Kerabu Bersuara ® |
- Chong Wei umum bersara selepas London Olimpik 2012
- Kes Teoh: Seorang lagi pegawai SPRM tonton bahan lucah di pejabat
- Senario 1 lawan 1, agihan kerusi KEADILAN, SNAP hampir selesai
- BN Sarawak rampas lebih banyak tanah daripada Raja Brooke
- RON 97: Najib pilih kayakan kroni banding bela nasib rakyat
- Greater Penang: Kerajaan negeri sedia ganding dengan Putrajaya, kata Lim
- Loji Lynas: MB Pahang perlu tanya sebab Terengganu batal, kata MP Kuantan
- BN jangan anggap orang Sarawak bodoh – Anwar
- Kenyataan Media – Rakyat Sarawak harus bijak nilai kejayaan negeri PR
- Gambar: Meriahnya Ceramah Umi Hafilda. 2 Ribu Hadir
- Mahu jumpa Illahi dengan ‘saham’ artis paling seksi?
Chong Wei umum bersara selepas London Olimpik 2012 Posted: 02 Apr 2011 08:01 AM PDT GEORGE TOWN 3 April - Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mengumumkan hari ini bahawa beliau akan bersara selepas Sukan Olimpik di London 2012. Pemain perseorangan nombor satu negara itu berkata, beliau ingin memberi peluang kepada pelapis muda mengharumkan nama negara. "Saya mahu memberikan peluang kepada pemain-pemain pelapis lain untuk bermain dan mengharumkan nama negara," katanya kepada pemberita di sini. Selain Chong Wei, pemain wanita perseorangan nombor satu negara Wong Mew Choo juga dilaporkan telah mengumumkan persaraannya. - Bernama |
Kes Teoh: Seorang lagi pegawai SPRM tonton bahan lucah di pejabat Posted: 02 Apr 2011 06:21 AM PDT Oleh Boo Su-Lyn KUALA LUMPUR, 2 April – Seorang lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menonton bahan lucah menerusi komputer di pejabatnya sebelum Teoh Beng Hock ditemui mati Julai 2009, demikian Suruhanjaya Siasatan Diraja dimaklumkan hari ini. Sekretariat suruhanjaya hari ini mengeluarkan laporan analisis penyiasat khas berhubung kandungan komputer yang digunakan oleh Raymond Nion, pegawai dari pejabat SPRM Selangor dan lima yang lain. |
Senario 1 lawan 1, agihan kerusi KEADILAN, SNAP hampir selesai Posted: 02 Apr 2011 05:30 AM PDT SARAWAK: Tiada pertembungan sesama parti gabungan Pakatan Rakyat termasuk Parti Nasional Sarawak (SNAP), sebaliknya semua pihak mahu mewujudkan senario satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN). Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian berkata, perbincangan pengagihan 41 kerusi antara KEADILAN dan SNAP juga hampir selesai, khususnya di kawasan majoriti Melayu. Beliau berkata, semua parti gabungan juga sudah bersetuju DAP bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PAS lima kerusi manakala bakinya ditandingi KEADILAN atau SNAP. "Kita tidak mahu bertembung sesama sendiri kerana ia akan memberi kelebihan kepada BN Sarawak. Semua pihak mahu suasana satu lawan satu," katanya pada sidang media, hari ini. Turut serta, Pengerusi DAP Sarawak, Richard Wong Ho Leng, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu. Sarawak memiliki 71 kerusi DUN. Sebanyak 15 kerusi yang ditandingi DAP ialah Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah, Simanggang, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Pelawan, Bawang Assan, Kidurong, Piasau, Pujut dan Bukit Kota. PAS pula bertanding di Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu. Baru Bian turut mengesahkan bahawa kerusi Padungan kali ini akan ditandingi DAP manakala KEADILAN akan bertanding di Batu Lintang. Sebelum ini, Padungan dimenangi calon KEADILAN manakala Batu Lintang diwakili DAP. Pertukaran dua kerusi itu, kata Baru Bian membuktikan persefahaman erat antara parti gabungan Pakatan Rakyat. Beliau menyeru setiap jentera Pakatan Rakyat memfokus kepada 'peperangan' sebenar dan memaksimumkan egala kekuatan supaya BN Sarawak tumbang pada pilihan raya kali ini. Sementara itu, Ho Leng berkata, DAP akan mengeluarkan surat berkuasa kepada bakal calonnya di Kuching hari ini (2 April) dan di Sibu pada 3 April yang bakal disampaikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng manakala Adam pula menyatakan PAS akan mengumumkan calonnya 4 April ini. Pada Pilihan raya negeri 2006, DAP menang enam DUN, KEADILAN satu serta PAS yang bertanding sebuah kerusi hanya tewas lebih 800 undi kepada seorang menteri di DUN Beting Maro. |
BN Sarawak rampas lebih banyak tanah daripada Raja Brooke Posted: 02 Apr 2011 04:51 AM PDT Anwar menunjukkan lambakan tanah rakyat yang dirampas BN SARAWAK: Pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak merampas lebih banyak tanah hak rakyat berbanding Raja Brooke – penjajah British, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, Ketua Umum KEADILAN itu, berkata perbuatan merampas itu tidak diketahui umum kerana ia diselindungkan media tempatan yang dikawal mereka. "Lebih banyak tanah yang diambil oleh kerajaan BN berbanding Raja Brooke semasa pentadbiran British. 'Kita tengok, semua syarikat yang dapat balak ialah anak Taib Mahmud, Alfred Jabu. Orang Iban dapat apa?" katanya kepada penduduk di rumah panjang Kampung Pakit, Temudok dalam DUN Bukit Begunan, hari ini. Pada ceramah kelompok itu, beliau turut memaparkan peta imej tanah yang dirampas pimpinan BN Sarawak. Selain itu, beliau turut kesal kerana orang Iban, Bidayuh dan Melanau di Bumi Kenyalang sengaja dilaga-lagakan parti pemerintah dalam soal pemilikan tanah. Beliau berkata, pertikaian tuntutan tanah antara suku-suku kaum pribumi di Sarawak tidak akan selesai jika masyarakat di negeri itu terus berbalah dan berpecah. Anwar turut membandingkan kemudahan yang diperoleh rakyat Sarawak dengan Selangor yang benyak menikmati program berbentuk kebajikan. "Orang Sarawak terutama di pedalaman, tak tahu di Selangor ada skim air percuma, hadiah masuk universiti, dan tabung warisan untuk anak Selangor yang baru lahir. Tapi, perkara ini tidak pernah dilapor. "Media akwalan kerajaan menysembunyikan berita-berita yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat," katanya. Anwar berkata, pendekatan Pakatahn rakyat jauh berbeza dengan gelagat pimpinan BN yang hanya 'bijak' menaikkan harga barang keperluan rakyat, terbaru menaikkan harga petrol RON 97 yang bermula tengah malam semalam. "Harga barang naik dan semalam pun baru naik harga minyak. Ini kerajaan BN memang betul-betul kerajaan "Barang Naik," katanya merujuk kenaikan kali kelima harga petrol sejak Datuk Seri Najib Razak menerajui Malaysia. Terdahulu, Anwar menyampaikan ceramah Kampung Punggok Tinting dan Kampung Melugu Jumbit, dekat Seri Aman. |
RON 97: Najib pilih kayakan kroni banding bela nasib rakyat Posted: 02 Apr 2011 02:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyifatkan tindakan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) menaikkan harga petrol RON 97 sebanyak 20 sen bermula tengah malam tadi, bertujuan mengkayakan kroni daripada membela nasib rakyat. "Harga minyak dapat dikekalkan jika kerajaan memotong subsidi syarikat korporat dan kenaikan minyak sama sekali tidak berlaku. "Tapi, Najib mementingkan kroni daripada mengurangkan beban rakyat," kata Rafizi kepada Keadilan Daily, mengulas tindakan kerajaan menaikkan harga petrol hingga menambahkan beban rakyat akibat pengurusan negara tidak berterusan. Untuk rekod, harga petrol sejak Malaysia diterajui Najib naik sebanyak lima kali. Kata Rafizi, jika kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang diberi mandat mentadbir negara, perkara seumpama itu tidak akan berlaku kerana nasib rakyat akan dibela terlebih dahulu. "Walaupun subsidi elektrik naik, tapi jika PR berkuasa, kita akan potong subsidi korporat supaya tidak memberi kesan kepada rakyat. Tapi, nampaknya BN tidak pedulikan rakyat kerana mereka akan bela nasib kroni," katanya. Beliau juga tidak terkejut jika harga petrol RON 95 akan naik jika BN terus berkuasa akibat sifat tamak dan rakus mereka. "Tidak mustahil RON 95 akan naik kepada RM2.40 jika BN terus memerintah negara memandangkan tahun ini sudah tiga kali harga minyak naik," katanya. Rafizi juga tidak menolak kemingkinan kenaikan petrol itu menjadi sebahagian dana kerajaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Sarawak. "Kerajaan tidak mahu beri subsidi kepada rakyat, tetapi duit kenaikan itu turut dijadikan simpanan untuk PRN. Pendekatan ini yang dilakukan BN yang tidak langsung membantu rakyat," katanya. |
Greater Penang: Kerajaan negeri sedia ganding dengan Putrajaya, kata Lim Posted: 02 Apr 2011 02:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 2 April — Kerajaan negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat (PR) menyatakan kesediaannya untuk berganding dengan Putrajaya bagi membangunkan Pelan Induk Greater Penang, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini. Sehubungan itu Lim berkata, kerajaan negeri sanggup untuk mengetepikan rangka tindakan Pulau Pinang dan Pelan Induk Perindustrian 2011-2015 yang telah pun dirangka bagi membolehkan Pelan Induk Greater Penang dilaksanakan bersama. "Pulau Pinang mengalu-alukan inisiatif kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membangunkan bersama Pelan induk Greater Penang, yang akhirnya akan membawa kepada satu bandar gabungan utama yang selari dengan wawasan kerajaan negeri Pulau Pinang yang mahu melahirkan bandar raya bestari dan antarabangsa," kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. "Kami mengalu-alukan kerjasama usaha sama. Sebagai respons dan untuk membuktikan keikhlasan dan komitmen kepada tawaran Perdana Menteri, kerajaan negeri bersedia untuk mengetepikan rangka tindakan Pulau Pinang dan Pelan Induk Perindustrian 2011-2015 yang telah pun dirangka agar memihak kepada Pelan Induk Greater Penang," kata Lim lagi. Semalam, Najib berkata, kerajaan persekutuan berhasrat membangunkan Program Transformasi Greater Pulau Pinang melalui satu makmal empat hingga enam minggu yang diperantarakan secara bersama oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan dan Khazanah Nasional dengan penyertaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Makmal itu akan disertai peserta dari kedua-dua sektor awam dan swasta pada peringkat persekutuan dan negeri. "Pulau Pinang adalah penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar kawasan perbandaran utama ketiga terbesar, selepas Kuala Lumpur dan Johor Baru, di Malaysia di bawah Pelan Fizikal Negara dan Rancangan Malaysia Ke-10," katanya. "Makmal Greater Pulau Pinang adalah tanggungjawab yang diwujudkan bagi mewujudkan butiran pelaksanaan program itu bagi membuka peluang pembangunan di wilayah itu serta bagi mengenal pasti dan menyelesaikan potensi halangan semasa pelaksanaannya," katanya. |
Loji Lynas: MB Pahang perlu tanya sebab Terengganu batal, kata MP Kuantan Posted: 02 Apr 2011 01:26 AM PDT KUALA LUMPUR, 2 April — Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh menyambut baik jaminan Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung loji pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, tetapi mendakwa Menteri Besar Pahang itu tidak cukup maklumat untuk memberi jaminan ia benar-benar selamat. Sehubungan itu kata Fuziah, Menteri Besar Pahang perlu mendapatkan satu kajian dan pandangan daripada badan bebas berkenaan impak pembinaan loji Lynas serta juga impak operasinya ke atas keselamatan awam, kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti kehidupan bagi rakyat di kawasan Kuantan. Kelmarin, Adnan memberi jaminan bahawa pembinaan kilang pemprosesan milik Lynas Corporation dari Australia di kawasan perindustrian Gebeng adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitar. Adnan memberitahu kerajaan negeri telah mendapatkan penjelasan dan pandangan daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut sebelum bertindak meluluskan tapak pembinaan kilang itu. "Antara persoalan yang harus telah ditanya oleh Menteri Besar kepada pihak pakar ialah kenapa tiada negara di dunia melainkan negera China telah bersetuju untuk membenarkan loji pemprosesan nadir bumi dibina di negara mereka sejak tiga dekad kebelakangan ini," kata beliau dalam surat dihantar kepada Adnan, semalam. Salinan surat turut diedarkan kepada media. Selain itu kata Fuziah, Adnan juga harus bertanya kepada negeri jiran Terengganu yang telah menolak permohonan Lynas Corporation untuk membina loji yang sama di Teluk Kalung pada 2007. "YAB MB juga harus bertanya berkenaan sisa pepejal hasil dari pemprosesan yang akan mengandungi bahan torium — bagaimanakah ia akan diuruskan dan peraturan apakah yang akan diguna pakai oleh Lynas. "Adakah Solid Radiactive Waste Management yang akan diamalkan oleh Lynas apabila mula operasi akan menepati piawaian negara China atau piawaian British atau piawaian Australia? Piawaian mana yang akan diguna pakai nanti?" kata Fuziah, yang juga Naib Presiden PKR, dalam surat tersebut. Fuziah berkata, Menteri Besar juga harus bertanya kepada pakar, apa kesan sisa yang mengandungi radioaktif kepada alam sekitar dan seterusnya terhadap industri perikanan di kawasan Kuantan memandangkan Sungai Balok berada di kawasan Gebeng. "YAB MB juga harus meminta kaji selidik dijalankan tentang bagaimanakah nanti persepsi pelancong terhadap keselamatan mereka sekiranya mereka memilih Kuantan sebagai destinasi percutian. Sama ada mereka akan masih tertarik dan berminat untuk datang ke Cherating bercuti di sebelah loji pemprosesan nadir bumi? "Memandangkan loji pemprosesan ini nanti akan menjadi loji terbesar di dunia selain yang ada di China, persoalan di atas adalah amat penting," katanya lagi. Fuziah mendakwa Menteri Besar hanya boleh berpuas hati setelah mendapat jawapan yang menyenangkan daripada kesemua persoalan-persoalan tersebut. "Amanah kepimpinan ialah amanah besar dan rakyat mengharapkan pemimpin untuk bertindak telus serta bertanggungjawab," katanya lagi. Dalam kenyataannya, Adnan berkata pembinaan kilang itu sengaja dijadikan isu politik oleh pihak tertentu yang didalangi pihak parti pembangkang. Kelmarin, beliau dan semua pengerusi jawatankuasa kerajaan negeri diberikan taklimat kali kedua daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan pakar tenaga atom, yang diketuai Ketua Pengarahnya Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan. Menurut Adnan, sebelum meluluskan permohonan daripada syarikat berkenaan pada tahun lepas, ia telah melalui beberapa proses yang ketat dan membabitkan beberapa badan teknikal daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan pihak-pihak yang berkaitan dengan nuklear. Rabu lalu, kira-kira 100 orang berkumpul di hadapan pintu masuk bangunan Parlimen kerana membantah pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia itu. Kumpulan itu bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi kelak. |
BN jangan anggap orang Sarawak bodoh – Anwar Posted: 01 Apr 2011 10:37 PM PDT KUCHING: Realiti sebenar negeri Sarawak tidak boleh dinilai melalui paparan imej di kaca televisyen dan ruang iklan pelancongan semata-mata. Tetapi keadaan sebenar diketahui hanya melalui pengalaman dengan turun sendiri ke kawasan pedalaman untuk merasai keperitan hidup di negeri 'terkaya' di Malaysia ini. Konvoi lawatan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelajah di beberapa buah kampung di daerah sekitar Kuching membuktikan permasalahan rakyat Sarawak tidak dapat diselesaikan dalam masa singkat. Justeru, perubahan paling mendesak bagi rakyat Sarawak adalah melalui pertukaran pucuk pentadbiran negeri pada pilihan raya negeri kali ini. Sambutan hangat masyarakat setempat dalam siri program Anwar memberi harapan baru untuk menyinari bumi Kenyalang yang telah puluhan tahun gelap sejarahnya setlah musnah dijarah kroni Taib-Barisan Nasional. "Tidak kira sama ada orang Islam atau Kristian, tidak kira sama ada masuk universiti atau tidak, saya yakin orang Sarawak punya hati dan perasaan. Barisan Nasional jangan anggap orang kampung boleh diperbodohkan selamanya," kata Anwar pada program ceramah di Kampung Stass, dekat Tasik Biru. Lebih 300 penduduk tempatan yang terdiri dari masyarakat berketurunan Bidayuh hadir memberikan sokongan. Turut hadir ialah Naib Presiden Keadilan berketurunan Bidayuh, Datuk John Tenewi dan Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari. Sebaik tamat program, konvoi bergegas ke Kampung Rayang di Serian. Kira-kira 200 penduduk setia berhimpun untuk mendengar amanat sekali pun polis melakukan tinjauan. Trak dan uniform polis tidak dapat menggugat keberanian mereka. "Rakyat Sarawak kena berhati-hati dalam pilihanraya kali ini. Perintah (Kerajaan) BN Sarawak akan guna taktik pecah belah. Mereka akan taja calon bebas dan parti-parti lain. "Kita lihat sekarang ini parti yang dahulunya miskin, tiba-tiba kaya. Dari mana dia dapat wang? Sudah tentu ada yang beri untuk pecahkan undi Pakatan Rakyat. "Orang Sarawak mesti ingat, yang berlawan dalam pilihan raya ini ialah Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional," kata Anwar dalam ceramah di Kampung Rayang. Program berakhir di Kampung Seria, Jalan Tebedu, kira-kira 10 kilometer daripada sempadan Indonesia. Disini, penduduk yang ditemui optimis dengan perubahan. "Harapan bagi hanyalah satu, mahu kerajaan ini negeri ditukar. "Permasalahan di Sarawak ini terlalu banyak. Pembalakan haram, curi tanah, hasil bumi yang dibolot kelompok tertentu, sampaikan pemilihan Jawatankuasa Kampung pun dibolot kroni," kata Nazaruddin seorang penduduk kampung yang bekerja sebagai pekebun sawit. Justeru, beliau bertekad untuk mengajak ahli keluarga dan penduduk di kampungnya untuk mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri kali ini. "Sudah 30 tahun Taib Mahmud perintah. Kita sudah bosan, mahu tukar orang baru," tambahnya. |
Kenyataan Media – Rakyat Sarawak harus bijak nilai kejayaan negeri PR Posted: 01 Apr 2011 07:00 PM PDT Tsunami politik yang melanda Malaysia dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008 tidaklah berlaku secara kebetulan. Kejayaan Pakatan Rakyat (PR) menawan lima (5) buah negeri (termasuk negeri Perak yang kemudian dirampas secara biadap oleh Barisan Nasional pada 2009) dan menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen bukan sekadar menandakan rakyat sudah semakin muak dengan kebobrokan dan kezaliman pemerintahan Umno-BN, malah membuktikan bahawa merekalah sebenarnya "hantu" dan "jembalang" yang harus dinyahkan daripada terus berkuasa di Putrajaya. Di bawah Umno-BN, Malaysia sedang menuju ke gerbang kemuflisan akibat ketagihan Umno-BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didukung Umno-BN. Hutang Kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 pula memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara. Di Sarawak, bukan PR, sebaliknya BN adalah "hantu" dan "jembalang" kerana banyak memberikan janji-janji manis kepada rakyat dan menipu mereka dengan projek-projek mega yang kononnya menguntungkan rakyat. Saya ingin mengingatkan kepada Kerajaan Barisan Nasional, apakah janji-janji mereka kepada rakyat Sarawak semasa ingin melaksanakan Projek Empangan Bakun beberapa tahun dahulu. Mereka berjanji untuk memberikan pampasan tanah yang luas kepada mereka, menyediakan prasarana yang lebih baik bagi 10,000 penduduk yang dipindahkan atas nama pembangunan dan kemajuan. Sebaliknya 10,000 penduduk Sarawak makin miskin dan sengsara selepas perpindahan mereka ke tanah baru yang dijanjikan. Tanah yang diberikan sebagai pampasan adalah tidak setimpal dengan tanah yang telah dikorbankan untuk Projek Empangan Bakun tersebut. Inikah kemajuan dan pembangunan yang dicanangkan Barisan Nasional memberi manfaat kepada rakyat? Hal ini sama sekali berbeza dengan negeri-negeri di bawah pentadbiran PR. Rakyat bukan sahaja menikmati hasil pendapatan negeri, malah negeri-negeri tersebut memperoleh pertumbuhan ekonomi yang lebih baik berbanding di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Buktinya, Selangor mencatatkan pelaburan mencecah RM29.3 bilion dalam tempoh 2008 hingga 2010, yang mana merupakan nilai pelaburan tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain. Pulau Pinang berjaya mencapai pelaburan yang tertinggi dalam sejarah negeri dan Malaysia dengan jumlah pelaburan sebanyak RM12.2 juta; iaitu sebanyak 26% daripada jumlah keseluruhan pelaburan negara. Kedah pula sejak ditadbir oleh Kerajaan PR berjaya menarik perhatian pelabur di Kedah dengan dasar yang dilaksanakan sehingga menjadi negeri kelima nilai Pelaburan Asing Langsung (FDI) tertinggi di Malaysia. Manakala Kelantan pula semenjak 20 tahun lepas walaupun secara berterusan dianaktirikan, namun tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan dan membina ekonomi tempatan secara kendiri tanpa bantuan stimulus daripada kerajaan Pusat. Selain itu, Buku Jingga yang dilancarkan oleh PR baru-baru ini yang menawarkan tindakan 100 hari pentadbiran PR mampu menepati kehendak rakyat, malah boleh mengatasi ucapan belanjawan negara oleh Najib yang lebih bersifat retorik walaupun bertemakan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Berdepan dengan Buku Jingga, pimpinan Umno-BN bukan sahaja gelisah dan gelabah bahkan seperti cacing kepanasan kerana Buku Jingga telah mendedahkan apa yang sepatutnya rakyat dapat setelah 53 tahun merdeka. Justeru, Wanita Keadilan menyeru kepada rakyat Sarawak agar bijak membuat penilaian seterusnya membuat pilihan yang tepat sewaktu hari pengundian pada 16 April 2011 sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak. Rakyat Sarawak perlu bijak memilih kerajaan yang mampu memperjuangkan kebajikan rakyat serta telah terbukti berjaya mentadbir negeri dengan baik sekiranya ingin benar-benar menikmati kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan hidup dalam suasana aman dan bersatu-padu. Seluruh jentera Wanita Keadilan juga haruslah bekerja keras bagi memastikan PR menang besar di Sarawak sekaligus membolehkan rakyat Sarawak mengecapi hasil bumi Sarawak seperti mana rakyat di negeri-negeri di bawah PR kecapi pada hari ini. YB Rodziah Ismail Timbalan Ketua Wanita Pusat Pengarah Pilihan Raya Wanita Pusat Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) 1 April 2011 |
Gambar: Meriahnya Ceramah Umi Hafilda. 2 Ribu Hadir Posted: 01 Apr 2011 05:35 PM PDT |
Mahu jumpa Illahi dengan ‘saham’ artis paling seksi? Posted: 01 Apr 2011 05:27 PM PDT *** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Renungan "Ya, Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan ke atas pundak kami apa-apa yang tidak ada kesanggupan kami. Maafkan kami dan ampunilah dosa kami. Engkau wali (pemimpin) kami, maka tolonglah kami melawan kaum yang kafir." (Ali 'Imran 286) *** TANGGAL 25 Mac 1991 sukar dilupakan. Pada tarikh ini Harian Metro, akhbar petang berbahasa Melayu pertama diterbitkan dan berada di pasaran. Sebagai antara pengasas Harian Metro, izinkan saya mengucapkan tahniah kepada akhbar ini sempena ulang tahunnya yang ke-20. Saya berpendapat ada sekelumit peranan untuk saya menyatakan sesuatu berkenaan akhbar yang kini muncul sebagai yang terbesar edarannya di tanah air dengan kira-kira 350,000 naskhah sehari. Sebenarnya sudah terlalu lama saya tidak membaca apatah lagi membeli Harian Metro atau Metro Ahad, namun pada Ahad lalu (27 Mac) ketika singgah di gerai akhbar, terkejut besar saya melihat gambar muka depan Metro Ahad mempamerkan tubuh seksi artis Fasha Sandha dan Rozita Che Wan dengan tajuk 'Paling Seksi'. Di dalamnya pula ada laporan 'Pinggul Fasha Menggoda'. Saya membaca serba sedikit laporannya yang antara lain ditulis: "…Metro Ahad terpanggil untuk menjalankan satu kajian bagi mencari '5 Artis Paling Seksi' tanah air melalui laman web rasmi Kumpulan Harian Metro, MyMetro, bermula 7 Mac lalu. "Pilihan lima artis paling seksi dan panas itu membabitkan 29 selebriti wanita dalam negara. Sejak carta undian ini dikeluarkan, maklum balas yang diterima daripada peminat seni dan pembaca akhbar ini cukup memberangsangkan dengan kira-kira 2,000 pembaca melakukan undian. "Setakat ini, pelakon penuh kontroversi, Fasha Sandha masih menduduki tempat pertama carta undian. Pada minggu pertama, undian teratas mulanya memihak Rozita Che Wan. Namun, nama Fasha membuat kejutan pada minggu berikutnya apabila mendahului semua artis lain dengan rating sebanyak 14.76 peratus sehingga kelmarin." Ada sudah jadi dengan Harian Metro/Metro Ahad yang menyambut ulang tahun ke-20-nya dengan sebuah konsert hebat di Dataran Merdeka? Saya ingatkan petugas Harian Metro mengadakan kenduri tahlil kesyukuran dengan mengadakan jamuan untuk kakitangan dan juga memberi makan kepada anak-anak di rumah kebajikan, rupa-rupanya ini jadinya. Metro Ahad terpanggil untuk mencari lima artis paling seksi tanah air? Saya betul-betul naik darah dengan ungkapan yang digunakan oleh akhbar yang saya menjadi antara pengasasnya. Saya marah kerana apa yang dibuat oleh akhbar Metro hari ini, saya mempunyai sahamnya. Ini kerana bekas tangan seseorang itu akan terus dirasai oleh pembuatnya; jika seorang itu membuat amal salih misalnya mendirikan masjid, selagi masjid itu digunakan dia akan mendapat pahala, manakala bagi mereka yang mengasaskan kejahatan, dosa akan diterima selagi mana perbuatan jahat di ditiru atau diteruskan oleh orang lain. Bagi saya terpanggilnya akhbar Metro untuk mencari artis paling seksi menggambarkan betapa merundumnya minda peneraju apatah lagi dalam meyemarakkan peranan akhbar dalam membina bangsa hebat yang terarah untuk selamat di dunia dan akhirat. Sebagai media massa berwibawa, akhbar berperanan untuk mendidik masyarakat dan bukan sebaliknya dan dalam kes Metro Ahad ini lagi teruk kerana artis diberi peranan untuk mencorak serta mengajar masyarakat terutama anak muda tampil paling seksi seperti mereka. Saya sedar Harian Metro adalah sebuah kisah kejayaan luar biasa. Daripada cetakan harian hanya kira-kira 10,000 naskhah pada Mac 1991 kepada 350,000 naskhah kini, dibimbangi kejayaan ini (lambakan intan permata) telah menggelabukan mata sesetengah penerajunya. Ingatlah wahai rakan-rakan setugas yang semuanya beragama Islam, anda dan saya semuanya terikat kepada dosa dan pahala kepada setiap perbuatan dilakukan. Teringat saya rakan-rakan lama yang sudah memasuki alam barzakh walaupun umur masih muda. Kenang-kenanglah Moe, Zil, Sin, Mat, Siah dan beberapa rakan wartawan lain yang sudah jadi arwah. Bukankah lebih baik bertahlil, memohon kepada Illahi memberkati akhbar kita seterusnya merahmati roh kawan-kawan agar mereka ditempatkan di kalangan orang beriman daripada berkonsert dan berpesta ria yang tidak pernah habisnya? Moe, Zil, Sin, Mat dan Siah sudah pegi; entah esok, lusa kita pula akan berangkat sama. Apakah saham pencarian artis paling seksi mahu dijadikan bekalan bagi menemui Illahi? http://lanh14.blogspot.com/2011/04/mahu-jumpa-illahi-dengan-saham-artis.html |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan