Isnin, 4 April 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Saya tidak boleh terima kenyataan KPN - Dr Lo' Lo'

Posted: 03 Apr 2011 04:46 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: "Saya awal-awal lagi tidak boleh terima kenyataan KPN yang dilihat tidak serius dalam menangani isu yang merupakan kemuncak politik durjana," kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar ketika mengulas isu video seks politik yang didalangi Trio Umno baru-baru ini.

Trio Umno itu adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay dan Datuk Shuib Lazim. (gambar Malaysiakini)

Pertama kali, KPN berkata, polis tidak boleh menangkap mana-mana pihak sesuka hati tanpa sebarang bukti apabila ditanya kenapa pihak yang menayangkan video lucah secara terbuka tidak ditahan.

Terbaru, beliau berkata, video seks itu terbukti tulen yang membayangkan ia benar dan menyalahkan plihak didakwa terlibat dalam video itu tanpa menyebutnya.

Ketua Polis Negara KPN dalam kenyataan terbarunya berkata, siasatan kini dalam peringkat akhir oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat rakaman video seks berkenaan.

"Dengan ini diumumkan bahawa siasatan (video) kini di tahap terakhir...ini bermakna polis telah menerima laporan pakar mengenai kesahihan video itu. Dengan kata lain, rakaman itu adalah tulen," katanya pada sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) 1 April lepas.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit.

"Cuba bayangkan jika yang terlibat dengan penayangan video lucah ini pimpinan Pakatan Rakyat atau pihak yang nak diperkenakan oleh pemimpin BN, agaknya bagaimana reaksi KPN dan polis umumnya," kata Dr Lo' Lo' melahirkan rasa kesalnya.

Beliau yakin, kenyataan-kenyatan KPN itu sedang diperhatikan rakyat dan boleh membawa rebahnya Barisan Nasional yang sedang memerintah.

"Saya nak ingatkan KPN bahawa rakyat melihat ketidakadilan ini dan Allah Maha Melihat," kata Dr Lo' Lo'.

Banyak lagi ‘drama’ menjelang p’raya Sarawak

Posted: 03 Apr 2011 04:40 PM PDT

Fakhri Ali

KULIM: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, menjelang pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini, banyak lagi lakonan drama yang akan dipentaskan.

Ini, ujarnya termasuklah menampilkan pelakon yang membawa watak dalam video seks lucah yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pelik, aneh, ajaib dan ganjil. Video seks lucah dinyatakan sebagai tulen. Yang rakyat mahu tahu ialah pelakon yang mirip wajah Anwar. Siapa dia pelakon itu. Yang edar video lucah kenapa tiada tangkapan.

Katanya, rakyat jelata yang ada video lucah didakwa, sementara pemimpin Umno dan BN yang terlibat tidak pula didakwa.

"Inilah keadilan yang dicemari oleh kuasa penyelewengan dalam sistem pentadbiran dan kehakiman negara," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Mengenai rasuah, beliau berkata sepatutnya tangkapan ke atas mereka yang terlibat dengan gejala rasuah dalam negara mestilah bersikap telus dan adil.

"Janganlah hanya tangkapan dibuat ke atas 'bilis-bilis' sahaja sedangkan jerung dibiarkan bermaharaja lela," katanya ketika menyampaikan ceramah isu semasa di Kampung Keladi, semalam.

Menurutnya, tangkapan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim, hanyalah sebagai salah satu muslihat yang cuba ditunjukkan menjelang pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang.

"Yang kecil-kecil melibatkan rasuah sebanyak RM2,000 seperti mana yang didakwa keatas Adun Lenggeng jadi mangsa kepada percaturan Umno dan Barisan Nasional. Manakala jerung-jerung besar yang melibatkan skandal jutaan dan bilion ringgit dibiarkan bebas secara berleluasa.

"Inilah sikap sebenar BN yang cuba mengelirukan pemikiran rakyat. Pada anggapan mereka, dengan pendakwaan terpilih itu rakyat akan percaya, rasuah sedang dibanteras," katanya.

Tambahnya, sedangkan yang menghilangkan wang rakyat sebanyak RM50 bilion tidak diambil sebarang tindakan.

Apa lagi, katanya jika yang terklibat dalam penyelewengan adalah kroni dan suku-sakat kepada kepimpinan Umno dan BN.

Najib tidak kata yakin tawan Pulau Pinang - Tsu Koon

Posted: 03 Apr 2011 04:38 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan, Dr Koh Tsu Koon menafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan rampas kembali Pulau Pinang sebagaimana yang dilaporkan Bernama.

Menjelaskan laporan Bernama yang disiarkan sebuah laman web, Koh berkata, Najib tidak pernah seyakin itu ketika bercakap kepada media di Pulau Pinang semalam.

"PM sangat berhati-hati dengan kenyataannya. Dia kata, dia lawat lima kawasan. Rakyat telah memberikan sambutan yang hangat. Jika sambutan hangat boleh diterjemahkan sebagai undi dalam pilihan raya, jadi BN bolehlah ambil balik beberapa kerusi," jelas Koh.

Namun, kata bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu., "PM tidak pernah kata mengambil semula kerajaan negeri kerana ia memerlukan kajian lebih mendalam. Mungkin Bernama salah lapor (kenyataan PM)."

Koh yang bersama Najib di Pulau Pinang semalam berkata demikian kepada media selepas melancar sebuah buku awal hari ini.

Pada asalnya, Koh ketika ditanya kenyataan PM itu menyalahkan laman web berkenaan, namun selepas itu diberitahu ia laporan media rasmi kerajaan iaitu Bernama.

Laporan Bernama

Dalam laporanya sebelum ini, Bernama melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang ekoran terdapat tanda-tanda angin perubahan yang berlaku di negeri itu.

Katanya dalam tinjauan beliau ke Pulau Pinang hari ini (2 April) banyak pihak meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan semasa, dan mereka mahukan perubahan.

"Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan," katanya pada satu persidangan akhbar selepas menghadiri Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di Balik Pulau, hari ini.

Najib berkata ketika beliau turun padang, ada rakyat yang membisik ke telinganya dan mengeluh bahawa golongan peniaga gerai di Pulau Pinang menghadapi tekanan dan sukar mencari rezeki sedangkan perkara seperti itu tidak pernah berlaku ketika negeri di bawah pentadbiran BN.

Katanya selain itu angin perubahan juga dapat dilihat dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini apabila BN bukan sahaja memenanginya, malah majoritinya melonjak.

Posted: 03 Apr 2011 04:31 PM PDT

Al-Kitab Serlahkan Hipokrit Umno-BN


SHAH ALAM : Tindakan Putrajaya menarik balik larangan Kitab Injil berbahasa Melayu diedar di negara ini, beserta kebenaran mencetaknya pula, didorong semata-mata oleh pertimbangan politik, khususnya menjelang pilihanraya negeri Sarawak bulan ini.

Tindakan itu kata Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng sekaligus mencerminkan pendirian goyah kerajaan bersabit isu agama yang pada hakikatnya tidak boleh diganggu-gugat kedudukannya.

Justeru, tindakan drastik itu katanya, satu lagi strategi terdesak kerajaan Umno-BN untuk memenangkan parti pemerintah pada pilihanraya negeri Sarawak yang akan diadakan pertengahan bulan ini.

" Sudah tentu ini menunjukkan hanya wujud unsur politik semata-mata dan bukannya agama. Kalau soal agama selama-lamanya tidak akan berubah pendirian kerajaan. Ini semua kerana sekarang mereka rasa panas menjelang pilihanraya Sarawak," katanya.

Negara semalam sekali lagi menerima kejutan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mendedahkan 10 penyelesaian dicapai bersabit kontroversi Kitab Injil.

Bukan hanya membenarkan ia dicetak di negara ini sebaliknya penganut Kristian juga dibenarkan mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasa
Melayu/Indonesia tanpa sebarang halangan.

Ia begitu kontras dengan tindakan kerajaan sebelum ini yang menahan 35,000 naskah Injil berbahasa Melayu sejak 2009 di Pelabuhan Kelang.

Setelah desakan demi desakan dibuat, kerajaan kemudianya akur untuk melepaskan kitab tersebut namun bersyarat nombor siri dan cop "hanya untuk penganut Kristian" harus dipamerkan pada kitab suci penganut Kristian itu.

" (Sekarang) kita lihat kerajaan kata satu peraturan di Sarawak, satu peraturan di Semenanjung. Itu bermakna unsur-unsur agama boleh dibahagikan mengikut majoriti Kristian atau majoriti Muslim.

Jui Meng turut membidas tindakan badan bukan kerajaan dan mufti pro- Umno yang berdiam mengenai isu ini.

" Apa yang saya lihat ialah PERKASA tidak buat demonstrasi, Tan Sri Harussani Zakaria tidak buat kenyataan yang mengeji, semua diam sahaja. Mula-mula peristiwa ini berlaku dahulu, ramai yang keluar memberikan kenyataan menyokong Umno.

Sementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad secara sinis menyindir kepimpinan Najib Razak yang dilihat semakin hilang punca dalam meraih sokongan rakyat sehingga sanggup memperkecilkan agama masyarakat lain.

Katanya, kerajaan pimpinan Najib sanggup menghalalkan apa sahaja pada masa kini, demi memenangkan parti itu pada pilihanraya negeri Sarawak 16 April ini.

Untuk rekod, penganut Kristian di Sarawak mencecah 40 peratus.

" Apabila kepentingan politik tidak lagi diperolehi malahan tindakan kerajaan Umno-BN itu mendatangkan masalah dari sudut politik maka ia dibenarkan. Itulah Barisan Nasional,"katanya.

" Atas dasar politik, mereka boleh haramkan. Atas dasar kepentingan politik juga mereka boleh halalkan berbanding dengan Pakatan Rakyat yang dari awal lagi katakan hukumnya harus kerana ia sememangnya hak orang-orang bukan Islam khususnya orang-orang nasrani berhubung agama mereka dan memang tidak ada masalah dari dasarnya," tambahnya lagi.

DUN Sarawak: BN letak 20 muka baru, empat wanita

Posted: 03 Apr 2011 04:12 PM PDT

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

KUCHING— Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mempertahan kerusi Balingian pada pilihan raya negeri ke-10 kali ini.

Beliau yang genap tiga dekad menerajui kerajaan negeri Sarawak 26 Mac lalu juga merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Tiga pemimpin komponen BN Sarawak iaitu Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri George Chan Hong Nam akan mempertahankan kerusi Piasau manakala Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom akan bertanding di Pakan.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing pula akan mempertahankan kerusi Baleh.

Antara pemimpin lain yang akan bertanding semula ialah Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di kerusi Bukit Sari dan bekas menteri persekutuan, Tan Sri Adenan Satem di Tanjung Datu.

Daripada calon BN yang diumumkan hari ini, 20 adalah muka baru membabitkan PBB (10), SUPP (tujuh), PRS (dua) dan SPDP satu.

Penamaan calon akan berlangsung pada Rabu ini manakala hari pengundian 16 April.

Bagaimanapun laporan media menyebut calon bagi kerusi Ba'kelalan tidak diumumkan hari ini.

Berdasarkan pengumuman hari ini, PBB akan bertanding di 45 kerusi manakakala SUPP di 19 kawasan, PRS (sembilan) dan SPDP pula lapan kerusi.

Senarai calon BN itu diumumkan oleh Adenan selepas mesyuarat BN Sarawak di sini petang ini.

Empat calon merupakan wanita.

Berikut ialah senarai calon BN:

- Ranum Anak Muda (SUPP) (Opar)

- Datuk Peter Nansian Anak Ngusie (SPDP) (Tasik Biru)

- Tan Sri Adenan Satem (PBB) (Tg Datu)

- Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB) (Pantai Damai)

- Dr Hazaland Abang Hipni (PBB) (Demak Laut) (muka baru)

- Datuk Daud Abdul Rahman (PBB) (Tupong)

- Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (PBB) (Samariang)

- Datuk Amar Abang Johari Openg (PBB) (Satok)

- Sim Kiang Chiok (SUPP) (Padungan) (muka baru)

- Prof Dr Sim Kui Hian (SUPP) (Pending) (muka baru)

- Sih Hua Tong (SUPP) (Batu Lintang) (muka baru)

- Datuk Alfred Yap (SUPP) (Kota Sentosa)

- Tan Joo Phoi (SUPP) (Batu Kawah)

- Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB) (Asajaya)

- Datuk Seri Mohd Ali Mahmud (PBB) (Muara Tuang)

- Dr Belek @ Jerip Anak Susil (SUPP) (Bengoh)

- Roland Sagah (PBB) (Tarat)

- Datuk Seri Michael Manyin Anak Jawong (PBB) (Tebedu)

- Marin Ben (PBB) (Kedup) (muka baru)

- Aidel Lariwoo (PBB) (Sadong Jaya) (muka baru)

- Naroden Majais (PBB) (Simunjan)

- Julaihi Narawi (PBB) (Sebuyau)

- Simoi Peri (PBB) (Lingga)

- Razali Ghapor (PBB) (Beting Maro) (muka baru)

- Balai Ringin (PRS) (Balai Ringin)

- Mong Anak Dagang (PRS) (Bukit Begunan)

- Dauk Francis Harden Anak Hollis (SUPP) (Simanggang)

- Dr Johnichal Rayong (SUPP) (Engkilili)

- Malcom Mussen Anak Lamoh (PRS) (Batang Ai)

- Razi Sitam (PBB) (Saribas) (muka baru)

- Tan Sri Alfred Jabu (PBB) (Layar)

- Robert Lawson Chuat Anak Vincent (PBB) (Bukit Saban)

- Abdul Wahab Aziz (PBB) (Kalaka)

- Datuk Peter Nyarok Anak Entrie (SPDP) (Krian)

- Datuk Len Talif Salleh (PBB) (Belawai) (muka baru)

- Dolah Saidol (PBB) (Semop) (muka baru)

- Murni Suhaili (PBB) (Daro)

- Abu Seman Jahwie (PBB) (Jemoreng)

- Datuk David Teng (SUPP) (Repok)

- Ling Kie King (SUPP) (Meradong) (muka baru)

- Datuk Seri William Mawan (SPDP) (Pakan)

- Wong Anak Judat (SPDP) (Meluan)

- Alexander Vincent (PRS) (Ngemah)

- Datuk Gramong Juna (PBB) (Machan)

- Chieng Buong Toon (SUPP) (Bukit Assek) (muka baru)

- Datuk Tiong Thai King (SUPP) (Dudong) (muka baru)

- Datuk Seri Wong Soon Koh (SUPP) (Bawang Assan)

- Vincent Goh (SUPP) (Pelawan)

- Dr Annuar Rapee (PBB) (Nangka) (muka baru)

- Datuk Fatimah Abdullah (PBB) (Dalat)

- Tan Sri Abdul Taib Mahmud (PBB) (Balingian)

- Joseph Mauh Anak Ikeh (PRS) (Tamin)

- John Sikie Anak Tayai (PRS) (Kakus)

- Stanley Unja (PRS) (Pelagus) (muka baru)

- Ambrose Blikau Anak Enturan (PBB) (Katibas)

- Datuk Seri Dr James Masing (PRS) (Baleh)

- Liwan Lagang (PRS) (Belaga)

- Datuk Talib Zulpilip (PBB) (Jepak)

- Henry Ling (SUPP) (Kidurong) (muka baru)

- Dr Stephen Rundi Anak Utom (PBB) (Kemena)

- Rosey Yunus (SPDP) (Bekenu)

- Ripin Lamat (PBB) (Lambir) (muka baru)

- Tan Sri Dr George Chan (SUPP) (Piasau)

- Andy Chia (SUPP) (Pujut)

- Datuk Lee Kim Shin (SUPP) (Senadin)

- Sylvester Entrie Anak Muran (SPDP) (Marudi)

- Dennis Ngau (PBB) (Telang Usan) (muka baru)

- Dr Abdul Rahman Ismail (PBB) (Bukit Kota)

- Paulus Anak Gumbang (SPDP) (Batu Danau)

- Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (PBB) (Bukit Sari)

Nota: Calon BN bagi kerusi Ba'kelalan (N 70) tidak diumum hari ini.

Tiada ulasan: