Ahad, 10 April 2011

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


Najib kembali semula ke Sarawak: Petanda BN dalam keadaan genting?

Posted: 09 Apr 2011 07:00 PM PDT

Chen Shaua Fui | Apr 09, 2011

Pengerusi Barisan Nasional Najib Razak yang baru melawat Kuching kelmarin, akan kembali semula ke bumi kenyalang pada hari esok, malah akan berulang-alik antara Semenanjung dengan Sarawak, sehinggalah Jumaat minggu depan. Jadual perjalanan Najib mencungkil pertanyaan, sama ada keadaan di Sarawak telah menjadi genting buat BN?

Sejak hari penamaan calon pada 6 April, ceramah anjuran DAP di kawasan bandar seperti Kuching, Sibu dan Miri mendapat sambutan yang hangat, malah "angin perubahan" juga kencang di sesetengah kawasan bumiputera.

Najib yang baru sahaja menjelajah hampir semua pelusuk di kawasan Kuching kelmarin, akan kembali semula ke sini pada hari esok untuk program mesra rakyat.Menurut notis media yang diedarkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan,

Najib akan tiba di Lapangan Terbang Kuching pada jam 7.40 petang esok, dan akan menghadiri program mesra rakyat di stadium tertutup MBKS di Bintawa Kuching pada jam 8.30 malam.Kemudian, Najib akan melawat Kuching, Betong, Lubok Antu pada keesokannya, dan bertolak balik ke Kuala Lumpur. Pada 12 April, Najib akan kembali ke Kuching pada waktu malam, melawat Engkilili, Sebuyau dan Kuching pada 13 April.

Pada malam 13 April, Najib akan meneruskan perjalanan ke Miri, dan melawat Marudi, Ba'kelalan, Limbang dan lain-lain lagi pada 14 April.Pada 15 April, Najib akan menjelajah kawasan Miri, termasuk Kapit, Song dan sebagainya, sebelum kembali ke Kuala Lumpur pada jam 1.45 petang.

Apa yang menarik, kawasan di mana Najib turun untuk lawatan adalah kawasan "panas" yang disenaraikan ahli akademik. Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak, Faisal Syam Hazis (gambar kiri) sebelum ini menyenaraikan 29 kawasan hangat, antaranya 15 kawasan majoriti pengundi Cina, 7 kawasan Iban, 3 kawasan Melayu/Melanau, 2 kawasan Bidayuh dan 2 kawasan orang Ulu.

Menurut beliau, 29 kawasan tersebut bakal menyaksikan pertarungan sengit antara BN dengan Pakatan Rakyat.Tujuh kawasan Iban adalah Bukit Begunan, Engkilili, Batang Ai, Ngemah, Pelagus, Kemena, dan Batu Danau.Tiga kawasan Melayu/Melanau adalah Sadong Jaya, Beting Maro dan Saribas.Dua kawasan Bidayuh adalah Kedup dan Bengoh.Dua kawasan orang Ulu adalah Belaga dan Ba'Kelalan.


SUPP memisahkan diri dari Taib Mahmud

Sentimen "Undur Taib" semakin menyemarak sejak pilihan raya negeri berlangsung, terutamanya di beberapa kawasan bandar yang majoritinya pengundi Cina. Kawasan bandar ini kebanyakannya dipertandingkan calon SUPP, yang kelihatan semakin sukar untuk menangkis tuduhan rasuah, penyalahgunaan kuasa terhadap kerajaan Taib Mahmud. Malah, teori "wakil dalam kerajaan" oleh SUPP turut disanggah oleh pembangkang.Calon SUPP Pending Sim Kui Hian misalnya, cuba mengaitkan program Taman Kenyalang Rivival dan "Bintang Walk" di Jalan Padungan dengan kerajaan persekutusan dan PM Najib, mungkin sebagai petanda untuk mengasingkan diri daripada Taib Mahmud. Malah, slogan "transformasi" SUPP juga adalah tiruan daripada slogan Najib.

Baca: PRN Sarawak 2011: Antara kerusi yang menjadi tumpuan...

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.

UMNO DAN KERAJAAN ROSAK TERUK SELEPAS KETIADAAN ANWAR

Posted: 09 Apr 2011 09:00 AM PDT

TERINGAT DI ZAMAN ANWAR DALAM KERAJAAN...

Teringat zaman Anwar Dalam Kerajaan
Oleh: WFAUZDIN NS

PERTAMANYA, saya `tabik spring' kepada SPRM yang dengan pantas di peringkat awal menguatkuasakan peraturan bahawa semua soal-siasat oleh SPRM hendaklah dijalankan di aras bawah pejabat SPRM. Sekiranya pejabat SPRM tiada aras bawah yang mempunyai pejabat, pejabat yang disewa mestilah juga mempunyai ciri-ciri keselamatan ketat. Rujuk Malaysiakini.

Peraturan baru ini adalah berlanjutan daripada dua kes sebelum ini yang banyak mencalarkan imej SPRM di mata masyarakat. Ini merupakan langkah awal yang tegas dan menunjukkan SPRM amat serius di dalam mengembalikan kepercayaan rakyat. Satu langkah yang positif, tetapi apa yang paling penting adalah ketelusan SPRM itu sendiri di dalam membenteras isu rasuah. Rakyat bukan sahaja mengharapkan siasatan dilakukan dengan penuh kemanusiaan tetapi juga profesional tanpa ada pilih kasih.

Seandainya tiada kejujuran atau sikap tanggungjawab, tidak mustahil nanti walaupun soal-siasat diadakan di aras bawah sekalipun akan ada pula kes yang lain. Kebanyakan lokap Polis pun berada di bawah, namun ada juga kes-kes yang berlaku di dalam lokap Polis. Ini menunjukkan yang penting adalah sikap dan tanggungjawab. Jangan ada nanti kes orang yang disiasat di aras bawah dikatakan berlari pula ke tingkat atas dan terjun bunuh diri. Lucu, tetapi bukan mustahil jika tiada sifat tanggungjawab.

Lagi baik sekiranya semua jabatan kerajaan kembali aktif di dalam mengerakkan aktiviti kerohanian di kalangan semua pegawai dan kakitangan mereka seperti dengan mengadakan Majlis Tahli, Majlis Ilmu, Qiamullail dan sebagainya sebagai aktiviti bulanan. Teringat saya di masa DS Anwar berada di dalam kerajaan dahulu, aktiviti ini banyak dilakukan oleh jabatan-jabatan kerajaan termasuk di peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Apapun, buat langkah awal ini saya `salute' pendekatan oleh SPRM ini./wfauzdin.blogspot.com

DULU GILA SUMPAH, KEMUDIAN LAPAR DNA DAN KINI KEMARUK JAM OMEGA

Posted: 09 Apr 2011 03:37 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BARU-baru ini ada teman Facebook bertanya pada saya, mengapa susah sangat DS Anwar atau DS Wan Azizah mahu tunjuk jam Omega yang dikatakan kepunyaan Anwar sepertimana yang dituntut oleh pencacai-pencacai Umno dan media pencacai itu? Harus kita ingat, sebelum ini Eskay salah seorang `geng three strooges' @ Datuk T ada mendakwa kununnya beliau ada menyimpan jam Omega kepunyaan DS Anwar yang tertinggal di sebuah hotel.

Saya telah menjawab secara rengkas persoalan tersebut kepada rakan FB saya mengikut kefahaman saya. Isu yang sama juga telah diulas oleh rakan Blogger Malaysia Waves di sini dan saya amat bersetuju dengan pendapat beliau.

Baik, pertama Eskay mengaku dia ada menyimpan jam Omega yang kununnya kepunyaan Ketua Pembangkang tersebut yang tertinggal di hotel yang didakwa berlakunya perkara sumbang tokoh pembangkang berkenaan. Eskay mendakwa, beliau disuruh oleh tokoh berkenaan mengambil jam tersebut di bilik hotel berkenaan. Persoalannya, setelah jam itu diambil adakah Eskay terus menyimpannya atau menyerahkan kepada Anwar? Tidakkah Anwar pernah bertanya tentang jam itu sebelum ini?

Kedua, Eskay mengaku ada menyimpan jam berkenaan. Oleh kerana itu, lojiknya kepada Eskay lah sepatutnya didesak untuk menunjukkan jam Omega yang beliau dakwa kepunyaan Anwar itu, bukannya mendesak Anwar mahu pun Azizah. Mengapa Eskay tidak tunjukkan jam tersebut kepada wartawan sewaktu beliau mengadakan sidang akhbar tentang isu video seks sebelum ini? Dan, sekiranya Eskay menunjukkan jam berkenaan, apakah itu cukup kuat untuk menuduh Anwar terlibat dengan aktiviti sumbang itu?

Ketiga, mereka yang menuduh mengapa perlu minta bukti kepada orang yang dituduh? Sebagai contoh, ada pihak menuduh kita membunuh seseorang dengan menggunakan pisau, adakah kita perlu menunjukkan pisau itu sedangkan hakikatnya kita tahu kita tidak bersalah. Menjadi tugas mereka yang menuduh untuk mendapatkan bukti mereka, mengapa perlu mendesak benda-benda yang bukan-bukan dan mengarut untuk menguatkan tuduhan mereka?

Memang benar kata Anwar, apa jua yang melibatkan beliau mesti ada yang pelik dan ganjil. Bermula dari kes fitnah Liwat I, Liwat II dan kini fitnah III bermacam yang pelik terjadi. Kes fitnah I, tarikh pertuduhan dipinda beberapa kali kerana kondomunium yang dikatakan tempat kejadian liwat Anwar dengan Azizan belum siap. Fitnah liwat II yang sedang berjalan pula, kita lihat berbagai fakta yang pelik, ganjil dan tidak masuk akal terjadi yang banyak kita ketahui. Terbaru, isu video seks pula langsung ditolak mentah oleh majoriti rakyat melainkan oleh mereka yang tertutup mata hati dan iman mereka.

Dahulu mereka gila kepada sumpah laknat, kemudiannya mereka lapar pula kepada DNA, dan sekarang mereka kemaruk dengan jam Omega. Sampai bila mereka terus akan menjadi gila? Mungkin kita boleh mengubati penyakit gila mereka ini selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: