Isnin, 4 April 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Apa Kejadahnya Video Konspirasi Seri Carcosa Negara Ditayangkan di Kursus BTN????

Posted: 04 Apr 2011 07:45 AM PDT

Tengok betul-betul...Itu Anwarkah? Polis sepatutnya sudah mendakwa Datuk T kerana memfitnah, mengugut, dan kesalahan berkaitan dengan pornografi!!!!
Saya petik:
[TVS] PULAU PINANG 4 APRIL : Video seks fitnah yang dikaitkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditayangkan di kursus Biro Tata Negara dan di pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.

Video 21 minit itu dipertontonkan kepada peserta BTN termasuk mahasiswa di Pulau Pangkor baru-baru ini, kata beliau. Selain itu "puluhan" orang kampung di Penanti, Pulau Pinang juga dikumpul untuk menyaksikan video hitam putih itu di pejabat Kemas kawasan itu, tambah beliau.

Penayangan secara terbuka itu sekali lagi menyerlahkan tangan agensi persekutuan tertentu dalam menyebarkan video fitnah itu kepada orang ramai.

Ia juga menempelak jaminan gandingan Datuk T, termasuk bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bahawa video itu tidak diedarkan kepada orang ramai demi memastikan keadilan untuk semua pihak.

Selain Rahim, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim mengaku mendalangi penayangan video lucah itu di Hotel Sri Carcosa Kuala Lumour pada 21 Mac lalu.

Mereka hanya menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa setelah Anwar membuat laporan polis.

Mansor yang juga ADUN Penanti berkata, tindakan BTN dan pihak lain menayangkan rakaman lucah itu kepada orang ramai terutamanya golongan pelajar adalah dosa yang merosakkan proses domokrasi negara.

Penayangan video itu pada kursus BTN selain di pejabat Kemas bertujuan menjatuh dan memalukan Anwar walaupun pihak polis tidak dapat mengesahkan lelaki yang berada didalam rakaman video itu.

Anwar sebelum ini menafikan beliau adalah individu dalam rakaman itu. Ketua Pembangkang itu menegaskan beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitter ketika rakaman itu diambil pada 21 Februari lalu.

Mansor menggesa peserta BTN dan orang ramai yang diundang menyaksikan video itu agar tampil membuat laporan polis.

P/s: Hujah apa lagi yang anda mahu untuk tidak mengaitkan UMCO dan kerajaan dalam Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara? Apa lagi?

Lahanat!!!!


Mengapa Video Seks Tertera “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”?

Posted: 04 Apr 2011 05:42 AM PDT



Ada enam persoalan yang ditimbulkan oleh Nik Nazmi selepas menonton video Konspirasi Seri Carcosa Negara:

1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?
2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T.

3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

4. Dato' T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011". Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?

5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti:  Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.

6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?
Dalam banyak-banyak persoalan itu saya tertarik dengan persoalan nombor 4. Mengapa tertera "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011"? Bukankah itu frasa hak cipta yang lazimnya terdapat pada sesebuah filem? Adakah video seks ini sebuah filem lucah yang dibikin di Thailand? Bagaimana polis boleh mengesahkan video ini tulen tanpa menjawab persoalan frasa hak cipta ini dan mendedahkan cerita sebenar klip video ini? Kenderaan apakah yang dinaiki Anwar Ibrahim untuk berulang-alik KL-BANGKOK-KL dalam masa dua jam? Banyak mahu dipersoalkan. Cukuplah!!!

Jeng..jeng..jeng!!!!!


[Video - PANAS] Sebahagian daripada Klip Video Seks Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara

Posted: 04 Apr 2011 02:01 AM PDT


Blog pro-UMCO mula mendedahkan video seks yang dikatakan memaparkan aksi seks "Anwar Ibrahim" dengan pelacur China. Saya tidak tahu kesahihannya dan siapa yang memuatnaikkan video ini di Youtube. Persoalan penting, bagaimana video ini terlepas daripada jagaan polis? Adakah salinan video ini disimpan oleh pihak lain? Bab ini polis kena siasat.

Pautan video ini saya peroleh daripada Darul Ehsan Today dan Paneh Miang. Kedua-dua blog adalah penyokong tegar UMCO.




Video:




P/s: Betullah seperti yang dikatakan oleh Dato' Johari. Video ini seolah-olah ada pengarah. Pelakon video ini seolah-olah menyedari perlakuan mereka dirakam. Pelakon wanita juga seolah-olah menerima arahan daripada pihak di belakang tabir. Video juga kelihatan diedit oleh pihak tertentu. Seperti yang ditegaskan oleh Dato Johari, tiada momen tertentu yang memfokuskan wajah pelakon.

Bagaimana Zul Nordin dan orang yang se"mazhab" dengannya yakin bahawa pelakon video ini 110% Anwar Ibrahim. Sedangkan orang yang tidak mengenali DS Anwar secara rapat pun tahu pelakon video ini bukanlah Anwar Ibrahim!

Sah fitnah!!!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Lidah Bercabang UMCO dalam Isu AlKitab dan Kalimah Allah!

Posted: 04 Apr 2011 12:42 AM PDT


Semasa isu kalimah Allah dan Alkitab ini hangat dahulu, UMCO serta barisan NGO dan jurublognya mengutuk PAS dan Keadilan sebagai pengkhianat Melayu dan Islam kerana berbeza pendapat dengan mereka dalam isu ini. Hari ini kerajaan yang diterajui UMCO membenarkan Alkitab yang di dalamnya turut terkandung kalimah Allah.

Ke mana hilangnya suara UMCO? Ke mana hilangnya tulisan jurublog UMCO? Ke mana hilangnya demonstrasi NGO UMCO?

Baca dahulu:

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 4 April — Tan Sri Harussani Zakaria mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia.

Mufti Perak  itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.

Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian," kata Idris.

Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan "Penerbitan Kristian" ("Christian Publication") dan tanda salib pada kulit hadapan.

Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.

Idris berkata, "adalah harapan saya agar jalan penyelesaian yang berdasarkan 10 aspek yang telah dikemukakan diterima oleh kumpulan Kristian secara positif, adil dan munasabah."

Sehubungan itu kata Harussani, mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.

"Apa yang saya tegaskan pasal kalimah Allah... kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain, di Sabah dan Sarawak tidak ada enakmen ini tapi di Semenanjung ada.

"Dalam enakmen agama Islam sudah kata haram di peringkat kebangsaan, atas dasar apa kita perlu benarkan? Adakah enakmen ini terbatal? Adakah undang-undang yang kita buat ini secara automatik terbatal?

"Kalau kerajaan buat macam ini, batalkan sahaja enakmen agama Islam yang ada ini... saya rasa kecewa apabila kerajaan buat macam ini, undang-undang sudah kata tidak boleh kenapa kerajaan benarkan? Kalau mahu juga batalkan sahaja undang-undang yang sedia ada sekarang," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, selain kalimah Allah, istilah lain yang tidak boleh digunakan bagi agama lain termasuk firman Allah, ulama, hadis, ibadah, Kaabah, dan kadi.

Selain itu turut dilarang ialah ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, kiblat, haji, mufti, rasul, iman, dakwah, solat, khalifah, wali, fatwa, imam, nabi dan syeikh.

Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang Syariah yang menghalang penggunaan kalimah Allah sama ada secara lisan ataupun bertulis bagi agama lain.

Harussani antara mufti yang lantang dalam pendiriannya berkata, tindakan Putrajaya masih membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil dalam Bahasa Malaysia itu disifatkan beliau sebagai "menghina al-Quran".

"Bila kerajaan sudah buat macam ini, benarkan agama lain gunakan kalimah Allah, itu sudah menghina al-Quran.

"Sebab itu saya berkeras ia tidak boleh digunakan. Apa yang saya tentang adalah pasal kalimah Allah bukan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia," katanya.

Beliau juga menegaskan buku kitab suci agama lain termasuk Kristian boleh diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia dengan syarat tidak menggunakan istilah-istilah yang ekslusif itu.

"Mengenai kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, penganut Kristian boleh guna... tiada masalah jika mereka mahu menghormati Bahasa Malaysia.

"Itu adalah bahasa kebangsaan, semua rakyat Malaysia boleh guna, jadi kena pegang betul-betul Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sebelum ini Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid juga menegaskan naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang tidak boleh dibenar untuk dilepaskan kerana ia bertentangan dengan enakmen agama Islam negeri itu.

Jelas beliau, enakmen agama Islam Selangor menyebut mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.
Mengapa UMCO mengubah pendirian yang sebelum ini bermati-matian menentang hajat orang Kristian yang mahu menggunakan kalimah Allah dan mengedarkan kitab Injil dalam bahasa Malaysia? Semuanya sudah tentulah gara-gara memancing undi orang Kristian di Sarawak. 

Bersambung...
Oleh sebab spesies mereka ini lidah bercabang, jangan terkejut selepas pilihan raya pengedaran Alkitab ditarik balik. Kalau anda baca di TMI, Hishammudin menegaskan Formula penyelesaian 10 perkara yang diumumkan Putrajaya melalui Idris Jala itu masih belum muktamad. Anda faham maksudnya? Maksudnya, orang Kristian jangan suka sakan kerana tidak mustahil isu kalimah Allah dan Alkitab ini akan dimainkan semula untuk memancing undi orang Islam dalam PRU 13 nanti.

Itulah dasar orang lidah bercabang!

Berkaitan:
* NGO Pembela cabar "Formula Idris Jala"

Siapa Kata Seks Tidak Penting dalam Perkahwinan? Baca!!!

Posted: 03 Apr 2011 09:30 PM PDT


Siapa kata seks tidak penting dalam perkahwinan?

Seorang wanita di China yang mengahwini lelaki Taiwan selama 10 tahun, memutuskan untuk memohon cerai kerana lelaki itu hanya melayani kehendak batinnya sebanyak 3 kali dalam tempoh perkahwinan mereka.

Wanita berusia 40 tahun dengan nama keluarga Han itu melutut di hadapan pejabat kerajaan di Penghu di Taiwan untuk merayu keadilan daripada pihak kerajaan.

Han mendakwa suaminya yang bekerja di syarikat pengubahsuaian hanya melakukan seks dengannya sebanyak 3 kali. Dakwa Han, pada kali ketiga mereka melakukan seks, suaminya itu memintanya membayar NT$100,000 (RM10,353).

"Saya dipaksa membayar wang itu kerana mahukan seorang anak lelaki. Saya tidak boleh hidup dengannya lagi," kata Han.

Walaupun pasangan ini hanya beberapa kali melakukan seks, mereka dikurniai seorang anak perempuan yang kini berusia 10 tahun.

Han yang menyara keluarga dengan berniaga secara kecil-kecilan mendakwa suaminya bukan sahaja gagal memainkan peranannya, malah tidak pernah memberikan nafkah kepada keluarga.

Atas alasan itu, Han meminta untuk bercerai, namun suaminya enggan berbuat demikian dan menegaskan bahawa mereka hanya boleh berpisah setelah anak perempuan mereka berusia 18 tahun.

Oleh sebab tiada pilihan lain, Han terpaksa melutut di hadapan pejabat kerajaan untuk menuntut keadilan.

P/s: Selain isu tanggungjawab, seks adalah sesuatu yang penting dalam perkahwinan!

Jika anda normal, seks amat penting dalam perkahwinan. Seks ialah fitrah manusia. Saya tidak mahu menulis hal ini panjang lebar. Cukup jika saya katakan ada lelaki atau perempuan berlaku curang dengan kekasih gelap masing-masing kerana masalah seks, ada lelaki yang menggatal mahu menikah lebih daripada satu kerana seks, ada yang mengalami tekanan perasaan kerana tidak mendapat nafkah batin yang secukupnya.Banyak lagi contoh, tetapi cukuplah.

Justeru, jika anda bermasalah, segeralah berubat!!!!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Pemurahnya "Wanita" Ini!!! AWAS!!!!

Posted: 03 Apr 2011 07:17 PM PDT


Pemurah? Inilah salah satu e-mel yang disebarkan oleh sindiket kelentong di alam maya. Jangan terpedaya tuan-tuan, puan-puan! Kalau sebelum ini bertebaran e-mel memaklumkan anak memang loteri, pertolongan memindahkan harta orang kaya, kini muncul pula e-mel pesakit kanser yang mahu mendermakan wangnya kepada anda. Kah Kah Kah!!!! Bukan sedikit, jumlahnya RM2 juta pound. Kalilah dengan mata wang Malaysia! Kah kah kah!!!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Kes Isteriku Jantan Tulen

Posted: 03 Apr 2011 05:45 PM PDT

Saya petik:

[Kosmo] JAKARTA - Setelah bernikah selama enam bulan, seorang lelaki, Umar baru mengetahui bahawa isterinya itu ialah seorang lelaki tulen, lapor akhbar Sumut Pos semalam.

Umar berkenalan dengan isterinya itu, Fransiska Anatasya Octaviany menerusi Facebook setelah tertarik dengan kecantikan wajahnya.

"Semasa mereka bertemu, lelaki yang mengaku wanita itu memakai tudung," kata seorang pegawai polis di Jatiasih, Bekasi, Darmawan Karosekali kelmarin.

Namun, setelah enam bulan bernikah, Umar melihat terdapat sesuatu yang mencurigakan pada tubuh isterinya itu kerana dia kelihatan tegap.

"Selepas diperiksa (oleh Umar), ternyata dia (Fransiska) memang laki-laki," kata Darmawan.

Umar yang berasa tertipu kemudian membuat laporan polis. "Buat masa ini, kita sudah tahan (lelaki yang menyamar wanita itu) dan kesnya sedang disiasat," kata Darmawan.

Pasangan itu berkahwin seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri setelah jiran-jiran Umar mengadu dia tinggal bersama Fransiska selama seminggu. Perbuatan tersebut tidak elok dipandang masyarakat dan agama.

Jiran-jirannya itu meminta mereka berkahwin dan pasangan itu bersetuju.

Jelas Darmawan, Fransiska memalsukan kad pengenalan dirinya, manakala dua orang rakannya menyamar menjadi ibu bapanya semasa akad nikah.

Jika didapati bersalah, Fransiska akan dihukum penjara tujuh tahun kerana menyamar menjadi lelaki. - Agensi
 P/s: Aduhai!

Wow, Remaja Berusia 14-15 Tahun Sudah Jadi Samseng, Penyamun!!!

Posted: 03 Apr 2011 04:50 PM PDT

Mangsa.
Saya petik:
[Kosmo] KUALA LUMPUR - Tiga remaja perempuan boleh dianggap samseng apabila mereka ditahan selepas bertindak ganas memukul dan menyamun seorang murid perempuan tahun enam dalam kejadian di kawasan Sentul di sini Rabu lalu.

Difahamkan, dalam kejadian pukul 4 petang itu mangsa yang dikenali sebagai Melur, 12, mengalami lebam-lebam di seluruh badan akibat ditendang, dipukul hingga lembik, rambutnya ditarik dan kepalanya dihentak ke lantai.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian berlaku apabila tiga suspek berusia di antara 14 dan 15 tahun tersebut datang ke rumah mangsa ketika pelajar itu sedang menonton televisyen bersendirian di rumahnya.

Ketika kejadian, ibu anak sulung daripada dua beradik itu keluar bekerja manakala adiknya ke sekolah.

Katanya, sebaik dapat membuka pintu rumah dengan menendangnya, suspek terus memukul mangsa.

"Tidak cukup dengan itu, suspek turut menarik rambut dan memukul seluruh badan mangsa dengan tangan hingga mangsa tidak berdaya.

"Suspek turut memaki hamun dan marah terhadap mangsa selain salah seorang suspek yang 'naik hantu' bertindak menghentak kepalanya ke lantai hingga benjol," katanya kepada Kosmo!. - Nur Aishah dan Firdaus

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Tiada ulasan: