Kelab Greenboc |
- Banyaknya Anjing Di Putrajaya Sekarang Ini
- Mansor Pecahkan Rahsia Tentang "Berpusu-pusu" Sambut Najib Di Pulau Pinang
- Dia Bertanding Lagi... Apa Mau Jadi Sarawak?
- Trio Yang Terpaksa Tidur Dalam Lokap
- [Video] Ku Li: Henti Anak Tirikan Negeri Pembangkang, Kembalikan Royalti Kelantan
- Kes Murid Mati Dipukul Guru: Hukuman Mati Jika Sabit Kesalahan
- Apa Dah Jadi Ni Cikgu?
- Jambatan Gantung Hampir Siap Dibina Di Galas, Runtuh
- SPRM Mandul Untuk Menyiasat Kes Libatkan Pemimpin UMNO BN
- Pelajar Yang Dipukul Guru Meninggal Dunia
- 2 Pegawai SPRM Muaturun & Tonton Video Lucah Di Pejabat. Kenapa Tiada Tindakan?
- Loji Penapisan Minyak Terbesar Indonesia Terbakar
Banyaknya Anjing Di Putrajaya Sekarang Ini Posted: 04 Apr 2011 12:52 AM PDT Putrajaya: Masalah anjing liar yang jumlahnya semakin bertambah mula menghantui bandar raya pentadbiran ini. Kumpulan anjing liar berkenaan dipercayai menghuni beberapa kawasan hutan dan ladang kelapa sawit di sekitar sini dan berkeliaran mencari makan hingga ke dalam Putrajaya. Jika tidak dikawal pada peringkat awal, ia akan menjadi masalah yang sukar dibendung pada masa depan. Selain beberapa kawasan pinggir Putrajaya, kumpulan anjing liar itu juga berkeliaran di padang permainan awam seperti padang ragbi Putrajaya di Presint 5 berhampiran. Orang ramai yang menggunakan padang itu meminta pihak berkuasa mengambil tindakan, termasuk menembak anjing liar bagi mengelakkan ia membiak dan menjadi masalah kepada penghuni dalam jangka panjang. Tinjauan Sentral baru-baru ini mendapati sekurang-kurangnya sekumpulan 10 anjing liar berada di sekitar padang ragbi itu. Kawasan perkuburan di Presint 20 juga menjadi lokasi anjing 'bersantai.' Pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, berkata kehadiran anjing liar itu menakutkan orang ramai, khususnya kanak-kanak untuk mengunjungi padang berkenaan. "Anjing liar berkeliaran di Putrajaya sejak beberapa bulan lalu dan kawasan padang seolah-olah sarang mereka. "Ia perlu dikawal kerana lama-kelamaan jumlahnya akan jadi banyak dan sukar dikawal," katanya. Selain itu, beliau meminta Perbadanan Putrajaya (PPj) perlu bertindak segera supaya haiwan itu tidak berkeliaran memasuki kawasan perumahan, selain memberikan gambaran tidak elok kepada pusat pentadbiran kerajaan itu. Khairul Amin Hamah, 29, berkata sukar menangkap anjing liar itu kerana jumlahnya yang semakin banyak dan mencadangkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menembak ubat pelali untuk menangkapnya. "Buat masa ini mungkin anjing itu tidak ganas tetapi siapa tahu keadaan boleh menjadi buruk jika ia terlalu lapar atau mungkin bertindak agresif," katanya. -BH Ulasan GB Ada benda yang tersirat di sebalik yang tersurat. Rajin-rajin berdamping dengan alam, agar alam yang terbentang luas itu menjadi guru. |
Mansor Pecahkan Rahsia Tentang "Berpusu-pusu" Sambut Najib Di Pulau Pinang Posted: 03 Apr 2011 10:56 PM PDT Mansor dakwa sambutan lawatan PM hambar Walaupun menafikan menunjukkan minat secara langsung untuk menawan kembali Pulau Pinang, namun kenyataan Perdana Menteri bahawa sambutan masyarakat di Pulau Mutiara itu begitu memberangsangkan terhadapnya, begitu melucukan. Ini kerana kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, kehadiran Datuk Seri Najib Razak seringkali disambut hambar penduduk walaupun acara sambutannya meriah. "2,000 orang yang datang tapi tumbangkan kerbau lembu 10 ekor, ayam beratus-ratus ekor... itu pun bawa budak MRSM, politeknik, penuntut USM datang denganbas. "Penduduk tempatan tak sampai banyak itu.. orang-orang yang datang ini adakah dengan kehadiran seorang perdana menteri? "Dan yang keduanya orang yang hadir itu adalah orang yang dibawa... bukan orang yang duduk di situ. Kalau begitu, ia adalah sambutan yang tidak seberapa seperti yang didakwa oleh BN," kata Mansor dalam wawancaranya dengan TV Selangor. Sabtu lalu, Najib dipetik Bernama sebagai berkata, beliau yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang ekoran sambutan baik yang diterimanya dari rakyat Pulau Pinang ketika turun ke negeri itu. "Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan," kata Najib yang dipetik laporan Bernama. Walau bagaimanapun, semalam, tanpa diduga presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menafikan kenyataan Najib itu sambil menjelaskan pemimpin nombor satu negara itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Katanya, Najib sendiri menafikan laporan yang dipetik dari Bernama itu. Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Pakatan Rakyat tidak ambil peduli dengan kenyataan Najib itu. Sebaliknya, Lim berkata Pakatan bertekad untuk melipatgandakan usaha membawa perubahan di negeri berkenaan. "Pulau Pinang (pimpinan) Pakatan Rakayat akan (adakan) siri pertemuan di seluruh negeri untuk memperbaiki prestasi dengan menggandakan usaha kami demi (memberi) perkhidmatan lebih baik bagi rakyat dan (menjamin) urus tadbir baik untuk berhadapan dengan tekad Datuk Seri Najib Razak mahu menawan balik Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang. "Sama ada ada perubahan angin di Pulau Pinang yang akan membolehkan BN menang balik Pulau Pinang, itu tidak penting," kata Lim dalam satu kenyataan media. -MK
|
Dia Bertanding Lagi... Apa Mau Jadi Sarawak? Posted: 03 Apr 2011 09:55 PM PDT Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mempertahan kerusi Balingian pada pilihan raya negeri ke-10 kali ini. Beliau yang genap tiga dekad menerajui kerajaan negeri Sarawak 26 Mac lalu juga merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Tiga pemimpin komponen BN Sarawak iaitu Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri George Chan Hong Nam akan mempertahankan kerusi Piasau manakala Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom akan bertanding di Pakan. Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing pula akan mempertahankan kerusi Baleh. Antara pemimpin lain yang akan bertanding semula ialah Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di kerusi Bukit Sari dan bekas menteri persekutuan, Tan Sri Adenan Satem di Tanjung Datu. Daripada calon BN yang diumumkan hari ini, 20 adalah muka baru membabitkan PBB (10), SUPP (tujuh), PRS (dua) dan SPDP satu. Penamaan calon akan berlangsung pada Rabu ini manakala hari pengundian 16 April. Bagaimanapun laporan media menyebut calon bagi kerusi Ba'kelalan tidak diumumkan hari ini. Berdasarkan pengumuman hari ini, PBB akan bertanding di 45 kerusi manakakala SUPP di 19 kawasan, PRS (sembilan) dan SPDP pula lapan kerusi. Senarai calon BN itu diumumkan oleh Adenan selepas mesyuarat BN Sarawak di sini petang ini. Empat calon merupakan wanita. Berikut ialah senarai calon BN: - Ranum Anak Muda (SUPP) (Opar) - Datuk Peter Nansian Anak Ngusie (SPDP) (Tasik Biru) - Tan Sri Adenan Satem (PBB) (Tg Datu) - Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB) (Pantai Damai) - Dr Hazaland Abang Hipni (PBB) (Demak Laut) (muka baru) - Datuk Daud Abdul Rahman (PBB) (Tupong) - Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (PBB) (Samariang) - Datuk Amar Abang Johari Openg (PBB) (Satok) - Sim Kiang Chiok (SUPP) (Padungan) (muka baru) - Prof Dr Sim Kui Hian (SUPP) (Pending) (muka baru) - Sih Hua Tong (SUPP) (Batu Lintang) (muka baru) - Datuk Alfred Yap (SUPP) (Kota Sentosa) - Tan Joo Phoi (SUPP) (Batu Kawah) - Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB) (Asajaya) - Datuk Seri Mohd Ali Mahmud (PBB) (Muara Tuang) - Dr Belek @ Jerip Anak Susil (SUPP) (Bengoh) - Roland Sagah (PBB) (Tarat) - Datuk Seri Michael Manyin Anak Jawong (PBB) (Tebedu) - Marin Ben (PBB) (Kedup) (muka baru) - Aidel Lariwoo (PBB) (Sadong Jaya) (muka baru) - Naroden Majais (PBB) (Simunjan) - Julaihi Narawi (PBB) (Sebuyau) - Simoi Peri (PBB) (Lingga) - Razali Ghapor (PBB) (Beting Maro) (muka baru) - Balai Ringin (PRS) (Balai Ringin) - Mong Anak Dagang (PRS) (Bukit Begunan) - Dauk Francis Harden Anak Hollis (SUPP) (Simanggang) - Dr Johnichal Rayong (SUPP) (Engkilili) - Malcom Mussen Anak Lamoh (PRS) (Batang Ai) - Razi Sitam (PBB) (Saribas) (muka baru) - Tan Sri Alfred Jabu (PBB) (Layar) - Robert Lawson Chuat Anak Vincent (PBB) (Bukit Saban) - Abdul Wahab Aziz (PBB) (Kalaka) - Datuk Peter Nyarok Anak Entrie (SPDP) (Krian) - Datuk Len Talif Salleh (PBB) (Belawai) (muka baru) - Dolah Saidol (PBB) (Semop) (muka baru) - Murni Suhaili (PBB) (Daro) - Abu Seman Jahwie (PBB) (Jemoreng) - Datuk David Teng (SUPP) (Repok) - Ling Kie King (SUPP) (Meradong) (muka baru) - Datuk Seri William Mawan (SPDP) (Pakan) - Wong Anak Judat (SPDP) (Meluan) - Alexander Vincent (PRS) (Ngemah) - Datuk Gramong Juna (PBB) (Machan) - Chieng Buong Toon (SUPP) (Bukit Assek) (muka baru) - Datuk Tiong Thai King (SUPP) (Dudong) (muka baru) - Datuk Seri Wong Soon Koh (SUPP) (Bawang Assan) - Vincent Goh (SUPP) (Pelawan) - Dr Annuar Rapee (PBB) (Nangka) (muka baru) - Datuk Fatimah Abdullah (PBB) (Dalat) - Tan Sri Abdul Taib Mahmud (PBB) (Balingian) - Joseph Mauh Anak Ikeh (PRS) (Tamin) - John Sikie Anak Tayai (PRS) (Kakus) - Stanley Unja (PRS) (Pelagus) (muka baru) - Ambrose Blikau Anak Enturan (PBB) (Katibas) - Datuk Seri Dr James Masing (PRS) (Baleh) - Liwan Lagang (PRS) (Belaga) - Datuk Talib Zulpilip (PBB) (Jepak) - Henry Ling (SUPP) (Kidurong) (muka baru) - Dr Stephen Rundi Anak Utom (PBB) (Kemena) - Rosey Yunus (SPDP) (Bekenu) - Ripin Lamat (PBB) (Lambir) (muka baru) - Tan Sri Dr George Chan (SUPP) (Piasau) - Andy Chia (SUPP) (Pujut) - Datuk Lee Kim Shin (SUPP) (Senadin) - Sylvester Entrie Anak Muran (SPDP) (Marudi) - Dennis Ngau (PBB) (Telang Usan) (muka baru) - Dr Abdul Rahman Ismail (PBB) (Bukit Kota) - Paulus Anak Gumbang (SPDP) (Batu Danau) - Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (PBB) (Bukit Sari) Nota: Calon BN bagi kerusi Ba'kelalan (N 70) tidak diumum hari ini. Artikel berkaitan sebelum ini yang perlu dibaca bersama SPRM Mandul Untuk Menyiasat Kes Libatkan Pemimpin UMNO BN Petikan
|
Trio Yang Terpaksa Tidur Dalam Lokap Posted: 03 Apr 2011 08:26 PM PDT Kuala Lumpur - Tiga remaja perempuan boleh dianggap samseng apabila mereka ditahan selepas bertindak ganas memukul dan menyamun seorang murid perempuan tahun enam dalam kejadian di kawasan Sentul di sini Rabu lalu. MELUR masih trauma dengan kejadian dia dipukul sekumpulan tiga remaja perempuan di rumahnya di Sentul, Kuala Lumpur Rabu lalu. Difahamkan, dalam kejadian pukul 4 petang itu mangsa yang dikenali sebagai Melur, 12, mengalami lebam-lebam di seluruh badan akibat ditendang, dipukul hingga lembik, rambutnya ditarik dan kepalanya dihentak ke lantai. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian berlaku apabila tiga suspek berusia di antara 14 dan 15 tahun tersebut datang ke rumah mangsa ketika pelajar itu sedang menonton televisyen bersendirian di rumahnya. Ketika kejadian, ibu anak sulung daripada dua beradik itu keluar bekerja manakala adiknya ke sekolah. Katanya, sebaik dapat membuka pintu rumah dengan menendangnya, suspek terus memukul mangsa. "Tidak cukup dengan itu, suspek turut menarik rambut dan memukul seluruh badan mangsa dengan tangan hingga mangsa tidak berdaya. "Suspek turut memaki hamun dan marah terhadap mangsa selain salah seorang suspek yang 'naik hantu' bertindak menghentak kepalanya ke lantai hingga benjol," katanya kepada Kosmo! -kosmo Ulasan GB Di sekolah-sekolah terutama di bandar kini, gejala kenakalan juvena berlaku secara meluas. Lebih dasyat lagi apabila ia melibatkan remaja perempuan seperti kisah di atas. Masyarakat di bandar juga tidak memperdulikan gelagat dan akhlak anak remaja mereka. Suasana persekitaran dengan pelbagai macam hiburan hedonistik mewarnai kehidupan masyarakat bandar sehinggakan tidak terbendung lagi gejala seperti diatas daripada berlaku. Jika ada usaha untuk memperbaiki keadaan, ia bermula daripada akar. Iaitu "sistem nilai" masyarakat. Sistem nilai pula dimulai dengan pihak penentu dasar iaitu pemerintah (kerajaan). Masyarakat jadi rusak apabila kerajaan itu dipimpin oleh manusia-manusia yang telah rusak akhlaknya kerana hadith Nabi berbunyi: "rakyat mengikut agama pemimpinnya". Di negara kita, emm, menteri perogol ada, menteri bolehkan tayangan lucah pun ada, menteri perasuah ramai, silap gaya pembunuh pun ada. Yang "Trio" satu lagi tu entah bila lagi akan ditangkap. |
[Video] Ku Li: Henti Anak Tirikan Negeri Pembangkang, Kembalikan Royalti Kelantan Posted: 03 Apr 2011 06:53 PM PDT Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Putrajaya menghentikan sebarang amalan menganak-tirikan kerajaan negeri pembangkang dan merujuk kepada isu royalti minyak Kelantan sebagai contoh hak rakyat negeri dinafikan . "Saya rasa tak ada perkara yang patut menghalang pemberian wang tunai ini daripada dilanjutkan ke negeri berkenaan (Kelantan). Ada minyak bayarlah, "kata Tengku Razaleigh kepada TVSelangor. "Tak ada (wang ehsan) dalam Akta Kemajuan Petroleum. Wang ehsan ini sedekah. Rakyat (Kelantan) bukan nak minta sedekah, Ini (royalti) hak dia," tambah beliau. Tokoh veteran Umno itu menegaskan Kerajaan Pusat tidak harus menganaktirikan kerajaan negeri walaupun dokongan politik masing-masing berbeza kerana ia hanya menyusahkan rakyat. "Tak kira siapa kerajaan pun, Samada di Kelantan, Kedah, Pahang, Selangor dan Johor sama sahaja. Jadi kalaulah hendak menganaktirikan negeri sebab berlainan politik, tak patut (kerana) yang menanggungnya adalah rakyat, bukan kerajaan yang berkuasa," tegas beliau. "Tak ada keadilan dari segi itu," tambahnya. Tengku Razaleigh berkata konsep Federalisme di Malaysia tidak akan bermakna jika hak-hak kerajaan negeri dibelakangkan. "Kalau kita dengar ada negeri yang tak dapat layanan sewajarnya, saya rasa itu tak patut. Ia bertentangan dengan semangat Persekutuan itu sendiri. Jadi tak ada makna adanya (konsep) Persekutuan kalau semangat kerjasama dan tolong menolong tidak diteruskan,"kata beliau. Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan adalah dibawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Pemimpin negeri berkenaan sering merungut dipinggirkan dalam pelbagai program kerajaan pusat. Pengagihan peruntukan untuk negeri-negeri berkenaan juga didakwa tidak setimpal berbanding negeri di bawah pemerintahan Umno-Barisan Nasional. Kerjasama antara Kementerian Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga suram kerana arahan-arahan tertentu daripada Menteri berkenaan dikatakan didorong atas pertimbangan politik. Contohnya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dilaporkan pernah melarang kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di empat negeri pembangkang. Manakala Radio Televisyen Malaysia cawangan Selangor diarah berpindah keluar daripada Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor oleh Putrajaya, sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Tengku Razaleigh berkata tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan menganak-tirikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak boleh ditolak begitu sahaja. "Saya dengar ada pihak pusat nak cuba sabotaj pentadbiran negeri. Saya dengar di Pulau Pinang, bukan dari pihak yang berkuasa di negeri itu, tetapi dari rakyat yang memberitahu saya ada (yang) dihasut pegawai supaya jangan beri kerjasama dan sebagainya. Saya rasa tak patut. Seharusnya wajib diberi kerjasama kepada siapapun yang memerintah sebaik mungkin untuk sampaikan khidmat dan apa yang perlu kepada rakyat," kata beliau. Mengimbau isu royalti minyak Kelantan, Tengku Razaleigh berkata Kelatan tidak harus dilayan berbeza daripada Sabah dan Sarawak semata-mata kerana negeri pantai timur itu dibawah penguasaan Pas. "Kalau negeri nak terima 5 percent, syaratnya minyak kena ada berhampiran dengan negeri. Sabah dan Sarawak terus dapat (royalty). Kalau ikut (prosedur itu), Sarawak pun tak boleh dibayar. Maknanya Kerajaan boleh arahkan Petronas jangan bayar Sarawak," kata beliau. Perdana Menteri Najib Tun Razak sebelum ini mendakwa Kelantan tidak layak menerima royalti untuk minyak yang digali di kawasan persisirannya namun akan diberikan wang ehsan RM20 juta sebagai ganti. Tawaran itu ditolak oleh kerajaan negeri yang mengemukakan pelbagai bukti untuk menyokong hujah bahawa rakyat Kelantan berhak mendapatkan royalti sehingga RM2 bilion. Kerajaan Kelantan mengambil keputusan untuk mengemukakan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu — di sempadan Thailand-Kelantan. Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas juga membayangkan kepimpinan kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak melaksanakan Akta Kemajuan Petroleum secara betul sehingga mengakibatkan pelbagai kemelut. "Sebenarnya Perdana Menteri dalah Menteri bertanggungjawab mengenai minyak di negara ini mengikut Akta Kemajuan Petroleum. Tapi pelaksanaan akta ini tidak betul. Sepatutnya Majlis Petroleum Kebangsaan menasihati Perdana Menteri mengenai perkara-perkara seperti cari gali dan penyimpanan rizab," kata Tengku Razaleigh. "Sepatutnya Majlis Petroleum Kebangsaan dianggotai pegawai kanan Kerajaan persekutuan dan negeri pengeluar minyak. Mereka sepatutnya menasihati Perdana Menteri, namun majlis ini tak wujud sekarang," kata beliau.-tvs
|
Kes Murid Mati Dipukul Guru: Hukuman Mati Jika Sabit Kesalahan Posted: 03 Apr 2011 05:34 PM PDT Cikgu ambil nyawa KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya. Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya. Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. "Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan. "Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan," katanya enggan mengulas lanjut kes itu. Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu. Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan. Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung. Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit. Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian. Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan. "Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit. "Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku," katanya. Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis. "Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti," katanya. Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu. -HM Ulasan GB Pengajaran keras untuk sekalian guru. Jika tak sanggup pikul amanah, jika tak mampu untuk mengawal amarah, jika nafsu mengatasi akal, jika tak mampu untuk mendidik dan jadi contoh teladan yang baik untuk murid maka, letak jawatan sebagai guru dan cari kerja lain Ada yang bekata "jangan hina kaum guru" sebab dengan mereka kamu boleh mengeja dan membaca kepala hotak punya dogma! semua hamba adalah sama di sisi Allah yang membezakan hanyalah yang bertaqwa seorang guru, seorang petani, seorang menteri, seorang tukang sapu, seorang polis, seorang pekerja TNB, seorang peniaga kantin, seorang penarik beca, seorang wartawan, seorang blogger, seorang Presiden PAS, seorang bendahari persatuan kompang, seorang jurugambar, seorang askar, seorang peon, seorang juruterbang, seorang anggota FRU, seorang nelayan, seorang CEO, seorang pereka fesyen, seorang imam di Masjid Negara, seorang jaga, seorang makmun berbangsa bangla, seorang tukang gunting rambut, seorang gurusilat, seorang pegawai kastam, seorang peniaga kaki lima, seorang hakim mahkamah atau sesiapa juga ...asalkan dia bernama manusia: semua sama di sisi Allah. "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (QS. 49:13). Jari kelingking dengan jari hantu dengan jari telunjuk dengan jari manis dengan ibu jari, semua ada tugas dan kelebihan masing-masing. Tiada beza, mereka adalah jari-jari belaka. Renungkan: Jika guru membuat aku pandai mengeja, petani itu lebih penting, membuat aku dapat memakan nasi untuk teruskan kehidupan. Jika guru itu penting kerana membuat aku pandai menulis dan mengeja, maka pekerja TNB itu juga penting dengannya lampu bernyala untuk menyuluhi rumahku dari gelap gelita. Dan GB juga seorang guru seperti orang-orang lain yang juga adalah guru setidak-tidaknya untuk diri sendiri yang wajar hidup berpesan-pesan dan menerima pesan dari yang lain berimbaukan firman Allah s.w.t.: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.[Surah Al-'Asr Ayat 1-3] |
Posted: 03 Apr 2011 03:00 PM PDT Cikgu : Menunjuk Teladan atau Menjadi Perosakkan Fikiran (Akhlak)? Bukan untuk mengaibkan tetapi sekadar renungan dan muhasabah diri. Tugas guru adalah mendidik para pelajar untuk menjadi pelajar sebagai insan yang berguna. Bukan saja menjadikan pelajar baik dalam akademi tetapi baik dari segi akhlak dan moral. Moral dan akhlak guru perlulah terjaga untuk menjaga moral dan akhlak pelajar. Maka tidak heran jika ramai pelajar rosak moral dan akhlak jika keadaan begini terus berlaku. -fariszaz |
Jambatan Gantung Hampir Siap Dibina Di Galas, Runtuh Posted: 03 Apr 2011 08:34 AM PDT Gua Musang: Sebuah jambatan gantung yang hampir siap dibina merentangi Sungai Galas di Kampung Pulai di sini runtuh malam tadi dipercayai akibat hujan lebat. Gambar fail. Jambatan sepanjang 130 meter bernilai RM220,000 itu dipercayai runtuh pada awal tengah malam tadi tetapi hanya disedari penduduk kampung kira-kira jam 7 pagi Ahad. Pengerusi MCA bahagian Gua Musang Chee Sien Chen berkata kebanyakan penduduk yang menunggu pembinaan jambatan itu siap, terkejut apabila melihat ia telah runtuh. "Mujur jambatan itu belum digunakan penduduk, jika tidak mungkin ada yang cedera. "Kejadian itu dipercayai berpunca daripada stuktur pembinaannya yang tidak kuat dan pernah menjadi pertikaian penduduk akhir Februari tahun lepas kerana bimbang akan runtuh, " katanya kepada pemberita yang melawat jambatan itu hari ini. Turut melawat jambatan itu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusoff. Pengerusi Tokong Pulai, Lew Kew Bee pula berkata, pihaknya mempertikai pembinaan jambatan gantung berkenaan yang bukan sahaja terlalu mahal tetapi dibuat secara mudah hingga terdedah kepada kejadian runtuh itu. "Penduduk pernah mengadakan perjumpaan dengan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohd Arshad Ismail bagi membincangkan perkara itu, tetapi dimaklumkan pembinaannya mengikut prosedur. "Kita diberitahu struktur pembinaan ikut pakar yang pernah berbuat demikian dan dunia juga ikut cara berkenaan. Kini apa telah jadi apabila runtuh sebelum siap," katanya.-BERNAMA Ulasan GB Di Tenang, projek-projek mee segera BN terutama jalanraya dimusnahkan banjir. Kini di Galas, jambatan gantung runtuh sebelum dapat digunakan. Alam sendiri berbicara, "usah undi BN!" |
SPRM Mandul Untuk Menyiasat Kes Libatkan Pemimpin UMNO BN Posted: 03 Apr 2011 06:45 AM PDT Kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jatuh ke tahap paling rendah apabila dua pegawainya tersasul dalam satu sidang media mengenai kegagalan suruhanjaya itu menyiasat bagaimana Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud menimbun harta kekayaannya. Sejak akhir-akhir ini, Taib kerap menjadi sasaran pendedahan di Internet mengenai timbunan kekayaan dan pemilikan tanah yang luas di mana banyak laporan telah dibuat kepada SPRM. Dalam satu sidang media bagi membentangkan laporan tahunan dari jawatankuasa aduan SPRM pada 31 Mac lalu, kedua-dua Ketua Pesuruhjaya Abu Kassim Mohammed dan Pengerusi Jawatankuasa Aduan Mohd Nor Abdullah berdepan dengan soalan bertalu-talu dari para wartawan mengenai sikap membisu SPRM berhubung dakwaan yang telah sekian lama dibuat terhadap Taib. Ketika mana Abu Kassim cuba mengelak, reaksi Mohd Nor jelas menunjukkan sikap tidak senang beliau. Kedua-dua mereka memberi mesej bahawa "Taib tidak boleh disentuh, jangan kamu cuba mendesak kami lagi". Kepada soalan daripada para pemberita seperti, sama ada aduan daripada orang ramai telah diterima, sama ada fail telah dibuka, berapa banyak kes, sama ada pendakwaan akan dilakukan, Abu Kassim hanya memberi jawapan-jawapan yang tidak relevan. Beliau berkata, "kita perlu menyiasat semua kes rasuah, kita tidak boleh menolak perlunya penyiasatan, berdiam diri tidak bermakna tidak ada tindakan, dan sebagainya." Apabila datang lagi soalan daripada para wartawan, beliau mengulanginya seperti burung kakak tua: "Apabila ada aduan, kami akan siasat". Mohd Nor, yang duduk bersebelahan Kassim, menyampuk dengan memberi amaran kepada para pemberita supaya tidak bertanya lagi. Nampak jelas, berdasarkan latar belakangnya sebagai hakim mahkamah rayuan, beliau memberitahu para pemberita supaya tidak melanggar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA), yang menyebut berita hanya boleh diterbitkan jika terdapat alasan yang munasabah ianya boleh dipercayai. Beliau berkata, "jika kamu soal saya sama ada siasatan akan dilakukan terhadap Ketua Menteri itu, kamu mungkin telah melanggar Akta tersebut, kerana kamu membuat andaian bahawa Taib terlibat dengan rasuah. "Kamu tidak boleh 'memancing' bukti" "Kamu tidak menyoal saya begitu. Kamu tidak boleh cuba "memancing" bukti. Adakah kamu telah membuat penyiasatan? Selidik kebenaran dahulu, kemudian tanya?," soal Mohd Nor. Tatkala Abu Kassim kelihatan resah untuk menyentuh apa-apa berkenaan Taib, tindakannya itu hanya mengesahkan berita yang sudah pun menjadi pengetahuan umum. SPRM menjadi mandul untuk menyiasat kes yang melibatkan tokoh-tokoh besar dalam Barisan Nasional. Tindakan Mohd Nor yang garang dan berupa ugutan yang bodoh itu terhadap wakil media telah menimbulkan kemarahan orang ramai, yang sebelum ini tidak begitu ambil peduli. Mohd Nor bercakap seolah-olah kita tidak tahu mengenai timbunan bukti-bukti mengenai kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Taib yang dibongkar dan disebarkan melalui Internet. Bukti-bukti tentang salah laku beliau boleh dikumpulkan berjilid-jilid dan begitu terperinci sehingga kita boleh menerbitkan sebuah buku yang tebalnya 2 inci, yang secara rasmi diserahkan kepada SPRM. Laporan yang dibuat hampir setahun lalu hanya membawa kepada sikap membisu dari SPRM. Laporan-laporan tentang dakwaan terhadap Taib, kebanyakannya diperolehi dari laman sesawang Sarawak Report (http://www.sarawakreport.org) yang menceritakan secara terperinci tentang harta kekayaan keluarga Taib yang bernilai berbilion ringgit dalam bentuk hartanah di luar negara, syarikat-syarikat Malaysia dan pemilikan tanah yang sangat luas di Sarawak. Sarawak Report membutirkan secara terperinci, yang sungguh menakjubkan, tentang aset keluarga Taib, lengkap dengan bukti pemilikan yang diceduk dari pejabat pendaftar tanah dan pendaftar syarikat. Mungkin kerana laporan yang terlalu detail ini, di mana bukti-bukti tidak dapat disangkal lagi, membuat pegawai-pegawai SPRM gundah gulana dan kelihatan bodoh di depan orang ramai. Mengenai contoh begitu banyak laporan yang boleh didapati dari Sarawak Report, laman sesawang itu baru-barunya memuatkan pengkalan data dari Jabatan Ukur dan Tanah Sarawak yang mendedahkan bahawa beribu-ribu ekar tanah yang diambil sejak beberapa tahun kebelakang ini. Kebanyakan tanah-tanah itu disalurkan kepada kroni dan keluarga yang rapat dengan Taib dengan bayaran premium yang sangat rendah. Lebih 1.5 juta hektar tanah NCR dirampas Banyak dari tanah-tanah ini, yang berjumlah lebih 1.5 juta hektar, yang berupa tanah adat (NCR), dirampas secara rahsia daripada penduduk pribumi, hingga menyebabkan mereka terpaksa membuat lebih 200 tuntutan dan aduan. Beberapa kes telah didengar di mahkamah yang keputusannya memihak kepada para pemilik tanah itu, dan ini membuktikan terdapat kerja rampasan tanah oleh Taib. Sebagai bukti keluarga Taib menikmati faedah dari rampasan tanah haram ini, nama kira-kira 50 buah syarikat yang terdapat dalam buku daftar Tanah sebagai penerima asal tanah dari negeri itu yang disenaraikan, setiap satu daripadanya ada kaitan dengan keluarga Taib. Satu lagi berita buruk buat Taib ialah pendedahan terhadap "senarai hitam" 49 syarikat di seluruh dunia, yang setiap syarikat itu ada kaitannya dengan keluarga Taib. Senarai ini, yang didedahkan oleh Dana Bruno Manser, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Switzerland, yang berjuang untuk memelihara kepentingan penduduk pribumi Sarawak, menunjukkan 13 dari syarikat ini berpengkalan di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, bakinya di UK dan di tempat-tempat lain di dunia ini. Yang indahnya dari episod rasuah Taib ini ialah Taib sendiri tidak menafikan tentang kewujudan aset kekayaan luar biasa keluarganya. Dalam satu wawancara bersempena kempen siber yang dilancarkan baru-baru ini oleh beliau sendiri bagi menangkis serangan berupa tuduhan terhadap kekayaannya, beliau menyifatkan kekayaan keluarganya akibat dari sifat keusahawanan dan kebijaksaan anaknya Jamilah. Taib menerangkan bahawa apabila beliau meninggalkan perkhidmatan kerajaan pusat tiga dekad lalu, beliau memberi sedikit wang kepada Jamilah untuk membolehkan beliau menjalankan perniagaan di Kanada. Berdasarkan kepintarannya dalam bidang perniagaan, perniagaan itu berkembang menjadi empayar perniagaan bertaraf antarabangsa. Ketika kita masih terkial-kial dalam imajinasi kita bagi menerima hakikat kebenaran cerita Taib bagaimana kekayaan boleh dibina sebegitu pantas, jawapannya terdapat dalam satu lagi wawancara. Untuk mensahihkan ceritanya tentang kekayaan yang dimiliki, Taib menjelaskan bahawa beliau tidak ada pilihan melainkan dengan menjalankan perniagaan di luar negeri 30 tahun yang lalu, ketika mana anak-anaknya sedang belajar, sudah pun menjalankan perniagaan. Konflik kepentingan Beliau berkata, "saya tidak mahu konflik kepentingan ini menghantui saya pada setiap masa. Jika saya menjalankan perniagaan dalam negeri, orang akan berkata, saya menggunakan pengaruh saya untuk mengkayakan diri sendiri, maka kami mengusahakannya di luar negara." Apa jenis penipuan ini! Siapa di Sarawak yang tidak kenal bahawa sebuah konglomerat yang terbesar, menjadi syarikat induk empayar peniagaan keluarga Taib, mendapat kontrak-kontrak yang lumayan, hingga menyebabkan komuniti perniagaan dari negeri itu menjadi marah. Apa jenis penipuan yang secara terang-terangan begini? Bagaimana dapat kita menilai kredibiliti cerita kekayaan berbilion ringgit Taib ini? Dalam menghadapi bukti tentang aktiviti rasuah yang begitu luas ini, Mohd Nor terpaksa membuat ugutan kepada mereka yang bertanya, seolah-olah Taib menjadi mangsa tuduhan yang tidak berasas. Kisah Taib Mahmud ini hanya merupakan salah satu cerita skandal rasuah mega melibatkan pemimpin elit Barisan Nasional yang kerap kali dilindungi oleh institusi penguatkuasa seperti SPRM, polis, Ketua Peguam Negara atau bidang kehakiman. Sandiwara SPRM yang terbaru ini hanya mengesahkan tidak ada yang berubah sungguhpun Perdana Menteri Najib Tun Razak sering mencanangkan tentang reformasi melalui slogan-slogannya. -FMT |
Pelajar Yang Dipukul Guru Meninggal Dunia Posted: 03 Apr 2011 06:15 AM PDT Murid kena pukul meninggal, penyelia asrama ditahan ALOR SETAR: Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis, sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini. Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada 8.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lalu. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini. Dalam kejadian 7 malam itu, seorang guru lelaki berumur 26 tahun dikatakan memukul murid terbabit selama hampir dua jam sehingga pengsan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya, berkata suspek yang juga penyelia asrama sekolah berkenaan ditahan pada jam 10 malam tadi. "Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada jam 1.40 pagi kelmarin. "Saya dapat panggilan daripada seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas itu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah. Hazirah berkata, dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya. "Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup. "Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," katanya. Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun. "Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya. Saiful Sopfidee berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada jam 8 pagi kelmarin. Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang kelmarin. - BERNAMA Ulasan GB Innalillahi wainna ilahi rajiun. Selalunya apabila GB mengkritik kaum guru, ramai pihak melenting, konon GB tak tahu menghargai jasa guru dan sebagainya, sedangkan ramai guru-guru yang bersifat syaitaniah ada di sekolah-sekolah. Dan kejadian di atas adalah bukti yang nyata. |
2 Pegawai SPRM Muaturun & Tonton Video Lucah Di Pejabat. Kenapa Tiada Tindakan? Posted: 03 Apr 2011 04:37 AM PDT Teguran Sinis Suruhanjaya Ibarat Leteran Emak SURUHANJAYA siasatan kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock yang bersidang sejak 14 Februari lalu secara tidak langsung membuka mata masyarakat tentang cara kerja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini kerana, prosedur yang digunakan oleh badan berkecuali yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegahan Rasuah (BPR) baik dalam menyoal seorang suspek atau saksi ditanya dengan teliti, termasuklah oleh Pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen. Tetapi, apa yang paling mengejutkan sudah pastilah pendedahan mengenai tindakan seorang pegawai SPRM, Mohd Asyraf Mohd Yunus yang menonton dan memuat turun bahan lucah semasa berada di pejabat. Dan lebih malang, perbuatan itu 'terbongkar' di satu prosiding suruhanjaya yang dihadiri oleh media, tidak kira dari arus perdana mahupun daripada portal berita yang dikatakan pro-pembangkang. Tidak dinafikan tiada individu yang benar-benar bersih daripada penyalahgunaan kemudahan di pejabat (terutamanya dengan kewujudan Facebook, Twitter, YouTube dan sebagainya) tetapi dibongkarkan dalam keadaan sedemikian rupa? Dari satu sudut, persoalan yang timbul adalah apakah perbuatan itu akan diteruskan jika tiada saksi, (dalam kes ini Teoh) mati pada 16 Julai 2009 yang sekaligus akan menyebabkan tiada suruhanjaya yang akan bersidang. Kredibiliti Mohd Asyraf terus diperkatakan kerana selain daripada insiden bahan lucah, dia dikatakan telah dicamkan secara positif dalam 13 kawat cam. Semua kawat cam tersebut ekoran daripada laporan polis yang dilakukan oleh orang awam yang mendakwa mereka dikasari semasa berada di pejabat SPRM. Salah seorang anggota suruhanjaya, Datuk T. Selventhiranathan juga meluahkan kebimbangan dengan jumlah laporan polis terhadap SPRM Selangor. Menurut beliau, terdapat 59 laporan polis dibuat terhadap SPRM dan 21 daripadanya melibatkan SPRM Selangor walaupun setiap pegawainya menegaskan bahawa mereka hanya menggunakan pendekatan berhemah dalam menyoal balas saksi. Malah, Bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim sendiri mengakui bahawa beliau bukanlah seorang yang garang dan setiap saksi dilayan dengan baik kerana ia akan memberikan kesan kepada kes yang disiasat. Keterangan-keterangan yang mengejutkan ini bagaimanapun bukanlah berniat untuk memalukan atau membuka pekung di dada SPRM. Sebaiknya, James sendiri semasa menempelak Mohd Asyraf yang kerap memberikan jawapan 'tidak ingat' mengenai apa yang berlaku kepada Teoh sejak dia ditahan bermula 15 Julai 2009 mengatakan bahawa soalan-soalan panas itu ditanya untuk mengetahui prosider yang diguna pakai oleh SPRM. "Kami perlu bertanya kerana antara terma rujukan suruhanjaya ialah untuk menyiasat sama ada prosedur siasatan terhadap si mati dilakukan oleh SPRM dengan betul, adil atau sebaliknya," jelas James. Sepanjang prosiding yang melibatkan pegawai-pegawai SPRM, James dan anggota suruhanjaya juga berkali-kali meminta cadangan untuk membaik pulih imej SPRM yang tidak keterlaluan jika dikatakan telah tercalar dengan kematian Teoh. James juga mengakui bahawa mungkin ada di antara pegawai yang telah lama berkhidmat perlu sering diingatkan beratnya amanah yang dipikul ekoran telah mula 'besar kepala' dengan 'kuasa' yang diberikan. Dalam beberapa sudut, selain mendapatkan gambaran yang jelas mengenai 'misteri' yang menyelubungi kematian Teoh, prosiding suruhanjaya juga boleh dilihat sebagai platform untuk memperbaiki imej, bukan sahaja oleh SPRM malah untuk semua yang terlibat. Seperti penggunaan kamera oleh pihak polis yang ditegur oleh James secara berseloroh meminta supaya kamera lebih terkini digunakan kerana kualiti gambar yang dihasilkan kurang jelas kerana agak kehitam-hitaman. Ini sekaligus menyebabkan gambar-gambar yang diambil oleh seorang pakar forensik, Dr Prashant Naresh Samberkar dengan menggunakan kamera peribadinya lebih menjadi pilihan peguam-peguam untuk digunakan sebagai rujukan sepanjang prosiding. Walaupun 'teguran-teguran sinis' ini agak menyakitkan telinga yang mendengar, ia sebenarnya membawa maksud yang baik dan perlu dianggap sebagai 'leteran emak' ataupun 'teguran seorang bapa yang mengajar anaknya' kerana jika diperhalusi ia penuh dengan kasih dan sayang. -mstar
|
Loji Penapisan Minyak Terbesar Indonesia Terbakar Posted: 03 Apr 2011 02:00 AM PDT Jakarta: Anggota bomba Indonesia bertungkus lumus untuk memadamkan kebakaran di loji penapisan minyak terbesar negara itu ketika api merebak ke tangki simpanan ketiga. Tiada yang cedera dalam kebakaran itu yang bermula di depot miliki syarikat petroleum negara itu, PERTAMINA, di Jawa Tengah. "Sebuah tangki simpanan terbakar dengan beberapa letupan kecil kedengaran semalam. Menjelang hari ini, api sudah merebak ke tangki ketiga. Kami mencuba sebaik mungkin bagi memadamkan kebakaran itu. "Saya tidak boleh membuat spekulasi mengenai punca kebakaran itu pada masa ini. Kami hanya boleh menyiasat selepas kebakaran dipadamkan," kata jurucakap Polis Jawa Tengah, Djihartono. - AFP
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan