Ahad, 10 April 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


30 Tahun Taib Berkuasa, Ada Penduduk Sarawak Masih Menadah Air Hujan Untuk Air Minuman

Posted: 10 Apr 2011 12:00 AM PDT

Tiada air bersih meskipun dibayangi empangan

Kampung Bengoh - kira-kira 60km dari barat daya Kuching, adalah perkampungan Bidayuh yang sunyi. Ia hanya memiliki dua kedai runcit, sebuah sekolah rendah dan tiada sebarang kedai makan.

Lazimnya keheningan kampung yang dihuni kira-kira 200 penduduk itu diganggu dengan ngauman lori dan kenderaan berat yang berulang-alik ke Empangan Bengoh yang bernilai RM310 juta dan sebuah kuari yang baru dibuka bagi membekalkan batu kapur untuk projek berkenaan.

Kerja-kerja pembinaan empangan yang bertujuan membekalkan air besih kepada penduduk di Kuching dan kawasan sekitarnya, bermula pada tahun 2007 di sebalik bantahan daripada penduduk tempatan. Ia kini memasuki peringkat fasa terakhir dan dijadualkan siap sebelum tarikh tempoh yang ditetapkan.

NONESesetengah penduduk terpaksa mengorbankan rumah dan juga kawasan pertanaian mereka di atas tanah hak adat pribumi (NCR) bagi membolehkan empangan itu dibina. Namun di sebalik semua itu, mereka sendiri juga tidak menikmati bekalan air bersih.

Seseorang terpaksa melalui Kampung Bengoh sebelum boleh menuju ke resort mewah, Borneo Highlands.

Bagi penduduk, bekalan air diperolehi daripada gunung dengan setiap keluarga menyumbang RM10 setiap tahun bagi kos penyelenggaran menyalurkan air ke rumah mereka.

"Sistem itu okay bagi rumah-rumah di kawasan rendah tetapi bagi rumah di bukit, air tidak boleh naik. Air ini datang terus dari sungai, jadi kena berhati-hati, jika tidak mungkin terminum pacat," kata seorang penduduk ketika ditemui Malaysiakini pada Jumaat lalu.

Sebagai membuktikan kepayahan mereka, rakannya membuka paip yang hampir langsung tidak mengeluarkan air.

"Macam kencing tikus." kata rakannya yang mempunyai tatto tulisan Iban 'Agi Idup Agi Ngelaban' (Selagi bernyawa, saya terus berjuang) di lengannya.

Lelaki yang tidak mahu namanya disiarkan kerana khuatir akan menjejaskan kedudukannya sebagai kakitangan awam berkata beliau berasal dari kampung tersebut sebelum berpindah ke Tasik Biru berhampiran Bau kerana kepayahan hidup.

bengoh dam bidayuh protest sarawak 191208 02Namun ibu bapa dan saudara maranya masih di kampung itu. Beliau antara ramai anak muda Bidayuh yang terpaksa berpindah keluar kerana keperitan hidup.

Pemuda seperti dirinya terpaksa meninggalkan kampung mereka yang terpinggir dari arus pembangunan. Tiada sekolah menengah yang dibina dan mereka mesti ke bandar-bandar berdekatan untuk meneruskan pelajaran peringkat menengah.

Justeru, seperti golongan muda yang lain, rasa dikianati oleh kerajaan tidak dapat disembunyikan.

Bagi Akiu Nora, 63 masalah yang paling menghantui mereka adalah ramapasan tanah NCR untuk membina empangan tersebut.

Terdapat dua kes di mahkamah yang difailkan ke atas anak syarikat Naim Holdings - konglomerate yang membina empangan itu dan mengendalikan kuari tersebut - oleh penduduk Kampung Bengoh.

"Mereka rampas ladang kita untuk bina empangan tetapi bayaran pampasan tidak setimpal. Mereka juga tidak bagi tahu bagaimana mereka kira jumlah pampasan," kata petani itu.

Empang kampung yang mempunyai 1,600 penduduk telah dipindahkan kerana pembinaan empangan berkenaan. Penduduk kemudiannya diarahkan membeli rumah di Kampung Tun Razak - yang bagi Akiu sesuatu nama yang melucukan - pada harga RM48,000 setiap satu.


Why are villagers depending on rain for free drinking water?

Sarawakians must wake up and realize that the future of the state lies in their hands, says Anwar Ibrahim.

BINTULU: Opposition Leader Anwar Ibrahim was stumped when villagers in Ba' Kelalan told him that they waited for rain to get free drinking water.

"I'm in shock… (Chief Minister) Taib (Mahmud) has been in the office for 30 years and has enriched himself and members of his family while the people of Sarawak still living in poverty," he said.

Relating his recent visit to Ba 'Kelalan in Lawas Division, he said he was impressed with huge parcels of lands in the area that were planted with oil palm.

"Some of these (oil) palm trees were planted right in front of the villagers' doorsteps. I thought the villagers were rich.

"I was shocked to be told by the villagers that the lands did not belong to them but to Planning and Resource Management Minister, Awang Tengah Ali Hassan," added PKR's de facto leader.

He said he could not imagine how a leader could amass the wealth to himself alone without giving consideration to the people of his constituency.

"In Selangor which is now under Pakatan government, its citizens are enjoying free pipe-water for consumption, washing and bathing.

"I want the people of Sarawak to voice out 'Enough is Enough'.

"If we win this election, Pakatan will go on to take Putrajaya," he vowed, adding that the Dayaks would then not have to depend on rain for free drinking water.

Huge crowd at ceramah

Anwar said Sarawakians must wake up to the realization that the future of the state lies in their hands and not in the hands of Taib and his cronies.

He said Taib had abused his powers to deprive the people from enjoying the vast rich natural resources like oil and gas, timber and even their lands being expropriated.

Anwar, who spoke with charisma and dynamism, attracted a huge crowd in the open-air coffee shops at Jalan Masjid here last night.

Chiding Taib for his condescending comment about Pakatan's inability to govern, Anwar said: "Taib doesn't have to tell us that we Pakatan do not know how to govern," retorted Anwar, pointing out two of the four Pakatan states – Penang and Selangor – had performed exceedingly well.

Anwar said once Pakatan formed the government, its calibered leaders would practice fairness and justice for all races.

On the sex scandal he was allegedly involving in, Anwar said this was the mean politics practiced by Umno to destroy his political career. -FMT

Malang Tak Berbau: 3 Beranak Mati Kereta Dihempap Lori

Posted: 09 Apr 2011 10:46 PM PDT

Tiga beranak maut dihempap lori

Tiga beranak yang dalam perjalanan pulang dari kampung maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer (KM) 40, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Rawang pagi semalam.

Mangsa yang terbunuh dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu ialah Mohd. Farid Idris, 29, isterinya, Eirlenna Asrani, 28, dan anak lelaki mereka, Muhammad Faiz Hakimi, 4.

Dalam kejadian itu, kereta Proton Satria yang dinaiki keluarga malang tersebut bukan sahaja dirempuh oleh sebuah lori membawa muatan tar, malah diheret sejauh 70 meter.

Kereta tersebut kemudian terjatuh ke tebing jalan sebelum dihempap oleh kenderaan seberat 10 tan itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa mati di lokasi kejadian.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Hulu Selangor, Asisten Supritendan Mohd. Taib Songoh berkata, kejadian berlaku ketika keluarga itu dalam perjalanan dari Kampar, Perak menuju ke ibu negara.

Menurutnya, kenderaan yang dipandu Mohd. Farid dipercayai hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan lalu merempuh lori terbabit.

"Ketiga-tiga mangsa tersepit di dalam kereta dan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala," katanya ketika dihubungi di sini semalam. -kosmo




Nahas 3 beranak


HULU SELANGOR: Pada mulanya hasrat satu pasangan suami isteri pulang ke Kampar, Perak, untuk mengambil anak mereka selepas empat hari ditinggalkan di kampung, namun, semuanya tidak kesampaian selepas tiga sekeluarga itu terbunuh dalam satu kemalangan di kilometer 40 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Serendah, di sini, pagi semalam.

Mereka meninggal di tempat kejadian akibat kereta yang dinaiki terjatuh ke dalam gaung selain turut dihempap sebuah lori yang merempuh kereta mangsa dari belakang.

Kereta jenis Proton Satria itu dipandu oleh Mohd Farid Idris, 29, manakala isterinya, Eirlenna Asrani, 28, duduk di bahagian belakang dan anak tunggal pasangan ini Muhammad Faiz Hakimi, 4, di tempat duduk hadapan.

Kemalangan ngeri yang berlaku kira-kira jam 6.30 pagi itu menyebabkan ketiga-tiga mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, Mohd Farid bertugas sebagai Pembantu Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala isterinya bertugas sebagai kerani di pusat perubatan yang sama.

Pasangan itu terpaksa menghantar anak tunggal mereka ke rumah ibu Mohd Farid di Kampar, Perak, dekat sini, untuk dijaga kerana Eirlenna mengikuti kursus di Seremban, Negeri Sembilan empat hari lalu.

Ibu Mohd Farid, Hasmah Zahrain yang ditemui pemberita di Bilik Mayat Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB), di sini, berkata dia tidak menyangka kepulangan anak dan menantunya di Kampar, Perak adalah pertemuan mereka kali terakhir.

"Semalam (kelmarin) Mohd Farid bersama isteri pulang ke rumah saya kira-kira jam 9 malam untuk mengambil semula anak mereka yang sangat dirindui.

"Namun, kira-kira jam 5 pagi tadi (semalam) mereka bertolak semula untuk pulang ke rumah mereka di Taman Segar, Cheras, bagi memulakan kerja seperti biasa," katanya.

Malangnya, ketika dalam perjalanan pulang, kereta dipandu Mohd Farid dirempuh sebuah lori dari bahagian belakang menyebabkan mangsa gagal mengawal keretanya sebelum diseret dan terjunam ke dalam gaung selain dihempap lori berkenaan.

Bagi abang mangsa, Mohd Husaini Idris menyifatkan kehilangan adiknya yang juga anak kelima daripada lapan beradik itu satu kehilangan besar dan tidak menyangka isteri dan anak mangsa turut terbunuh dalam kemalangan itu.

"Saya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10 pagi sebelum bergegas datang ke sini (HKKB). Ketika pulang ke kampung, Mohd Farid bersikap seperti sangat letih dan sering tidur.

"Malah, kakak ipar Eirlenna juga bersikap sama. Namun, kami tidak menyangka ia adalah perubahan dan petanda mereka akan meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya.

Difahamkan, jenazah tiga sekeluarga itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampar, Perak, petang semalam.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Selangor, Deputi Superintendan Ismail Ibrahim berkata, kejadian itu berlaku apabila lori yang membawa muatan tar dipercayai dipandu oleh K Duraisingam, 40, tiba-tiba melanggar belakang kereta mangsa.

Akibat rempuhan itu, kereta jenis Proton Satria yang dipandu Mohd Farid Idris, 29, diseret sejauh 70 meter sebelum terjunam ke dalam tebing berhampiran.

"Lori yang dipandu lelaki terbabit turut gagal dikawal menyebabkan lori itu kemudiannya jatuh menghempap ke atas kereta yang dinaiki tiga sekeluarga terbabit.

"Mohd Farid bersama anaknya dan isteri yang duduk di tempat penumpang belakang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan dan kepala," katanya.

Sepasukan bomba dan polis bergegas ke tempat kejadian mengambil masa hampir satu jam sebelum berjaya mengangkat lori dan mengeluarkan semua mangsa yang tersepit.

Ismail berkata, pemandu lori itu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -hm




Saman Ekor: Amat Jelas JPJ & Polis Tidak Patuhi Perlembagaan

Posted: 09 Apr 2011 09:17 PM PDT

Kase: Putrajaya perlu hapus saman ekor, bukan tangguh

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menyambut baik pengumuman Timbalan Menteri Pengangkutan bahawa Kabinet telah bersetuju untuk menangguhkan penyenaraian hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen tetapi menegaskan saman ekor perlu dihapuskan sama sekali.

Pengerusi Kase Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan Kabinet itu telah mengesahkan dakwaan dan desakan pihaknya selama ini iaitu penyenaraian hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu adalah salah, malah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Kami ingin mendesak kerajaan agar terus menarik balik tindakan senarai hitam, bukan hanya menangguhkan sahaja.

"Penangguhan tidak bermakna apa-apa kerana pada bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan semula.

"Cukuplah duit rakyat dikutip selama ini sehingga 1 April lalu," kata beliau sambil menegaskan "kerajaan mempermainkan hak" rakyat.

Tempoh penyenaraian hitam ditangguhkan sehingga akhir Februari lalu dan kemudian dilanjutkan sehingga 10 Mac lalu bagi membolehkan saman dikeluarkan polis diselesaikan dengan diskaun.

Kase dimulakan tahun lalu bagi mendesak kerajaan menghapuskan saman ekor.

"Semasa mengumunkan perkara tersebut di Dewan Rakyat (23 Mac lalu), Timbalan Menteri Pengangkutan menyatakan bahawa keputusan penangguhan senarai hitam membabitkan Notis Pol 170A (iaitu saman rkor) tersebut adalah atas nasihat Jabatan Peguam Negara bahawa terdapat satu kes yang sedang dalam proses rayuan.

"Kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan ini sekali lagi dengan jelas telah menunjukkan bahawa tindakan kerajaan yang selama ini menyenarai hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen berasaskan Notis Pol 170A adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang kerana sudah terdapat kes di mahkamah yang telah memutuskan bahawa tindakan senarai hitam berasaskan sesuatu perkara yang belum dibuktikan adalah salah,"
kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Oleh itu kata Mahfuz, yang juga Naib Presiden, pihaknya percaya kes yang dimaksudkan adalah kes Mahkamah Tinggi Kuching yang menjadi sandaran hujah Kase selama ini iaitu kes Leonard Lim Yaw Chiang melawan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada 2009.

"Kami merasakan sesuatu yang aneh dan pelik apabila satu keputusan mahkamah telah dibuat pada 2009 lagi tetapi kerajaan langsung tidak mengambil endah, malah meneruskan tindakan senarai hitam yang jelas bertentangan dengan keputusan mahkamah tersebut," kata beliau.

Malah menurut Mahfuz, kes yang dirujuk tersebut dikendalikan sendiri oleh Penasihat Undang-Undang Kanan Persekutuan yang mewakili Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak.

Oleh itu katanya, mustahil Penasihat Undang-Undang Kanan tersebut tidak memberikan laporan kepada Jabatan Peguam Negera dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pengangkutan tentang kesan kes tersebut.

"Jika laporan dan nasihat telah diberikan tetapi kerajaan tidak mengikut nasihat tersebut, ia sesuatu yang malang kerana dengan jelas kerajaan tidak menghiraukan nasihat serta tidak menghormati keputusan mahkamah.

"Jika kerajaan tidak dinasihati, adalah malang kerana kerajaan mempunyai Penasihat Undang-undang yang gagal menjalankan tugas mereka," kata Mahfuz lagi.

Mahfuz menambah, apa yang malang ialah segala tindakan kerajaan tersebut dengan jelas telah menindas dan membebankan rakyat.

"Rakyat dihukum, ditindas, dipaksa membayar kompaun walaupun kesalahan mereka belum dibuktikan. Rakyat dipaksa beratur, bersesak-sesak di kaunter-kaunter bayaran kompaun kerana takut dengan gertakan kerajaan untuk menyenarai hitam jika kompaun tidak dibayar," katanya sambil menambah, rakyat ditekan sehingga ada yang terpaksa berhabis duit tabungan, terpaksa membuat pinjaman peribadi daripada bank semata-mata untuk membayar kompaun kerana takut disenarai hitam.

Kini menurut Mahfuz, sekarang dengan bangganya kerajaan mengumumkan penangguhan senarai hitam.

"Alasannya kerana menunggu rayuan kes di mahkamah. Kenapa sebelum ini tidak menunggu keputusan rayuan tersebut terlebih dahulu?


"Selepas rakyat diperlakukan sedemikian rupa, baru sekarang tindakan tersebut ditarik balik? Malah Kerajaan melalui Timbalan Menteri Pengangkutan begitu bangga mengumumkan bahawa rakyat seharusnya bergembira dengan keputusan kerajaan menangguhkan senarai hitam tersebut," katanya.

Justeru, Mahfuz bertanya mengapa rakyat harus gembira setelah mereka diperlakukan sedemikian?

"Kenapa rakyat harus gembira dipermain-mainkan oleh kerajaan? Kenapa rakyat harus gembira dengan penindasan dan paksaan kerajaan terhadap mereka?" katanya lagi.

Malah tegas Mahfuz, Kase tetap dengan pendiriannya sejak dari dulu lagi bahawa tindakan kerajaan menyenarai hitam adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.

"Segala desakan kami selama ini akhirnya jelas dan nyata kebenarannya. Selain itu, kami sekali-kali tidak akan berdiam diri dan berpuas hati setakat ini sahaja.

"Kami ingin nyatakan bahawa kami tidak akan berhenti dengan desakan kami agar kerajaan menghapus kira kesemua saman ekor (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan sebelum 1 Februari 2011," katanya.

Beliau menambah, pihaknya juga mahu kerajaan khasnya JPJ dan polis agar menghormati dan mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada dalam menguatkuasakan undang-undang.

"Jangan menguatkuasakan undang-undang tanpa mengikut prosedur serta undang-undang itu sendiri. Seterusnya kami juga mendesak kerajaan khasnya JPJ dan polis agar membuktikan segala kesalahan yang didakwa dilakukan oleh pengguna-pengguna jalanraya jika terdapat bukti kukuh terhadap mereka.

"Buktikan dakwaan di mahkamah sebelum sebarang hukuman dilaksanakan,"
katanya lagi.-TMI

[Video] Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah Di Pahang. Apa Halnya Ni?

Posted: 09 Apr 2011 07:30 PM PDT

Alasan buat kerja amal

Mengejutkan apabila satu pertandingan ratu mak nyah dianjurkan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di pantai timur dengan berselindung di sebalik motif kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

Lebih menggemparkan, Metro Ahad difahamkan, pertandingan Miss Malaysia 2010 membabitkan ratu dari seluruh negara itu turut dihadiri golongan kenamaan bergelar Datuk dan artis terkenal, Noraniza Idris yang bertindak sebagai juri.

Penganjur dikatakan memilih negeri berkenaan sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak.

Pertandingan ratu cantik mirip di Pattaya, Thailand itu terbongkar selepas didedahkan di beberapa laman web sejak Selasa lalu.

Susulan itu, wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki salah seorang peserta pertandingan berkenaan untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai acara itu.

Lina (bukan nama sebenar) berkata, program yang diadakan pada malam itu bertujuan mengutip derma bagi badan dan pertubuhan kebajikan di sekitar negeri berkenaan.

Katanya, pertandingan berkenaan diadakan tahun lalu di sebuah hotel bertaraf empat bintang di sebuah negeri di pantai timur.

Menurutnya, rata-ratanya disertai individu beragama Islam dan kebanyakannya sudah menukar jantina menerusi pembedahan dan suntikan hormon.

"Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan.


"Apapun, pertandingan ini bukan untuk suka-suka saja, kami juga terbabit dalam kerja amal. Dalam kata lain, sambil 'enjoy', buat benda baik," katanya.

Rakaman video selama 7 minit 10 saat itu dimulakan dengan paparan temubual sebahagian daripada 30 peserta yang mewakili negeri masing-masing.

Menerusi penyertaan pertandingan ratu cantik pondan itu, golongan terbabit dikatakan berada di puncak impian apabila berpeluang merubah diri menjadi wanita yang tampil dengan gaya anggun dan menawan, selain meraih pelbagai gelaran.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, rata-rata peserta pondan yang menyertai pertandingan itu terdiri daripada remaja dan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an.

Ketika acara berlangsung, tanpa segan silu peserta menggayakan pelbagai gaun seksi dan baju tradisional negeri masing-masing lengkap dengan pelbagai aksesori sambil berjalan 'catwalk' persis model dan cuba mengikuti penampilan artis terkenal tanah air.

Malah, wajah beberapa peserta seakan-akan pelakon wanita popular dan antaranya 'Rozita Che Wan' dan 'Tiz Zakiah'.

Bagi menambah tarikan, pertandingan itu turut menyelitkan acara nyanyian secara 'miming' sambil menari mengikut rentak lagu yang disampaikan.

Selepas tamat pertandingan nyanyian, kelibat Noraniza kelihatan menyanyikan lagu untuk menghiburkan pengunjung, selain menjadi juri pertandingan ratu cantik terbabit.

Pada penghujung acara, peserta dibahagikan kepada beberapa kategori dan pemenang gelaran Miss Malaysia 2010 itu diberikan kepada peserta dari sebuah negeri di utara. -HM




BN Nazak Di Sarawak?

Posted: 09 Apr 2011 05:59 PM PDT

Najib kembali semula ke Sarawak: Petanda BN dalam keadaan genting?

Pengerusi Barisan Nasional Najib Razak yang baru melawat Kuching kelmarin, akan kembali semula ke bumi kenyalang pada hari esok, malah akan berulang-alik antara Semenanjung dengan Sarawak, sehinggalah Jumaat minggu depan.

Jadual perjalanan Najib mencungkil pertanyaan, sama ada keadaan di Sarawak telah menjadi genting buat BN?

Sejak hari penamaan calon pada 6 April, ceramah anjuran DAP di kawasan bandar seperti Kuching, Sibu dan Miri mendapat sambutan yang hangat, malah "angin perubahan" juga kencang di sesetengah kawasan bumiputera. Najib yang baru sahaja menjelajah hampir semua pelusuk di kawasan Kuching kelmarin, akan kembali semula ke sini pada hari esok untuk program mesra rakyat.

Menurut notis media yang diedarkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Najib akan tiba di Lapangan Terbang Kuching pada jam 7.40 petang esok, dan akan menghadiri program mesra rakyat di stadium tertutup MBKS di Bintawa Kuching pada jam 8.30 malam.

Kemudian, Najib akan melawat Kuching, Betong, Lubok Antu pada keesokannya, dan bertolak balik ke Kuala Lumpur. Pada 12 April, Najib akan kembali ke Kuching pada waktu malam, melawat Engkilili, Sebuyau dan Kuching pada 13 April. Pada malam 13 April, Najib akan meneruskan perjalanan ke Miri, dan melawat Marudi, Ba'kelalan, Limbang dan lain-lain lagi pada 14 April.

Pada 15 April, Najib akan menjelajah kawasan Miri, termasuk Kapit, Song dan sebagainya, sebelum kembali ke Kuala Lumpur pada jam 1.45 petang.

Apa yang menarik, kawasan di mana Najib turun untuk lawatan adalah kawasan "panas" yang disenaraikan ahli akademik. Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak, Faisal Syam Hazis (gambar kiri) sebelum ini menyenaraikan 29 kawasan hangat, antaranya 15 kawasan majoriti pengundi Cina, 7 kawasan Iban, 3 kawasan Melayu/Melanau, 2 kawasan Bidayuh dan 2 kawasan orang Ulu. Menurut beliau, 29 kawasan tersebut bakal menyaksikan pertarungan sengit antara BN dengan Pakatan Rakyat.

Tujuh kawasan Iban adalah Bukit Begunan, Engkilili, Batang Ai, Ngemah, Pelagus, Kemena, dan Batu Danau.

Tiga kawasan Melayu/Melanau adalah Sadong Jaya, Beting Maro dan Saribas.

Dua kawasan Bidayuh adalah Kedup dan Bengoh.

Dua kawasan orang Ulu adalah Belaga dan Ba'Kelalan.

SUPP memisahkan diri dari Taib Mahmud

Sentimen "Undur Taib" semakin menyemarak sejak pilihan raya negeri berlangsung, terutamanya di beberapa kawasan bandar yang majoritinya pengundi Cina. Kawasan bandar ini kebanyakannya dipertandingkan calon SUPP, yang kelihatan semakin sukar untuk menangkis tuduhan rasuah, penyalahgunaan kuasa terhadap kerajaan Taib Mahmud. Malah, teori "wakil dalam kerajaan" oleh SUPP turut disanggah oleh pembangkang.

Calon SUPP Pending Sim Kui Hian misalnya, cuba mengaitkan program Taman Kenyalang Rivival dan "Bintang Walk" di Jalan Padungan dengan kerajaan persekutusan dan PM Najib, mungkin sebagai petanda untuk mengasingkan diri daripada Taib Mahmud. Malah, slogan "transformasi" SUPP juga adalah tiruan daripada slogan Najib. -MR

Naluri Kasih Sayang: Rusa Jantan Menjaga Angsa Betina Mengeram

Posted: 09 Apr 2011 04:56 PM PDT

Seekor rusa selama beberapa hari telah menjaga angsa betina yang sedang mengerami telur di sebuah kompleks pemakaman di New York, seperti adegan yang biasanya muncul di filem kanak-kanak.

"Orang-orang mau mengubahnya menjadi satu kisah Disney," kata Gina Browning, Pengarah Erie County SPCA.

Rusa jantan itu telah berdiri dan berjaga-jaga sekurang-kurangnya empat hari di sarang angsa betina Kanada sementara angsa tersebut mengerami telurnya di satu tempat di amana abu mayat di pemakaman Forest Lawn, tempat dimakamkannya presiden Millard Fillmore dan ikon muzik rock Rick James.

"Rusa jantan itu kelihatan seperti menjaga angsa betina tersebut, secara alamiah," kata Pentadbir Margasatwa Erie County SPCA Joel Thomas. "Ia berdiri tak jauh dari angsa betina itu, tak ada keraguan mengenai apa yang sedang berlangsung."

Rusa tersebut, yang kelihatan seperti rusa jantan yang mulai tumbuh tanduk, tak pernah meninggalkan tempatnya. Beberapa pegawai pemakaman sedar mengenai keadaan itu setelah haiwan tersebut menempatkan dirinya di antara unggas itu dan seorang pegawai dari satu perusahaan yang menangkap dan menempatkan kembali angsa liar itu. Thomas menyatakan unggas itu telah menimbulkan masalah jika jumlahnya banyak.

"Ketika pegawai itu mendekati angsa tersebut dengan membawa jaring, rusa jantan tersebut menempatkan dirinya di antara pegawai dan unggas tersebut, dan haiwan itu mengulangi perbuatannya beberapa kali," kata Thomas.

Rusa tersebut, yang menempatkan dirinya sebagai pelindung dari setiap kenderaan atau pejalan kaki yang mendekati sarang angsa itu, memandang dengan tajam sampai orang yang mungkin cuba bertindak liar akan berlalu, katanya.

Mengapa rusa tersebut telah memilih untuk melindungi haiwan dari lain spesies adalah pertanyaan yang sukar untuk dijawab, kata Thomas. Meskipun saling bergantungan di antara spesies di alam liar bukanlah sesuatu yang tak pernah didengar, Thomas mengatakan, apa pun yang menyebabkan jalinan hubungan di antara haiwan itu membuat orang bertanya-tanya.

"Dari perspektif manusia, kita dapat mengisi banyak bahagian yang kosong tapi itu tak berarti kita benar," katanya. "Apakah rusa tersebut tahu sang angsa betina itu sedang mengerami telur? Saya tidak tahu. Apakah ia akan pergi ketika telur menetas? Saya tidak tahu."

Satu hal yang jelas, peristiwa itu dapat berlangsung selama beberapa ketika. Masa mengerami buat angsa Kanada mencapai 31 hari, kata Thomas, dan masa mengerami itu baru saja bermula. Meskipun biasanya angsa jantan dan betina membahagikan tugas menjaga telur agar tetap hangat, calon ibu di Forest Lawn tersebut tampaknya menikmati kemewahan.

"Jika rusa itu bertekad bulat, ia akan melakukan tugas tersebut setidaknya selama tiga minggu," kata Thomas. "Kasih sayang yang mendalam" dan bukan emosi dirasakan menjadi penggerak rusa jantan itu. "Rusa tersebut dan angsa itu tidak mungkin saling jatuh cinta," kata Thomas. -kompas

UMNO Sedang Hadapi Masalah, Kata Azalina.

Posted: 09 Apr 2011 09:10 AM PDT

Shah Alam: Umno sedang menghadapi masalah dengan orang Melayu menyebabkan mereka tidak menyokong parti itu,, kata bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said. illustrasi thenutgraph

"Umno menghadapi masalah dalaman hingga orang benci kepada Umno.

"Banyak sabotaj dalam Umno, " katanya di majlis dengan Puteri Umno Selangor hari ini.

Beliau berkata, pegawai kerajan dari kementerian pengajian tinggi, jabatan pelajaran, pejabat tanah tidak sokong kerajaan.

"Kita ada masalah imej Melayu. Kes SPRM, kes video seks Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Telah dimanipulasi hingga orang kata Umno yang buat.

"Dalam video seks orang kenal siapa Tan Sri Rahim (Thamby Chik)," tambahnya.

Azalina berkata, Umno juga menghadapi masalah dengan pengundi Melayu di bandar.

Katanya, profesional Melayu bandar tidak pedulikan Umno, sebaliknya mementingkan soal gaji dan keluarga mereka.

"Ada wakil rakyat kita (Melayu) yang orang menyampah, ada berjabat tangan tidak tengok muka," katanya. -FMT

Ulasan GB

Tu dia. Pendedahan dari bekas Ketua Puteri UMNO sendiri.

Orang dah benci UMNO. Yang terpekik terlolong kata UMNO kuat hanya untuk melindungi kebobrokan parti. Benar UMNO BN memenangi beberapa pilihanraya kecil mutakhir ini, tetapi itu pilihanraya kecil... yang semuanya boleh dimanipulasi dan undi boleh dibeli.

GB pernah mengulas sebelum ini iaiatu sebaik saja peristiwa tsunami melanda Jepun. Petikan:


Perdana Menteri Jepun Naoto Kan berkata gempa bumi menyebabkan "kemusnahan besar" di bahagian timur laut Jepun.

Laporan Reuters menyebut sebuah kapal yang membawa 100 orang dihanyutkan oleh tsunami.

Itu di Jepun.

UMNO BN sepastinya mengharapkan tsunami itu tidak datang menimpa Malaysia. Itu harapan mereka. Tetapi tiada siapa tahu perancangan dan pekerjaan Allah s.w.t.

Apakah Najib akan terus angkuh dan sombong untuk melakukan pengkhianatan terhadap federalisma dan akan terus menekan negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti mengebas wang royalti Kelantan disamping cuba membuli kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat?

Kita katakan: Silakan. Ketawakanlah kami seperti mana kamu pernah tertawakan kami sewaktu kami menyatakan kami akan hapuskan majoriti dua pertiga UMNO BN di Dewan Rakyat. Dan akhirnya kami benar dan kami menang. Dua pertiga majoriti kamu benar-benar terhapus.

Tsunami akan datang lagi untuk mengajar kamu-kamu dari UMNO BN untuk ayuh bungkus dari Putrajaya bagi memberi laluan kepada pemerintah baru Malaysia - semestinya dari Pakatan Rakyat!
-GB


Tiba-tiba selepas sahaja tsunami Jepun, Malaysia dilanda tsunami video seks dan kematian seorang lagi rakyat Malaysia di bangunan SPRM.

Kedua-dua insiden itu menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap UMNO BN.

Dan keputusan PRN Sarawak nanti adalah endorsement terhadap penolakan rakyat terhadap UMNO yang GB maksudkan itu.


Nazri Masih Terkepit Di Celah Ketiak Datuk T

Posted: 09 Apr 2011 06:00 AM PDT

Suruhanjaya Diraja mahu diperalatkan lagi?

Ketika anggota keluarga dan seluruh negara berkabung di atas kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan pejabat SPRM, Jemaah Menteri mahu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk menyiasat sama ada wujudnya unsur zina dalam video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam keghairahan Umno untuk "mengenakan" Anwar, Jemaah Menteri, seperti yang dijangka mengelak daripada memberikan pembelaan tegas kepada keluarga Sarbani.

Keputusan muktamad mesyuarat Jemaah Menteri semalam adalah: RCI untuk Anwar (jika siasatan polis tidak "meyakinkan") dan "kemungkinan" siasatan inkues diadakan untuk Allahyarham Sarbani.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dikenali sebagai seorang yang tidak pernah ambil peduli reaksi rakyat terhadap kenyataan-kenyataannya selagi beliau kekal memegang jawatan berstatus Menteri.

Justeru, sekalipun seluruh rakyat berkumpul di luar Parlimen membantah penubuhan RCI untuk menyiasat fitnah video lucah Anwar, ia tidak memberi sebarang kesan kepada Nazri mahupun Jemaah Menteri.


Bagi Nazri, tidak ada keperluan menjelaskan kepada rakyat kenapa kes Altantuya tidak ada RCI. Begitu juga dalam kes Sarbani.

Nazri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjawab kepada keluarga Sarbani kenapa Jemaah Menteri menganggap kematian Allahyarham "tidak sama" dengan kematian Teoh Beng Hock walhal kedua-dua mereka mati dalam perkarangan pejabat SPRM.

Yang jelas, kes Sarbani menerima reaksi yang begitu hambar daripada Najib dan Jemaah Menteri sendiri kerana fokus mereka adalah sebuah video lucah yang dipergunakan untuk mengaib musuh politik utama Umno-BN iaitu Anwar.

Ramai pihak menggeleng kepala dengan persoalan sama - Kenapa video lucah memerlukan penubuhan RCI manakala kematian seorang pegawai kastam dibiarkan "mengikut prosedur undang-undang yang ada".

Oh ya, kerana Anwar mungkin jadi PM, kata Nazri dan juak-juak Umno.

Mungkin Anwar akan jadi PM… hakikat adalah Najib sudahpun menjadi PM sementara kematian Altantuya dan pembayaran komisyen untuk kapal selam masih belum terjawab.

Hakikat juga adalah satu lagi nyawa sudah diragut di pejabat SPRM dalam keadaan mencurigakan.


Ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham Sarbani diiringi dengan persoalan di mana letaknya keutamaan Jemaah Menteri dalam memberi pembelaan kepada rakyat.

Namun, semua pertanyaan ini tidak akan memberi kesan kepada Umno dan BN.

Kematian seorang pegawai kanan Kastam tidak akan mengalih Umno daripada misi mengaibkan Anwar sebaik mungkin.

Nazri berkata jika "rakyat" tidak puas hati dengan hasil siasatan polis terhadap isu video lucah itu, maka RCI akan ditubuhkan untuk menyiasat siapa pelakunya dan sama ada unsur zina berlaku.

Bagi mereka yang arif dengan simpang siur Umno, kenyataan Nazri itu dilihat sebagai satu ugutan halus untuk polis memastikan siasatan mereka mendapati Anwar adalah pelaku yang melanggan khidmat pelacur dalam rakaman berkenaan.

Sebarang hasil siasatan polis yang tidak merumuskan sedemikian akan mengundang limpahan memorandum daripada PERKASA, GAPS dan badan-badan yang kononnya mewakili rakyat, menuntut di tubuhkan RCI.

Inilah "rakyat" jati yang dimaksudkan oleh Nazri dan suara mereka menjadi pedoman kepada beliau dan Jemaah Menteri pimpinan Najib.

Persoalannya kenapa badan-badan ini dan Nazri begitu gah membawakan isu RCI ketika polis masih menjalankan siasatan?

Kenapa tidak tunggu sehingga siasatan polis selesai dan biar polis sendiri mempamerkan ketelusan siasatan bersabit video lucah itu sebelum langkah susulan dipertimbangkan?

Jawapannya adalah terikat kepada keinginan dan keghairahan Umno untuk mengaibkan Anwar seberapa lama yang boleh.


Tidak puas hati dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang sekadar mengesahkan video itu tulen namun pelakunya belum dikenalpasti, Umno mengatur langkah mempersiapkan sebuah RCI pula untuk memastikan Anwar terus diaibkan.

Malah Nazri sudah pun mengumumkan bahawa antara terma rujukan RCI itu adalah untuk memastikan sama ada berlaku jenayah zina oleh pelaku dalam rakaman itu! Nampaknya semua sudah pun ditentukan. Hanya anggota panel RCI sahaja belum didedahkan
.

Umno sengaja lupa bahawa Anwar sendiri membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan terhadap video fitnah itu dijalankan selepas menolak beliau kononnya adalah pelaku dalam rakaman itu.

Anwar dan pejabat PKR turut mengemukakan bukti-bukti berkaitan untuk mensabitkan video itu adalah fitnah semata-mata oleh dalang yang disokong pimpinan tertinggi Umno .

Namun Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Sharzyl Eskay dan Datuk Shuib Lazim yang mengaku menayangkan video kepada media masih bebas.

Hubungan mereka dengan Umno adalah amat jelas, malah mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri pada 22 Mac, sehari selepas video berkenaan disebarkan dan identiti mereka terbongkar.

Haruskah rakyat percaya bahawa Najib dan Kabinetnya, termasuk Nazri bertindak atas kepentingan nasional semata-mata dalam mengusulkan penubuhan RCI bersabit sebuah video lucah.

Bagaimana pula dengan keperluan untuk memberi pembelaan setimpal kepada Allahyarham Sarbani dan mendiang Altantuya?

Dalam dunia politik matlamat menghalalkan cara, lebih-lebih lagi apabila kelangsungan Umno bergantung kepada agenda memusnahkan Anwar Ibrahim baik dari segi politik mahupun maruahnya sebagai seorang insan. -wira arjuna

Ulasan GB

Apa yang nyata pemimpin UMNO lebih ghairah untuk melakukan serangan ke atas Anwar daripada isu kematian pegawai kastam di bangunan SPRM.

Dahulu, sewaktu kes Teoh Beng Hock, pelbagai cara dan helah digunakan untuk memberikan persepsi bahawa Teoh terjun dari bangunan dan yang paling awal berteori sedemikian ialah Nazri sendiri.

Ia disambut oleh akhbar media massa arus perdana dan beberapa 'tokoh" kononnya isu kematian Teoh diperbesarkan kerana ingin menjejaskan reputasi agensi kerajaan iaitu SPRM yang majoritinya dianggotai orang Melayu. Demikian kaedah mereka dengan menimbulkan sentimen perkauman untuk mengelirukan rakyat terhadap isu berkenaan.

Kini, yang mati pun orang Melayu. Bagaimana cerita? Oh mereka masih seperti dulu. Mereka masih mengemukakan teori "bunuh diri" semata-mata untuk mempertahankan SPRM yang dah jadi pembunuh itu.

Kasihan arwah.

Entahlah. GB rasa satu hari sebagai balasan, mungkin akan ada menteri atau pegawai kerajaan yang bakal bunuh diri di bangunan SPRM jika UMNO terus cuba untuk mempermainkan kematian Ahmad Sarbani yang diketahui seorang yang warak, yang tidak mungkin melakukan kerja seperti yang dipersepsikan oleh pemimpin UMNO tersebut.

Ibrahim, Isunya Bukan Terlalu Lama, Tetapi Rasuah Dan Salahguna Kuasa!

Posted: 09 Apr 2011 05:27 AM PDT

Pemimpin Pakatan juga terlalu lama Oleh Ibrahim Yahaya

Nampaknya Pakatan terutama DAP memainkan isu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud yang terlalu lama dalam politik iaitu 30 tahun.

Pemimpin mereka mengajak rakyat untuk menurunkan Taib kerana mereka merasakan 30 tahun itu terlalu lama. Apa yang mereka tidak nyatakan bahawa sepanjang 30 tahun itu, Taib telah banyak membuat perubahan kepada lanskap pentadbiran dan ekonomi negeri itu.

Melainkan jika 30 tahun itu digunakan untuk memporak-perandakan negeri itu atau sentiasa berlaku perbalahan sehinggakan pembangunan tidak dapat dilaksanakan.

Secara bandingan, ramai pemimpin Pakatan sekarang juga sudah lama dalam politik dan ada yang tidak mahu melepaskan jawatan atau memberi peluang kepada orang baru.

Mereka terus menjadi ahli parlimen sedangkan boleh menyerahkan kepada golongan muda yang lebih berwibawa dan mampu menjadi pembangkang yang berakal dan bukannya memainkan sentimen perkauman. Mereka terus berada dalam politik dan mempengaruhi pemimpin politik pembangkang yang muda untuk berperangai seperti mereka.

Lim Kit Siang yang kini berusia 70 tahun dipilih pada 1969 di parlimen Kota Tinggi sudah berada dalam politik selama 42 tahun. Selama itulah beliau memainkan politik perkauman dan berselindung di balik parti yang didakwa dianggotai oleh pelbagai kaum.

Parti perkauman

Kebanyakan calon DAP termasuk di Sarawak inipun ramainya dari kaum Cina, apa pula Lim kata DAP parti pelbagai kaum - anggota saja, calonnya masih Cina.

Karpal Singh (tengah) yang berusia 71 tahun dipilih di DUN Alor Star dan berada dalam politik selama 37 tahun. Beliau pernah menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin pembangkang kerana masalah tertentu masih terus berada dalam politik dengan melompat ke sana ke mari seperti yang dilakukan oleh Lim.

Kedua-dua pemimpin - Lim dan Karpal - mempunyai anak yang kini berpolitik ala bapa mereka.

Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, yang kini berusia 80 tahun, dipilih di Pengkalan Chepa pada 1967 juga sudah berada dalam politik selama 44 tahun.

Beliau suka membuat 'fatwa politik' pernah berkata bahawa adakala apa yang dikatakan terutama menjawab isu penting selama ini bertujuan politik dan semua orang tahu kecuali pengikutnya yang taksub membabi-buta.

Datuk Seri Hadi Awang yang berusia 64 tahun dan dipilih di DUN Marang pada 1982 kini berada dalam politik selama 29 tahun.

Hakikatnya ialah pemimpin ini tidak berjaya menjadi pemimpin di peringkat negeri dan jika diberi peluang sudah tentu mereka juga akan 'bergayut' di jawatan mereka demi untuk menyemarakkan politik perkauman bagi pemimpin DAP dan politik agama bagi pemimpin PAS.

Negara contoh

Perbezaannya ialah apa yang dilaksanakan oleh pemimpin BN sudah jelas dengan pelbagai pembangunan dilaksanakan di seluruh negara yang memberi banyak manfaat kepada rakyat. Jika tidak, negara ini tidak dijadikan contoh oleh negara membangun lain.

Itupun dimainkan oleh pemimpin pembangkang bahawa memang tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan kemudahan dan infrastruktur kepada rakyat. Jika kerajaan lemah dan urustadbir yang tidak cekap, segala pembangunan tidak dapat dilaksanakan seperti di negara yang sudah merdeka lebih awal dari Malaysia.

Rakyat perlu buka mata dan minda. Jangan dengar tohmahan mengikut sedap mulut pembangkang.

Pemimpin pembangkang yang telah diberi mandat memerintah di beberapa negeri 'terkial-kial' untuk mentadbir negeri dan sering menuding jari kepada orang lain demi untuk menutup kelemahan mereka.

Kerajaan Negeri PAS Kelantan yang sudah memerintah lebih 20 tahun menyebabkan negeri itu terus menjadi mundur dan penduduknya mencari peluang pekerjaan di negeri lain atau bandar-bandar besar.

Mereka yang tinggal di negeri itu hidup sengsara kerana pelbagai masalah termasuk bekalan air dan juga pembangunan yang tidak sekata. Ini termasuk menggondolkan Lojing yang satu ketika itu dulu indah dan menawan.

Tidak pedulikan Melayu

Di Pulau Pinang, kerajaan negeri DAP menjalankan pemerintahan ala negara jiran yang tidak mempedulikan nasib rakyat terutama orang Melayu dengan merobohkan gerai-gerai walaupun mereka memohon dan merayu agar dipertimbangkan tindakan itu.

Tindakan yang diambil terhadap peniaga Melayu itu ala negara jiran yang menyebabkan penduduk negeri itu menyesal memilih parti pembangkang. Apa hendak buat, nasi sudah menjadi bubur.

Kini rakyat perlu sedar bahawa janji-janji manis pembangkang sebelum pilihan raya perlu diamati betul-betul kerana BN memberi jaminan tetapi pembangkang memberi janji.

Tepuk dada, tanyalah selera. -mk

Datuk Ibrahim Yahaya adalah penasihat media Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebidayaan. Sebelum ini, beliau pernah menjawat Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran.

Ulasan GB

Tak sangka Sdra Datuk Seri Ibrahim Yahya tidak disambungkan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran RTM meskipun telah menjadi apek lempang begitu kuat kepada kerajaan UMNO BN selama ini.

Dan kini menjadi penasihat media kepada seorang menteri yag pernah dikaitkan dengan merogol seorang amah Indonesia.

Membaca tulisan sdra Ibrahim di atas, saya tertanya-tanya sekadar itu sajakah tahap mentaliti seorang wartawan senior dengan cuba hendak mengaitkan isu Abdul Taib dengan pemimpin PR yang menurut Ibrahim, pemimpin Pakatan juga terlalu lama...

Terlalu lama apa? Terlalu lama mencebur politik? Terlalu lama berkuasa? Terlalu lama melakukan salahlaku korupsi dan rasuah?

Jika terlama lama mencebur politik, maka ia menjelaskan rendahnya mentaliti penulis tersebut kerana orang berpolitik tidak pernah berundur selagi hayat dikandung badan. Sama seperti seorang wartawan, sudah berapa lama sdra Ibrahim mencebur diri di dalam bidang kewartawanan? Tidak terfikir mahu berundur?

Jika yang dikatakan terlalu lama berkuasa, tiada siapa yang terlalu lama berkuasa, kecuali MB Kelantan TG Nik Aziz.

TETAPI sdra Ibrahim perlu tahu membezakan terlalu lama berkuasa dengan melakukan salahlaku rasuah dengan terlalu berkuasa dengan menentang elemen rasuah.

TG Nik Aziz sehingga sekarang belum melakukan apa-apa kesalahan rasuah kecuali apa yang cuba digembar-gemburkan UMNO kononnya menerima sekeping kek yang nilainya ak sampai RM50.

Berbanding dengan Abdul Taib, yang satu dunia sudah tahu adalah bapak rasuah di negeri Sarawak. Berbillion wang rakyat Sarawak telah disonglapnya. Anda masih hendak membelanya?

Itu bezanya.

Justeru itu saya menasihatkan sdra Ibrahim yang baru lepas dari tempurung supaya membuat kajian terperinci sebelum menjadi penulis semula.

Dan jangan tanya selera apabila menepuk dada, tetapi tanyalah iman yang ada di dalam dada sdra sewaktu menepuknya. Jika ikut selera, bererti ikut nafsu. Semua nak. Sampaikan merogol pun tak apa, salah guna kuasa pun tak kisah, sebat wang rakyat pun tak jadi hal - sebab seleranya tak terkawal.

Dan di situ bezanya diantara yang beriman dengan yang kufur, kerana yang beriman tidak menuruti nafsu. Tetapi sentiasa menyemak hukum terhadap segala sesuatu, sehingga jika boleh yang syubhah pun ditepis dengan baik.

p/s Mahathir, bekas PM yang disanjungi sdra Ibrahim pun pernah meminta Abdul Taib berundur. Elok juga sdra Ibrahim pergi tanya Mahathir kenapa.


Ingatan Mahathir Kepada Raja Taib Mahmud

Dr M: Taib jangan jadi Mubarak

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud perlu menamakan penggantinya sebelum berundur daripada mengetuai pentadbiran negeri itu.

Katanya, Abdul Taib perlu bertindak demikian bagi mengelakkan Sarawak mengalami nasib yang sama seperti yang berlaku di Mesir.

Mahathir menjelaskan, presiden Mesir Hosni Mubarak telah meletakkan jawatan namun tidak ada pengganti bagi mengambil alih pentadbiran negara itu.

Mubarak akhirnya berundur daripada jawatan presiden Mesir pada Jumaat (awal pagi Sabtu waktu Malaysia) ekoran demonstrasi berterusan selama 18 hari oleh jutaan rakyat negara itu.

Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu bagaimanapun berkata, proses peralihan kuasa Taib perlu dijalankan dengan tertib.

Katanya, beliau menyerahkan kepada rakyat Sarawak bagi memutuskan waktu yang sesuai untuk Taib berundur.

Mahathir berkata demikian dalam satu sidang media selepas melancarkan satu NGO berkaitan kebudayaan Palestin di Shah Alam hari ini.

Abdul Taib pada minggu lalu berkata, belaui mengakui akan berundur daripada jawatannya yang dipegang sejak tahun 1981 itu.

Katanya, beliau akan bertindak demikian setelah mendapat pengganti yang sesuai bagi jawatannya itu. -mk


Nazri Dibidas Para Peguam, Polis Masih Belum Tahan Datuk T

Posted: 09 Apr 2011 04:00 AM PDT

Video seks: Peguam, pakar gesa Kabinet kubur idea tubuh suruhanjaya

Beberapa peguam membidas Datuk Seri Nazri Aziz yang mengesyorkan agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi mengenal pasti identiti si pelaku dalam video seks didedahkan "Datuk T" bulan lalu — yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim — atas alasan elemen pelacuran.

Peguam-peguam yang dihubungi mempertahankan bahawa pelacuran bukan haram di Malaysia meskipun melanggan seks boleh dikenakan tuduhan dan menteri itu dicabar membuktikan alasan beliau.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee mengecam kenyataan Nazri, yang dikatakan tidak bermutu dan pertubuhan itu turut membantah penubuhan suruhanjaya hanya kerana satu klip video aksi seks.

"Jika ada kesalahan jenayah, maka ia seharusnya disiasat sebagai kes jenayah," kata beliau kepada The Malaysian Insider menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, semalam.

Nazri mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh "Datuk T" 21 Mac lalu, didakwa membabitkan Anwar yang merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Anwar, yang juga Ketua Umum PKR.

Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu.

Kemudian sedutan klip 107 saat disebarkan menerusi dunia siber awal minggu lalu.

"Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah," kata Nazri kepada The Malaysia Insider semalam.

"Suruhanjaya diraja akan menentukan identiti lelaki dalam video dan wanita yang dia adakan hubungan seks, sama ada dia itu adalah pelacur," kata beliau lagi.

Dalam kenyataan susulan, Lim juga menekankan bahawa tiada peruntukan jelas berkaitan dengan elemen pelacuran.

"Pelacuran itu sendiri bukan satu kesalahan jenayah," kata Lim.

Beliau mengakui ada beberapa peruntukan dalam undang-undang yang membolehkan mereka yang menawarkan seks bagi tujuan seks didakwa.

Sebagai contoh kata beliau, Seksyen 372A Kanun Keseksaan menyediakan peruntukan bagi tindakan ke atas mereka yang hidup hasil daripada atau perdagangan persundalan. Lim menambah, di bawah Akta Inkuiri Suruhanjaya 1950, Yang di-Pertuan Agong akan mempertimbangkan budi bicara baginda dalam menubuhkan suruhanjaya siasatan yang difikirkan mempunyai kepentingan awam.

Sehubungan Lim menasihatkan Kabinet agar menolak idea Nazri sambil berkata, suruhanjaya diraja bagi isu semasa membuang masa dan sumber, yang boleh digunakan untuk mengatasi krisis pendatang haram di Sabah, menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ketua Menteri Sarawak dan yang terbaru kematian di pejabat SPRM.

"Kabinet mesti beri keutamaan kepada masalah-masalah lebih besar dan penting, yang dihadapi institusi-institusi negara berbanding tingkah laku zina seseorang individu, (dalam kes ini) didakwa (melibatkan) seorang ahli politik," kata beliau.

Andrew Khoo yang mengetuai jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam juga bersetuju dengan pandangan Lim.

"Penubuhan suruhanjaya diraja adalah untuk kepentingan negara dan saya tidak bercakap mengenai individu yang tidak memegang jawatan kerajaan," katanya ketika dihubungi.

Khoo menekankan bahawa pada masa-masa lalu kerajaan hanya memutuskan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat apabila dakwaan yang dibangkitkan berkaitan dengan sikap dan tingkah laku di pihak kerajaan.

"Dalam suruhanjaya mengenai (kes) VK Lingam, isunya berkaitan sikap tidak berat sebelah dalam bidang kehakiman. Dalam kes (bekas setiausaha agung MIC) DP Vijendran, beliau merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada ketika itu," kata Khoo.

"Di sini, persoalannya ialah 'institusi kerajaan yang mana telah dikompromi?' Jawapannya tiada. Jadi, mengapa kita perlu mengadakan siasatan sebegitu?" tambah Khoo.

Beliau juga menimbulkan persoalan mengapa perlu diberikan layanan khas dalam kes video seks sedangkan ada undang-undang untuk menangani isu berkenaan.

Sehubungan itu kata beliau, idea agar diadakan suruhanjaya diraja bagi kes video seks perlu dikuburkan segera kerana jika tidak akan ada cadangan seumpama itu bagi setiap perkara pada masa-masa mendatang.

Pakar undang-undang jenayah, Cheow Wee juga berpandangan sedemikian.

Cheow berkata beliau tidak boleh percaya bagaimana Nazri boleh mengesyorkan idea sedemikian agar diadakan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan tidak berasas kononnya seorang ahli Parlimen melanggan pelacuran.

Malah kata beliau, adalah terlalu awal untuk diadakan sebuah suruhanjaya diraja di peringkat sekarang memandangkan pihak polis belum melengkapkan siasatan mereka.

"Jenayah apa yang mereka mengadu? Adakah mereka mengatakan salah bagi dua pihak yang bersetuju untuk mengadakan seks? Atau Anwar tidak boleh mengadakan seks? Atau tindakan itu melibatkan pertukaran wang?

"Kita juga tidak tahu adanya (elemen) pelacuran dalam video ini. Dan, jika ia adalah Anwar, dan adakah dia mengadakan seks dengan orang lain?" kata beliau yang turut mengambil bahagian dalam suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock ketika disiasat SPRM dua tahun lalu.

"Ia berkaitan dengan isu moral dan etika kerana ahli-ahli Parlimen dan menteri diharap akan menunjukkan moral yang tinggi, tetapi anda tidak perlukan suruhanjaya diraja bagi tujuan itu," kata Cheow sambil menambah, isu semasa ini dimanipulasikan kerana kepentingan politik.

Sebaliknya kata beliau, polis seharusnya menyiasat sama ada wujud kesalahan jenayah membabitkan "Datuk T" yang mengakui terlibat dalam rakaman video seks berkenaan. -TMI


Kabinet arah polis kenal pasti individu dalam video

Kabinet mengarahkan polis melakukan siasatan rapi bagi mengenal pasti siapa sebenarnya individu yang terdapat dalam klip video seks yang dikatakan membabitkan pelaku mirip pemimpin pembangkang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau berkata, penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat klip video seks itu pula hanya akan dilakukan sekiranya ramai pihak mempertikaikan hasil siasatan polis itu nanti.

"Polis sudah menyiasat dan membuat keputusan klip video itu adalah tulen, jadi kita mahu polis siasat dan membuat keputusan siapa yang terbabit (dalam klip video itu).... kita jangka siasatan itu boleh selesai dalam tempoh terdekat.

"Tiada guna hanya memastikan video itu tulen jika tidak dapat mengenal pasti siapa individu dalam klip video itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pertanian Parlimen Padang Rengas dekat sini semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, menyokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes itu selepas pembangkang sepakat menolak cadangan penubuhannya.

Nazri berkata, beliau membangkitkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja pada mesyuarat Kabinet pagi semalam tetapi kerajaan membuat keputusan untuk menunggu hasil siasatan polis terlebih dulu.

"Oleh kerana polis sedang melakukan penyiasatan dan rangka kerjanya juga merangkumi semua aspek selain ketulenannya, adalah lebih baik kita menunggu hasil siasatan itu," katanya.

Beliau berkata, jika orang ramai berpuas hati dengan hasil siasatan polis itu, maka tidak perlu sebarang penubuhan jawatankuasa siasatan lain ditubuhkan.

Sebaliknya jika ramai mempertikaikannya, baru ditubuhkan Suruhanjaya Diraja selepas ia mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong.

Katanya, penubuhan Suruhanjaya Diraja boleh dilakukan terhadap semua aspek membabitkan kepentingan awam sama seperti penubuhan bagi menyiasat kes kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock serta klip video membabitkan pelaku mirip peguam V K Lingam. -BH


Ulasan GB

Sebenarnya kabinet sendiri tidak yakin bahawa orang di dalam video itu adalah Anwar. Jika mereka yakin sudah pasti cadangan Nazri untuk penubuhan Suruhanjaya itu telah diterima.

Mereka khuatir seandainya mereka tidak dapat membuktikan bahawa figura itu adalah Anwar, yang akan teruk menerima kesan ialah UMNO BN sendiri.

Kini untuk mengurangkan bebanan, mereka menyatakan "tunggu laporan polis".

Polis sudah ada pasukannya, yang kita tidak tahu apa tujuan yang sebenar pasukan itu dibentuk. Keraguan ini timbul apabila KPN membuat pengumuman video seks itu, berdasarkan penelitian pakar-pakar, adalah tulen. Tidak disebut siapa pakar-pakar itu dan bagaimana video seks yang penuh penipuan itu dikatakan asli.

Katakanlah ia tulen, tetapi bagaimana pelakun di dalam? Aslikah atau tiruankah?

Kita tidak terperanjat nanti jika polis membuat kenyataan lagi, bahawa, Anwar dikenalpasti sebagai pelakon di dalam video itu.

Polis tergamak melakukannya seperti mereka tergamak menggadaikan integriti dan kredibiliti dengan tidak lansung menahan Datuk T.


Tiada ulasan: