Selasa, 26 April 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO SEKS - DEDAHKAN SEGERA KERANA SUDAH TIDAK `SUSPEN' LAGI

Posted: 26 Apr 2011 10:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM isu video seks yang ditayangkan oleh `Three Strooges' @ Datuk T di Seri Carcosa itu, pihak Polis memaklumkan berkali-kali bahawa siasatan lebih tertumpu kepada kes penayangan dan pengedaran video seks tersebut setelah disahkan tulin. Apabila ini disebut, ertinya pihak Polis sedang menyiasat `Three Strooges' yang tanpa dipaksa mengaku terlibat di dalam tayangan filem lucah di khalayak umum.

Rasanya tidak susah untuk menyiasat kerana sudah ada pengakuan dari puak mereka di mana pengakuan tersebut dibuat secara rasmi melalui sidang media dan semua rakyat di negara ini menontonnya melalui TV dan dibaca juga di dalam akhbar dengan cerita penuh sensasi. Tetapi, mereka masih belum ditahan dan didakwa, mungkin masih ada yang belum selesai.

Semalam Timbalan KPN memaklumkan bahawa siasatan tertumpu kepada kes tayangan video lucah, tetapi jika perlu pelakun di dalam video berkenaan akan didedahkan. Ada yang bertanya, jika siasatan tertumpu kepada penayangan dan edaran video seks berkenaan, adakah pihak Polis tidak menumpukan kepada mengenalpasti pelaku di dalam video tersebut? Jika tidak, bagaimana pihak Polis boleh berkata jika perlu akan didedahkan siapa yang beraksi di dalam video berkenaan?

Sebenarnya, kita di dalam PR sudah bersedia untuk mendengar pengumuman yang kita rasa tidak lagi `suspen' untuk mendengarnya. Di dalam negara ini kadangkala banyak kes terutamanya yang ada kaitan dengan politik, tidak sukar untuk membacanya. Kes Teoh Beng Hock, misalnya dan kes Penolong Pegawai Kastam yang dikatakan mati mengejut di bangunan SPRM juga mudah untuk kita baca. Sebab itu, di dalam kes video seks ini kita sudah tidak teruja untuk mengetahui siapa pelakun yang berperut buncit, sekejap berjanggut dan sekejap tidak itu. Saya yakin 110 % (pinjam kata Zul Kulim) di antara kita telah boleh meneka siapa yang bakal diumumkan `aktor' filem porno itu nanti.

Sehubungan itu, tidak perlu lagi melambat-lambatkan pengumuman berkenaan. Kita berharap pihak Polis umumkan sahaja sekiranya mereka telah mendapat pengesahan siapa pelaku seks yang terdapat di dalam video berkenaan. Apabila telah diumumkan, kita harap mesti ada dakwaan kepada yang terlibat. Jangan umum, tetapi diam begitu sahaja kerana ini akan mengaibkan insan yang tidak dapat mempertahankan dirinya jika beliau tidak bersalah.

Katakanlah, pelakun lelaki berkenaan telah dikenalpasti kemudiannya didakwa dan dikenakan hukuman, maka jangan lupa ada seorang lagi tokoh utama dari parti komponen Bn yang wajib juga dikenakan tindakan yang serupa. Kesemua pasangan mereka mesti didakwa dan saya tidak pasti dakwaan akan dibuat di bawah peruntukan undang-undang mana.

Balik kepada tukang tayang video lucah berkenaan. Mereka tidak boleh dilepaskan begitu sahaja atas alasan kununnya mereka `berniat baik'. Mana ada sesiapa yang menayangkan video lucah mempunyai niat yang baik dan mulia? Saya `salute' sekiranya mereka menyerahkan video berkenaan kepada pihak Polis untuk disiasat. Malangnya di peringkat awal, mereka tidak terfikir langsung untuk menyerahkan video seks berkenaan kepada pihak berkuasa sebaliknya berbangga menayangkan video tersebut kepada para wartawan dan editor. Setelah tertekan dengan laporan Polis yang dibuat, akhirnya mereka menyerahkan video berkenaan kepada pihak Polis.

Baiklah, kita tunggu saja berapa lama pihak berkuasa akan mengambil masa di dalam kes ini. Kita sudah tidak sabar menanti apakah `ramalan dan jangkaan' kita tepat tentang pelaku lelaki yang beraksi di dalam video berkenaan. Jadi, baik umumkan saja segera kerana ianya sudah tidak `suspen' lagi. Sebelum umum, jangan bertanya Mufti atau Majlis Fatwa terlebih dahulu tentang hukum kita mendedahkan keaiban orang yang belum tentu kesahihannya dan orang itu tidak berpeluang untuk membela dirinya. Jika bertanya para Mufti atau Majlis Fatwa, saya rasa banyak menyusahkan mereka untuk memberi hukum nanti, ...maklumlah !!/wfauzdin.blogspot.com

MENJAWAB SURAT TERBUKA KEPADA DS ANWAR

Posted: 26 Apr 2011 07:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BEGITU syahdu apabila membaca satu surat terbuka oleh Penulis bernama Cglyn kepada DS Anwar Ibrahim di sini. Awal ayatnya beliau memuji dan memuja kekuatan semangat DS Anwar menghadapi pemerintah yang zalim dan korupsi sehingga terpaksa merengkok dalam penjara kemudiannya diaibkan dengan berbagai fitnah.

Malang sekali, di penghujung surat terbuka beliau itu mengambarkan kelemahan jiwa Penulis itu sendiri di dalam memahami maksud perjuangan DS Anwar. Atas alasan simpati terhadap kezaliman yang berlaku kepada DS Anwar dan keluarganya, si Penulis mencadangkan agar DS Anwar berhenti dari berpolitik dan keluar dari negara ini untuk menghirup kehidupan yang lebih aman dan tenteram bersama keluarga. Benarkah begitu?

Si Penulis juga seolah-olah mengambarkan perjuangan DS Anwar sekarang ini semata-mata untuk menjadi PM. Tidakkah beliau sedar, DS Anwar tercampak dari Kabinet dahulu dan sanggup menjadi penghuni penjara kerana apa? Jika hanya mengidam untuk menjadi PM, DS Anwar tidak akan terpenjara dan difitnah sehebat ini. Beliau dengan mudah boleh menjadi PM selepas Tun Mahathir hanya dengan `menganggukkan kepala'nya sahaja atas apa jua tindakan Tun Mahathir ketika itu.

PM bukan matlamat utama DS Anwar kerana jika PR berjaya tumbangkan Umno/Bn pada bila-bila masa sekali pun belum tentu DS Anwar akan menjadi PM. Namun, beliau sanggup bersusah payah sekarang asalkan rakyat di negara ini bebas dari ketidakadilan Umno/Bn, itu sudah cukup buat beliau.

Begitu mudah Penulis berkenaan menyebut sekiranya DS Anwar berhenti dari perjuangan politiknya, maka beliau akan menikmati kehidupan lebih tenteram dan aman bersama keluarganya. Adakah beliau merasa segala fitnah dan apa yang mereka rancangkan untuk DS Anwar boleh terhenti sekiranya DS Anwar bersara? Adakah mahkamah akan menarik balik semua kes beliau dan akhirnya Datuk T akan menyebut bahawa video seks itu palsu dan rekaan semata-mata jika DS Anwar umumkan untuk bersara dari politik? Tidak semudah itu.

Bahkan, imej dan kredibiliti DS Anwar lebih teruk jatuh dan hina sekiranya berlaku sedemikian. Rakyat akan menuduh bahawa sememangnya DS Anwar seorang yang rendah moral lakunya. Lebih malang lagi, rakyat yang selama ini turut merasa susah dan derita kerana memperjuangkan DS Anwar akan merasa tertipu. Lebih dahsyat lagi, pemimpin Umno akan bertepuk sorak kerana mereka lebih bebas berbuat apa sahaja kerana tiada lagi tekanan dari DS Anwar.

Kita sebagai pejuang bawahan tidak wajar untuk melemahkan beliau. Kita seharusnya memberikan semangat kepada beliau untuk terus bangun dan lawan. Jika ditakdirkan beliau terperosok ke dalam penjara lagi, kita di luar tidak harus berhenti dan kita lah penyambung perjuangannya.

Sehubungan itu, saya berharap agar DS Anwar terus berjuang kerana rakyat tidak pernah meminta DS berhenti selagi DS bernafas. Biar beribu fitnah yang mereka cipta, DS dapat melihat sendiri bagaimana rakyat terus berada di belakang DS. Usah peduli kepada ejen-ejen mereka yang mencuba berbagai cara untuk memujuk DS bersara dari perjuangan mulia ini. /wfauzdin.blogspot.com

TIMBALAN PRESIDEN PAS - JIKA TUAN IBRAHIM ENGGAN BERTANDING, MAT SABU BOLEH MENANG

Posted: 26 Apr 2011 09:55 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

AKU ada terbaca di dalam artikel oleh MSO, kununnya ada bayangan bahawa Tuan Guru Nik Aziz mahu agar Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS. Betulkah ada bayangan dari Tuan Guru Nik Aziz?

Seandainya betul, aku pun suka jika Tuan Ibrahim Tuan Man dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS kerana beliau mempunyai kesemua kelayakan untuk memegang jawatan itu. Bahkan, jika berlaku pertandingan tiga penjuru di dalam Muktamar PAS nanti di antara Us Nasha, Tuan Ibrahim dan Mat Sabu, aku yakin Tuan Ibrahim boleh menang dengan selesa.

Masalahnya, Tuan Ibrahim memberitahu beliau menolak untuk bertanding jawatan nombor 2 di dalam parti tersebut. Sekiranya keputusan beliau itu terus kekal sehingga tarikh akhir penamaan calon, maka tidak syak lagi yang diyakini boleh memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS pada jangkaan aku adalah Mat Sabu. Benar, Mat Sabu bukan ustaz jauh sama sekali mahu digelar Ulamak. Tetapi Mat Sabu adalah pejuang Islam yang gigih dan telah diuji dengan berbagai ujian. Itulah kelayakan yang ada pada Mat Sabu yang membolehkannya bertanding di situ.

Paling menarik, Mat Sabu tidak asing dengan pemimpin dan penyokong-penyokong dari rakan lain di dalam PR. Ini penting untuk PAS lebih rapat dan mesra dengan rakan sekutu dari PKR dan DAP. /wfauzdin.blogspot.com

Liwat II: Anwar ulangi ia konspirasi politik

Posted: 26 Apr 2011 06:00 AM PDT


Hafiz Yatim
Apr 26, 11

Kongsi 78 Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan dakwaannya bahawa kes liwat II yang sedang berlangsung adalah satu konspirasi politik bagi memuaskan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

NONETiada asas bagi pihak pendakwaan untuk meneruskan kes, kata Anwar kecuali bagi memuaskan kehendak tuan politik mereka.

"Kita tahu sistem pornografi Umno, Datuk Seri Najib akan terus guna ini utk mencela kita seolah-olah beliau dan isterinya Rosmah dan yang lain adalah orang yang baik-baik, kekuatannya adalah tunjukkan moral Anwar kurang baik... mereka akan menang.

"Saya nak jelaskan sedikit bahwa ini fitnah jahat ... awal kita nafikan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan (Peguam Cara Negara II) Datuk Yusof (Zainal) diperalatkan sekadar kuatkan hujah.

Menurut Anwar lagi, media arus perdana yang dikawal oleh Umno berdendam dengannya dan berulangkali melaporkan sperma dan air seperti yang diperkatakan oleh Yusof di mahkamah bagi memuaskan tuan politik mereka.

Dalam mengemukakan bukti di mahkamah, pihak pendakwaan berkata air mani dan sperma dijumpai oleh ahli kimia.

"Terbukti mani yang dikatakan 97 jam yang diambil itu tidak (disimpan) dalam freezer dan dlm mana dokumen sains mengatakan ia tidak boleh bertahan. Jadi ini jadi isu politik murahan yang jelas dalam keterangan mahkamah," kata Anwar.VIDEO | 4.15 mins

Sumber: Malaysiakini

KES LIWAT - PERSOALAN YANG MENGUJA KITA BERFIKIR

Posted: 26 Apr 2011 01:12 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA telah banyak mengikuti ulasan dan komen dari orang ramai samada melalui blog atau facebook berkaitan kes fitnah Liwat II melibatkan DS Anwar yang kini semakin ke penghujung.

Saya tertarik dengan beberapa persoalan dari mereka, di antaranya adalah seperti berikut;

1. Mengapa Pertuduhan berbeza dengan laporan Saiful yang mendakwa beliau dipaksa, sedangkan pertuduhan di bawah Seksyen 377B membawa maksud sukarela atau suka sama suka? Tidakkah wajar digunakan Seksyen 377C yang lebih tepat dengan laporan Saiful?

2. Saiful mendakwa beliau dipaksa, tetapi tiada kesan di duburnya kemasukan secara paksa. Diberitahu bahawa KY Jelly digunakan, tetapi lojiknya jika dipaksa mesti juga walau sedikit ada kesan melecet, luka, lebam di mana-mana bahagian tubuh badan atau didubur memberi erti ada paksaan berlaku dan ada tentangan dari Saiful yang muda dan gagah itu.

3. Sepanjang perbicaraan, tiada dibuktikan Saiful berada di dalam bilik kondo tempat yang dikatakan berlaku kejadian. Yang ada hanya kelibat Saiful memasuki kondo dan berada di lift sahaja.

4. Memang mereka telah memperolehi DNA melalui barang-barang Anwar sewaktu Anwar ditahan di dalam lokap Polis, tetapi adakah mereka telah membuktikan bahawa DNA yang mereka perolehi itu adalah air mani Anwar yang kununnya terdapat di dalam dubur Anwar?

5. Diberitahu bahawa DNA telahpun di`usik' terlebih dahulu oleh Jude Pereira Pegawai Polis yang menyiasat kes ini sebelum dihantar ke makmal.

6. Dimaklumkan juga bahawa terdapat lebih sample DNA disekitar dubur Anwar. Saiful membuat pengakuan bahawa beliau hanya diliwat oleh Anwar seorang. Mengapa tiada ujian dilakukan terhadap sample DNA yang lain selain dari DNA `Y'?

7. Tiada bahan bukti lain dijumpai di tempat kejadian melainkan sehelai bulu kepunyaan Anwar. Jika Saiful berada di bilik itu bersama Anwar, mengapa bulu Saiful tidak dibawa sebagai bahan bukti kes?

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang pelik tapi benar di dalam kes ini. Namun, kita yakin pihak mahkamah sudah tentu ada keputusan yang baik dan bijak di dalam isu ini. Jika dahulu kes fitnah Liwat I menimbulkan seribu satu keganjilan, tidak semestinya ia boleh berulang lagi.

Sekiranya mahkamah memutuskan Anwar perlu membela diri, kita akan dapat menyaksikan lebih banyak persoalan yang lebih menarik lagi. Buat ketika ini, syabas kita ucapkan kepada Tim Pembela kerana telah berjaya merungkai banyak perkara./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: