Isnin, 4 April 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pakatan Tiada Persefahaman Menghadapi Pilihanraya Sarawak

Posted: 03 Apr 2011 10:24 PM PDT

Pakatan bertembung lebih 20 kerusi di Sarawak

Peluang Pakatan Rakyat di Sarawak dilihat makin sukar apabila rundingan pembahagian kerusi sesama mereka hampir pasti gagal, yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri di sekurang-kurangnya 23 kerusi.

Walaupun masih tinggal dua hari sebelum penamaan calon pada 6 April ini, rundingan PKR dan Snap dilihat buntu, terutama apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mula bercakap tentang "risau" dan "waspada".

"Beberapa minggu sebelum ini, mereka (Snap) mula bercakap tentang meningkatkan kerusi. Itu menimbulkan kerisauan," katanya sambil menyentuh tentang kemungkinan berlakunya pecah undi.

Anwar juga berkata, pembangkang perlu memastikan Pakatan Rakyat melawan BN di semua tempat.


"Sehubungan itu, jangan ada parti yang ditaja," katanya.

PKR hari ini mengumumkan sebahagian lagi calonnya dan memberikan watikah bagi bertanding dalam pilihan raya Sarawak di sebuah hotel di Sibu hari ini.

Berucap dalam majlis itu mengambil peluang menasihati calon parti itu supaya "kurang ngomong", sebaliknya menjelajah dan bertemu sebanyak mungkin pengundi di kawasan masing-masing.

Mengulas peluang Pakatan, Anwar berkata, dalam tempoh enam hari di bumi Kenyalang itu, beliau melihat "isyarat yang baik".

Sementara dalam sidang media selepas itu, ditanya tentang pertindihan kawasan dengan Snap, Anwar meminta supaya pemberita tunggu beberapa hari lagi supaya ia diselesaikan.

Menyentuh soal tuntutan 27 kerusi oleh Snap, Anwar berkata pembahagian sepatutnya berdasar kekuatan dan komitmen pada Pakatan.

"Soalnya adakah kita iltizam dengan agenda Pakatan Rakyat dan menentang BN?" Katanya.

Menjawab soalan, sambil menegaskan tidak merujuk langsung pada mana-mana parti, Anwar berharap tiada sabotaj dalam rundingan mereka.

PKR juga dikatakan akan bertanding di 47 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Penahanan OKU Kadir untuk tenggelam isu panas

Posted: 03 Apr 2011 09:09 PM PDT

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan penahanan Kadir Hashim, yang juga seorang OKU ( orang kelainan upaya) di bawah Akta Keselamatan (ISA) bertujuan untuk tenggelamkan isu panas terutama dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, PKR dengan tegas dan sekeras-kerasnya mengutuk penahanan tanpa bicara Saudara Kadir Hashim yang jelas membelakangi hak asasi manusia.

"Justeru, penahanan ini sebenarnya hanya bermotifkan politik dan sengaja untuk menenggelamkan isu-isu panas yang berkaitan dengan pilihan raya Negeri Sarawak yang semakin hampir," katanya.


Kadir Hashim, 42, ditahan polis mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kampung Kerinchi di sini, petang 1 April lepas.

Kadir adalah seorang ahli PKR ditahan dalam serbuan melibatkan 20 anggota polis berpakaian preman di rumahnya kira-kira pada jam 6.50 petang, lapor KeadilanDaily.

Perkara itu disahkan Mohamad Izhar, Ketua Angkatan Muda Keadilan Lembah Pantai.

Beliau menganggap penahanan itu tidak masuk akal kerana Kadir adalah seorang peniaga tomyam OKU yang memiliki sebelah tangan dan mustahil untuk terlibat dalam 'gerakan subversif' seperti didakwa polis ketika membuat tangkapan.

Dalam pada semua masyarakat sivil menentang amalan penahanan tanpa bicara, tiba-tiba orang ramai dikejutkan dengan penahanan Kadir Hashim di bawah Akta Keselamatan (ISA).

Bagi Wan Azizah (gambar bawah), ini menunjukkan bukan sahaja Kerajaan tidak mengendahkan desakan rakyat tetapi ia menggambarkan BN sudah terlalu angkuh.

Apatah lagi Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Jumaat lalu telah meluluskan Usul Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Kita difahamkan Kadir Hashim dikaitkan dengan militan di Cambodia. Jika benar dakwaan tersebut, Kadir hendaklah dibawa kemuka pengadilan, dibicarakan dan dibenarkan membela diri.

"Negara ini mempunyai cukup akta dan undang-undang yang boleh digunakan umpamanya Akta Polis dan Kanun Keseksaan," katanya.

PKR, katanya, dengan tegas dan sekeras-kerasnya mengutuk penahanan tanpa bicara Saudara Kadir Hashim yang jelas membelakangi hak asasi manusia.

" Keadilan dengan ini terus mendesak supaya akta zalim ISA dimansuhkan dan kesemua tahanan yang ada didakwa di mahkamah dan dibicarakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

"Keadilan sedar bahawa ketenteraman awam itu adalah penting dan mesti dipertahankan tetapi penahanan tanpa bicara melalui ISA itu jelas sekali zalim dan di luar kemanusiaan," tegasnya. - HRKH

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Anak yatim dibelasah guru, meninggal

Posted: 03 Apr 2011 08:03 PM PDT

ALOR SETAR - Seorang murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) berasrama di Jejawi, Perlis dipercayai dibelasah seorang guru tanpa belas kasihan sehingga koma, menghembus nafas terakhir pada jam 8.50 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini semalam.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, dimasukkan ke hospital berkenaan, Jumaat lalu.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya akan dikebumikan Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, belakang Balai Bomba, Kangar, petang ini.


Menurutnya, walaupun sebelum ini anaknya tinggal bersama keluarga angkat sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006, namun hubungan antara mereka akrab sekalipun jarang berjumpa kerana terpaksa bertugas di Langkawi.

"Saya kerap berkunjung ke rumah keluarga angkat sekiranya mempunyai masa lapang untuk melihat Syazani, tetapi sejak kebelakangan ini saya jarang berjumpa Syazani kerana sibuk dengan tugasan.

"Syazani anak tunggal hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, bagaimanapun sebelum itu saya pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 14 tahun," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam perkembangan sebelum ini, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, Syazani tidak sedarkan diri akibat masalah jantung dan pendarahan otak, kemudiannya dipindahkan ke HSB dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

"Sebaik menerima laporan bapa mangsa, polis menggerakkan usaha memburu suspek sebelum lelaki itu yang juga warden asrama sekolah terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau dan direman tujuh hari," katanya.

Menerusi perkembangan sama, mangsa diperlakukan guru lelaki berusia 26 tahun itu selepas dituduh terbabit dalam beberapa kes kecurian wang.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 7 malam Khamis lalu selepas mangsa dibawa guru berkenaan ke bilik sebelum dua tangannya diikat dan disoal siasat berhubung insiden kecurian.

Mangsa dikatakan merayu dilepaskan, tetapi tidak diendahkan guru terbabit yang didakwa terus memukul dan menyoal siasat sehingga kanak-kanak itu diserang sawan dan terus pengsan.

Sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, bapa mangsa terus bergegas ke HSB dan terkejut melihat kesan lebam di badan, mata kiri dan pipi, muka bengkak, selain melecet pada tangan kiri anaknya.

Selepas melihat keadaan itu, dia segera membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada petang Jumaat lalu.

Sinar Harian/-

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

BN Akan Syor Tubuhkan Suruhanjaya DiRaja Siasat Video Seks

Posted: 03 Apr 2011 07:06 PM PDT

Barisan Nasional (BN) akan mengesyorkan agar satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat pendedahan rakaman video seks - oleh tiga "Datuk T" dua minggu lalu — mendakwa aksi seks Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun Ketua Pembangkang itu menafikan perkara tersebut.

Minggu lalu, polis mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan bukan sesuatu yang direka.

Rakaman itu didedahkan oleh "Datuk T" pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara di sini, mengejutkan banyak pihak ketika negara berhadapan dengan pilihan raya negeri Sarawak bulan ini dan kemungkinan pilihan raya umum tergempar tahun ini.


"BN akan mengesyorkan satu usul supaya diadakan suruhanjaya diraja bagi mendedahkan segala-galanya," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, yang bertanggungjawab kepada hal ehwal Parlimen, akan membawa usul berkenaan secepat mungkin sebelum sesi Parlimen semasa berakhir Khamis ini.

Beliau juga sedang berusaha mengumpulkan beberapa ahli Parlimen BN untuk menyokong usul tersebut.

Bagaimanapun Anwar tidak boleh bercakap mengenai usul itu memandangkan beliau masih menjalani hukuman digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan berhubung isu APCO Worldwide dan gagasan 1 Malaysia, yang dijatuhkan akhir tahun lalu.

Jika usaha itu menjadi kenyataan ini kali pertama satu suruhanjaya diraja disyorkan untuk menyiasat rakaman aksi seks melibatkan ahli poliitik.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

JAMBATAN GANTUNG HAMPIR SIAPA DIBINA DI GALAS RUNTUH

Posted: 03 Apr 2011 10:33 AM PDT


GUA MUSANG: Sebuah jambatan gantung yang hampir siap dibina merentangi Sungai Galas di Kampung Pulai di sini runtuh malam tadi dipercayai akibat hujan lebat.

Jambatan sepanjang 130 meter bernilai RM220,000 itu dipercayai runtuh pada awal tengah malam tadi tetapi hanya disedari penduduk kampung kira-kira jam 7 pagi Ahad.
Pengerusi MCA bahagian Gua Musang Chee Sien Chen berkata kebanyakan penduduk yang menunggu pembinaan jambatan itu siap, terkejut apabila melihat ia telah runtuh.

"Mujur jambatan itu belum digunakan penduduk, jika tidak mungkin ada yang cedera.


"Kejadian itu dipercayai berpunca daripada stuktur pembinaannya yang tidak kuat dan pernah menjadi pertikaian penduduk akhir Februari tahun lepas kerana bimbang akan runtuh, " katanya kepada pemberita yang melawat jambatan itu hari ini - mstar

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Blogger Pakatan bentuk Revolusi 2013

Posted: 03 Apr 2011 10:24 AM PDT

Hasil pemukiman blogger yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) hari ini, berjaya membentuk satu gerakan Revolusi 2013 yang menjurus ke arah membangkitkan kesedaran minda dalam kalangan rakyat menjelang PRU 13 nanti.

Presiden gerakan penulis maya, Tarmizi Mohd Jam berkata, dengan wujudnya platform ini bakal membolehkan semua blogger PR bertindak dengan lebih pantas, bersepadu dan berkesan.

Katanya, gerakan Revolusi 2013 ini diharapkan menjadi landasan berkesan dalam usaha PR meyakinkan rakyat untuk mereka kembali melihat keperluan terdesak memberikan sokongan kepada PR dan menolak BN.


Revolusi 2013 yang menggunakan tagline Bebaskan Malaysia, Selamatkan Rakyat akan menjalankan peranan mereka menerusi media maya yang dibenarkan oleh undang-undang negara dengan melihat usaha ini perlu dan amat perlu disegerakan.

"Semua pihak yang menyokong Pakatan Rakyat akan meneruskan usaha konvensional selama ini dengan ceramah dan media cetak untuk mereka yang tiada capaian internet, gerakan ini pula melangkaui sempadan dan warna kulit.

"Kita sedar ramai di kalangan mereka yang tidak mempunyai capaian internet bagi mengikuti perkembangan semasa dengan lebih cepat, namun ada usaha yang perlu dilakukan lebih sedikit oleh pemimpin parti peringkat tempatan.

"Mereka boleh melayari internet dan mengikuti perkembangan politik semasa dan di masa sama mereka boleh mencetak atau menayangkan semula kepada anggota masyarakat dan rakyat menerusi kemudahan teknologi tertentu yang mereka miliki," tegasnya.

Program dua hari ini diadakan di Ampang dengan perasmian dan penutupnya oleh Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohammed Fadzli Datuk Hassan.

Dua pembentangan kertas kerja bertindak telah dilakukan oleh Pengasas Zentrum Future Studies yang juga pensyarah kanan Jabatan Media dan Komunikasi UM, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dan AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Polis ganggu lagi ceramah Anwar

Posted: 03 Apr 2011 09:14 AM PDT


Polis mengganggu ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kali ketiga berturut-turut - malam ini di ceramah terbesar parti itu di Betong - yang merupakan kubu kuat Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu.

Majlis makan malam dan ceramah itu - yang diadakan di medan selera
terbuka di Betong, sebuah pekan kecil yang terletak 70km di utara Sri Aman - bermula dengan lancar dengan pemimpin PKR tempatan, termasuk empat calon, menyampaikan ucapan kira-kira lebih sejam tanpa sebarang gangguan.


Anwar tiba pada jam 9.30 malam dengan disambut oleh hampir 1,000 penduduk pelbagai kaum berserta laungan "Reformasi".

Bagaimanapun, apabila Anwar bercakap kira-kira 10 minit, seorang anggota polis beruniform mendekati ketua pembangkang itu dan memintanya berhentikan berucap, menyebabkan timbul ketegangan di kalangan hadirin.

Selepas rundingan ringkas, Anwar bersetuju memendekkan ucapannya.

Beliau kemudian meneruskan ucapannya selama 20 minit lagi sebelum polis mengganggunya lagi.

Malaysiakini difahamkan oleh pihak penganjur bahawa pihak polis telah mengeluarkan permit kepada PKR untuk mengadakan 'mesyuarat luar biasa' dan bukannya ceramah politik atas alasan tempoh kempen belum bermula.

Sebelum berhenti berucap, Anwar mendakwa pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan jika ceramah gagal menarik ramai hadirin.

"Jika hanya ada 10 orang, polis tidak akan ganggu. Tetapi bila terdapat ramai orang seperti malam ini, mereka akan mengganggu," katanya.

Menurut timbalan ketua Wanita PKR Sarawak, Cecilia Siti Una, kehadiran malam ini adalah yang terbesar dalam sejarah Betong.

"Bukan mudah untuk meminta penduduk Betong menghadiri ceramah politik," katanya kepada Malaysiakini.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Fitnah Seks Memang Sudah Sekian Lama Didedahkan Al-Quran

Posted: 03 Apr 2011 07:13 AM PDT

Al Quran bukan buku cerita atau buku sejarah. Ia adalah pedoman dan pembimbing manusia mengenal diri, tanggungjawab dan siapa Tuhannya.

Sebab itu kisah-kisah dalam al Quran harus digarap dan difahami demi mencari pengajaran dan teladan yang boleh dijadikan petunjuk pada semua masa dan persekitaran.

Cerita Nabi Yusuf alaihi salam (a.s.) misalnya, amat relevan dengan kehidupan dahulu, kini dan selamanya.

Ketika mengupas kisah ini dan hubungannya dengan realiti sosial, ekonomi dan politik hari ini, ahli pemikir Dr Sidiq Fadzil menyerlahkan betapa serasinya al Quran ini digunakan untuk umat manusia di Malaysia membaca suhu politik, dan ragam kemanusiaan rakyat serta pemerintahnya.


Beliau menghuraikan bahawa manusia memang sukar menceraikan sikap dan perasaan dengki.

Ia biasa menjeruk jiwa sesiapa dan dalam persekitaran apa jua. Dalam kes Nabi Yusuf a.s, yang dengki kepadanya ialah adik beradiknya sendiri. Alasan dendam dan dengki mereka amat lumrah – berebut kasih sayang. Atau, mungkin juga kerana kekurangan unsur itu dalam diri.

Didorong sifat dengki kerana kononnya Yusuf a.s. kononnya lebih disayangi oleh bapa, Yaakob a.s, mereka pun melakar konspirasi untuk memadamkan kehadiran Yusuf a.s. dalam persekitaran hidup mereka. Kisahnya: Yusuf a.s. dibuang ke dalam telaga.

Di sebalik itu al Quran pun mendedahkan helah manusia (dalam kes ini adik beradik Nabi Yusuf a.s. sendiri) mereka cipta bukti palsu dengan melumur darah kambing pada baju Yusuf dan dikemukakan kepada bapa mereka kononnya adik mereka itu telah dibaham serigala. Kecurangan begini masih berulang hingga hari ini hingga kepada usaha "menanam" DNA sebagai bukti.

Nabi Yusuf ditemui kafilah yang lalu dekat telaga ketika mencari air. Namun gerombolan ini mengambil kesempatan penemuan ini dan menjadikan modal niaga. Yusuf dijual sebagai hamba sahaya. Iktibar daripada ini, kata Dr Sidiq ialah, meskipun menjadi hamba, kemuliaan Yusuf tidak luntur. Dia tetap pilihan Allah.

Maka dikurniakan Yusuf pelbagai keelokkan – rupa diri, syaksiah dan kebijaksanaan yang tinggi. Ini menimbulkan ghairah pelbagai pihak untuk memiliki dan menguasainya.

Maka terjadilah fitnah lebih besar terhadap Yusuf. Meskipun terbukti bukan dia menggoda isteri Al Aziz, majikan Yusuf, bahan fitnah berbaur seks ini menyebabkan lebih ramai yang berkepentingan di Mesir yang mahu Yusuf dipenjara.

Sifat dengki dan dendam kesumat menjadi inti konspirasi. Maka ramailah yang tampil berbohong tentang "kejelekan" peribadi Yusuf dan terperosoklah baginda dalam penjara.

Status banduan tidak melunturkan kemuliaan Nabi Yusuf a.s. Ilmu tamsil mimpi dan sifat abidnya kepada Allah, menjadi jatidirinya. Dia terus jadi pedoman banduan lain dan sentiasa diberi penghormatan dan dimuliakan.

Yang signifikannya ialah apabila Yusuf dapat menafsirkan mimpi raja. Lebih istimewa lagi, Yusuf juga mampu menampilkan pelan induk ekonomi untuk Mesir.

Nasib Yusuf berubah ketika itu. Bukan sahaja ditawarkan kebebasan, tetapi pelan ekonomi Yusuf mendorong Raja memberinya tanggungjawab menguruskan ekonomi negara. Yang mengkagumkan ialah, Yusuf tidak segera menerima tawaran Raja itu.

Nabi Yusud mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat mengapa beliau dipenjara.

Setelah terbukti nasib malang Yusuf itu berpunca daripada konspirasi yang membabitkan soal seks, dan namanya kemudian dibersihkan, barulah Yusuf menerima tanggungjawab sebagai penguasa ekonomi negara.

Yusuf sedar, di hadapan Allah, tiada guna pangkat atau nama jika soal maruah tidak diutama.

Pengajaran daripada kisah Yusuf ini ialah soal dengki tidak pernah mati dalam diri mana-mana manusia dan tamadun. Yang jadi persoalan ialah bagaimana mengawalnya.

Rentetan itu, soal naluri seks juga tidak pernah lekang daripada jiwa manusia. Maka yang menjadi persoalannya ialah bagaimana pula ia harus dikendali dan jangan dijadikan modal konspirasi sesama insan.

Bayangkan betapa besarnya aib yang menimpa diri ketika usia telah lanjut apabila Suruhanjaya Siasatan Diraja membongkar di depan mata anak cucu bahawa diri terbabit dalam konspirasi seks hanya kerana ketika itu hendak mengekalkan kuasa, kedudukan dan pangkat?

Sifat buruk ini memang ada pada manusia. Sebab itu al Quran diturunkan untuk menjadi pedoman supaya mengelak mengulang kesilapan dan keterlanjuran manusia silam.

Lebih penting daripada itu, kata Dr Sidiq, setiap insan mesti meyakini bahawa ujian ada di mana-mana.

Lebih besar status dan kaliber seseorang itu, maka lebih getirlah ujian yang dihadapinya. Namun paksi ujian ialah bagaimana menundukkan kedengkian sesama insan.

Dan, lebih penting lagi, ialah bagaimana mengenal dan mengelak diri terjerumus dalam sikap kepetualangan itu. Kisah seperti pengalaman Nabi Yusuf menunjukkan betapa tema kedengkian manusia – memadamkan kehadiran saingan dengan cara fitnah dan membunuh serta motif politik bertema rasuah dan seks sentiasa jadi juadah konspirator untuk menundukkan lawan politik mereka; dari zaman ke zaman.

Maka jika kita percaya pada Allah dan sentiasa mengintai kebijaksanaan dan pedoman yang diselitkan dalam kisah-kisah Al Quran, maka tidak mungkin kita gusar akan fitnah dan cabaran dunia ini.

Sebagai tunjang iman, kita percaya balasan Allah akan tetap berlaku terhadap yang memfitnah dan juga yang difitnah. Jika tidak di dunia, orang beriman yakin, di akhirat nanti ada ganjaran dan hukumannya.

Sebab itu Allah menjanjikan Yaumil Masyar, Syurga dan Neraka. - tvs

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Karpal Cabar Tayang Video Seks Di Parlimen.. Ada Brani??

Posted: 03 Apr 2011 05:28 AM PDT

Karpal Singh menyeru pihak berkuasa menayangkan video seks Carcosa di Parlimen kerana ia mempunyai imuniti untuk melindungi ahli parlimen daripada sebarang liabiliti jenayah.

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, mendedahkan video itu untuk tatapan umum merupakan kesalahan mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, katanya, jika ditayangkan di dalam Parlimen akan memberi imuniti kepada ahli parlimen daripada sebarang liabiliti jenayah atau lain-lainnya.

Karpal berkata, ia pernah dilakukan pada 1992 berhubung video seks DP Vijandran.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

SPRM gagal siasat skandal rasuah Taib

Posted: 03 Apr 2011 01:43 AM PDT

Kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jatuh ke tahap paling rendah apabila dua pegawainya tersasul dalam satu sidang media mengenai kegagalan suruhanjaya itu menyiasat bagaimana Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud menimbun harta kekayaannya.

Sejak akhir-akhir ini, Taib kerap menjadi sasaran pendedahan di Internet mengenai timbunan kekayaan dan pemilikan tanah yang luas di mana banyak laporan telah dibuat kepada SPRM.

Dalam satu sidang media bagi membentangkan laporan tahunan dari jawatankuasa aduan SPRM pada 31 Mac lalu, kedua-dua Ketua Pesuruhjaya Abu Kassim Mohammed dan Pengerusi Jawatankuasa Aduan Mohd Nor Abdullah berdepan dengan soalan bertalu-talu dari para wartawan mengenai sikap membisu SPRM berhubung dakwaan yang telah sekian lama dibuat terhadap Taib.


Ketika mana Abu Kassim cuba mengelak, reaksi Mohd Nor jelas menunjukkan sikap tidak senang beliau. Kedua-dua mereka memberi mesej bahawa "Taib tidak boleh disentuh, jangan kamu cuba mendesak kami lagi".

Kepada soalan daripada para pemberita seperti, sama ada aduan daripada orang ramai telah diterima, sama ada fail telah dibuka, berapa banyak kes, sama ada pendakwaan akan dilakukan, Abu Kassim hanya memberi jawapan-jawapan yang tidak relevan.

Beliau berkata, "kita perlu menyiasat semua kes rasuah, kita tidak boleh menolak perlunya penyiasatan, berdiam diri tidak bermakna tidak ada tindakan, dan sebagainya."

Apabila datang lagi soalan daripada para wartawan, beliau mengulanginya seperti burung kakak tua: "Apabila ada aduan, kami akan siasat".

Mohd Nor, yang duduk bersebelahan Kassim, menyampuk dengan memberi amaran kepada para pemberita supaya tidak bertanya lagi.

Nampak jelas, berdasarkan latar belakangnya sebagai hakim mahkamah rayuan, beliau memberitahu para pemberita supaya tidak melanggar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA), yang menyebut berita hanya boleh diterbitkan jika terdapat alasan yang munasabah ianya boleh dipercayai.

Beliau berkata, "jika kamu soal saya sama ada siasatan akan dilakukan terhadap Ketua Menteri itu, kamu mungkin telah melanggar Akta tersebut, kerana kamu membuat andaian bahawa Taib terlibat dengan rasuah.

"Kamu tidak boleh 'memancing' bukti"

Berita Penuh

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Al-Kitab Serlahkan Hipokrit Umno-BN

Posted: 03 Apr 2011 01:33 AM PDT

Tindakan Putrajaya menarik balik larangan Kitab Injil berbahasa Melayu diedar di negara ini, beserta kebenaran mencetaknya pula, didorong semata-mata oleh pertimbangan politik, khususnya menjelang pilihanraya negeri Sarawak bulan ini.

Tindakan itu kata Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng sekaligus mencerminkan pendirian goyah kerajaan bersabit isu agama yang pada hakikatnya tidak boleh diganggu-gugat kedudukannya.

Justeru, tindakan drastik itu katanya, satu lagi strategi terdesak kerajaan Umno-BN untuk memenangkan parti pemerintah pada pilihanraya negeri Sarawak yang akan diadakan pertengahan bulan ini.


" Sudah tentu ini menunjukkan hanya wujud unsur politik semata-mata dan bukannya agama. Kalau soal agama selama-lamanya tidak akan berubah pendirian kerajaan. Ini semua kerana sekarang mereka rasa panas menjelang pilihanraya Sarawak," katanya.

Negara semalam sekali lagi menerima kejutan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mendedahkan 10 penyelesaian dicapai bersabit kontroversi Kitab Injil.

Bukan hanya membenarkan ia dicetak di negara ini sebaliknya penganut Kristian juga dibenarkan mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasa
Melayu/Indonesia tanpa sebarang halangan.

Ia begitu kontras dengan tindakan kerajaan sebelum ini yang menahan 35,000 naskah Injil berbahasa Melayu sejak 2009 di Pelabuhan Kelang.

Setelah desakan demi desakan dibuat, kerajaan kemudianya akur untuk melepaskan kitab tersebut namun bersyarat nombor siri dan cop "hanya untuk penganut Kristian" harus dipamerkan pada kitab suci penganut Kristian itu.

" (Sekarang) kita lihat kerajaan kata satu peraturan di Sarawak, satu peraturan di Semenanjung. Itu bermakna unsur-unsur agama boleh dibahagikan mengikut majoriti Kristian atau majoriti Muslim.

Jui Meng turut membidas tindakan badan bukan kerajaan dan mufti pro- Umno yang berdiam mengenai isu ini.

" Apa yang saya lihat ialah PERKASA tidak buat demonstrasi, Tan Sri Harussani Zakaria tidak buat kenyataan yang mengeji, semua diam sahaja. Mula-mula peristiwa ini berlaku dahulu, ramai yang keluar memberikan kenyataan menyokong Umno.

Sementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad secara sinis menyindir kepimpinan Najib Razak yang dilihat semakin hilang punca dalam meraih sokongan rakyat sehingga sanggup memperkecilkan agama masyarakat lain.

Katanya, kerajaan pimpinan Najib sanggup menghalalkan apa sahaja pada masa kini, demi memenangkan parti itu pada pilihanraya negeri Sarawak 16 April ini.

Untuk rekod, penganut Kristian di Sarawak mencecah 40 peratus.

" Apabila kepentingan politik tidak lagi diperolehi malahan tindakan kerajaan Umno-BN itu mendatangkan masalah dari sudut politik maka ia dibenarkan. Itulah Barisan Nasional,"katanya.

" Atas dasar politik, mereka boleh haramkan. Atas dasar kepentingan politik juga mereka boleh halalkan berbanding dengan Pakatan Rakyat yang dari awal lagi katakan hukumnya harus kerana ia sememangnya hak orang-orang bukan Islam khususnya orang-orang nasrani berhubung agama mereka dan memang tidak ada masalah dari dasarnya," tambahnya lagi. - tvs

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Tiada ulasan: