Kerabu Bersuara ® |
- Umat Islam wajib banteras tayangan lucah – Khutbah Jumaat (Jawi)
- Majalah porno disebar ke sekolah, KEADILAN lapor polis
- Dalam Islam, video bukan bukti – bekas Mufti Wilayah Persekutuan
- Video fitnah tak layak dibawa ke Suruhanjaya Diraja – Sivarasa
- IGP: Kes Sarbani, Beng Hock tidak boleh disamakan
- Gambar Menteri Besar Selangor - Menziarahi Jenazah Ahmad Sarbani Mohd (Pembantu Pengarah Kastam)
- Suaram: Kematian Sarbani desak Putrajaya segera tubuh IPCC
- Ekonomi berkembang selari prinsip Maqasid syariah di bawah nasihat Anwar
- Beza Melayu Mati Dengan Cina Mati. Terima Kasih najib Dan Rosmah
- Panas! Kematian Pegawai Kastam Satu Konspirasi? Baca Surat ini!
- Panas! Khairy, isteri pimpinan tertinggi pun ada ‘video lucah’, kata Chegu Bard
- Live! Terima Kasih MPKB-BI
- Live! Peniaga Haram,MPKB-BI Buat Bodoh!
- Misteri makhluk ganjil di sungai Britain
- Keputusan Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah
- Alkitab: Putrajaya sendiri nodai undang-undang Islam, kata Mufti Selangor
Umat Islam wajib banteras tayangan lucah – Khutbah Jumaat (Jawi) Posted: 07 Apr 2011 03:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Umat Islam mesti menangani gejala 'filem' haram dengan mengelakkan diri dari terlibat memiliki dan menonton rakaman berunsur lucah serta memerangi pengedarannya. Demikian antara kandungan teks khutbah Jumaat esok berjudul 'Membanteras Filem Haram' yang diterbitkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi dalam laman rasminya di sini. "Usaha-usaha perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan bencana yang bakal menimpa umat Islam yang hidup bergelumang dengan dosa," tulis khutbah berkenaan. Pada perenggan ke 22, khutbah itu membawa mesej 'menggalakkan tangkapan awam' apabila menyatakan umat Islam harus bekerjasama dengan memberi tindak balas kepada agensi yang menguat kuasa Akta Penapisan Filem 2002 Khutbah itu menyatakan akta itu berperanan menguat kuasa undang-undang bagi melindungi negara dan rakyat dari pengaruh buruk dan unsur negatif yang dipapar dalam filem berunsur lucah. Mereka yang melanggar akta berkenaan, boleh dihukum penjara maksiumum lima tahun dan denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Khutbah itu mengingatkan, ia cuma hukuman dunia sedangkan hukuman di akhirat lebih dahsyat dan menggerunkan bagi mereka yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Ia juga mengingatkan umat Islam supaya tidak melepaskan tanggungjawab itu kepada kerajaan sahaja kerana ia adalah amanah Allah kepada rakyat sebagai khalifah di muka bumi. Berikutan penyebaran filem lucah yang berleluasa, khutbah itu turut menyatakan umat Islam hanyut dengan peredaran masa hingga lupa kepada Allah SWT dalam mengejar memewahan hidup dan keseronokan hiburan. Ia menyatakan masalah itu mendatangkan krisis sosial, menyebabkan remaja terdedah kerana mereka kurang matang dan mahu mencuba sesuatu yang baru serta mudah terpedaya dan terpengaruh. Masalah sosial itu, mengikut khutbah itu, menggalakkan pergaulan bebas melalui paparan adegan lelaki dan perempuan tanpa batasan yang merangsang pelakuan zina, sekali gus memberi impilikasi buruk terhadap pembentukan generasi akan datang. |
Majalah porno disebar ke sekolah, KEADILAN lapor polis Posted: 07 Apr 2011 08:30 AM PDT SHAH ALAM: Tidak puas menyebar komik lucah bertajuk 'Kisah Juara Raja Lawak' bagi mengaibkan pimpinan Pakatan Rakyat, pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) terus memainkan sentimen politik lucah, kali ini dengan menyebarkan majalah porno di sekolah. Hal itu disedari Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang yang menerima majalah porno berjudul 'Kisah Seorang Sifu Teragung Di Abad Ini. Mentor 5 Bersama Berganding Bahu Mengejar Impian Yang Satu, Tunjuk Ajarku Sifu' daripada seorang guru Sekolah Kebangsaan Meru di Persiaran Hamzah, Kapar pagi tadi. Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau berkata, majalah 16 halaman itu penuh dengan gambar bogel yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diubah suai. "Majalah itu penuh gambar bogel yang menjijikkan. Gambar lelaki tersebut diubah suai dengan gambar kepala Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggunakan badan orang lain," katanya ketika dalam perjalanan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, jam 6.30 petang ini. Mengulas lanjut, beliau kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu dan menyuarakan kebimbangannya berikutan majalah porno itu turut diedar ke sekolah dan dikhuatiri jatuh ke tangan murid. "Kita bimbang sekiranya majalah itu diterima pelajar sekolah dan tidak mustahil akan banyak lagi masalah sosial remaja. Perkara ini perlu dibanteras secepat mungkin memandangkan sudah menular ke sekolah," katanya. |
Dalam Islam, video bukan bukti – bekas Mufti Wilayah Persekutuan Posted: 07 Apr 2011 08:00 AM PDT POLITIK kotor, fitnah seks dan liwat yang dijadikan sebagai senjata oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan kredibiliti pemimpin politik memberikan kesan atau impak yang cukup besar kepada masyarakat terutama bagi umat Islam di Malaysia pada hari ini. Terbaru, rakaman video fitnah yang dikaitkan dengan tokoh pembangkang, digunakan sebagai senjata bagi mengaib dan menjatuhkan maruah beliau dan seisi keluarga. Polemik yang membelenggu masyarakat Islam sejak sedekad lalu menyebabkan timbul kekeliruan di kalangan sesetengah masyarakat Islam mengenai hukum atau garis panduan yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam dalam berhadapan dengan isu sebegini. Bagi menjawab persoalan ini, KeadilanDaily yang diwakili Rusnizam Mahat berkesempatan menemubual ulama tanah air, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya bagi mengetahui lebih lanjut perspektif Islam dalam isu ini. Dalam temu bual ini, beliau yang kini menjadi pensyarah Syariah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah menghuraikan secara panjang lebar tentang tuduhan fitnah dan mengaibkan seseorang individu dalam syariat perundangan Islam. Ikuti temu bual bersama beliau dengan lebih lanjut. Dalam Islam, apakah hukum menuduh seseorang individu itu melakukan seks atau liwat? Sebenarnya banyak ayat al-Quran yang menyentuh tentang soal Allah melarang kita mengaibkan dan menjatuhkan atau menuduh seseorang melakukan kerja tidak bermoral seperti liwat, zina dan sebagainya. Yang paling jelas apa yang berlaku kepada Saidatina Aisyah di mana Allah menceritakan bahawa ada tuduhan liar (qazaf) menuduh Saidatina Aisyah melakukan perkara tidak senonoh, tetapi akhirnya Allah menurunkan ayat al-Quran dan membebaskan Siti Aisyah daripada tuduhan itu. Akhirnya orang yang menuduh itu, kerana tidak dapat membawa bukti dikenakan qazaf iaitu 80 rotan oleh Rasulullah S.A.W sebagai hukuman. Kemudian banyak lagi, ada cerita seperti Hilal bin Umaiyah yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik bin Sahma. Dia datang mengadu kepada Rasullah, dengan mengatakan isterinya berzina. Rasullah kata kepadanya, "Kamu perlu membawa saksi atau kalau tidak aku rotan kamu". Lalu dia berkata kepada Rasullullah, kalau seseorang suami melihat seorang lelaki melakukan zina dengan isterinya, dengan mata kepalanya sendiri, apakah memerlukan kepada bukti dan saksi lagi? Lalu Rasullullah mengulangi kata-kata yang sama. Lalu turun ayat Surah Nur ayat 6 iaitu ayat tentang sumpah lian. Kalau kita tuduh seseorang tanpa empat saksi, kita nak bersihkan diri kita dari tuduhan qazaf, maka kita kena ber lian. Di depan qadi kita perlu bersumpah empat kali bahawa apa yang diucap itu bukan dusta, termasuklah si isteri yang dituduh berzina. Apabila kedua-duanya bersumpah, maka kedua-duanya dibebaskan daripada sebarang tuduhan qazaf. Siapa yang benar atau salah itu terserah kepada Allah SWT. Itu cara nak melepaskan diri diripada qazaf. Kalau tak mahu bersumpah begitu, dan tidak membawa empat bukti iaitu empat saksi yang melihat, maka dia perlu hukuman qazaf. Apakah sebab dijatuhkan hukuman begitu? Dalam Islam menjatuhkan seseorang dengan tuduhan liar yang tidak berasas dan tidak cukup bukti adalah satu kesalahan yang cukup besar. Salah satu daripada Maqassid Syariah ialah menjaga nasab, keturunan dan maruah seseorang selain menjaga agama, menjaga akal, harta dan sebagainya. Kemudian banyak lagi ayat al-Quran, misalnya kita rujuk dalam surah An Nur ayat 4, yang menerangkan tentang qazaf ini yang maksudnya mereka yang melemparkan tuduhan zina kepada wanita yang baik tetapi tidak dapat membawa empat saksi, maka hendaklah dirotan mereka 80 kali rotan dan mereka tidak boleh menjadi saksi selama-lamanya. Dalam kes lain pun mereka tidak boleh menjadi saksi lagi sebab mereka sudah hilang kredibiliti. Dalam surah An Nur ayat 23, bermaksud sesunguhnya mereka yang menuduh wanita-wanita yang baik, yang solehah dan beriman dengan tuduhan zina, mereka akan dilaknat oleh Allah dunia dan akhirat dan mereka akan mendapat azab yang sangat dahsyat. Dalam surah An Nur ayat 11, Allah menyebut, Sesungguhnya mereka yang mendatangkan tuduhan palsu ini adalah golongan kamu juga, ini merujuk kepada cerita Siti Aisyah tadi. Janganlah kamu menyangka itu keburukan kepada kamu, tetapi satu kebaikan. Setiap mereka yang melakukan kesalahan akan mendapat dosa tetapi yang merancang perbuatan ini (fitnah), dia akan mendapat azab yang sangat dahsyat dari Allah SWT. Dalam surah Al Hujurat ayat 12, jelas Allah melarang kita jangan banyak bersangka buruk kerana sebahagian buruk sangka itu adalah berdosa. Kemudian Allah menyebut, Jangan kamu mencari-cari keaiban orang, ini di antara ayat yang diterangkan kepada kita. Pertuduhan liwat juga masuk dalam hukum qazaf? Bagi pendapat sebahagian besar ulama, menuduh zina itu qazaf dan menuduh liwat itu juga jatuh dalam hukum qazaf. Apakah yang menyebabkan umat Islam sanggup melakukan fitnah dan politik kotor sehingga mengaibkan orang lain? Saya lihat ramai di kalangan masyarakat Islam di Malaysia yang masih memiliki pendidikan atau pengetahuan Islam yang rendah. Mereka merasakan bahawa Islam itu hanya sekitar hubungan dengan Allah, seperti dari segi ibadah, solat, membaca al-Quran, puasa sunat, bertahajud dan sebagainya. Tetapi dalam soal kegiatan harian, apatah lagi dalam soal pentadbiran dan urusan negara yang diistilah sebagai politik, ramai antara kita yang berpendapat ia tidak ada kaitan dengan agama iaitu tidak ada kaitan dengan soal dosa, pahala, syurga dan neraka. Ekoran daripada pemahaman Islam yang tidak betul ini, iaitu merasakan Islam itu hanya hubungan dengan Allah, membuatkan ada antara kita bersikap double standard. Bagi saya, mereka yang terlibat dengan tuduhan tidak berasas apatah lagi tidak dapat membawa bukti yang cukup sebagaimana dikehendaki Islam, mereka ini adalah orang yang rendah akhlak dan moral walaupun mereka mengaku menunaikan haji dan melakukan umrah misalnya. Menunaikan haji dan melakukan umrah tidak semestinya menjadikan seseorang itu baik, seperti juga orang yang sembahyang dan puasa. Kerana itu ada orang Islam yang sembahyang tetapi mempunyai akhlak yang rendah. Keduanya, bagi saya orang politik yang macam ini adalah orang politik yang kehabisan modal. Dia tak mampu untuk menerangkan kepada rakyat sesuatu yang boleh memikat hati rakyat untuk menyokong mereka, seperti bagaimana cara nak mengatasi rasuah, menghapuskan salahguna kuasa dan sebagainya. Gambar Hiasan Budaya fitnah dalam masyarakat orang Melayu ini sudah wujud sejak zaman Hang Tuah, apabila dia dituduh berzina dengan gundik raja. Hukum bunuh kerana fitnah ini melanda masyarakat melayu sejak zaman berzaman-zaman termasuk dalam sejarah Mahsuri. Ini semua terjadi kerana hasad dengki dan tamakkan kuasa. Apakah video seks yang tidak sahih pelakunya boleh dijadikan sebagai bukti pertuduhan? Tak boleh diterima. Dalam Islam, video atau gambar tidak boleh dijadikan bukti jika semata-mata berpegang kepada bukti itu kerana benda-benda seperti ini boleh diselewengkan lebih-lebih lagi dalam zaman ketinggian sains dan teknologi sekarang ini. Zaman saya lima puluh tahun dulu pun kita boleh melihat gambar orang yang berdiri di atas pokok bunga. Macam mana berdiri atas pokok bunga? Itu teknologi 50 atau 60 tahun dulu. Sebab itu ia tak boleh dijadikan asas dalam syariat Islam kerana benda-benda ini boleh diubah suai. Sekarang kalau kita menonton aksi dalam filem, dengan aksi kita melihat seolah-olah ia benar terjadi tetapi hakikatnya hanya berlaku dalam studio saja. Kadang-kadang dalam komputer sahaja. Apa peranan yang perlu dimainkan golongan ulama dan masyarakat Islam bila berdepan isu sebegini? Pertama sekali, peranan ulama-ulama yang harus bangun dan bangkit menerangkan kepada rakyat bahawa perbuatan fitnah ini mesti ditolak. Perbuatan mendedahkan keaiban orang tanpa bukti yang kukuh empat saksi dan sebagainya adalah sesuatu yang cukup salah dalam ajaran Islam dan satu dosa yang besar. Rakyat Malaysia khususnya umat Islam mestilah bangun menolak orang-orang yang tidak berakhlak seperti ini. Kalau dia seorang pemimpin, mesti ditolak dan mesti dipinggirkan khususnya dalam arena politik. Jangan beri peluang kepada orang yang tidak berakhlak ini memiliki kuasa kerana kalau mereka mempunyai kuasa, ia akan membawa padah yang lebih besar kepada rakyat Malaysia khususnya umat Islam. Pemimpin sebagaimana yang harus dipilih umat Islam? Rakyat Malaysia khususnya umat Islam mesti berhati-hati dalam memilih pemimpin sebab Nabi pernah bersabda bahawa rakyat biasa boleh terpengaruh dengan cara hidup pemimpin. Kalau pemimpin itu boros, rakyat akan turut boros dan jika pemimpin itu suka rasuah, rakyat juga akan mengambil rasuah. Slogan kepimpinan melalui tauladan itu betul, tetapi dalam realitinya adakah slogan itu dipraktik oleh pemimpin-pemimpin kita. Kita berkehendakkan pemimpin yang boleh menjaga rakyat, yang telus dan adil dan dapat memerintah dengan cara yang baik dengan tidak menyalahguna kuasa, barulah rakyat merasa selesa. Tetapi kalau pemimpin itu sendiri korup, gila kuasa dan membuat perkara yang menjatuhkan akhlak dan moral, maka rakyat menjadi mangsa. Nabi dalam hadisnya banyak menasihatkan umat Islam tentang hal ini. Hanya beberapa ulama mufti yang menyatakan pendirian dalam isu fitnah video seks misalnya Mufti Kelantan, Mufti Perlis dan Mufti Selangor. Tetapi ramai lagi ulama yang dilihat senyap. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Wallahualam, tetapi bagi saya sepatutnya isu-isu yang besar sebegini, para mufti perlu menjelaskan pendirian. Ia sebenarnya tidak perlukan fatwa seperti hukum bahawa sembahyang itu wajib, tidak ada. Tetapi kita hendakkan menyatakan pendirian. Ulama termasuk mufti patut seia sekata sebab isu ini bukan isu kecil. Isu yang dihebohkan tentang video dan sebagainya ini melibatkan pemimpin negara, tidak kira sama ada mereka pemimpin negara atau pembangkang. Bagi kita pembangkang pun pemimpin kerana pembangkang juga ada peranan bagi menasihat kerajaan. Apatah lagi isu video ini melibatkan tokoh politik yang terkenal, bukan setakat di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa khususnya di dunia Islam. Sebab itu para ulama sewajibnya, termasuk mufti menyatakan pendirian bahawa kita tak dapat menerima budaya fitnah dan budaya menjatuhkan maruah kerana ia adalah budaya jahiliyah yang mesti ditolak oleh rakyat Malaysia khususnya umat Islam. |
Video fitnah tak layak dibawa ke Suruhanjaya Diraja – Sivarasa Posted: 07 Apr 2011 07:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu video fitnah yang tidak ada kepentingan nasional , sebenarnya memperkecil aspek perundangan. "Penubuhan RCI bukan untuk menyiasat kes melibatkan soal peribadi atau politik tetapi penubuhannya adalah untuk siasatan berhubung kes yang lebih besar. "Isu video fitnah tidak setaraf dengan kes contohnya klip video Lingam yang lebih besar kerana melibatkan rasuah dan nama baik badan kehakiman negara," kata Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa kepada KeadilanDaily, hari ini. Beliau mengulas demikian mengenai desakan penubuhan RCI terhadap video fitnah yang didakwa ditayangkan trio Datuk T di Hotel Carcosa Seri Negara minggu lalu. Mereka sehingga kini tidak ditahan kerana dlindungi kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak bertujuan menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sivarasa turut mempersoal tujuan penubuhan RCI itu memandangkan isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden KEADILAN, sudah mengesahkan lelaki dalam rakaman itu bukan suaminya. "Untuk apa tubuh RCI, Wan Azizah sudah keluarkan kenyataan dengan jelas menafikan lelaki dalam rakaman itu bukan Anwar. "Kita sudah ada bukti yang jelas daripada keluarga beliau. Jika mahu dengar daripada Datuk T sahaja, itu tak boleh dijadikan bukti. Rahim Tamby Chik bukannya berkredibiliti kerana pernah terbabit dalam dakwaan kes rogol remaja bawah umur," katanya. |
IGP: Kes Sarbani, Beng Hock tidak boleh disamakan Posted: 07 Apr 2011 07:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 April – Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kematian pegawai kastam Ahmad Sarbani Mohamed dan Teoh Beng Hock tidak boleh disamakan semata-mata kerana kedua-duanya ditemui mati di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Hakikatnya kedua-dua kes adalah berbeza. Kita tidak boleh merumuskan ada yang tidak kena," kata beliau kepada pemberita. Ahmad Sarbani, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini semalam. |
Gambar Menteri Besar Selangor - Menziarahi Jenazah Ahmad Sarbani Mohd (Pembantu Pengarah Kastam) Posted: 07 Apr 2011 06:00 AM PDT |
Suaram: Kematian Sarbani desak Putrajaya segera tubuh IPCC Posted: 07 Apr 2011 05:36 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 April – Kematian kedua individu disiasat SPRM semalam mendesak keperluan rakyat agar menggesa kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Bebas Aduan Polis (IPCC), kata Suaram hari ini. Pagi semalam, Ahmad Sarbani Mohamed iaitu penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini. "Kematian terbaru di SPRM adalah titik tolak terakhir. Rakyat Malaysia mesti menuntut dengan segera penubuhan IPCC," kata penyelaras Suaram Dr Kua Kia Soong dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Kua, beberapa pertubuhan bukan kerajaan meminta agar pihak berkuasa menubuhkan suruhanjaya diraja siasatan, tetapi tidak harus dilupakan bahawa syor agar diadakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sebenarnya datang daripada Suruhanjaya Diraja Polis pada 2004. "Ia sepatutnya telah ditubuhkan pada 2006," kata Kua lagi. Bagaimanapun katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga kini tiada iltizam politik untuk melaksanakan syor Suruhanjaya Diraja Polis itu. Tambah beliau, kerajaan telah mengetepikan kehendak rakyat dan juga telah membazirkan wang pembayar cukai bagi perjalanan suruhanjaya tersebut. "IPCC proaktif dalam menyiasat aduan-aduan terhadap polis dan juga agensi-agensi penguat kuasa selain (kes-kes) kematian yang wujud. "Mereka juga menyiasat apa jua elemen rasuah yang disyaki dalam pasukan polis dan agensi-agensi penguat kuasa meskipun mereka tidak menerima sebarang aduan," kata Kua yang turut menggariskan kes-kes kematian tahanan yang disoal siasat polis. "Biar saya memperingatkan rakyat, selain dua kematian di SPRM, kematian semasa dalam tahanan polis, ditembak polis, kematian di kem tahanan juga telah dipantau oleh Suaram sejak beberapa tahun lalu," katanya lagi. Pada 2000, menurut maklumat, tujuh orang mati dalam tahanan polis manakala 33 ditembak mati, 2001 (16 dan 14), 2002 (15 dan 54), 2003 (23 dan 27); 2004 (19 dan 23), 2005 (14 dan 12), 2006 (14 dan 27), 2007 (11 dan 9), 2008 (13 dan 44) dan 2009 (tujuh dan 88). Selain itu katanya, pada Mac 2007 kerajaan mengumumkan bahawa ada 95 kematian di pusat tahanan Simpang Rengam dari 2000 hingga 2007. "Pada April 1999, kerajaan mendedahkan ada sebanyak 635 kematian kerana ditembak polis dalam tempoh 10 tahun kebelakangan," katanya. "Selain SPRM, juga ada insiden-insiden tidak diingini dan menyeksa termasuk angkatan tentera (dalam kes enjin jet hilang), tindakan Suruhanjaya Sekuriti ke atas wartawan dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri," katanya. Justeru kata beliau, hanya IPCC yang boleh menyelesaikan isu salah guna kuasa oleh polis dan mana-mana agensi penguat kuasa. "Di bawah sistem semasa, mahkamah koroner mempunyai keberkesanan terhad disebabkan kualiti hasil siasatan dan bukti yang diketengahkan," katanya lagi. Kata Kua, sekiranya kerajaan tiada kekuatan politik untuk menangani masalah semasa ini bagaimana pihak berkenaan boleh bercakap mengenai transformasi. Kua melahirkan pandangan ini ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan di Sarawak bahawa pentadbirannya tiada rancangan untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut. Pelbagai pihak meminta agar Putrajaya mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes terbaru ini. Menurut SPRM, Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan pagi semalam tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan. Bagaimanapun rakan-rakannya dan Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung sangsi Ahmad Sarbani pergi ke pejabat SPRM tanpa dipanggil. Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai Kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B dijalankan SPRM sejak awal minggu lalu. Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja. Dalam satu kenyataan awal petang ini, SPRM berkata ia telah menahan kerja dua pegawainya ekoran insiden kematian pegawai Kastam di premis pejabat agensi itu pagi semalam. Kedua-dua mereka ditahan kerja untuk tujuan siasatan kerana dikatakan melanggar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM di mana pegawai-pegawai tersebut dikatakan gagal berada bersama saksi atau pelanggan sepanjang masa mereka berada dalam premis agensi antirasuah itu. Kenyataan itu menambah, hasil siasatan dalaman iitu setelah selesai kelak akan dibentangkan di Jawatankuasa Aduan SPRM. |
Ekonomi berkembang selari prinsip Maqasid syariah di bawah nasihat Anwar Posted: 07 Apr 2011 05:00 AM PDT SHAH ALAM: Pemilihan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi negeri Selangor merupakan pilihan tepat berikutan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Selangor berkembang 6.1 peratus berbanding defisit yang dicatatkan pada 2009. Di bawah kepimpinan Anwar selaku penasihat ekonomi juga, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berusaha melaksanakan program-program yang selama ini sentiasa bermatlamat menjaga harta dan keturunan rakyat, selaras dengan prinsip maqasid syariah yang digariskan dalam Islam. "Fasa Satu dan Dua program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dilaksanakan sejak Jun 2008- program bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu, Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), hadiah anak masuk universiti, Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja ladang dan kemudahan cuti bersalin selama 90 hari kepada kakitangan kerajaan," kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Khalid berkata demikian sewaktu berucap merasmikan seminar Maqasid Syariah Pembangunan Ekonomi Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah Alam hari ini. Beliau seterusnya berkata, fasa ketiga yang bermula tahun ini mempunyai fokus untuk membantu usahawan melalui Skim Kredit mikro dengan peruntukan RM50 juta, serta membantu penduduk luar bandar melalui Skim Kredit Mikro Miskin Bandar dengan peruntukan RM20 juta. Malah, kebajikan wanita turut mendapat perhatian kerajaan Selangor yang memperuntuk RM1 juta melalui Skim Kesihatan Wanita untuk membantu mereka membuat pemeriksaan kanser payudara secara percuma, kata Khalid. Menurutnya, pemilihan Anwar selaku penasihat ekonomi negeri Selangor, juga berikutan prestasi cemerlang yang ditunjukkan beliau ketika menerajui ekonomi negara satu ketika dahulu. "Beliau pernah dianggap Menteri Kewangan terbaik dunia oleh majalah AsiaMoney dan Euromoney semasa menjadi Menteri Kewangan Kerajaan Persekutuan dahulu," katanya. |
Beza Melayu Mati Dengan Cina Mati. Terima Kasih najib Dan Rosmah Posted: 07 Apr 2011 03:00 AM PDT Kes Sarbani: PM arah siasatan menyeluruh, tidak tubuh suruhanjaya KUCHING, 7 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengarahkan polis dan SPRM menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kematian pegawai Kastam Diraja Malaysia Ahmad Sarbani Mohamed di premis agensi antirasuah itu di Kuala Lumpur, semalam. Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaska, pentadbirannya tiada rancangan untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut. Pelbagai pihak meminta agar Putrajaya mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes terbaru ini. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat insiden membabitkan Ahmad Sarbani, penolong pengarah Kastam. Meskipun insiden itu ada kesamaan dengan nasib yang menimpa bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock dua tahun lalu, Najib menjelaskan, persekitaran adalah berbeza memandangkan Ahmad Sarbani tidak berada dalam siasatan ketika kejadian. "Daripada apa yang saya diberitahu, dia (Ahmad Sarbani) telah pergi ke pejabat SPRM secara sukarelawa untuk mengubah kenyataan dia. Apabila pegawai SPRM meninggalkan (dia sementara) untuk mengambil kenyataan, itu yang berlaku," kata Najib di sini hari ini. "Ia berlaku dalam sekelip mata," kata Perdana Menteri sambil menambah, "ia berbeza berbanding (kes) Teoh Beng Hock." Ketika ditemui pemberita di sini hari ini, Najib yang juga Pengerusi BN mengakui meskipunn kepercayaan awam terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan terjejas, kerajaan akan meneruskan usaha membersihkan Kastam Diraja Malaysia daripada tindakan tidak bertanggungjawab yang melarikan jutaan ringgit milik perbendaharaan negara. Dalam kejadian mengejutkan dan menggemparkan negara semalam, Ahmad Sarbani, 56, ditemui mati di tingkat satu bangunan SPRM Wilayah Persekutuan pagi semalam. Menurut SPRM, Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan pagi semalam tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan. Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion. Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja. Najib berada di Sarawak sempena kempen pilihan raya negeri Sarawak. |
Panas! Kematian Pegawai Kastam Satu Konspirasi? Baca Surat ini! Posted: 07 Apr 2011 01:00 AM PDT SURAT DARI KAKI TANGAN GOMEN: bro, aku petik dr milosuam. Salam wbth.. Bro aku taktau nak mula dari mane..just nak info mintak ko siasat. kematian pegawai kastam Port Klang. Kwn aku ramai keje forwarding bagitau tadi kat wisma kastam kecoh,mcm kastam mogok pasal kematian ni.kaunter semua tutup.polis takeover wisma xbagi org masuk.tak kuar TV kot.. point aku adalah: Arwah si mati ni dorg ckp bila solat kat wisma dia selalu jadi imam..so mane logik org yg beriman nak bunuh diri..tu satu hal,dlm byk2 pegawai dia ni paling susah nak amek rasuah atau duit kopi.Isu dia di tahan pun (melalui sumber lisan org kastam)SPRM kantoi voucher RM30 jer dari sykt forwarding bagi dia.tapi bukti xsahih ade atau tak. kedua : ini adalah konspirasi Pengarah Kastam Negeri Sgor sengaja nak kenekan dia,( ko siasat lar,aku ni bagi ko sumber lisan jer )sebagai kambing itam.dan semua kastam tau pengarah dorg giler pangkat & kuasa. ketiga : geng2 forwarding ni ckp yg ske lari cukai,byr cukai tipu ni semua sykt2 tempatan yg dimiliki VVIP.Kalau company international semua byr proper. Aku juz nak inform kat ko supaya dgn skil yg ko ade ko bleh mintak rakan2 blogger lain siasat dgn lebih detail,tgk keperibadian si mati ni.majoriti geng fwrding kat port klang percaya dia clean,alim dan baik sahsiah nyer..lagipun dia dah pencen tapi sambung khidmat jer. ok gang,arios. =aku kakitangan gomen= Oleh Tanpa Nama pada AWAS BERJAGA JAGA pada 11/04/07 April 07, 2011 http://tukartiub.blogspot.com/2011/04/betina-puaka-bergerak-lagi.html |
Panas! Khairy, isteri pimpinan tertinggi pun ada ‘video lucah’, kata Chegu Bard Posted: 06 Apr 2011 11:04 PM PDT KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, ketika media di seluruh dunia membincangkan pelbagai isu penting seperti krisis radiasi di Jepun dan kebangkitan rakyat di Timur Tengah, media di negara ini lebih seronok memainkan isu politik berasaskan tuduhan seks dan video lucah. Menurutnya, masyarakat dunia kini sudah beralih kepada politik baru berasaskan nilai dan idea, namun Malaysia pula seolah mundur ke belakang dengan politik 'selak kain' yang langsung tidak memajukan pemikiran rakyat. "Sudahlah tayangan video lucah dilakukan secara terbuka dan seolah dilindungi penguasa. Malah yang terbaru 'desparado politik sanggup menghantar buku lucah terus ke rumah orang. "Buku yang terdapat gambar – gambar bogel dan gambar orang sedang mengadakan hubungan seks cuma bahagian kepalanya diganti dengan gambar musuh politik mereka. "Bayangkan di kawasan bandar tempat komik ini diedar ibu dan bapa bekerja, anak balik sekolah melihat buku lucah yang dipos ke rumah," katanya yang mengaitkan penyebaran buku lucah yang mengaibkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lembah Pantai, baru-baru ini. Menurut Badrul, apa yang lebih membimbangkan, anak-anak kecil pula didedahkan dengan bahan-bahan berbentuk lucah tersebut, malah lebih parah ada yang menyimpan dan meniru perbuatan buku lucah berkenaan. "Media arus perdana seperti Utusan Malaysia pula menyiarkan di muka depan aksi lucah begitu juga Buletin Utama TV3, mana pergi nilai kewarasan manusia? Hanya kerana politik kita lakukan semua perkara tersebut," tegas beliau dalam satu kenyataan. Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, beliau menganggap tidak salah melakukan sesuatu serangan politik, tetapi ia harus berlandaskan pertembungan idea dan bukan menggunakan politik 'selak kain'. "Ketika kempen pilihanraya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar. "Sebanyak lebih 2000 keping video tersebut telah dibakar. Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara," ujar beliau. Justeru itu, katanya SAMM mengajak rakyat menolak politik selak kain dan mendesak agar pemain – pemain utama politik di Malaysia kembali kepada landasan politik baru dan mendidik rakyat. "Rakyat diseru menolak politik sensasi selak kain ini dengan menolak ahli-ahli politik yang kelihatan seronok membodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan," ujar beliau. |
Posted: 06 Apr 2011 09:33 PM PDT Tindakan telah diambil dengan segera oleh pihak yang berkenaan. |
Live! Peniaga Haram,MPKB-BI Buat Bodoh! Posted: 06 Apr 2011 07:57 PM PDT Peniaga ni memang samseng tapi penguasa buat bodoh. Gambar ni kami ambik dekat Pasar Besar Siti Khadijah. |
Misteri makhluk ganjil di sungai Britain Posted: 06 Apr 2011 06:00 PM PDT BENTUK satu makhluk ganjil yang dilihat terapung di Sungai Parrett di bandar Bridgwater, Britain pada Isnin lalu. BRIDGWATER, Britain - Ratusan penduduk kebingungan apabila mereka melihat satu makhluk ganjil terapung di Sungai Parrett di bandar ini, lapor beberapa buah akhbar semalam. Ramai di antara mereka melihat kelibat makhluk itu dari sebuah jambatan pada Isnin lepas di bandar tersebut yang dihuni hampir 34,000 orang. Penduduk kini membuat spekulasi mengenai identiti makhluk tersebut sama ada ia penyu, ikan lumba-lumba atau bangkai babi. Terdapat beberapa orang yang melihat makhluk itu mengesyaki ia merupakan kacukan penyu dan babi. Ada yang menganggap makhluk ganjil itu mungkin batu dan seekor anjing. Spekulasi mengenai identiti makhluk tersebut juga dibincangkan di laman Twitter. Seorang penduduk, Coral Pople memberitahu sebuah akhbar tempatan: "Saya sudah berada di sini selama 45 minit. Setiap orang menyatakan makhluk itu adalah seekor penyu tetapi pada pandangan saya ia kelihatan seperti seekor babi." Menurut seorang lagi penduduk, Andrew Coles, dia berpendapat terdapat seseorang yang melompat ke dalam sungai dan khabar angin yang didengarinya menyatakan satu mayat berada di dalam sungai tersebut. Makhluk itu dilihat tidak bergerak dan terapung di sungai tersebut dekat dengan pusat bandar ini. Seorang jurucakap polis menyatakan pihaknya memang mengetahui terdapat sejumlah besar orang mengerumuni jambatan tersebut untuk melihat makhluk ganjil itu. Anggota-anggota polis meninggalkan jambatan itu selepas mereka melihat makhluk itu tanpa mengambil sebarang tindakan. - Agensi |
Keputusan Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah Posted: 06 Apr 2011 05:30 PM PDT |
Alkitab: Putrajaya sendiri nodai undang-undang Islam, kata Mufti Selangor Posted: 06 Apr 2011 04:16 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 7 April — Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menyifatkan langkah Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia sebagai tindakan "menodai" undang-undang Islam negara ini. Tegas Tamyes, undang-undang Islam yang diamalkan selama ini telah "diceroboh" dan "dinodai" oleh pihak berkuasa termasuk pemimpin kerajaan yang beragama Islam. "Undang-undang Islam telah diceroboh dan usaha-usaha menceroboh ini berlaku dari dalam... ini yang susah kerana Islam rosak apabila ada pihak yang menceroboh dari dalam. "Undang-undang Islam ini telah dinodai, ada pihak yang buat undang-undang tapi mereka sendiri yang melanggar undang-undang yang telah dibuat dan ini adalah satu pencerobohan secara terhormat," katanya kepada The Malaysian Insider. Kecewa dengan tindakan Putrajaya itu, Tamyes juga menyokong cadangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar undang-undang Islam dibatalkan sekiranya Putrajaya masih bertegas dalam isu tersebut. "Mereka buat undang-undang tapi diceroboh, sepatutnya undang-undang yang dibuat ini dipatuhi bukan dilanggar dan dinodai seperti ini. "Undang-undang dinodai oleh orang yang berkuasa... orang yang mempunyai kuasa dalam kerajaan telah melanggar undang-undang sendiri, kalau macam ini hapuskan sahaja undang-udang Islam yang ada ini," katanya. Beliau juga menyifatkan langkah Putrajaya itu merupakan satu permainan politik yang jelas semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat terutamanya penganut Kristian. "Bila tiba pilihan raya mesti jadi macam ini, ini adalah satu permainan politik yang jelas. "Pendirian saya sangat jelas dalam perkara ini, undang-undang Islam tidak boleh dilanggar tapi apa yang berlaku sekarang ia dinodai oleh orang Islam sendiri... undang-undang Islam telah dinodai," katanya. Tambah Tamyes, beliau berharap agar Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan akan memandang serius akan perkara itu. Kelmarin Harussani mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia. Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali. Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab. Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. "Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian," kata Idris. Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan "Penerbitan Kristian" ("Christian Publication") dan tanda salib pada kulit hadapan. Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut. Harussani juga menegaskan mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan