Rabu, 6 April 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Panas! Raja Petra Diserang, Ejen permaidani Deepak nafi dakwaan Raja Petra

Posted: 06 Apr 2011 08:25 AM PDT

Deepak ketika ditemui pemberita pada sidang media di ibu negara petang tadi.
KUALA LUMPUR, 6 April – Seorang ahli perniagaan berprofil rendah yang pernah dikaitkan dengan kes bunuh wanita Mongolia dan hubungannya dengan keluarga perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tiga tahun lalu, hari ini muncul di khalayak untuk mempertahankan keluarga dan perniagaannya.

Pengedar permaidani dan ejen hartanah Deepak Jaikishan mendakwa tulisan terbaru blogger Raja Petra Kamarudin dalam Malaysia Today semalam sebagai satu fitnah dan pembohongan.

"Pertama, adalah benar saya kenal Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

"Saya pembekal permaidani dan produk-produk hiasan dalaman sejak beberapa tahun lalu. Apa yang dikatakan dalam Malaysia Today mengenai saya adalah tidak benar," katanya pada sidang media di sini petang ini berhubung tulisan di bawah tajuk " Carpetman, bagman, toyboy has been bagged".

Ahli perniagaan itu mengaku memang benar syarikatnya pernah memperoleh pinjaman RM600 juta dari Kuwait Finance House untuk disalurkan ke dalam pelaburan-pelaburan hartanah di luar Malaysia selain perniagaan permaidani keluarganya, dan kini pinjamanannya berjumlah RM200 juta.

Deepak berkata beliau seorang ahli perniagaan yang tidak memihak mana-mana parti politik atau cenderung kepada elit politik bagi mendapatkan faedah kewangan.

Malah beliau juga menafikan tulisan Malaysia Today bahawa beliau memainkan peranan dalam 'membisukan' penyiasat persendirian P. Balasubramaniam dalam kes berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam tulisannya, Raja Petra mendakwa Deepak sebagai dalang rasuah yang turut terlibat dalam hubungan seksual dengan isteri perdana menteri tetapi sudah tidak lagi disukai Rosmah apabila meramalkan politik Najib akan berakhir Julai ini.

Deepak menafikan dakwaan Raja Petra itu.

Katanya, beliau mesra dengan Rosmah sejak hari isteri perdana menteri itu melangkah ke pusat permaidaninya di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira tujuh tahun lalu.

"Rosmah, saya melayan dia sebagai kakak saya," katanya.

Deepak berkata dia tidak bergantung pada perdana menteri atau keluarganya untuk berniaga kerana ada pelanggan di seluruh dunia termasuk kerabat diraja dan ahli-ahli politik pembangkang seperti Karpal Singh dan keluarganya.

Ahli perniagaan ini menambah, beliau hanya tampil sekarang kerana merasakan reputasinya dalam komuniti perniagaan antarabangsa sudah mula terjejas.

"Dakwaan dalam Malaysia Today membawa mudarat, menjejaskan hubungan perniagaan antara saya atau syarikat-syarikat saya dan bank-bank dan sekali lagi ini usaha orang yang iri hati dengan saya atau bisnes saya untuk merosakkan saya," katanya lagi.

"Kami berurusan dengan bank-bank di rantau ini. Kami tidak boleh menerima ini. Saya tidak boleh menerima yang ini," katanya lagi.

Pun begitu beliau belum bercadang mahu mengambil tindakan ke atas Raja Petra.

"Dia seorang pelarian. Apa saya boleh buat?" katanya.

Bagaimanapun katanya, beliau akan berbuat demikian jika keadaan semakin serius.

Deepak berkata beliau tidak pernah merisau mengenai tulisan-tulsain dalam Malaysia Today sebelum ini khususnya yang berkaitan dengan kes bunuh Altantuya kerana kesemuanya bersifat politik, bukannya bisnes.

Malah katanya, beliau juga telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan terbukti tidak bersalah.

Deepak berkata beliau mengesyaki seseorang yang memusuhi bisnesnya memanipulasi Raja Petra dalam menghasilkan artikel-artikel terbaru.

"Mungkin ada orang menghasut beliau. Ia bukan artikel politik, ia pembunuhan karakter ke atas seorang ahli perniagaan," katanya lagi.

Mustahil Sarbani boleh bunuh diri, kata rakan-rakannya

Posted: 06 Apr 2011 08:12 AM PDT

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani


KUALA LUMPUR, 6 April – Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.

Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.

Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.

Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan "mengawal" isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.

Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

"Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

"Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil," katanya.

"Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang," kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

"Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen," katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

"Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri)," katanya lagi.

"Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman," kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.

"Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang," katanya dengan nada beremosional.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas didapati tidak kelihatan di bilik dia diminta menunggu pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada sidang media itu, SPRM berkata, "antara pukul 10.15 pagi hingga 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur di mana seorang individu telah ditemui meninggal dunia."

"Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam," kata kenyataan itu.

SPRM mengesahkan bahawa Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang telah ditahan pada 1 April lalu di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang.

"Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada 2 April, pukul 12.30 tengah hari.

"Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut," kata kenyataan itu lagi.

Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

"Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi.

"Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut. Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan," katanya lagi.

Kenyataan itu menambah, lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

"Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan," tambah kenyataan tersebut.

"Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini.

"SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga si mati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil sebarang tindakan," kata kenyataan itu lagi.

Anwar, Johari bongkar konspirasi dalam ceramah di Sekinchan esok

Posted: 06 Apr 2011 07:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membongkar konspirasi politik di sebalik video fitnah melibatkan pemimpin tertinggi negara dalam dua ceramahnya di Selangor esok (7 April).

Ceramah pertamanya bermula jam 8 malam di Dewan Masyarakat Kampong Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang manakala ceramah berikutnya ialah di Dewan Seri Sekinchan, Sekinchan.

Turut hadir untuk berucap ialah Ahli Parlimen Sungai Petani Dato' Johari Abdul, peguam Yusmadi Yusof, Dato' Teng Chang Khim dan ramai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Semua dijemput hadir.

Video seks palsu: Utusan tak berhak buat spekulasi- Hata Wahari

Posted: 06 Apr 2011 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hatta Wahari menggesa media arus perdana supaya lebih peka terhadap isu sensitif yang melibatkan soal maruah dan moral individu tertentu.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Utusan Malaysia yang menyiarkan gambar video fitnah yang didakwa melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di muka depan akhbar itu semalam.

"Media perlu lebih menjaga sensitiviti supaya masyarakat tidak melabelkanya sebagai sebuah organisasi tidak bermoral dengan memaparkan perkara yang menyalahi etika kewartawanan.

"Memandangkan kes ini sedang disiasat, maka media tidak berhak membuat spekulasi mahupun menganggu tugasan polis," kata Hatta yang juga bekas wartawan kanan di Utusan Malaysia.

Hata yang dihubungi Keadilandaily.com turut menyatakan kekesalannya apabila terdapat media cetak dan elektronik yang sanggup memaparkan gambar dari rakaman video fitnah tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat.

"Apabila dicetak muka hadapan, mungkin kanak-kanak juga akan melihat dan kita bimbang mereka mudah terdedah kepada perkara yang tidak elok.

"Memandangkan golongan ini mudah terpengaruh, maka ianya boleh menyumbangkan masalah sosial apabila meningkat remaja," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis menyiasat segera individu yang menyebarkan rakaman video fitnah di laman youtube dan blog-blog tertentu.

"KDN dan polis mesti tegas menyiasat kes ini dan menangkap segera orang yang terlibat kerana membocorkannya kepada umum," katanya.

Video seks palsu: Utusan tak berhak buat spekulasi- Hata Wahari

Posted: 06 Apr 2011 06:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hatta Wahari menggesa media arus perdana supaya lebih peka terhadap isu sensitif yang melibatkan soal maruah dan moral individu tertentu.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Utusan Malaysia yang menyiarkan gambar video fitnah yang didakwa melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di muka depan akhbar itu semalam.

"Media perlu lebih menjaga sensitiviti supaya masyarakat tidak melabelkanya sebagai sebuah organisasi tidak bermoral dengan memaparkan perkara yang menyalahi etika kewartawanan.

"Memandangkan kes ini sedang disiasat, maka media tidak berhak membuat spekulasi mahupun menganggu tugasan polis," kata Hatta yang juga bekas wartawan kanan di Utusan Malaysia.

Hata yang dihubungi Keadilandaily.com turut menyatakan kekesalannya apabila terdapat media cetak dan elektronik yang sanggup memaparkan gambar dari rakaman video fitnah tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat.

"Apabila dicetak muka hadapan, mungkin kanak-kanak juga akan melihat dan kita bimbang mereka mudah terdedah kepada perkara yang tidak elok.

"Memandangkan golongan ini mudah terpengaruh, maka ianya boleh menyumbangkan masalah sosial apabila meningkat remaja," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis menyiasat segera individu yang menyebarkan rakaman video fitnah di laman youtube dan blog-blog tertentu.

"KDN dan polis mesti tegas menyiasat kes ini dan menangkap segera orang yang terlibat kerana membocorkannya kepada umum," katanya.

Wan Azizah berhak dan wajib bela suaminya – Dr Muhammad Nur Manuty

Posted: 06 Apr 2011 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai seorang isteri, layak membela suaminya bahkan berhak dan wajib berbuat demikian pada waktu Datuk Seri Anwar Ibrahim, difitnah teruk oleh musuh-musuh politiknya.

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Wan Azizah tidak layak megesahkan lelaki dalam video yang dikaitkan dengan Anwar.

Nazri membuat kenyataan tersebut atas alasan akan ada konflik kepentingan memandangkan Wan Azizah adalah isteri Anwar.

Muhammad Nur seterusnya berkata, kenyataan Nazri itu membuktikan Umno gagal mendidik pemimpinnya untuk memahami syariat Islam dengan mendalam.

"Hubungan suami dan isteri adalah satu perjanjian agung yang disaksikan Arasy," tegas beliau.

Bahkan katanya, Wan Azizah merupakan individu yang paling layak berbuat demikian kerana beliau lebih mengenali susuk tubuh suaminya sendiri.

"Selepas hidup bersama lebih 20 tahun, siapakah yang lebih rapat dan mempunyai hubungan lahir dan batin dengan Anwar selain daripada Wan Azizah?" tanya Muhammad Nur.

Muhammad Nur seterusnya berpesan kepada Nazri agar tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal semata-mata kerana sudah kehabisan modal politik.

"Jangan kita habis modal politik, kita bercakap perkara yang bukan-bukan," kata Dr Muhammad Nur.

Selangor: Lagi kematian kuatkan cara siasatan SPRM perlu disemak

Posted: 06 Apr 2011 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April – Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata satu lagi kematian di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menguatkan hasrat kerajaan negeri untuk melindungi setiap pegawai kerajaan negeri dan hanya boleh disoal siasat pada waktu pejabat.

Oleh itu kata beliau, kerajaan Selangor Pakatan Rakyat (PR) akan meneruskan usaha bagi memastikan pekeliling yang hanya membolehkan pegawai-pegawai kerajaan negeri disoal siasat pada waktu pejabat dan ditemani peguam dapat dikuatkuasakan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Khalid berkata, pekeliling yang digubal pihaknya tahun lalu amat wajar ekoran dua kes kematian di premis SPRM termasuk terbaru pagi tadi.

Kes berkaitan dengan penguatkuasaan pekeliling itu, yang dicabar Peguam Negara masih di peringkat rayuan.

"Dan, kerajaan negeri akan memperjuangkan keselamatan pegawai kami tanpa berbelah bagi," kata beliau lagi.

"Kami akan merayu sehingga peringkat Mahkamah Persekutuan perintah mahkamah tinggi yang membatalkan pekeliling kerajaan negeri yang menyatakan bahawa semua pegawai kerajaan negeri hanya boleh ditemu duga oleh SPRM pada waktu pejabat serta ditemani oleh peguam," katanya.

Malah dalam kenyataan itu, Khalid menambah, kerajaan negeri berharap kes hari ini adalah yang terakhir dan akan terus berusaha melindungi dan menjaga kepentingan semua rakyat Selangor dan Malaysia.

Katanya, kerajaan negeri Selangor amat kesal dengan berita kematian Penolong Pengarah Kastam Pelabuhan Klang, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang dipercayai akibat jatuh bangunan SPRM di Jalan Cochrane.

"Takziah kepada keluarga Penolong Pengarah Kastam Pelabuhan Klang, Ahmad Sarbani Mohd," katanya.

Allahyarham merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam disoal siasat SPRM di bawah Operasi 3B sejak awal minggu lalu.

"Amat mengejutkan bahawa tragedi ini boleh berulang lagi. Nampaknya SPRM tidak belajar langsung dari kes Teoh Beng Hock dan masih tidak bertanggungjawab atas keselamatan saksi dan tahanan mereka," katanya.

"Kini jelas kepada rakyat Malaysia bahawa tanpa ada keadilan yang sepatutnya dalam kes-kes seperti kematian Teoh Beng Hock, insiden-insiden tragis seperti ini akan terus berulang.

"Tiadanya tindakan yang serius terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian Teoh Beng Hock mengakibatkan pihak-pihak tertentu bertindak seakan-akan mereka kebal dari kuasa undang-undang," kata Khalid lagi.

DAP gesa Putrajaya adakan suruhanjaya diraja kedua siasat SPRM

Posted: 06 Apr 2011 04:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April – DAP menggesa kerajaan mengadakan satu lagi suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden terbaru – kematian membabitkan kakitangan Kastam pagi tadi – di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, SPRM juga perlu dirombak semula bagi memastikan sama ada ia benar-benar relevan dalam menjalankan fungsinya mencegah rasuah.

"DAP menyeru agar satu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kematian Ahmad (Sarbani Mohamed).

"Suruhanjaya ini akan menentukan punca kematian, menghukum mereka yang bertanggungjawab dan melaksanakan langkah perlindungan bagi memastikan suspek yang dipanggil tidak akan cedera ataupun mati ketika dalam tahanan SPRM," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang ini menambah rakyat Malaysia tidak mempercayai kata-kata beberapa pemimpin BN bahawa bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock telah membunuh diri selepas ditemui mati di Plaza Masalam dua tahun lalu.

"Malahan mereka percaya bahawa Teoh dibunuh. Persoalannya terletak kepada kerajaan, sejauh manakah kerajaan serius dalam mencari siapa yang bertanggungjawab dan seterusnya mengambil tindakan.

"Kematian tragis Ahmad akan menimbulkan kecurigaan yang lebih mendalam dan seterusnya menghancurkan kepercayaan orang ramai terhadap kaedah operasi dan cara penyiasatan SPRM," kata beliau lagi sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahmad, penolong pengarah Kastam Selangor.

Allahyarham Ahmad ditemui mati di kawasan gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM di Jalan Conchrane di sini pagi tadi.

Dua tingkap bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang tidak ditutup rapat.
"DAP melahirkan rasa marah atas kejadian seumpama ini sedangkan trajedi kematian Teoh Beng Hock masih belum dapat diselesaikan. Adakah SPRM masih belum bangun dan mendapat pengajaran?" kata beliau lagi.

Ahmad merupakan salah seorang individu yang ditahan pada 1 April lalu dalam satu operasi besar-besaran - Operasi 3B - yang membabitkan cukai tidak dibayar dan dibebaskan dengan ikat jamin keesokan harinya.

Kata Lim, kematian Allahyarham Ahmad dan beberapa rantaian peristiwa yang menyebabkan kematian mengingatkan kembali kematian tragis Teoh di bangunan yang menempatkan pejabat SPRM, Selangor.

"Walaupun SPRM telah berjanji bahawa kes seperti itu tidak akan berulang selepas kematian Teoh Beng Hock dan tempoh jawatan pengarah yang lepas tidak disambung, namun kematian Ahmad pagi tadi menunjukkan bahawa SPRM tidak pernah belajar daripada kematian tragis Teoh," katanya.

Malah kata Lim, SPRM perlu dirombak semula bagi memastikan sama ada ia masih relevan untuk melaksanakan tugas antirasuahnya secara efektif, efisen, tidak berat sebelah dan profesional tanpa ada sebarang kecederaan ataupun kematian terhadap suspek.

"SPRM tanpa kredibiliti menunjukkan kerajaan BN tidak serius untuk memerangi rasuah.

"Untuk merombak semula, DAP mendesak kerajaan persekutuan untuk menubuhkan badan siasatan bebas oleh Transparency International bagi mengkaji semula operasi dan kaedah SPRM," katanya lagi.

Selangor tekad lindungi pegawai dari menjadi ‘mangsa SPRM’

Posted: 06 Apr 2011 04:51 AM PDT

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menyatakan rasa kesal dengan berita kematian seorang lagi saksi siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang disifatkan amat mencurigakan.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Ibrahim berkata, insiden itu menguatkan lagi hasrat kerajaan negeri untuk melindungi setiap pegawainya, bagi memastikan keselamatan mereka ketika dalam tahanan SPRM.

"Kami akan merayu sehingga peringkat Mahkamah Persekutuan, perintah mahkamah tinggi yang membatalkan pekeliling kerajaan negeri yang menyatakan bahawa semua pegawai kerajaan negeri hanya boleh ditemuduga oleh SPRM pada waktu pejabat serta ditemani oleh peguam.

"Arahan ini adalah amat wajar memandangkan dua kes kematian ini, dan kerajaan negeri akan memperjuangkan keselamatan pegawai kami tanpa berbelah bagi," tegas beliau.

Khalid mengulas kematian penolong Pengarah Kastam Pelabuhan Klang, Ahmad Sarbani Mohd, 56 yang dijumpai meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari bangunan SPRM di Jalan Cochrane hari ini.

Allahyarham sebelum ini disiasat atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram oleh agensi itu.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, Khalid berkata, SPRM langsung tidak belajar dari kes Teoh Beng Hock Yang mati ketika dalam tahanan mereka pada Julai 2009.

"Kini jelas kepada rakyat Malaysia bahawa tanpa ada keadilan yang sepatutnya dalam kes-kes seperti kematian Teoh Beng Hock, insiden-insiden tragis seperti ini akan terus berulang.

"Tiadanya tindakan yang serius terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian Teoh Beng Hock mengakibatkan pihak-pihak tertentu bertindak seakan-akan mereka kebal dari kuasa undang-undang," katanya.

Wan Azizah: SPRM perlu dibersihkan

Posted: 06 Apr 2011 04:00 AM PDT

Oleh Clara Chooi
April 06, 2011

KUCHING, 6 April – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menuntut Putrajaya agar "membersihkan kotoran" dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sambil menyatakan rasa tidak puas hati ekoran satu lagi kes kematian di premis agensi itu.

Presiden PKR itu berkata insiden terbaru hari ini amat memalukan SPRM selepas kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock dua tahun lalu.

"Ini satu tragedi yang mengejutkan dan apa yang lebih teruk ia berlaku ketika siasatan Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh (RCI) sudah berada di pertengahan," katanya pada sidang media di Satok di sini.

Dr Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas kematian seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang dipercayai jatuh dari aras tiga pejabat SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.

Kejadian ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian Teoh ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

"Kami melihat ia satu perkara serius... ia akan memberi impak kepada institusi kerajaan dalam negara.

"Apa yang akan terjadi kepada institusi SPRM apabila ketika dipertengahan siasatan mereka sekali lagi berdepan insiden sama. Dan, kemudian bagaimana dengan tindakan pegawai SPRM yang memuat turun video porno ketika melakukan siasatan," kata Dr Wan Azizah.

Beliau juga menyifatkan insiden itu sebagai "jahat", sambil menambah ia akan menghakiskan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap agensi kerajaan itu.

"Institusi sepatutnya menjaga kita. Saya tidak rasa ini adalah perkara kecil... kita perlu lakukan sesuatu.

"SPRM perlu mengambil tindakan. Kerajaan perlu membersihkan segala kekotoran ini," katanya.

Dr Wan Azizah juga mendakwa sikap tidak peka ketika menjalankan siasatan amat ketara dan ia sudah menjadi budaya pegawai kerajaan.

"Jika anda orang besar, anda tidak perlu risau. Tapi jika anda orang kecil mereka akan mencari anda.

"Jika anda menyampaikan ceramah dan tidak mempunyai permit, anda akan ditahan.

"Tapi jika anda dilindungi dan anda menayangkan video pornografi, anda akan dilepaskan," katanya dengan merujuk kepada pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang pelacur China.

Video seks: Anwar antara 35 individu dipanggil polis

Posted: 06 Apr 2011 03:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April – Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara 35 orang yang dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes video seks melibatkan pelaku yang didakwa mirip beliau.

Individu lain termasuk bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, ketiga-tiganya yang menggelarkan diri mereka "Datuk T" dan yang mengaku mendedahkan video itu kepada sekumpulan wartawan di Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lepas.

Utusan Online melaporkan, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata beberapa kakitangan bahagian pengurusan Carcosa Seri Negara juga dipangil memberi keterangan.

Acryl Sani berkata, keterangan yang diambil daripada Anwar adalah "memadai".

"Sekiranya terdapat keterangan beliau yang tidak lengkap, kita akan panggil dia lagi sekali untuk bagi keterangan tapi setakat ini ianya telah mencukupi," katanya di sini hari ini.

Acryl Sani berkata polis akan memanggil dua atau tiga lagi individu untuk melengkapkan kertas siasatan.

Acryl Sani berkata kertas siasatan kes berkenaan kini telah siap 95 peratus dan akan dihantar kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.

Penjelasan SPRM Berhubung Kematian Pegawai Kastam

Posted: 06 Apr 2011 02:56 AM PDT

KUALA LUMPUR 6 April – Berikut adalah penjelasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kematian seorang pegawai Kastam di SPRM Kuala Lumpur.

Pada hari ini, 6 April 2011 diantara jam 10.15 pagi hingga jam 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur dimana seorang individu telah ditemui meninggal dunia.

Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani bin Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Selangor.

SPRM mengesahkan bahawa penama berkenaan adalah di antara pegawai Kastam yang telah ditahan pada 1 April 2011 jam 1.00 tengahari di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang.

Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada hari Sabtu 2 April 2011 jam 12.30 tengahari.

Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut.

Pada hari ini, Rabu 6 April 2011 jam 8.26 pagi, penama berkenaan telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersendirian dengan menunggang sebuah motorsikal.

Penama ini telah meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya. Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga jam 9.30 pagi.

Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut.

Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan.

Pada jam lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan.

Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat ini.

SPRM telahpun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga simati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak Polis untuk mengambil sebarang tindakan .

Kecoh, Taib didakwa hantar bomoh Yahudi

Posted: 06 Apr 2011 01:30 AM PDT

BALINGIAN: Suasana di Pusat Penamaan calon N51 DUN Balingian gempar dan bertukar kecoh semasa tempoh bantahan berlangsung apabila sekumpulan penyokong bebas mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menggunakan bomoh yahudi untuk terus kekal berkuasa.

Kekecohan bermula apabila Calon bebas, Salleh Bin Jaafar yang juga sepupu kepada Taib Mahmud, menyerang seorang wanita asing yang disyaki sebagai bomoh kepada Taib Mahmud.

Salleh yang keluar dari dewan penamaan calon itu terus menyerang wanita tersebut dengan menyatakan wanita itu sebagai perosak negeri Sarawak, malah menuduh wanita itu sebagai bomoh yang ditugaskan untuk memastikan Taib terus kekal berkuasa.

Dalam masa yang sama Salleh juga menjelaskan kepada orang ramai supaya bertanya dengan Taib sendiri siapa sebenarnya wanita tersebut.

Wanita berbangsa asing itu dikatakan dilihat melarikan diri dari Salleh kerana ingin mengelak dari terus diserang. Dalam masa yang sama beberapa penyokong BN mula mengawal dan membawa lari wanita itu ke suatu lokasi yang tidak diketahui.

48 calon KEADILAN serah borang pencalonan

Posted: 06 Apr 2011 01:15 AM PDT

SARAWAK: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 selesai hari ini dengan menyaksikan
semua 48 calon KEADILAN bagi 48 Dewan Undangan Negeri (DUN) menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon masing-masing pagi tadi.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memaklumkan, tiada seorang calon dari KEADILAN yang khianat dan
boleh dibeli oleh Barisan Nasional (BN).

"Setakat jam 11.45 pagi tadi, semua calon serah borang penamaan (pencalonan).

"(Bermakna) Tiada seorang pun yang khianat dan boleh dibeli oleh BN, Syabas!" kata Rafizi dalam laman sosial
facebooknya.

Rafizi berkata, lengkapnya penyerahan borang pencalonan di kesemua DUN terbabit, bermakna BN akan dicabar
KEADILAN di kesemua tempat untuk pertama kalinya pada PRN Sarawak 16 April ini.

"Setakat ini tiada calon BN menang tanpa bertanding.

"Khabar angin calon KEADILAN bankrap juga tidak betul. Semua calon bertanding," katanya.

Adakah Datuk T Golongan Beragama?

Posted: 06 Apr 2011 12:50 AM PDT

Klip seks: 'Negara dah jadi negara tak berakhlak', kata ulama

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 6 April — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Malaysia kini seolah-olah sudah menjadi negara yang "tidak berakhlak dan tidak bermora"l apabila ada pihak yang sanggup membenarkan rakaman dan gambar pelakuan aksi seks didedahkan kepada umum menerusi media.

Tegas Harussani, tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

Selain itu, tambah beliau, tindakan mengaibkan seseorang melalui pendedahan rakaman video seks adalah haram di sisi Islam.

"Buka rahsia dan aib orang adalah haram, kalau nak tuntut keadilan tuntut di mahkamah... bukan dengan dedahkannya kepada umum.

"Negara sekarang dah jadi negara yang tak berakhlak... dah jadi tidak bermoral, kenapa jadi macam ini? Kalau nak bawa ke mahkamah, tapi sekarang pun kita belum dapat pastikan lagi siapa dalam video itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru beliau menggesa agar semua pihak berhenti daripada membangkitkan isu itu.

"Hentikan, hentikan... buat apa nak cakap benda aib orang lain ini. Buktikan di mahkamah kalau nak cakap, biar mahkamah tentukan.

"Tapi ia belum pasti boleh buktikan kerana orang yang buat pertuduhan kena bawa empat orang saksi kalau tidak dia boleh dikenakan hukuman qazaf iaitu sebat 80 kali, benda ini tidak jelas... saya dah tengok akhbar hari ini, gambar lelaki dalam video itu tidak jelas dan tiada siapa yang boleh buktikan ia adalah Anwar," katanya.

Rakaman video seks itu dipertontonkan kali pertama kepada media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Sejak kelmarin rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" tersebar dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno.

Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.

Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan panjangnya 21 minit.

Klip video hitam putih itu turut membawa jalur warna putih di bahagian bawah dengan tulisan Thailand, yang tidak terdapat pada rakaman yang didedahkan kepada media sebelum ini.

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dilaporkan mengakui diri mereka sebagai "Datuk T" - menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu.

Sementara itu, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid berkata, pendedahan dibuat "Datuk T" itu adalah satu fitnah dibuat dengan tujuan untuk menjatuhkan imej Anwar yang juga Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

"Ini adalah satu fitnah, betapa rosak moral orang Islam di Malaysia... fitnah telah berleluasa.

"Sepatutnya kita tahu bahawa fitnah dosanya lebih besar daripada membunuh, negara sudah jadi porak-peranda kerana fitnah yang dibuat ini," katanya.

Malah Persatuan Ulama Malaysia (PUM) juga menyifatkan tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Anwar bertentangan dengan norma masyarakat Melayu dan Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, pihaknya kesal dengan tindakan itu dan menyifatkan langkah tersebut berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya.

"Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah satu tindakan jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius.

"Trend membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam, malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini," katanya.

Pegawai Kastam disiasat mati jatuh dari bangunan SPRM

Posted: 05 Apr 2011 11:45 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April — Seorang pegawai Kastam yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mati selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Agensi itu akan mengadakan sidang media tengah hari ini.

Insiden terbaru ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai Kastam di seluruh negara.

Mangsa dikenali sebagai penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohd, 56, yang dibebaskan dengan diikat jamin dua hari lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau Ahmad datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tadi tanpa sebarang temu janji memintanya datang bertemu dengan pegawai siasatan.

Ahmad telah pun memberikan kenyataan kepada SPRM dan telah dibebaskan pada pukul 12.30 tengah hari, Sabtu lalu.

"Allahyarham ada meminta mahu bertemu dengan pegawai penyiasat tetapi tidak mengatakan sebab," kata Mustafar.

Mustafar berkata seorang pegawai telah menemaninya ke sebuah bilik dan meminta diri untuk mendapatkan pegawai siasatan kira-kira pukul 10.15 pagi.

Apabila pegawai itu kembali beberapa minit kemudian Ahmad tidak lagi berada di bilik.

Ahmad ditemui dengan kesan darah di gelanggang badminton.

"SPRM telah memaklumkan keluarga Allahyarham dan pengurusan jabatannya.

"Kami juga telah menyerahkan kepada polis untuk tindakan susulan," kata beliau lagi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah mengesahkan kes itu sebagai kematian mengejut dan siasatan awal menunjukkan kecederaan di bahagian kepala.

Orang yang mengendap orang dalam bilik tidur itu orang sakit (jiwa)

Posted: 05 Apr 2011 09:00 PM PDT

Oleh kerana kita sedang menghadapi isu video seks hasil dari permainan politik gila sekarang ini ingin saya menulis tentang cerita yang berkaitan dengannya. Ini hanya cerita ringan sahaja untuk mengingatkan kita yang mengintai untuk merakamkan orang lain di dalam kelambu itu merupakan satu jenis penyakit. Apa nak di namakan penyakit itu pun saya tidak tahu.

Dalam isu yang di perdebatkan sekarang ini, walaupun ianya dijadikan isu politik olih satu pihak untuk menjatuhkan pihak yang lain tetapi mengintai dan mengendap itu sendiri adalah penyakit yang amat serius. Ramai penggemar kegiatan mengintai ini tidak sedar yang dia sebenarnya sedang sakit. Ianya bertentangan dengan agama dan adap serta tamadun manusia.

Dulu di kampong-kampong, mengintai pasangan orang sedang tidur ini merupakan satu aktibiti yang biasa. Yang hampir pasti menjadi mangsa ialah pasangan yang baru berkahwin. Mengintai dan mengendap ini adalah hobi tegar bagi setengah orang di desa-desa semasa dahulu. Maklumlah semasa itu tidak semua orang ada TV atau 'play-station' untuk bermain 'game' dan sebagainya. Bekalan letrik pun tidak ada semasa itu.

Mungkin inilah sahaja cara bagi anak-anak muda mencari hiburan. Tetapi yang pasti kegiatan mengendap ini adalah satu penyakit tegar bagi setengah orang semasa itu. Kegiatan itu masih berlaku di zaman ini tetapi tidaklah begitu meluas. Ianya hanya dilakukan oleh mereka yang mengidap penyakit mengendap manusia lain sedang berasmara. Orang yang terlibat dengan penyakit ini merupakan pesakit psikologi yang amat ganjil dan serius.

Saya hendak membawa satu cerita bagaimana seriusnya penyakit mengendap ini. Mungkin pakar jiwa sahaja boleh membantu untuk menyembuhkan penyakit ini.

Ada seorang yang baik budi pekertinya dan tidak bercakap banyak. Kita berikanlah namanya sebagai Amat. Amat tidak pernah menyakitkan hati orang lain. Pada keseluruhannya dia adalah orang baik dan disukai oleh masyarakat kampongnya. Tetapi orang ramai tidak tahu yang Amat ini mengidap penyakit ketagihan menghendap orang tidur yang tidak dapat di hentikannya. Amat sudah ketagihan mengintai dan dia dapat merasakan kelegaan pada dirinya apabila sudah berjaya mengintai pasangan lelaki dan perempuan sedang tidur.

Dia telah mengintai dan menghendap ini sejak dari mudanya dan tidak pernah diketahui masyarakat jirannya. Entah berapa pasangan yang di intainya dan dia sendiri tidak dapat mengiranya. Setelah umurnya hampir setengah abad barulah kegiatannya terbongkar setelah dia di tangkap oleh jirannya sedang mengendap. Lantas malulah anak-anak dan isterinya kerana anak isterinya sendiri tidak tahu yang dia ini mempunyai penyakit mengendap ini. Jiran-jirannya gempar kerana tidak menyangka yang Amat telah mengintai banyak pasangan di bilek tidur.

Isteri Amat sangat malu dan berfikir cara apa yang patut dilakukannya untuk mengelakkan suaminya dari terus mengintai. Akhirnya isteri kesayangannya telah membeli video lucah untuk ditayangkan di rumah untuk suaminya menonton agar suaminya itu tidak lagi keluar lagi mengintai orang lain. Bagi isterinya biarlah suaminya melepaskan melihat orang berasmara di dalam rumah sendiri dengan menonton video lucah yang dibelinya.

"Nah, tengok video ni bang. Tengok puas-puas. Jangan mengendap orang. Abang jangan bikin kami malu lagi!" bentak isterinya sambil memasukan video itu ke dalam 'video player'.

Apabila bermula sahaja adengan seks di dalam video itu bermula Amat terus pergi mengendap dari belakang tiang rumahnya menyaksikan video yang di tayangkan oleh isterinya. Isterinya membentak, "eh!! tengok video pun mengendap?". Amat menjawab, "bukankah itu adengan seks, terpaksalah abang hendap video tu!!"

Rupa-rupanya suaminya memang sudah mengalami penyakit mengendap. Kerana sudah selalu mengendap melihat tayangan video seks di rumah sendiri pun mengendap.

Jika dahulu mengendap di lakukan oleh orang-orang kecilan di kampong-kampong, sekarang kegiatan mengendap sudah menjadi permainan orang yang bernama dan bergelar. Diantaranya Dato pun ada, Tan Sri pun ada. Tujuan orang-orang bergelar dan bernama ini mengintai orang lain dalam keadaan 'compromising' dengan pasangannya mungkin banyak. Di antaranya untuk membalas dendam atau pun hendak menggunakan video intaiannya itu untuk mengambil hati suatu pihak bagi mendapatkan imbuhan. Mengintai dan mengendap sekarang sudah menjadi satu 'political and business motivated'.

Sekarang baru kita tahu yang gelaran yang di terima mereka tidak mampu mengubah perangai asal mereka. Orang tuo-tuo dulu ado cakap, kalau seorang Rajo itu jiko dio menyapu sampah di topi jalan pun dio totap Rajo, totapi jiko seseorang itu adalah sengkek dilotakan mahkoto kek kopalo pun, dio totap sengkek.

Itulah perbilangan orang tua-tua dahulu. Kata-kata itu bukan saya yang memandai-mandai nak kata.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/04/kata-perbilangan-orang-tua-tua-kalau-si.html

Kelucahan itu agenda Transformasi Kerajaan Malaysia?

Posted: 05 Apr 2011 08:00 PM PDT

Oleh DINSMAN

Tak sangka rupa-rupanya Transformasi Kerajaan Malaysia itu berlaku begitu cepat sekali. Hari itu kita terkejut dengan rancangan besar Kerajaan Najib hendak mendirikan beberapa kelab malam besar bertaraf dunia, di samping usaha-usaha bagi memajukan teknologi pembuatan filem dan video, bagi meningkatkan lagi aktiviti hiburan dan maksiat di negara ini supaya kita dapat bertahan dalam arus globalisasi dan tidak tersisih dalam persaingan dengan negara-negara maju.

Memang tak sangka dan tak diduga. Rupa-rupanya program Tranformasi Kerajaan Malaysia itu telah dirancang dan diatur dengan begitu rapi dan kemas sekali. Kita Pakatan Rakyat (PR) sekadar mengkritik dan mempersoalkan beberapa rancangan mereka yang kita tak setuju itu.

Bisinglah kita beberapa hari dengan isu itu – dalam Parlimen, dalam media dan di pentas-pentas ceramah politik. Lepas itu kita pun tinggalkan isu itu, dan sibuklah pula kita dengan isu-isu lain pula. Ini biasa. Mungkin tak ramai kita yang sedar. Dan pihak Umno/BN pun sudah arif benar dengan tabiat tak berdisiplin kita yang merugikan ini. Dan mereka selalunya pandai dan tangkas memanfaatkan tabiat buruk kita ini.

Banyak sudah saya perhatikan. Kita bising dengan isu-isu tertentu, kita dedahkan di dalam media, kemudian kita tinggalkan begitu saja. Tak tahu dan macam tak kisah pun apa terjadi seterusnya dengan isu itu.

Akibatnya, saya perhatikan, pihak Umno/BN pun tidak risau lagi dengan tabiat bising kita itu. Mereka biarkan saja. Dan mereka pun teruskan dengan amalan rasuah mereka, fitnah mereka, rompak hak rakyat dan sebagainya. Sebab mereka tahu yang bising-bising PR tidak akan ke mana pun. Sekadar bising saja, dengan harapan rakyat akan sedar dan bangkit dan akan bertukar.

Bukanlah kita nak menafikan kesannya yang positif. Memang ada kesan positifnya. Negeri Selangor bertukar kerajaan, negeri Kedah bertukar kerajaan, negeri Perak dan Pulau Pinang pun bertukar kerajaan, dalam PRU-12 yang lalu. Itu bukan kesan yang kecil. Itu besar kesannya. Memang. Kita tak nafikan itu. Tetapi cukupkah setakat itu sahaja?

Tentu tidak cukup. Kita mahu lebih lagi daripada itu. Dan kita mahu pertahankan apa yang telah kita dapat itu. Dalam masa yang sama juga Umno/BN pun berusaha sedaya upaya mereka untuk merampas kembali mana-mana kerusi yang telah terlepas daripada tangan mereka, di samping mempertahankan mana-mana yang masih di tangan mereka.

Maka itulah tanpa kita duga, dan tak disangka-sangka, Rahim Tamby Chik boleh timbul semula bersama dengan dua rakan baru seperjuangannya, melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang dan melanggar akhlak Islam secara terang-terangan, namun mendapat sokongan pula daripada pihak kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang negara. Maka riuh rendahlah pula kita.

Dan mereka pun tak pedulikan riuh rendah kita itu. Mereka juga riuh rendah, dan riuh rendah mereka disokong dengan kuasa. Kita berdemo akan ditangkap dan dibelasah dengan kayu dan ditembak dengan peluru pemedih mata dan penyesak nafas. Mereka berdemo akan disokong dengan laporan berita yang positif dalam akhbar dan televisyen.

Kita riuh rendah mengatakan mereka salah kerana memiliki dan menayang video lucah kepada awam. Mereka riuh rendah mengatakan itu Anwar Ibrahim di dalamnya dan minta ditayang lagi kepada ahli-ahli Parlimen. Kita kata tuduhan itu bohong. Polis kata video itu tulen. Dan mereka tak peduli pun undang-undang yang melarang memiliki dan menayang video lucah itu. Hah!

Apa yang sebenarnya sedang berlaku di negara kita ini? Masih berdaulatkah undang-undang seperti yang termaktub dalam perlembagaan itu?

Tidak salahlah instinct yang mendorong perasaan saya jadi marah kepada 14 mufti yang bungkem, sebagai reaksi awal terhadap peristiwa tiga Datuk T melanggar undang-undang dengan menayang video lucah kepada para pemberita dan tokoh-tokoh politik terpilih, yang saya bentangkan dalam Wacana Budaya 28 Mac lalu.

Saya tidak nampak yang lain lagi yang dapat menyelamatkan negara ini daripada dimusnahkan oleh serangan 'garuda' kelucahan melampau yang dilindungi undang-undang itu. Siapa lagi yang boleh menyekat kemaraan itu kalau bukan para mufti dan raja-raja yang akan bertindak sebagai Ketua Agama di negara ini atas nasihat para mufti berkenaan!

Kini lebih seminggu telah berlalu, namun para mufti masih juga bungkem. Hanya bersuara dalam isu remeh (poco-poco? apa tu? oh pocot!) yang sama sekali tidak menyentuh soal dasar yang penting seperti isu pelanggaran undang-undang lucah yang dibenarkan itu.

Anda bayangkanlah, dalam suasana seperti sekarang ini, apabila mereka yang dilindungi oleh kuasa itu boleh tidak mempedulikan undang-undang yang melarang memiliki dan menayang video lucah itu, dan dari kalangan mereka timbul pula tuntutan supaya video itu ditayangkan kepada ahli-ahli Parlimen, para pembuat undang-undang di negara ini sendiri… anda bayangkanlah apa sebenarnya yang sedang berlaku!

Saya mulai terfikir seperti apa yang saya nyatakan di pembukaan tulisan ini di atas. Bahawa rupa-rupanya program Tranformasi Kerajaan Malaysia itu mungkin telah dirancang dan diatur dengan begitu rapi dan kemas sekali, termasuklah di dalamnya agenda kelucahan melampau ini.

Dan saya teringat kepada skrip teater saya "Apocalipso" yang telah dua kali dipersembahkan kepada pihak (parti dan kerajaan) yang berkenaan untuk dipentaskan, dan telah dua kali pula ditolak (walaupun belanjanya tak sampai empat puluh ribu). Bahawa kelucahan bukan sekadar kelucahan, tetapi mereka ada agenda yang lebih besar.

Dan mengikut skrip teater "Apocalipso" itu, di belakang daripada segala gerakan kelucahan dan maksiat dan hiburan yang melampau-lampau di negara kita ini, ia tidak berhenti sekadar di Putrajaya, tetapi ada connection kepada pihak yang lebih berkuasa di luar sana (bukan di atas sana). Oh poco-poco!

Tetapi ya, kata mereka, para mufti kita itu pun menganggap nasi mereka disuap oleh tangan dari Umno/BN juga. Sedangkan Islam mengajar kita rezeki itu datangnya daripada Allah SWT, yang Rahmat-Nya sentiasa melimpah-limpah ke atas kita. Jadi, macamana tu? Siapa yang keliru dan dikelirukan? Wallaahu a'klam!

(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 013-6362408)

Klip video: Mengapa rakyat pula disuruh menghukum?

Posted: 05 Apr 2011 07:00 PM PDT

Semasa trio kontroversi Datuk T menyerahkan video panas milik merek ke Bukit Aman untuk disiasat mereka mendakwa inilah satu-satunya video milik mereka. Dengan kenyataan itu rakyat mengharapkan pihak polis bertindak segera bagi mengeruhkan kekalutan dan kekeliruan yang timbul dalam pemikiran rakyat ekoran cetusan video jahanam itu.

Tiba-tiba rakyat didedahkan dengan bantuan beberapa pihak sedutan dari video itu di youtube. Ketua Polis Negara segera menafikan yang pihak polis terlibat dalam kebocoran video itu walaupun versi sedutan itu tanpa apa-apa adengan panas.

Siapakah yang bertanggungjawab dalam kebocoran ini, yang lebih penting apakah motif mereka?

Video yang hanya ditonton beberapa individu termasuk wakil akhbar tempatan kini sudah ditonton oleh ribuan rakyat Malaysia. Maka terbitlah berbagai anggapan dan teori. Keluarga Datuk Seri Anwar segera terbit dengan penafian bahawa sah indidvidu "pelakon" itu bukan Anwar.

Ternyata usaha jahat untuk memepengaruhi minda rakyat khasnya di Sarawak menjelang Pilihanraya Negeri di sana adalah agenda utama pendedahan sedutan klip video itu.

Yang pentingnya diperingkat ini adalah tindakan pihak polis. Apakah akan jadi pada trio Datuk T? Tidakkah mereka yang sepatutunya didakwa kerana mengaku terlibat dalam video berkenaan. Jangan biarkan pihak yang tidak bersalah terus-menerus menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dan kita turut terlibat jahat apabila sedutan yang penuh tandatanya itu disuakan pada rakyat bagi mereka pula untuk membuat hukuman dan ketentuan. Dimanakah keadilan dan kedaulatan undang-undang di Malaysia? Sudahkah ia berkubur dikuburkan dengan video panas hasil tangan mereka yang tiada bermoral dan penuh niat jahat itu!

Bola kini di gelanggang pihak polis...jalankanlah tugas dengan professional, adil dan tegas.

Tiada ulasan: