Blog-list Malaysia |
- Hadi Awang Menjadi Liabiliti Kepada Pas
- Ini Ahli Umno Yang Ditangkap Khalwat Di Pulau Pinang
- Menyanggah Fitnah Terbaru Utusan Terhadap Kerajaan Kedah
- Hero Yang Menumpaskan George Chan
- WikiLeaks: Media bohong kerajaan minta bantuan AS tentang F5
- ADUN Pelabuhan Klang Bercerai Talak Satu
- Video Seks - Anwar Jangan Ingat Sudah Lepas
- Isyarat Positif - TGNA
Hadi Awang Menjadi Liabiliti Kepada Pas Posted: 18 Apr 2011 10:22 PM PDT Penganalisis: Hadi Awang dilihat liabiliti, PAS perlu perubahan KUALA LUMPUR, 19 April — Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS menegaskan, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dilihat sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat itu. Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini. Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya. Sehubungan itu kata Aziz, Hadi, 64, yang juga Ahli Parlimen Marang dilihat telah gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit. "Ini dapat dilihat apabila Terengganu jatuh (semula) kepada kerajaan Barisan Nasional (BN). "Beliau juga dikatakan antara punca rancangan 16 September Pakatan Rakyat musnah," kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini. Hadi menjadi Presiden PAS pada 2002 dan mempertahankan kedudukannya pada 2009 tanpa saingan. Kata Aziz, keadaan itu menyebabkan ahli-ahlinya kurang kepercayaan kepada kepimpinan Hadi yang menyulitkan perkembangan PAS dan kegagalan menyerlah sebagai 'kapten' kepada parti itu. Malah, Aziz juga berkata, tindakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa tidak relevan. "Husam membuat keputusan tanpa pertimbangan yang cekap kerana sepatutnya menunggu respons dari kawasan lain yang masih belum membuat mesyuarat kawasan," kata ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini. Pada 13 April lalu, Husam yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat secara rasmi mengumumkan tidak akan bertanding bagi jawatan presiden parti pada pemilihan Jun ini. Jelas Husam, beliau memberikan sokongan penuh kepada Hadi untuk terus menerajui parti Islam itu. Justeru beliau menolak sebarang pencalonan dari mana-mana kawasan PAS yang mencalonkannya bertanding jawatan nombor satu parti sambil menegaskan hanya akan bertanding bagi ahli jawatankuasa PAS pusat. "Saya menyokong 100 peratus kepada kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi kerana bagi saya beliau adalah seorang yang berwibawa dan boleh menyatukan PAS. "Jadi saya harap kawasan-kawasan lain tidak mencalonkan saya bagi jawatan presiden, saya tidak pernah berhasrat untuk bertanding jawatan setinggi itu apa lagi dipertembungkan dengan Datuk Seri Abdul Hadi," katanya. Pada pemilihan 2009, Husam yang ketika itu merupakan naib presiden parti bertanding jawatan timbalan presiden dan tewas. Kemudian Hadi melantik beliau sebagai ahli jawatankuasa kerja PAS pusat. Bagaimanapun Husam mengucapkan terima kasih kepada PAS kawasan Bukit Bintang kerana telah mencalonkan beliau bagi jawatan itu. "Mungkin PAS (kawasan) Bukit Bintang mempunyai sebab-sebab yang tertentu sehingga mencalonkan saya," katanya. Husam berkata jawatan ahli jawatankuasa PAS pusat adalah pilihan yang terbaik memandangkan beliau juga perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan PAS terus memerintah Kelantan. Akhbar yang sama memetik Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, jawatan presiden partinya boleh dipertandingkan kerana termaktub dalam perlembagaan. Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, ia memerlukan sekurang-kurangnya dua pencalonan bagi melayakan calon bertanding untuk jawatan berkenaan. "Kita tidak pernah menghalang sesiapa untuk bertanding jawatan itu kerana dalam perlembagaan PAS, tiada sebarang syarat bahawa jawatan itu tidak boleh dipertandingkan. "Jawatan presiden dan timbalan presiden bukannya jawatan mutlak bagi seseorang pemimpin kerana sesiapa sahaja boleh jadi calon untuk jawatan itu," kata beliau yang juga ahli biro politik PAS. |
Ini Ahli Umno Yang Ditangkap Khalwat Di Pulau Pinang Posted: 18 Apr 2011 09:45 PM PDT Timbalan Ketua Setiausaha KBS didakwa berkhalwat GEORGETOWN: Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan (gambar), 51, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu. Nur Diayana Norslan, 29 , juga tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang sama. Kedua-duanya didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut,di sini, sebentar tadi. Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, manakala Seksyen 27 (b) enakmen sama. Hakim, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan.- Berita Harian Berita sebelumnya dari Lidah Rasmi UMNO.. Timbalan KSU ditangkap khalwat bersama bekas pembantu PULAU PINANG 16 April - Seorang Timbalan Ketua Setiausaha di sebuah kementerian ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kerana berkhalwat di sebuah bilik hotel di Batu Feringghi, di sini, awal pagi ini. Beliau yang berusia 51 tahun dan bergelar Datuk sebelum ini pernah berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum dinaikkan pangkat ke kementerian berkenaan hujung tahun lalu. Beliau bersama pasangannya ditahan sepasukan anggota JHEAIPP dan polis dalam satu operasi cegah maksiat kira-kira pukul 4 pagi, hasil maklumat orang ramai. Difahamkan, pasangannya yang berusia 28 tahun merupakan bekas pembantu peribadinya. Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi untuk diambil keterangan. Pengarah JHEAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengesahkan penahanan itu, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih disiasat. Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.- Lidah Rasmi UMNO |
Menyanggah Fitnah Terbaru Utusan Terhadap Kerajaan Kedah Posted: 18 Apr 2011 09:39 PM PDT Bekalan air ke UUM cukup! Infrastruktur dalaman UUM yang lemah ALOR SETAR, 19 April 2011 – Bekalan air oleh SADA ke Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah mencukupi. Masalah gangguan bekalan air yang dialami UUM adalah disebabkan oleh infrastruktur untuk menyokong penyaluran dalam kampus tidak pernah dinaiktaraf sejak kampus tersebut dibina. Demikian penjelasan yang diberikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dato' Ir Amiruddin Hamzah ketika mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya Kerajaan Negeri gagal menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk UUM. "Masalah di UUM adalah berpunca dari kelemahan perancangan UUM sendiri yang tidak menyediakan infrastruktur bekalan air untuk penghuni yang bertambah," katanya. Menurut nya, pihak UUM hanya menyediakan saluran paip dan tangki simpanan untuk 10 ribu penduduk di awal pembinaan kampus UUM dahulu, tetapi sekarang bilangan penduduk sudah bertambah berkali ganda. "Tanggungjawab menaikataraf kemudahan infrastruktur bekalan air di dalam kawasan UUM adalah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Tinggi kerana masalah tersebut berlaku di dalam tanah mereka," jelasnya lagi. Read more: http://kedah-online.blogspot.com/2011/04/bekalan-air-ke-uum-cukup-infrastruktur.html#ixzz1JwNihPF3 |
Hero Yang Menumpaskan George Chan Posted: 18 Apr 2011 09:34 PM PDT Ketika ditugaskan oleh presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting untuk menghidupkan semula kelab parti itu di UK pada 2005, Ling Sie Kiong tidak pernah terfikir yang suatu hari nanti dia akan menjadi seorang calon pembangkang. Lebih-lebih lagi - ketika berusia 28 tahun - dia berjaya menumbangkan presiden SUPP yang juga timbalan keua menteri, Tan Sri Dr George Chan dalam pilihan raya Sarawak Sabtu lalu. "Saya bertemu Ong di Universiti Sheffield ketika saya mencari tajaan sebagai presiden kesatuan pelajar undang-undang Malaysia di UK," katanya dalam satu temubual melalui telefon, selepas kejayaannya itu. "Beliau mencadangkan saya menghidupkan semula kelab MCA UK yang tidak aktif. Saya dan rakan-rakan menerima cabaran itu. Kami kemudiannya menubuhkan cawangan di beberapa universiti dan juga mewujudkan sebuah lamanweb untuk kelab tersebut." Kelab juga berhubung dengan rakan-rakan pelajar dari Umno dan MIC untuk menganjurkan aktiviti bagi pelajar Malaysia di UK. Setiapkali menteri atau pemimpin MCA melawat UK, kelab akan mengadakan dialog dengan mereka untuk bertukar pandangan mengenai parti dan politik Malaysia. Bagaimanapun, Ling tidak menyertai parti itu walaupun tawaran dibuat oleh pemimpin seperti Datuk Chor Chee Heung yang bertanggungjawab menjaga kelab luar negeri dan timbalan menteri pelajaran ketika itu, DatukHon Choon Kim. Ling juga biasa dengan perjuangan dan pemimpin DAP. Dari umur 14 lagi, dia dibawa oleh bapanya - seorang penyokong setia parti itu - untuk menghadiri ceramah dan majlis anjuran parti itu. "Saya bernasib baik kerana saya berpeluang menilai dan mengenai kedua-dua belah pihak. Sewaktu berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin MCA, saya sedar kekangan yang dihadapi oleh MCA dalam BN." Selepas memperoleh ijazah undang-undang pada 2006, dia kembali ke Malaysia dan menjalani 'chambering' di firma guaman pengerusi DAP Karpal Singh sebelum kembali ke Miri pada 2009. "Pada mulanya saya mahu berkhidmat di kampung halaman melalui khidmat komuniti. Tetapi selepas menilai landskap politik selepas pilihan raya umum 2008, saya mendapati parti komponen BN masih tidak mempunyai suara dalam kerajaan. Jadi saya memutuskan untuk tampil ke hadapan," katanya. Pada Hari Kekasih tahun ini, selain meraikannya bersama tunangnya, Ling mengisytiharkan dedikasinya kepada satu lagi 'cinta hatinya' - DAP - dan menyertai parti itu. "SUPP tidak mempunyai kuasa sebenar dalam kerajaan yang memerintah. Apa yang boleh saya buat jika saya menyertai mereka?" jawabnya ketika ditanya mengapa dia memilih DAP. "Ideologi dan platform DAP lebih sesuai untuk saya. Saya mengagumi semangat pemimpin DAP dan ketabahan walaupun kekalahan berulang kali tewas di Miri." |
WikiLeaks: Media bohong kerajaan minta bantuan AS tentang F5 Posted: 18 Apr 2011 06:45 AM PDT Dipetik dari Harakahdaily KUALA LUMPUR, 18 April: WikiLeaks melaporkan bahawa media tradisional negara telah membuat laporan palsu mengenai kehilangan jet engin F5, yang didakwa lesap secara tetiba pada 2008. Berdasarkan kabel diplomasi Amerika Syarikat (AS) yang diledakkan WikiLekas, seorang anggota Kementerian Luar Negeri telah memberitahu Kedutaan AS di Kuala Lumpur bahawa media tradisional negara telah mengeluarkan 'banyak kenyataan menyeleweng dan silap' mengenai kehilangan dua engin jet buatan AS pada Disember 2009. Kedutaan AS turut melaporkan kepada kerajaan AS bahawa mereka susah untuk mempercayai penjelasan kerajaan Malaysia mengenai skandal tersebut. "Kami berkongsi ketidakpercayaan yang dicetuskan di dunia blogger mengenai kes dan penjelasan kerajaan mengenai orang di belakang skandal ini," kata kabel itu lagi. Mengikut kabel itu lagi, Kementerian Pertahanan yang di bawah jagaan Perdana Menteri, Najib Razak ketika itu turut didakwa cuba mengelak daripada memberikan penjelasan bagaimana kes ini dikendalikan.. Kedutaan AS juga berpendapat Kementerian Luar Negara cuba menjauhkan diri daripada skandal tersebut. Kabel yang bertarikh 10 Januari 2010 ditulis oleh kaunselor politik, Brian McFeeters dan ditandatangani Duta AS James Keith turut menamakan pegawai Malaysia yang dimaksudkan iaitu Mohamed Radzi Jamaluddin, pembantu setiausaha jabatan Amerika dari Kementerian Luar Negeri. Radzi dilaporkan berkata media tradisional telah berbohong melaporkan bahawa kerajaan Malaysia telah meminta bantuan daripada AS dalam skandal enjin jet F5, kerana sekiranya benar, permintaan tersebut akan melalui Kementerian Luar Negeri. Dalam tulisannya, McFeeters turut melaporkan bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang permohonan sedemikian daripada Malaysia. Sebanyak 3 kabel didedahkan oleh WikiLeaks minggu lepas, menyentuh mengenai skandal kehilangan enjin jet F5. Enjin J85-21 yang dibuat oleh General Electric digunakan dalan Northrop F-5 jet ringan sejak 1970 masih digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF). Berita kehilangan engin jet mula-mula diledakkan oleh Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi pda 19 Disember 2009, hari yang bertembung dengan konvesyen Pakatan Rakyat yang pertama, di mana Kedutaan AS berpendapat satu peristiwa yang mungkin menenggelamkan pengumuman kementerian tersebut. RMAF turut didakwa tiga kali gagal untuk memaklumkan peristiwa tersebut kepada AS, dimana kabel itu melaporkan AS hanya dimaklumkan pada awal Januari 2010. Difahamkan enjin jet termaktub dalam perlembagaan pertahanan AS (United States Munitions List), di mana pemindahan secara tidak sah adalah bercanggah dengan perkara 3 dalam Arms Export Control Act, di mana kehilangan jet engin J-85 di Malaysia tertakluk kepada undang-undang ini. Sementara itu, kabel turut melaporkan bahawa Kedutaaan AS turut menyoal pegawai daripada Malaysia mengenai lokasi spesifik enjin yang didakwa kecurian ekoran laporan media tradisional yang mengatakan bahawa engin tersebut sudah dijual kepada satu syarikat antarabangsa yang berpusat di Amerika Selatan. "Mereka mungkin tak tahu lokasi atau disuruh merahsiakan info ini sehingga polis menghabiskan siasatan. Malaysia juga tidak memberikan penjelasan yang cukup, kenapa, selepas dua tahun, perkara ini tiba-tiba menjadi pengetahuan umum," kata kabel itu lagi. Kabel itu turut menyatakan bahawa terdapat laporan portal berita berkecuali yang melaporkan bahawa enjin tersebut mungkin telah tiba di Timur Tengah, terutamanya Iran, sebagaimana yang dinyatakan pihak polis di awal laporan media tradisional ketika kes ini diledakkan. Di satu sidang akhbar, kabel itu berkata Peguam Negara, Abdul Ghani Patail telah dilaporkan berada dalam keadaan defensif ketika ditanya mengenai hubungan denga Iran, dan semua laporan mengenai kemungkinan enjin yang hilang tersebut kini berada di Timur Tengah atau Iran hilang daripada paparan media tradisional. |
ADUN Pelabuhan Klang Bercerai Talak Satu Posted: 18 Apr 2011 05:20 AM PDT Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Ramizah Mazlan di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Badrul Hisham, 51, dan Ramizah, 40, mendirikan rumah tangga pada 31 Julai 1993 dan dikurniakan lima anak iaitu Dzarul Ashroff, 17; Dzety Ashikin, 15; Dzureen Arysha, 11; Dzaleen Aryffa, 10, dan Dzarif Ashakimi, 5 tahun. Perceraian tersebut dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malek Soleh. Pada asalnya prosiding itu ditetapkan bagi menyambung perbicaraan permohonan fasakh yang difailkan oleh Ramizah. Bagaimanapun, peguam syarie Mahyuddin Md Zahari memberitahu, Badrul Hisham bersedia untuk melepaskan Ramizah, yang turut bersetuju untuk menarik semula dakwaan dan keterangan yang telah dikeluarkannya pada perbicaraan lalu. Pada prosiding itu, Ramizah yang pernah bekerja sebagai penjaga stor diwakili oleh peguam syarie Norrasyada Osman. Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada Pilihan Raya Umum 2008 menerusi tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun membuat keputusan untuk menjadi ADUN Bebas selepas keluar daripada parti tersebut pada 29 Oktober 2009. Beliau akhirnya menjadi ahli UMNO secara rasmi apabila mengisi borang keahlian pada Mei 2010. Pergolakan perkahwinan Badrul Hisham mula menjadi perhatian apabila Ramizah memfailkan permohonan fasakh mengikut Seksyen 52, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Kes tersebut dibicarakan kali pertama pada 28 Jun 2010 dan semasa itu Ramizah diwakili oleh peguam syarie Ahmad Nazib Johari yang merupakan calon PKR pada Pilihan Raya Sarawak baru-baru ini. Berdasarkan penyataan tuntutannya yang dikemukakan di mahkamh sebelum ini, Ramizah mendakwa rumah tangga mereka sering bergolak disebabkan oleh sifat Badrul Hisham yang dikatakan berkawan dengan perempuan lain dan cuai dalam tanggung jawabnya sebagai suami. Ramizah juga mendakwa mereka telah tinggal berasingan sejak 4 Januari 2010 ekoran berlaku salah faham selepas dia mempersoalkan tindakan Badrul Hisham. |
Video Seks - Anwar Jangan Ingat Sudah Lepas Posted: 18 Apr 2011 01:39 AM PDT Video Lucah : Peguam Negara Cari "Helah" Untuk Dakwa Anwar, Kata PKR SHAH ALAM 18 APRIL : Kenyataan polis bahawa siasatan video lucah Datuk T bertumpu kepada dalang yang menayangkan rakaman itu mengesahkan tidak ada asas undang-undang untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada video berkenaan. Namun, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution "yakin' Peguam Negara Tan Sri Gani Patail akan mengikut telunjuk Barisan Nasional dan mencari helah untuk mendakwa Anwar. "Kita yakin bahawa Peguam Negara di bawah arahan rejim Barisan Nasional akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah," kata Saifuddin. "Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Dato' Seri Anwar Ibrahim," tambah beliau. Semalam Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa siasatan videos seks lengkap dari setiap sudut dan ia menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. Acryl berkata hasil siasatan itu akan diserah segara kepada Peguam Negara. Saifuddin berkata pendirian terbaru polis itu menunjukkan tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Anwar di dalam video kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu berkenaan. "Ini selari dengan penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang konsisten mengenainya," tambah beliau. Bagaimanapun Saifuddin berkata PKR bagaimanapun percaya Tan Sri Gani akan "tetap mencari jalan untuk mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah." "Ini tidaklah mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku di mana Dato' Seri Anwar dihadapkan ke mahkamah atas dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya,' tegas beliau. "PKR kesal kerana Barisan Nasional terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik," kata beliau. Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Chik, yang juga Pengerusi Risda, ahli perniagaan Datuk Sharzyl Eskay dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim mengaku mereka sebagai gandingan Datuk T yang menayangkan video itu kepada media tertentu di Hotel Carcosa 21 Mac lalu. Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Februari lalu. Eskay juga menyerahkan sebuah jam Omega milik Anwar yang didakwa beliau dicuri oleh pelacur berkenaan. Polis semalam berkata isu siapa pemilik jam itu bukan perkara utama dalam siasatannya. Anwar menafikan dakwaan gandingan Datuk T sebagai fitnah dan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan. Ketua Pembangkang itu berkata, beliau berada di rumah pada malam rakaman itu dibuat dan beriinteraksi menerusi Twitter dengan jaringannya. Anwar juga mengesahkan bahawa beliau mempunyai sebuah jam Omega yang masih dalam simpanannya. |
Posted: 18 Apr 2011 01:24 AM PDT Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kemenangan calon Pakatan Rakyat yang berjaya menawan 15 kerusi pada pilihanraya umum Sarawak, sebagai isyarat rakyat di negeri itu inginkan perubahan. Katanya, walaupun BN berjaya membentuk kerajaan, hakikatnya mereka telah tergugat dengan parti lawan khasnya dari Pakatan Rakyat apabila pertambahan kerusi dan jumlah undi begitu ketara diperolehi. (Gambar: MB Kelantan, menyampaikan sumbangan peribadinya di samping sumbangan penderma daripetugas di Beting Maro kepada anak sulung Allahyarham Mohd Izan Yaacob, (Mohd Shah) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra petang semalam.) "Sebelum ini BN begitu bangga kononnya bakal pengganti Taib telah ada, sekarang terdiam mana ada bakal pengganti lagi,"ujarnya. Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung keputusan Pilihanaraya Umum Sarawak di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam. Nik Aziz berada di sini untuk menerima jenazah Allahyarham Mohd Izan Yaacob, petugas PAS dari Kelantan yang meninggal di Beting Maro 16 April lepas. Beliau telah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Izan di samping menyampaikan sumbangan peribadi kepada anak beliau sebagai tanda simpati dari PAS dan kerajaan negeri kepada keluarga beliau. Menurut Nik Aziz, walaupun PAS gagal memenangi mana-mana kerusi yang dipertandingkan, namun rakan dari Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi masing-masing termasuk jumlah undi juga semakin meningkat. "Begitu juga calon PAS, walaupun gagal memperolehi kemenangan, namun ternyata secara keseluruhannya jumlah undi untuk mereka juga bertambah dan ianya memberi peluang yang cerah untuk masa depan. "Lebih membanggakan kita, masyarakat Iban boleh menerima calon kita, itu petanda yang baik bagi perjuangan Islam,"ujarnya. Menurutnya lagi, Malaysia sekarang mempunyai generasi muda yang berpandangan Islam lebih hebat dan diharapkan perjuangan itu akan sampai di Sarawak dengan lebih cepat lagi. Ketika diminta mengulas berhubung sokongan masyarakat terhadap calon DAP khususnya di bandar begitu meningkat, beliau menyifatkan ianya berpunca dari masyarakat kawasan bandar khususnya mempunyai pengetahuan maklumat yang lebih jelas hingga menolak BN walaupun pelbagai janji diberikan. Sambungnya lagi, sama ada orang Cina atau Melayu tidak menjadi masaalah, yang penting mereka penyokong keadilan yang telah menolak kepimpinan yang zalim. "Cina ke mereka, Melayu ke mereka, tidak menjadi masaalah. Yang penting mereka tahu BN zalim. "Dalam kempen pilihanraya BN zalim, dalam kerajaan juga zalim, bukan soal bangsa Cina, kalau tidak cina DAP, Cina MCA, sama saja, jadi jangan persoal kemenagan calon DAP,"ujarnya. Pada masa yang sama, katanya kempen memburukkan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan kegiatan seks juga langsung tidak termakan oleh masyarakat di negeri itu. Bukan itu sahaja, kempen buruk yang di bawa oleh Umno Kelantan yang mengatakan beliau kahwin tiga telah disebarkan di sana juga tidak diterima oleh rakyat Sarawak. "Sampai ke tahap itu Umno ni sanggup memfitnah dan menipu orang untuk kepentingan politik mereka,"ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan