Khamis, 7 April 2011

Biaqpila

Biaqpila


Umat Islam wajib banteras tayangan lucah – Khutbah Jumaat (Jawi)

Posted: 07 Apr 2011 03:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Umat Islam mesti menangani gejala 'filem' haram dengan mengelakkan diri dari terlibat memiliki dan menonton rakaman berunsur lucah serta memerangi pengedarannya.
Demikian antara kandungan teks khutbah Jumaat esok (hari ini) berjudul 'Membanteras Filem Haram' yang diterbitkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi dalam laman rasminya di sini.
"Usaha-usaha perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan bencana yang bakal menimpa umat Islam yang hidup bergelumang dengan dosa," tulis khutbah berkenaan.
Pada perenggan ke 22, khutbah itu membawa mesej 'menggalakkan tangkapan awam' apabila menyatakan umat Islam harus bekerjasama dengan memberi tindak balas kepada agensi yang menguat kuasa Akta Penapisan Filem 2002
Khutbah itu menyatakan akta itu berperanan menguat kuasa undang-undang bagi melindungi negara dan rakyat dari pengaruh buruk dan unsur negatif yang dipapar dalam filem berunsur lucah.
Mereka yang melanggar akta berkenaan, boleh dihukum penjara maksiumum lima tahun dan denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Khutbah itu mengingatkan, ia cuma hukuman dunia sedangkan hukuman di akhirat lebih dahsyat dan menggerunkan bagi mereka yang mengundang kemurkaan Allah SWT.
Ia juga mengingatkan umat Islam supaya tidak melepaskan tanggungjawab itu kepada kerajaan sahaja kerana ia adalah amanah Allah kepada rakyat sebagai khalifah di muka bumi.
Berikutan penyebaran filem lucah yang berleluasa, khutbah itu turut menyatakan umat Islam hanyut dengan peredaran masa hingga lupa kepada Allah SWT dalam mengejar memewahan hidup dan keseronokan hiburan.
Ia menyatakan masalah itu mendatangkan krisis sosial, menyebabkan remaja terdedah kerana mereka kurang matang dan mahu mencuba sesuatu yang baru serta mudah terpedaya dan terpengaruh.
Masalah sosial itu, mengikut khutbah itu, menggalakkan pergaulan bebas melalui paparan adegan lelaki dan perempuan tanpa batasan yang merangsang pelakuan zina, sekali gus memberi impilikasi buruk terhadap pembentukan generasi akan datang.

keadilandaily

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

UNDIAN VIDEO SEKS: BAYANGKAN ANDA ORANG UMNO BOLEH?

Posted: 07 Apr 2011 07:00 AM PDT


Get your own Poll!


SYARAT-SYARAT UNDIAN:

1.ANDA MESTILAH BUKAN DI ANTARA TIGA DATO T
2.ANDA TAK SEMESTINYA ORANG UMNO,CUKUP DENGAN MEMBAYANGKAN SEBAGAI ORANG UMNO SAHAJA.
3.KAKITANGAN UTUSAN MELOYA,TV3SUKU ADALAH DIGALAKKAN MENGUNDI.
4.UNDIAN SMS TIDAK DI TERIMA KERANA AKAN MERUGIKAN DUIT RAKYAT.


UNDIAN DIBUKA SELAMA 8 JAM,MULAI 7/4/11 1000 MALAM SEHINGGA 8/4/11 0600 PAGI.
KEPUTUSAN UNDIAN DAN ULASAN AKAN DIKELUARKAN PADA 8/4/11 PUKUL 9 PAGI.




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK PETANG DARI SARAWAK

Posted: 07 Apr 2011 01:00 AM PDT



SALAM...
DAH MINUM PETANG KE BELUM GENG?
APA KATA LAYAN INI GAMBAQ LAWAK DULU
KAH! KAH! KAH!

INILAH YANG PEPATAH SELALU SEBUT
DI MANA ADA PILIHANRAYA, DI SITU ADA BN
DI MANA ADA BN, DI SITU ADA BANGANG
KAH! KAH! KAH!


BODOH TAK BOLEH DI AJAR
PANDAI TAK BOLEH DI IKUT
KAH! KAH! KAH!





KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BANGUNAN SPRM PERLU DIRUNTUHKAN JADI SETINGKAT JE

Posted: 06 Apr 2011 09:00 PM PDT



POYO LA TAJUK NI KAN
KAH! KAH! KAH!

POYO TAK POYO LA
DAH 2 ORANG MATI JATUH BANGUNAN SPRM
INI DAH KES BERAT BEB
JANGAN MUDAH BUAT TANGGAPAN INI KES MATI MENGEJUT



BANGUNAN SPRM PERLU DIRUNTUHKAN JADI SETINGKAT JE
KALAU TERJATUH PUN TAK DAK HAL
CUN KE IDEA GUA NI?
BOLEH KOWTIM KE
KAH! KAH! KAH!

PASAI APA NAK DIRUNTUHKAH PULAK?
PUNYALAH BERATUS JUTA BUAT BANGUNAN

LAIN KALI KALAU BUAT BANGUNAN SPRM
JANGAN BUAT TINGGI-TINGGI
BUAT ALA-ALA KADAR JE
KAH! KAH! KAH!

PALING BAHAYA PUN BUAT 2 TINGKAT SAJA
DENGAN SYARAT KELILING BANGUNAN KENA ADA JARING LIFE NET
ATAU PUN LETAK TILAM COURT MAMMOTH SEKELILING BANGUNAN
NAK CANGGIH LAGI BUAT KOLAM RENANG KELILING BANGUNAN
DENGAN ITU TIADA LAGI KES-KES NGERI
USAH BIARKAN BANGUNAN SPRM
DISELUBUNGI MISTERIIIIIIIIII
KAH! KAH! KAH!



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

DAHLA ANWAR TIRUAN,TELOQ PUN TIRUAN JUGAK

Posted: 06 Apr 2011 06:00 PM PDT



DEY MACHA!!!
SETAKAT TELOQ TIRUAN CELAH GIGI LA
ITU BARU DIKATAKAN TRANS'PORN'MASI
ANWAR TIRUAN PUN DEPA BOLE BIKIN
KAH! KAH! KAH!

SEPANDAI-PANDAI BERUK BERGAYUT
AKHIRNYA MAKAN PISANG JUGAK
KAH! KAH! KAH!

DI MANA ADA HIGHWAY
DI SITU ADA SPEEDTRAP
KAH! KAH! KAH!

TELOQ OMEGA,JAM PUN OMEGA
KAH! KAH! KAH!

ANWAR TIRUAN DAH KANTOI,
TELOQ TIRUAN PUN KANTOI JUGAK
KAH! KAH! KAH!



Telur ayam tiruan di Pulau Pinang

Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.

- Bernama

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kecoh Di Balingian Taib Bawa Bomoh

Posted: 06 Apr 2011 03:00 PM PDT

Pusat penamaan calon N51 Dun Balingian hari ini kecoh apabila calon Salleh Bin Jaafar menyerang seorang wanita asing yang disyaki sebagai bomoh kepada Taib Mahmud.

Beliau yang keluar dari dewan penamaan calon itu terus menyerang wanita tersebut dengan menyatakan wanita tersebut sebagai perosak negeri Sarawak, malah menjerit wanita tersebut sebagai bomoh yang selama ini bersama Taib untuk memusnahkan negeri Sarawak.

Dalam masa yang sama beliau juga menjelaskan kepada orang ramai jika tidak percaya boleh bertanya dengan Taib sendiri siapa sebenarnya wanita tersebut.

Wanita tersebut yang berbangsa asing itu dilihat melarikan diri dari Salleh kerana ingin mengelak dari terus diserang. Dalam masa yang sama beberapa penyokong BN mula mengawal wanita tersebut dan membawa lari ke suatu lokasi yang tidak diketahui.


farizmusa


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: