Selasa, 19 April 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


4 Wanita Direman Kes Bunuh Di Hotel

Posted: 19 Apr 2011 01:00 AM PDT

Kota Bahru: Empat wanita direman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian membabitkan seorang ibu lima anak, Rozi Hana Md Zin, 34, di sebuah bilik hotel, di sini, tengah hari kelmarin.

Suspek berusia antara 39 dan 49 tahun dari Kuala Lumpur itu ditahan pada petang hari sama.

Perintah tahanan reman yang bermula semalam itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Kota Bharu, Amni Mat Jahari bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, perintah tahanan reman itu bermula semalam sehingga 23 April ini.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian dengan kelalaian.

"Hasil laporan bedah siasat mendapati wujudnya unsur jenayah terhadap kematian mangsa.

"Bagaimanapun, kami masih meneruskan siasatan berhubung kes ini," katanya. -hm

Timbalan KSU, Salim Parlan Dituduh Berkhalwat

Posted: 19 Apr 2011 12:22 AM PDT

Georgetown: Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia Dan Sukan, Datuk Salim Parlan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat di Mahkamah Syariah di sini, Selasa.

Salim, 51, dituduh melakukan kesalahan itu bersama pasangannya Nur Diayana Norslan, 30, yang dipercayai pembantu peribadinya semasa serbuan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) di sebuah bilik di hotel mewah Batu Ferringhi pukul 5 pagi Sabtu lalu.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah 1996 negeri sementara Nur Diayana didakwa di bawah Seksyen 27(b) enakmen yang sama. Nur Diayana juga mengaku tak bersalah atas tuduhan itu.

Jika sabit, setiap mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Salin hadir di Mahkamah Syariah Batu Gantong kira-kira pukul 815 pagi berkemeja biru dan berseluar kelabu bersama isterinya. Sementara Nur Diayana tiba berasingan sejam kemudian berbaju kurung dengan corak bunga.

Isteri Salim yang duduk bersama Nur Diayana, memakai cermin mata gelap sambil membuat catatan semasa prosiding. Bagaimanapun pegawai mahkamah mengarahkannya membuka cermin mata hitamnya.

Hakim Syariah Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun bagi sebutan semula dan menetapkan RM2,000 ikat jamin dengan seorang penjamin yang menetap di Pulau Pinang bagi setaip tertuduh.

Peguam kedua-duanya, Wan Faridul­hadi Mohd Yusoff mencadangkan supaya 'isteri pertama' Salim dibenarkan sebagai penjamin.

"Tidak perlu untuk menetapkan penjamin yang menetap di sini.

"Kedua-dua anak guam saya memberikan kerjasama sepenuhnya dan mustahil untuk mereka tidak hadir pada prosiding akan datang. "Dan, ikat jamin tak sepatutnya terlalu tinggi kerana seolah-olah anak guam saya telah bersalah sebelum perbicaraan," ujarnya.

Semasa ditemui di luar mahkamah, Ketua Pendakwa Syariah negeri, Mohd Zulkhairi Aziz berkata, pihaknya akan memanggil empat saksi. -mstar



Remaja 19 Thn Dicekup Bogel Bersama Janda Anak Tiga

Posted: 18 Apr 2011 10:52 PM PDT


Dungun – Detik hitam mewarnai awal kehidupan seorang remaja lelaki apabila dia ditangkap anggota penguat kuasa ketika sedang melakukan persediaan untuk mengadakan hubungan seks dengan kekasihnya, yang juga janda anak tiga.

Remaja itu yang masih bujang dihadapkan ke mahkamah selepas beberapa bukti ketika tangkapan dibuat menguatkan lagi dakwaan ke atasnya.

Berikutan itu, tertuduh yang berumur 19 tahun hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam bagi mendengar pertuduhan dikenakan selepas satu waran tangkap dikeluarkan atas kegagalannya hadir pada perbicaraan sebelumnya.

Tertuduh, berasal dari Rumah Murah Jalan Sekolah Kebangsaan Pusat menghadapi pertudu-han mengikut Seksyen 29 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu atas tuduhan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan dengan pasangan bukan muhrim.

Mengikut fakta kes, remaja terbabit ketika ditangkap anggota penguat kuasa pada kira-kira jam 9 pagi di sebuah rumah Jalan Nibong Stesen bersama pasangannya yang berstatus janda berumur 24 tahun itu bersembunyi dalam keadaan bogel di bawah katil pelamin.

Pendakwa Raya Syarie, Azmi Tengah melalui hujah pemberatannya memohon mahkamah mengenakan hukuman paling setimpal ke atas tertuduh berikutan kesalahan terbabit amat serius dari segi agama selain menyumbang kepada keruntuhan moral sehingga menjatuhkan institusi masyarakat.

Bagaimanapun, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah selepas mengambil kira rayuan tertuduh akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM2,800 atau tiga bulan penjara ke atas tertuduh.

Tikam Perut Teman Wanita Takut Lahir Anak Luar Nikah

Posted: 18 Apr 2011 09:20 PM PDT

Halang Kelahiran Bayi: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 4 Tahun

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Isnin, mengekalkan hukuman penjara empat tahun ke atas seorang lelaki kerana menghalang seorang bayi daripada dilahirkan dengan menikam perut teman wanitanya yang mengandung lapan bulan, enam tahun lepas.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang bersidang bersama Hakim Datuk Ahmad Maarop dan Hakim Azhar Ma'ah sebulat suara menolak rayuan lelaki itu dan mengekalkan hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 10 September 2009 dan memerintahkan hukuman itu bermula dari hari ini.

Mereka membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff yang mewakili lelaki itu dan Timbalan Pendakwaraya Fatnin Yusof bagi pihak pendakwaan.

Semasa kesalahan itu dilakukan pada tahun 2005, lelaki itu didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak kerana berusia 17 tahun, dan kini dia berumur 23 tahun, baru sahaja tamat pengajiannya di sebuah universiti tempatan.

Pada 1 November 2006, Mahkamah Kanak-Kanak Telok Datok, Banting, telah memerintahkan lelaki itu yang ketika itu berumur 17 tahun dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun, atau sehingga dia berumur 21 tahun selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan melakukan satu perbuatan dengan niat menghalang bayi daripada dilahirkan dengan menikam perut ibu bayi itu yang berumur 16 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kampung, di Tanjung Sepat, Banting, pada 11 Sept 2005 antara pukul 12 tengah hari dan 1 petang.

Semasa dalam proses rayuan, pihak peguam telah menarik balik rayuannya dan telah bersetuju supaya Mahkamah Tinggi membuat semakan ke atas keputusan Mahkamah Kanak-Kanak dan mahkamah itu telah menggantikan perintah itu kepada empat tahun penjara, tetapi lelaki itu dibenarkan menangguhkan hukuman itu sehigga rayuannya selesai di Mahkamah Rayuan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian lelaki itu telah bertengkar berkenaan dengan anak yang dikandung teman wanitanya selepas mereka melakukan hubungan seks.

Teman wanitanya itu merasa sakit dicucuk benda tajam selepas menyedari perutnya ditikam apabila melihat sebilah pisau dicucuk di perutnya dan akibat tikaman itu wanita itu mengalami kecederaan teruk di bahagian perut dan mengalami pendarahan yang banyak.

Hasil bedah siasat ke atas bayi itu mengesahkan punca kematian kandungan itu adalah disebabkan luka tajam pada uri dan tali pusat dan bayi itu disahkan meninggal semasa dalam kandungan itu.
-BERNAMA

[Video & Bergambar] Amerika Diserang 243 Puting Beliung

Posted: 18 Apr 2011 07:52 PM PDT

Kawasan bencana umpama zon perang selepas beratus-ratus rumah rosak, musnah

Jackson (Mississippi): Sebanyak 243 puting beliung yang melanda sedozen negeri Amerika Syarikat sejak Sabtu lalu, menyebabkan 45 orang maut selain kerugian besar kepada penduduk apabila beratus-ratus rumah rosak atau musnah.

Selain kehilangan hampir semua harta benda, sebilangan mereka kehilangan rumah yang tercabut akibat ditiup angin kencang.Ketika penduduk memulakan kerja pembersihan dan mencari sisa dari rumah mereka yang boleh digunakan semula, kisah puting beliung mencabut dan menerbangkan pokok seperti kayu besbol, memecah dan menyebabkan rumah tunggang terbalik, kedengaran hampir di mana saja.

Seorang penduduk di Dunn, Carolina Utara, Jonathan Robinson berkata ketika puting beliung mula membadai rumah bergerak miliknya, beliau segera mendukung anak lelaki sepupunya Ayden yang berusia tiga bulan bersembunyi di dalam sebuah peti di bilik tidurnya.

"Malangnya ketika hendak melompat masuk ke dalam peti itu angin puting beliung yang amat kuat memecahkan rumah menyebabkan Ayden terlepas dari pegangan saya dan diterbangkan ke udara," katanya.

Robinson berkata, selepas puting beliung reda, beliau bersama anggota keluarganya segera menggali runtuhan untuk mencari Ayden.
"Saya rasa akan kehilangannya," kata Robinson selepas bayi itu ditemui.

Penduduk daerah Askewville, Carolina Utara, Justin Dunlow, 23, hanya mampu berdoa, apabila beliau bersama dua anaknya yang masih kecil dihempap dinding rumah bergerak mereka yang runtuh.

"Saya boleh bina semula rumah saya, tetapi saya tidak dapat ganti dua anak jika kehilangan mereka. Saya bersyukur kerana kami selamat," katanya.

Audrey McKoy yang tinggal dekat Bladen County sedang berehat apabila puting beliung membadai rumah mereka.

"Ia kelihatan seperti dalam filem The Wizard of Oz," katanya.

Mereka yang bersembunyi di bilik air sempat mendengar bunyi pokok tumbang dan rumah lain ditiup angin. Sebaik keluar untuk melihat kemusnahan, rumah mereka juga sudah terbalik.

Puting beliung membadai wilayah Deep South termasuk Alabama, Georgia, Louisiana, Mississippi dan Carolina Selatan sebelum bergerak menuju ke Carolina Utara hingga ke Virginia sebelum menuju ke laut.

Akhbar Wall Street Journal melaporkan, puting beliung kuat yang melanda Carolina Utara petang kelmarin, menyebabkan sekurang-kurangnya 22 orang maut.

Pegawai pengurusan kecemasan melaporkan puting beliung memusnahkan 60 buah rumah dan merosakkan lebih 400 yang lain. Gabenor Bev Perdue mengisytiharkan perintah darurat berikutan kejadian itu. – AP/Agensi




PANAS: Rais Saman Blogger Sabahkini.Net

Posted: 18 Apr 2011 06:10 PM PDT

Rais Yatim Saman Bloger Atas Dakwaan Fitnah Memperkosa Pembantu Rumah

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim akan menyaman seorang bloger kerana memfitnahnya dengan mendakwa yang beliau telah memperkosa pembantu rumahnya.

Dr Rais telah menamakan Abdul Mutalib Mohamed Daud sebagai defenden tunggal dalam samannya itu.

Beliau menyebut Abdul Mutalib telah bertanggungjawab menerbitkan atau menyebabkan sesuatu tulisan itu diterbitkan berkaitan empat tulisan yang berunsur fitnah di dalam Sabahkini weblog, pada 1 Januari, 3 Januari, 5 Januari dan 7 Januari dengan mengambarkannya sebagai seorang yang tidak bermoral.

Dalam samannya itu juga, Dr Rais berkata, kata-kata yang berunsur fitnah itu juga mengambarkan seolah-olah mempotretkannya sebagai seorang yang berkemampuan memperdayakan bekas perdana menteri untuk turut bersubahat melindungi kononnya dakwaan memperkosa itu.

Katanya lagi, kata-kata fitnah itu telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang manusia serta profesionnya sama ada di dalam atau luar negara.

Hakim Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Hong Geok Abdullah telah menetapkan 6 Mei ini sebagai tarikh untuk menguruskan kes tersebut selepas berbincang dengan peguam Dr Rais iaitu Norhani Nordin di kamarnya

KENYATAAN SABAHKINI SEBELUM SAMAN DI ATAS DIKELUARKAN


RAIS YATIM SAMAN SABAHKINI.NET?
Oleh: KREW SABAHKINI.NET

BAGAIKAN cuba menegak benang yang basah, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim hanya berani menyaman laman web dan blog amatur dan separa professional seperti Sabahkini.net; namun tidak berani menyaman Rocky Bru yang mula mendedahkan kes 'Menteri Rogol Amah'.

Bagaimanapun Ketua Pengarang dan C.E.O Sabahkini.net, Mutalib M.D enggan mengulas tindakan Rais kerana beliau hanya menerima saman berkenaan secara tidak sah iaitu melalui email dan mengakui akan mengabaikan sahaja saman berkenaan.

"Saya tidak ingin mengganggu siasatan polis berhubung kes berkenaan ekoran laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu. Jika Rais ingin meneruskan saman beliau terpulanglah, tetapi saya rasa tidak perlu respon kerana Sabahkini.net menyiarkan berita yang berdasarkan sumber yang sahih," ujar Mutalib melalui email yang dikirimkan kepada editorial Sabahkini.net.

Mutalib yang kini sedang bercuti turut mengirimkan saman yang di'forward'kan kepadanya melalui email oleh Tetuan Shahbudin & Rozima namun belum disampaikan ke tangannya secara peribadi.

"Biarlah kalau dia mahu saman. Itu hak dia. Tetapi berdasarkan salinan yang diemail kepada saya, No Case To Answer," kata Mutalib ringkas melalui email selanjutnya.

Berikut, salinan Writ Saman yang dikemukakan Rais melalui peguamnya untuk tontonan pembaca Sabahkini.net yang menunjukkan bahawa Rais hanya mahu mengalihkan perhatian umum terhadap reputasinya dan belajar menjadi pendeta yang cuba menterjemahkan bahasa mengikut fahaman Minangkabaunya yang cetek!

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

ANTARA

DATUK SERI UTAMA DR RAIS BIN YATIM...PLAINTIF

DAN

ABDUL MUTALIB B. MOHAMED DAUD...DEFENDAN
(NRIC NO: tidak diketahui )


PERNYATAAN TUNTUTAN


Plaintif adalah seorang ahli poiitik senior yang terkenal di Malaysia dan luar negara yang beralamat di No. 4L, Jalan12, Grandview, 68000 Ampang Jaya, Kuala Lumpur.

Plaintif menegaskan dan akan menegaskan bahawa sepanjang kerjayanya di dalam politik sejak 1979, beliau telah berkhidmat dan pada masa ini sedang berkhidmat di antara jawatan-jawatan utama sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dari 2009 dan masih berterusan), Menteri Luar Negara (2008 hingga 2009), Menteri Kebudayaan, Seni dan Warisan (2004 hingga 2008), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (1999 hingga 2004), Menteri Luar Negara (1986 hingga 1987), Menteri Penerangan (1984 hingga 1986), Menteri Tanah dan Pembangunan Luar Bandar (1982 hingga 1984) dan Menteri Besar Negeri Sembilan (1975-1982).

Beliau kini juga merupakan Ahli Parlimen Jelebu dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang merupakan tulang belakang kepada koalisi berkuasa Barisan Nasional (BN) dan juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi.

Beliau juga merupakan seorang Peguam yang bertauliah dengan kelulusan ljazah Sarjana Muda Undang-Undang dari National University of Singapore pada tahun1973 dan Sarjana Kedoktoran PhD dari King's College, University of London pada tahun 1994.

Defendan menyatakan dirinya adalah seorang wartawan, Penganalisa politik dan penulis blog yang berfungsi untuk menyediakan berita yang bebas dan seorang menerbitkan weblog sebagai laman sesawang di "Sabahkini–Reveal The Truth, Prevail the Faith". Laman sesawang Sabahkini didaftarkan oleh Defendan yang beralamat di Lot D9, Tingkat 3, Center Point, Kota Kinabalu, 88300 Sabah.

Pada setiap masa matan weblog sebagai laman sesawang boleh diakses oleh berjuta-juta pengguna laman sesawang dengan cara sambungan internet di 'uniform resource locator' yang beralamat di http://sabahkini.net/v1 (selepas ini dirujuk sebagai "Blog Sabahkini").

Saya sesungguhnya percaya bahawa pada tarikh-tarikh yang berlainan iaitu pada 01.01.2011, 03.01.2011, 05.01.2011 dan 07.01.2011 di weblog Sabahkini, defendan sama ada melalui dirinya sendiri dan atau melalui pengkhidmat-pengkhidmatnya dan atau ejen-ejennya dan atau sebaliknya telah menerbitkan atau telah menyebabkan untuk diterbitkan di weblog Sabahkini suatu artikel di bawah tajuk-tajuk "PAK LAH HALALKAN ROGOL, UMNO HALALKAN ZINA?, yang dipaparkan pada 01.01.2011, 'PKR CABAR RAIS SUMPAH LAKNAT, yang dipaparkan pada 03.01.2011. RAIS YATIM SEPERTI, BELUT BODOH? Yang dipaparkan pada 05.01.2011 dan "VIDEO PENGAKUAN RAKAN ROBENGAH dipaparkan pada 07.07.2017 dari laman sesawang http://sabahkini.net/rz1 bersama gambar Plaintif yang jelas dipaparkan di belah atas sudut kiri yang sama, juga mengandungi perkataan-perkataan berikut yang tidak benar dan atau berniat jahat dan/ atau berunsur fitnah plaintif

Berikut adalah perkataan perkataan dimana ianya mengandungi perkataan-perkataan berikut yang tidak benar dan/ atat berniat jahat dan/atau berunsur fitnah plaintif adalah seperti berikut:

Artikel "PAK LAH HALALKAN ROGOL, UMNO HALALKAN ZINA? yang dipaparkan pada 01.01.2011 pada pukul 2.27:

TINDAKAN Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi (Tun) bersubahat menyembunyikan kes 376 Kanun Keseksaan yang dilakukan oleh Menteri Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, (Februari 2006 sehingga 15 Februari 2008) Datuk Seri Utama Rais Yatim pada 2007 merupakan tindakan tidak bermaruah Perdana Menteri ketika itu.

Selain kes Datuk Rais yatim, Pak Lah juga menyembunyikan kes perzinaan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan membenar beliau bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 telah menandatangani watikah perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis sekalipun tanpa persetujuan Raja Perlis.

Ketika itu, Pak Lah merestui perzinaan antara Shahidan dengan seorang gadis sehingga gadis tersebut mengandung dan Shahidan memaksa gadis berkenaan menggugurkan kandungan.

Menurut fakta kes, mangsa telah bertemu Pak Lah bersama Doktor yang menggugurkan kandungannya dan beberapa VIP yang mengetahui skandal seks Shahidan, namun Pak Lah enggan mendengar aduan mereka kerana begitu sayang kepada Shahidan.

Perkara ini bukan rahsia lagi kerana semua jemaah menteri tahu skandal seks Shahidan, namun Pak Lah mempertahankan Shahidan atas sebab yang tidak diketahui.

Walaupun selepas 10 Adun telah menulis surat rasmi kepada Pak Lah untuk menolak kepimpinan dan perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis, namun Pak Lah mengganggap sepuluh adun berkenaan memfitnah Shahidan.

Bahagian Penerangan UMNO perlis telah menghubungi Bernama Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Shahidan akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di Istana Raja Perlis di Kuala Lumpur ketika itu.

Menurut satu sumber, Hashim suboh yang memainkan peranan sebagai jurucakap media Shahidan dan mengetuai pakatan untuk menjatuhkan setiausaha Agung UMNO, Datuk Mohd Radzi bagi membolehkan Shahidan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dan enggan mendengar nasihat dan pandangan menteri kanan seperti Radzi.

Ketika itu, Shahidan telah mengarahkan Hashim memungut nama para pemberita dan wartawan yang membantu beliau dalam kempen pilihanraya umum ke 12 lalu dengan menjanjikan pakej Umrah secara percuma.

Mereka ini mengatakan bahawa Tuanku Raja perlis lembut hati dan akan tetap melantik Shahidan sebagai Menteri Besar.

Menurut maklumat daripada sumber terdekat dengan Istana bahawa pada hari tersebut sahaja, Shahidan telah berulang alik sebanyak tiga kali dari Kuala Lumpur ke Perlis untuk mengejar Raja Perlis agar merestui perlantikannya sebagai Menteri Besar.

Namun, Baginda Raja Perlis masih enggan menandatangani watikah Perlantikan Shahidan atas sebab kebejatan rnoral walaupun Pak Lah telah memberi watikah sendiri kepada Shahidan dan meminta Shahidan berundur.

Selain skandal seks berkenaan, Shahidan turut terpalit dengan pelbagai skandal kerana disifatkan ramai pemimpin Perlis sebagai 'Beraja Di Mata dan Bersultan Di Hati.'

Tanpa mempedulikan skandal seks Shahidan, UMNO Malaysia pula menghalalkan perlakuan zina dengan melantik Shahidan sebagai Timbalan Badan Perhubungan UMNO Perlis pada 27 Disember 2010.

Selain kebejatan moral pemimpin UMNO Semenanjung, Pak Lah turut melindungi skandal seks pemimpin UMNO sabah dan berkenan memilih mereka sebagai calon yang bertanding pada pilihanraya umum Mac 2008.

Adun Lahad Datu, Datu Nasrun Datu Mansur (Datuk) terpalit juga dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan dengan isteri orang yang juga bekas pekerja di syarikat guamannya.

Walaupun Nasrun telah membayar sejumlah RM500,000 kepada suami mangsa dan mangsa telah menarik balik laporan polis, namun kes berkenaan telah ditutup begitu sahaja, termasuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga ramai penduduk Lahad Datu beranggapan bahawa 'Rogol' bukanlah kes jenayah kerana boleh ditutup sekalipun semua bukti telah terdedah.

seorang lagi Adun yang mengalami kebejatan moral yang dipilih bertanding mewakili UMNO ialah Adun Tempasuk, Datuk Haji Musbah Jamli yang mempunyai skandal seks dengan pembantu rumah dan adik iparnya serta mempunyai kes dengan BPR, namun Pak Lah telah memilih beliau mewakili Tempasuk.

Manakala seorang lagi Adun yang pernah menjadi banduan di Indonesia, Datuk Haji Harman Mohammad yang dibenarkan bertanding di DUN Ssulabayan, Sabah sekalipun beliau tidak layak kerana baru setahun dibebaskan daripada penjara Indonesia (atas ehsan UMNO) sedangkan Anwar terpaksa menunggu selama lima tahun sebelum boleh aktif dalam politik.

Artikel "PKR CABAR RAIS SUMPAH LAKNAT", yang dipaparkan pada 03.01.2011 pada pukul 11.42:-

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim agar melakukan 'Sumpah Laknat' di Masjid Negara atau melalui RTM jika beliau benar-benar tidak melakukan jenayah rogol terhadap pembantu rumahnya, Robengah, pada 2007.

Naib Ketua Cabang merangkap Setiausaha Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan mencabar Rais bagi membersihkan namanya yang didakwa melakukan jenayah rogol tetapi disembunyikan oleh Mantan Perdana Menteri, Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

"Memandangkan Rais masih berada dalam Kabinet Malaysia, maka saya mencabar beliau untuk membuat 'Sumpah Laknat', bagi membersihkan nama Malaysia kerana pindaan undang-undang Seksyen 376 Kanun Keseksaan dilakukan ketika Rais menjadi Menteri Kehakiman," ujar Zainuddin yang memuji tindakan berani media mendedahkan kelakuan pemimpin UMNO yang lembut gigi daripada lidah.

Bagi PKR kata Zainuddin, tidak pernah berniat serong untuk mendedahkan keaiban pemimpin BN terutama Menteri Kabinet Najib selepas Pak Lah meninggalkan 'saka' yang bersiluman di dalam tubuh menteri yang mengkhianati amanah rakyat.

"Kita tidak mahu Malaysia terpalit dengan pelbagai skandal seks kerana dunia mengetahui Malaysia ialah Negara Islam dan Negara Hukum. Menyembunyikan perbuatan jenayah rogol dan melindungi penjenayah adalah perbuatan terkutuk. ]ika ingin Malaysia terus dihormati oleh dunia, jalankan siasatan dan hukuman setimpal," ujar Zainuddin yang berkata Rais masih berpeluang membersihkan namanya dengan meletakkan jawatan dan bersedia tampil di mahkamah atau melakukan 'Sumpah Laknat'.

Undang-undang di Malaysia kata Zainuddin tidak pernah membezakan kasta, hanya pemimpin dan pihak berkuasa yang sering menyalahgunakan kuasa untuk melindungi diri mereka daripada menerima hukuman dunia; namun sebagai manusia yang beragama sudah pasti tidak akan terlepas daripada hukuman di akhirat.

Tegas Zainuddin lagi, menurut undang-undang Islam, jika didapati bersalah Rais dan mereka yang bersubahat boleh direjam sehingga mati, namun undang-undang sekular mungkin akan menyelamatkan Rais di Malaysia.

Artikel "RAIS YATIM SEPERTI BELUT BODOH?" yang dipaparkan pada 05.01.2011 pada pukul 9.29:-

BETAPA hebatnya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk seri Utama Dr Rais Yatim melemparkan 'Boomerang Politik' kepada Ketua Pembangkang dengan mengumpamakan Datuk seri Anwar Ibrahim sebagai "Ikan sembilang dalam lubuk keruh, yang hanya tahu menyengat untuk kepentingan dirinya."

Namun sayang seribu kali sayang kerana lemparan boomerangnya gagal ditangkap kembali dengan kemas sehingga mencederakan dirinya yang terjebak dengan Skandal 376 Kanun Keseksaan kerana dituduh merogol pembantu rumahnya pada 2007.

"Rais adalah 'Belut Bodoh'yang memakan pancing yang dihulurkan ke lubuk nafsunya sehingga terpalit dengan skandal seks yang memalukan Malaysia setelah media Indonesia dan Wikileaks serta Blogger tempatan menyerangnya bertubi-tubi, tanpa mampu melawan," ujar Naib Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan.

Sebagai pemimpin hipokrit yang lembut gigi daripada lidah, kata Zainuddin, Rais sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat Malaysia dan Indonesia, namun pembalasan Tuhan atau kisas sudah berlaku di dunia lagi.

Zainuddin kesal kerana Rais menuduh Anwar sebagai seekor ikan sembilang yang suka menyengat ke kiri dan ke kanan, tetapi bila di dalam keadaan air yang jernih, beliau selesa dan tidak membuat apa-apa dengan merujuk kepada kedudukan Anwar kini sebagai Ketua Pembangkang dan ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

"Jika dahulu dia berkata kepada Anwar bahawa seekor ikan yang berada dalam air tidak tahu bahawa ia berada dalam air, bila keluar ke pasir baru tahu hangat dan peritnya hidup. Jadi, Rais perlu belajar menjadi belut yang pintar dengan tidak menyambar umpan di hadapan mata sehingga menjatuhkan imej Negara kerana Menteri Kabinet melakukan jenayah rogol," ujar Zainuddin dengan nada sinis.

Artikel "VIDEO PENGAKUAN RAKAN ROBENGAH', yang diterbitkan pada 07.01.2011 pada pukul 22.18 :-depicting photograph or a woman pointing yet at another photograph and ending with the following words published.

PENGAKUAN...Sumiati menunjukkan gambar beliau bersama Robengah ketika mereka kerja bersama di rumah Rais. Kenapa Robengah yang mandi tetapi Sumiati yang basah dan Rais yang berkeringat jantan?

EKORAN daripada dakwaan hangat Rocky Bru bahawa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, salah seorang pembantu rumah yang masih bekerja dengan beliau tampil membuat pengakuan menafikan segala tohmahan yang dibuat terhadap Rais.

Plaintif akan mengemukakan salinan artikel tersebut di dalam bahasa Melayu dan terjemahan di dalam bahasa Inggeris semasa perbicaraan tindakan di sini untuk kesan yang lebih mendalam.

Plaintif menegaskan dan akan menegaskan bahawa seluruh perkataan-perkataan dan atau petikan-petikan dan atau artikel tersebut terutama sekali perkataan-perkataan dan atau petikan-petikan dan atau artikel berikut dengan gambar Plaintif yang jelas dipaparkan di belah atas sudut kiri yang sama, diambil di dalam konteks yang betul dan munasabah adalah tidak benar dan atau berniat jahat dan/ atau berunsur fitnah plaintif:-

Berhubung dengan artikel "PAK LAH HALALKAN ROGOL, UMNO HALALKAN ZINA?" yang dipaparkan pada 01.01.2011;-

"TINDAKAN Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun) bersubahat menyembunyikan kes 376 Kanun Keseksaan yang dilakukan oleh Menteri Menteri Kebudayan, Kesenian dan Warisan, (Februari 2006 sehingga Februari 2008) Datuk Seri Utama Rais Yatim pada 2007 merupakan tindakan tidak bermaruah Perdana Menteri ketika itu.

"Selain kes Datuk Rais Yatim, Pak Lah juga menyembunyikan kes perzinaan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan membenarkan beliau bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 telah rnenandatangani, watikah perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis sekalipun tanpa persetujuan Raja Perlis."

Berhubung dengan artikel "PKR CABAR RAIS SUMPAH LAKNAT" yang dipaparkan pada 03.01.2011 pada pukul 7.42:-

"Rais Bin Yatim agar melakukan 'Sumpah Laknat', di Masjid Negara atau melalui RTM jika beliau benar-benar tidak melakukan jenayah rogol terhadap pembantu rumahnya, Robengah, pada 2007".

"Didakwa melakukan jenayah rogol tetapi disembunyikan oleh Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk seri Mohd Najib Tun Abdul Razak".

"Kerana pindaan Undang-Undang Seksyen 376 Kanun Keseksaan dilakukan ketika Rais menjadi Menteri Kehakiman," ujar zainuddin yang memuji tindakan berani media mendedahkan kelakuan pemimpin UMNO yang lembut gigi daripada lidah".

"Pak Lah meninggalkan 'saka', yang bersiluman di dalam tubuh menteri yang mengkhianati amanah rakyat".

"Ujar zainuddin yang berkata Rais masih berpeluang membersihkan namanya dengan meletakkan jawatan dan bersedia tampil di mahkamah atau melakukan 'Sumpah Laknat".

"Jika didapati bersalah Rais dan mereka yang bersubahat boleh direjam sehingga mati, namun undang-undang sekular mungkin akan menyelamatkan Rais di Malaysia".

Berhubung dengan artikel "RAIS YATIM SEPERTI, BELUT BODOH?" yang dipaparkan pada 05.01.2011 pada pukul 9.29:-

"dirinya yang terjebak dengan Skandal 376 Kanun Keseksaan kerana dituduh merogol pembantu rumahnya pada 2007"

"Rais adalah 'Belut Bodoh' yang memakan pancing yang dihulurkan ke lubuk nafsunya sehingga terpalit dengan Skandal Seks yang memalukan Malaysia setelah media Indonesia dan Wikileaks serta Blogger tempatan menyerangnya bertubi-tubi, tanpa mampu melawan".

"sebagai pemimpin hipokrit yang lembut gigi daripada lidah".

"namun pembalasan Tuhan atau kisas sudah berlaku di dunia lagi".

"Rais perlu belajar menjadi belut yang pintar dengan tidak menyambar umpan di hadapan mata sehingga menjatuhkan imej Negara kerana Menteri Kabinet melakukan jenayah rogol".

Berhubung dengan artikel "VIDEO PENGAKUAN RAKAN ROBENGAH" yang diterbitkan pada 07.01.2011 pada pukul 22.18:-

"Kenapa Robengah yang mandi tetapi Sumiati yang basah dan Rais yang berkeringat jantan?

Plaintif akan mengemukakan salinan artikel tersebut di dalam bahasa Melayu dan terjemahan di dalam bahasa Inggeris semasa perbicaraan tindakan di sini untuk kesan yang lebih mendalam.

Dalam maksudnya yang asal dan biasa, perkataan-perkataan dan atau petikan-petikan dan atau artikel tersebut (bersama gambar saya yang jelas dipaparkan di belah atas sudut kiri yang sama) (seperti yang dinyatakan di bawah Perenggan 10 dan 11 di atas) yang tidak benar dan atau berniat jahat dan atau berunsur fitnah bermaksud dan/atau difahami untuk bermaksud bahawa:-

Bahawa terdapat satu siasatan dilakukan ke atas kelakuan plaintif dan beliau adalah merupakan subjek perkara siasatan tuduhan merogol yang mana dengan sendirinya membawa penghinaan ke atas diri beliau sendiri dengan terlibat dalam seks haram dan diiarang;

Siasatan yang demikian menurut kamu mengenai satu perkara yang amat serius kelakuan Plaintif memerlukan siasatan telah dimulakan adalah berat berhubung dengan yang dan

Bahawa Plaintif telah melakukan kesalahan jenayah yang serius antara lainnya di bawah Kanun Keseksaan yang mana boleh dihukum penjara atas alasan memberikan tanggapan kelakuan kesalahan seks tidak bermoral.

Bahawa Plaintif kami berkelakuan tidak suci; dan

Bahawa Plaintif salah berkelakuan yang memalukan, menghina, mengaibkan, keji dan/ atau berkelakuan jenayah dalam melaksanakan tugas-tugasnya sebagai seorang Menteri kanan dalam Kabinet dan Ahli Parlimen.

Plaintif adalah seorang individu yang berpengaruh dan menyalahgunakan pengaruhnya dengan memperkosa orang gajinya dan kemudiannya melepaskan diri dari kesalahan tersebut kerana kedudukan beliau sebagai menteri dan ahli politik.

Plaintif seorang yang perancang dan penipu yang mana berkebolehan mempengaruhi mantan Perdan Menteri untuk menutup kesalahan rogol.

Plaintif seorang yang bodoh, dangkal dan bertahap pemikiran rendah dalam melakukan rogol terhadap orang gajinya.

Plaintif seorang yang hipokrit dan berpura-pura takut kepada tuhan tetapi didorong oleh nafsu serakah, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Selanjutnya dan/atau secara alternatif, saya telah dinasihati oleh peguamcara saya dan yang mana saya sesungguhnya percaya bahawa dengan cara 'innuendo', perkataan-perkataan dan atau petikan-petikan dan atau artikel tersebut (bersama gambar saya yang jelas dipaparkan di belah atas sudut kiri yang sama) (seperti yang dinyatakan di bawah perenggan B dan 9 di atas) yang tidak benar dan/atau berniat jahat dan atau berunsur fitnah bermaksud dan atau difahami untuk bermaksud bahawa:-

[Plaintif mengulangi dan akan bergantung kepada sub-perenggan 10 di atas]

Plaintif menegaskan dan akan menegaskan bahawa perkataan-perkataan dan atau petikan-petikan dan atau artikel tersebut (bersama gambar saya yang jelas dipaparkan di belah atas sudut kiri yang sama, tidak benar dan atau berniat jahat dan atau berunsur fitnah telah diterbitkan dan atau telah disebabkan untuk diterbitkan oleh Defendan sama ada melalui dirinya sendiri dan atau pengkhidmat-pengkhidmatnya dan/atau ejen-ejennya dan atau sebaliknya kepada orang-orang awam dan/atau adalah di dalam pengetahuan orang-orang awam dan atau pembaca-pembaca (pelawat-pelawat) weblog sabahkini dan atau pembaca-pembaca (pelawat-pelawat) dan orang-orang awam dan/atau pembaca-pembaca (pelawat-pelawat) tersebut tahu dan/atau akan tahu yang sama merujuk kepada plaintif.

Dengan alasan Defendan sama ada melalui dirinya sendiri dan atau melalui pengkhidmat-pengkhidmatnya dan atau ejen-ejennya dan/atau sebaliknya telah menerbitkan dan/atau menyebabkan untuk diterbitkan' perkataan-perkataan dan atau petikan-petikan dan atau artikel tersebut bersama gambar saya yang jelas dipaparkan di sudut atas belah kiri yang sama, tidak benar dan atau berniat jahat dan atau berunsur fitnah, saya telah terjejas dengan teruk berkenaan reputasi saya secara peribadi dan/ atau professional di peringkat kebangsaan dan atau antarabangsa, sifat saya dan kredit saya dan telah dibawa ke skandal, keaiban dan penghinaan awam dan telah menanggung malu yang agak besar, derita dan kerugian.

Bagi menyokong tuntutan Plaintif untuk gantirugi tambahan dan/ atau gantirugi teladan, saya mengulangi butir-butir di perenggan B, 9 dan 10 di atas dan selanjutnya akan bergantung kepada fakta-fakta berikut:-

Perkataan-perkataan dan/atau petikan-petikan dan atau artikel yang tidak senonoh telah mengakibatkan fikiran pembaca dan pengguna diracuni dengan gambaran yang tidak betul dan tidak masuk akal serta jahat mengenai perilaku anak guam kami dan kedudukan beliau yang mana artikel tersebut yang berniat jahat tanpa siasatan telah diterimapakai sebagai benar;

Artikel sensasi yang diterbitkan dengan gambar perempuan "VIDEO PENGAKUAN RAKAN ROBENGAH" yang tidak dikenali oleh plaintif dengan disengajakan tanpa mempedulikan dan diiakukan atas dorongan untuk menambah pembaca dan keuntungan serta menyediakan bahan yang tidak benar untuk digunakan oleh pihak pembangkang;

Perkataan-perkataan dan atau petikan-petikan dan atau artikel bersama gambar saya yang jelas dipaparkan di sudut atas belah kiri yang sama yang dinyatakan di dalam perenggan 10, 11 dan 12 di atas dengan sendirinya adalah amat serius dan merosakkan sebagai serangan defendan di atas kedudukan plaintif; dan atau

Namun demikian, Defendan sama ada melalui dirinya sendiri dan atau pengkhidmat-pengkhidmatnya dan atau ejen-ejennya dan/ atau sebaliknya telah menerbitkan dan/ atau menyebabkan untuk diterbitkan perkataan-perkataan dan atau petikan-petikan dan/atau artikel berunsur fitnah tersebut bersama gambar saya yang jelas dipaparkan di sudut atas belah kiri yang sama, secara sembrono dan/ atau cuai tanpa membuat apa-apa penyiasatan awal dan/atau penyiasatan munasabah yang awal berkenaan kandungannya. Sekiranya yang sama telah dilakukan ianya akan membuktikan bahawa kandungannya adalah tidak konsisten dengan Kenyataan Akhbar yang mana di dalam pengetahuan defendan sendiri. Kenyataan Akhbar yang dirujuk sebagai orang gaji Indonesia yang telah diperkosa oleh seorang Menteri Kanan yang berasal dari Kedah tetapi Plaintif adalah Menteri Kanan yang berasal dari Negeri Sembilan; dan/atau

Namun demikian, Defendan sama ada melalui dirinya sendiri dan atau pengkhidmat-pengkhidmatnya dan atau ejen-ejennya dan atau sebaliknya telah menerbitkan dan atau menyebabkan untuk diterbitkan perkataan-perkataan dan atau petikan-petikan dan atau artikel berunsur fitnah tersebut bersama gambar saya yang jelas dipaparkan di sudut atas belah kiri yang sama, secara sembrono dan/atau cuai tanpa membuat apa-apa percubaan awal dan/atau percubaan awal yang muasabah untuk mengesahkan kandungannya dengan saya dan atau memberikan saya apa-apa peluang awal dan/ atau peluang awal yang munasabah untuk memberikan komen berkenaan yang sama. Sekiranya yang sama telah dilakukan, ianya akan membuktikan bahawa kandungannya adalah tidak benar dan/atau berniat jahat dan atau berunsur fitnah terhadap saya terutama sekali apabila Robengah sendiri telah dipetik di dalam suatu artikel di bawah tajuk "Robingah sebut Menteri Rais Yatim orang Baik" yang telah diterbitkan oleh suatu portal berita online yang dikenali sebagai detikNews (at http : //ws.detiknews.com/read / 2011/01/07/164713/7547927/10/robtngah-sebut-menteri-rais-yatimorangbaik?) sebagai telah menafikan dirogol oleh saya; dan/ atau

Tahap penerbitan dan/atau penerbitan semula perkataan-perkataan dan/atau petikan-petikan dan atau artikel fitnah tersebut bersama gambar saya yang jelas dipaparkan di sudut atas belah kiri yang sama seperti mana yang dinyatakan di dalam perenggan perenggan sebelum ini dan/atau intipati yang sama seperti yang terdapat di Blog Defendan dan atau Blog pihak ketiga yang lain dan atau Laman Web pihak ketiga yang lain dan/atau di dalam mana-mana bahagian lain internet; dan atau

Defendan samada melalui dirinya sendiri dan atau pengkhidmat-pengkhidmatnya dan/atau ejen-ejennya dan atau sebaliknya tahu dan atau sepatutnya mempunyai pengetahuan dan atau berniat dan/atau membenarkan perkataan-perkataan dan/atau petikan-petikan dan atau artikel fitnah tersebut bersama gambar saya yang jelas dipaparkan di sudut atas belah kiri yang sama seperti yang dinyatakan di bawah perenggan-perenggan sebelum ini dan atau intipati yang sama diterbitkan dan atau diterbitkan semula dan atau diulangi di peringkat kebangsaan dan atau di peringkat antarabangsa di pelbagai kawat perkhidmatan ('wire services') dan agensi berita ('news agencies).

Melainkan diperintahkan oleh Mahkamah yang mulia ini Defendan sama ada melalui dirinya sendiri dan atau pengkhidmat-pengkhidmatnya dan atau ejen-ejennya dan atau sebaliknya tidak akan mengeluarkan atau menyebabkan dikeluarkan perkataan perkataan dan atau petikan-petikan dan atau artikel fitnah tersebut terhadap Plaintif.

Melainkan dihalang oleh Mahkamah yang mulia ini Defendan sama ada melalui dirinya sendiri dan atau pengkhidmat-pengkhidmatnya dan/atau ejen-ejennya dan atau sebaliknya tidak akan mengeluarkan atau menyebabkan dikeluarkan perkataan perkataan dan/atau petikan-petikan dan/ atau artikel fitnah tersebut terhadap Plaintif.

Dan Plaintif menuntut terhadap Defendan:

-gantirugi am;

-gantirugi khas;

-gantirugi tambahan;

-gantirugi teladan;

-faedah pada kadar 8% setahun ke atas jumlah yang diawadkan di bawah perenggan I7.I sehingga 17.4 di atas dari 01.01.2011 sehingga tarikh pembayaran sepenuhnya;

Suatu injunksi yang memaksa dengan serta-merta Defendan, sama ada melalui dirinya sendiri dan/atau pengkhidmat-pengkhidmatnya dan/atau ejen-ejennya dan/atau sebaliknya untuk mengeluarkan perkataan-perkataan dan atau petikan-petikan dan atau artikel fitnah di bawah tajuk "PAK LAH HALALKAN ROGOL, UMNO HALALKAN ZINA?" yang dipaparkan pada 01.01.2011. 'PKR CABAR RAIS SUMPAH LAKNAT" yang dipaparkan pada 03.01.2071. "RAIS YATIM SEPERTI BELUT BODOH?" yang dipaparkan pada 05.01.2011 dan "VIDEO PENGAKUAN RAKAN ROBENGAH" dipaparkan pada 07.07.2011 dari laman sesawang http://sabahkini.net/v1 (selepas ini dirujuk sebagai "perkataan-perkataan dan/atau petikan-petikan dan/atau artikel fitnah" tersebut);

Suatu injunksi yang menghalang dengan serta-merta Defendan sama ada melalui dirinya sendiri dan/atau pengkhidmat-pengkhidmatnya dan/ atau ejen-ejennya dan atau sebaiiknya daripada terus menerbitkan dan atau menyebabkan penerbitan:-

-perkataan-perkataan dan/atau petikan-petikan dan/atau artikel fitnah tersebuf dan/atau

-lain-lain perkataan-perkataan dan/atau artikel-artikel yang berunsur fitnah terhadap Plaintif; dan/atau petikan-petikan dan/atau yang lebihkurang sama

-apa-apa kertas-kertas kausa dan/atau dokumen-dokumen berkenaan tindakan ini; di dalam Blognya dan/atau blog-blog lain yang dimiliki oleh mana-mana pihak ketiga dan/atau mana-mana medium lain yang dimiliki oleh Defendan dan/atau mana-mana medium lain yang dimiliki oleh pihak ketiga;

- kos;

- lain-lain relif yang difikirkan Mahkamah yang Mulia ini sebagai suai manfaat dan adil.

Bertarikh 10 Februari 2011.

Tetuan Shahbudin & Rozima

Peguamcara Plaintif

PERNYATAAN TUNTUTAN ini telah difailkan oleh Tetuan Shahabudin & Rozima, Peguambela dan Peguamcara bagi pihak plaintif, yang mempunyai alamat Penyampaiannya di B-6-5, Northpoint Office, Mid Valley City, No. 1, Medan Syed Putra Utara, 59200 Kuala Lumpur.

(BAHAGIAN SIVIL)

GUAMAN SIVIL

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

ANTARA

DATUK SERI UTAMA DR RAIS BIN YATIM...PLAINTIF

DAN

ABDUL MUTALIB B. MOHAMED DAUD...DEFENDAN

(NRIC NO: tidak diketahui )

WRIT SAMAN


"YANG AMAT ARIF TAN SRI ARIFIN BIN ZAKARIA, HAKIM BESAR MALAYA, ATAS NAMA DAN BAGI PIHAK SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG'f

Kepada:

Abdul Mutalib B. Mohamed Daud (NRIC No: unknown ),
Lot D9, Tingkat 3,
Centre Point,
Kota Kinabalu,
88300 Sabah

KAMI PERINTAHKAN KAMU bahawa dalam tempoh dua belas (12) hari selepas Penyampaian Writ ini ke atas kamu, termasuklah hari penyampaian itu, kamu hendaklah menyebabkan dimasukkan untuk diri kamu dalam kausa atas guaman DATUK SERI UTAMA DR RAIS BIN YATIM dan ambil perhatian bahawa, jika kamu ingkar berbuat demikian, Plaintif boleh meneruskan untuk mendapatkan penghakiman dan perlaksanaan.

DISAKSIKAN oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Kuala Lumpur pada 14 haribulan Februari 2011.

Penolong Kanan Pendaftar
Mahkamah Tinggi,
Kuala Lumpur

MEMORANDUM YANG HENDAK DITURUNKAN PADA WRIT

Writ ini boleh disampaikan lebih daripada enam (6) bulan kalendar selepas tarikh di atas melainkan jika diperbaharui melalui perintah Mahkamah.

Defendan boleh hadir bersama-sama dengan memasukkan kehadiran (atau kehadiran-kehadiran) sama ada sendiri atau melalui Peguamcara di Pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Malaysia.

Defendan yang hadir sendiri boleh, jika dihendaki, memasukkan kehadirannya melalui pos, dan borang-borang yang tertentu bolehlah didapati dengan menghantar Kiriman Pos berharga RM10.00 berserta sampul surat sendiri kepada pendaftar, Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Malaysia.

PENGINDORSAN TUNTUTAN

Kausa tindakan Piaintif adalah berdasarkan fitnah, yang mana butir-butirnya adalah seperti yang terkandung di dalam Pernyataan Tuntutan. Plaintif menuntut terhadap Defendan untuk relif-relif yang berikut:-

(a) gantirugi am;
(b) gantirugi khas;
(c) gantirugi tambahan;
(d) gantirugi teladan;

(e) faedah pada kadar 8% setahun ke atas jumlah yang diawadkan di bawah perenggan 17.1 sehingga17.4 di atas dari 01.01.2011 sehingga tarikh pembayaran sepenuhnya;

(f) suatu injunksi yang memaksa dengan serta-merta Defendan, samada melalui dirinya sendiri dan/atau pengkhidmat-pengkhidmatnya dan/atau ejen-ejennya dan/atau sebaliknya untuk mengeluarkan perkataan-perkataan dan/atau petikan-petikan dan/ atau artikel fitnah di bawah –"PAK LAH HALALKAN ROGOL, UMNO HALALKAN ZINA?" appeared on 01.01.2011, "PKR CABAR RAIS SUMPAH LAKNAT" appeared on 03.01.2011, RAIS YATIM SEPERTI 'BELUT BODOH'? appeared on 05.01.2011 and 'VIDEO PENGAKUAN RAKAN ROBENGAH" appeared on 07.01.2011 with the photograph of the Plaintiff prominently displayed at the top left hand corner of the same published by him and/or her and/or them at http://www.sabahkini.net/v1 (selepas ini dirujuk sebagai "perkataan-perkataan dan/atau petikan-petikan dan/atau artikel fitnah" tersebut);

(g) suatu injunksi yang menghalang dengan serta-merta Defendan sama ada melalui dirinya sendiri dan/atau pengkhidmat-pengkhidmatnya dan/atau ejen-ejennya dan/atau sebaliknya daripada terus menerbitkan dan/atau menyebabkan penerbitan:-

perkataan-perkataan dan/atau petikan-petikan dan/atau artikel fitnah tersebut; dan/atau lain-lain perkataan-perkataan dan/atau petikan-petikan dan/atau artikel-artikel yang berunsur fitnah yang sama terhadap plaintif; dan atau apa-apa kertas-kertas kausa dan/ atau dokumen-dokumen berkenaan tindakan ini; di dalam Blognya dan/atau blog-blog lain yang dimiliki oleh mana-mana pihak ketiga dan/atau mana-mana medium lain yang dimiliki oleh Defendan dan/atau mana-mana medium lain yang dimiliki oleh pihak ketiga; kos; lain-lain relif yang difikirkan Mahkamah yang Mulia ini sebagai suaimanfaat dan adil.

Bertarikh pada 10 haribulan Februari 2011.


Shahabudin & Rozima

Peguamcara Plaintif


Dan RM (atau sekian banyak wang sebagaimana yang dibenarkan selepas penetapan untuk kos, dan iuga, jika Plaintif dapat perintah untuk penyampaian ganti, jumlah wang selanjutnya sebanyak RM (atau sekian banyak jumlah wang sebagaimana yang dibenarkan setelah ditetapkan). Jika amaun yang dituntut dan kos dibayar kepada Plaintif atau Peguamcaranya dalam tempoh dua belas (12) hari selepas Penyampaian Writ ini (termasuklah hari penyampaian), prosiding seterusnya akan ditangguhkan, tetapi jika ternyata daripada pengindorsan pada Writ itu bahawa Plaintif adalah bermastautin di luar wilayah terjadual, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pertukaran Kawalan 1953, atau adalah bertindak mengikut perintah atau bagi pihak seseorang yang bermastautin sedemikian, prosiding akan hanya ditangguhkan jika amaun yang dituntut dan kos di bayar ke dalam Mahkamah dalam tempoh yang tersebut itu dan notis pembayaran itu diberi kepada plaintif atau Peguamcaranya.

PENGINDORSAN TENTANG PEGUAMCARA DAN ALAMAT

Writ Saman ini dikeluarkan oleh Messrs Shahabudin & Rozima, peguambela dan Peguamcarta, bagi pihak Plaintif di atas yang mempunyai alamat penyampaiannya di B- 6-5, Northpoint Offices, Mid Valley City, No. 1, Medan Syed Putra Utara, 59200 Kuala Lumpur.

PENGINDORSAN BAGI PENYAMPAIAN

Writ ini telah disampaikan oleh dengan cara penyampaian ke diri (atau seperti berkenaan)(nyatakan cara penyampaian atau menurut terma-terma satu perintah bagi penyampaian ganti) ke atas Defendan (yang saya kenali)(atau yang telah ditunjukkan kepada saya oleh)(atau yang mengakui kepada saya bahawa dia adalah) di (tempat) pada haribulan,

Penghantar Saman

Writ Saman ini dikeluarkan oleh Tetuan Shahabudin & Rozima, Peguambela dan Peguamcara, bagi pihak Plaintif, yang mempunyai alamat penyampaiaru:rya di 8-6-5, Northpoint Offices, Mid Valley City, No. 1, Medan Syed Putra Utara, 59200 Kuala Lumpur.


Ulasan GB

Episod yang menarik jika perkara ini dibawa ke mahkamah.

Kita akan meminta Sdra Abdul Mutalib mencari/menemui amah berkenaan dan pihak Migrant Care untuk menjadi saksi-saksi perbicaraan.

Biar terlondeh semua.
Kenapa ler bebal sangat si...

Projek Lynas Dengan Gajah Mengamuk Di Pahang

Posted: 18 Apr 2011 03:25 PM PDT


Pakar: Lynas jauh lebih teruk dari Bukit Merah

Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak.

Ini adalah 10 kali lebih kontroversial daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu, kata pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan.

Katanya, sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk.

Jelasnya, pendedahan langsung terhadap jumlah thorium yang besar, meskipun dibuktikan oleh Lynas dan Badan Perlesenanan Tenaga Atom (AELB) mempunyai tahap radiasi yang rendah, adalah bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul.

Kedua-dua Lynas dan AELB berkata pusat berkenaan akan menghasilkan thorium - elemen radioaktif yang bakal terhasil dan mendakwa bahan itu mempunyai tahap radiasi yang rendah serta tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan persekitarannya.

Jayabalan sebaliknya berkata sebarang pendedahan berterusan tidak kira sekecil mana sekalipun adalah bahaya kepada kesihatan.

"Mungkin AELB dan Lynas adalah betul, bahawa nadir bumi bukan radioaktif kerana ia telah disingkirkan. Apa yang mereka akan berikan kepada kita di Gebeng adalah sisa radioaktif yang dinamakan thorium," katanya kepada kira-kira 500 orang di ceramahnya di Kuantan pada malam Ahad lalu.

"Dan mungkin juga pihak berkuasa adalah betul kerana thorium adalah sisa tahap rendah (radioactive) dan mereka dakwa ini adalah selamat.

"Ini adalah istilah yang digunakan oleh industri untuk menggelirukan anda... ingat tidak ada tahap selamat bagi radioaktif," katanya. -mk



Gajah serang tanaman sawit


KEDAIK ASAL – Tanaman sawit seluas kira-kira 0.8 hektar yang diusahakan penduduk Orang Asli di sini musnah apabila 'dikerjakan' sekumpulan enam ekor gajah liar yang dipercayai sesat dari Hutan Sementok, Kedaik.

Seorang pemilik kebun, Amran Boji, 42, dilaporkan mengalami kerugian ribuan ringgit selepas anak pokok yang baru ditanam dua minggu lalu musnah dimakan haiwan liar terbabit.

Kehadiran kumpulan gajah itu turut membimbangkan penduduk kerana mendakwa haiwan terbabit pernah mengejar penduduk yang melalui kawasan kebun di situ.

Berikutan itu, penduduk meminta bantuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk menghalau gajah berkenaan, namun kecewa kerana masih tiada tindakan dibuat.

Serangan sejak tiga hari lalu

Seorang penduduk, Ramli Ason, 48, berkata, dia menyedari kehadiran gajah liar itu pada petang Jumaat lalu selepas mendengar bunyi haiwan berkenaan semasa membersihkan kebunnya.

Dia yang sudah tiga kali terserempak dengan haiwan liar itu terkejut apabila mendapati sekumpulan enam ekor gajah sedang melanyak tanaman sawit berhampiran kebunnya.

"Saya tidak menunggu lama di situ kerana bimbang kehadiran saya dapat dihidu gajah terbabit sebelum bertindak melaporkan kepada pemilik kebun berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.

Ramli berkata, banyak tanaman dimusnahkan kumpulan gajah liar itu menyebabkan pemilik tanaman menanggung kerugian besar.

"Akibat serangan berulang kali oleh kumpulan gajah itu, anak-anak kelapa sawit yang ditanam tidak sempat membesar kerana habis dilanyak haiwan itu.

"Setiap daripada kami terpaksa membelanjakan RM14 bagi sepokok sawit tidak termasuk kos baja, menebang, membersihkan kawasan, mengorek lubang, menanam dan sebagainya," katanya.

Hampir jadi korban gajah

Seorang penduduk, Mohd Nasir Harun, 40, berkata, dia hampir menjadi korban gajah apabila salah seekor daripadanya cuba mengejarnya ketika keluar menoreh getah pada petang Jumaat lalu.

Bagaimanapun, dia yang hanya berada lima meter dari tempat gajah itu mencari makanan bernasib baik kerana sempat melarikan diri ke dalam semak berdekatan.

"Mungkin gajah itu terkejut dengan kehadiran saya. Saya lari menyelamatkan diri selepas mendapati gajah terbabit mula mengeluarkan bunyi tanda amaran supaya tidak mendekati kumpulan mereka.

"Pada ketika itu saya tidak mampu berfikir apa-apa dan terus melarikan diri bagi menyelamatkan nyawa yang ketika itu seolah-olah seperti telur di hujung tanduk," katanya.

Kejadian didakwa kali kedua

Ketua UMNO Cawangan Kedaik Asal, Adnan Boji berkata, kejadian itu merupakan yang pertama tahun ini dan kejadian sama pernah berlaku beberapa tahun lalu.

Katanya, sebelum ini, sebuah motosikal penduduk di kampung itu rosak teruk akibat dipijak gajah yang sedang 'naik angin'.

Menurutnya, kejadian kali ini pula menyebabkan kemusnahan pada tanaman penduduk dan sekiranya keadaan itu dibiarkan boleh mengakibatkan nyawa pekebun di situ terancam.

Kecewa Perhilitan lambat bertindak

Tok Batin Kedaik Asal, Booh Suan meluahkan rasa kecewa apabila Perhilitan didakwa gagal menghalau kumpulan gajah itu keluar daripada kawasan kebun penduduk.

Menurutnya, pihak berkenaan sepatutnya bertindak segera memandangkan haiwan liar itu boleh mengancam nyawa manusia.

"Saya difahamkan penduduk terpaksa mengambil inisiatif sendiri menghalau binatang itu memandangkan Perhilitan masuk untuk memantau dan memasang mercun sahaja.

"Jadi saya berharap Perhilitan lebih peka dengan masalah ini memandangkan ia mengancam nyawa penduduk," katanya. -SH


Trio Datuk T Mungkin Dikenakan Tindakan Tayang Video Seks - Acryl

Posted: 18 Apr 2011 08:21 AM PDT

Kuala Lumpur: Polis tidak menolak kemungkinan akan bertindak ke atas trio Datuk T kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelaku yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kemungkinan itu wujud berikutan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah itu menjurus kepada mereka, pihak yang menayangkan video.

Beliau berkata kertas siasatan kes itu dijangka dihantar ke Pejabat Peguam Negara Khamis ini.

"Ada kemungkinan mereka akan didakwa mengikut Sekyen 292 itu kerana ia menjurus kepada mereka, pihak penayang."

"Namun bukan polis yang menentukan keputusan itu sebaliknya pejabat Peguam Negara. Kami akan adakan sidang akhbar nanti bila segalanya selesai," katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini pada Isnin.

Ketika ditanya mengenai perkembangan kertas siasatan, beliau berkata masih terdapat dua lagi perkara yang perlu dikemaskini dan dilengkapkan dalam siasatan itu, sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.

"Kalau boleh bagi pihak kita seawalnya hantar (kertas) itu pada Khamis ini... sementara itu kami tunggu respons daripada pihak yang menyediakan dua perkara itu.

"Dua perkara ini tidak boleh didedahkan dahulu ketika ini kerana ia lebih kepada pendakwaan dan menganggu tugas pejabat Peguam Negara," katanya.

Ditanya mengenai sama ada polis mempunyai kuasa untuk menahan pelaku dalam video seks itu, Acryl berkata: "Kami (polis) tiada peruntukan undang-undang untuk menahan mereka dan mengambil keterangan.

"Kita kena rujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk sebarang penelitian dan semakan. Mungkin mereka ada peruntukan undang-undang terhadap si pelaku," katanya.

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan. -mstar


Video seks: AG akan heret Anwar, kata PKR

Meskipun siasatan berhubung video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang difokuskan terhadap pengedaran bahan lucah, PKR percaya peguam negra akan menggunakan peluang itu untuk mengheret ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita yakin bahawa Peguam Negara di bawah arahan rejim BN akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah," kata setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution.

"Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Semalam, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan videos seks lengkap dari setiap sudut dan ia menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Acryl berkata hasil siasatan itu akan diserah segara kepada Peguam Negara.

Saifuddin berkata pendirian terbaru polis itu menunjukkan tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Anwar di dalam video kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu berkenaan.

"Ini selari dengan penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang konsisten mengenainya," katanya.

Bagaimanapun Saifuddin berkata PKR percaya peguam negra, Tan Sri Abdul Gani Patail akan "tetap mencari jalan untuk mendakwa Anwar."

"Ini tidaklah mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku di mana Anwar dihadapkan ke mahkamah dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya.

"PKR kesal kerana BN terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik," katanya.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Chik, ahli perniagaan Datuk Sharzyl Eskay dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim mengaku mereka sebagai gandingan 'Datuk T' yang menayangkan video itu kepada media tertentu di Hotel Carcosa 21 Mac lalu.

Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah bilik di Kuala Lumpur pada 21 Februari lalu.

Anwar sebelum ini menafikan bahawa beliau adalah lelaki dan video berkenaan dan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau berada di rumah pada malam rakaman itu dibuat dan beriinteraksi menerusi Twitter dengan jaringannya. -mk


Ulasan GB

Demi menjaga kredibiliti dan integriti polis yang kini merudum dan punah, tiada perkataan "mungkin" sepatutnya, TETAPI trio Datuk T itu MESTI DAN WAJIB dibawa ke muka pengadilan kerana kesalahan menayangkan video lucah.

Dan jika Anwar ingin diheret bersama di dalam pendakwaan, ia tidak sekali-kali akan memperbaiki reputasi polis yang telah tercemar selama ini, melah mungkin membusukkannya lagi.



Lompat Parti, Ponteng Kerja, R/tangga Huru-hara - Itu Gaya Hidup ADUN Pel Klang

Posted: 18 Apr 2011 07:45 AM PDT

ADUN Pelabuhan Klang Bercerai Talak Satu

KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Ramizah Mazlan di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin.

Badrul Hisham, 51, dan Ramizah, 40, mendirikan rumah tangga pada 31 Julai 1993 dan dikurniakan lima anak iaitu Dzarul Ashroff, 17; Dzety Ashikin, 15; Dzureen Arysha, 11; Dzaleen Aryffa, 10, dan Dzarif Ashakimi, 5 tahun.

Perceraian tersebut dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malek Soleh, sedangkan pada asalnya prosiding itu ditetapkan sebagai sambung bicara permohonan fasakh yang difailkan oleh Ramizah.

Bagaimanapun, peguam syarie Mahyuddin Md Zahari memberitahu, Badrul Hisham bersedia untuk melepaskan Ramizah, yang turut bersetuju untuk menarik semula dakwaan dan keterangan yang telah dikeluarkannya pada perbicaraan lalu.

Pada prosiding itu, Ramizah yang pernah bekerja sebagai penjaga stor diwakili oleh peguam syarie Norrasyada Osman.

Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada Pilihan Raya Umum 2008 menerusi tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun membuat keputusan untuk menjadi ADUN Bebas selepas keluar daripada parti tersebut pada 29 Oktober 2009.

Beliau akhirnya menjadi ahli UMNO secara rasmi apabila mengisi borang keahlian pada Mei 2010.

Pergolakan perkahwinan Badrul Hisham mula menjadi perhatian apabila Ramizah memfailkan permohonan fasakh mengikut Seksyen 52, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Kes tersebut dibicarakan kali pertama pada 28 Jun 2010 dan semasa itu Ramizah diwakili oleh peguam syarie Ahmad Nazib Johari yang merupakan calon PKR pada Pilihan Raya Sarawak baru-baru ini.

Berdasarkan penyataan tuntutannya yang dikemukakan di mahkamah sebelum ini, Ramizah mendakwa rumah tangga mereka sering bergolak disebabkan oleh sifat Badrul Hisham yang dikatakan berkawan dengan perempuan lain dan cuai dalam tanggung jawabnya sebagai suami.

Ramizah juga mendakwa mereka telah tinggal berasingan sejak 4 Januari 2010 ekoran berlaku salah faham selepas dia mempersoalkan tindakan Badrul Hisham. -mstar

Ulasan GB

Memang patut masuk UMNO - ponteng sidang ADUN, abai isteri & anak, joli dengan perempuan lain - ciri-ciri yang hanya ada pada kebanyakan wakil-wakil rakyat UMNO, bukan PR. Cekai betul jika parti mempunyai pemimpin yang rendah moralnya sepertinya.


Dasyat Punya Pendusta Bernama Eskay Ini

Posted: 18 Apr 2011 05:32 AM PDT

Eskay: Saya tanggungjawab tayang video seks, akan dedah di mahkamah

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata beliau merupakan individu tunggal yang bertanggungjawab mempertontonkan video seks — yang lelaki didakwa melanggan pelacur asing adalah mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider hari ini bahawa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuiab Lazim tidak terlibat dalam keputusannya mempertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.

"Saya bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab penuh (ke atas tindakan) mempertontonkan (rakaman video seks). Mengapa saya memilih untuk menayangkan? Saya akan menjelaskan di mahkamah," katanya.

Rakaman 21 minit itu dipertontonkan oleh "Datuk T" pada 21 Mac lalu, dan dua hari kemudian Shazryl dan Abdul Rahim bersama Shuiab mengaku bertanggungjawab atas pendedahan video itu.

Laporan media semalam memetik Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.

Acryl berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah)," kata beliau.

Oleh itu kata beliau, terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula atas arahan Peguam Negara, "kita akan siasatlah."

Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh Abdul Rahim, Shazryl dan Shuiab Lazim bagi tujuan siasatan berhubung video itu.

Dalam ulasannya hari ini Shazryl juga menekankan tentang kepentingan mengesan pemilik jam tangan Omega.

"Jam tangan Omega adalah sangat penting. Kita harus mengesan siapa pemiliknya. Saya merasakan ia bukti yang sangat penting, tetapi terpulang kepada polis. Saya tidak mahu terlibat," katanya lagi.

Shazryl juga berkata, suruhanjaya diraja bagi menyiasat klip video seks juga diperlukan memandangkan pelaku aksi seks belum dikenal pasti.

"Kami akan lihat dahulu apa yang polis hendak katakan. Kami hendak tahu siapa pelakunya. Kami mahu polis mengenal pasti dan mengesahkan pelaku dan kemudian kami akan memutuskan apa yang kami hendak lalukan.


"Ia bergantung... saya akan biarkan kepada publik untuk putuskan jika mereka mahukan suruhanjaya diraja atau tidak. Ia adalah kepentingan awam," katanya lagi.

Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa "Datuk T." -TMI

Ulasan GB

Ketara sangat eskay ini seorang pendusta.

Pertama sewaktu mendedahkan isu video seks ini, belaiu berkata beliau "terjumpa" video seks ini di dalam laci di sebuah hotel tatkala mencari jam Omega.

Kemudian, sewaktu sidang media bersama Rahim Tamby Chik pula, beliau sendiri mengaku bahawa beliau yang berada di dalam video itu.

Sekarang beliau meminta pula Suruhanjaya Diraja menyiasat pelaku di dalam video berkenaan.

Mengenai jam Omega, jika benar ia milik Anwar, mengapa pula Eskay yang pegang kad pendaftaran yang diserahkan kepada polis? Kalau cari jam dan yang dijumpai jam sajalah, ni siap dengan kad pendaftaran. Kad Pendaftaran yang asli tentulah ada bersama pemiliknya. Tak da siapa pakai jam bawa kad pendaftaran ke hulu ke hilir kecuali eskay barangkali.

Punya dasyat pendusta bernama Eskay ini.



Letusan Gunung Punca Ulat Bulu Membiak

Posted: 18 Apr 2011 04:05 AM PDT

Letusan punca ulat bulu membiak

JAKARTA: Serangan berjuta-juta ulat bulu yang tidak dikenali spesiesnya hingga 'menyerang' tanaman dan kediaman di wilayah di Pulau Jawa minggu lalu, dipercayai mempunyai kaitan dengan letusan Gunung Bromo.

Gambar: ULAT bulu memasuki rumah penduduk di wilayah Pulau Jawa. Gambar kecil, menunjukkan spesies ulat bulu yang semakin membiak.

Gunung berapi aktif itu yang terletak di bahagian timur Pulau Jawa meletus akhir tahun lalu, memuntahkan lahar, awan debu dan hujan asid menyebabkan suhu di kawasan sekitarnya menjadi lebih panas.

Perubahan suhu ini disyaki mendorong ulat itu 'berhijrah' ke kawasan lebih lembab dan ada banyak bekalan makanan.

Sehingga kini, ulat bulu terbabit menyerang dan merosakkan lebih 15,000 pokok mangga di Probolinggo, dan pasti menjejaskan hasil buah-buahan itu musim ini.

Pakar serangga Pusat Pengendalian Makhluk Perosak Bersepadu Institut Teknologi Bogor, Hermanu Triwidodo, berkata penyelidikannya menunjukkan letusan Bromo pada Disember lalu mengakibatkan suhu sekitar kawasan itu lebih panas.

"Keadaan ini menyebabkan haiwan pemangsa semula jadi ulat, termasuk pelbagai spesies burung dan kerengga meninggalkan kawasan itu. Tetapi, ulat bulu mampu bertahan daripada udara panas," katanya.

Beliau berkata, tanpa pemangsa, ulat bulu membiak dengan cepat, kerana apabila seekor ulat bulu bertukar menjadi kupu-kupu, ia mampu menghasilkan 300 biji telur.

"Tempoh penetasan telur hingga menjadi kupu-kupu, hanya mengambil masa 35 hari. Walaupun cuma 100 telur menetas tempoh ketika letusan Bromo hingga awal April sudah menghasilkan lebih sejuta ekor ulat bulu," katanya.

Hermanu berkata, ketika Bromo meletus, angin dari gunung itu menghala ke Probolinggo membawa bersama debu dan turut menerbangkan ulat bulu sejauh 55 kilometer (km).

"Di kawasan baru ini, ulat bulu dapat membiak dengan cepat kerana ia tidak mempunyai pemangsa semula jadi. Tanpa kehadiran ulat bulu pun, pemangsa di Probolinggo memang semakin kurang. Banyak spesies burung diburu, manakala koloni kerengga musnah apabila penduduk mengambil telurnya untuk dijadikan makanan burung," katanya.

Hermanu juga mencadangkan pemilik ladang mangga yang terjejas, menggunakan baja organik dan baja kompos bagi mengelak tanaman mati.

"Baja organik mengekalkan kelembapan akar pokok. Selepas daun dimakan ulat, pokok mangga akan menghasilkan daun dan buah yang lebih baik," katanya.

Ketua Makmal Serangga Fakulti Pertanian Universiti Brawijaya di Malang, Toto Himawan, berkata hingga kini pihaknya belum dapat menentukan spesies ulat bulu itu.

Pandangan beliau disokong pensyarah pengajian makhluk perosak Institut Pertanian Bogor, Dr Aunu Rauf yang mengesahkan ulat terbabit 'berhijrah' dari kawasan lain tetapi beliau pasti ia serangga asal Indonesia. – Agensi

Projek Renovate Masjid Pun Adik Najib Sapu?

Posted: 18 Apr 2011 03:00 AM PDT

Kontrak ubah suai masjid didakwa diberi kepada adik Najib

Kontrak tersebut diberikan kepada NRY Architect Sdn Bhd milik Nazim, adik perdana menteri, dakwa pengerusi SAMM.

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendakwa kontrak pengubahsuaian Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur diberi kepada firma arkitek adik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kontrak tersebut diberikan kepada NRY Architect Sdn Bhd milik Nazim, adik perdana menteri, dakwa Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Pemimpin PKR itu menghantar surat terbuka kepada Najib meminta penjelasan mengenai perkara tersebut pada 10 April lalu. Nazim adalah timbalan pengerusi masjid Kampung Baru.

Badrul Hisham menggesa perdana menteri memperjelaskan perlantikan firma Nazim sama ada atas kapasitinya sebagai timbalan pengerusi masjid ataupun sebagai adik perdana menteri yang menurutnya kedua–duanya ada pertembungan kepentingan.

Pada 5 Februari lalu, Najib telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai pengubahsuaian Masjid Kampung Baru yang akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad.

Ketika dihubungi, Badrul Hishan berkata, beliau belum mendapat penjelasan dari perdana menteri berhubung perkara tersebut.

"Saya akan mengambil tindakan lain jika perlu," katanya.

Tiada ulasan: