Rabu, 6 April 2011

Muslimeen United

Muslimeen United


PRU DUN Sarawak: Ada lagi polis tak Kenal Presiden PAS

Posted: 06 Apr 2011 09:29 AM PDT




Peristiwa ini berlaku ketika perarakkan calon pagi tadi. Bila rombongan kami hendak masuk ke kawasan penamaan calon TGHH tidak dibenarkan MASUK kononnya kena habiskan orang BN masuk dulu..
Alhamdulillah Lawyer Khairuddin fight untuk TGHH..dengan ayat power "Ni bukan pak haji"bila polis 2 paku itu kata "maaf pak haji saya tak boleh benarkan masuk, kena tunggu orang sana masuk dulu"..

Antara dialog tadi...
Polis: " maaf pak haji..saya tak boleh benarkan masuk.kena tunggu orang sebelah sana masuk dulu"

Khairuddin : Ini bukan pak haji..ini tok guru kami..kenapa kami tak boleh masuk ? mana undang2 yang menyatakan kami tak boleh masuk? kami parti yang akan bertanding.."

Polis : "nanti saya masuk tanya di dalam.."

Khairudin : "Saya lawyer ..saya tahu undang..:

Polis : "Tak boleh ..tak boleh ..saya akan tanya di dalam..( sambil tangannya hendak menyentuh Tok Guru)

Khairudin : (dengan suara keras)..." Jangan sentuh Presiden kami..."

Bila polis itu memusing ke belakang..Seorang sarjan pula berkata boleh masuk..Sarjan ini minta maaf kerana berlaku kekecohan..

Moralnya disini...MMG STAFF BAWAH POLIS LEBIH TAHU UNDANG-UNDANG BERBANDING PEGAWAI...
Sumber

Senarai lengkap calon bertanding di 71 DUN Sarawak

Posted: 06 Apr 2011 09:18 AM PDT



Berikut adalah senarai penuh calon-calon yang akan bertanding bagi merebut 71 kerusi dalam DUN Sarawak pada pilihanraya negeri 16 April nanti.


Nota : SNAP bukan parti gabungan dalam Pakatan Rakyat

N01: OPAR: SARAWAK: 8,099

1. Stephen ak Sagir (SNAP)
2. Joseph Jindy ak Peter Rosen (Bebas)
3. Boniface Willy ak Tumek (PKR)
4. Ranum ak Mina (BN-SUPP)

Penyandang: Ranum ak Mina (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 3,585
Majoriti: 2,183

N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 15,100

1. Datuk Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP)
2. Frankie Jurem ak Nyombui (SNAP)
3. John Tenewi Nuek (PKR)

Penyandang: Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 6,393
Majoriti: 3,203

N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 7,936

1. Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas)
3. Nani Sahari (PAS)

Penyandang: Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,545
Majoriti: 4,136

N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 14,104

1. Suhaimi Selamat (Bebas)
2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR)

Penyandang: Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,217
Majoriti: 2,164

N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 10,437

1. Dr Hazland Abang Hipni (BN-PBB)
2. Ali Hossen bin Abang (PKR)

Penyandang: Dr Abang Draup Zamahari Abang Haji Zen (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,094
Majoriti: 3,605

Christina Chew Wang See - DAP-Pakatan Rakyat
N 13 Batu Kawah

N06: TUPONG: SARAWAK: 17,796

1. Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB)
2. Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR)

Penyandang: Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,885
Majoriti: 4,572

N07: SAMARIANG: SARAWAK: 15,942

1. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR)

Penyandang: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,365
Majoriti: 2,488

N08: SATOK: SARAWAK: 10,431

1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)

Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,222
Majoriti: 2,798

N09: PADUNGAN: SARAWAK: 23,576

1. Dominique Ng Kim Ho (Bebas)
2. Wong King Wei (DAP)
3. Sim Kiang Chiok (BN-SUPP)

Penyandang: Dominique Ng Kim Ho (PKR)
Undi diperolehi: 8,002
Majoriti: 1,417

N010: PENDING: SARAWAK: 29,488

1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP)
2. Violet Yong (DAP)

Penyandang: Violet Yong (DAP)
Undi diperolehi: 11,632
Majoriti: 4,372

N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 27,833

1. Sih Hua Tong (BN-SUPP)
2. See Chee How (PKR)
3. Soo Lina (Bebas)

Penyandang: Voon Lee Shan (DAP)
Undi diperolehi: 8,806
Majoriti: 3,407

N012: KOTA SENTOSA: SARAWAK: 27,301

1. Chong Chieng Jen (DAP)
2. Datuk Alfred Yap Chin Loi (BN-SUPP)

Penyandang: Chong Chieng Jen (DAP)
Undi diperolehi: 6,579
Majoriti: 531

N013: BATU KAWAH: SARAWAK: 20,664

1. Christina Chew Wang See (DAP)
2. Tan Joo Phoi (BN-SUPP)

Penyandang: Tan Joo Phoi (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,755
Majoriti: 4,180

N014: ASAJAYA: SARAWAK: 13,799

1. Abd Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
2. Arip Ameran (PKR)

Penyandang: Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,949
Majoriti: 5,063



Noraini Hamzah - PAS-Pakatan Rakyat
N 15 Muara Tuang

N015: MUARA TUANG: SARAWAK: 18,820


1. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB) 2. Noraini Hamzah (PAS)

Penyandang/Incumbent: Datuk Seri Haji Mohammad Ali Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehil: 7,863
Majoriti: 6,327

N016: BENGOH: SARAWAK: 21,955

1. Willie ak Mongin (PKR)
2. Wejok ak Tomik (Bebas)
3. Richard @ Peter ak Margaret (SNAP)
4. Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP)

Penyandang: Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,540
Majoriti: 3,988

N017: TARAT: SARAWAK: 16,352

1. Ateng ak Jeros (SNAP)
2. Roland Sageh Wee Inn (BN-PBB)
3. Peter Ato ak Mayau (PKR)

Penyandang: Roland Sageh (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,854
Majoriti: 3,256

N018: TEBEDU: SARAWAK: 12,497

1. Kipli bin Ale (Bebas)
2. Datuk Seri Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB)
3. Christopher ak Kiyui (PKR)
4. Anthony ak Nais (SNAP)

Penyandang: Datuk Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,107
Majoriti: 4,256

N019: KEDUP: SARAWAK: 17,466

1. Lainus ak Andrew Luwak (PKR)
2. Maclaine Ben @ Martin Ben (BN-PBB)
3. Amin ak Banti (Bebas)
4. Belayong ak Jayang (SNAP)

Penyandang: Frederick Bayoi ak Manggie (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,635
Majoriti: 1,981

N020: SADONG JAYA: SARAWAK: 7,656

1. Aidel Lariwoo (BN-PBB)
2. Mahayudin Wahab (Bebas)
3. Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (PAS)

Penyandang: Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,715
Majoriti: 858

N021: SIMUNJAN: SARAWAK: 10,104

1. Mohd Naroden Majais (BN-PBB)
2. Mashor Hussen (PKR)
3. Zaini bin Le' (Bebas)
4. Mac Palima ak Nyambil (PCM)

Penyandang: Mohd Naroden Majais (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,786
Majoriti: 3,350

N022: SEBUYAU: SARAWAK: 8,042

1. Ali bin Semsu (Bebas)
2. Adam Ahid (PAS)
3. Julaihi Narawi (BN-PBB)

Penyandang: Julaihi Narawi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,748
Majoriti: 2,448

N023: LINGGA: SARAWAK: 7,745

1. Abang Othman Abang Gom (SNAP)
2. Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan (PKR)
3. Simoi Peri (BN-PBB)

Penyandang: Simoi Peri (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,245
Majoriti: 1,870

N024: BETING MARO: SARAWAK: 7,868

1. Razaili Gapor (BN-PBB)
2. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)

Penyandang: Bolhassan Di @ Ahmad Di (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,796
Majoriti: 895




Abang Ahmad Kerdi Abang Magasus -
PAS-Pakatan Rakyat N 24 Beting Maro

N025: BALAI RINGIN: SARAWAK: 8,798

1. Ibi ak Uding (PKR)
2. Snowdan Lawan (BN-PRS)
3. Dan ak Giang (SNAP)
4. Lipeh ak Mawi (PCM)
5. Cobbold ak Lusoi (Bebas)
6. Sujal ak Gansi (Bebas)

Penyandang: Snowdan ak Donald Lawan (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,075
Majoriti: 1,516

N026: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 7,778


1. Mong ak Dagang (BN-PRS)
2. Lias ak Julai (Bebas)
3. Jimmy Lim @ Jimmy Donald (PKR)
4. Ivanhoe Anthony ak Belon (SNAP)

Penyandang: Mong ak Dagang (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,083
Majoriti: 1,007

N027: SIMANGGANG: SARAWAK: 10,488

1. Leon Jimat Donald (DAP)
2. Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 5,144
Majoriti: 4,258

N028: ENGKELILI: SARAWAK: 9,444

1. Dr Johnichal Rayong ak Ngipa (BN-SUPP)
2. Jimmy Simon Maja (Bebas)
3. Semijie ak Janting (SNAP)
4. Marudi @ Barudi ak Mawang (PKR)

Penyandang: Dr Johnical Rayong ak Ngipa (SNAP)
Undi diperolehi: 3,442
Majoriti: 426

N029: BATANG AI: SARAWAK: 8,728

1. Nicholas Bawin ak Anggat (PKR)
2. Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS)

Penyandang: Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,907
Majoriti: 1,854

N030: SARIBAS: SARAWAK: 8,054

1. Ricky @ Mohammad Razi Sitam (BN-PBB)
2. Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR)

Penyandang: Dr Wahbi Junaidi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,441
Majoriti: 94

N031: LAYAR: SARAWAK: 8,109

1. Joe ak Unggang (SNAP)
2. Stanny Embat Dharoh ak Laja (PKR)
3. Ngumbang @ Kibak ak Datu (Bebas)
4. Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB)

Penyandang: Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,767
Majoriti: 2,677

N032: BUKIT SABAN: SARAWAK: 7,657

1. Dayrell Walter Entrie (SNAP)
2. Jerah ak Engkiong @ Edward Jerah (PKR)
3. Robert Lawson Chuat (BN-PBB)

Penyandang: Robert Lawson Chuat (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,258
Majoriti: 1,878

N033: KALAKA: SARAWAK: 14,167

1. Ismail bin Hussain (Bebas)
2. Abdul Wahab Aziz (BN-PBB)
3. Mohd Yahya Abdullah (PKR)

Penyandang: Abdul Wahab Aziz (BN-PBB)
Undi diperolehi: 7,396
Majoriti: 5,929

034: KRIAN: SARAWAK: 11,016

1. Liman ak Sujang (SNAP)
2. Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP)
3. Banyi ak Beriak (Bebas)
4. Ali ak Biju (PKR)

Penyandang: Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,784
Majoriti: 2,089

N035: BELAWAI: SARAWAK: 8,623

1. Abdul Wahab Abdullah (PKR)
2. Kiprawi bin Suhaili (Bebas)
3. Datuk Talif @ Len Salleh (BN-PBB)

Penyandang: Hamden Ahmad (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,102
Majoriti: 3,316

N036: SEMOP: SARAWAK: 8,891

1. Abdullah Saidol (BN-PBB)
2. Ong Chung Siew (PKR)
3. Ajiji Fauzan (Bebas)

Penyandang: Datuk Mohamad Asfia Awang Nasar (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,479
Majoriti: 3,226

N037: DARO: SARAWAK: 7,305

1. Murni Suhaili (BN-PBB)
2. Jamaludin Ibrahim (PKR)
3. Muhamad Zamhari Berawi (Bebas)
4. Noh @ Muhamad Noh Bakri @ Bakeri (Bebas)

Penyandang: Murni Suhaili (BN-PBB)
(Menang Tidak Bertanding)

N038: JEMORENG: SARAWAK: 8,635

1. Asbor Abdullah (Bebas)
2. Abdul Hafiz Noh (Bebas)
3. Gani @ Abu Seman Jahwie (BN-PBB)

Penyandang: Abu Seman Jahwie (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,567
Majoriti: 1,710

N039: REPOK: SARAWAK: 18,481

1. Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)
2. Dr Wong Hua Seh (DAP)

Penyandang: Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 5,502
Majoriti: 576

040: MERADONG: SARAWAK: 15,337

1. Ling Kie King (BN-SUPP)
2. Ting Tze Fui (DAP)

Penyandang: Ting Tze Fui (DAP)
Undi diperolehi: 5,990
Majoriti: 3,578

N041: PAKAN : SARAWAK: 9,274

1. Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP)
2. Jamal Bin Abdullah @ Tedong ak Gunda (SNAP)

Penyandang: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,138
Majoriti: 1,763

N042: MELUAN: SARAWAK: 11,487

1. John Brian Anthony ak Jeremy Guang (PKR)
2. Wong ak Judat (BN-SPDP)
3. Labang ak Jamba (SNAP)

Penyandang: Wong ak Judat (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 5,086
Majoriti: 3,007

N043: NGEMAH: SARAWAK: 8,058

1. Alexander Vincent (BN-PRS)
2. Yakup Khalid (Bebas)
3. Adeh ak Denong (PCM)
4. Michael ak Lias (SNAP)
5. Aris ak Alap (PKR)

Penyandang: Gabriel Adit ak Demong (IND)
Undi diperolehi: 2,582
Majoriti: 549

N044: MACHAN: SARAWAK: 9,944

1. Kong Tat Kim (PCM)
2. Datuk Gramong Juna (BN-PBB)
3. George Chen Nguk Fa (PKR)
4. Augustine ak Liom @ August Kiom (SNAP)

Penyandang: Datuk Gramong Juna (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,045
Majoriti: 2,289

N045: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 26,926

1. Hii Tiong Huat (Bebas)
2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP)
3. Wong Ho Leng (DAP)

Penyandang: Wong Ho Leng (DAP)
Undi diperolehi: 10,380
Majoriti: 4,751

N046: DUDONG: SARAWAK: 26,251



Norisham Mohamed Ali - PKR-Pakatan Rakyat
N 49 Nangka


1. Yap Hoi Liong (DAP)
2. Datuk Tiong Thai King (BN-SUPP)
3. Apandi Abdul Rani (Bebas)

Penyandang: Dr Soon Choon Teck (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,359
Majoriti: 408

N047: BAWANG ASSAN: SARAWAK: 16,743

1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
2. Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,804
Majoriti: 2,504

N048: PELAWAN: SARAWAK: 28,808

1. Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
2. David Wong Kee Woan (DAP)

Penyandang: Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,375
Majoriti: 263

N049: NANGKA: SARAWAK: 14,197

1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB)
2. Norisham Mohamed Ali (PKR)

Penyandang: Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,202
Majoriti: 4,815

N050: DALAT: SARAWAK: 11,857

1. Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB)
2. Sylvester Ajah Subah @ Ajah Subah (PKR)
3. Salleh Mahali (Bebas)

Penyandang: Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB)
(Menang Tidak Bertanding)

N051: BALINGIAN: SARAWAK: 11,792

1. Suriati Abdullah (PKR)
2. Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
3. Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas)

Penyandang: Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,393
Majoriti: 5,726

N052: TAMIN: SARAWAK: 12,244

1. Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS)
2. Mengga ak Mikui (PKR)

Penyandang: Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS)
Undi diperolehi: 4,639
Majoriti: 2,377

N053: KAKUS: SARAWAK: 9,604

1. Dick @ Laurance Dick Sekalai (PCM)
2. Paul Anyie Raja (PKR)
3. John Sikie ak Tayai (BN-PRS)
4. Entali ak Empin (Bebas)

Penyandang: John Sikei ak Tayai (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,739
Majoriti: 2,852

N054: PELAGUS: SARAWAK: 15,322

1. Stanley Nyitar @ Unja ak Malang (BN-PRS)
2. Edward Sumbang ak Asun (PKR)
3. George ak Lagong (Bebas)

Penyandang: Larry Sng Wei Shien (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,965
Majoriti: 3,239

N056: BALEH: SARAWAK: 11,287

1. Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
2. Bendindang ak Manjah (PKR)

Penyandang: Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,330
Majoriti: 4,802

N057: BELAGA: SARAWAK: 8,463

1. John Bampa @ Tusau (SNAP)
2. Liwan Lagang (BN-PRS)
3. Basah Kesing @ Ali Basah Kesing (PKR)
4. Michael Jok (Bebas)
5. Matthew ak Munan (Bebas)
6. Kenneth Adan Silek (Bebas)

Penyandang/Incumbent: Liwan Lagang (BN-PRS)
Undi diperolehi/Votes polled: 1,855
Majoriti/Majority: 227

N058: JEPAK: SARAWAK: 12,979

1. Ramli Malaka (SNAP)
2. Abdul Jalil Bujang (PKR)
3. Datuk Talib Zulpilip (BN-PBB)
4. Abdul Kuddus Ramlee (Bebas)
5. Awang Abdillah Awang Nasar (Bebas)

Penyandang: Datuk Talip Zulpilip (BN-PRS)
Undi diperolehi: 4,997
Majoriti: 3,179

N059: KIDURONG: SARAWAK: 27,225

1. Chiew Chiu Sing (DAP)
2. Henry Ling Koung Meng (BN-SUPP)

Penyandang: Chiew Chiu Sing (DAP)
Undi diperolehi: 8,517
Majoriti: 1,664

N060: KEMENA: SARAWAK: 14,082

1. Liam Rengga (Bebas)
2. Bernard Binar Bayang ak Rading (PKR)
3. Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB)
4. Ungun ak Bayan (SNAP)

Penyandang/Incumbent: Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,750
Majoriti/Majority: 1,572

N061: BEKENU: SARAWAK: 10,672

1. Rosey Yunus (BN-SPDP)
2. Dyg Juliana Awg Tambi (PCM)
3. Thony ak Badak (SNAP)
4. Ishak Mahwi (PKR)

Penyandang: Rosey Yunus (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,357
Majoriti: 3,072

N062: LAMBIR: SARAWAK: 14,144

1. Ripin Lamat (BN-PBB)
2. Zolhaidah Suboh (PKR)
3. Johari Bujang (SNAP)

Penyandang: Aidan Wing (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,331
Majoriti: 2,834

N063: PIASAU: SARAWAK: 16,600

1. Ling Sie Kiong (DAP)
2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)

Penyandang: Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,573
Majoriti: 3,918

064: PUJUT: SARAWAK: 22,577

1. Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP)
2. Fong Pau Teck (DAP)

Penyandang: Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,493
Majoriti: 1,370

N065: SENADIN: SARAWAK: 22,432

1. Michael Teo Yu Keng (PKR)
2. Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,173
Majoriti: 4,799

N066: MARUDI: SARAWAK: 13,093

1. Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)
2. Michael Ding Tuah (Bebas)
3. Gerang ak Dagom (PKR)
4. Edwin Dundang ak Bugak (SNAP)

Penyandang: Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,954
Majoriti: 4,284

N067: TELANG USAN: SARAWAK: 13,623

1. Harrison Ngau Laing (PKR)
2. Kebing Wan (SNAP)
3. Jok Ding (Bebas)
4. Dennis Ngau (BN-PBB)

Penyandang: Lihan Jok (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,593



Baru Bian - PKR-Pakatan Rakyat -
N 70 Ba'kelalan

Majoriti: 2,771


N068: BUKIT KOTA: SARAWAK: 14,471

1. Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB)
2. Leong Kwang Yew (DAP)
3. Usop Jidin (Bebas)
4. Ladis Pandin (Bebas)

Penyandang/Incumbent: Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,501
Majoriti/Majority: 3,229

N069: BATU DANAU: SARAWAK: 7,636

1. Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP)
2. Dr Lau Liak Koi (PKR)
3. Lawrence Cosmas Sunang ak Simpang (SNAP)

Penyandang/Incumbent: Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP)
Undi diperolehi/Votes polled: 2,961
Majoriti/Majority: 1,262

N070: BA'KELALAN: SARAWAK: 6,958

1. Baru Bian (PKR)
2. Willie Liau (BN-SPDP)

Penyandang: Balang Rining (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 2,064
Majoriti: 475

N071: BUKIT SARI: SARAWAK: 9,983

1. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)
2. Japar Suyut (PKR)

Penyandang: Datuk Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,596
Majoriti: 5,275

Kematian Ahmad Sarbani ditangisi

Posted: 06 Apr 2011 09:12 AM PDT

Isteri Allahyarham Sarbani

Pasukan polis forensik tiba di pejabat SPRM di Kuala Lumpur, April 6, 2011, dimana tempat mayat Penolong Pegawai Kastam itu ditemui.

Pihak polis mengeluarkan mayat

Penunjuk perasaan yang tidak berpuas hati menulis pesanan mengutuk SPRM

Agen Forwarding cuba untuk memohon kebenaran untuk memasuki Jabatan Kastam di Pelabuhan Kelang.

Rakan kerja Ahmad Sarbani dari jabatan Kastam sedang menunaikan solat diluar bilik pembedahan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) tengahari ini.

Teman teman sekerja
More

SPR zimbabwe barua APCO Tolak bantahan PAS

Posted: 06 Apr 2011 08:53 AM PDT

Terkini dari Sarawak

Posted: 06 Apr 2011 08:42 AM PDT

Adakah angin perubahan sudah sampai ke Sarawak? Ceramah Pakatan mendapat sambutan hebat malam ini.


Lim Guan Eng memulakan ucapannya dengan berkata, rakyat hanya baik jikalau BN ditumbangkan. Ucapan beliau dalam hokkien mendapat sambutan yang agak memberangsangkan, disambut dengan sorakan dan tepukan. Malah, beliau memimpin kira-kira 800 orang untuk melaungkan "Ubah" pada akhir ucapannya.[ lagi ]

AKHBAR PORNO - ADA STAF AKHBAR MULA MENYESAL TERLIBAT?

Posted: 06 Apr 2011 08:41 AM PDT

ZUNAR seorang kartunis di dalam Twitter beliau menyebut terdapat staf yang bekerja di Utusan Meloya mengirim SMS kepadanya memberitahu betapa dia amat merasa sedih dan malu di atas tindakan akhbar tersebut yang menjadi ejen penyampai bahan lucah dan fitnah.

Staf Utusan Meloya berkenaan meminta agar Zunar menyampaikan permohonan maaf dari beliau kepada DS Anwar, Azizah dan keluarga di atas perbuatan jijik akhbar berkenaan. SMS tersebut berbunyi " Sy dgn rndah diri & sedih mohon maaf krn trlibat akhbar yg fitnah DSAI.Minta Zunar sampai msj ini kpd K Wan & N Izzah (http://twitter.com/#!/zunarkartunis)

Satu lagi SMS yang diterima oleh beliau dari rakannya yang bertugas di akhbar pencacai tersebut berbunyi ," Sejak 30 thn kerja dgn Utusan, hari ini merupakan paling memalukan bg aku. Utusan Jadi Utusan Porno" (Twitter Zunar). Nampaknya seperti sudah tiada keberkatan buat mereka bekerja di akhbar yang selama ini terkenal dengan penyebar fitnah serta pemecah belah masyarakat serta umat Islam di negara ini.

Memang wajar dan tepat sekali tindakan sebuah sekolah Cina di Kuantan yang enggan menerima akhbar tersebut untuk dijadikan bahan bacaan murid-murid di sekolah berkenaan walaupun diberi percuma. Bayangkan jika sekarang ini murid-murid tersebut menatap akhbar berbahasa Melayu yang bersifat seperti majalah porno, lebih dahsyat lagi dengan berita fitnah yang menjijikkan. Betapa cerdiknya kaum Cina sekarang yang lebih tahu dan menilai mana satukah akhbar yang memberi faedah dan mana satukah akhbar yang boleh dijadikan alat untuk `beristinjak'.

Apa kah yang harus atau mungkin wajib buat semua staf terutamanya yang beragama Islam yang masih bertugas di akhbar pencacai itu lakukan? Mereka ada pilihan, samada ingin terus memakan gaji dengan majikan yang sebegini atau mencari peluang pekerjaan lain yang jelas bersih dan halal? Amat membimbangkan jika gaji mereka adalah hasil dari pekerjaan fitnah dan penyebaran bahan lucah.

Sebab itu, akhbar berkenaan tiada keberkatannya dan mendapat kerugian selalu walaupun akhbar tersebut berpuluh tahun wujud di negara ini. Inilah akhbar yang selalu ditatap oleh golongan tua di kampung-kampung terutamanya. Akhbar ini amat efisyen di dalam menyampaikan berita fitnah lagi menyesatkan golongan tersebut. Apakah tidak sedikit pun kita merasa bersalah berada di dalam kumpulan akhbar sedemikian?

Saya cadangkan agar carilah pekerjaan lain yang lebih memberikan ketenangan kepada kita agar rezeki yang diperolehi mendapat keberkatan Illahi. Berhentilah dari merosakkan minda dan akhlak bangsa kita. Cukuplah untuk bersekongkol dengan puak mereka yang tidak pernah takut kepada azab Allah./wfauzdin.blogspot.com

Serabut Dengan Video Fitnah, Kita Rilex Dengan Video Ini!!

Posted: 06 Apr 2011 08:37 AM PDT

Apa kata kita lihat video perbahasan atau perdebatan "Najib-Anwar" semasa kecil mereka melalui bahasa mereka sendiri. Perbahasan dalam keadaan penuh harmoni....Malaysia, jom tonton!!



Semoga terhibur!!

Wajah Sarbani - Pegawai Kastam Yang Mati Di Bangunan SPRM

Posted: 06 Apr 2011 08:32 AM PDT

Mustahil Sarbani boleh bunuh diri, kata rakan-rakannya

Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.

Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.

Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.

Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan "mengawal" isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.

Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

"Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

"Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil," katanya.

"Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang," kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

"Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen," katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

"Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri)," katanya lagi.

"Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman," kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.

"Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang," katanya dengan nada beremosional.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas didapati tidak kelihatan di bilik dia diminta menunggu pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada sidang media itu, SPRM berkata, "antara pukul 10.15 pagi hingga 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur di mana seorang individu telah ditemui meninggal dunia."

"Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam," kata kenyataan itu.

SPRM mengesahkan bahawa Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang telah ditahan pada 1 April lalu di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang.

"Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada 2 April, pukul 12.30 tengah hari.

"Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut," kata kenyataan itu lagi.

Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

"Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi.

"Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut. Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan," katanya lagi.

Kenyataan itu menambah, lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

"Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan," tambah kenyataan tersebut.

"Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini.

"SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga si mati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil sebarang tindakan," kata kenyataan itu lagi. -TMI

Takziah: Bawa 'kain putih' kalau disiasat SPRM

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat kesal dengan kejadian yang berlaku ke atas seorang pegawai kastam yang bertugas di Pelabuhan Klang yang ditemui mati ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Sambil menyuarakan rasa kesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu, mereka juga turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas kematiannya yang agak tragis.

Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), Khalid Samad berkata, kematian Allahyarham menimbulkan satu tanda tanya yang sama juga dengan mendiang Teoh Beng Hock kerana ia dilaporkan terjatuh ketika dalam proses siatan SPRM.

Menurut beliau, perkataan terjatuh memberikan gambaran tidak sengaja, tetapi yang menimbulkan tanda tanya, yang dikatakan terjatuh itu bukan kanak-kanak tetapi orang dewasa.

"Kalau kanak-kanak yang jatuh mungkin benar tidak sengaja kerana melompat dan sebagainya tetapi kalau orang dewasa, ini mungkin kerana terpaksa melompat atau ditolak," katanya ketika mencelah perbahasan yang sedang disampaikan oleh Ahli Parlimen Indra Mahkota (PKR), Azan Ismail, pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Azan ketika berucap membahaskan pembentangan Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 bagi bacaan kali kedua, turut menyentuh perkara itu dan turut merakamkan rasa kesal, terharu serta takziah kepada keluarga mangsa bagi pihak dirinya serta kesemua rakan-rakannya ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau turut mendesak Dewan Rakyat agar mengambil perhatian serius mengenai perkara itu supaya mendesak kerajaan jangan membiarkan lagi kejadian seperti itu berlaku pada masa akan datang.

"Kejadian terbaru ini jelas akan lebih menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPRM. Secara kebetulannya pula mangsa dan SPRM adalah sama-sama dari agensi penting kerajaan yang sama-sama terlibat dengan tugas penguatkuasaan undang-undang," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR), Datuk Johari Abdul ketika bangun mencelah berkata, kejadian terbaru itu ternyata bukan sekadar menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPRM, tetapi menjadikan SPRM bukan lagi agensi yang boleh diharapkan lagi untuk melakukan penyiasatan, tetapi tempat kematian.

"Selepas ini kalau ada sesiapa lagi yang akan disiasat oleh SPRM termasuk ahli-ahli Parlimen sendiri mestilah turut membawa bersama kain putih," katanya sinis.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang juga dari PKR ketika bangun untuk turut memperkatakan perkara itu turut bersetuju dengan hujahan tersebut, tetapi dihalang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk diperkatakan dengan lebih jauh.

Sebelum itu, kesemua ahli Parlimen terbabit turut gagal untuk memperkatakan perkara itu dengan lebih jauh kerana dihalang keras oleh beliau, atas alasan perkara itu menyimpang dari tajuk perbahasan.

Ketika membangkitkan perkara itu, mereka turut diganggu oleh wakil BN yang membawa gambaran kejadian itu adalah kejadian amat kecil kepada mereka dan tidak perlu dibangkitkan di Dewan Rakyat. -HD

Seperti yang GB ulas sebelum ini, kenyataan/alasan SPRM tidak dapat diterima. Ia semacam sengaja ada satu gap kononnya mangsa bersendirian.

pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

"Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan," tambah kenyataan tersebut.


Gap itu serupa macam kes Teoh dimana dikatakan Teoh dibiarkan sendirian berbaringan di sofa pejabat SPRM.

Jadi kali ini tidak mungkin rakyat boleh menerima alasan orang yang disiasat "membunuh diri".

SPRM tidak perlu berteori lagi dan polis tidak perlu melakukan cover up sepertimana kes Teoh Beng Hock dan Datuk T.

Rakyat sudah buka mata dengan sebesar-sebesarnya terhadap SPRM dan PDRM. -GB

Taib letak adik sendiri di Muara Tuang dipersoal

Posted: 06 Apr 2011 03:29 AM PDT

KOTA SAMARAHAN, 6 April: Tindakan Ketua Menteri Sarawak meletakkan adiknya sendiri, Datuk Sri Mohd Ali Mahmud, untuk bertanding di DUN Muara Tuang menyerlah amalan kronisme di kalangan keluarga Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Tindakan ini juga melambangkan Barisan Nasional (BN) tidak sedar apakah kehendak rakyat Sarawak sebenarnya sekarang hatta tidak sedar bahawa rakyat sudah muak dengan kekayaan dan kuasa yang berpusat di sekitar Taib Mahmud.

(Gambar: Mahfuz bersama calon PAS, Noraini [dua dari kiri] semasa perarakan calon)

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, hasrat rakyat untuk melakukan perubahan boleh dilaksanakan dengan memberikan undi kepada calon PAS yang bertanding di situ.

Hasrat ini, katanya, semakin jelas apabila golongan muda turut menyertai PAS melalui beberapa cawangan penaja PAS di Dun tersebut.

Menurutnya, sewaktu merasmikan penubuhan cawangan penaja malam tadi, ketua cawangannya, Abdul Rahman Doli meluahkan kebimbangan masa depan Sarawak jika tak berlaku perubahan politik baru.

"Isu di sini ialah soal kronisme di mana mereka tidak lagi begitu gembira dengan kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud apatah lagi calon yang bertanding ini adik beliau sendiri.

"Kita lihat juga semalam kehadiran anak muda yang begitu mempunyai semangat yang tinggi untuk melakukan perubahan dan ini menunjukkan hasrat rakyat yang sebelum ini kita tidak tahu dan apabila PAS bertanding, baru kita tahu mereka cari kita," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Dewan Suarah hari ini.

Beliau juga berkata, BN tidak lagi menghadapi laluan mudah untuk mengekalkan kedudukannya di Dun tersebut.

"BN tak akan mendapat jalan yang mudah seperti sebelum ini. Kalau sebelum ini mereka ada jalan mudah untuk menang besar tapi saya percaya kali ini jalannya sukar.

"Contohnya, seperti yang berlaku di Tenang, BN berhempas pulas menurunkan jentera untuk melawan PAS," katanya.

Tambahnya, tindakan adik Taib itu kekal bertanding di Dun tersebut menunjukkan beliau dan abangnya Taib ingin menambahkan kekayaan.

"Muara Tuang ini mereka anggap begitu mudah untu menang dahulu, tetapi penolakan orang terhadap Taib Mahmud orang melihat bahawa tidak wajar untuk Taib Mahmud bertanding lagi dan mengekalkan adiknya, seolah-olah Taib Mahmud ingin meneruskan empayar kekayaannya," katanya. -Hrkh

PANAS BERAPI :: albanjari Online's Feed :: Bloggers@Sarawak-18 SX : Jika calon cantik ini BN punya, papagomo masturbat** hari-hari !

Posted: 06 Apr 2011 03:24 AM PDT

She look super young bro ! Baru 20 tahun. Calon DAP paling muda untuk Sarawak. Masih bujang plak tu. 加油 !!!

However, age and size doesn't matter. As long her constituency satisfy her jobs....keep up with your mission.

Hope she also could help out many of the genuine and origin bumiputra there relief from the BN oppression !

Nah..kat bawah ni, large shot untuk pembaca albanjari online. Lim Guan Eng mengiringi bakal calon DAP (kiri) ke pusat penamaan calon pada pagi tadi. Wow bro..!!







Papagomo



Soi Lek cerita pasal moral ........
Thamby pun cerita pasal moral ...
Blogger pun cerita pasal moral .....
Wakakak !!!

Tolak budaya politik lucah – Mufti Perlis

Posted: 06 Apr 2011 12:21 AM PDT

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya (Gambar) menyambut baik ketegasan Speaker Dewan Rakyat menolak tayangan video seks tetapi mahu rakyat menentang pihak yang cuba "membawa budaya politik lucah" ke Parlimen.

Kata beliau, politik akhlak dan adab mesti dijadikan sebagai kod etika yang mesti dipatuhi oleh semua ahli politik di Malaysia.

Sementara Malaysia sedang menuju kematangan dalam demokrasi berparlimen, kata tokoh agama ini, sikap pihak yang tidak bertamadun mesti ditolak.

"Sikap pihak-pihak yang tidak bertamadun, sukakan kontroversi tanpa memikirkan norma akhlak dan adab kemanusiaan mesti ditolak," kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Justeru kata Juanda, beliau menyambut baik ketegasan Parlimen menolak idea agar rakaman video seks dipertontonkan kepada wakil rakyat untuk menentukan ketulenan.

"Saya amat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t atas penolakan Tan Sri (Pandikar Amin Mulia), Speaker Dewan Rakyat terhadap usaha pihak yang kotor akal dan fikirannya untuk menayangkan video seks di Parlimen.

"Tan Sri Speaker wajar dipuji kerana terus berusaha keras mempertahankan kemuliaan Islam dan Parlimen negara kita," katanya.

"Saya berdoa agar Allah s.w.t memberikan kekuatan akli dan emosi kpd Tan Sri Speaker bagi menjaga martabat Malaysia melalui tatacara Parlimen yang bertamadun, berakhlak dan berfikiran waras dalam menjaga kepentingan negara," katanya.

Tengah hari semalam, Pandikar menolak keras cadangan agar ditayangkan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didedahkan "Datuk T", di Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika memberikan respons terhadap kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh yang sebelum ini mencadangkan agar rakaman video seks itu ditayangkan ketika sidang Parlimen, yang berakhir minggu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz juga menyokong idea itu kelmarin.

Pandikar juga menegaskan imuniti Parlimen tidak sepatutnya disalah guna dan ahli Parlimen tidak seharusnya menggunakan Dewan Rakyat untuk agenda politik dan peribadi.

Saf Anti Lucah (SAF) juga meminta ahli-ahli Parlimen tidak salah guna imuniti sehingga mencemarkan institusi Parlimen. –TMI

SAH, SPR MEMANG BARUA UMNO-APCO!!

Posted: 06 Apr 2011 12:09 AM PDT

SPR tolak bantahan PAS


http://buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/prnsarawakpenamaancalon9.jpgKOTA SAMARAHAN, 6 April: Bantahan PAS terhadap calon BN di Dun Muara Tuang, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud kerana didakwa gagal mengemukakan penyata kewangan ditolak oleh SPR.

Ekoran bantahan itu menyebabkan proses penamaan calon di N.15 Dun Muara Tuang lambat selesai.

Pihak SPR mengumumkan pertandingan satu lawan satu di Dun tersebut kira-kira jam 1.30 petang walaupun proses berkaitan penamaan calon tamat jam 12.00 tengah hari.

PAS yang meletakkan Noraini Hamzah sebagai calonnya mendakwa Mohamad Ali gagal mengemukakan penyata kewangannya pada tahun 2006, ketika menjadi calon BN ketika itu. -Hrkh

Menteri Besar Perak yang sah, Mohammad Nizar Jamaluddin mengetuai perarakan calon PAS-Pakatan Rakyat DUN N 15 Muara Tuang Normala Hamzah pada penamaan calon pagi tadi - Foto TPUnmasked

oleh: JalanPulang

Jam 1.35 tengah hari ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mencatat sejarah baru!

Calon Barisan Najis dari PBB menggelabah mencari penyata kewangan pilihanraya tahun 2006.

Dan setelah dihantar, walaupun dibantah oleh pemimpin PAS yang berada di sana, antaranya Menteri Besar Perak yang sah, Mohammad Nizar Jamaluddin, akhirnya Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN tersebut menerima kertas pencalonan adik Taib Mahmud!!

Kekecohan berlaku apabila Mohamad Ali Mahmud gagal menyerahkan penyata kewangan piliharaya DUN Sarawak pada 2006 setelah proses bantahan tamat jam 11 pagi tadi.

Pemimpin PAS membantah keputusan Pengurus Pilihanraya yang masih menunggu Ali menghantar penyata kewangannya walaupun jam sudah melewati 1230 tengah hari!

Dan akhirnya malaon pencaci Umno-APCO ini masih menerima juga kertas pencalonan setelah Ali menyerahkannya hanya pada jam 1.20 tengah hari!

Mungkinkah SPR akan umum kemenangan PAS di Muara Tuang?

Posted: 05 Apr 2011 11:21 PM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/prnsarawakpnmcalon2a.jpgSudah melepasi jam 12 dan proses penamaan calon ditutup, namun sehingga jam 12.30 tadi, semua pihak yang berada di Dewan Suarah Kota Samarahan masih tertunggu-tunggu.

SPR masih belum menisytiharkan calon-calon yang bertanding di N15 DUN Muara Tuang.

Ia adalah kerana, pada ira-kira 3 minit terakhir, sebelum bantahan ditutup pada jam 11 pagi, PAS telah membuat bantahan yang mengejutkan pihak Barisan Nasional.

Kerana bantahan tersebut, Penasihat Kontingen PAS Terengganu, Haji Hanafiah memaklumkan kepada Buletinonline, para peguam dan petugas BN serta SPR sedang berpeluh-peluh mencari-cari dimanakah penyata kewangan calon BN bagi pilihanraya 2006 yang lalu.

Selain itu, PAS juga membuat bantahan keatas borang calon BN yang telah didapati mempunyai kesalahan ketika diisi.

Seorang peguam yang berada di Dewan Suarah Kota Samarahan, Fariz Irwan Mustafa memberitahu, pihaknya telah mengemukakan kedua-dua bantahan tersebut bagi pihak calon PAS.

Apakah SPR berani mengisytiharkan bahawa N15 DUN Muara Tuang milik PAS setelah calon BN yang juga adik Taib Mahmud sendiri melanggar peraturan SPR???

http://buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/prnsarawakpenamaancalon9.jpgSebelumnya, calon PAS Noraini Hamzah (Kak Ani) diiringi kira-kira 200 penyokong tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Suarah Samarahn jam 8.45 pagi.

Ia diikuti kemudian oleh calon BN Dato' Seri Mohammad Ali Mahmud tiba jam 9.00 pagi.

Kedua-dua calon mengemukakan borang pencalonan kepada pegawai pilihanraya N15 Muara Tuang, Mohd Aini Wahab masing-masing jam 9.05 pagi dan 9.15 pagi. -BO

TERKINI: Pegawai Kastam Pula Mati Jatuh Dari Bangunan SPRM

Posted: 05 Apr 2011 11:20 PM PDT

Pegawai Kastam disiasat mati jatuh dari bangunan SPRM

KUALA LUMPUR, 6 April — Seorang pegawai Kastam yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mati selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Agensi itu akan mengadakan sidang media tengah hari ini.

Insiden terbaru ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai Kastam di seluruh negara. -TMI


Customs officer in graft probe falls to death at MACC building

KUALA LUMPUR: A Customs officer under probe for graft involving unpaid taxes is believed to have fallen to his death from the 3rd Floor of the MACC Building in Jalan Cochrane here on Wednesday morning.

The remains of the officer, who had been released on bail two days ago, was found at 10.15am.

It is learnt that the officer had returned to the MACC office on Wednesday to meet the investigation officer.

MACC director of investigations Datuk Mustafar Ali, who confirmed the incident, said the investigation officer had told the Customs officer to wait and went to collect the case file.

"When he came back, he found the Customs officer missing," he added.

MACC is scheduled to hold a press conference on the incident Wednesday afternoon. -thestar



Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM


Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikatjamin dua hari lalu, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibunegara pagi ini.

Mangsa tersebut difahamkan adalah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Sementara itu, Star Online melaporkan bahawa pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke pejabat SPRM hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah bangunan tersebut pada jam 10.15 pagi. -mk

KP kastam terkejut pegawai kanan jatuh bangunan


Ketua pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf kini berada dalam keadaan terkejut setelah menerima berita berhubung insiden kematian seorang pegawai kanannya pagi ini.

Pegawai kanan itu dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat jatuh dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

"Ya, kita sahkan insiden itu berlaku. Datuk Seri dalam keadaan terkejut bila dengar cerita ini," kata pembantu khas Mohamed Khalid, Masrul Amri Kamaruddin.

Masrul Amri juga berkata, ketua pengarah itu dijangka memberi kenyataan kepada media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terangganu pada malam ini.

Mohamed Khalid berada di bandar tersebut untuk mengikuti satu mesyuarat, dipercayai berhubung siasatan yang dijalankan SPRM ke atas jabatan berkenaan.

Difahamkan, mangsa insiden itu merupakan seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKED) Selangor.

Difahamkan, pegawai berkenaan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu. -mk

Persoalan kini jika pegawai berkenaan dikatakan telah "dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu", (who had been released on bail two days ago) mengapa SPRM tergesa memanggilnya ke pejabat SPRM?

Kedua: Apakah ini menjelaskan juga bahawa bangunan SPRM tidak selamat? atau

SPRM itu Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia?

Sama-sama kita tunggu kenyataan media selanjutnya oleh SPRM. -GB

Sarawak: Sekitar Penamaan Calon N.15 Muara Tuang,DS Nizar beri sokongan.

Posted: 05 Apr 2011 09:32 PM PDT






Penamaan calon di DUN N.15 Muara Tuang melibatkan calon dari PAS yang mewakili Pakatan Rakyat manakala PPB mewakili dari Barisan Nasional. Pertandingan melibatkan antara PAS dan PPB. Proses penamaan calon ditutup jam 10 pagi.

Pimpinan PAS yang hadir termasuklah Dato Seri Nizar Jamaluddin selaku ADUN Pasir Panjang yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mahfuz Omar selaku Ahli Parlimen Pokok Sena dan ramai lagi. Kebanyakkan penyokong adalah dari negeri Perak.

Laporan akan menyusul dari semasa ke semasa dengan perkembangan terkini yang berlaku di Sarawak.

oleh: kijang59

PAS, BN berentap di Beting Maro

Posted: 05 Apr 2011 09:25 PM PDT

BATANG LUPAR, 6 April: Calon PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus akan ditentang calon BN, Razaili Gapor sekaligus menyaksikan perlawanan satu lawan satu bagi Dun Beting Maro.

Kedua-dua mereka diumumkan sah bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tepat jam 11.38 tengah hari tadi selepas tiada sebarang bantahan diterima SPR sepanjang sejam sesi bantahan dibuka.

Abang Ahmad menyerahkan borang pencalonan jam 9.05 pagi manakala Razaili jam 9.10 pagi di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Pusa di sini.

Abang Ahmad, 32, dicadang oleh Alem Din iaitu calon PAS pada pilihan raya negeri sebelum ini dan disokong Abg Noh Abg Seman.

Manakala Razaili, 56, dicadang oleh Aweng Rosli dan disokong Mohidin Bolhasan.

Turut mengiri calon PAS ke pusat penamaan hari ini Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Adun Meranti Datuk Nasruddin Daud, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, Adun Kijang Wan Ubaidah Omar dan beberapa exco Pemuda PAS Pusat.

Sementara itu lebih 400 penyokong yang terdiri masyarakat tempatan dari pelbagai peringkat umur, turut mengiringi calon PAS ke pusat penamaan pagi ini.

Mereka berkumpul di sebuah kawasan rumah kedai seawal jam 7.30 pagi sebelum berarak ke tempat penamaan kira-kira 500 meter.

Sambil memakai baju hijau bercetak gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka turut melaungkan 'undi PAS', 'Pangkah bulan' dan 'Hidup PAS.

Beting Maro mempunyai komposisi kaum Melayu/Melanau 90.99%, Cina 2.28% dan Iban 6.73%.

Pada pilihan raya negeri 2006 sebelum ini dikuasai BN melalui calon mereka Bolhassan Haji Di. -Hrkh

PRN Sarawak: Rakyat Bersemangat Untuk Tumbangkan BN

Posted: 05 Apr 2011 09:10 PM PDT


Proses penamaan calon DUN Sarawak berjalan lancar pagi ini dengan kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat turun mengiringi calon masing-masing di hampir kesemua 71 kerusi yang dipertandingkan.

DI LAWAS


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengiringi calon N 70 Ba'kelalan yang juga Pengerusi PKR Negeri Baru Bian di Majlis Daerah Lawas.

DI PIASAU


Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim mengiringi calon DAP-Pakatan Rakyat, Ling Sie Kiong di Sibu.

DI MIRI


Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua mengiringi calon DAP-Pakatan Rakyat bagi DUN Bawang Assan, Alice Lau Kiong Yieng menyerahkan kertas penamaan calon di Majlis Perbandaran Miri.

DI BINTULU


Naib Presiden PKR, Tian Chua mengiringi calon PKR-Pakatan Rakyat bagi DUN Senadin, Dr Michael Teo Yu Keng.

LAPORAN PENUH MENYUSUL

9 pagi hingga 10 pagi: Tempoh penamaan calon
10 pagi hingga 11 pagi: Tempoh bantahan
11 pagi hingga 12 tengahari: Pengumuman calon yang layak bertanding oleh SPR

Pilihan raya negeri Sarawak ke-10 bermula hari ini dengan proses penamaan calon yang dijalankan serentak bagi semua kawasan DUN.

Tempoh kempen ditetapkan selama 10 hari dan tarikh mengundi ditetapkan pada 16 April.

Pilihan raya kali ini menjanjikan perkembangan menarik di sudut BN yang berusaha memperbaiki prestasi mereka berbanding pilihan raya negeri terakhir pada 20 Mei, 2006.

Dalam pilihan raya itu BN kehilangan lapan kerusi – sebahagian besarnya di kawasan majoriti Cina di Kuching dan juga di kerusi majoriti Dayak di Engkilili dan Ngemeh.

Sementara itu, Pakatan Rakyat yang berbekalkan pengalaman mentadbir beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pula menawarkan kerajaan alternatif kepada pengundi.

Pertembungan di antara pelbagai parti dijangka akan berlaku khususnya di kawasan majoriti bumiputera, termasuk di antara Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS).

Fokus kali ini tertumpu kepada beberapa 'heavyweight' tempatan yang bertanding sebagai calon bebas, termasuk bekas timbalan menteri pelajaran Datuk Salleh Jaffarudin yang akan menentang ketua menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di DUN Balingian.

Penyandang kerusi Padungan, Dominique Ng juga meraih perhatian di Batu Lintang.

Beliau mungkin akan bertanding sebagai calon bebas atau terus menentang PKR yang baru ditinggalkannya.

Beberapa kerusi panas juga dikesan di kawasan yang terlibat dengan pentadbiran kerajaan negeri ke atas tanah adat Orang Asal Sarawak, pembukaan kawasan hutan dan pembinaan empangan hidroelektrik.

Di kawasan luar bandar ini, BN dijangka akan memainkan isu 'undi BN untuk pembangunan' bagi menyekat kemaraan pembangkang yang akan membawa isu-isu nasional dan seruan untuk memilih pemimpin baru.

LAPORAN LANGSUNG

8.45am: Balingian- Kira-kira 300 penyokong PBB berkumpul di sebuah masjid, 11 kilometer dari pusat penamaan calon. Kerusi di Mukah ini dijangka menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah mencabar KM, Taib Mahmud. Turut menjadi tumpuan adalah calon bebas, Salleh Jafaruddin, yang mahu menumbangkan sepupunya Taib.

Salleh tiba di pusat penamaan calon bersama isterinya dan lima penyokong pada jam 7.20 pagi.

8.47am: Satok - Kira-kira 250 penyokong BN berkumpul lebih kurang 2.5km dari pusat penamaann calon di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang.

Mereka datang bagi meluahkan sokongan kepada timbalan presiden PBB yang dilihat juga sebagai bakai ketua menteru, Datuk Abang Johari Openg, yang akan mempertahankan kerusinya untuk kali kelapan.

PKR pula menurunkan seorang peguam syarie Ahmad Nazib Johari sebagai calon Pakatan.

8.50am: Batu Kawah - Suasana seakan pesta di Kota Padawan di mana penamaan calon akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kota Padawan.

Kira-kira 200 penyokong BN mengiringi calon mereka Tan Joo Phoi dari pusat operasi mereka di pekan kecil yang dihuni majoritinya masyarakat Cina. Ia terletak kira-kira 20km dari selatan Kuching.

Penyokong DAP pula hanya berjumlah 50 orang seperti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang menemani calon mereka, Christina Chiew ke pusat penamaan calon.

"Saya rasa yakin, Begitu juga ibu bapa saya, Mereka datang dari Sibu untuk menyokong saya," kata Chiew.

Chew adalah jurutera kimia dan sebelum ini berkhidmat sebagai pembantu ADUN Pending, Violet Yong.

8.55am: Beting Maro - PAS, yang bertanding di lima kerusi dikatakan mempunyai peluang terbaikn di sini. Mewakili parti Islam itu ialah peguam Abang Ahmad Kerdi Abang Magasus. Keputusan tidak menampilkan calon ulama bertujuan memantapkan imej PAS sebagai parti yang moden.

Sementara itu, BN menurunkan seorang pendatang baru, Razaili Gapor. Keputusan itu dikatakan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan akar umbi yang kecewa bahawa penyandangnya Bolhassan Ahmad digugurkan.

Pada pilihan raya negeri yang lalu, PAS tewas tipis dengan 895 undi di kawasan yang majoriti pengundinya adalah Melayu /Melanau. Kerusi ini mempunyai 4,742 pengundi.

9.05am: Padungan - Kira-kira 200 penyokong DAP dan PKR berada di luar bangunan Majlis Perbandaran Kuching Selatan - tempat penamaan calon bagi tiga kersi Padungan, Pending and Batu Lintang. Ketiga-tiga kerusi di Kuching ini mempunyai penduduk majoriti Cina.

Tidak seperti di Semenajung Malaysia, suasana penyokong agak terkawal - tiada jerit menjerit mengenai slogan parti.

Jumlah penyokong BN yang tiba di pusat penamaan calon jauh lebih besar daripada penyokong Pakatan. Dianggarakan tidak kurang 1,000 yang datang sambil mengibarkan bendera BN.

9.14am: Layar - Calon PKR Stanny Embat, tiba dengan 100 penyokong yang berarak dari pekan Betong ke pejabat daerah yang dijadikan pusat penamaan calon di Layar. Ia sebuah kerusi di pinggir bandar yang majoriti pengundi adalah masyarakat Iban. Kerusi ini telah dipegang oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu untuk selama tujuh penggal.

Penyokong PKR pula diketuai oleh timbalan ketua menteri, Datuk Mansor Othman. Mereka membawa sepanduk dan bendera parti sambil melaungkan"Reformasi!" dan "Tumbang Jabu!".

Calon Snap Joe Unggang, diiringi kira-kira 50 penyokong yang berkemeja T kuning, warna rasmi parti itu.

9.15am: Balingian -Ketua Menteri Taib, 74, tiba selepas diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN).

Turut sama, isteri Taib, Puan Sri Ragad Waleed Taib.

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak sebelum itu berarak sejauh kira-kira dua kilometer bersama penyokong yang membawa bendera BN dari Masjid Setia Raja ke pusat penamaan calon sebelum menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Nawawi, yang juga Pegawai Daerah Mukah.

Sebelum itu, bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin, 65, menyerahkan borang pencalonan sebaik sahaja pusat penamaan calon dibuka pada 9 pagi.

Salleh, diiringi isterinya, Datin Sharifah Hajijah Syed Jamil dan seorang lagi bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Bujang Ulis, serta dua orang penyokong.

9.20am: Layar - Timbalan Ketua Menteri, Jabu tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan kira-kira 300 penyokong yang mengibarkan bendera BN dan PBB.

Mereka melaungkan "1Malaysia", "1Sarawak" dan "1BN".

Selain Stanny (PKR), Joe (Snap) dan Jabu (BN), terdapat seorang lagi calon Bebas, Tedewin Ngumbang, yang kelihatan di pusat penamaan calon. Keempat-empat mereka dilihat memfailkan borang pencalonan masing-masing.

9.25am: Padungan - Penyandang kerusi Padungan Dominique Ng tiba di pusat penamaan calon bagi kawasan Padungan, Pendingdan Batu Lintang.

Adalah dipercayai beliau akan mempertahankan kerusinya itu dan dijangka berdepan dengan calon DAP Wong King Wei.

Semalam, ketika mengumumkan dirinya keluar PKR, beliau berkata akan bertanding di Padungan ataupun di Batu Lintang.

9.26am: Batu Kawah - Penyandang Tan Joo Phoi, seorang anak tempatan mampu akan dapat mempertahankan kerusinya daripada dicabar oleh gadis kelahiran Sibu, Christina Chiew dari DAP.

"Mereka masih baru di kawasan ini dan belum melakukan apa-apa pun tetapi kita mesti kerja keras (dalam kempen)," katanya ketika mengemukakan borang pencalonannya.

10.01am: Satok - Pegawai pengurus pilihan raya Onn Abdullah mengumumkan tamatnya tempoh penamaan calon dan bermulanya tempoh bantahan yang akan berakhir pada jam 11 pagi ini.

Hanya Abang Johari (PBB), 61 dan Ahmad Nazib (PKR), 35, yang telah mengemukakan borang pencalonan masing-masing.

10.03am: Penamaan calon ditutup jam 10 pagi, dan tempoh bantahan sehingga 11 pagi

Mukah - DUN Balingian menyaksikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud berdepan dengan calon PKR, Suriati Abdullah dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin PKR.

Batu Kawah - Pertandingan satu lawan satu antara Tan Joo Phoi dari SUPP dan Christina Chiew dari DAP.

Bawang Assan - Hanya Datuk Seri Wong Soon Koh (SUPP) dan Alice Lau (DAP) menyerahkan kertas pencalonan.

Tupong - Datuk Daud Abdul Rahman (BN) dan Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR) serah borang pencalonan.

Bukit Sari - Hanya penyandang Awang Tengah Ali Hassan (BN) dan calon PKR Japar Suyut serah borang pencalonan.

Kota Sentosa - Borang pencalonan calon Bebas Tay Wei Wei ditolak kerana pencadangkanya bukan pengundi berdaftar di DUN tersebut.

10.20am: Jepak - Pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh di twitter menulis: Sebanyak enam calon mengemukakan borang. Mereka adalah dari PKR, PBB, Snap, PCM, Parti Ekonomi Rakyat dan seorang calon Bebas.

10.35am: Padungan - Dominique Ng, disahkan akan mempertahankan kerusi Padungan sebagai calon Bebas.

Ia adalah pertandingan tiga penjuru - pencabarnya adalah Sim Kiang Chiok (SUPP) dan Wong King Wei (DAP).

Batu Lintang juga menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan Soo Lina bertanding sebagai calon Bebas bagi bertarung denagn See Chee How (PKR) dan Sih Hua Tong (SUPP).

Adalah difahamkan bahawa Soo adalah bekas anggota PKR dan penyokong kuat Ng.

Padungan dan Batu Lintang adalah kawasan majoriti Cina di bandaraya Kuching dan kedua-dua kerusi itu adalah kubu kuat Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun pertukaran kerusi antara DAP dan PKR dikatakan telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong kedua-dua parti dan ini mungkin memecahkan undi pembangkang.

Pending, bagaimanapun akan menyaksikan pertandingan terus antara penyandangnya Violet Yong (DAP) dan Sim Kui Hian (SUPP).

10.36am: Belaga - ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai dalam tweet menulis: Pertandingan enam penjuru di Belaga! Kerusi ini terletak di pedalaman Sarawak. Pada pilihan raya lalu, calon BN Liwan Lagang (PRS) menang dengan majoriti 227 undi.

10.37am: Bengoh - MP PKR Selayang William Leong menulis di tweeter: "Bengoh pertandingan empat penjuru antara Willie Mongin (PKR), Jerip Susil (BN), Richard Peter (Snap), Wejok Tomik (Independent)."

Bengoh, yang kira-kira sejam dari Kuching, adalah kerusi majoriti Bidayuh. Pada 2006, Jerip Susil mengalahkan calon Snap Mangan Ngandok.

Antara isu di kawasan ini adalah bantahan penduduk berhubung pembinaan Empangan Bengoh bernilai RM315 juta dan juga pengambilan tanah hak adat kaum pribumi.

10.40am: Batu Kawah - Hadir di Kota Padawan adalah Timbalan Menteri Kerjaraya Yong Khoon Seng.

Yong, naib presiden SUPP adalah juga ahli parlimen bagi kawasan itu (Stampin). Beliau berbual dengan pekerja parti sebelum menyapa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Yong kemudian mempelawa Lim untuk menikmati kolo mee Sarawak yang terkenal itu. Juga hadir samna adalah bADUN Batu Lintang Voon Li Shan.

10.56am: Beting Maro - Naib presiden PAS Salahuddin Ayub berkata PAS berharap dapat memiliki kerusi pertamanya di Sarawak kali ini. Parti itu telah menyertai pilihan raya negeri sejak 2003 yang lalu.

Beliau diiringi calon parti itu Abang Awang Kerdee Abang Masagus. Menurut Salahuddin, terdapat angin perubahaan yang kini bertiup di bumi kenyalang itu.

"Sebelum ini PAS masih baru. Sekarang kita lebih dikenali di kalangan penduduk tempatan," katanya.

Selain Beting Maro, PAS juga bertanding di Sadong Jaya dan Sebuyau - semuanya kerusi majoriti Melayu.

11.30am: Piasau - Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan yang juga timbalan ketua menteri Sarawak akan dicabar oleh Ling Sie Kong daripada DAP.

-jalanpulang/malaysiakini

Gambar suasana penamaan calon di Sadong Jaya

Posted: 05 Apr 2011 09:03 PM PDT

PAS jangka sokongan wanita meningkat

Posted: 05 Apr 2011 09:01 PM PDT



NONEKUCHING, 6 April: "Sokongan wanita dijangka meningkat bila mana PAS dilihat berjaya meningkatkan taraf wanita dengan menurunkan calon muslimat," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.

Menurutnya, PAS mempunyai harapan dengan menampilkan calon baru berbanding calon Barisan Nasional dilihat daripada sokongan penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum Bidayuh, Iban, Cina dan Melayu.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Krai mengiringi calon PAS bagi Dun Tanjong Datu, Nani Sahori.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai perarakan calon PAS di Dun berkenaan yang turut disertai Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama hampir seratus penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Cuaca yang mendung dengan suasana yang tenang di hari penamaan calon juga telah memberi keselesaan kepada kedua-dua penyokong yang berada di luar Pagar Dewan Masyarakat Lundu. -Hrkh

Tengok nii..Lagi Kenyataan Polis Yang "Menyakitkan" Hati...

Posted: 05 Apr 2011 05:33 PM PDT

Penyebaran video Fitnah Anuar, yang tersiar dalam YouTube petang semalam tidak mengganggu siasatan polis..Fuhhh..

Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Ghazali Md Amin berkata,siasatan polis hanya tertumpu kepada penyebaran video tersebut yang menggelarkan diri mereka datuk "T" sahaja.
"Walaupun video tersebut telah tersebar secara meluas namun siasatan polis tidak terganggu,"jelas beliau.

"Cuma kalau ada aduan dibuat mengenai muat turu video tersebut dalam Youtube barulah kita boleh membuka kertas siasatan dan mengkaji kesalahan apa yang dilakukan,"katanya.


Juragan : Kalau video Chua Sui Lek dulu,siap warning habis..dan siapa
yang memiliki video tersebut akan ditangkap.bila bab video Anuar
"tak Nganggu siasatan"katanya..Perghh..bunyi macam tak kisah aje beb,
macam perumpamaan "ada babi hutan disebali jamban" kah3..??

Game Over: Konspirator & UMNO Bernafas Dalam Lumpur Akibat Klip Video Youtube

Posted: 05 Apr 2011 05:26 PM PDT

Youtube tonjol "Kelemahan" video aibkan Anwar

Satu Malaysia kecoh …kerana sebuah klip video kurang dua minit. Ada yang mengatakan orang itu mirip Anwar Ibrahim, tidak kurang yang sangsi. Anwar berkata beliau "tidak peduli' kerana tahu pelaku dalam rakaman itu bukan beliau.

Tindakan oleh pihak yang memuatkan video itu jelas untuk mengaibkan lagi Anwar setelah beliau enggan tunduk kepada ugutan supaya beliau dan isterinya berundur dari politik – sesuatu yang amat dihajati oleh Umno, namun tidak kesampaian.

Walau bagaimanapun setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Kepada mereka yang mempunyai kepakaran di bidang video dan mahu menegakkan kebenaran (tanpa dipengaruhi laporan media arus perdana) rakaman pendek Youtube membolehkan mereka menguji kesahihan video Datuk "T" itu buat kali pertama dengan "barang kes itu sendiri."

Jelas beberapa persoalan asas muncul selepas melihat klip satu minit 41 saat itu, secebis daripada rakaman 21 minit yang didalangi oleh gadingan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Bagi mereka yang arif dalam penerbitan video persoalan pertama adalah kenapa wajah pelaku tidak jelas?

Jawapan adalah kerana Kamera "night vision" digunakan.

Kamera ini biasa digunakan apabila keadaan sesuatu tempat adalah gelap tetapi bilik hotel yang dirakam jelas mempunyai lampu dengan pancaran bayang jelas kelihatan pada dinding bilik.

Jadi kenapa kamera night vision digunakan – jawapan paling logik adalah tindakan itu disengajakan kerana kamera sedemikian akan memastikan muka pelaku dalam rakaman adalah "soft", dan samar-samar.

Ini membolehkan pelbagai tafsiran dibuat mengenai identiti pelaku.

Persoalan penting adalah kenapa pihak yang membuat rakaman tidak menggunakan kamera biasa yang akan menampakkan dengan jelas wajah pelaku jika tujuan rakaman adalah untuk mendedahkan Anwar melakukan perbuatan sumbang.

Persoalan seterusnya ialah apa signifikannya bayang-bayang pelaku yang tertera jelas pada dinding.

Mereka yang arif dalam penerbitan video akan terus menjurus kepada bayang-bayang pelaku yang dihasilkan oleh kilauan lampu di sekitar bilik hotel berkenaan. Bilik diterangi dengan lampu, menyebabkan pantulan bayangan pada dinding dan pada tubuh ketiga-tiga pelaku setiap kali mereka melintasi lampu yang dimaksudkan.

Jika bilik diterangi sebegitu rupa, agak mustahil pelaku tidak tahu tujuannya.

Agak mustahil pelaku tidak tahu mereka sedang dirakamkan (hakikat ini akan diperkuatkan dengan hujah seterusnya).

1. Rakaman itu akan menunjukkan bahawa kedua-dua pelaku, satu berseluar dan satu bertuala begitu tekun menggunakan remote control (alat kawalan jauh) berwarna hitam yang diletakkan di atas meja di mana kamera "night vision" dipasang.

- Mungkin pihak "sebelah sana" akan mendakwa "remote contol" itu adalah untuk penghawa dingin bilik namun ini amat disangsikan kerana kedua-dua pelaku menghalakan "remote control" itu kepada apa yang ada di atas meja berkenaan.

- Fakta KEDUA-DUA pelaku lelaki mencapai dan menggunakan alat "remote control" dan mengajukannya PADA ARAH SAMA sebelum beredar adalah petanda jelas pelaku dalam video TAHU malah mendalangi rakaman itu.

- Satu kelemahan kamera "night vision" adalah ia boleh mengambil visual wajah pelaku secara samar-samar atau "soft". Namun ia tidak dapat menyembunyi atau melunturkan imej susuk tubuh pelaku. Oleh kerana itu perut buncit dan "tetek labuh" pelaku tidak dapat dikaburkan. Ini membolehkan perbandingan jelas dibuat antara susuk tubuh Anwar dan pelaku dalam video itu.

Segala pengamatan ini diperkuatkan dengan beberapa fakta asas – video yang dinaikkan di Youtube disunting dari sudut-sudut tertentu yang pelakunya mirip iras wajah Anwar.

Kenapa agaknya pihak berkenaan tidak memuatkan keseluruhan video berkenaan di Youtube?

Jawapannya tentu kerana jika lebih banyak sudut pelaku dalam video itu ditonjolkan, risiko adalah lebih besar dan pelbagai persoalan akan ditanya oleh rakyat dan sekali gus menghakis persepsi yang cuba di tanam oleh dalang rakaman itu di minda rakyat.

Media arus perdana telah memainkan klip rakaman itu berulang kali di televisyen. Akhbar kawalan Umno turut memuatkan gambar dari klip itu di muka depan dan di muka dalam dengan mesej yang sama – tak syak lagi memang Anwar dalam rakaman video mengadakan seks dengan pelacur Cina.

Namun pengamatan yang teliti mengenai video itu oleh pakar-pakar berkaitan akan mendapati video berkenaan dihasilkan oleh seorang yang tahu menggabungkan "kuasa" kamera dengan penataan cahaya lampu' untuk mencapai maksud yang dihajatkan oleh pihak yang mengupahnya.

Persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam rencana ini menguatkan hujah bahawa polis tidak sekadar boleh menyiasat ketulenan video itu semata-mata tetapi memperinci sama ada pelaku dalam rakaman itu benar-benar Datuk Seri Anwar Ibrahim atau tidak.

Dan, biarlah siasatan itu telus setelus-telusnya dan bukan sekadar menanam tebu di bibir. - Wira Arjuna


Video Lucah : SAKSIKAN dan BEZAKAN..
(Kenapa Janggut Anwar cepat tumbuh?)


Saksikan dan bezakan antara dua Video clip dibawah.. satu video clip yang menunjukkan kononnya aksi Anwar dengan China Doll yang telah dirakamkan pada 21 Feb 2011 menurut Datuk Eskay salah seorang dari "Three Stooges" itu..

Dan satu lagi pula adalah video clip dari TV Selangor yang merakamkan Anwar Ibrahim di Mahkamah tinggi pada 22 Feb 2011 iaitu sehari selepas video lucah yang dibintangi oleh Anwar kononnya menurut "Three Stooges"..

Bezakan dengan hati yang terbuka.. bukan dengan dendam yang membara..

Adakah benar pelakon Video Lucah itu Anwar atau ianya adalah fitnah golongan haram jadah..

Kita permudahkan segalanya..
21 Feb 2011.. Anwar tak ada janggut.. tapi
22 Feb 2011.. janggut Anwar sudah panjang..
atau adakah Anwar menggunakan janggut palsu?? Kalau bukan janggut palsu ubat pelebat janggut jenis apakah yang Anwar pakai?? Sehinggakan boleh tumbuh begitu lebat hanya dalam sehari? -darisungaiderhaka



Polis bertanggungjawab bocor video fitnah- bekas Ketua Polis Daerah Baram

Posted: 05 Apr 2011 05:23 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kegagalan Polis menjaga keselamatan video fitnah yang diserahkan oleh trio Dato T membuktikan institusi itu tidak boleh dipercayai, kata bekas Ketua Polis Daerah Baram, Sarawak Voon Lee Shan.

Menurut Voon, selain trio Dato T, hanya polis memiliki video itu sebelum ia tersebar secara meluas di internet, semalam. Tegasnya, ia menunjukan pihak polis boleh diandaikan terlibat dalam penyebaran video itu.

"Dua isu utama yang perlu diambil kira dalam hal ini. Pertama, Pegawai polis yang terlibat dalam menjaga video itu harus disiasat dan kedua, jabatan yang dipertanggungjawabkan menjaga bahan bukti itu tidak boleh dipercayai," katanya kepada Keadilandaily.

Sehubungan itu, tegas beliau, Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) perlu ditubuhkan segera kerana jelas agensi itu gagal menjaga keselamatan rakyat dan memulih imejnya yang berpihak kepada Barisan Nasional.

"Bagaimana mereka hendak menjaga keselamatan rakyat jika video seperti itu pun gagal mereka uruskan," soal beliau yang bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Baram hampir 10 tahun.

Voon lee Shan turut menegaskan sekiranya video itu dengan mudahnya bocor di internet, ia menunjukkan bukti yang didakwa itu juga mampu direka dengan tujuan mengaibkan Anwar oleh musuh politiknya.

"Saya cukup yakin ini merupakan fitnah kali ketiga yang sengaja diwujudkan untuk membunuh kerjaya politik Anwar. Lebih-lebih lagi kewujudan video itu berkait rapat dengan musim pilihan raya di Sarawak.

"Namun berdasarkan mood rakyat dan kajian saya mendapati kes video fitnah itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Sarawak. Malah memberikan undi simpati kepada Anwar dan Pakatan Rakyat di sini," kata beliau yang kini seorang peguam.

Video itu mula didedahkan Datuk T yang didalangi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan Dato Shuib Lazim.

Ia ditayangkan pada 21 Mac lalu di Hotel Carcosa Seri Negara kepada wartawan terpilih, pada hari sama Dewan Undangan negeri Sarawak dibubarkan. Semalam, sedutan video itu dimuatnaik ke laman You Tube oleh blogger pro- Umno- Barisan Nasional.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan pihak polis terlibat dalam penyebaran video lucah palsu itu.- keadilan daily

PRN Sarawak - Mampukah Pakatan Rakyat Menang ?

Posted: 05 Apr 2011 05:17 PM PDT

Oleh: Cyberboron
Tempur rasmi gelanggang politik Sarawak bermula pagi ini, Rabu 6 April 2011 dengan proses penamaan calon di 71 kawasan DUN merangkumi keluasan 124,450 kilometer persegi Bumi Kenyalang.

Siapa yang boleh menang? Parti mana yang akan menang? PBB, PKR, SUPP, DAP, SNAP, PAS, PRS, SPDP, PERS? Gabungan mana yang akan membentuk kerajaan, BN atau PR? Jawabnya, apa pun boleh berlaku. Segalanya mungkin.

Namun secara jujur wajar diakui bahawa BN masih kelihatan mampu untuk berada di depan @ boleh menang. Pakatan Rakyat ada harapan tambah kerusi berbanding 7 yang dimiliki hasil PRN 9 (6 DAP dan 1 PKR). Angka 36 (kerusi) untuk membolehkan pembentukan kerajaan dengan majoriti mudah (36:35) masih sangat ajaib untuk diraih oleh PR walau pun tidak mustahil. Semuanya bergantung kepada seribu satu macam latar belakang dan perkembangan.

Calon-calon bebas atau yang mewakili parti bukan BN dan bukan PR juga masih ada upaya mencipta kemenangan berdasarkan rekod politik Sarawak. Kalau menang, calon bebas atau calon parti bukan BN/PR ini masih berupaya mencipta pelbagai kejutan terutamanya jika penguasaan BN-PR hampir seimbang.
Mampukah 'isu' mempengaruhi penentuan sikap pengundi Sarawak? Apakah rakyat Sarawak 'peduli'?

Berkesankah pendedahan kekayaan keluarga Taib Mahmud? Mampukah video seks trio T membuahkan kebencian pengundi terhadap Anwar dan PKR? Ada banyak lagi isu yang dimainkan sejak setahun lalu. Isu tanah adat. Isu 'al-kitab' Bible Bahasa Melayu. Isu pengganti Taib. Isu Effendi Norwawi vs Adenan Satem. Isu bini Taib Mahmud, dulu Poland sekarang Lubnan. Isu kemudahan asas yang sangat teruk di 9/10 keluasan Bumi Kenyalang berbanding kekayaan hasil bumi yang ada. Dan macam-macam lagi.

Kaji selidik, penelitian dan pemerhatian yang dibuat oleh pelbagai pihak menunjukkan bahawa majoriti rakyat Sarawak 'tak peduli' terhadap isu yang melatarbelakangi persaingan antara parti-parti politik (khususnya antara BN dan PR). Mereka tak peduli sama ada keluarga Taib benar-benar kaya atau tidak. Mereka tak mahu tahu sama ada kekayaan itu hasil korupsi dan salah guna kuasa atau ia diperolehi secara halal dan bersih. Mereka tak heran pun pada kegagalan rundingan antara PKR dengan SNAP. Isu video Trio T langsung tak laku. Mereka tak berminat nak ambil tahu siapa yang akan jadi Ketua Menteri baru. Taib nak kahwin dengan spesis X dari planet Nibiru pun mereka tak peduli. Orang Beting Maro tak mahu tahu apa yang berlaku pada orang Limbang. Orang Mukah tak peduli nasib orang Belaga.

Isu ekonomi, kewangan, integriti, keperibadian pemimpin, kesaksamaan hak, korupsi, salah guna kuasa, bahaya nuclear, profesionalisme polis serta lain-lain isu nasional dan sejagat hanya boleh dihadam oleh kelompok khas dan kecil merangkumi tak lebih daripada 15 peratus pengundi Sarawak kelas menengah di kawasan bandar dan yang berdekatan dengannya. Ini adalah realiti.

Pengundi kaum Tionghua (Cina) boleh berdiskusi tentang politik yang menyangkut aktiviti kehidupan mereka terutama isu peluang dan kemudahan berkaitan ekonomi. Pengundi beragama Kristian yang ada latar belakang pendidikan boleh diajak berbincang tentang double standard BN dalam isu Kalimah Allah dan Bible Melayu. Hanya tak lebih daripada sepuluh peratus orang Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan lain-lain peribumi Sarawak yang mahu berbincang tentang hak-hak mereka khususnya berkaitan tanah adat. Orang Melayu dan Melanau pun masih rendah tahap minat mereka untuk terlibat dengan diskusi politik.

Persoalan tahap 'celik' dan 'peduli' politik ini merupakan sudut penting yang sepatutnya diambil kira oleh parti politik dan mana-mana pihak yang mahu membina, mengukuh atau merobah kesedaran politik Bumi Kenyalang. Seterusnya rumusan daripada fakta berkaitan kecelikan dan kepedulian ini hendaklah dijadikan asas bagi penetapan langkah dan strategi. Hanya kaedah ini yang mampu menghasilkan pendekatan yang berkesan dan boleh diukur pencapaiannya. Tetapi ini cerita kerja dan langkah jangka panjang. Kalau hari ini belum wujud strategi berasaskan perkiraan 'tahap peduli' ini maka ia tak akan sempat di'set-up' untuk memenangi pertempuran 16 April 2011. Carilah kaedah lain.

Untuk tempoh 10 hari menjelang pengundian pada 16 April ini, BN memiliki kelebihan dalam segala hal yang bersangkutan dengan peluang mempengaruhi kecenderungan pengundi. Mereka ada segala-galanya. Salah guna jentera kerajaan (pusat dan negeri). Penguasaan media elektronik dan cetak. Rasuah pengundi empat lima puluh ringgit. Rasuah ketua kelompok masyarakat empat lima ratus ringgit. Ugut pengundi. Kalau tak sokong BN, nanti tak dapat itu ini. Tarik balik itu ini. Putar belit segala macam. PR parti penjajah semenanjung. PBB kepunyaan orang Sarawak. Anwar nak kaut kekayaan Sarawak untuk dibawa ke semenanjung.

BN ada rangkaian kempen yang lengkap strukturnya hingga ke segenap pelusuk dan ceruk Sarawak sama ada melalui unit-unit organisasi parti (negeri – bahagian – cawangan) atau melalui unit-unit pentadbiran kerajaan (jabatan peringkat negeri – bahagian – daerah – daerah kecil – kampung). Dalam konteks Sarawak, tak ramai anak kampung yang berani menyanggah ketua kampung masing-masing.

Seterusnya, ketua kampung akur kepada arahan atau permintaan pegawai kerajaan yang mentadbir mereka di peringkat Daerah Kecil. Aliran kepatuhan ini membawa ke peringkat Daerah, Bahagian dan kemuncaknya di peringkat Negeri. Akur dan patuh melalui aliran pentadbiran kerajaan ini bukan saja dalam urusan 'pentadbiran' malah telah dimanupulasi dengan jayanya untuk maksud politik BN sejak sekian lama. Beginilah Sarawak dan politik Sarawak setakat hari ini. inilah realiti Sarawak.


Maka apa ruang yang ada untuk Pakatan Rakyat dan apakah ada peluang untuk menang? Jawabnya, ada peluang tetapi tipis. Bukan mustahil menumbangkan BN tetapi memerlukan keajaiban. Rukun utamanya ialah melangkah berasaskan realiti. Berdiri di atas fakta. Be real. Mensasarkan senjata tepat ke sasaran. Jangan tipu diri sendiri.

Berceramahlah dalam keadaan sedar bahawa ribuan kajian profesional membuktikan bahawa hasil ceramah sebenarnya sangat sedikit. Mainkanlah isu asalkan jangan hanya syok sendiri. Diraikan tidak semestinya bermaksud disukai. Gah penampilan dengan pengiring berbondong-bondong sebenarnya merimaskan dan menakutkan pengundi.

Logiknya PR masih mampu buat kejutan. Ramai pemimpin dan petugas PR dari luar Sarawak telah berkampung di kawasan DUN tanggungjawab masing-masing. Sekiranya semua petugas benar-benar 'turun padang' bertemu pengundi secara peribadi dengan pendekatan santai yang menyentuh hati, perbincangan 'tak memaksa' yang mampu menggetarkan minda, pertemuan eksklusif tertutup yang tak disedari oleh lawan dan kawan 'si dia' yang dikunjungi serta penghujahan secara tidak 'membodohkan' sasaran, insyaallah akan ada hasil yang memberangsangkan.

Secara kasar bolehlah dikatakan purata pengundi bagi satu kawasan DUN ialah 10,000. Peratus keluar mengundi paling tinggi ialah sekitar 80% atau 8000 pengundi. Kalau dapat lebih sedikit daripada 4000 undi dah boleh menang. Kalau ada 30 petugas di satu kawasan DUN, setiap seorang perlu mengunjungi tak kurang daripada 133 pengundi untuk mendapatkan angka 4000 ++. Masa ada 10 hari. Tolak 2 hari yang terakhir untuk susulan dan langkah khas, maka hanya ada 8 hari untuk berkunjung. Seorang petugas perlu bertemu tak kurang daripada 17 pengundi dalam satu hari untuk mencapai sasaran. 8 hari darab 17 pengundi = 136. Hasilnya, 30 petugas darab 136 pengundi = 4080 pengundi. Zon menang boleh dicapai.

Mampukah seorang petugas mengunjungi 17 pengundi sehari? Kalau masa yang diperlukan untuk menyempurnakan maksud satu kunjungan ialah 1 jam, maka 17 pengundi memerlukan 17 jam. Tak cukup masa. Tetapi, berdasarkan purata 25% pengundi adalah yang berumur di bawah 35 tahun, maka bolehlah dikatakan ¾ daripada jumlah pengundi adalah pasangan suami isteri. ¾ daripada 17 ialah 12.75 atau sekurang-kurangnya 6 pasangan suami isteri. Ini bermakna jumlah kunjungan yang perlu dibuat ialah 11 kunjungan (6 pasangan + 5 pengundi belum berkahwin). Sebahagian daripada 5 pengundi yang belum berkahwin itu pula mungkin merupakan anak kepada 6 pasangan suami isteri tersebut. Jika demikian, jumlah kunjungan semakin kurang. Ringkasnya, bolehlah dikatakan seorang petugas hanya perlu membuat 9 kunjungan sehari. 9 kunjungan, 9 jam.

Rumusannya, misi ini mampu dilaksanakan. Namun begitu ia tidaklah semudah ayat matematik yang dihuraikan. Beberapa perkara dan persediaan asas perlu dibuat untuk menghasilkan rangka kerja yang mampu dilaksanakan dan boleh mencapai objektif.

Lontaran buah fikir dalam tulisan ini hanya satu daripada entah berapa ratus idea yang boleh dilaksanakan untuk mencapai kemenangan. Struktur idea dan angka-angka yang dikemukakan adalah sekadar contoh untuk menerangkan konsep dan logik di sebalik idea. Wallahu a'lam. Masa yang ada hanyalah sepuluh hari. (sumber-MalaysiaTimes)

(*) Ciberboron - Beliau salah seorang daripada 5 bloggers PAS/Pakatan Rakyat yang dipilih dalam misi tajaan rakyat maya ke Sarawak.

Tiada ulasan: