DIALOG RAKYAT |
- Deklarasi Klang Bantah Pembinaan Loji Nuklear
- TKM 1 P.Pinang Dakwa Sambutan Lawatan Najib Hambar
- Al-Kitab Serlahkan Hipokrit Umno-BN
- Anwar Tegas PRN Sarawak Adalah Pertembungan Satu Lawan Satu
- 10 lagi maut protes bantah bakar al-Quran
- Protes Interlok: MP antara dua ditahan di Batu Caves
- Kajian: Anwar mangsa komplot bunuh karakter
- Lim: PR tak risau laungan Najib, tapi tekad gandakan perubahan
- Giliran Najib pula ajak orang Pulau Pinang bermimpi
- Video seks: Umum anggap Umno, BN dalang
- Pilihan Raya Sarawak TS Taib: Pemimpin yang kebal
- Bob Lokman pusing Kuala Terengganu bawa mesej 'PAS Ganti Umno'
- Perancangan video seks bersepadu libatkan banyak pihak bukan hanya 3 'T'
- Fitnah Seks Memang Sudah Sekian Lama Didedahkan Al-Quran
- LAGI AHLI UMNO ISYTIHAR SERTA PKR
- A.R. Badul Diburu Polis Kerana Mencabuli Pelajar?
- Kenapa Harga Barang Naik Tidak Terkawal?
- JAMAWI DIBERI NOTIS 14 HARI UNTUK MINTA MAAF
- SHAFIE WAJAR HENTIKAN KECURANGAN KKLW
- Hassan Ali : Usaha Pencegahan Zina Perlu Diperhebat
- Kenapa Najib tidak tawar DNAnya?
- S'wak ada balak, minyak, gas, tanah dan juga 'buaya'
- BN masih gagal tangani isu agama, kata Anwar
Deklarasi Klang Bantah Pembinaan Loji Nuklear Posted: 03 Apr 2011 05:03 AM PDT TVS NEWS PELABUHAN KLANG : Polis mengenakan sekatan jalan untuk menghalang sebuah majlis tunjuk perasaan aman anjuran Pakatan Rakyat bagi membantah rancangan Kerajaan Persekutuan membina loji nuklear RM22 bilion di Pulau Ketam Selangor. Kekangan polis itu bagaimanapun gagal menghalang Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan puluhan orang lain untuk berkumpul di sebuah dewan orang ramai bagi meluahkan bantahan mereka terhadap projek loji itu yang mencetuskan keresahan orang ramai. "Kami, rakyat Malaysia yang hari ini berkumpul di Klang, mendesak Kerajaan Pusat membatalkan rancangan pembinaan loji nuklear di negeri ini khususnya di Klang. Kami percaya loji nuklear tidak selamat seperti di Fukushima, Jepun dan memberi impak kepada kesihatan rakyat adalah serius," kata Charles, membacakan apa yang dikenali sebagai Deklarasi Klang. "Kami cadang kerajaan beri fokus kepada tenaga boleh baru untuk tampung keperluan tenaga negara dan kami tak percaya propaganda kerajaan Pusat bahawa tenaga nuklear adalah bersih, efisien dan selamat. Dan akhir kami minta kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak membenarkan pembinaan loji di Selangor," terang Charles, membaca deklarasi itu dihadapan wakil media. Sejak awal pagi, kira-kira 100 anggota polis mengadakan kawalan ketat di sekitar jeti Pulau Ketam bagi menghalang tunjuk perasaan itu yang mendapat sokongan pelbagai parti politik dan pertubuhan alam sekitar. Penganjur kemudian mengambil keputusan untuk mengalihkan majlis ke sebuah dewan orang ramai yang berhampiran. "Ini merupakan sesuatu yang memalukan. Kalau (loji nuklear) ada masalah, pejabat polis kena, anak-anak mereka kena. Jadi mereka patut bersama-sama kita dan bukan menentang hak kita," tambahnya lagi. |
TKM 1 P.Pinang Dakwa Sambutan Lawatan Najib Hambar Posted: 03 Apr 2011 05:00 AM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Walaupun menafikan menunjukkan minat secara langsung untuk menawan kembali Pulau Pinang, namun kenyataan Perdana Menteri bahawa sambutan masyarakat di Pulau Mutiara itu begitu memberangsangkan terhadapnya, begitu melucukan. |
Al-Kitab Serlahkan Hipokrit Umno-BN Posted: 03 Apr 2011 04:59 AM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Tindakan Putrajaya menarik balik larangan Kitab Injil berbahasa Melayu diedar di negara ini, beserta kebenaran mencetaknya pula, didorong semata-mata oleh pertimbangan politik, khususnya menjelang pilihanraya negeri Sarawak bulan ini. Setelah desakan demi desakan dibuat, kerajaan kemudianya akur untuk melepaskan kitab tersebut namun bersyarat nombor siri dan cop "hanya untuk penganut Kristian" harus dipamerkan pada kitab suci penganut Kristian itu. |
Posted: 03 Apr 2011 04:56 AM PDT TVS NEWS HULU SELANGOR : Pimpinan kerajaan perlu merancang secara teliti agar tidak menyisihkan warga Felda serta kaum Orang Asal di negara ini ke dalam arus pembangunan negara. " Oleh sebab itulah negeri Selangor perlu merancang, memikirkan bagaimana pembangunan masyarakat di Felda dan Orang Asal ini dapat dibuat supaya mereka yang mempunyai hak dan tidak ketinggalan dalam pembangunan tersebut," kata beliau. Menurut Khalid, kerajaan Selangor telah menerima banyak aduan berkenaan tanah warga Felda di mana pemilik tanah dijanjikan bayaran tetapi sehingga kini tiada |
Anwar Tegas PRN Sarawak Adalah Pertembungan Satu Lawan Satu Posted: 03 Apr 2011 04:45 AM PDT TVS NEWS SARIBAS : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian bahawa pertandingan pada pilihanraya negeri Sarawak 16 April depan hendaklah berlandaskan kepada prinsip satu lawan satu. Anwar berkata kesepakatan ini telah dicapai di antara KEADILAN, PAS dan DAP yang memungkinkan gagasan tersebut memenangi undi popular sebanyak 51 peratus di Semenanjung pada Pilihanraya Umum ke-12, tiga tahun lalu. |
10 lagi maut protes bantah bakar al-Quran Posted: 03 Apr 2011 04:28 AM PDT LAPORAN — Reuters KANDAHAR — Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dan 83 cedera di bandar Kandahar, selatan Afghanistan - pada hari kedua protes ganas ekoran tindakan membakar al-Quran oleh kumpulan fundamentalis radikal Kristian di Florida, Amerika Syarikat bulan lalu. Serangan berani mati juga disaksikan di pangkalan tentera NATO di Kabul, sehari selepas pejabat misi PBB di Mazar-i-Sharif, di utara Afghanistan, dan membunuh tujuh staf asing. Ia merupakan serangan paling buruk ke atas pejabat PBB di Afghanistan. Beberapa penunjuk perasaan dilihat membawa bendera putih Taliban. Dua yang terbunuh adalah anggota polis Afghanistan, kata seorang pegawai. Duta PBB Staffan de Mistura berkata, pihaknya akan mengkaji semula aspek keselamatan tetapi tidak akan meninggalkan negara itu ekoran serangan kelmarin. Penunjuk perasaan marah dengan tindakan Pastor Terry Jones yang menyelia tindakan membakar al-Quran di depan 50 orang di gereja yang diketuainya di Florida, 20 Mac lalu. Kelmarin, beribu-ribu penunjuk perasaan di utara Afghanistan marah dengan tindakan Jones mengetuai kerja-kerja membakar al-Quran menyerbu pejabat PBB selepas solat Jumaat di bandar Mazar-i-Sharif. Jones, 58, yang mengetuai gereja kecil di Gainesville, Florida, mengundang kecaman antarabangsa pada September lalu ekoran rancangannya untuk membakar al-Quran sempena ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September 2001. Ekoran protes itu, Jones kemudian membatalkan rancangannya untuk membakar al-Quran termasuk selepas campur tangan White House. Bagaimanapun beliau kekal mengkritik Islam sambil mendakwa bahagian-bahagian dalam kitab al-Quran boleh membawa kepada elemen keganasan. Pada 20 Mac lalu, Jones mengetuai Hari Antarabangsa Pengadilan Al-Quran dan kemudian menyelia tindakan membakar al-Quran. |
Protes Interlok: MP antara dua ditahan di Batu Caves Posted: 03 Apr 2011 04:26 AM PDT TERKINI THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Ahli Parlimen Teluk Intan M Manogaran dari DAP dan aktivis MS Arjunan yang mengadakan protes membantah novel kontroversial Interlok ditahan polis tengah hari tadi. Kempen di pekarangan Batu Caves itu adalah sebahagian protes diadakan sejak lebih sebulan lalu membantah Interlok daripada digunakan sebagai buku teks sastera di sekolah menengah kerajaan. Dalam mesej Twitternya, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata: "YB Mano Teluk Intan dan M.S. Arjunan dari (NGO) Tamil Students ditahan di Batu Caves kerana mengadakan demonstrasi menentang Interlok. Kata tidak buat BN." Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata mereka ditahan sebagai langkah pencegahan. "Mereka merancang untuk mengadakan perhimpunan haram di kawasan kuil, jadi kami menahan untuk mengekalkan keamanan," katanya lagi. Novel Interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain empat dekad lalu berhadapan dengan polemik sejak awal tahun ini. Pada 24 Mac lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Parlimen bahawa kerajaan bersetuju dengan dapatan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, panel bebas itu berpendapat baki 87 perkara lagi adalah tidak berkaitan dengan isu pokok termasuk cadangan supaya nama penulis dipaparkan pada kulit hadapan novel dan ejaan "tali" dipinda kepada "taali". Interlok, edisi asal diterbitkan kali pertama pada 1971 dan kemudian diulang cetak dua tahun kemudian dengan diperbaiki dan edisi kedua diterbitkan pada 1996. Edisi Murid diterbitkan pertama kali pada 2010 berikutan novel ini telah dipilih oleh Jawatankuasa Penilai Teks Sastera Kementerian Pelajaran sebagai Novel Komponen mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk Tingkatan Lima mulai tahun ini. Bagaimanapun isu ini berlarutan ekoran tindakan beberapa wakil masyarakat Cina pula menyuarakan pandangan agar novel itu digugurkan daripada digunakan di sekolah minggu lalu. |
Kajian: Anwar mangsa komplot bunuh karakter Posted: 03 Apr 2011 04:25 AM PDT KUALA LUMPUR — Kajian pendapat umum menunjukkan majoriti rakyat percaya yang Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu adalah mangsa pembunuhan karakter ekoran pendedahan video seks oleh "Datuk T" dua minggu lalu. Hasil kajian Mendeka Center itu juga menunjukkan responden yang ditemui berpendapat yang video seks didedahkan 21 Mac lalu bagi memusnahkan kerjaya politik bekas timbalan perdana menteri tersebut, yang kini merupakan Ketua Pembangkang. Seramai 504 responden ditemu bual oleh Merdeka Center antara 24 dan 27 Mac lalu dengn 59 peratus adalah Melayu, 32 peratus Cina manakala sembilan peratus India. Menurut hasil kajian itu, 45 peratus responden beranggapan bahawa Anwar (gambar), yang juga Ketua Umum PKR, adalah mangsa pembunuhan karakter politik manakala 22 peratus bersetuju yang pemimpin itu seorang lelaki yang rendah pegangan moral. Seramai 20 peratus mengatakan mereka tidak pasti manakala enam peratus lagi enggan respons. Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, sedang melalui perbicaraan kes liwat kali kedua. Ketika ditanya pandangan mereka sebab video itu muncul, 39 peratus mengatakan mereka percaya ia sebagai satu komplot untuk memusnahkan kerjaya politik beliau. Bagaimanapun seramai 24 peratus lagi tidak pasti manakala 22 peratus mengatakan ia diadakan untuk mengalih sokongan menjelang pilihan raya negeri Sarawak bulan ini. Hanya sembilan peratus mengatakan video itu sebahagian daripada usaha Anwar untuk mendapatkan simpati manakala empat peratus mengatakan video itu tulen. Anwar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali, di hotel Carcosa Seri Negara bulan lalu. Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan. Minggu lalu, Hishammuddin berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Anwar yang mengaitkan beliau dalam kes video seks itu. Pada satu perhimpunan di Shah Alam 28 Mac lalu, seminggu selepas pendedahan rakaman video seks itu, Anwar menegaskan, pendedahan dibuat "Datuk T" tidak akan sesekali "membunuh" karier politiknya. Sebaliknya, tegas Anwar, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t. "Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik. "Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN... belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia," katanya. Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno. Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga PR dibentuk tiga tahun lalu. Anwar berkata, "isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara." Tiga "Datuk T" yang dimaksudkan ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti. Anwar juga menyifatkan Abdul Rahim sebagai "jaguh baru" yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya. |
Lim: PR tak risau laungan Najib, tapi tekad gandakan perubahan Posted: 03 Apr 2011 04:22 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Lim Guan Eng berkata Pakatan Rakyat (PR) tidak kisah dengan laungan Datuk Seri Najib Razak semalam, yang berikrar akan menawan balik Pulau Pinang, sebaliknya bertekad akan menggandakan usaha bagi memberi khidmat terbaik dan membawa perubahan di negeri itu. Semalam, sempena lawatan sehari, perdana menteri berkata, beliau yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang ekoran terdapat tanda-tanda angin perubahan yang berlaku di negeri itu. "Pulau Pinang (pimpinan) PR akan mengadakan siri pertemuan di seluruh negeri untuk memperbaiki prestasi dengan menggandakan usaha kami demi (memberi) perkhidmatan lebih baik bagi rakyat dan (menjamin) urus tadbir baik untuk berhadapan dengan tekad Datuk Seri Najib Razak mahu menawan balik Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang. "Sama ada ada perubahan angin di Pulau Pinang yang akan membolehkan BN menang balik Pulau Pinang, itu tidak penting," kata Ketua Menteri dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Sebaliknya Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, persoalan penting ialah dalam usaha nekad mereka itu adakah BN sanggup untuk "menutup" perbezaan-perbezaan yang amat mendalam di kalangan parti komponen perikatan itu. Antaranya menurut Lim, siapa yang bakal menjadi ketua menteri jika BN menawan balik Pulau Pinang. Sehingga Mac 2008, jawatan ketua menteri disandang oleh wakil Gerakan, komponen BN. "Bagaimana (mereka) dalam bersatu semula selepas percanggahan (pandangan) Umno Pulau Pinang yang rasis dan ektremis memanggil bukan Melayu sebagai pendatang, tidak hak untuk menuntut layanan saksama dan parti-parti bukan Umno dalam BN pula menentang langkah PR menaikkan peruntukan bagi hal ehwal Islam. "Atau, serangan Umno terhadap peruntukan tahunan RM100 di bawah Program Penghargaan Warga Emas bahawa ia adalah haram kerana disalurkan daripada wang judi manakala Gerakan pula kata ia satu bentuk rasuah," kata Lim lagi. Malah, Lim juga menimbulkan persoalan kegagalan BN Pulau Pinang dalam mengatasi rasuah dalam pentadbiran lalu. Kata beliau, PR Pulau Pinang akan mengarahkan pemimpinnya khususnya wakil rakyat-wakil rakyat untuk menunjukkan sejauh mana mereka telah berkhidmat kepada pengundi-pengundi mereka bagi membawa kelainan berbanding ketika era BN. "Pada masa yang sama, kerajaan negeri PR akan turun padang utnuk menjelaskan kepada rakyat perubahan-perubahan yang telah dibawa oleh kerajaan negeri sejak 2008," katanya lagi. Sehubungan itu Lim juga berkata, PR tidak akan selesa ataupun berada dalam persekitaran penafian dengan cabaran terbaru Najib, yang juga presiden Umno. "Sebaliknya hanya melihat ini (cabaran) sebagai retorik daripada perdana menteri, kami akan melihat ini sebagai satu cabaran saingan untuk melakukan yang lebih baik. "Sebagaimana saya telah katakan, salah satu perbezaan besar antara PR dan BN ialah kapasiti PR untuk membawa perubahan, humiliti dan kesediaan untuk mengakui kesilapan kami, yang dimotivasikan oleh keinginan untuk (membawa) penambahbaikan," kata beliau lagi. Lim menambah, sementara PR bersedia untuk menghadapi cabaran terbaru dilontarkan oleh Najib ini, kerajaan negeri Pulau Pinang juga kesal kerana perdana menteri telah disalah maklum oleh BN negeri itu bahawa rakyat Pulau Pinang khususnya pemilik-pemilik gerai berhadapan dengan tekanan dan kesukaran menyara hidup berbanding ketika era pentadbiran BN sebelum ini. "Ini salah dan tidak benar," kata Lim sambil menambah, kerajaan negeri melayan dan menguatkuasakan undang-undang dengan seimbang. Ekonomi Pulau Pinang pula katanya, mengalami pertumbuhan dengan rekod pelaburan bersejarah RM12.2 bilion, yang mengatasi kedudukan pelaburan di negara ini. "Kerajaan negeri Pulau Pinang PR adalah bagi semua rakyat tidak kira kaum, agama dan latar belakang politik," katanya lagi. Tambahan pula kata Lim, kerajaan negeri Pulau Pinang tiada kedudukan kewangan yang kuat untuk bersaing dengan kerajaan persekutuan dari segi peruntukan dana. "Jika Najib mahu membiayai penuh kos mengecat semula flat-flat Rifle Range dan kesemua rumah pangsa dibina kerajaan di Pulau Pinang, kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia untuk memberi laluan dan biar kerajaan pusat yang mengambil pujian," katanya lagi. Lim menambah, Najib juga ada mengatakan yang beliau hanya mengunjungi flat Rifle Range sekali dan mengumumkan kerajaan negeri akan memberi subsidi 80 peratus kos kononnya selepas mengetahui perdana menteri akan melawat, yang diadakan semalam. "Sekali lagi, Najib disalah maklum oleh penasihat-penasihat BN Pulau Pinang. Ia bukan kali pertama saya melawat flat Rifle Range. "Dan, keputusan kerajaan negeri mahu memberikan subsidi 80 peratus kos mengecat bukan dimaklumkan kali pertama di flat Rifle Range atau di Kampung Melayu tetapi kira-kira dua minggu lalu di flat Mahsuri di Bayan Baru, yang perdana menteri tidak melawat langsung. "Atas alasan ini, jika Najib dan kerajaan pusat sanggup untuk menaja kos mengecat semula seratus peratus, kerajaan negeri bersedia untuk memberi laluan," kata Lim sambil menambah, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan berlumba-lumba dengan kerajaan persekutuan dalam memperbaiki kehidupan rakyat. "Meletakkan kepentingan rakyat berbanding politik sentiasa menjadi asas bagi kerajaan negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat," kata Lim lagi. |
Giliran Najib pula ajak orang Pulau Pinang bermimpi Posted: 03 Apr 2011 04:21 AM PDT Oleh Roslan SMS Hari tu Muhyiddin, Timbalan Presiden Umno dengan megah mengisytiharkan yang Umno BN akan kembali berkuasa di Selangor dengan menyasar memenangi 9 kerusi. Walaupun ramai tahu kedudukan Pakatan Rakyat di Selangor agak mantap ekoran prestasi memberangsangkan di bawah MB Tan Sri Khalid Ibrahim disamping kelemahan dalaman Umno BN sendiri selain kebencian rakyat kepada ketempangan dan kepincangan Umno BN yang lalu, namun Muhyiddin tanpa segan terus memainkan juga lagu-lagu khayal dan mengenakkan telinga sekadar sesama Umno BN. Apa lagi yang nak beliau katakana bila mengunjungi Selangor, takkanlah beliau nak katakan PR bagus! Kini giliran Najib pula. Dalam kunjungan beliau ke Pulau Pinang, beliau pula mengisytiharkan yang BN bakal merampas kembali Pulau Mutiara itu dari tangan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang. Alasan Najib – terdapat angin perubahan meniup deras di Pulau Pinang. Sekali lagi sindrom Umno Kelantan turut dimainkan di Pualu Pinang, iaitu Umno dan BN kuat dan pelbagai lagi. Hakikatnya tulang belakang BN di Pulau Pinang iaitu Gerakan sudah pupus, apa lagi MCA dan MIC yang sepatutnya membantu meneguhkan kedudukan Umno turut hancur berkecai. Umno sendiri kalah beberapa kerusi pada PKR dan PAS. Dan dari 11 kerusi (PR menang 29 kerusi)DUN yang Umno menang di Pulau Pinang hampir 5 kerusi di bawah majoriti 500 undi. Demikian kedudukan BN di Pulau Pinang kini, apa yang isitmewa yang boleh melonjakkan mereka bangkit untuk merampas kembali Pulau Pinang sebagaimana dibayangkan Najib? Bolehlah Najib dan Muhyiddin jelajah Selangor, Pulau Pinang dan kemudian Kedah dan Kelantan, berdegar-degar mendabilk dada mendakwa BN dan Umno boleh rampas kembali negeri-negeri ini. Sekadar cakap kosong, siapa pun boleh. Malangnyabuat mereka berdua rakyat Malaysia kini sudah dewasa terutama dari segi pertimbangan dan membuat keputusan. Mustahil mereka mahu kembali kepada ketempangan dan kepincangan yang lampau. Jangankan negeri-negeri yang disebutkan itu, malah negeri-negeri lain termasuklah Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan lain-lain semua ada potensi menolak BN yang semakin membosankan. |
Video seks: Umum anggap Umno, BN dalang Posted: 03 Apr 2011 04:13 AM PDT Oleh Clara Chooi KUALA LUMPUR, Majoriti rakyat Malaysia berpandangan pendedahan rakaman video seks oleh tiga "Datuk T" termasuk diakui sendiri oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan rakannya bermakna berkemungkinan skandal itu didalangi Barisan Nasional (BN). Kajian kendalian firma bebas Merdeka Center baru-baru ini menunjukkan 39 peratus daripada 504 responden menuding jari ke arah BN dan Umno ekoran pendedahan video tersebut dua minggu lalu. Pun begitu ramai juga yang sangsi dengan kemungkinan itu memandangkan 38 peratus mengatakan mereka tidak tahu. Hanya 18 peratus dengan tegas mengatakan BN tidak terlibat dalam kontroversi itu yang menunjukkan seorang lelaki, didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat, mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing. Hasil kajian yang diperoleh The Malaysian Insider semalam dikendalikan antara 24 dan 27 Mac lalu. Daripada 504 responden yang ditemui, 85 peratus sedar kewujudan video itu manakala 15 peratus mengatakan mereka tidak tahu. Ada banyak ruang kabur (dalam pandangan) di kalangan orang ramai, kemungkinan disebabkan ketidakpastian, sesetengah (pula masih) teragak-agak atau memang kurang maklumat apabila bercakap mengenai Anwar, memandangkan kebanyakan maklumat yang ada mengenai beliau adalah (condong kepada) satu pihak dan negatif," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian mengenai hasil kajian itu. Ketika menemui pemberita tiga hari selepas pendedahan rakaman itu, Abdul Rahim yang juga bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pemuda Umno pusat berkata, beliau mengulangi pendiriannya meminta pemimpin pembangkang yang dirujuknya sebagai "si polan" supaya meletak jawatan atas factor liabiliti, seperti yang dilakukan olehnya ketika berdepan dakwaan merogol gadis bawah umur kira-kira 17 tahun lalu. Beliau berkata tindakannya meletak jawatan sebagai ketua menteri Melaka adalah kerana permintaan Anwar pada ketika itu, yang menyifatkannya sebagai bebanan kepada Umno selain faktor semangat kesetiaan kepada kepentingan-kepentingan negara walaupun mahkamah kemudian mendapatinya tidak bersalah. "Dia (Anwar) kata saya jadi liabiliti walaupun tak bersalah dan telah dibuktikan di dalam mahkamah. Saya berhenti. Jadi, hari ini saya harap Anwar ikutlah contoh saya. Rakyat yang taat setia dan menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan negara," katanya. Anwar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di hotel Carcosa Seri Negara bulan lalu. Najib dan Hishammuddin masing-masing presiden dan naib presiden Umno kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan. Minggu lalu, Hishammuddin berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Anwar yang mengaitkan beliau dalam kes video seks itu. Pada satu perhimpunan di Shah Alam 28 Mac lalu, seminggu selepas pendedahan rakaman video seks itu, Anwar menegaskan, pendedahan dibuat "Datuk T" tidak akan sesekali "membunuh" karier politiknya. Sebaliknya, tegas Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-BN tetapi Allah s.w.t. "Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik. "Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN... belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia," katanya. Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno. Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga Pakatan Rakyat dibentuk tiga tahun lalu. Anwar berkata, "isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara." Selain Abdul Rahim, dua "Datuk T" yang lain ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. Ketiga-tiga mereka merupakan ahli politik dan perniagaan terkenal dalam lingkungan BN-Umno ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Anwar, juga Ketua Umum PKR, turut menyifatkan Abdul Rahim sebagai "jaguh baru" yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya. |
Pilihan Raya Sarawak TS Taib: Pemimpin yang kebal Posted: 03 Apr 2011 04:11 AM PDT Oleh Aspan Alias MACC tidak mempunyai kekuatan dan kudrat untuk menyiasat tuduhan rasuah dan salah guna kuasa yang di lakukan oleh TS Taib Mahmud sejak berdekad-dekat yang lalu. Boss nombor satu dan nombor dua MACC begitu 'agitated' apabila di tanya berterusan oleh wakil media kenapa dan sejauh mana kah MACC telah lakukan untuk menyiasat dan melakukan sesuatu untuk mengurangkan rasa resah rakyat terhadap imej TS Taib. Keresahan itu bukan sahaja dirasakan oleh penyokong BN tetapi juga dirasakan oleh rakyat biasa kerana isu ini melibat harta benda mereka. Bagi penyokong BN mereka merasa begitu lemah untuk melakukan kempen untuk mendapatkan sokongan rakyat dan tidak bermaya untuk menafikan wujudnya apa yang dituduh oleh banyak pihak tentang perlakuan Ketua Menteri yang paling lama duduk memerintah negara kenyalang itu.Isu ini bukan sahaja mendapat perhatian rakyat negara ini tetapi juga banyak pihak yang lain di peringkay antarabangsa. TS Taib merupakan orang yang paling dikenali oleh masyarakat seluruh dunia. Malahan di dalam banyak tulisan dan komentar di dalam negara dan di luar Negara Taib telah diletakan sebaris dengan nama-nama pemimpin seperti Marcos, Suharto, Tito dari Yugoslavia dan hailie Salasie dari Ethiopia serta banyak lagi nama-nama yang 'notorious'. Seluruh dunia melihat dengan dekad segala gerakkan Taib di dalam menjalankan tugas selaku peneraju dalam pilihanraya Sarawak yang ke-10 pada 16 hb yang akan datang ini. Bagi mereka yang berfikir yang nama yang baik adalah criteria yang penting untuk mengetuai usaha mendapatkan mandat rakyat, melantik beliau (Taib) untuk dipaparkan kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan yang berterusan dari rakyat merupakan satu tindakkan yang payah diterima oleh sesiapa yang mempunyai semangat demokrasi. Di sinilah MACC boleh memainkan peranan dengan menyiasat serta merongkai segala pandangan negatif rakyat terhadap pemimpin yang berusia 75 tahun ini. TS Taib tidak ubah seperti Maharaja yang duduk bersimpuh dan segala arahan dan tindakkannya tidk ada siapa yang boleh menghalangnya walaupun oleh pucuk pimpinan Persekutuan. Jika isu dua atau tiga ribu ringgit yang di isukan terhadap Teoh Beng Hock boleh menyebabkan berlakunya apa yang semua orang tahu telah berlaku, bagi pemimpin seperti TS Taib tidak siapa boleh menahannya termasuk siasatan dari MACC berhubung dengan isu yang mengelilingi beliau. TS Taib telah memdapatkan segala immuniti dari apa-apa tindakkan undang-undang. Undang-undang hanya boleh dilaksanakan terhadap rakyat marhen seperti kita sahaja. Tidak ada siapa yang suka-suka mengkritik institusi seperti MACC tetapi apa yang berlaku ini tidak dapat sesiapa yang mampu bertahan dari memberikan kritikan. Kita sepatutnya bersama-sama memberikan tekanan kepada pihak-pihak yang mencemarkan pentadbiran kerajaan jika kita benar-benar mahukan sokongan rakyat yang berterusan. Setelah tekanan yang begitu besar baru terdengar TS Taib berhasrat untuk meletakkan jawatan, tetapi hanya setelah memenangi pilihanraya. Kenyataan itu sendiri merupakan pengakuan bahawa beliau menerima hakikat bahawa beliau berkewajipan untuk meletakan jawatan kerana ingin menjaga imej kerajaan itu. Tetapi baru sekarang jugalah terbukti bahawa selama tiga dekad pemerintahannya beliau rupa-rupanya masih belum ada pengganti yang sesuai dan yang muktamad. Kalau zaman Tunku menjadi PM, semua rakyat tahu jika beliau meletakan jawatan dan bersara. Tun Razaklah pengganti beliau. Begitu jugalah semasa Tun Razak memimpin. Husein Onn lah orang yang akan menggantikan beliau dan seterusnya Mahathirlah pengganti Husein jika Husein meletakkan jawatan. Selepas itu Mahathir telah memecahkan tradisi ini kerana dari awal lagi beliau lebih menumpukan usaha untuk memerintah sepanjang hayat jika ada peluang dan Musa Hitam bukannya pemimpin yang beliau mahukan mengganti beliau. Hasilnya berbagai alasan telah diberikan untuk membuatkan Musa tersepit dn terpaksa meletakan jawatan. Akhirnya Mahathir lah PM yang memecahkan rekod mempunyai empat Timbalannya sebelum meletakan jawatan setelah 22 tahun memimpin. Malahan sehingga sekarang Mahathir masih lagi dianggap sebagai PM oleh penyokong-penyokong 'totok'nya. Budaya ini sudah menjadi budaya yang kekal di dalam politik kita orang Melayu. Bak kata perbidalan, 'bapak kencing berdiri, anak kencing berlari'. Konsep kepimpinan melalui teladan ini benar-benar berlaku di Sarawak. Taiblah murid Mahathir yang terbaik. Kata orang guru tetap guru tetapi muridnya mungkin menjadi Raja. Mahathir adalah gurunya dan Taib adalah murid yang telah menjadi Maharajah. Ketiadaan persediaan awal untuk menyediakan pimpinan pengganti beliau ini membuktikan bahawa Taib tidak pernah berfikir untuk meletakkan jawatan selama ini. Sekarang 'sudah nak berak baru menggali lubang' kata orang tua-tua. Mungkin BN masih lagi boleh selamat kali ini, itu pun kerana sikap PKR yang tamak dan sedang bergeser dengan SNAP dalam perebutan kerusi didalam pilihanraya ini. Jika PKR dan SNAP telah menyelesaikan isu ini lebih awal kita bolehlah rumuskan yang BN Sarawak akan menjadi pembangkang di DUN negeri itu. Sampai bila kita hendak selamat kerana kekusutan pihak lain? Bila kah masanya kita akan disokong secara 'legitimate' dan bukan kerana kuasa dan infra politik yang kuat yang ada kepada kita? DAN sampai bila kita hanya berjaya kerana diselamatkan oleh pengundi pedalaman yang hanya mengikut kuasa yang ada kepada kita secara membuta tuli ini? Sampai bila…? Bila kah masanya kita akan berjaya kerana mendapat sokongan yang benar-benar 'legitimate' dari rakyat dan tidak lagi kerana helah-helah politik orang yang sedang berkuasa? Adakah akan sampai ketikanya yang kita memenangi pilihanraya dengan perlaksanaan demokrasi yang tulin? Walaupun jalan ke arah itu seolah-olah sudah tertutup namun kita wajar berdoa agar Tuhan memberikan hidayah kepada pemimpin-pemimpin dan rakyat untuk melakukan perkara-perkara yang tidak memudharatkan negara pada masa-masa yang akan datang. Bagi pandangan saya, hanya afa'al Tuhan sahaja yang akan membuka hijab kita semua untuk melakukan perkara-perkara yang hanya di dalam keredhoan Tuhan yang Maha Esa. — aspanaliasnet.blogspot.com |
Bob Lokman pusing Kuala Terengganu bawa mesej 'PAS Ganti Umno' Posted: 03 Apr 2011 04:07 AM PDT PASPB KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu membawa 'bekas selebriti' Bob Lukman menjelajah bandar Kuala Terengganu bagi menyampaikan mesej 'PAS Ganti Umno' (PGU) kepada warga 'bandaraya' tersebut. Setiausahanya Wan Faizul Abas berkata, program 'santai' itu dianjurkan bersama dengan pemuda 'bandaraya' Kuala Terengganu yang dimulakan dengan minum pagi di pasar Cabang Tiga dan berakhir di Pasar Besar Kedai Payang. (Gambar kiri - bertemu dengan orang ramai di Pasar Cabang 3 selepas minum pagi di kedai 'sup bebola ikan Nazim'.) "Ia adalah pendekatan bersemuka dengan masyarakat bandar, disamping kita mengedarkan risalah bagi menyampaikan mesej 'PAS Ganti Umno', (PGU), http://buletinonline.net/images/stories/berita45/boblokmanKT035.jpg"terutamanya memberi awasan dan kesedaran tentang program Himpunan Kbangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU) kali ke-3 yang akan diadakan di Kuala Terengganu Mei depan,"ujarnya ketika ditemui. Wan Faizul berkata, pimpinan PAS negeri Terengganu telah memutuskan PGU kali ke-3 ini di panggil sebagai 'PGU100K' yang mensasarkan 100,000 orang kehadiran ahli, penyokong serta pendokong PAS dan Pakatan Rakyat ke program tersebut. (Gambar kanan - bersama orang ramai di suatu pameran kesihatan di Mydin Mall, disebelah kiri Bob adalah Wan Faizul) Katanya, kedua-dua Himpunan PGU, kali petama di Chukai, Kemaman dan PGU kali ke-2 di Jerteh, Besut, telah berjaya menghimpunkan masing-masing, lebih 50,000 hadirin. "Justeru, pemuda mengambil langkah awal mempromosikan PGU100K, sempena lawatan Bob ke Kuala Terengganu,"katanya |
Perancangan video seks bersepadu libatkan banyak pihak bukan hanya 3 'T' Posted: 03 Apr 2011 03:56 AM PDT PASPB Sekurang-kurangnya kes video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sahih. Soal kesahihan ini bukan sahaja membabitkan pembikinan video seperti yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar Ismail tetapi apa yang lebih sahih ialah isu siapa yang mengusahakannya. Berbeda dengan dua kes konspirasi yang juga berbaur seks yang cuba dipalitkan ke atas Anwar sebelum ini, kes kali ini jelas digerakkan oleh orang politik. Dalam kes pertama Anwar dihukum bersalah kerana "salah guna kuasa" untuk lindungi apa yang dikatakan perbuatan seks sumbangnya. Beliau dipenjara enam tahun. Namun Mahkamah Persekutuan yang merupakan badan kehakiman tertinggi Negara kemudian mendapati kes itu tidak benar dan membebaskan Anwar. Yang jelasnya, walaupun dapat dihidu umum kes itu adalah satu konspirasi politik untuk menjatuhkan wibawa kepemimpinan Anwar, tangan-tangan politik yang terbabit cuba disorokkan oleh pelbagai institusi – polis, mahkamah dan juga media – daripada dikenalpasti umum. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berselindung di sebalik kedudukan politiknya dan enggan memberi keterangan di mahkamah tetapi tidak pernah lelah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Anwar (termasuk yang terbaru dalam Memoir yang bercambah kesalahan fakta). Begitu juga kes tuduhan liwat kedua. Berhempas pulas institusi yang sama cuba melindungi perancang-perancang di sebalik tuduhan terhadap Anwar. Seberapa boleh biarlah Anwar terpaksa berhadapan dengan pihak kehakiman, media dan juga polis sahaja. Sehingga kes bersambung semula pertengahan bulan ini, akan dapat disaksikan pula betapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bersilat enggan ke mahkamah. Kes ketiga ini lain sedikit. Mungkin kerana silap langkah dan disergah oleh beberapa pihak yang pada mulanya menjadi sasaran untuk mengukuhkan rencana jahat mereka – Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ketua Solidariti Anak Muda, Badrul Hisham Shaharin -- pihak penganjur drama politik video seks ini tidak sempat dan dapat mengelak diri. Ketiga-tiga mereka terpaksa mengaku pembabitan dalam kisah video seks ini. Mereka menggelarkan diri kumpulan Datuk T (satu nama pelik yang terpaksa direkacipta setelah tembelang mereka diketahui umum) dan, mendapat nasihat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak. Maka oleh kerana ketiga-tiga Datuk T ini orang politik dan mempunyai rekod yang kurang cemerlang dalam soal keluhuran amalan politik mereka, maka sahih ada unsur politik dalam konspirasi ini. Lebih penting lagi amat mudah sekali kes ini dikaitkan dengan motif politik – jatuhkan Anwar. Hakikat ini apabila ditokok dengan musim pilihanraya Sarawak, maka suluhan terhadap motif politik yang digerakkan orang-orang politik Umno yang masih enggan pencen ini amat ketara. Bahawasanya mereka ini dipacu oleh dendam kesumat politik peribadi dan kepartaian adalah amat jelas. Soal adakah dendam kesumat Rahim, Shuib dan Eskay Abdullah sahaja yang menjadi pendorong kepada usaha menggunakan perencah seks untuk menjatuhkan Anwar? Tentu tidak. Ada pihak lain yang lebih berkepentingan yang yakin bahawa hanya fiksyen seks yang boleh meranapkan kerjaya politik Anwar. Sudah tentu entiti pendengki dan bacul ini adalah Umno. Sebagai gerakan politik yang sudah hampir lumpuh dan yang hanya mampu mengatur langkah bila disogok wang ringgit, Umno nampaknya makin ketandusan idea untuk menang dalam persaingan politik. Betapa tidaknya, tema untuk menjatuhkan musuh hanya mampu dikaitkan dengan seks. Memang benar pepatah orang dahulu kala, "alah bisa tegal biasa" dan "turutkan nafsu lesu." Kelesuan politik Umno ini nampaknya juga membawa kesuraman kepada daya pemikiran dan tindakan institusi lain yang memang sebelum ini juga bertolak-tolak tidak mahu dikenalpasti rakyat sebagai tangan-tangan yang terbabit dalam konspirasi skala besar ini terhadap Anwar ini. Cara laporan media misalnya, jelas tidak berdaya lari daripada usaha cuba mensensasikan rekayasa konspirasi. Dengan mengulang pendekatan yang sama dari kes fitnah seks satu hingga tiga, ia sekaligus mengisytiharkan betapa dangkal dan lemahnya daya fikir pengendali media arus perdana. Mungkin kerana mereka sendiri tidak mampu mengendali naluri seks masing-masing, maka merekapun merumuskan bahawa kisah-kisah seks mampu membantu jualan akhbar dan melonjakkan "ratings" televisyen mereka. Begitu juga dengan cara penyiasatan polis. Yang disiasat ialah orang yang mengadu difitnah dan teraniaya. Dengan menggunakan taktik yang condong kepada pengesahan cerita-cerita fitnah, ketiga-tiga kes disiasat menggunakan pendekatan sebegitu. Kes terakhir yang segera disiasat bukan kesalahan memiliki, menayang video lucah serta identiti pelaku adegan seks tetapi ketulenan video! Motif Rahim jelas. Dia kehilangan kerusi Ketua Menteri Melaka pada 1994 sebab terpalit kes rogol gadis bawah umur. Motif Eskay pula adalah kerana terlepas imbuhan berjuta ringgit kerana Anwar tidak mahu menjadi saksi kes tuntutan komisyen dalam projek Jambatan Bengkok. Motif Shuib pula adalah dendam Perkasa sebuah badan yang mahu Melayu terus Perkasa dalam politik Malaysia (hanya kerana ia mendakwa Melayu) tetapi gerun bersaing dengan orang lain kerana kurang yakin pada kebolehan sendiri. Motif institusi yang bersengkongkol apa pula? Takut! Ya takut hilang kedudukan dan jawatan kerana kecurangan ketua-ketua silam. Jika mengaku pemimpin institusi seperti polis, kehakiman dan media sebelum ini curang dan culas, kedudukan sendiri akan diperkecil masyarakat. Jadi atas nama untuk memelihara keluhuran institusi, mereka pun meneruskan tradisi dan politik usang dengan harapan rakyat tidak dapat membaca pembabitan mereka. Maka yang sahih, kes kali ini adalah kes konspirasi politik skala tinggi. |
Fitnah Seks Memang Sudah Sekian Lama Didedahkan Al-Quran Posted: 03 Apr 2011 03:53 AM PDT Sebab itu kisah-kisah dalam al Quran harus digarap dan difahami demi mencari pengajaran dan teladan yang boleh dijadikan petunjuk pada semua masa dan persekitaran. Cerita Nabi Yusuf alaihi salam (a.s.) misalnya, amat relevan dengan kehidupan dahulu, kini dan selamanya. Ketika mengupas kisah ini dan hubungannya dengan realiti sosial, ekonomi dan politik hari ini, ahli pemikir Dr Sidiq Fadzil menyerlahkan betapa serasinya al Quran ini digunakan untuk umat manusia di Malaysia membaca suhu politik, dan ragam kemanusiaan rakyat serta pemerintahnya. Beliau menghuraikan bahawa manusia memang sukar menceraikan sikap dan perasaan dengki. Ia biasa menjeruk jiwa sesiapa dan dalam persekitaran apa jua. Dalam kes Nabi Yusuf a.s, yang dengki kepadanya ialah adik beradiknya sendiri. Alasan dendam dan dengki mereka amat lumrah – berebut kasih sayang. Atau, mungkin juga kerana kekurangan unsur itu dalam diri. Didorong sifat dengki kerana kononnya Yusuf a.s. kononnya lebih disayangi oleh bapa, Yaakob a.s, mereka pun melakar konspirasi untuk memadamkan kehadiran Yusuf a.s. dalam persekitaran hidup mereka. Kisahnya: Yusuf a.s. dibuang ke dalam telaga. Di sebalik itu al Quran pun mendedahkan helah manusia (dalam kes ini adik beradik Nabi Yusuf a.s. sendiri) mereka cipta bukti palsu dengan melumur darah kambing pada baju Yusuf dan dikemukakan kepada bapa mereka kononnya adik mereka itu telah dibaham serigala. Kecurangan begini masih berulang hingga hari ini hingga kepada usaha "menanam" DNA sebagai bukti. Nabi Yusuf ditemui kafilah yang lalu dekat telaga ketika mencari air. Namun gerombolan ini mengambil kesempatan penemuan ini dan menjadikan modal niaga. Yusuf dijual sebagai hamba sahaya. Iktibar daripada ini, kata Dr Sidiq ialah, meskipun menjadi hamba, kemuliaan Yusuf tidak luntur. Dia tetap pilihan Allah. Maka dikurniakan Yusuf pelbagai keelokkan – rupa diri, syaksiah dan kebijaksanaan yang tinggi. Ini menimbulkan ghairah pelbagai pihak untuk memiliki dan menguasainya. Maka terjadilah fitnah lebih besar terhadap Yusuf. Meskipun terbukti bukan dia menggoda isteri Al Aziz, majikan Yusuf, bahan fitnah berbaur seks ini menyebabkan lebih ramai yang berkepentingan di Mesir yang mahu Yusuf dipenjara. Sifat dengki dan dendam kesumat menjadi inti konspirasi. Maka ramailah yang tampil berbohong tentang "kejelekan" peribadi Yusuf dan terperosoklah baginda dalam penjara. Status banduan tidak melunturkan kemuliaan Nabi Yusuf a.s. Ilmu tamsil mimpi dan sifat abidnya kepada Allah, menjadi jatidirinya. Dia terus jadi pedoman banduan lain dan sentiasa diberi penghormatan dan dimuliakan. Yang signifikannya ialah apabila Yusuf dapat menafsirkan mimpi raja. Lebih istimewa lagi, Yusuf juga mampu menampilkan pelan induk ekonomi untuk Mesir. Nasib Yusuf berubah ketika itu. Bukan sahaja ditawarkan kebebasan, tetapi pelan ekonomi Yusuf mendorong Raja memberinya tanggungjawab menguruskan ekonomi negara. Yang mengkagumkan ialah, Yusuf tidak segera menerima tawaran Raja itu. Nabi Yusud mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat mengapa beliau dipenjara. Setelah terbukti nasib malang Yusuf itu berpunca daripada konspirasi yang membabitkan soal seks, dan namanya kemudian dibersihkan, barulah Yusuf menerima tanggungjawab sebagai penguasa ekonomi negara. Yusuf sedar, di hadapan Allah, tiada guna pangkat atau nama jika soal maruah tidak diutama. Pengajaran daripada kisah Yusuf ini ialah soal dengki tidak pernah mati dalam diri mana-mana manusia dan tamadun. Yang jadi persoalan ialah bagaimana mengawalnya. Rentetan itu, soal naluri seks juga tidak pernah lekang daripada jiwa manusia. Maka yang menjadi persoalannya ialah bagaimana pula ia harus dikendali dan jangan dijadikan modal konspirasi sesama insan. Bayangkan betapa besarnya aib yang menimpa diri ketika usia telah lanjut apabila Suruhanjaya Siasatan Diraja membongkar di depan mata anak cucu bahawa diri terbabit dalam konspirasi seks hanya kerana ketika itu hendak mengekalkan kuasa, kedudukan dan pangkat? Sifat buruk ini memang ada pada manusia. Sebab itu al Quran diturunkan untuk menjadi pedoman supaya mengelak mengulang kesilapan dan keterlanjuran manusia silam. Lebih penting daripada itu, kata Dr Sidiq, setiap insan mesti meyakini bahawa ujian ada di mana-mana. Lebih besar status dan kaliber seseorang itu, maka lebih getirlah ujian yang dihadapinya. Namun paksi ujian ialah bagaimana menundukkan kedengkian sesama insan. Dan, lebih penting lagi, ialah bagaimana mengenal dan mengelak diri terjerumus dalam sikap kepetualangan itu. Kisah seperti pengalaman Nabi Yusuf menunjukkan betapa tema kedengkian manusia – memadamkan kehadiran saingan dengan cara fitnah dan membunuh serta motif politik bertema rasuah dan seks sentiasa jadi juadah konspirator untuk menundukkan lawan politik mereka; dari zaman ke zaman. Maka jika kita percaya pada Allah dan sentiasa mengintai kebijaksanaan dan pedoman yang diselitkan dalam kisah-kisah Al Quran, maka tidak mungkin kita gusar akan fitnah dan cabaran dunia ini. Sebagai tunjang iman, kita percaya balasan Allah akan tetap berlaku terhadap yang memfitnah dan juga yang difitnah. Jika tidak di dunia, orang beriman yakin, di akhirat nanti ada ganjaran dan hukumannya. Sebab itu Allah menjanjikan Yaumil Masyar, Syurga dan Neraka. |
LAGI AHLI UMNO ISYTIHAR SERTA PKR Posted: 02 Apr 2011 10:57 PM PDT Bertempat di Kg Tontologong, Melalap, Tenom, PKR Cabang menerima kemasukan anggota baru seramai 70 orang yang terdiri dari ahli-ahli UMNO Bahagian Tenom. |
A.R. Badul Diburu Polis Kerana Mencabuli Pelajar? Posted: 02 Apr 2011 10:50 PM PDT SABAH DAILY Seorang pelawak berusia 63 tahun yang popular sejak era 70-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa dicabul lebih tiga kali lelaki itu. |
Kenapa Harga Barang Naik Tidak Terkawal? Posted: 02 Apr 2011 10:44 PM PDT
|
JAMAWI DIBERI NOTIS 14 HARI UNTUK MINTA MAAF Posted: 02 Apr 2011 10:42 PM PDT RIBUT dalam cawan yang melanda PKR Tenom ekoran tindakan Timbalan Ketua Cabang PKR Tenom, Lampag Kurais bersama lapan AJK Cabang serta beberapa ahli pemuda dan wanita menyertai UMNO kini kembali teduh; gagal meruntuhkan tebing permuafakatan; malah memperkukuhkan benteng semangat mereka untuk memperjuangkan nasib dan masa hadapan mereka di persada politik tanah air. Mesyuarat Jawatankuasa Cabang PKR Tenom yang telah diadakan kelmarin; antaranya agenda yang dibincangkan ialah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pembelot parti demi melestari keutuhan perjuangan yang dipimpin oleh veteran politik Sabah, Datuk Halik Zaman. Resolusi mesyuarat telah sebulat suara melantik Naib Ketua Satu Cabang PKR Tenom, Sani Kuak, 41, sebagai Pemangku Timbalan Ketua Cabang PKR Tenom dan beberapa muka baru dilantik mengisi kekosongan jawatan akibat penghijrahan Lampag dan pengikutnya. Dalam ucapan penghargaannya, Sani Kuak, merasa teramat kesal di atas taktik kotor, licik dan pembohongan Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar dan sekutunya Lampag yang membabitkan namanya menyertai kumpulan yang menerima habuan itu; meskipun beliau telah didatangi oleh dalang- dalang politik kotor UMNO di rumahnya. "Saya berterus terang dengan mereka akan misi perjuangan saya dan telah menolak dengan baik hasrat mereka untuk menjadikan saya seorang pembelot kepada anak cucu saya. Tetapi saya amat kesal kerana tanpa usul periksa mereka menyiarkan nama saya di akhbar tempatan, kononnya turut menyertai UMNO," ujar Sani yang memberi notis 14 hari kepada Jamawi untuk meminta maaf secara terbuka di akhbar tempatan dan media alternatif kerana mengaitkan nama beliau. Menurut Sani, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman Jamawi dan UMNO yang telah secara malafide memburukkan namanya, memfitnah beliau dan mereka cerita politik kotor dan jelik terhadapnya. "Saya sudah berbincang dengan panel peguam PKR dan tindakan susulan akan diambil 14 hari selepas disiarkan di Sabahkini.net," tegas Sani yang menggesa agar semua ahli PKR dan Pakatan Rakyat berwaspada dengan taktik kotor UMNO dan BN sekalipun pilihanraya masih jauh. Dalam pada itu, Setiausaha PKR Cabang Tenom, Masery Raisimin memberi tahu mesyuarat bahawa pada 30 Mac dan 1 April lalu, mereka telah menerima keanggotaan yang ramai daripada Kampung Jawa (Kg. Jamawi Jaafar) dan Kampung Tontologong, Melalap. "Sambutan yang begitu hebat daripada ahli-ahli UMNO untuk menyertai PKR adalah di luar jangkaan. Mungkin kerana Jamawi merasa tercabar dan secara gopoh bertindak balas membeli AJK murahan PKR yang tidak berprinsip itu, setelah kecewa dengan minat rakyat yang kini berpaling tadah daripada BN yang dianggap mereka sebagai boneka UMNO," kata Masery. Menurut Masery lagi, sudah menjadi budaya UMNO, asal ada peluang atau menjelang pilihanraya, mesti berlaku 'pembelian' anggota PKR di mana-mana sahaja di Malaysia. "Mungkin resam itulah yang diamalkan oleh Jamawi yang kini berkonfrantasi dengan Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raimie Unggi dan Ketua Wanita UMNO Tenom yang masing-masing mahu melobi calon Parlimen Tenom daripada Datuk Shafie Apdal, yang dikatakan orang kuat Presiden UMNO," jelas Masery lagi. |
SHAFIE WAJAR HENTIKAN KECURANGAN KKLW Posted: 02 Apr 2011 10:37 PM PDT MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digesa agar memohon maaf daripada rakyat Sabah kerana 'kecurangan' kementeriannya menyeludup masuk bateri asid plumbum ke Sabah untuk Projek Elektrik Bekalan Luar Bandar (BELB) dan tidak lagi menggunakan bateri berkenaan untuk projek elektrik solar bernilai RM15 juta untuk 15 kampung di kepulauan Semporna. Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu yang menghubungi Sabahkini.net bagi mengulas kenyataan Shafie yang disiarkan Bernama kelmarin berhubung pemasangan elektrik solar di tujuh buah pulau di Semporna bagi membolehkan penduduk kampung yang terpecil daripada grid menikmati bekalan elekrik 24 jam ekoran kejayaan besar projek serupa di kampung Larapan. "Bencana yang kementerian Shafie bawa bagi Projek Solar Hibrid Pulau Banggi tidak dapat dimaafkan sekalipun beliau meletakkan jawatan, apatah lagi jika beliau membawa masuk lagi bateri asid plumbum ke Sabah dan membahayakan penduduk kampung di Pulau Bum-Bum dan sekitarnya yang tidak berdosa," ujar Patrick yang menggesa agar Shafie menggantikan segera bateri asid plumbum di Pulau Banggi kerana spesifikasi projek ditentukan oleh KKLW dan bukannya TNB atau SESB. Sekalipun Shafie belum menjawat Menteri KKLW ketika Janakuasa Solar Hibrid dibina di Pulau Banggi, namun secara moral beliau bertanggung jawab untuk memastikan projek di bawah kementeriannya selamat dan segera menggantikan bateri berkenaan setelah mendapat tahu ia diharamkan melalui Basel Convention kerana Malaysia adalah salah satu negara yang menerima ketetapan berkenaan. "Shafie boleh menebus dosa kementeriannya dengan memastikan tidak ada lagi bateri asid plumbum diimport masuk ke Sabah atau kita mendesak beliau meletakkan jawatan sekiranya masih menggunakan bateri berbahaya berkenaan," ujar Patrick yang menggesa agar KKLW tidak berdolak dalih mengenai penggunaan bateri asid plumbum berasaskan gel kerana valve yang terdapat pada bateri berkenaan akan mengeluarkan gas beracun setiap kali bateri berkenaan dicaj. Tegas Patrick, mungkin ada yang tidak kena kenapa KKLW enggan menggunakan bateri yang terjamin selamat bagi projek elektrik solar seperti bateri lithium polymer buatan Malaysia yang bukan sahaja tahan lama, bermutu; malah diimport negara maju sebelum mengeksport semula ke Malaysia dengan jenama lain tetapi dibuat di kilang yang sama di Kulim, Kedah. "Saya rasa isu bateri plumbum ini kena tanya Nik Abd Kadir kerana segala spesifikasi KKLW diputuskan oleh beliau," kata Patrick yang tidak menolak kemungkinan akan bersama-sama beberapa NGO Alam Sekitar memfailkan saman terhadap KKLW berhubung penggunaan bateri asid plumbum dalam projek BELB. |
Hassan Ali : Usaha Pencegahan Zina Perlu Diperhebat Posted: 02 Apr 2011 10:27 PM PDT SELANGOR KINI SHAH ALAM - Kerajaan negeri menyedari perlakuan zina yang berlaku masakini di Selangor adalah satu masalah serius yang perlu diberi perhatian dan langkah pencegahan secara berterusan dari masa ke semasa berikutan jumlah anak luar nikah amat membimbangkan dengan 257,000 kes direkodkan sehingga 2008. Exco Hal Ehawal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Ali dalam sidang DUN ketika menjawab soalan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman, menjelaskan masalah tersebut adalah satu masalah besar yang tidak hanya melanda negeri Selangor tetapi juga di seluruh negara. Katanya, berdasarkan statistik sehingga 2008 dilaporkan sebanyak 257,000 kes telah direkodkan sebagai anak-anak yang lahir tanpa ikatan perkahwinan yang sah dan setiap bulan sebanyak 2,500 kes dicatatkan. "Anak-anak yang lahir daripada itu ditafsirkan sebagai anak yang tidak sah taraf dan dalam surat beranaknya pun tidak disebutkan sebagai anak yang sah taraf," katanya. "Masalah ini adalah masalah yang sangat besar yang bukan saja melanda kita di Selangor ini bahkan saya rasa di seluruh Malaysia dan kalau kita lihat statistik yang ada sebanyak 257,000 hingga tahun 2008 yang telah direkodkan sebagai anak-anak yang lahir tanpa ikatan perkahwinan di antara ibu dan ayahnya dan kalau kita lihat hariannya 2,500 kes yang direkodkan setiap bulan," tambahnya. Beliau berkata, masalah yang dihadapi ialah orang yang datang untuk membuat pendaftaran rasmi adalah kecil berbanding mereka yang tidak mendaftar. Sebagai contoh,katanya jika yang tidak mendaftar itu empat kali lebih banyak bermakna terdapat hampir 10,000 kes yang wujud dan dilaporkan juga berlaku 83 kes setiap hari. Sehubungan itu, tambahnya, kerajaan negeri sentiasa berusaha mencari jalan menanganinya seperti menganjurkan pelbagai program seperti Generasi Idaman Selangor (GeMS), Anti Zina dan sebagainya serta yang terbaru perkahwinan perdana yang dijalankan di Kampung Delek minggu lepas. Seterusnya beliau menyatakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menjalankan pencegahan dengan pegawai penguatkuasanya jika mengikut nisbah adalah satu berbanding 25,000 orang maka penambahan pegawai penguatkuasa Jais diperlukan berhubung perkara itu. Jelasnya, perkara utama yang menyebabkan ianya berlaku adalah faktor keluarga yang menghadapi pelbagai masalah dan hidup tidak aman. " Faktor itu ialah keluarga yang tidak dapat hidup dengan aman damai, keluarga yang bercelaru, keluarga yang dalam keadaan tidak aman, keluarga yang runtuh yang bercerai berai dan sebagainya," katanya. |
Kenapa Najib tidak tawar DNAnya? Posted: 02 Apr 2011 10:21 PM PDT Berucap di Kuching Sabtu lalu, Najib mendakwa beliau sendiri rela memberikan DNAnya jika diminta oleh pendakwaraya. Anehnya Najib tidak membuat tawaran itu semasa perbicaraan kes bunuh warga Mongolia, Altantuya Sharibuu walaupun ada dokumen-dokumen jmembuktikan bahawa Najib pernah mengenali model itu. Rasa tidak perlulah dikitar semula, bahan-bahan bukti di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengaitkan pejabat Najib dengan bekas penasihatnya, Abdul Razak Baginda dan juga pegawai-pegawai polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya. Ketika perbicaraan itu, Najib bukan sahaja tidak memberikan DNAnya, namun beliau langsung tidak menawarkan diri untuk ke mahkamah bagi memberi keterangan bagi menjelaskan hubungannya dengan Altantuya. Demonstrasi dan tunjuk perasaan yang dianjurkan di seluruh negara oleh Umno dan juak-juak parti itu untuk mendesak Anwar memberikan DNAnya minggu lalu tentunya bertujuan memberi tekanan kepada mahkamah mengeluarkan arahan sedemikian kepada ketua pembangkang. Sambutan hambar Namun semua tunjuk perasaan itu menerima sambutan hambar. Umpamanya, di Petaling Jaya, 50 orang yang hadir namun media massa arus perdana melaporkan kumpulan itu mewakili 30 pertubuhan bukan kerajaan! Mungkinkah Najib terdesak untuk mencabar Anwar menyerahkan DNAnya kerana sambutan dingin pada tunjuk perasan yang dianjurkan oleh konco-konconya tidak menjadi? Atau lebih bahaya, mungkinkah Najib bertindak sedemikian kerana menyedari 'perangkap" yang dipasang oleh polis untuk menghumban Anwar ke penjara sekali lagi tidak akan berjaya ekoran keputusan hakim bahawa bahan bukti diambil oleh polis secara tipu helah dan tidak sah. Apapun, hakikatnya adalah Najib mengetahui tindakan-tindakan mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memalsukan bukti terhadap Anwar pada tahun 1998. Dua pegawai kanan itu turut menjadi paksi kepada pendakwaan terhadap Anwar kali ini. Begitu juga dengan seorang lagi pegawai dari kes dahulu, ASP Rodhwan Mohd Yusuf yang berjumpa dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan secara sulit sebelum laporan polis dibuat terhadap Anwar. Ketakutan doktor Hakikat juga adalah Saiful menelefon Musa, dan berjumpa Rodwan, serta mengadakan perbincangan dengan Najib sebelum beliau membuat laporan polis, mendakwa diliwat oleh Anwar. Najib tahu semua ini. Beliau juga maklum mengenai "ketelusan" proses siasatan terhadap Anwar dalam kes fitnah pertama dan kedua serta penggunaan bukti rekacipta terhadap mantan timbalan perdana menteri itu. Berbekal semua "pengetahuan dan maklumat itu" Najib tetap "yakin"' pada kewibawaan polis, pejabat Peguam Negara untuk mengendalikan bukti sampel DNA Anwar. Perbicaraan setakat ini sudahpun mendedahkan bagaimana polis campurtangan dalam pemeriksaan doktor terhadap Saiful, termasuk mengisi sendiri borang pemeriksaan awal. Perbicaraan turut memperlihatkan "ketakutan' doktor untuk merujuk kepada nota-nota kerana bimbang ia digunakan oleh peguam bela untuk mengetahui kebenaran mengenai dakwaan yang dibuat oleh Saiful. Perbicaraan turut mendedahkan bagaimana polis sendiri membelakangkan arahan Jabatan Kimia dan peraturan dalam menyimpan bukti-bukti dan sampel DNA itu. Bayangkan seorang pegawai kanan polis (yang mengaku berbohong kepada Suhakam) boleh alpa sehingga menyimpan bukti DNA dalam peti simpanan dan bukannya peti sejuk sebagaimana yang perlu. Najib tahu semua ini -- namun kenapa beliau begitu bingkas dan terdesak mahukan Anwar menyerahkan DNAnya? Jawapannya mudah -- kerana perdana menteri mahu melengkapkan satu lagi pendakwaan menggunakan bukti rekacipta untuk kali kedua terhadap musuh politik utamanya yang bernama Anwar Ibrahim. |
S'wak ada balak, minyak, gas, tanah dan juga 'buaya' Posted: 02 Apr 2011 10:14 PM PDT MALAYSIA KINI Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng mengibaratkan pembabitan Pakatan Rakayta pada pilihan raya ke-10 Sarawak 'pertarung terbesar abad ini'. Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata pemerintahan berterusan BN sejak Sarawak mencapai kemerdekaannya pada 1963 telah membantutkan demokrasi dan menafikan rakyat daripada menikmati kemewahan daripada negeri itu yang kaya dengan sumber alam semulajadi. "Sarawak ada balak, minyak, gas dan tanah. Malangnya, ia juga ada banyak 'buaya'," kata Lim pada satu rali di ibu pejabat DAP di Kuching, malam semalam. Gurauan Lim mengenai buaya itu menyaksikan lebih 500 hadirin gelak besar yang dikaitkanya dengan reptilia yang membaham manusia yang terdapat di sungai-sungai di Sarawak dengan pemimpin kerajaan yang korup. "Sebab inilah kita perlu pilih calon yang berani untuk tangkap buaya-buaya itu," kata Lim sambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirinnya. Lim kemudian menjadikan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai sasarannya dan mempersoalkan keikhlasan janjinya untuk bersara selepas pilihan raya. Hadirin sekali lagi menjerit "Tidak!" apabila ditanya sama ada mereka mempercayai Taib. Lim kemudian mengingatkan mereka bahawa ketua Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan juga pernah membuat janji yang sama pada 2006. Ketiaka itu, Chan yang juga timbalan ketua menteri berjanji akan bersara dalam tempoh setahun dan menurut Lim sehingga saat ini tiada tanda-tanda bahawa beliau akan berbuat demikian. "Lagipun, mereka (Taib and Chan) adalah menantu. Jika Chan tidak berundur, adakah awak fikir Taib akan berundur?" soal Lim. Menurutnya, rakyat Sarawak tidak sepatutnya membenarkan BN terus menang pada pilihan raya 16 April ini atau tidak Taib akan menjadikannya sebagai isyarat untuk beliau terus kekal berkuasa. "Jika awak mahu Taib pergi, awak mesti pastikan BN ditewaskan," katanya. |
Posted: 02 Apr 2011 05:28 PM PDT Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan bayangan kemungkinan PKR akan bertarung pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini tanpa bantuan parti Snap. Dalam lawatannya ke sebuah rumah panjang di Sri Aman - kira-kira 200km dari tenggara Kuching, semalam, Anwar menggesa pengundi masyarakat Iban supaya menolak parti tertentu yang didakwanya ditaja oleh BN bagi memecahkan undi pembangkang. Meskipun tidak menamakan parti berkenaan, namun adalah jelas beliau merujuk kepada Snap. "Dua tahun lalu, ada sebuah parti yang hampir mati tetapi tiba-tiba mahu bertanding di sini. Dari mana datang wang itu? "Siapa beri mereka wang? Parti itu mahu memecah-belahkan undi pembangkang," kata Anwar kepada kira-kira 50 penduduk Iban di Rumah Ayok, Pakit B, yang terletak dalam kerusi dewan undangan negeri Bukit Begunan. "DAP, PAS dan PKR datang ke sini bagi melawan BN," katanya sambil tidak menyebut parti Snap yang juga adalah komponen Pakatan Rakyat. Terdahulu, ketika ceramahnya di Mulugu, yang juga terletak di DUN Bukit Begunan, Anwar mendakwa "parti yang hampir mati" itu ditaja oleh BN. "Ia ditaja oleh BN bagi memecahkan Iban, Melayu, Cina, Bidayuh, Melanau dan lain-lain. Mereka tidak mahu melihat perpaduan di kalangan rakyat berlainan bangsa," kata Anwar kepada kira-kira 20 penyokong PKR yang berbangsa Iban di Rumah Ujan. Kenyataan Anwar itu dilihat sebagai petanda jelas bahawa rundingan antara PKR dan Snap kini di ambang keruntuhan. Juga tidak mengejutkan bagi Anwar melancarkan kempennya dengan menyerang Snap, khususnya di kawasan masyarakat Iban kerana Snap - yang melahirkan ketua menteri Sarawak yang pertama - masih dihormati di kalangan pemimpin Iban yang berusia. Undi PKR dikatakan pasti terjejas jika ia terbabit dalam pertandingan tiga penjuru dengan Snap dan BN. Bukit Begunan adalah antara kerusi majoriti pengundi Iban yang diintai oleh kedua-dua PKR dan Snap pada pilihan raya negeri 16 April ini. |
BN masih gagal tangani isu agama, kata Anwar Posted: 02 Apr 2011 05:27 PM PDT MALAYSIA KINI Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik kegagalan BN menyelesaikan masalah hubungan antara agama terutamanya dalam isu kalimah Allah dan Al-Kitab walaupun berpengalaman mentadbir negara lebih 50 tahun. Anwar berkata BN masuk campur dalam hal ehwal masyarakat Kristian disebabkan sikap sombong dan bongkak mereka. "Tak perlu gaduh soal ini, itu hak masing-masing, dalam 'Al Kitab' pakai Allah, (itu) hak orang Kristian, Bidayuh , jangan gaduh, yang gaduh ini sebab dia tak faham, yang tak faham ini Barisan Nasional, kalau tak faham tak boleh perintah, kita kena ubah pemerintah bagi yang faham perintah," kata Anwar ketika bertemu dengan masyarakat Bidayah di Kampung Paon Sungai Rimu, Serian semalam. Beliau juga sempat memberi penjelasan kepada masyarakat Bidayuh yang kebanyakan mereka beragama Kristian mengenai isu penggunaan kalimah Allah. "Nabi orang Islam Nabi Muhammad, bapa Muhammad namanya Abdullah, nama Abdullah itu sebelum Islam, sebab Nabi belum ada nama sudah ada Abdullah, maknanya hamba Allah, 60-70 tahun sebelum Islam, jadi macam mana kita boleh kata orang Kristian tidak boleh pakai nama Allah, dia (BN) tak pakai otak sebab dia tak faham sejarah," kata Anwar. Anwar yang juga Ketua Umum PKR turut menjelaskan dasar Pakatan Rakyat adalah saling hormat-menghormati di antara penganut agama lain. "Saya dapat surat dari Mufti Mesir dan Uskup Agung (Archbishop), Washington untuk saya ada bersama dalam peringkat tertinggi dua dialog dan kerjasama antara Muslim dan Kristian, kalau saya dipanggil untuk mesyuarat kerjasama Muslim-Kristian sedunia, takkan saya tak boleh ajak kerjasama Muslim-KristianSsarawak, ini yang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan BN tak faham sebab dia tak dipanggil. siapa nak panggil dia," kata Anwar lagi. Justeru beliau menegaskan Pakatan Rakyat akan memperkenalkan barisan calon yang benar-benar menjiwai hasrat dan memikul amanah rakyat. "Kita bawa barisan pimpinan, ada DAP, PAS, PKR, siapa pun pimpin rakyat Sarawak, jaga kepentingan semua orang, ini bukan nak jaga Bidayuh saja, Iban saja, Melayu saja, dia kena angkat martabat rakyat, Insya-Allah kita lakukan bersama di Sarawak ubah pemerintah Sarawak," kata Anwar |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan