Sabtu, 9 April 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Bongkar!! Ejen UMNO Dalam TV Selangor

Posted: 09 Apr 2011 01:04 AM PDT

Ekoran pendedahan oleh PASPB blog di sini semalam amat memeranjatkan ramai pihak. Bagaimana laman web kepunyaan PKR boleh mengeluarkan artikel yang mengutuk perjuangan sendiri dan rakan-rakannya PAS dan DAP, perkara ini amat-amat mengejutkan.

Sebenarnya sahabat Addin pernah memberitahu yang beliau mengenali seorang individu yang bernama Dzulkarnain Taib yang bertugas di TVSelangor. Beliau mengenali individu ini semasa beliau belajar di UKM, Dzulkarnain Taib pernah datang bersama-sama dengan mantan YB Tanjung Dawai, Rosnah Majid untuk bertemu pimpinan siswa UKM pada era reformasi 1998.

Menurut maklumat sahabat Addin, Dzulkarnain Taib ini pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia dan RTM. Selepas mengetahui Dzulkarnain Taib ini bertugas di TVSelangor, sahabat Addin pernah memberitahu Ketua AMK iaitu Shamsul Iskandar supaya menyiasat individu ini.


Adakah Dzulkarnain Taib ini yang membuat onar dan menjadi ejen UMNO di TVSelangor selama ini? Addin meminta mana-mana pimpinan atau ahli-ahli PKR yang membaca ,posting' ini agar menyiasat perkara ini. Sehingga ke saat ini laman web TVSelangor masih tidak boleh di 'access'..

Addin

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Roboh Rumah - Guan Eng Perlu Bertindak Segera Sebelum Dimanipulasi Umno

Posted: 08 Apr 2011 11:05 PM PDT

Sebuah lagi Kg. Melayu di Pulau Pinang bakal dirobohkan

Syarikat berkenaan memujuk dengan pelbagai cara seperti pampasan berbentuk wang ringgit.

PETALING JAYA: Sebuah lagi perkampungan Melayu di Pulau Pinang bakal dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan.

Kampung Binjai di daerah Bayan Lepas yang diduduki sekian lama akan mengiukut jejak Kampung Buah Pala dan Kampung Genting.

Sebuah syarikat swasta dikatakan sedang memujuk penduduk Kampung Binjai bagi mengosongkan tenah mereka bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Syarikat berkenaan memujuk dengan pelbagai cara seperti pampasan berbentuk wang ringgit, kata seorang penduduk Omar Salleh.


"Kami berada dalam kegelisahan dan tidak tahu ke mana hendak pergi jika rumah-rumah ini dirobohkan.

"Pampasan yang ditawarkan pemaju kepada kami cuma antara RM10, 000 dan RM20, 000 bergantung keluasan sesebuah rumah.

"Memang benar, tanah ini bukan milik kami tetapi fikirlah nasib kami jika rumah ini dirobohkan," katanya seperti dilaporkan oleh Suara Perkasa keluaran terbaru.

Omar juga mendakwa, pemaju tidak menawarkan rumah baru menggantikan rumah awal penduduk.

Beliau berharap, NGO Melayu datang membantu penduduk kampung tersebut.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin Umno Pulau Pinang menuduh kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng cuba menghapuskan perkampungan Melayu di negeri itu.

Bagaimanapun, Lim dan pimpinan lain menafikannya. - FMT

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Kejutan 'tsunami' dari Bumi Kenyalang

Posted: 08 Apr 2011 10:36 PM PDT

"TAK payah lah you orang gempur Sarawak kuat-kuat, BN mesti menang punya," kata seorang Timbalan Menteri kepada sekumpulan Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat ketika minum-minum di lobi Parlimen.

"Mana you tau BN mesti menang?" tanya seorang MP.

"Mestilah menang BN kuat punya, kita control Sarawak majoriti lebih dua pertiga," kata Timbalan Menteri bukan daripada Umno tersebut.

"You tengok Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, you fikir BN boleh kalah ke?" lantas seorang MP yang lain menghujah.

Dahi Timbalan Menteri itu terus berkerut. Beliau terdiam seketika. "Itu cerita lain," katanya sambil terus berlalu dari situ.


Dari raut wajahnya ketika terpingga-pingga akibat 'pukulan' hujah simple MP Pakatan Rakyat.

Beliau terpingga-pingga kerana hampir ke semua negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat, dikuasai penuh oleh BN. Lebih dua pertiga majoriti. BN juga tidak pernah mimpi untuk tewas di negeri-negeri tersebut.

Tsunami politik 2008 (bagi kerusi Dun) tidak berlaku di Sarawak kerana Pilihan Raya Negeri diadakan secara berasingan. BN Sarawak bagaimanapun menerima kejutan pertama selepas tewas kepada DAP dalam PRK Sibu.

Maknanya, penolakan rakyat terhadap BN masih boleh berlaku. Mungkin pada pendapat yang berbeza, BN Sarawak tidak mungkin tewas kerana perbezaan besar etnik, sosio budaya dan demografi daripada Semenanjung.

Harus diingat, kaum Melayu bukan kaum majoriti di Sarawak. Dalam masa yang sama kaum Tionghoa dan Iban secara majoritinya menolak BN dan Tan Sri Taib Mahmud.

PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, sudah mula turun ke Sarawak sejak sebelum hari penamaan calon.

Agak mengejutkan apabila rakyat Sarawak memberikan sambutan yang memberangsangkan kepada Pakatan Rakyat. Apabila kenderaan yang memasang bendera PAS, KeADILan dan DAP, rakyat akan menyambutnya dengan hebat. Mereka membunyikan hon, melambai tangan, bertepuk tangan dan ada di antara mereka bersorak.

Mereka bersorak kerana gembira mereka sudah mempunyai alternatif untuk menggantikan pemerintahan BN.

Malah di rumah-rumah panjang pun, walaupun yang datang berkempen di kalangan MP Pakatan Rakyat yang tidak dikenali, mereka berjaya menghimpunkan empat lima ratus orang.

Malah di sesetengah rumah panjang, mereka sanggup menunggu kedatangan pemimpin Pakatan Rakyat sehingga dua tiga pagi.

Fenomena seperti ini tidak pernah berlaku dalam pilihan raya yang lepas-lepas. Kebiasaannya rakyat Sarawak agak pesimis dengan golongan pembangkang.

Kebanyakan mereka tinggal di kawasan pedalaman, tiada bahan komunikasi, tiada surat khabar, tiada televisyen.

Walaupun media talibarut BN seperti RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian, apa sahaja pun kempen BN dipaparkan, hanya untul 'halwa' penyokong BN di Semenanjung sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Hakikat yang berlaku jauh daripada gambaran media talibarut BN. Sambutan rakyat kepada kempen calon-calon Pakatan Rakyat amat luarbiasa dan kita amat mengharapkan ianya diterjemahkan dalam bentuk undi.

Bagi kaum Tionghoa pula, mereka menggelar Taib Mahmud sebagai 'Pai Mow' atau orang yang berambut putih. Mereka enggan menyebut nama Taib, mereka begitu muak dengan Taib dan BN. Dalam mana-mana ceramah Pakatan Rakyat, bila penceramah menyebut sahaja 'Pai Mow' mereka akan bangun menyorak, menunjukkan kebencian terhadap Taib yang begitu tinggi.

Namun di sebalik ini semua, kita harus akui bukan mudah untuk menumbangkan Taib dan BN. Kerusi Dewan Undangan Negeri ada 71, maknanya hendak mendapat majoriti mudah Pakatan Rakyat harus menang 37 kerusi.

Tetapi segalanya tidak mustahil. Setakat ini diunjurkan' Pakatan Rakyat boleh menang antara 13 hingga 25 kerusi Dun. Jumlah ini sudah cukup untuk menafikan dua pertiga majoriti BN.

Jika jumlah ini diperolehi, ia sudah cukup untuk membuatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menarik hand-brake. PRU tidak ada tahun ini, mungkin 2013.

Pada penulis, Pakatan Rakyat harus berfikir lebih jauh kehadapan. Bukan setakat menafikan dua pertiga majoriti, mana tahu rakyat Sarawak berani melakukan perubahan seperti rakan-rakan di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Maka kita harus bersedia untuk menyusun bakal Ketua Menteri yang baru, barisan exco. Dan yang terutama sekali menjaga Adun-Adun supaya mereka tidak dibeli oleh Taib Mahmud.

Kekayaan Taib Mahmud amat luarbiasa. Adik ipar bekas PM British, Claire Rewcastle yang mengendalikan kempen anti-Taib Mahmud di London, mendakwa Ketua Menteri Sarawak itu merupakan antara individu yang terkaya di dunia. Melebihi kekayaan Sultan Brunei dakwanya.

"Siasatan saya mendapati sebahagian harta kekayaan Taib terdapat di London, dalam industri hotel," kata Claire.

Selain daripada di United Kingdom, Taib juga dikatakan mempunyai aset di Amerika Syarikat dan Kanada.

Daripada mana kekayaan beliau diperolehi jika tidak dengan 'merompak' harta rakyat? Beliau dikatakan mempunyai aset puluhan bilion.

Apa yang kita bimbangkan ialah, hasil daripada kekayaan yang luarbiasa ini, Taib dan BN berkemampuan membeli Adun-Adun Pakatan Rakyat, sebagaimana yang dilakukan oleh Umno, yang membeli beberapa orang 'katak' daripada KeADILan.

Ada kalangan MP di Parlimen mengandaikan, setakat RM10 juta seorang untuk dibeli begitu 'kacang' buat Taib yang kaya raya itu.

Dalam waktu sekarang ini bagaimana duit-duit Taib dari luar negeri hendak dibawa masuk? Ada sumber mendakwa, kemungkinan duit-duit kotor ini akan dibawa masuk melalui Labuan, dibawa ke Sabah dan melalui jalan darat ke Limbang.

Labuan dikenali sebagai kawasan International Offshore Financial Centre. Walaupun ia gagal dijadikan lokasi pengurusan dana kewangan pesisir antarabangsa, namun ia boleh digunakan sebagai laluan keluar masuk wang tunai dari luar negara.

Pada waktu ini sukar untuk dikesan bagaimana wang-wang untuk merasuah rakyat bagi mengundi BN dibawa masuk. Mungkin selepas ini MP Pakatan Rakyat boleh mengusulkan di Parlimen, untuk dilakukan siasatan dan kajian yang mendalam.

Kita harus meragui segala kemungkinan kerjasama antara Ketua Menteri Sarawak, PM, Menteriu Kewangan dan Bank Negara dalam membawa masuk wang-wang haram ini.

Apa pun kita harus memuji keberanian rakyat Sarawak yang gigih melawan arus sogokan daripada BN. Rakyat Sarawak sudah memberi pukulan pertama kepada BN, iaitu tiada kerusi dimenangi secara percuma (menang tanpa bertanding), seperti pilihan raya sebelum ini.

Penulis mendapat khabar, sebelum ini BN menjangkakan menang percuma 10 kerusi Dun pada hari penamaan. Namun jangkaan tidak jadi kenyataan. Sebaliknya jika SPR tidak memihak kepada BN, sudah pasti PAS akan menang kerusi Dun Muara Tuang.

Rakyat Malaysia di seluruh negara, bersama-sama dengan rakyat di Sarawak, mereka menantikan perubahan. Mereka mahu melihat BN tumbang di Sarawak. BN tiada jalan lain untuk terus memerintah, selain daripada menipu dan merasuah pengundi.

Kita doakan moga rakyat Sarawak kental. Moga mereka tidak tewas dengan sogokan. Moga 'tsunami' benar-benar berlaku, moga ia menjadi isyarat BN akan terkubur. Kita menanti isyarat tsunami dari Bumi Kenyalang.

Sumber: http://mohdrashidi.blogspot.com/

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Skandal Seks - Nazri Dibidas Pelbagai Pihak

Posted: 08 Apr 2011 10:13 PM PDT

Video seks: Peguam, pakar gesa Kabinet kubur idea tubuh suruhanjaya
Oleh Debra Chong
April 09, 2011

Datuk Seri Nazri Aziz mengesyorkan agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi mengenal pasti identiti si pelaku dalam video seks
KUALA LUMPUR, 9 April — Beberapa peguam membidas Datuk Seri Nazri Aziz yang mengesyorkan agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi mengenal pasti identiti si pelaku dalam video seks didedahkan "Datuk T" bulan lalu — yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim — atas alasan elemen pelacuran.

Peguam-peguam yang dihubungi mempertahankan bahawa pelacuran bukan haram di Malaysia meskipun melanggan seks boleh dikenakan tuduhan dan menteri itu dicabar membuktikan alasan beliau.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee mengecam kenyataan Nazri, yang dikatakan tidak bermutu dan pertubuhan itu turut membantah penubuhan suruhanjaya hanya kerana satu klip video aksi seks.


"Jika ada kesalahan jenayah, maka ia seharusnya disiasat sebagai kes jenayah," kata beliau kepada The Malaysian Insider menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, semalam.

Nazri mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh "Datuk T" 21 Mac lalu, didakwa membabitkan Anwar yang merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Anwar, yang juga Ketua Umum PKR.

Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu.

Kemudian sedutan klip 107 saat disebarkan menerusi dunia siber awal minggu lalu.

"Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah," kata Nazri kepada The Malaysia Insider semalam.

"Suruhanjaya diraja akan menentukan identiti lelaki dalam video dan wanita yang dia adakan hubungan seks, sama ada dia itu adalah pelacur," kata beliau lagi.

Dalam kenyataan susulan, Lim juga menekankan bahawa tiada peruntukan jelas berkaitan dengan elemen pelacuran.

"Pelacuran itu sendiri bukan satu kesalahan jenayah," kata Lim.

Beliau mengakui ada beberapa peruntukan dalam undang-undang yang membolehkan mereka yang menawarkan seks bagi tujuan seks didakwa.

Sebagai contoh kata beliau, Seksyen 372A Kanun Keseksaan menyediakan peruntukan bagi tindakan ke atas mereka yang hidup hasil daripada atau perdagangan persundalan. Lim menambah, di bawah Akta Inkuiri Suruhanjaya 1950, Yang di-Pertuan Agong akan mempertimbangkan budi bicara baginda dalam menubuhkan suruhanjaya siasatan yang difikirkan mempunyai kepentingan awam.

Sehubungan Lim menasihatkan Kabinet agar menolak idea Nazri sambil berkata, suruhanjaya diraja bagi isu semasa membuang masa dan sumber, yang boleh digunakan untuk mengatasi krisis pendatang haram di Sabah, menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ketua Menteri Sarawak dan yang terbaru kematian di pejabat SPRM.

"Kabinet mesti beri keutamaan kepada masalah-masalah lebih besar dan penting, yang dihadapi institusi-institusi negara berbanding tingkah laku zina seseorang individu, (dalam kes ini) didakwa (melibatkan) seorang ahli politik," kata beliau.

Andrew Khoo yang mengetuai jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam juga bersetuju dengan pandangan Lim.

"Penubuhan suruhanjaya diraja adalah untuk kepentingan negara dan saya tidak bercakap mengenai individu yang tidak memegang jawatan kerajaan," katanya ketika dihubungi.

Khoo menekankan bahawa pada masa-masa lalu kerajaan hanya memutuskan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat apabila dakwaan yang dibangkitkan berkaitan dengan sikap dan tingkah laku di pihak kerajaan.

"Dalam suruhanjaya mengenai (kes) VK Lingam, isunya berkaitan sikap tidak berat sebelah dalam bidang kehakiman. Dalam kes (bekas setiausaha agung MIC) DP Vijendran, beliau merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada ketika itu," kata Khoo.

"Di sini, persoalannya ialah 'institusi kerajaan yang mana telah dikompromi?' Jawapannya tiada. Jadi, mengapa kita perlu mengadakan siasatan sebegitu?" tambah Khoo.

Beliau juga menimbulkan persoalan mengapa perlu diberikan layanan khas dalam kes video seks sedangkan ada undang-undang untuk menangani isu berkenaan.

Sehubungan itu kata beliau, idea agar diadakan suruhanjaya diraja bagi kes video seks perlu dikuburkan segera kerana jika tidak akan ada cadangan seumpama itu bagi setiap perkara pada masa-masa mendatang.

Pakar undang-undang jenayah, Cheow Wee juga berpandangan sedemikian.

Cheow berkata beliau tidak boleh percaya bagaimana Nazri boleh mengesyorkan idea sedemikian agar diadakan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan tidak berasas kononnya seorang ahli Parlimen melanggan pelacuran.

Malah kata beliau, adalah terlalu awal untuk diadakan sebuah suruhanjaya diraja di peringkat sekarang memandangkan pihak polis belum melengkapkan siasatan mereka.

"Jenayah apa yang mereka mengadu? Adakah mereka mengatakan salah bagi dua pihak yang bersetuju untuk mengadakan seks? Atau Anwar tidak boleh mengadakan seks? Atau tindakan itu melibatkan pertukaran wang?

"Kita juga tidak tahu adanya (elemen) pelacuran dalam video ini. Dan, jika ia adalah Anwar, dan adakah dia mengadakan seks dengan orang lain?" kata beliau yang turut mengambil bahagian dalam suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock ketika disiasat SPRM dua tahun lalu.

"Ia berkaitan dengan isu moral dan etika kerana ahli-ahli Parlimen dan menteri diharap akan menunjukkan moral yang tinggi, tetapi anda tidak perlukan suruhanjaya diraja bagi tujuan itu," kata Cheow sambil menambah, isu semasa ini dimanipulasikan kerana kepentingan politik.

Sebaliknya kata beliau, polis seharusnya menyiasat sama ada wujud kesalahan jenayah membabitkan "Datuk T" yang mengakui terlibat dalam rakaman video seks berkenaan.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Video seks: Hishammuddin hantar Anwar surat tuntutan 48 jam

Posted: 08 Apr 2011 10:11 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 April — Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memulakan tindakan mahu menyaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan berkaitan dengan pendedahan rakaman video seks "Datuk T" — dengan menghantar surat tuntutan kelmarin.

Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden Umno itu mahu Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, menarik balik kenyataannya dalam 48 jam iaitu sebelum hujung minggu ini.

The Malaysian Insider difahamkan surat tuntutan itu dihantar ke rumah Anwar di Segambut kelmarin.

"Surat itu menyatakan bahawa Anwar diberikan masa 48 jam untuk menarik balik kenyataannya dan memenuhi tuntutan-tuntutan lain sebelum tindakan perundangan dimulakan," kata seorang pegawai kanan PKR kepada The Malaysian Insider.


Pada 28 Mac lalu, Hishammuddin melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Anwar berhubung isu itu.

Akhir bulan lalu, Hishammuddin (gambar) berkata akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, jika terus mengaitkan beliau dan polis dalam video seks yang ditayangkan kepada wartawan di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

Beliau berkata, dakwaan Anwar bahawa polis dan beliau adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang tersebut telah menjatuhkan maruah dan nama baik polis.

"Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab rasa berhak untuk menjaga maruah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jika dia (Anwar) terus mengaitkan ini (penayangan video) adalah satu konspirasi, saya akan pertimbang untuk menyaman dia.

"Perkara ini (saman) sedang dikaji peguam saya... ia bukan untuk saya semata-mata tetapi untuk pastikan integriti polis dilindungi. Isu sama ada ia konspirasi atau tidak bukan perkara utama tapi sama ada ia berlaku atau tidak kita akan siasat mengikut peruntukan yang ada," katanya.

Pada hari pendedahan video itu, Anwar menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.

Keesokan hari, Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan manakala Anwar membuat laporan polis berhubung penyebaran video tersebut.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Penipuan Dalam Parlimen Malaysia

Posted: 08 Apr 2011 09:29 AM PDT

Kerajaan Malaysia kantoi pasal tipu dalam parlimen pasal kes 'komisen kapal selam'

Bukan Armaris bayar Perimekar tetapi kerajaan

KUALA LUMPUR, 8 April: Laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar Sdn Bhd sebanyak RM493 juta sebagaimana didakwa tetapi ia sebenarnya dibayar oleh kerajaan Malaysia sendiri.

Rue89 (gambar) melaporkan perkara itu berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpean yang sedang berjalan di Perancis sekarang.

Perimekar adalah syarikat yang dikaitkan dengan rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda yang terlepas dari kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Pemegang saham majoriti Perimekar adalah isteri Razak, Mazlinda.


Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang menjadi penterjemah antara pihak Malaysia dan Perancis kemudiannya mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam.

Abdul Razak dan dua anggota polis yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat Perdana Menteri telah didakwa terlibat dengan kes ini.

Namun mahkamah kemudiannya telah membebaskan Abdul Razak dan hanya dua pegawai polis ini sahaja yang didapati bersalah dan kini menunggu hukuman mati.

Altantuya dikatakan datang ke Malaysia untuk menuntut bahagiannya dalam perniagaan antara Malaysia dan Perancis kerana dia adalah penterjemah yang dijanjikan bayaran untuk khidmatnya itu.

Namun ia berakhir dengan cerita yang menyayat hati apabila beliau dibunuh dan badannya dileburkan dengan peledak C4 itu.

Laporan terbaru Rue89 bahawa bukan Armaris yang membuat bayaran kepada Perimekar itu bertentangan bertentangan dengan kenyataan kerajaan yang dibuat di Dewan Rakyat pada tahun 2006 lalu.

Dalam Dewan Rakyat , Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin berkata, komisyen itu tidak dibayar oleh kerajaan tetapi sebaliknya dibayar oleh sebuah syarikat Perancis.

Ia dibayar secara sukarela untuk kerja-kerja koordinasi dan perkhidmatan sokongan, kata Zainal dalam Dewan Rakyat.

"Kami (kerajaan) tidak membayar komisyen kepada mana-mana pihak sebagaimana yang didakwa Lim (Kit Siang), tetapi dibayar secara sukarela oleh Perancis," kata Zainal Abidin sebagaimana dilaporkan media pada 7 Disember 2006.

Kementerian Pertahanan juga berkata, syarikat tempatan yang dilantik kerajaan hanya untuk kerja-kerja perkhidmatan sokongan dan koordinasi.

Kerajaan telah membayar sebanyak satu bilion Euro kepada Armaris untuk dua buah Scorpean dan sebuah kapal selama Agosta di mana Perimekar menerima 11 peratus komisyen daripada kontraktor Perancis.

Bagaimanapun, Rue89 melaporkan kerajaan Malaysia yang membuat kesemua bayaran komisyen itu dengan satu tujuan iaitu mencegah rasuah dari pegawai awam asing dalam Transaksi Perniagaan Antarabangsa (on combating bribery of foreign public officials in International Business Transactions). - Kedahlanie

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Telor Palsu

Posted: 08 Apr 2011 09:21 AM PDT



KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Taib Mahmud Dikelilingi Bomoh Dan Tukang Sihir

Posted: 08 Apr 2011 06:15 AM PDT

Salleh dakwa KM S'wak dikelilingi bomoh

Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikelilingi oleh 'bomoh luar negara'.

"Kita mahu selamatkan Sarawak daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran, keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya.

"Saya secara peribadi saya berjumpa dan berdepan dengan tiga bomoh itu pada hari penamaan calon di Mukah.

"Saya beritahu mereka tidak ada hak memberi nasihat spiritual kepada ketua menteri, khususnya pada pilihan raya sehingga mempengaruhinya dalam keputusan memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional," kata Salleh pada sidang media hari ini.


Dakwanya, tiga bomoh berkenaan, seorang dipercayai rakyat Australia dan seorang lagi berbangsa Yahudi bekerjasama dengan naib presiden kanan PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, adik perempuan Taib - Radziah Mahmud dan Taib sendiri semasa menyediakan senarai calon BN.

"Tidak ramai yang mengetahui cerita ini, sehingga hari penamaan calon pada 6 April lalu di Mukah. Pengaruh mereka ke atas cengkaman politik Taib begitu besar dan sukar diatasi, malah ia mengatasi pengaruh politik perdana menteri kita," dakwa Salleh yang juga adalah sepupu Taib.

Salleh, bekas timbalan menteri pelajaran juga menuduh Taib menipu pemimpin PBB, parti-parti komponen BN, seluruh pengundi Sarawak sejak 30 tahun lalu bahawa masih belum menemui pemimpin yang sesuai bagi menggantikan dirinya.

"Jika 30 tahun tidak memadai bagi memilih pengganti, adakah awak percaya dalam beberapa bulan ini selepas pilihan raya, dia boleh tiba-tiba memilih seseorang bagi gantikannya kecuali seseorang itu dicadangkan oleh bomohnya," katanya. - mkini

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Anwar Layak Jadi PM

Posted: 08 Apr 2011 04:42 AM PDT

SEKINCHAN 8 APRIL: Kepimpinan Pakatan Rakyat yakin dengan kewibawaan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengepalai tampuk pemerintahan negara berbanding pucuk pimpinan sedia ada di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana kata ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, ujian yang dihadapi Anwar sepanjang tempoh 13 tahun termasuk fitnah video seks terbaru menjadikan Ketua Umum itu seorang pemimpin yang kental menahan tekanan selain menjulang tinggi prinsip memperjuangkan hak rakyat.

" Video itu satu pembohongan. Sebab itu saya mahu beritahu, saya sokong Anwar Ibrahim, kita bantu dan kita akan junjung dia untuk menjadi pemimpin negara ini kerana kita yakin kerana orang yang telah diuji begini, taat kepada Tuhan dan tidak takut kepada tekanan. Mereka (Umno-BN) mungkin ada semua tapi kita ada Allah untuk bantu kita.


"Sebab itu kita yakin. Kamu tawarkan aku RM50 juta, lupa sahaja duit itu sebab kita yakin bahawa rakyat mesti dibela. Negara ini milik rakyat, dan rakyat mesti dapat hak kita balik," kata Johari di hadapan 5000 hadirin yang membanjiri Dewan Seri Sekinchan malam tadi.

Bercakap pada sesi ceramah "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia" malam tadi, Johari yang juga bekas Pengarah Biro Tata Negara (BTN) memberi gambaran bahawa keperibadian mulia Ketua Pembangkang tidak sesuai untuk dikaitkan dengan kesemua pertuduhan yang dilemparkan terhadapnya sejak tahun 1998.

Kenyataan tersebut menurut Johari berdasarkan pengamatannya sendiri terhadap sahsiah Anwar yang dikenali semenjak memegang jawatan Timbalan Presiden Umno pada ketika itu.

Beliau menambah, kepercayaan yang kuat kepada kepimpinan Anwar mendorong beliau dan beberapa ahli parlimen Umno-Barisan Nasional (BN) memilih untuk meninggalkan parti itu termasuk Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution.

" Sudah tentu sebagai pengarah, saya kenal hampir semua dan saya kenal hati budi Anwar sebab itu apabila dituduh bahawa beliau meliwat, saya tidak percaya.

Sebab itu saya telefon kesemua ketua pemuda termasuk Saifuddin (Machang) kita berbincang dan akhirnya pada 2 September 1998, Anwar dipecat.

" Kita berbincang, kita buat keputusan kerana kita yakin orang yang benar ini mesti disokong. Akibatnya bila sokong sahaja Anwar Ibrahim, saya hilang kesemuanya," katanya.

Johari merupakan individu pertama di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang telah menonton rakaman video seks yang cuba dikaitkan dengan Anwar.

Video tersebut didedahkan 21 Mac lalu oleh tiga individu yang dikenalpasti sebagai Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Shazryl Eskay dan Shuib Lazim di Carcosa Seri Negara.

Kemudiannya, pada 4 April, sedutan video sepanjang 2 minit disebarkan di laman Youtube sehingga memaksa keluarga Anwar menontonnya untuk tujuan pengesahan.

Anwar percaya cubaan menfitnah beliau bertujuan untuk mengalih perhatian masyarakat menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak pada 16 April nanti.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Kesatuan harap anggotanya tak 'dipukul' SPRM

Posted: 08 Apr 2011 04:37 AM PDT

Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung berharap anggotanya tidak akan "dipukul atau dijentik" ketika disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

NONEPresidennya, Ibrahim Ahmad berkata demikian ketika mengulas mengenai insiden melibatkan seorang anggotanya, Ahmad Sarbani Mohamed (kiri), yang ditemui mati di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Rabu lalu.

Menjawab soalan, Ibrahim berkata, setakat ini belum ada laporan polis melibatkan anggota dikasari SPRM.

"Ini cuma kebimbangan kita. Kita tidak mahu (berlaku) paksaan dan kita tidak mahu (anggota kastam) dipukul," katanya dalam satu sidang media petang ini.

Mengulas lanjut, beliau turut meminta media supaya membetulkan laporan berhubung insiden melibatkan Allahyarham Ahmad Sarbani.

"Kita juga berharap nama Allahyarham dapat dibersihkan daripada perkataan 'membunuh diri.'

"Beliau sangat jujur. Kita ingin nama beliau dibersihkan," katanya lagi dalam sidang media itu.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Pakatan Rakyat Akan Menang dan Menguasai Sarawak

Posted: 08 Apr 2011 02:38 AM PDT

Analisis : Ramalan Keputusan Pilihanraya Sarawak,BN Bakal Tumbang ???

Berdasarkan ramalan serta analisis yang dijalankan oleh sebuah laman web dari Sarawak, Barisan Nasional bakal tumbang dengan penguasaan penuh Pakatan Rakyat!Mengejutkan?? Tidak!

Malah, tidak terkecuali, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) juga bakal mencatat sejarah apabila bakal menang 15 daripada 27 kerusi yang dipertandingkan!

Analisis ringkas:

1 - PKR menang kerusi terbanyak - 18 daripada 48 kerusi yang ditandingi

2 - DAP menang 14 daripada 15 kerusi. Cuma kalah kepada Barisan Najis di N 68 Bukit Kota!

3 - Taib Mahmud bakal KALAH di tangan sepupu sendiri, Salleh Jafaruddin di N 51 Balingian

4 - Baru Bian menang di N 70 Ba'kelalan, sekaligus menjadi Ketua Menteri Sarawak yang baru!


5 - Gabungan Pakatan Rakyat, PKR-DAP-PAS memenangi 37 daripada 71 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri yang baru melalui majoriti mudah (36 minimum).

6 - Sekiranya SNAP bergabung dengan BN, jumlah kerusi yang mereka perolehi hanya 30 kerusi, malah jika kesemua calon Bebas yang menang pun bersama BN masih tidak dapat mengatasi majoriti yang dimenangi Pakatan Rakyat!

7 - Hampir kesemua pemimpin tertinggi BN kalah di kerusi masing-masing. Antaranya Abang Johari bakal kalah di tangan Ahmad Nazib Johari di N 08 Satok

8 - SUPP kehilangan semua kerusi yang diperuntukkan kepadanya!

9 - DAP bakal memenangi kerusi pertama di N 09 Padungan melalui calonnya Wong Kin Wei (calon baru)


Comprehensive list of candidates and demographics for the 10th Sarawak State Election 2011

Ramalan oleh Sarawak Headhunter dalam tulisan merah (dikemaskini).

SNAP: 15
PKR: 18
DAP: 14
PAS: 4 5
BN: 17 15
IND: 4TOTAL: 71

Baca seterusnya TINTA HIJAU

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Semua Wanita Malaysia Perlu Boikot PERKASA

Posted: 08 Apr 2011 02:27 AM PDT

Komen Ibrahim Ali cetus kemarahan wanita

Komen seksis Ibrahim Ali di Parlimen semalam telah mencetuskan kemarahan kaum wanita di seluruh negara.

Ketua Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Ivy Josiah berkata komen
tersebut tidak wajar datangnya dari seorang ahli parlimen.

Katanya, adalah mengejutkan apabila ahli parlimen Bebas Pasir Mas itu menyamakan wanita sebagai bahan mainan seks.

"...dan yang lebih teruk lagi ialah dia menggunakan agama untuk menjustifikasikan pendiriannya itu," kata Ivy kepada AFP.


Katanya, komen tersebut bukan sahaja menunjukkan Ibrahim menjunjung ketuanan Melayu tetapi juga ketuanan lelaki.

Tenaganita pula berkata, sentimen sedemikianlah yang menjadi salah satu punca berlakunya penyeludupan manusia di negara itu.

"Kerana orang seperti Ibrahim Ali percaya ianya adalah hak mereka untuk melakukan seks dengan isteri pada bila-bila masa, atau jika tidak, mereka cari di tempat lain, maka itulah sebabnya mengapa industri seks berkembang dan berlakunya kes-kes penyeludupan manusia," kata penyelaras kanannya, Aegile Fernandez kepada AFP.

Semalam, Ibrahim berkata peningkatan kes hubungan sulit luar nikah adalah berpunca daripada "para isteri yang mengabaikan tanggungjawab mereka" kepada suami.

Bercakap sewaktu sesi soal-jawab di Parlimen semalam, ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa, ada masanya bila suami "ada keinginan" tetapi bila pulang ke rumah, isteri kata tunggu kerana 'sedang masak' atau 'sedang bersiap untuk ziarah saudara-mara'.

Dalam Islam, katanya, para isteri sepatutnya menghentikan apa yang sedang dilakukan untuk memenuhi tuntutan si suami.

Beliau yang juga presiden PERKASA berkata, ketika memandu pulang selepas kerja, si suami melihat perkara-perkara yang 'menaikan semangat' dan mahu memenuhi kehendak tersebut bersama isteri.

Ibrahim mendakwa, kerana tidak mendapat layanan dari isteri, maka ada suami yang pergi ke tempat-tempat yang sulit untuk memuaskan kehendak mereka itu, dan kemudiannya video mengenainya didedahkan.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Tiada ulasan: