DIALOG RAKYAT |
- Samy Vellu terima elaun, gaji RM27,227
- Kes Sarbani: Dua pegawai SPRM ditahan kerja
- Ketua SPRM Wajar Berundur Secara Sukarela
- RAKYAT MUNGKIN TANGKAP DATO' T JIKA POLIS TIDAK BERTINDAK
- PRN Sarawak: DAP Beri Amaran Kepada Parti Lawan
- Kemenangan Dua Pertiga Majoriti Masih Dalam Jangkauan BN - Taib
- Kematian Pegawai Kastam, Najib Arah Siasatan Rapi
- Kematian Sarbini Menenggelamkan Isu Video Lucah
- SAMM : hentikan politik 'lucah' segera !!
- Penduduk pedalaman S'wak sukar dapat maklumat
- Usul bincang kematian Saiful Syazani ditolak
- Beri bendera tak memadai di Padungan
- Allahyarham Ahmad Sarbani dikebumi hari ini
- Biarkan rakyat tangkap Datuk T, seru Pemuda PAS
- Lapan pegawai imigresen diseret ke mahkamah
- Rakyat Sarawak enggan tonton video seks ‘Anwar’
- Mengapa SPR ambil masa sahkan calon BN
- Ambil peluang buat perubahan
- Takziah: Bawa 'kain putih' kalau disiasat SPRM
- PAS buka jalan rakyat Sarawak buat perubahan
- SPRM adakan siasatan dalaman menyeluruh
- Pengundi Sarawak positif terima PAS
- Kes Sarbani: Kastam tak cadang adakan siasatan dalaman
- Kesatuan Kastam sangsi Sarbani pergi ke SPRM tanpa dipanggil
- SPRM tidak belajar kesilapan lama, kata Majlis Peguam
Samy Vellu terima elaun, gaji RM27,227 Posted: 07 Apr 2011 04:55 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Duta Khas ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S. Samy Vellu menerima gaji dan elaun sebanyak RM27,227.20 sebulan. Malah seramai enam orang kakitangan telah diperuntukkan untuk bertugas di pejabat Duta Khas yang terletak di Tingkat 25, Plaza Sentral, KL Sentral. Bekas presiden MIC itu dilantik sebagai Duta Khas bertaraf menteri akhir Disember lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata peranan dan tanggungjawab Samy Vellu tidak bertindih dengan tugasan rasmi pegawai kerajaan yang lain kerana tugas beliau hanya tertumpu pada bidang infrastruktur di Asia Selatan sahaja. Katanya, rasional mewujudkan jawatan itu adalah untuk meningkatkan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia dalam pembangunan infrastruktur di India dan Asia Selatan. "Oleh kerana negara-negara di Asia Selatan, terutamanya India, sedang mengalami pembangunan ekonomi yang pesat, keperluan infrastruktur yang berkualiti adalah amat penting untuk menyokong pembangunan ekonomi tersebut," katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut). Bernama Online menyebut Lim mengemukakan soalan mengenai rasional diwujudkan jawatan Duta Khas dan lingkungan kerja, lokasi pejabat, kakitangan serta gaji atau elaun yang diberikan. Menurut Nazri, tugas Duta Khas itu adalah mengenal pasti projek-projek infrastruktur di Asia Selatan yang sesuai dengan kelayakan dan kebolehan syarikat-syarikat Malaysia. Seterusnya, Duta Khas akan menggerakkan peranan untuk mewujudkan peluang-peluang yang baik bagi syarikat-syarikat tersebut untuk mengambil bahagian dalam projek-projek itu mengikut undang-undang dan peraturan tempatan. | ||
Kes Sarbani: Dua pegawai SPRM ditahan kerja Posted: 07 Apr 2011 04:28 AM PDT KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggantung tugas seorang kakitangannya yang membiarkan pegawai Kastam berada seorang diri sebelum dia ditemui mati pagi semalam. Kedua-dua mereka ditahan kerja untuk tujuan siasatan kerana dikatakan melanggar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM di mana pegawai-pegawai tersebut dikatakan gagal berada bersama saksi atau pelanggan sepanjang masa mereka berada dalam premis agensi antirasuah itu. The Malaysian Insider difahamkan kedua-dua mereka ditahan kerja berkuat kuasa hari ini. "Proses tahan kerja ini adalah bagi membantu melicinkan penyiasatan dalaman berhubung perkara ini dan tindakan tahan kerja ini juga adalah sehingga siasatan dalaman selesai dijalankan. "Tindakan tahan kerja tersebut dibuat di bawah Peraturan 43 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 iaitu penahanan kerja bagi maksud penyiasatan," kata SPRM dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.Kenyataan itu menambah, hasil siasatan dalaman iitu setelah selesai kelak akan dibentangkan di Jawatankuasa Aduan SPRM. Pagi semalam, Ahmad Sarbani Mohamed, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Jalan Cochrane. Jawatankuasa Aduan yang dianggotai oleh Datuk Mohd Nor Abdullah, Datuk Muhammad Mohd Noor, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Chooi Mun Sau dan Ravindran Muthu akan memantau pengendalian oleh suruhanajaya akan aduan mengenai salah laku yang tidak bersifat jenayah terhadap pegawai-pegawai suruhanjaya dan mengenal pasti apa-apa kelemahan dalam tatacara kerja suruhanjaya yang mungkin menimbulkan aduan dan jika difikirkannya sesuai untuk membuat apa-apa syor tentang tatacara kerja suruhanjaya sebagaimana yang difikirkannya patut. Pagi tadi di Sarawak, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan polis dan SPRM menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kematian Ahmad Sarbani. Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaska, pentadbirannya tiada rancangan untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut. Pelbagai pihak meminta agar Putrajaya mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes terbaru ini. Menurut SPRM, Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan pagi semalam tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan. Bagaimanapun rakan-rakannya dan Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung sangsi Ahmad Sarbani pergi ke pejabat SPRM tanpa dipanggil. Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion. Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja. | ||
Ketua SPRM Wajar Berundur Secara Sukarela Posted: 07 Apr 2011 04:19 AM PDT KELAB GREENBOC DAP gesa Putrajaya gantung tugas ketua SPRM sehingga siasatan selesai DAP hari ini menggesa Putrajaya menggantung tugas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed sehingga siasatan kematian seorang pegawai Kastam Ahmad Sarbani Mohamed selesai. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tindakan menggantung tugas Abu Kassim perlu ekoran kenyataannya yang menyifatkan kematian Ahmad Sarbani tidak patut dieklsploitasikan atau dimanipulasikan sesetengah pihak demi kepentingan peribadi mereka. "DAP mencadangkan agar Datuk Seri Abu Kassim digantung tugas selaku Pesuruhjaya SPRM sehingga siasatan terhadap Ahmad Sarbani selesai. "Datuk Seri Abu Kassim berniat jahat apabila beliau berharap kematian itu tidak akan dieksploitasi atau dimanipulasikan oleh sesetengah pihak demi kepentingan peribadi, kenyataan sebegitu bukan sahaja menunjukkan rasa bersalah namun satu percubaan mahu menghentikan kebenaran dan keadilan diperoleh dalam insiden terbaru itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau juga menyifatkan sepanjang menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim masih belum mencapai kejayaan yang sepatutnya, ditambah pula dengan sikap berdiam diri dan suka berahsia tentang operasi agensi kerajaan itu," katanya. "Datuk Seri Abu Kassim tidak sepenuhnya berjaya disebabkan sifat suka berahsia tentang operasi SPRM menunjukkan sikap double standard sehingga gagal mengambil tindakan menentang amalan rasuah pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud. "Bagaimanapun kematian Ahmad Sarbani akan menghalang segala usaha Datuk Seri Abu Kassim mahu membuat perubahan dan komen beliau juga tidak boleh dipandang ringan," kata Lim yang turut memuji langkah Abu Kassim untuk membersihkan dan mengembalikan profesionalisme SPRM. Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini. Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu. Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata tiada sesiapa yang boleh dipersalahkan dan dipertanggungjawab dalam insiden terbaru itu. Beliau juga menyifatkan cara siasatan SPRM yang mencari kebenaran dan keadilan sehingga berlaku kematian adalah tidak bertanggungjawab. -TMI Ulasan GB GB menyokong penuh saranan Sdra Lim Guan Eng tersebut. Jika ada maruah, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed perlu berundur. Peristiwa kematian kali kedua di bangunan SPRM jelas menunjukkan SPRM yang bermasalah. Dan jika Datuk Seri Abu Kassim mengambil tindakan berundur, bukan sahaja beliau dihormati kerana dilihat sebagai seornag yang profesyenal dan bertanggungjawab, malah SPRM sendiri akan lebih dihormati dan dipercayai. Tetapi di dalam negara kita sukar untuk menemui pegawai-pegawai tertinggi agensi kerajaan berundur secara sukarela atau meletakkan jawatan kecuali diarah berbuat demikian. Hanya pernah sekali - iaitu Datuk Shahrir Samad bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerana gagal mempertahankan jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) pada Perhimpunan Agung Umno. Satu hal yang pasti - HUKUM KEBENARAN akan tetap berjalan, seandainya beliau tidak berundur maka hukum kebenaran akan mengambil tempatnya. Ingat, bekas Ketua Pengarah SPRM yang lepas, Dato Seri Hj Ahmad Said bin Hamdan tiba-tiba "terpaksa" berundur juga dengan keadaan lansung tidak dihormati apabila tiba masanya. Di kalangan menteri pula beberapa orang yang "tidak layak" lagi menjadi menteri akhirnya "dipaksa berundur" sekalipun mereka cuba mempertahankannya, misalnya Samy Vellu, Zainuddin Maidin dan lain-lain. Jadi, pilihan di tangan sendiri. | ||
RAKYAT MUNGKIN TANGKAP DATO' T JIKA POLIS TIDAK BERTINDAK Posted: 07 Apr 2011 04:15 AM PDT Suhaizan Bin Kayat Dato T yang terdiri daraipada Tan Sri Rahim Thamby Chik , Ahli Perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim telah bertanggungjawab menayangkan video lucah di Hotel Carcosa Sri Negara pada 21 hb Mac 2011. Kesalahan ini boleh didakwa di bawah seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa kepada hukuman penjara 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Pelbagai pihak telah membuat laporan polis berhubung perkara ini. Pihak polis seharusnya menangkap dan mendakwa ketiga-tiga individu tersebut. Kebocoran maklumat mungkin telah berlaku di mana pihak tidak bertanggungjawab telah upload sebahagian video ini dalam youtube. Rakyat Malaysia sangat kecewa atas masalah yang berlaku. Rakyat merasa kuatir terdapat bermacam-macam lagi masalah akan timbul jika sekiranya ketiga-tiga individu ini tidak ditangkap dan didakwa di mahkamah. Di negeri Johor terdapat berpengalaman membuat tangkapan awam keatas penyogok calon PAS Dun Pasir Raja, Johor dalam pilihanraya tahun 2004. Tangkapan ini telah berjaya membawa kes ini ke SPR pada waktu itu. Jika polis tidak bertindak segera kepada ketiga-tiga individu ini dan membiarkan beberapa laman blog menyiarkan video lucah ini maka mungkin rakyat akan membuat tangkapan awam dan menyerahkan kepada pihak polis. Suhaizan Bin Kayat Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat. | ||
PRN Sarawak: DAP Beri Amaran Kepada Parti Lawan Posted: 07 Apr 2011 04:14 AM PDT
KUCHING: DAP memberi amaran kepada parti lawan supaya tidak bermain taktik kotor dan mensabotaj peralatan serta program parti itu sepanjang kempen pilihan raya berlangsung. Menurut calonnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa, Chong Chieng Jen, mereka akan membuat laporan polis dan memaklumkan perkara itu kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk diambil tindakan segera. "Peralatan kempen seperti bendera yang dikibarkan sejak tiga hari lalu di pusat operasi DAP Batu 10 rosak teruk. Perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh sekumpulan individu tertentu," katanya pada sidang media di sini, Khamis. Jelas beliau, perbuatan itu bukan saja membuktikan kelemahan lawan tetapi memberi gambaran awal bahawa mereka tidak yakin dapat menang pada pilihan raya negeri ke-10. "Anda akan cuba melakukan apa saja untuk menghentikan program lawan jika tidak yakin dengan kemampuan parti sendiri. Oleh itu, saya mengingatkan kumpulan itu supaya tidak mensabotaj kempen parti lain," tegasnya. Chieng Jen berkata, perkara seperti itu pernah berlaku pada Pilihan Raya Umum 2008 di mana petugas sistem audionya digertak sekumpulan samseng yang diupah individu tertentu untuk menjejaskan program mereka. Selain itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng amat berpuas hati dengan jumlah penonton yang hadir pada ceramah mereka walaupun kempen baru saja bermula semalam. "Jumlah pada hari pertama kempen itu diluar jangkaan kami. Itu permulaan baik untuk parti. Jadi kita perlu menggandakan usaha dan mengharapkan yang terbaik pada pilihan raya negeri ini," katanya. | ||
Kemenangan Dua Pertiga Majoriti Masih Dalam Jangkauan BN - Taib Posted: 07 Apr 2011 04:13 AM PDT BERNAMA KANOWIT: Kemenangan dua pertiga majoriti dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 masih dalam jangkauan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Khamis. Beliau berkata kemenangan itu boleh dicapai meskipun pilihan raya negeri pada 16 April ini menyaksikan paling ramai calon bertanding iaitu 213 calon, termasuk 41 calon bebas. "Saya agak terkejut dan berasa hairan dengan jumlah calon yang besar kali ini," kata Taib ketika ditemui pemberita selepas majlis pemimpin bersama rakyat di Rh. Jelani ak Daud, rumah panjang 66 pintu Nanga Lesih dekat sini. Turut hadir calon BN Datuk Gramong Juna dan Alexander Vincent, masing-masing bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dan Ngemah. Taib berkata parti pembangkang tidak mendapat apa-apa kelebihan dengan meletakkan lebih ramai calon kerana ia akan hanya memecahkan undi. Taib berkata mempunyai penyokongnya yang setia dan tidak akan mudah terpengaruh untuk mengalih sokongan, dan hanya pengundi atas pagar yang mahu mencuba memberikan peluang kepada calon selain BN. Mengenai keputusan beberapa parti pembangkang yang bergantung kepada "calon bidan terjun" atau calon dari luar kawasan ditandingi, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata kemungkinan besar akhirnya hasrat mereka akan memakan diri. "Kami dalam BN memilih calon berkualiti dari luar untuk bertanding hanya dengan keizinan dan sokongan masyarakat setempat," katanya. Terdahulu, semasa berucap Taib berkata politik BN adalah untuk membawa pembangunan dan kemajuan kepada rakyat dan bukannya untuk menyebarkanpembohongan dan fitnah, serta melakukan serangan peribadi. | ||
Kematian Pegawai Kastam, Najib Arah Siasatan Rapi Posted: 07 Apr 2011 04:11 AM PDT
SANTUBONG: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengarahkan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rapi secara telus dan profesional bagi mengetahui punca kematian seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditemui mati terjatuh di bangunan pejabat SPRM Kuala Lumpur semalam. Perdana Menteri berkata, berdasarkan maklumat awal diterima, pegawai berkenaan hadir ke pejabat SPRM secara sukarela untuk menukar kenyataannya bagi satu siasatan kes berhubung pengubahan wang haram. "Kita harap satu siasatan konprehensif dan rapi dapat dibuat supaya semua pihak dapat mengetahui apa yang sebenarnya terjadi. "Kita tidak akan selindung apa-apa (maklumat)," katanya pada sidang media di sini, Khamis. Selain itu Perdana Menteri berkata, kejadian berkenaan tidak boleh disamakan dengan kematian pembantu politik seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock di Plaza Masalam di Shah Alam yang ditemui mati terjatuh di koridor bangunan berkenaan. "Tidak ada apa-apa soal siasat dilakukan oleh pihak SPRM terhadap beliau, dia sendiri hadir ke pejabat SPRM," katanya. Ditanya sama ada kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat punca kematian Ahmad Sarbani, Najib berkata: "Kita tunggu hasil siasatan polis dahulu." Semalam, mayat Ahmad Sarbani yang juga Penolong Pengarah Kastam Selangor ditemui berlumuran darah dalam keadaan tertiarap digelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM Kuala Lumpur di Jalan Cochrain. | ||
Kematian Sarbini Menenggelamkan Isu Video Lucah Posted: 07 Apr 2011 04:05 AM PDT MSO Apa nak jadi dengan negara ini? Mungkinkah ianya angkara sumpah laknat yang pernah dilafazkan oleh rakyat negara ini tidak lama dulu. Kesan sumpah laknat adalah teruk dan dahsayat sekali. Kecelakaan tidak saja akan menimpa kepada orang yang melafazkan sumpah, tetapi ia juga akan menimpa seluruh penduduk negeri di mana orang yang membuat sumpah berkenaan mukimi. Makanya jarang orang suka-suka untuk bersumpah laknat. Laknat ertinya kalau apa yang diakui atau diikrar itu tidak benar dan tidak betul, Allah akan melaknat orang berkenaan dan seluruh penduduk di dalam negaranya dengan satu keaiban dan keazaban yang tidak terfikir. Apakah sumpah laknat itu kini sedang memakan korbannya? Kejadian terbaru yang menimpa negara hari ini sungguh mengerikan, seorang pengarah kanan Jabatan Kastam DiRaja (JKDM) Ahmad Sarbini Mohamed mati kerana dikatakan terjatun dari bangunan SPRM di Jalan Conceren di Kuala Lumpur apakah ada kena mengena dengan sumpah laknat itu? Mayatnya dijumpai jam 10:15 minit pagi ini. Menurut laporan beliau datang ke pejabar SPRM untuk menemui seseorang tanpa membuat temu janji. Beberapa hari lalau beliau ditahan dan disiasat oleh SPRM berhubung kehilangan wang berbillion ringgit. Beliau adalah termasuk 62 pegawai Kastam yang ditahan untuk siasatan berhubung kehilangan wang berkenaan. Biarlah kita jangan membuat andaian dan mengemukakan teori tertentu di sebalik kematiannya itu. Mungkin selepas ini sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian itu. Kalau kematian misteri itu dibiarkan begitu saja tanpa dipertikaikan oleh mana-mana pihak rasanya tidak adil. Sebab kemetian Teo Beng Hock diperlakukan demikian rupa sehingga tertubuhnya suruhanjaya bebas. Kita tunggu Ngo mana akan bangkit dan lantang membela kematian itu? Kita tunggu apakah hasilnya nanti. Tetapi apa yang hendak diperkatakan di sini ialah rentetan kejadian itu. Dunia dan negara masih panas dan belengah dengan isu video lucah yang cuba dikaitkan dengan Anwar Ibrahim tiba-tiba Sarbini pula jatuh terlentang di gelanggang badminton. Kenapa? Sedikit sebanyak peristiwa itu melenyapkan sektika ivu video yang sudah pun menemui jawabannya; bahawa watak dalam video berkenaan dikenali bukan Anwar Ibrahim. Wan Azizah sendiri mengesahkan bahawa watak itu bukan Anwar. Begitu juga dengan sesetengah pakar dalam pembikinan filem dan kreatif dalam mengubah filem, meragui akan watak itu Anwar Ibrahim. Bagaimana pun kata Nazri Aziz, Azizah tidak layak untuk mengesahkan itu bukan Anwar kerana Azizah ada kepentingan. Anwar adalah suaminya. Maka di sini saya cadangkan supaya Narzi menayangkan video berkenaan kepada Rosmah dan Umi Aflida Ali biar mereka yang membuat kajian kemudian mengesahkan siapakah yang sebanarnya. Bukankah Nazri sangat mengharap video berkenaan akan mendatangkan kesan dan impak besar untuk negara ini. Panggilah kedua wanita itu dan tonton video berkenaan kemudian buat kenyataan. Kalau tidak cukup dengan itu panggil juga para pemimpin apa dinamakan Ngo Perkasa, saksi kemudian buat kenyataan. Kalau tidak cukup lagi panggil sama Mahathir Mohamad, Muhyuddin dan Najib untuk menjadi juri-jurinya. Dengan apa yang berlaku ke atas Sarbini hari ini ia merupakan satu bala kepada negara ini. Apakah kejadian itu ditakdirkan demikian untuk menutup dan meredakan perbicaraan umum terhadap video. Perancangan Tuhan lebih sofisikated. Ternyata selepas tersemburnya berita kematian pegawai Kastam itu pagi ini disegenap sudut dan jerung orang memperkatakannya. Apa lagi kejadian yang sama pernah menimpa seorang warga negara ini bernama Teoh Beng Hock. Mungkin takdir menimpa Beng Hock boleh dianggap kes terpencil, tepi kalau dalam masa tidak sampai 1,000 tahun berlaku satu lagi kes sama menyebabkan orang tertanya tanya, tertanya tanya dan tertanya tanya. apa dah jadi dengan negara ini? Saya tidak mahu mengatakan SPRM berhantu atau sebaliknya, tetapi kenapa Tuhan memilih perkarangan atau pejabat agensi penguatkuasa rasuah itu untuk menerima mayat Sarbini. Begitu juga apabila fitnah dilakukan berturut-turut ke atas Anwar menyebabkan orang tidak percaya kepada ketulinannya. Atau ia sengaja dilakukan Anwar secara hetrik begitu untuk mengelirukan pandangan umum? Maka bijaklah Anwar. Sebab itu saya katakan kalau hendak berbuat sesuatu jangan melampau kerana kalau melampau ia akan memakan diri. Yang jelasnya kematian Sarbini dan penayangan vodeo lucah itu ada hikmah yang perlu direnungi dan jadikan iktibar. Percaya dan yakinlah perancangan jahat oleh sesiapa pun ia tetap dalam pemerhatian Tuhan dan Dia akan mempertimbangkan sebagai mungkin akan natijah dari perancangan itu. Isu video lucah yang diperniagakan hari ini dipintas oleh isu kematian Allahyarham Sarbini itu. Al Fatihah untuknya sekali. | ||
SAMM : hentikan politik 'lucah' segera !! Posted: 06 Apr 2011 11:12 PM PDT Che'GuBard Saya juga pernah diberi video lucah Khairy dan terbaru ada pihak nak beri video lucah isteri pemimpin tertinggi Kenyataan Terbuka SAMM Ketika media dunia membincangkan perbagai perkara penting seperti krisis radiasi (impak Tsunami Jepun), Kebangkitan rakyat ditumur tengah hingga Afrika, Krisis yang menyerlahkan kegagalan sistem ekonomi 'kapitalis' sehingga menyeret ada negara menjadi muflis.... namun dalam negara ini media lebih seronok memainkan 'politik' berasaskan tuduhan seks dan video lucah. Tidak tahu dimana salahnya, adakah salah media arus perdana yang dikuasai pihak tertentu atau pemain - pemain utama politik negara yang sanggup bertindak ala 'desparado'. Ketika dunia sedang beralih kepada politik baru berasaskan nilai, rekod dan idea...Malaysia seolah mundur ke belakang dengan politik selak kain yang sebenarnya lansung tidak memajukan pemikiran rakyat. Sudahlah tayangan video lucah dilakukan secara terbuka dan seolah dilindungi penguasa. Malah yang terbaru 'desparado'nya politik hingga sanggup menghantar buku lucah terus ke rumah orang. Buku yang terdapat gambar - gambar bogel dan gambar orang sedang mengadakan hubungan seks cuma bahagian kepalanya diganti dengan gambar musuh politik mereka. Bayangkan di kawasan bandar tempat komik ini di edar ibu dan bapa bekerja, anak balik sekolah melihat buku lucah yang pos ke rumah. Apa yang ibu atau bapa hendak jawab apabila di asak dengan soalan kenapa begini mengapa begitu selepas anak - anak kecil melihat sendiri buku lucah tersebut....atau lebih parah lagi ada anak yang menyimpan dan meniru perbuatan dalam b uku lucah tersebut.... Mana pergi pemikiran waras orang - orang politik yang bertindak sedemikian rupa ? Media arus perdana seperti Utusan Malaysia pula menyiarkan di muka depan aksi lucah begitu juga Buliten Utama TV3... mana pergi nilai kewarasan manusia ? Hanya kerana politik kita lakukan semua perkara tersebut. Menteri seperti YB Nazri Abd Aziz pula sentiasa terlalu mengeluarkan kenyataan politik dari menghalalkan tanyangan video lucah (selagi tidak bersifat keuntungan kewangan) malah yang terbaru beliau kelihatan begitu meraban apabila menyatakan Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim sendiri tidak layak menilai adakah lelaki dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim. Kalau bukan isteri siapa lagi yang layak menilai ? Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini bagi pihak anak muda Malaysia merakamkan rasa kesal dengan politik 'kotor' dan tidak mendidik ini. SAMM mendesak agar pemain - pemain utama politik Malaysia agar kembali kepada landasan politik baru dan mendidik rakyat. Perdebatan harus dilandaskan dari segi polisi, dasar dan idea. Negara kini berada ditahap membinbangkan dari terjunnya ke bawah nilai daya saing, rasuah yang makin meningkat dan kos hidup yang main menjerut rakyat....atas semua ini rakyat memerlukan ahli politik yang lebih matang. Menyerang dari segi politik tidak salah termasuk menggunakan aspek mobilisasi rakyat sebagai penunjuk kekuatan tetapi ia seharusnya berlandaskan pertembungan idea bukan aspek tak bernilai seperti politik selak kain. Ketika kempen pilihanraya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar. Sebanyak lebih 2000 keping video tersebut telah dibakar. Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara.... namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja. Rakyat diseru menolak politik sensasi selak kain ini dengan menolak ahli - ahli politik yang kelihatan seronok membodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan. che'GuBard Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia | ||
Penduduk pedalaman S'wak sukar dapat maklumat Posted: 06 Apr 2011 11:05 PM PDT Jimadie Shah Othman Akhbar pagi biasanya dibaca ketika bersarapan dan sebelum memulakan kerja; tetapi, di sesetengah bahagian di Sarawak, selepas makan tengah hari pun, akhbarnya masih belum tentu tiba. Menurut penduduk tempatan, kecuali di bandar besar seperti Kuching, Sibu, Miri dan Sarikei, di tempat-tempat lain, terutamanya di kawasan pedalaman masih berdepan dengan kesukaran mendapatkan maklumat dan perkembangan isu semasa. Pengalaman penulis sendiri di pekan kecil Pusa, dalam parlimen Batang Lupar semalam mendapati, tidak banyak kedai menjual akhbar dan biasanya tiba paling pada jam 12.00 tengah hari. Tetapi, setelah menunggu sehingga jam 2.30 petang, akhbar masih belum tiba ke kawasan itu. Difahamkan, masalah pengangkutan dan jarak tempatnya yang jauh menjadi faktor penyumbang kepada masalah itu. Ditambah lagi keadaan jalan rayanya yang menghubungkan bandarnya kecil dan mempunyai dua lorong sahaja. Jika pemanduan dilakukan pada masa malam atau awal pagi lebih merbahaya apabila banyak lori balak melaluinya dan lampu jalan juga jarang-jarang kelihatan. Lebih menakutkan, sebahagian besar tempat yang dilalui hanya di kelilingi hutan atau ladang kelapa sawit sahaja. Dalam pilihan raya kecil negeri kali ini, masalah perkongsiang maklumat itu terus menghantui petugas Pakatan rakyat yang banyak didatangkan daripada semenanjung. Menurut mereka, medium di Bumi Kenyalang amat terbatas apabila kaedah tradisional mereka yang berhubung dengan pengundi melalui ceramah juga tidak begitu popular di situ. "Budaya orang sini, paling lama pun boleh buat ceramah sampai jam 10 malam sahaja," kata mereka ketika ditemui Malaysiakini. | ||
Usul bincang kematian Saiful Syazani ditolak Posted: 06 Apr 2011 11:01 PM PDT MALAYSIA KINI Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membincangkan kes seorang murid sekolah agama di Perlis yang dipukul teruk oleh gurunya sehingga mati Ahad lalu. Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee berkata usul itu ditolak kerana pihak polis sudah mula mengambil tindakan dengan membuat siasatan terperinci terhadap kes itu. "Perkara ini melibatkan kematian seorang pelajar sekolah agama di Perlis, ia merupakan satu kes yang serius. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah ambil tindakan dan kes ini dalam siasatan yang terperinci. "Oleh itu perkara ini tidak perlu disegerakan. Oleh yang demikian, saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1)," katanya. Terdahulu, Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) membentangkan usul berkenaan yang disifatkan sebagai satu tindakan oleh seorang guru yang kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap seorang anak yatim. Dalam usulnya, Ismail turut meminta supaya kerajaan memberi tumpuan dan mengadakan satu mekanisme tertentu bagi memantau serta menilai guru di sekolah-sekolah khususnya di sekolah swasta bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang. "Guru-guru yang ditempatkan di sekolah-sekolah persendirian termasuk sekolah agama perlu diperhalusi serta mekanisme penyeliaan oleh pihak kerajaan perlu dilakukan bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang. "Selain itu (kerajaan) perlu turut beri tumpuan kepada perkara keselamatan dan perlindungan terhadap anak-anak kita di sekolah-sekolah di seluruh negara terutama yang dijalankan oleh pihak swasta dan persendirian," katanya. Ahad lalu, seorang murid sekolah Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, yang dipukul oleh seorang guru di asrama sekolah agama rakyat itu sehingga koma, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 7 malam Khamis lalu apabila seorang guru lelaki yang berusia 26 tahun dikatakan memukul kanak-kanak itu selama dua jam sehingga pengsan kerana disyaki mencuri wang murid lain di asrama. | ||
Beri bendera tak memadai di Padungan Posted: 06 Apr 2011 10:58 PM PDT MALAYSIA KINI Kempen pilihan raya BN Sarawak mendapat suntikan baru apabila perdana menteri menggempur kerusi panas Padungan yang majoritinya pengundi Cina pada lawatan seharinya. Dengan dikawal rapi tidak kurang lima pengawal peribadi, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan pekedai di sekitar pasar di Padungan yang sebelum ini dimenangi oleh PKR Namun lawatannya yang diiringi oleh 150 ahli NGO 1Malaysia dan 50 jurugambar akhbar kelihatan sebagai satu lakonan untuk media daripada peluang bermesra dengan rakyat. Walaupun sebahagian besar pemilik kedai di sini gembira dapat bertemu seketika dengan lelaki paling berkuasa di negara ini, namun terdapat seorang yang berani mempersoalkan mengapa Najib hanya membawa bendera 1Malaysia untuk lawatannya itu. "Mengapa hanya beri ini (bendera 1Malaysia) kepada kami? Kami mahu wang. Ini masa pilihan raya, awak selalu bagi wang masa pilihan raya," kata lelaki itu kepada Najib yang kemudiannya dengan segera dibawa beredar oleh pengawalnya. Lawatan itu, termasuk ke sebuah rumah pangsa kos rendah, di mana 80 peratus penghuni Cina. Turut berada di lokasi yang sama adlah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Melihat kehadiran setiausaha agung DAP itu, penyokong Najib terus melaungkan '1Malaysia'. "Saya di kawasan ini. Jadi sebagai tanda hormat, saya datang dan bersalam dengan perdana menteri. "Kami hanya bersalam dan berbual seketika sebelum diganggu oleh suara mereka yang terus bersorak," kata Lim sambil tersenyum. | ||
Allahyarham Ahmad Sarbani dikebumi hari ini Posted: 06 Apr 2011 10:51 PM PDT MALAYSIA KINI Kira-kira 200 orang termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan rakan-rakan pegawai kastam, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed berada di perkarangan kediaman rumahnya di Kelana Jaya. Turut hadir ahli keluarga, sanak saudara dan jiran-jiran Allahyarham. Mereka menunggu ketibaan jenazah Ahmad Sarbani yang ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi semalam. Sementara itu, ketika menjawab SMS dari Malaysiakini, pada kira-kira jam 12.20 tengahari tadi, timbalan pengarah penguatkuasa Kastam Wilayah Persekutuan, Jaafar Jawi memberitahu, jenazah Ahmad Sarbani masih berada di HUKM. Malaysiakini turut menemui beberapa orang rakan karib dari Kampung Lambor Kanan, Parit, Perak, yang berada di kediaman Allahyarham. | ||
Biarkan rakyat tangkap Datuk T, seru Pemuda PAS Posted: 06 Apr 2011 10:49 PM PDT Suhaizan Kayat berkata tindakan polis menangani kes ini dipersoalkan sehingga video yang sepatutnya berada dalam siasatan polis dibocorkan dan tersebar dibeberapa laman blog. PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak pihak polis agar trio 'Datuk T' yang menjadi dalang penyiaran video lucah mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap segera jika tidak mahu rakyat membuat keputusan sendiri. Ketua Penerangannya, Suhaizan Kayat berkata tindakan polis menangani kes ini dipersoalkan sehingga video yang sepatutnya berada dalam siasatan polis dibocorkan dan tersebar dibeberapa laman blog termasuk YouTube oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Malah, pihaknya turut melahirkan kebimbangan kebocoran maklumat siasatan video itu akan mengundang masalah lain yang lebih besar sekiranya ketiga-tiga individu tersebut tidak ditangkap dan didakwa di mahkamah walaupun beberapa laporan polis dikemukakan terhadap 'Datuk T'. "Jika polis tidak bertindak segera kepada ketiga-tiga individu ini dan membiarkan beberapa laman blog menyiarkan video lucah ini maka mungkin rakyat akan membuat tangkapan awam dan menyerahkan kepada pihak polis," katanya dalam kenyataannya hari ini. Suhaizan berkata, situasi ini tidak mustahil memandangkan perkara yang hampir sama pernah terjadi apabila tangkapan awam dilakukan terhadap penyogok calon PAS DUN Pasir Raja di Johor semasa pilihan raya umum tahun 2004. "Tangkapan itu telah berjaya membawa kes kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada waktu itu," katanya. 'Datuk T' yang terdiri daripada Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik , ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendaharin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim mengaku menayangkan video lucah kepada media di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu. Anwar menafikan beliau dalam video tersebut dan telah membuat laporan polis. Walaupun kes ini masih dalam siasatan polis serta barang bukti termasuk video seks dan seutas jam Omega dikatakan milik Anwar diserahkan Shazryl Eskay menjadi bahan bukti, namun sedutan rakaman video seks itu mula tersiar menerusi laman video YouTube petang Isnin lalu. Klip video selama 1 minit 47 saat itu yang diberi tajuk "VTS 01 1″, dimuat naik oleh pengguna Youtube dengan nama "thepowercam" itu kemudiannya dijadikan pautan dalam beberapa laman blog serta dijadikan sebagai tajuk utama muka hadapan beberapa akhbar arus perdana keesokan harinya. Namun polis menafikan bertanggungjawab terhadap kebocoran bahan bukti serta penyebaran klip video itu. | ||
Lapan pegawai imigresen diseret ke mahkamah Posted: 06 Apr 2011 10:47 PM PDT Mereka didakwa di bawah Akta SPRM 2009 atas kesalahan rasuah. SHAH ALAM: Seramai lapan pegawai imigresen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dakwaan rasuah berhubung urusan kemasukan warganegara Indonesia ke Malaysia. Kesemua tertuduh, seorang daripadanya wanita, dihadapkan pertuduhan yang sama namun didakwa dalam mahkamah yang berbeza di sini hari ini. Kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama. Namun salah seorang tertuduh, Md Shahrizal Che Dan dihadapkan dengan pertuduhan terbanyak iaitu 31 pertuduhan berbanding yang lain. Md Shahrizal, 26, merupakan pegawai imigresen Malaysia yang bertugas di bahagian perkapalan, Pelabuhan Klang Selatan didakwa menerima sogokan berjumlah RM51,760. | ||
Rakyat Sarawak enggan tonton video seks ‘Anwar’ Posted: 06 Apr 2011 10:40 PM PDT Serangan peribadi orang tidak mahu terima, orang Sarawak suka secara aman dan selamat. PETALING JAYA: Rakyat Sarawak tidak ingin dan enggan menonton video seks yang kononnya membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata seorang pemimpin muda PAS negeri itu. "Orang Sarawak tidak percaya video itu. Kami tidak tengok, kami juga tidak mahu tengok. Video seks Anwar orang tidak layan," katanya yang enggan namanya disiarkan. Pemimpin PAS itu berkata, beliau mendengar ada pihak yang mahu menjadikan isu video seks tersebut sebagai bahan kempen pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berjalan. Bagaimanapun katanya, "tidak ada sambutan daripada penduduk Sarawak, menyebabkan sehingga hari ini isu video seks tidak dijadikan bahan kempen utama. "Serangan peribadi orang tidak mahu terima, orang Sarawak suka secara aman dan selamat. "Ceramah berbentuk provokasi tidak berlaku di Sarawak. Inilah budaya orang Sarawak sejak dulu lagi. Walaupun banyak parti pelbagai kaum, kami hidup aman damai. "Jadi berkempen secara kasar dengan memaki hamun termasuk serangan peribadi yang berlaku di Semenanjung tidak akan ada di negeri ini," katanya. Menurutnya, sebaliknya pengundi Sarawak terutama di kawasan pedalaman mahu tahu mengenai isu tanah adat (NCR) yang diperkatakan secara meluas di seluruh negeri. Beliau berkata, rakyat juga mengambil berat mengenai janji-janji pembangunan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri yang lalu. Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah memerintah Sarawak sejak tahun 1981 dan pembangkang pula mendedahkan pelbagai kelemahan dalaman dan salahguna kuasa dalam pentadbirannya. | ||
Mengapa SPR ambil masa sahkan calon BN Posted: 06 Apr 2011 10:35 PM PDT
| ||
Posted: 06 Apr 2011 10:17 PM PDT
| ||
Takziah: Bawa 'kain putih' kalau disiasat SPRM Posted: 06 Apr 2011 10:14 PM PDT
| ||
PAS buka jalan rakyat Sarawak buat perubahan Posted: 06 Apr 2011 10:13 PM PDT
| ||
SPRM adakan siasatan dalaman menyeluruh Posted: 06 Apr 2011 10:10 PM PDT
| ||
Pengundi Sarawak positif terima PAS Posted: 06 Apr 2011 10:09 PM PDT
| ||
Kes Sarbani: Kastam tak cadang adakan siasatan dalaman Posted: 06 Apr 2011 09:58 PM PDT THE MALAYSIAN INISDER KUALA TERENGGANU— Kastam Diraja Malaysia tidak bercadang melakukan siasatan dalaman berhubung kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed semalam. Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohamed Khalil Yusuf berkata siasatan kes itu sebaliknya memadai dilakukan oleh pihak polis. Sebagai individu yang tidak berada di tempat kejadian, Mohamed Khalil dipetik Bernama Online berkata adalah tidak wajar untuk beliau membuat ulasan berhubung insiden itu. "Kita kena hormat dengan yang telah pergi, saya tidak boleh komen banyak dan serah perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. "Saya dan rakan-rakan lain tidak tahu banyak kerana tidak berada di sana, jadi biarlah pihak yang berkenaan melaksanakan tugas mereka," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini semalam. Mohamed Khalil berada di Terengganu untuk menghadiri Mesyuarat Pengarah Kastam Semalaysia kali ke-65 di Tasik Kenyir yang bermula Isnin lepas dan sepatutnya berakhir hari ini. Ahmad Sarbani, 56, ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di Kuala Lumpur pada pukul 10.15 pagi. Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada pukul 1 petang, 1 April lalu di Pejabat Kastam, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Bagaimanapun, beliau dibebaskan dengan jaminan pada 2 April. Mohamed Khalil turut meminta pegawai-pegawainya yang terlibat dalam siasatan Suruhunjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya tidak bertindak melulu sebaliknya perlu bertenang, bersabar dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM. | ||
Kesatuan Kastam sangsi Sarbani pergi ke SPRM tanpa dipanggil Posted: 06 Apr 2011 09:51 PM PDT THE MALAYSIAN I NSIDER KUALA LUMPUR — Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia sangsi seorang penolong pengarah agensi itu yang ditemui mati dipercayai jatuh di premis SPRM Wilayah Persekutuan pagi semalam akan pergi ke pejabat agensi antirasuah itu tanpa diarah berbuat demikian. Sehubungan itu, Presidennya Ibrahim Ahmad berkata, beliau yakin Ahmad Sarbani Mohamed tidak mungkin telah berada di pejabat SPRM awal-awal pagi semalam melainkan ada arahan dikeluarkan kepada Allahyarham. Beliau mempertikaikan kenyataan SPRM semalam bahawa Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan. Ahmad Sarbani, 56, ditahan pada 1 April lalu dan dilepaskan keesokan hari. Kesatuan itu bersama beberapa persatuan dan kesatuan lain dalam Kastam Diraja Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas petang esok bagi membuat pendirian mengenai kematian Ahmad Sarbani dan juga Operasi 3B kendalian SPRM sejak awal minggu lalu. Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion. "Ini pendirian saya, apa exco (kesatuan) akan putuskan (esok)... kita kena tunggu," kata beliau sambil menimbulkan persoalan kehadiran Ahmad Sarbani di pejabat SPRM pada pukul 8.26 pagi semalam. "Tak akan dia (Ahmad Sarbani) datang sendiri, kalau tidak dipanggil tak akan (dia) datang... secara logik, kalau tidak dipanggil, dia tak akan datang," katanya. Ibrahim berkata SPRM seharusnya mengeluarkan surat rasmi jika mahu seseorang suspek atau saksi datang ke pejabat mereka bagi membantu siasatan. "Kalau dipanggil, (SPRM) perlu mengeluarkan surat, kalau seseorang hendak datang kena ada surat panggilan (rasmi)," kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi. Lazimnya, kata beliau, seseorang khususnya mereka yang disoal siasat tidak akan pergi ke pejabat agensi pencegahan jika tiada arahan dikeluarkan. "Kita tidak akan saja-saja pergi... melainkan seperti wartawan yang akan pergi ke sana, ke sini untuk mencari maklumat," katanya lagi. Ibrahim yang bulan lalu patah tangan kiri dan cedera di dahi selepas dihentak dengan batu bata oleh dua lelaki di kawasan perumahannya di Kangkar Pulai, Johor Baru berkata, beliau tidak mempertahankan mereka yang melakukan rasuah tetapi mahu SPRM bertindak secara profesional khususnya dalam hal berkaitan dengan Operasi 3B. "Salah tetap salah, tetapi cara siasatan (dijalankan) kena profesional," katanya yang turut mempersoalkan cara pihak berkenaan menjalankan Operasi 3B. "Apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock, kini berlaku pada pegawai Kastam... perkara ini tidak logik," katanya lagi. Difahamkan pada malam sebelum Ahmad Sarbani pergi pejabat SPRM, Allahyarham telah bermain tenis di kawasan kuarters Kelana Jaya dan memaklumkan rakan-rakannya bahawa ada menerima arahan supaya datang ke pejabat SPRM pada keesokan pagi. Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad yang ditemui di kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu. Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah. "Malam tadi (kelmarin) dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan. "Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (semalam), untuk menghantar dokumen," katanya lagi. Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu. SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara. Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan. Pada sidang media semalam, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi. Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan. Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya. | ||
SPRM tidak belajar kesilapan lama, kata Majlis Peguam Posted: 06 Apr 2011 05:10 PM PDT Pegawai kanan Kastam itu disiasat SPRM di bawah Operasi 3B sejak awal minggu lalu. Kejadian ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu. "Walau apa pun punca kematian yang tragis ini yang kita dengar hari ini, ia terjadi kerana SPRM tidak belajar kesilapan lalu," kata Naib Presiden Majlis Peguam Christopher Leong kepada The Malaysian Insider. "Siasatan yang terperinci perlu dilakukan, siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengelak kes seperti Teoh Beng Hock, siasatan yang tidak terperinci akan menyebabkan satu keputusan terbuka terjadi, mengakibatkan satu suruhanjaya diwujudkan bagi menyiasat perkara ini," kata Leong yang turut mengetuai pasukan Majlis Peguam dalam Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh. Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. Polis pada mulanya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut, namun satu badan siasatan diwujudkan bagi menyiasat punca kematian Teoh. Selepas 17 bulan dibicarakan mahkamah menetapkan tiada keputusan dicapai yang mana tidak dapat dipastikan sama ada Teoh membunuh diri atau dibunuh. Ekoran keputusan itu, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mewujudkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat punca kematian Teoh. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan