Pulakdah! |
- Meninggal Dunia Selepas Berjoget
- Poco-poco Terdapat Ritual Pemujaan Roh & Unsur Kristian : Mufti Perak
- Tsunami : Anjing Diselamatkan Selepas 3 Minggu
Meninggal Dunia Selepas Berjoget Posted: 02 Apr 2011 03:42 AM PDT SURABAYA - Seorang lelaki ditemui telah meninggal dunia di hadapan kiosk Rizki, Pasar Sore Manukan Krajan Surabaya. Mayat lelaki di dalam keadaan tertiarap ini ditemui oleh Edi Hariyanto pada pukul 09.30 pagi, Sabtu (2/4/2011). "Ketika itu saya berada di dalam warung mendapat berita ada mayat," kata Edi. Lelaki yang hanya dikenali dengan panggilan Cacing (30) ini berdasarkan pengakuan penduduk sekitar kawasan itu pada pukul 09.00 pagi sempat makan di warung dan berjoget-joget. Kemudian Cacing meminta diri untuk pergi tidur, namun ketika ditemui ia telah pun meninggal. Sementara itu, Kanit Reskrim Tandes Iptu Supriandi menjelaskan bahwa identiti sebenar mangsa masih belum diketahui. "Identiti sebenarnya masih belum diketahui dan hanya dikenali dengan gelaran Cacing dan kejadian masih diselidiki sama ada ia kes pembunuhan atau hal lain," kata Supriandi ketika ditemui wartawan. Hasil siasatan awal pasukan identifikasi membuat kesimpulan bahawa masnga meninggal akibat terjatuh. "Namun untuk memastikan sebab kematian Cacing, petugas masih menunggu hasil forensik," kata Iptu Supriandi. Sumber : beritaJatim |
Poco-poco Terdapat Ritual Pemujaan Roh & Unsur Kristian : Mufti Perak Posted: 01 Apr 2011 10:25 PM PDT Ipoh: "Poco-poco" berasal daripada sebuah tarian ritual yang sering dilakukan di Jamaica dan mengandungi unsur kristian serta pemujaan roh, tegaskan mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Harussani berkata, perkataan "poco" dalam beberapa kamus juga disebut sebagai tarian liar yang dilakukan ketika dirasuki oleh "roh nenek moyang". "Saya meminta beberapa pegawai budaya untuk melakukan kajian dan mereka menemui beberapa penemuan. Gerakan (tarian) berbentuk salib, biasanya mempunyai kaitan dengan agama Kristian, ia dapat dilihat dengan jelas dalam tarian itu namun perkara ini tidak disedari oleh sebahagian besar umat Islam. "Oleh kerana itu, pendapat yang mengatakan tarian itu sebagai aktiviti senaman tidak boleh diterima. Itulah sebabnya ia haram bagi umat Islam," katanya kelmarin. Harussani, yang baru saja mengumumkan bahawa tarian itu akan dilarang di Perak, berkata beliau juga menerima telefon dari seorang penganut Kristian di Perancis yang mempertikaikan perintah larangan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Perak. "Ketika saya bertanya kepadanya adakah dia mahu melakukan tarian yang mempunyai gerak seperti 'gerakan solat, ia menjawab 'Tidak'," kata Harussani, sambil menambah umat Islam boleh melakukan tarian zapin atau joget untuk senaman sebagai ganti. "Mereka boleh menari dan bersenam selama mana yang mereka inginkan, dengan syarat bahawa lelaki dan perempuan dipisahkan," katanya. Sebuah daripada Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Perak berkata pihaknya telah membaklumkan kepada Harussani bahawa perkataan "poco-poco" ditemui dalam kamus Jamaica. "Kami juga memberitahunya dua teori berkenaan asal usul tarian itu, dimana ramai yang menyangka ianya berasal dari Filipina atau Indonesia. "Kami terangkan bagaimana (gerakan tarian) itu dilakukan, melalui urutan langkah dari kanan ke kiri dan dari belakang ke hadapan," katanya, bagaimanapun ia tidak menerangkan kaitannya tarian itu dengan sebarang agama. Edisi kedua dari Kamus Bahasa Inggeris Jamaica berkaitan perkataan "poco" tidak membawa banyak makna, ia "mungkin merupakan singkatan dari perkataan pocomania". "Pocomania", mungkin berasal dari bahasa Afrika, yang menerangkan satu tarian liar yang dilakukan ketika dirasuki oleh "roh nenek moyang" dan mendorong katalepsi, ia juga bererti "menggoncang atau bergetar, atau tarian liar dalam keadaan yang kalut". Kata "poco-poco" juga boleh digunakan ketika menjawab soalan "Apa khabar?" yang membawa makna "agak baik, tidak terlalu bagus tetapi tidak juga terlalu buruk." Di Kota Baru, mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengkaji tarian itu dan menambah bahawa masalah ini harus dibincangkan di peringkat persekutuan. Dia juga menyarankan umat Islam untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa bagi membuat keputusan dan tidak membahaskan masalah tersebut lebih lanjut dikhuatiri jika perbezaan pendapat mereka ini akan menimbulkan perpecahan. Kredit : The Telegraph |
Tsunami : Anjing Diselamatkan Selepas 3 Minggu Posted: 01 Apr 2011 06:43 PM PDT Selepas bencana dan tragedi yang tidak putus-putus di Jepun, berita kali ini menceriakan sedikit hati penduduk di sana. Selepas 3 minggu berlakunya gempa bumi dan dilanda tsunami, seorang pengawal pantai melihat seekor anjing yang berada di atas bumbung sebuah rumah yang dihanyutkan kira-kira 1.8 km ke tengah laut. Anjing itu dihanyutkan bersama-sama sisa runtuhan rumah dari pantai Kesennuma di Jepun utara, menurut Telegraph. Bagaimana anjing ini dapat bertahan sehingga hari ini masih tidak diketahui. Penemuan ini memberikan harapan kepada para penyelamat, yang sebahagiannya telah menyertai misi penyelamatan selama 3 hari bersama sukarelawan lain yang masih mencari 18,000 orang yang masih hilang. Pengawal pantai berharap anjing akan dapat membantu mereka menemui pemiliknya, menurut MSNBC. |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan