuat keputusan untuk mengenal pasti pelapis yang berwibawa untuk menjadi penyambung dalam menjalankan tugas-tugas penting di DBP, iaitu bahasa, sastera dan penerbitan.

Dua tiga orang yang ada potensi sebagai pelapis ketika itu turut disekat peluang kenaikan pangkat mereka sehingga lapan hingga sembilan tahun mempunyai ijazah pertama dan selepas itumemppuunyai ijazah kedua baharulah mereka dinaikkan pangkat oleh Aziz Deraman ke pangkat asas orang yang mempunyai ijazah pertama.

Tokoh yang tidak meninggalkan DBP seperti Abdul Ahmad yang menjadi tempat rujukan pensyarah dan pelajar universiti dan orang DBP langsung tidak diberikan peluang kenaikan pangkat oleh Aziz Deraman dan akhirnya beliau pencen dengan gred 41 sahaja. Abdul Ahmad menurut kenalan di DBP langsung tidak pernah menjejak kaki ke DBP sejak pencen dengan gred yang dihinakan kepadanya.

Semasa Aziz Deraman menjadi ketua pengarah selama 10 tahun, lebih 20 orang pegawai kanan dan pakar dalam bidang bahasa dan sastera dan penerbitan telah memilih untuk bersara awal dari berkhidmat di DBP. Mereka memilih bersara awal kerana mereka bosan dan meluat dengan sikap Aziz Deraman yang membina kelompok dan kroni.

Sewaktu berkunjung ke DBP sewaktu Aziz Deraman masih menjadi Ketua Pengarah DBP, terdengar cakap-cakap tentang Aziz Deraman lebih suka orang perempuan dari orang lelaki menjadi ketua bahagian. Lima bahagian di Jabatan Bahasa yang semuanya ada tujuh bahagian, ketuanya adalah orang perempuan. Tujuh bahagian di Jabatan Sastera pula enam orang perempuan menjadi ketua bahagiannya dan pangkat-pangkat untuk bukan ketua bahagian juga banyak dipilih orang perempuan.

Satu lagi cara Aziz Deraman memilih orang lelaki yang layak dinaikkan pangkat ialah orang yang suka menjilat dan mengampunya. Banyaklah penjilat dan pengampunya dinaikkan pangkat kerana Aziz Deraman sangat suka orang menjilat dan mengampunya. Orang yang ada SPM dan STPM sahaja turut dinaikkan gerd 41 dan berpuluh-puluh orang yang ada ijazah pertama menggigit jari melihat tidak adilnya Aziz Deraman melayakkan mereka-mereka itu dinaikkan pangkat tanpa ternampak mereka itu betul-betul istimewa dalam bahasa dan sastera untuk dinaikkan pangkat begitu.

Cara Aziz Deraman melayakkan dan tidak melayakkan pekerja DBP naik pangkat dan tidak naik pangkat menyebabkan pekerja DBP yang berpangkat ialah orang perempuan dan orang lelaki yang pengampu. Ketua-ketua bahagian yang banyak orang perempuan hanya berpakaian cantik datang dan pulang kerja mengikut waktu pejabat sahaja dan tidak ada idea besar untuk memajukan bahasa dan sastera kerana ciri perempuan sendiri memang tidak suka mengambil tindakan yang boleh mendatangkan risiko kepada mereka. Asal suami tidak membuat perangai yang liar sudah bahagialah mereka di pejabat dan bermesyuarat dengan Aziz Deraman dalam mesyuarat ketua-ketua bahagian.

Pengampu dan penjilat lelaki yang tidak ada ilmu bahasa dan sastera hanya terus mengampu kerana untuk membentang kertas kerja dalam seminar, ceramah dan berbincang perkara besar dengan tokoh-tokoh bahasa dan sastera di universiti seperti Anwar Ridhawan, Zakaria Ariffin, Syed Jaafar, Abdul Ahmad dan banyak lagi, mereka tidak tahu. Mereka hanya tahu memanggil Tan Seri, Datuk, Profesor, Doktor dan sebagainya yang dijemput dating ke Dewan dan melayan orang bergelar itu seperti bell boy di hotel yang menerima kedatangan pelangan hotel ke hotel mereka.

Begitulah yang penulis tahu kira-kira sembilan sepuluh tahun lalu dan Aziz Deraman waktu itu dengarnya hampir hendak pencen dan yang tinggal sebagai penyair besar DBP masa itu hanyalah Aziz Deraman yang juga menjadi tokoh sastera dan tokoh bahasa yang besar.

Penulis tidak tahu betul dan salahnya cerita yang didengar itu dahulu dan patut juga disiasat bagi mensahihkannya supaya yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan supaya DBP kembali dihormati seperti zaman kegemilangan Datuk Hassan Ahmad menjadi ketua pengarah dahulu.

Banyaknya tulisan tentang DBP dalam Detik Daily, Harakah, Sasiah yang mengatakan DBP bankrap, pegawai kanan DBP tidak ada yang pakar, pengurusan yang lebih besar dari fungsi utama DBP dan daif tentang fungsi utama DBP, kenaikan pangkat yang tidak adil dan hanya memilih orang yang rapat dan disukai pengurusan sahaja sebagai layak dinaikkan pangkat sepatutnya diberikan perhatian oleh Perdana Menteri Malaysia dengan menyuruh pegawai-pegawainya yang jujur menjalankan penyiasatan kerana DBP di bawah Mahyuddin Yassin lebih parah dari DBP di bawah Hisamuddin Tun Hussein. DBP yang kecil pun tidak dapat diuruskan oleh Mahyuddin, bagaimana Mahyuddin hendak diserahkan oleh Najib untuk mengurus negara yang lebih besar dari DBP?

DBP yang nyawa-nyawa ikan sekarang ini dengan kerugian 200 juta haruslah ditanggung segala dosa itu kepada Aziz Deraman sebagai ketua pengarah eksekutif yang apabila diberikan kuasa dan amanah kepadanya telah mengkhianati kuasa dan amanah itu di DBP dan kepada pekerja DBP yang dijual kepada DAWAMA sehingga ada beberapa orang mereka hilang kelayakan pencen yang hanya beberapa bulan sahaja lagi sepatutnya layak mendapat pencen.

Hamas Yassin juga sepatutnya tahu alim seseorang itu bukan pada panjang doa yang dibacanya dan tinggi songkoknya dan solatnya sajaha kerana seseorang umat Islam itu mestilah dilihat pada pelaksanaan tugasnya apabila seseorang Islam itu diberikan kuasa dan diamanahkan kuasa kepadanya untuk melaksanakannya kerana sekrang ini banyak musang berbulu ayam.

'Berok naik nyioq’ nak alih isu UMNO songlap RM7 juta

Posted: 08 Apr 2011 11:07 PM PDT

Oleh kedahla.blogspot.com/

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini hanya berlangsung kira-kira satu setengah jam. Hampir keseluruhan sidang diisi dengan para Exco Kerajaan Negeri menjawab soalan dari ahli-ahli Dewan. Selesai sidang, ADUN BN merungut di hadapan media kononnya kerajaan negeri tidak memberi masa yang panjang untuk mereka mengemukakan lebih banyak soalan.

BN hanya meludah ke langit dan tertimpa batang hidung sendiri. Tempoh masa bagi sidang DUN untuk pertengahan atau penghujung penggal di Kedah memang begitu sejak separuh abad lalu.

BN yang membuat peraturan itu dulu untuk menyekat pembangkang dari bertanya terlalu banyak soalan. Bila giliran mereka jadi pembangkang, rasailah pula peraturan yang mereka sendiri cipta dulu.

Media-media talibarut BN memfokuskan kepada isu 'berok naik nyioq' untuk membidas Menteri Besar kononnya menghina usaha BN membawa balik pelajar dari Mesir. Mereka cuma mahu mengalih isu.

Isu yang lebih besar dari 'berok naik nyioq' ialah pendedahan terperinci Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Amiruddin Hamzah berhubung penyelewengan kerajaan BN dulu menguruskan sebuah GLC iaitu Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC).

Beliau mendedahkan bagaimana STDC telah membelanjakan lebih RM8 juta untuk sumbangan, walhal RM7.5 juta tidak diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pelepasan cukai.

Akibatnya STDC terpaksa juga menjelaskan cukai sebanyak RM3.1 juta di samping denda atau penalti kira-kira RM1 juta, menjadikan jumlah keseluruhan yang terpaksa dibayar oleh STDC di bawah kerajaan PR sekarang ialah sebanyak RM4.1 juta. Semua beban yang ditinggalkan oleh BN itu terpaksa dijelaskan oleh kerajaan kini.

Pendedahan Amiruddin benar-benar menyebabkan semua ADUN BN panas punggung. Belum habis sesi soal jawab, bekas CEO STDC Dato' Syed Sobri Syed Hashim yang juga merupakan ADUN Kuala Nerang bergegas meninggalkan Dewan.

Saya pernah menulis beberapa kali perihal penyelewengan STDC menjelang pilihanraya umum ke 12 yang membelanjakan wang GLC tersebut kira-kira RM2 juta untuk tujuan politik BN. Tapi penemuan kali ini lebih mengejutkan kerana jumlah sebenar duit STDC yang 'disedekahkan' kepada BN, khususnya Umno adalah jauh lebih besar.

Laporan pihak Audit berhubung perbelanjaan tidak wajar dan bayaran yang dibuat tanpa sokongan dokumen sepatutnya cukup banyak. Antaranya ialah sumbangan terhadap Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Terap - RM10 ribu (23.01.2007), lawatan Pemuda Umno ke Indonesia - RM10 ribu (14.03.07), lawatan Puteri Umno ke Indonesia – RM5 ribu (18.03.07), sumbangan kepada Umno Kedah – RM200 ribu (19.04.07), sumbangan petugas BN pilihanraya kecil Ijok – RM5 ribu (13.05.07), sumbangan T-shirt dan wang saguhati konvoi Pergerakan Pemuda Umno Padang Terap – RM4 ribu (22.05.07), sumbangan kepada Umno Cawangan Padang Kerasak Naka – RM5 ribu (30.05.07) dan membekal cenderamata untuk perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM26,150.00 (01.01.08).

Seterusnya ialah pemasangan billboard untum mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap – RM10 ribu (01.01.08), sewa khemah dan meja bulat untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahgian Padang Terap – RM10 ribu (16.01.08), membekal kain tudung kepada ahli Puteri Umno – RM20 ribu (03.02.08) dan makan minum untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM21,700.00 (15.02.08).

Menteri Besar masa itu Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menggunakan wang STDC untuk menerbitkan kalendar peribadi beliau yang diberi percuma kepada rakyat dengan kos RM80 ribu (06.12.07 & 20.02.08). Banyak lagi pembayaran yang disifatkan oleh Audit sebagai 'tidak berkepentingan dan tidak berkaitan dengan aktiviti dan objektif penubuhan STDC' namun tidak mungkin disiarkan sepenuhnya dalam ruangan yang terhad ini.

STDC yang ditinggalkan kepada kerajaan PR adalah sebuah syarikat bermasalah, banyak hutang dan gawat. Namun kebijaksanaan pentadbiran baru berjaya memulihkan syarikat tersebut sekalipun terbeban dengan hutang-hutang yang ditinggalkan.

Pada 2007 STDC mengalami kerugian sebanyak RM2.56 juta, manakala pada 2008 kerugiannya ialah sebanyak RM144,467.00. Kerugian tidak boleh dibebankan sepenuhnya kepada pengurusan baru kerana mereka mengambilalih selepas tiga bulan tahun 2008. Pada tahun 2009 keuntungan STDC ialah RM333,978.00 dan tahun 2010 keuntungan sebanyak RM826,110.44.

Satu lagi perkara menarik ialah jumlah emolument untuk ahli-ahli lembaga pengarah. Di masa BN, emolument untuk ahli lembaga pengarah ialah RM125,200 (2006) dan RM251,800 (2007). Bagi tahun 2008 antara Januari hingga Mac sahaja, emolument yang diberi ialah sebanyak RM50,900. Bagi mereka untung atau rugi bukan persoalan, yang penting SDTC seolah-olah dijadikan tempat mengaut kekayaan.

Ia berbeza sama sekali dengan emolument yang diterima ahli lembaga pengarah di zaman PR. Pada tahun 2009 ahli lembaga pengarah hanya menerima keseluruhan RM53,500 manakala bagi tahun 2010 cuma RM8,000.

Semua catatan yang dibuat adalah berdasarkan fakta hitam putih (bukan video hitam putih). Ia bukan rekaan macam video seks bikinan Datuk Trio. Sebab itu apabila Dato' Amiruddin membentangkan di Sidang DUN, semua ADUN BN tidak dapat menyanggah. Semua media talibarut BN tidak mengungkapkan walaupun sepatah perihal penyelewengan pengurusan GLC di zamam BN itu.

Sekarang terserah kepada jentera penerangan parti untuk menjadikan isu 'Skandal RM7 juta' itu sebagai modal dan peluru untuk terus mengasak BN Kedah hingga rapat ke di dinding. Biar mereka rasakan pula asakan kita selepas ini.

Menanti anak sulung kembar PAS di Beting Maro, Sebuyau

Posted: 08 Apr 2011 11:03 PM PDT

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Lima hari berada di Kuching, Batang Lupar, Saratok dan sekitar Kota Samarahan, menyaksikan gelagat siasah dan permainan politik masyarakat di Sarawak amat mengujakan.

Lambang bukan ukuran seseorang untuk dicap sebagai penyokong sesebuah parti, sebaliknya mereka mampu melakukan apa yang disebut sebagai 'U Turn' yang besar.

Lambang dacing dibaju yang dipakai pengundi bukanlah satu jaminan mereka akan memangkah calon BN yang majoritinya mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Sebaliknya, lambang dacing kini hanya sekadar hiasan untuk masyarakat di sini mendapatkan wang ketika berarak menuruti calon.

Harakah sempat membuat tinjauan dalam empat kawasan Dun daripada lima kerusi yang ditandingi PAS, iaitu Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya dan Muara Tuang bermula 5 hingga 9 April.

Hari penamaan calon pada 6 April lalu sudah menceritakan segalanya. Bagaimana di Beting Maro, calon PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus diarak bagai artis oleh penduduk setempat yang dahagakan perubahan.

Rumah-rumah panjang yang dulunya sukar ditembusi kini menjadi ladang kempen PAs. Malah beberapa Tuai Rumah (Ketua Rumah Panjang) memberikan sokongan terus dan jaminan untuk membaw anak-anak buahnya memangkah Abang Ahmad Kerdee, pada 16 April ini.

Di Muara Tuang, keadaan berbeza sedikit dengan politik masyarakatnya masih belum mampu menerima perubahan yang dibawa PAS dan Pakatan Rakyat. Pengundinya rata-rata kelihatan masih takut dan tidak mahu untuk membuka ruang kepada PAS untuk menerangkan tentang perjuangan dan dasar keadilan Islam yang dibawa PAS selama ini.

Tetapi, paling menarik perhatian, corak politik yang ditonjolkan masyarakat Melayu dan Iban di Sebuyau, sebuah kawasan yang dahulunya cukup kuat berpegang kepada 'khurafat' bahawa yang boleh memerintah hanyalah BN-PBB.

Kali ini, rata-rata pengundi seakan tidak menghiraukan apa sahaja yang diperkatakan BN mengenai pembangkang (Pakatan Rakyat) khususnya PAS yang bertanding di Sebuyau.

Calon PAS, Adam Ahid yang juga Pesuruhjaya PAS Sarawak mendapat sambutan hangat di Sebuyau, malah kehadiran beliau di kawasan Iban serta penempatan Melayu sekitar Kampung Lebaru dan beberapa kampung lain, juga di pekan Sebuyau nyata disenangi.

Beberapa penduduk tempatan yang ditemui di surau Pekan Sebuyau berkata, masyarakat di sini akan melakukan 'U Turn' untuk tidak lagi menyokong BN, sebaliknya mereka mahukan pembaharuan.

Pembaharuan yang dimaksudkan adalah dengan menyokong calon PAS agar kerajaan yang ada hari ini sedar bahawa kuasa rakyat besar untuk mengajar erti menghormati hak dan tanggungjawab kerajaan kepada rakyat. Demikian kata seorang pengundi yang tidak mahu namanya disiarkan.

Sebuyau bukanlah sebuah kawasan yang membangun seperti di tempat lain di seberang Kuching, Muara Tuang, Samarahan, ataupun Bandaraya Kuching, jauh sekali mendapat kemudahan asas yang sebaiknya. sejak sekian lama masyarakat Sebuyau terpaksa menyeberangi sungai dengan menggunakan Feri di dua jeti, pertamanya Jeti First Point dan keduanya di Muara Tuang.

Kesusahan mereka ini tidak pernah dirasai pemimpin ataupun wakil rakyat kerana apa sahaja yang disuarakan rakyat langsung tidak mendapat perhatian wakil rakyat, ataupun kerajaan Sarawak pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Hanya untuk menyeberangi jalan ke Kota Samarahan terpaksa menggunakan jeti dan ini menyukarkan. Sedangkan kerajaan mampu untuk menyediakan jambatan membuatkan pengundi di sini mula muak dengan BN-PBB.

Kali ini, 'U Turn' yang dinyatakan mungkin sekali akan membawa masalah besar kepada BN di Sebuyau, lantas politik baru akan segar dan malar di Sarawak jika PAS mampu membawa sinarnya seterang bulan.

Ia tidak termasuk soal kemiskinan, jalan raya yang 'bergelombang' dan kemudahan air yang kadang-kadang banyak masalahnya.

Analisis awal Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali mungkin menepati senario yang mahu digambarkan penulis, di mana BN sendiri meletakkan 'kesukaran' di beberapa Dun yang dahulunya dimenangi oleh PBB dengan majoriti tinggi.

Beting Maro dan Sebuyau, bak kata Mustafa, boleh menjadi 'anak sulung kembar' buat PAS di Sarawak melihatkan perkembangan setakat hari ini. Namun yang penting, kerja kuat jentera perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa menuju 16 April 2011.

GEMPAR DI SARAWAK : Adakah seekor 'jin' yang ditangkap masuk dalam botol milik bomoh Taib Mahmud?

Posted: 08 Apr 2011 10:45 PM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/gin.gifSABAH DAILY

KOTA SAMARAHAN - Para petugas pilihanraya dalam DUN N15 Muara Tuang dikejutkan dengan satu gambar objek pelik yang beredar melalui internet dan sistem pesanan ringkas (SMS).

Gambar yang memaparkan pancaran cahaya berbentuk makhluk itu dilaporkan adalah seekor jin yang telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol, ketika menganggu ketenteraman beberapa penduduk.

Menurut satu sumber, ia dipercayai 'jin' yang dihantar oleh keluarga Ketua Menteri, Taib Mahmud.

Rata-rata penduduk yang ditemui di sini sedia maklum tentang permainan kotor dan hina menggunakan pawang dan bomoh yang dikatakan menjadi amalan Taib.

Seorang pemuda, Langgi Anak Sanggat, 40, berkata, beliau sudah mendengar kisah Taib menggunakan khidmat bomoh sekian lama.

"setiap apa pergerakan Taib, mesti tanya bomoh, kalau bomoh kata boleh, boleh, kalau tidak tak boleh," katanya ketika ditemui di Taman Desa Ilmu, disini.

Rakan Langgi, Munan anak Sigan, 47, menyokong dan mendakwa, ia adalah antara senjata Taib dalam setiap pilihanraya.

Laman berita Malaysiakini semalam melaporkan, Ketua Menteri paling lama dalam sejarah itu. kini menggunakan khidmat beberapa 'bomoh luar negara'.

Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin, yang juga bekas Meneteri Pelajaran Sarwak mendedahkan perkara itu.

Salleh dipetik akhbar internet itu, mahu seluruh rakyat Sarawak diselamatkan daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran, keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya.BuletinOnline

Tiada ulasan: