Sabtu, 9 April 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PRN Sarawak : Calon PAS Tanjung Datu cuba dibeli

Posted: 09 Apr 2011 11:04 PM PDT


Nazri Abddullah
SANTUBUNG, 10 April: PAS membuat satu laporan polis ekoran calon mereka di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Datu, Nani Sahari didakwa cuba diugut dan cuba dibeli pihak tertentu.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Lundu 7 April lalu oleh wakil calon, Syed Abdul Rahman Syed Hussain.
Menurut Abdul Rahman, ketika sedang mengadakan kempen rumah ke rumah, calon menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai polis.
Dalam perbualan itu, lelaki tersebut cuba memujuk beliau untuk berjumpa dan berunding tentang penyertaan beliau dalam pilihan raya negeri kali ini.
Bagaimanapun, Nani didakwa menolak pelawaan tersebut secara baik dan meletak telefon biarpun diajak bertemu sendirian beberapa kali.
"Calon bagitahu saya dia menolak pelawaan itu dengan memberitahu dia ada perinsip dan tidak mahu berunding apa-apa.
"Kita anggap ini satu percubaan untuk membeli, mengugut dan menyusahkan calon kita," katanya ketika ditemui semalam.
Katanya, pihak polis juga turut mengesahkan nombor telefon yang diguna untuk menghubungi calon itu adalah dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
"Kita mahu polis mengadakan siasatan segera kerana kita tidak mahu perkara sama berulang dan boleh menjejaskan kempen calon," tegasnya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kemudiannya menunjukkan kepada Harakahdaily laporan polis yang dibuat oleh Syed Abdul Rahman itu.
Nani akan ditentang Tan Sri Adenan Satem dari BN manakala Gilbert Asson Anak Kulong (Bebas

- Harakah Daily

Lagi cerita polis 'baik'

Posted: 09 Apr 2011 08:51 PM PDT

Polis tahan wartawan KeadilanDaily membuat liputan

KUALA LUMPUR: Polis menahan wartawan serta jurugambar KeadilanDaily pagi ini sewaktu membuat liputan di KL Sentral.
Mereka berada di sana menghadiri sidang media program Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat berkomuter dari KL Sentral ke Seremban pagi ini. Program itu dianjurkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Turut sama ditahan adalah seorang jurugambar dari TV Selangor.

(Berita lanjut menyusul)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11048

Tiada ulasan: