Isnin, 4 April 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Panas! Betul Kah Ini Anwar? Video Didedahkan. Anda Nilaikan!

Posted: 04 Apr 2011 06:15 AM PDT




Klip video seks didedah 'Datuk T' muncul di YouTube
TERKINI @ 07:45:46 PM 04-04-2011
Oleh Shannon Teoh
April 04, 2011

Sedutan daripada klip rakaman video yang disebarkan menerusi YouTube dan blog-blog pro-Umno.
KUALA LUMPUR, 4 April – Klip video dua minit yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melanggan seorang pelacur asing kini dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno.

Difahamkan klip itu disebarkan dalam dunia siber sejak semalam.

Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.

Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan panjangnya 21 minit.

Klip video hitam putih itu turut membawa jalur warna putih di bahagian bawah dengan tulisan Thail, yang tidak terdapat pada rakaman yang didedahkan kepada media sebelum ini.

Dalam pada itu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang daripada "Datuk T" ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, mereka tidak mengedarkan rakaman itu kepada sesiapa kecuali kepada polis.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai ini," kata beliau sambil menambah beliau perlu melihat dulu sebelum mengulas.

Anwar, Ketua Pembangkang, telah menafikan beliau sebagai lelaki dalam video itu dan mendakwa Umno sebagai dalang pendedahan.

Penglibatan bekas ketua Pemuda Umno Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dalam pendedahan juga menyebabkan ramai beranggapan bahawa ia kerja Umno, tetapi parti teras BN itu mengambil langkah menjauhkan diri daripada dakwaan sedemikian.

Klip itu muncul di Internet dua hari selepas polis mengesahkan bahawa rakaman video itu adalah tulen.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pakar-pakar tempatan telah mengesahkan bahawa rakaman video seks yang didedahkan oleh "Datuk T" bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Ismail berkata ia adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes tersebut dan kertas siasatan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Pada 23 Mac lalu, Shazryl Eskay mengaku bahawa beliaulah yang mempertontonkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara.

Shazryl juga mendedahkan bahawa gelaran ''Datuk T'' merujuk kepada tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks itu, yang sebenarnya bermakna ''trio'' iaitu beliau sendiri, Abdul Rahim dan Shuib.

Polis telah menubuhkan satu pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Siasatan itu dibuat ekoran laporan polis oleh Anwar yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan.

Puak laknat umno dah mampus modal. Kesian beb! Hahahahahaha...

Kenyataan Media: Respon terhadap Tayangan Video Dato’ T oleh Cybertroopers UMNO

Posted: 04 Apr 2011 05:30 AM PDT

Sewaktu 'Dato' T' mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di Carcosa Seri Negara dan saya tegaskan bahawa video tersebut palsu, tukang sorak-tukang sorak UMNO bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya.

Hari ini saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar.

Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar.

Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik.

Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik. Tarikh video ini ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Enam persoalan asas masih belum terjawab:

1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?

2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T.

3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

4. Dato' T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011". Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?

5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.

6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?

Sudah sampai masanya kita menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang merendahkan wibawa politik negara kita. Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita. Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai Buku Jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus
bermaharajalela.

Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama.

Video seks: Hisham tolak kajian dakwa BN, Umno dalang

Posted: 04 Apr 2011 03:00 AM PDT

Oleh Melissa Chi
011

KUALA LUMPUR, 4 April – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak kajian pandangan umum yang menunjukkan majoriti rakyat Malaysia beranggapan Barisan Nasional (BN) adalah dalang di sebalik pendedahan rakaman video seks mendakwa membabitkan aksi seks Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kajian adalah kajian, pada akhirnya, orang ramai akan memutuskan.

"Setahu saya, saya hanya mahu tahu kebenaran dan pada saya, saya tidak terlibat... dan jika anda menganggap saya sebagai (orang) BN, maka BN tidak terlibat," kata beliau selepas majlis menandatangani memorandum berhubung kerjasama imigresen dengan United Kingdom di Hotel Le Meridien.

Kata Hishammuddin , apa yang pihaknya boleh lakukan ialah melalui proses dan "berdasarkan laporan polis, kita telah melakukan dengan telus."

"Polis telah melakukan siasatan, mereka telah melihat ketulenan video seks dan sekarang mereka telah kemukakan kepada Peguam Negara (AG)," katanya lagi.

"Ini adalah satu proses normal yang seseorang perlu lalui dan itulah cara yang betul ke depan bagi rakyat untuk meyakini bahawa Barisan Nasional atau kerajaan bukan dalang (pendedahan rakaman)... perlu konsisten, tidak mahu bermain galeri dan hanya buat kerja anda, itu yang saya beritahu kepada Ketua Polis Negraa dan itu yang beliau lakukan.

"Kebenaran akan muncul pada akhirnya, saya percaya, kecuali orang ramai mahu mempolitikannya," kata beliau lagi.

Kajian Merdeka Center yang disiarkan The Malaysian Insider semalam menunjukkan majoriti rakyat Malaysia berpandangan pendedahan rakaman video seks oleh tiga "Datuk T" termasuk diakui sendiri oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan rakannya bermakna berkemungkinan skandal itu didalangi BN.

Hasil kajian menunjukkan 39 peratus daripada 504 responden menuding jari ke arah BN dan Umno ekoran pendedahan video tersebut dua minggu lalu.

Pun begitu ramai juga yang sangsi dengan kemungkinan itu memandangkan 38 peratus mengatakan mereka tidak tahu.

Hanya 18 peratus dengan tegas mengatakan BN tidak terlibat dalam kontroversi itu yang menunjukkan seorang lelaki, didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat, mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing.

Hasil kajian yang diperoleh The Malaysian Insider semalam dikendalikan antara 24 dan 27 Mac lalu.

Daripada 504 responden yang ditemui, 85 peratus sedar kewujudan video itu manakala 15 peratus mengatakan mereka tidak tahu.

Ada banyak ruang kabur (dalam pandangan) di kalangan orang ramai, kemungkinan disebabkan ketidakpastian, sesetengah (pula masih) teragak-agak atau memang kurang maklumat apabila bercakap mengenai Anwar, memandangkan kebanyakan maklumat yang ada mengenai beliau adalah (condong kepada) satu pihak dan negatif," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian mengenai hasil kajian itu.

Ketika menemui pemberita tiga hari selepas pendedahan rakaman itu, Abdul Rahim yang juga bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pemuda Umno pusat berkata, beliau mengulangi pendiriannya meminta pemimpin pembangkang yang dirujuknya sebagai "si polan" supaya meletak jawatan atas factor liabiliti, seperti yang dilakukan olehnya ketika berdepan dakwaan merogol gadis bawah umur kira-kira 17 tahun lalu.

Beliau berkata tindakannya meletak jawatan sebagai ketua menteri Melaka adalah kerana permintaan Anwar pada ketika itu, yang menyifatkannya sebagai bebanan kepada Umno selain faktor semangat kesetiaan kepada kepentingan-kepentingan negara walaupun mahkamah kemudian mendapatinya tidak bersalah.

"Dia (Anwar) kata saya jadi liabiliti walaupun tak bersalah dan telah dibuktikan di dalam mahkamah. Saya berhenti. Jadi, hari ini saya harap Anwar ikutlah contoh saya. Rakyat yang taat setia dan menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan negara," katanya.

Anwar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di hotel Carcosa Seri Negara bulan lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan.

Minggu lalu, Hishammuddin berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Anwar yang mengaitkan beliau dalam kes video seks itu.

Pada satu perhimpunan di Shah Alam 28 Mac lalu, seminggu selepas pendedahan rakaman video seks itu, Anwar menegaskan, pendedahan dibuat "Datuk T" tidak akan sesekali "membunuh" karier politiknya.

Sebaliknya, tegas Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-BN tetapi Allah s.w.t.

"Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik.

"Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN... belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia," katanya.

Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga Pakatan Rakyat dibentuk tiga tahun lalu.

Anwar berkata, "isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara."

Selain Abdul Rahim, dua "Datuk T" yang lain ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Ketiga-tiga mereka merupakan ahli politik dan perniagaan terkenal dalam lingkungan BN-Umno ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar, juga Ketua Umum PKR, turut menyifatkan Abdul Rahim sebagai "jaguh baru" yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya.

Hanya akan tanding kalau sokongan kuat, kata Mat Sabu

Posted: 04 Apr 2011 02:06 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 4 April — Ahli jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu menafikan beliau secara rasmi sudah menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden parti pada pemilihan parti Jun ini.

Sebaliknya, bekan naib presiden PAS itu berkata, beliau hanya akan mengumumkan secara rasmi pendiriannya seminggu sebelum pemilihan diadakan.

"Belum lagi...belum lagi... saya masih belum ada menawarkan diri lagi, bagaimana saya nak tawarkan diri kalau pencalonan pun saya belum tahu.

"Menawarkan diri itu istilah yang tidak betul, apa yang saya katakan saya bersedia menawarkan diri dan bertanding sekiranya pencalonan yang diterima saya kuat, kalau tidak kuat saya mungkin tidak akan bertanding," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tegas Mohamad, apa-apa keputusan akan dibuat selepas semua kawasan membuat pencalonan dalam mesyuarat agung tahunan masing-masing bagi memilih pucuk pimpinan sehingga 10 Mei ini.

"Bagaimana saya buat keputusan, kita biarkanlah kawasan mesyuarat dulu, kalau saya hanya dapat tiga atau empat pencalonan susah untuk saya bertanding.

"Senang kata kalau sokongan saya kuat, saya akan bertanding dan kalau sokongan tidak kuat mungkin saya tidak akan bertanding tapi buat masa sekarang saya belum menawarkan diri secara rasmi lagi," katanya.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan Mohamad secara rasmi menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu.

Katanya, antara tujuan utama beliau menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding adalah bagi membantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegakkan keadilan Islam khasnya di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Jawatan nombor dua parti ini dijangkakan menjadi rebutan antara penyandangnya Nasharudin Mat Isa selepas Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan tidak akan bertanding jawatan itu.

Bagaimanapun usaha The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahan daripada Nasharudin sehingga kini masih belum berhasil.

Sekiranya, Mohamad bertanding ini merupakan kali kedua beliau berbuat demikian setelah tewas kepada Nasharudin dua tahun lalu.

Turut bertanding ketika itu ialah Datuk Husam Musa.

Ketika itu kedua-dua Mohamad dan Husam merupakan naib presiden.

Pada pemilihan itu, Nasarudin mendapat 480 undi untuk mengekalkan jawatannya, Husam memperoleh 281 undi manakala Mohamad hanya 261 undi.

Video: Guru Menari Poco-Poco Macam Beruk! Ustaz Azhar Mengulas Hukum

Posted: 04 Apr 2011 01:30 AM PDT

Umno ajar rakyat tonton video lucah – Mohamad Sabu

Posted: 04 Apr 2011 01:00 AM PDT

SUBANG JAYA: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sebenarnya mengajar rakyat Malaysia bercakap hal-hal lucah semata-mata mahu menimbul video fitnah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Setiap hari saya akan menerima sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). Dah tengok ke belum? Hari ini, orang hanya bercakap pasal perkara lucah.

"Ini semua gara-gara kerajaan Malaysia ajar rakyat tengok video lucah. Kalau tanya saya mahu tengok atau tidak, saya akan cakap aku tak tengok, tak mahu tengok dan tak akan tengok," kata Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Beliau berkata demikian pada ceramah 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' di Stadium 3K SS13/1, Subang Jaya malam tadi.

Turut berucap dalam ceramah anjuran bersama ibu pejabat KEADILAN dalam siri Jelajah Pimpinan KEADILAN 2011 itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Mohamad Sabu berkata, taktik politik kotor yang melanda negara sekarang akibat pemimpin yang dirosakkan isteri sendiri.

"Di Tunisia, Ben Ali rosak kerana bininya, Leila. Di Mesir, Hosni Mubarak rosak kerana bininya, Suzanne. Di Malaysia Najib, rosak kerana isterinya Rosmah Mansor," katanya disambut sorakan penyokong.

Beliau turut percaya tayangan dan pengedaran video fitnah adalah agenda kerajaan untuk mengaburi mata rakyat dengan krisis penyelewengan negara.

PKR tanding di 47 kerusi, tak dapat elak Snap

Posted: 04 Apr 2011 12:19 AM PDT

KUCHING, 4 April — Pertembungan antara calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dilihat tidak dapat dielakkan dengan pengumuman PKR akan bertanding di 47 kerusi pada pilihan raya negeri kali ini.

Keputusan PKR mahu bertanding di 47 kerusi diumumkan pada majlis pengumuman calon dan penyerahan watikah bagi zon Sarawak tengah dan utara diadakan di sebuah hotel di Sibu hari ini.

Kelmarin, Snap berkata ia akan bertanding di 27 kerusi.

Empat kerusi lagi yang akan ditandingi PKR masih di peringkat rundingan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu bersama PAS dan DAP akan memberi saingan sengit kepada Barisan Nasional (BN) pada kali ini.

Di peringkat Sarawak, Snap merupakan rakan Pakatan Rakyat.

PAS dan DAP masing-masing bertanding di lima dan 15 kerusi.

"Kita akan bersungguh-sungguh berkempen dan memberikan penerangan kepada penduduk Sarawak untuk memberikan dokongan kepada Pakatan Rakyat.

"Pilihan raya Sarawak kali ini merupakan sejarah kerana buat pertama kali BN diberi tentangan sengit," kata Anwar.

Senarai calon PKR diumum hari ini:

N1. Opar — Boniface Willy Anak Tumek

N2. Tasik Biru — John Tenewi Nuewk

N4. Pantai Damai — Wan Zainal Abidin Wan Senusi

N5. Demak Laut — Ali Hossen Abang

N6. Tupong — Baharuddin @ Din Shah Mokhsen

N7. Samariang — Zulrusdi Mohamad Hol

N8. Satok — Ahmad Nazib Johari

N11. Batu Lintang — See Chee How

N14. Asajaya — Arip Ameran

N16. Bengoh — Willie Anak Mongin

N17. Tarat — Peter Ato Anak Mayau

N18. Tebedu — Christopher Anak Kiyui

N19. Kedup — Lainus Anak Andrew Luwak

N21. Simunjan — Mashor Hossen

N23. Lingga — Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan

N25. Balai Ringin — Ibi Anak Uding

N26. Bukit Begunan — Jimmy Lim

N28. Engkilili — Marudi @ Barudi Anak Mawong

N29. Batang Ai — Nicholas Bawin Anak Anggat

N30. Saribas — Abang Zulkifli Abang Engkeh

N31. Layar — Stanny Embat Pharoh Anak Laja

N32. Bukit Saban — Jerah Anak Engkiong

N33. Kalaka — Mohd Yahya Abdullah

N34. Krian — Ali Anak Biju

N35. Belawai — Abdul Wahab Abdullah

N37. Daro — Jamaluddin Ibrahim

N42. Meluan — John Brian Anthony Anak Jeremy Guang

N43. Ngemah — Aris Anak Alap

N44. Machan — Chen Nguk Fa

N49. Nangka — Norisham Mohamed Ali

N50. Dalat — Sylvester Ajah Subah

N51. Balingan — Suriati Abdullah

N52. Tamin — Mengga Anak Mikui

N53. Kakus — Paul Anyie Raja

N54. Pelagus — Edward Sumbang Anak Asun

N55. Katibas — Munan Anak Laja

N56. Baleh — Bendindang Anak Manjah

N57. Belaga — Basah Kesing @ Ali Basar Kesing

N58. Jepak — Abdul Jalil Bujang

N60. Kemena — Bernard Binar Bayang Anak Rading

N61. Bekenu — Ishak Mahwi

N62. Lambir — Zolhaidah Suboh

N65. Senadin — Michael Teo Yu Keng

N67. Telang Usan — Ngau Laing

N69. Batu Danau — Lau Liak Koi

N70. Ba'Kelalan — Baru Bian

N71. Bukit Sari — Japar Suyut

Selepas 6 bulan nikah, baru tahu isteri ialah lelaki

Posted: 03 Apr 2011 09:00 PM PDT

JAKARTA - Setelah bernikah selama enam bulan, seorang lelaki, Umar baru mengetahui bahawa isterinya itu ialah seorang lelaki tulen, lapor akhbar Sumut Pos semalam.

Umar berkenalan dengan isterinya itu, Fransiska Anatasya Octaviany menerusi Facebook setelah tertarik dengan kecantikan wajahnya.

"Semasa mereka bertemu, lelaki yang mengaku wanita itu memakai tudung," kata seorang pegawai polis di Jatiasih, Bekasi, Darmawan Karosekali kelmarin.

Namun, setelah enam bulan bernikah, Umar melihat terdapat sesuatu yang mencurigakan pada tubuh isterinya itu kerana dia kelihatan tegap.

"Selepas diperiksa (oleh Umar), ternyata dia (Fransiska) memang laki-laki," kata Darmawan.

Umar yang berasa tertipu kemudian membuat laporan polis. "Buat masa ini, kita sudah tahan (lelaki yang menyamar wanita itu) dan kesnya sedang disiasat," kata Darmawan.

Pasangan itu berkahwin seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri setelah jiran-jiran Umar mengadu dia tinggal bersama Fransiska selama seminggu. Perbuatan tersebut tidak elok dipandang masyarakat dan agama.

Jiran-jirannya itu meminta mereka berkahwin dan pasangan itu bersetuju.

Jelas Darmawan, Fransiska memalsukan kad pengenalan dirinya, manakala dua orang rakannya menyamar menjadi ibu bapanya semasa akad nikah.

Jika didapati bersalah, Fransiska akan dihukum penjara tujuh tahun kerana menyamar menjadi lelaki. - Agensi

Video lucah selamatkan Najib

Posted: 03 Apr 2011 08:00 PM PDT

Oleh Mohd Rashidi Hasan

SEWAKTU berada di luar negara sepanjang minggu lalu, penulis dihujani dengan banyak SMS, emel serta beberapa panggilan terlepas (missed call) dari rakan taulan dari Malaysia.

Oleh kerana berada dalam zon masa yang berbeza, penulis pada awalnya hanya 'ignore' sahaja semuanya.Namun, selepas menyelesaikan beberapa urusan, penulis membuka telefon tangan dan membaca beberapa SMS, antara lainnya tertera:


"Salam..anta ke wartawan HARAKAH yang tengok video seks pemimpin Pakatan Rakyat?"

"Awat hang pi (pergi) tengok seorang?"

"Betul ke Anwar dalam video tu?"

Semua SMS tersebut tidak dibalas penulis, kerana ia tiada kaitan sama sekali dengan penulis. Kalau hendak dijawab pun' penulis tidak arif butiran mengenainya.

Sebelum berlepas keluar negara, penulis sempat mencatatkan sebuah artikel yang berkaitan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim, yang banyak membongkarkan konspirasi jahat pihak atasan Umno-BN.

Dalam sesi akhir perbicaraan sebelum ditentukan, kes ada prima facie atau tidak, segala penghujahan pendakwaraya sudah tertolak dan berjaya dibuktikan ianya tidak berasas.

Belumpun isu penipuan kes liwat selesai, timbul lagi satu isu panas, masih lagi berkaitan dengan Anwar.

Penulis sudah mengagak bahawa orang yang didakwa menonton video terbabit sudah tentunya wartawan kanan HARAKAH, Wan Nordin Wan Yaacob, kerana selain penulis, jika isu-isu berkaitan high-profile sebegini, selalunya diuruskan kami berdua.

Lantas penulis menghubungi beliau. Wan Nordin mengesah beliau diperangkap pihak tentu untuk dibawa menonton video lucah terbabit.

Alasan yang diberikan untuk menjustifasikan, mengapa beliau harus menonton video terbabit ialah 'demi PAS, PAS harus tahu siapa Anwar.'

Malah salah seorang daripada Dato' T tersebut menangis di hadapan wartawan, kononnya Anwarlah di dalam video dan beliau mempunyai perilaku yang menjijikkan. Oleh sebab itu PAS kata mereka, tidak harus berkawan dengan Anwar.

Pada pengamatan penulis, alasan inilah yang sering dihujahkan orang Umno kepada pemimpin PAS. Iaitu Anwar berakhlak buruk, PAS tidak boleh berkawan dengannya.

Sebaliknya Umno pula yang mendabik dada, kononnya mereka suci bersih, yang ikhlas berjuang untuk agama Islam dan bangsa Melayu.

Bagi mereka Anwar begitu kotor. Umno lah yang bersih. Dengan sebab itu mereka menghulurkan tangan 'perpaduan', mengajak PAS bekerjasama membentuk kerajaan negeri dan Pusat.

Jika kita hendak menghujahkan isu moral, akhlak dan peribadi, Umno dan pemimpinnya tidak layak sama sekali untuk berbicara soal ini.

Kerana sesiapa yang pernah masuk dalam Umno sahaja, yang mengetahui betapa rendahnya moral mereka.

Buruknya perilaku pemimpin Umno, sudah diungkapkan dalam novel SHIT karya Dato' Shahnon Ahmad. Shit yang dimaksudkan adalah najis atau tahi dalam bahasa pasar disebut taik. Kalau orang utara, lidah mereka tidak pandai sebut tahi, kalau mereka sebut taik, dengan 'qalqalah' dan 'idgham'nya sekali.

Menyentuh tentang taik ini, penulis teringat kata-kata al-Marhum Dato' Fadzil Mohd Noor, dalam suatu ceramah di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat Taman Melewar.

Kata beliau, "Umno ni ibarat tong taik, kalau kita nak cuci tong taik, kita kena cuci dari luar, bukan cuci dari dalam, kalau kita masuk dalam tong, dengan kita sama-sama jadi taik."

"Ha, ha, ha," mengilai besar aruah Pak Din Hancur, penyokong kuat PAS, yang sering duduk depan stage tiap kali Presiden PAS itu berucap.

Kiasan Ustaz Fadzil itu amat tepat dan bernas jika kita hendak kaitkan isu yang dihadapi Anwar kini.

Ustaz Fadzil mengkiaskan kekotoran dengan najis taik dan Anwar katanya, tidak akan mampu mencuci najis-najis tersebut dari dalam tong.

Apa yang dihujahkan Ustaz Fadzil ada kebenarannya. Akhirnya, walaupun sudah 13 tahun Anwar disingkirkan daripada Umno, najis-najis tinggalan Umno masih dipalitkan kepadanya. Poor Anwar.

Umno adalah yang begitu kotor, sentiasa dengan kekotoran, setelah gagal memalitkan Anwar dengan najis liwat pada tahun 1998 dan mereka mengulanginya pada 2008 (juga sudah gagal), maka kini hendak dimusnahkan Anwar dengan isu video pula.

Persoalannya di sini, apakah Anwar boleh dijatuhkan dengan isu video ini? Atau apakah dengan isu ini, karier politik Anwar boleh dimusnahkan?

Jika kita mengimbas kembali peristiwa 1998, di mana Anwar sudah dipersalahkan dan ditelanjangkan oleh media talibarut Umno-BN, jauh sebelum beliau dibicarakan.

Selepas beliau dipukul, dianiaya dan dipenjarakan, akhirnya didapati segala tuduhan yang dipalitkan kepadanya, tidak berasas.

Serupa juga dengan kes 2008. Di mana media massa dan pemimpin Umno sudah mempersalahkan Anwar, belum pun kes yang didakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan bermula.

Dua tahun lagi Anwar menanggung cacian yang menjijikkan kerana beliau digambarkan seolah-olah beliau kaki liwat dan suka kaum sejenis.

Sebaliknya, apabila kes mula dibicarakan, segala perancangan jahat Umno-BN mula terbongkar satu persatu.

Semua hujah pendakwaraya dan saksi mereka berjaya dipatahkan satu persatu. Dakwaan Saiful berjaya dibuktikan, wujud keraguan yang banyak.

Malah alibi yang dikaitkan dengan DNA milik Anwar, ditolak oleh mahkamah.

Maka apabila pihak tertentu mendapat bayangan mereka akan kalah dalam kes liwat II, maka mereka mula merancang untuk mencemarkan maruah Anwar dalam aspek yang lain pula.

Siapa mereka ini? Jawab seorang pembantu kanan kepada seorang bekas Menteri yang ditemui penulis Isnin lepas di Parlimen, katanya, "Bagi saya konspirator utama tetap Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Cuba you selidik, semua Dato' T ini rapat dengan siapa. Khabarnya sejurus sebelum video didedahkan, beliau berlepas ke Argentina," ceritanya.

"Susah juga nak establish connection Tun M dalam isu ini," getus penulis.

"Tak apalah..itu keja you cari maklumat..I hanya hendak beritahu you, bahawa Mahathir memang takut Anwar jadi PM (Perdana Menteri).

"Kalau Anwar naik, habis dia anak beranak, mana dia nak sembunyi kekayaan anak-anaknya," kata beliau bersungguh-sungguh.

Panjang lebar beliau menghurai peranan Mahathir yang didakwanya terbabit mengatur banyak langkah kononnya untuk membantu Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Apa agenda Mahathir, apa yang dilakukannya, boleh dibicarakan dalam sesi yang lebih khusus.

Buat masa ini, bagi penulis, Umno-BN tidak ada jalan lari selain membunuh karektor peribadi Anwar, kerana hanya melalui Anwar parti-parti pembangkang dapat bersatu menentang BN.

Banyak usaha memalitkan Anwar dengan jenayah menemui jalan buntu. Soal betul atau tidak, soal konpirasi akan terbongkar, bagi mereka itu cerita kemudian.

Yang penting, dalam waktu yang singkat ini, dengan sengaja hendak menanamkan persepsi pada minda rakyat bahawa Anwar ini tidak baik dan tidak layak menjadi PM. Itu sahaja.

Sekurang-kurangnya pada tahap ini mereka berjaya memerangkap Pakatan Rakyat, terjebak kepada agenda yang mereka setkan.

Menerui agenda setting ini, Umno-BN berjaya mengalihkan serangan terhadap PM Najib, lalu ditumpukan kepada Dato' T. Habis semua penceramah Pakatan Rakyat menyerang Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Agenda Buku Jingga dilupakan seketika. Skandal, rasuah, penyelewengan SPR, kelemahan SPRM, salahlaku Polis dan pelbagai isu-isu yang boleh menjatuhkan kredibiliti Najib dilupakan.

Ternyata, dalam kes video ini, mereka sudah berjaya menyelamatkan imej Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor daripada tercalar.

Maka saran penulis, Pakatan Rakyat usah terjebak dengan perangkap Umno. Kita harus berada diposisi ofensif, bukan defensif. Strategi menyerang Dato' T tidak menguntungkan Pakatan Rakyat untuk jangka panjang.

Hentilah bahas isu video ini, fokuskan kepada Sarawak dan banyak lagi isu-isu pokok. Jangan beri ruang Umno-BN untuk 'bernafas' untuk menyerang balik Pakatan Rakyat.

Video seks: Umum anggap Umno, BN dalang

Posted: 03 Apr 2011 07:00 PM PDT

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, Majoriti rakyat Malaysia berpandangan pendedahan rakaman video seks oleh tiga "Datuk T" termasuk diakui sendiri oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan rakannya bermakna berkemungkinan skandal itu didalangi Barisan Nasional (BN).

Kajian kendalian firma bebas Merdeka Center baru-baru ini menunjukkan 39 peratus daripada 504 responden menuding jari ke arah BN dan Umno ekoran pendedahan video tersebut dua minggu lalu.


Pun begitu ramai juga yang sangsi dengan kemungkinan itu memandangkan 38 peratus mengatakan mereka tidak tahu.

Hanya 18 peratus dengan tegas mengatakan BN tidak terlibat dalam kontroversi itu yang menunjukkan seorang lelaki, didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat, mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing.

Hasil kajian yang diperoleh The Malaysian Insider semalam dikendalikan antara 24 dan 27 Mac lalu.

Daripada 504 responden yang ditemui, 85 peratus sedar kewujudan video itu manakala 15 peratus mengatakan mereka tidak tahu.

Ada banyak ruang kabur (dalam pandangan) di kalangan orang ramai, kemungkinan disebabkan ketidakpastian, sesetengah (pula masih) teragak-agak atau memang kurang maklumat apabila bercakap mengenai Anwar, memandangkan kebanyakan maklumat yang ada mengenai beliau adalah (condong kepada) satu pihak dan negatif," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian mengenai hasil kajian itu.

Ketika menemui pemberita tiga hari selepas pendedahan rakaman itu, Abdul Rahim yang juga bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pemuda Umno pusat berkata, beliau mengulangi pendiriannya meminta pemimpin pembangkang yang dirujuknya sebagai "si polan" supaya meletak jawatan atas factor liabiliti, seperti yang dilakukan olehnya ketika berdepan dakwaan merogol gadis bawah umur kira-kira 17 tahun lalu.

Beliau berkata tindakannya meletak jawatan sebagai ketua menteri Melaka adalah kerana permintaan Anwar pada ketika itu, yang menyifatkannya sebagai bebanan kepada Umno selain faktor semangat kesetiaan kepada kepentingan-kepentingan negara walaupun mahkamah kemudian mendapatinya tidak bersalah.

"Dia (Anwar) kata saya jadi liabiliti walaupun tak bersalah dan telah dibuktikan di dalam mahkamah. Saya berhenti. Jadi, hari ini saya harap Anwar ikutlah contoh saya. Rakyat yang taat setia dan menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan negara," katanya.

Anwar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di hotel Carcosa Seri Negara bulan lalu.

Najib dan Hishammuddin masing-masing presiden dan naib presiden Umno kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan.

Minggu lalu, Hishammuddin berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Anwar yang mengaitkan beliau dalam kes video seks itu.

Pada satu perhimpunan di Shah Alam 28 Mac lalu, seminggu selepas pendedahan rakaman video seks itu, Anwar menegaskan, pendedahan dibuat "Datuk T" tidak akan sesekali "membunuh" karier politiknya.

Sebaliknya, tegas Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-BN tetapi Allah s.w.t.

"Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik.

"Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN... belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia," katanya.

Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga Pakatan Rakyat dibentuk tiga tahun lalu.

Anwar berkata, "isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara."

Selain Abdul Rahim, dua "Datuk T" yang lain ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Ketiga-tiga mereka merupakan ahli politik dan perniagaan terkenal dalam lingkungan BN-Umno ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar, juga Ketua Umum PKR, turut menyifatkan Abdul Rahim sebagai "jaguh baru" yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya.

Kebocoran dijangka dapat dikawal beberapa bulan lagi

Posted: 03 Apr 2011 06:30 PM PDT

TOKYO - Jurucakap Agensi Keselamatan Nuklear Jepun, Hidehiko Nishiyama menyatakan loji nuklear Fukushima Dai-ichi mungkin mengambil masa beberapa bulan lagi untuk dapat dikawal sepenuhnya.

Berita itu hadir ketika sekumpulan jurutera cuba mencari jalan bagi menghentikan kebocoran air yang mengandungi tahap radioaktif tinggi daripada terus memasuki Lautan Pasifik.

"Kita akan berdepan dengan situasi genting dalam tempoh beberapa bulan akan datang," kata Nishiyama. Bagi mengawal semua reaktor, loji itu memerlukan sistem penyejukan yang dipasang secara tetap demi mengelakkannya daripada mengalami masalah kepanasan melampau.

Pembantu kepada Perdana Menteri Jepun, Goshi Hosono menegaskan keutamaan kerajaan kini adalah untuk menghentikan kebocoran radiasi yang menimbulkan kebimbangan kepada rakyat.

"Kami tidak lari daripada krisis, namun keadaan semakin stabil. Berapa lama ia akan mengambil masa? Saya fikir mungkin beberapa bulan," kata Hosono.

Sabtu lalu, retakan sepanjang 20 sentimeter ditemui pada pit penyelenggaraan. Justeru, ia dikatakan sebagai punca kepada penemuan air laut yang mengandungi tahap radioaktif iodin yang tinggi sejak lebih seminggu lalu.

Sekeping gambar yang disiarkan oleh pengendali loji, Tokyo Electric Power Co. (TEPCO) menunjukkan pancutan air keluar dari dinding dan memasuki laut. Jumlah air itu masih belum diketahui.

Sabtu lalu, para jurutera cuba untuk menampal keretakan itu menggunakan konkrit tetapi usaha tersebut gagal. Semalam, mereka memasukkan campuran serbuk kayu, cebisan surat khabar dan polimer yang boleh mengembang kepada 50 kali saiz asalnya apabila terkena air.

Campuran polimer itu bagaimanapun masih gagal untuk mengekang kebocoran. Namun mereka tidak berputus asa dan akan mengetahui keadaannya pada hari ini. - Agensi

Sanggup beratur panjang kerana donut

Posted: 03 Apr 2011 06:00 PM PDT

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0404/Kosmo/Dunia/du_04.1.jpg

KANAN: LEBIH 1,000 orang beratur di luar kedai donut Krispy Kreme di Cardiff, Wales baru-baru ini.KECIL: Bentuk donut Krispy Kreme.

CARDIFF, Wales - Lebih 1,000 orang beratur selama berjam-jam di luar kedai donut Krispy Kreme di sini hanya untuk menikmati donut percuma sempena pembukaan pertama cawangan kedai dari Amerika Syarikat itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Pihak pengurusan kedai itu menyediakan 12,000 donut dalam tempoh 12 minit untuk memenuhi permintaan pelanggan baru-baru ini.

Bilangan yang beratur itu dua kali ganda lebih ramai daripada orang ramai yang beratur untuk membeli komputer iPad di bandar raya ini pada minggu lalu. - Agensi

Usah takut kalahkan BN di Sarawak

Posted: 03 Apr 2011 05:00 PM PDT

Oleh Noor Jaafar

Pengundi dalam pilihan raya negeri Sarawak dinasihatkan tidak takut untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Sarawak, sebaliknya beri peluang kepada parti pembangkang membuktikan kemampuan memerintah dan membela nasib rakyat dan memajukan Bumi Kenyalang itu.

Rakyat Sarawak boleh dikatakan sudah lama dianiayai Kerajaan BN yang memerintah negeri itu, baru sekarang iaitu apabila merasakan kedudukan tergugat baru hendak menjaga hati rakyat dengan menaburkan pelbagai janji termasuk memberi hak milik tanah yang sudah lama dimohon.

Rakyat Sarawak kena contohi rakyati di beberapa negeri yang diperintah pembangkang ketika ini, termasuk Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang yang terbukti mentadbir negeri dengan baik dan amanah rakyat tidak diabaikan.

Kalau rakyat berapa mengubah keadaan, sudah pasti mereka yang memperolehi faedahnya kerana kerajaan baru yang memerintah sudah pastikan akan melakukan yang terbaik untuk rakyatnya, bukannya seperti BN yang menganggap rakyat atau pengundi mudah ditipu dengan janji manis yang belum akan dilaksanakan setelah kekal memerintah nanti.

Baru sekarang BN menggunakan slogan Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan. Slogan itu boleh diibarat sebagai umpan untuk memperdayakan rakyat, tetapi nasib rakyat akan kekal tidak terbela, malah dibebankan dengan pelbagai kenaikan harga barang dan hutang.

Mana buktinya slogannya Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan sedangkan kehidupan rakyat semakin tertekan, peluang pekerjaan susah, gaji rendah, sedangkan kerajaan hanya mengutamakan kekayaan kroni.

Berbeza dengan cara pemerintahan negeri yang dikuasai pembangkang, tidak melakukan pembaziran wang rakyat, hak rakyat diutamakan, ekonomi negeri bertambah kukuh dan rakyat hidup lebih tenteram, aman dan sejahtera.

Rakyat kena berapi mengubah keadaan, jangan biarkan sesebuah parti yang gagal memerintah negeri terus diberi kepercayaan, sebaliknya memberi peluang kepada pembangkang melakukan perubahan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Di Sarawak, contohnya, jangan biarkan BN terus memerintah negeri hinggakan Tan Sri Taib Mahmud memonopoli kekayaan negeri itu sedangkan rakyat hidup menderita kemiskinan hinggakan tanah pun sukar diberikan hak milik.

Pemberian tanah baru-baru ini hanyalah untuk memancing undi kerana merasakan peluang BN tergugat kali ini

Pelawa Ku LI berjuang bersama Pakatan

Posted: 03 Apr 2011 04:10 PM PDT

Oleh Suhaimi Mokhtar

Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li memang dianggap umum satu-satunya pemimpin berwibawa Umno yang masih tinggal. Pemimpin dari keluarga diRaja Kelantan itu memang mempunyai pemikiran dan pendirian politik tersendiri, berbanding dengan pemimpin Umno yang telah luput, apalagi dengan pemimpin Umno terkini.

Ku Li yang hampir-hampir memenangi pemilihan Presiden Umno mengalahkan Dr Mahathir apabila beliau hanya kalah sebanyak lebih 40 undi, telah melalui pengembaraan politik yang jauh, berjuang untuk menjadi pemimpin utama negara, sebagai Perdana Menteri

Dari awal lagi, ketika masih muda Ku LI memang dipupuk dan diasuh oleh PM kedua, Tun Abdul Razak, ayahanda PM sekarang untuk mewarisi kepimpinan Umno, namun nasib tidak menyebelahinya. Beliau sentiasa terhalang oleh keadaan kelangsungan politik persekitaran yang kadang-kadang di luar perhitungan manusiawi.

Perlantikan Ku Li mengetuai Petronas, Pernas, Bank Bumiputra dan lain-lain agensi kerajaan yang dewasa ini lebih dikenali sebagai GLC (Syarikat Milik Kerajaan) merupakan petanda bahawa beliau memang di 'groom' untuk nanti mewarisi kepimpinan Umno.

Ku Li menjulang sehingga mencapai peringkat antara Naib Presiden Umno yang mendapat undi terbanyak, tetapi dalam pergolakan politik Umno, Ku Li tidak terpilih untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) ketika Hussien Onn, PM ketiga mengambil alih pimpinan Tun Razak yang meninggal dunia secara mengejut di London pada tahun 1976.

Khabar angin bertiup kencang bahawa Hussien Onn mahu melantik Ghazali Shafie sebagai TPM, tetapi tiga Naib Presiden, Ku LI, Ghaffar Baba dan Mahathir membantah ura-ura itu dan mahukan salah saorang dari tiga Naib Presiden dilantik.

Hussien Onn memilih Mahathir yang mendapat undi paling rendah diantara tiga Naib Presiden. Ku Li terhalang untuk menjadi TPM yang merupakan satu langkah ke hadapan bagi memungkinkan untuk menjadi PM.

Hussien Onn hanya menjadi PM satu penggal sahaja, jawatan itu diserahkan kepada Mahathir yang tidak memilih TPM tetapi membiarkan perlawanan antara Musa Hitam dan Ku Li bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden Umno bagi menentukan siapa di pilih oleh perwakilan Umno sebagai Timbalan Presiden dan sekaligus sebagai TPM.

Ku Li kecundang lagi akibat permainan politik Mahathir. Bulan madu pemerintahan awal Mahathir dengan regunya Musa yang dipanggil era 2M, Mahathir-Musa, tidak dapat bertahan lama. Musa berundur dan akhirnya sampailah saat pertandingan regu Ku Li- Musa, yang menyebelahi Ku Li bertanding melawan Mahathir-Ghaffar untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno.

Mahathir-Ghaffar menang dan Ku Li mengalami kekalahan akibat ada bahagian yang menjanjikan undi baginya, di saat-saat akhir tidak bersamanya. Sejak itu Ku Li mengembara jauh dalam arena politik yang sebelumnya menyaksikan Umno diharamkan pendaftarannya dan Mahathir menubuhkan Umno baru. Ku Li mahu mengekalkan Umno lama dan menamakannya sebagai Parti Semangat 46, mengambil sempena kewujudan Umno pada tahun 1946.

Kegagalan Ku Li untuk mengalahkan Mahathir berkemungkinan persepsi perwakilan Umno bahawa Presiden Umno dan sekaligus PM mestilah berkisar antara anak kelahiran Kedah, Pahang, Johor dan Pulau Pinang. Ku Li yang berasal dari Kelantan tidak diberi kesempatan, walaupun beliau juga membawa nama Tengku dihadapannya, seperti Tunku Abdul Rahman, PM pertama yang berasal dari Kedah. Nama Tengku sahaja tidak cukop bagi Ku Li kerana beliau berasal dari Kelantan.

Ku Li kemudiannya berada di pentas pembangkang dengan mengadakan persefahaman pilihanraya dengan PAS dan DAP. Dengan PAS digerakkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), tetapi dalam pilihan raya yang diadakan Semangat 46 tidak dapat menandingi Umno-BN yang menggunakan segala jentera kerajaan untuk menjamin kemenangannya. Melaluinya PAS bersama S46 mampu
mengambilalih pimpinan negeri Kelantan.

Ku Li akhirnya membubarkan S46 dan menyertai semula Umno tetapi rentetan yang panjang dalam karrier politik Ku Li ini menunjukkan Ku Li pernah berkerjasama dengan pembangkang terutama PAS, maka adalah sewajarnya Ku Li membuat satu penilaian semula terhadap politik baru bagi menyelamatkan negara ini dari politik kotor, jijik, rasuah, ketidakadilan dan penuh dengan fitnah serta
dendam kesumat.

Ku Li sebagai ahli politik ulong yang mempunyai kebijaksanaan mampu meningkatkan momentum bersama pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengangkat perubahan lanskap politik dan reformasi demokratik penuh keadilan dalam pilihanraya ke-13 bagi menamatkan pemerintahan kerajaan Umno-BN.

Perjuangan Ku Li dalam Umno sudah sampai kepenghujungnya. Terakhir Ku Li diminta berkhidmat untuk menggalas jentera pilihanraya kecil Dun Galas di Kelantan bagi merampas kemenangan dari PAS. Faktor Ku Li adalah sebahagian dari punca sebab kemenangan calun Umno di Galas yang terletak di bawah kawasan Parlimen Gua Musang yang merupakan satu-satunya kawasan yang tidak dapat dirampas oleh PAS dan terus menerus dapat dikekalkan oleh Ku Li.

Sebagai ahli politik Ku Li boleh sahaja berjuang bersama Pakatan Rakyat kerana parti politik hanya satu wadah perjuangan untuk menerajui kepentingan rakyat. Kelihatan Umno-BN yang dipimpin oleh generasi kedua, ketiga Umno sudah tidak sesuai dengan kepintaran generasi lama, walaupun Ku Li bukanlah terdiri dari genarasi pertama Umno, kerana budaya Umno sekarang sangat jelek,kotor dan jijik.

Ku Li sendiri memberikan komennya bahawa video seks yang mengaitkan Anwar Ibrahim tidak dapat diterimanya. Rakyat juga tidak dapat menerimanya. Ia serupa sahaja dengan kes liwat 1998, katanya.

Banyak pertembungan pendapat antara Ku Li dengan pimpinan Umno sekarang. Ia menyentuh bukan perkara-perkara kecil, tetapi melibatkan dasar. Ku Li menentang Kelantan tidak diberi royalti petrol begitu juga royalti minyak untuk Terengganu ditukar menjadi wang Ihsan. Mahathir ialah orang yang melaksanakan rampasan royalti minyak di Terengganu sebaik sahaja PAS memenangi pilihanraya 1999.

Sebagai orang yang terlibat secara langsung merangka perjanjian Patrolium bersama pakar-pakar lain termasuk Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas, Ku Li membela hak negeri-negeri untuk mendapat royalti minyak lima peratus sebagaimana perjanjian yang dibuat antara Kerajaan Persekutuan dengan negeri-negeri yang persekitaran lautnya terdapat deposit minyak dan gas.

Jika Ku Li terus berada dalam Umno, tokoh yang disenangi oleh kawan dan lawan itu tidak dapat membuat sumbangan besar kepada rakyat dengan kapasiti yang ada. Di pentas Pakatan Rakyat dijangkakan beliau mampu memberi sumbangan lebih besar sebelum hayat politiknya berakhir.

Ada yang berpendapat Ku Li tidak berpengaruh lagi kecuali di Kelantan, kerana beliau dianggap sebagai tenaga sudah terpakai, tetapi dengan berada dalam Pakatan Rakyat, ia mampu dikitar semula dan sedikit sebanyak melonjakkan momentum kebangkitan untuk menukar kerajaan Umno-BN yang memerintah terlalu lama.

Kalau pernah pada satu ketika Pakatan Rakyat meuar-uarkan untuk mengambilalih pimpinan kerajaan melalui penyebrangan MP-MP kerajaan kepada Pakatan Rakyat,tetapi tidak menjadi kenyataan,maka adalah lebih wajar,Pakatan Rakyat ,ketika menjelang pilihanraya ke-13 mengajak dan mempelawa beberapa kerat yang masih mempunyai kredebaliti termasuk Ku Li untuk bersama Pakatan Rakyat menukar lanskap politik negara.Mungkin selepas pilihanraya ke-13 giliran anak kelahiran Pulau Pinang pula mampu menerajui negara sebagai PM.Inilah kesepakatan antara komponan Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: