Selasa, 5 April 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


BOLEHKAH IDHAM LIM JADI MB PERAK?

Posted: 05 Apr 2011 08:25 AM PDT

Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan peraturan yang menghadkan seramai 50 orang penyokong sahaja mengiringi calon parti-parti yang bertanding bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak pada penamaan calon esok adalah untuk menutup malu BN.
Ini kerana kata Khalil, setiap kali pilihan raya, penyokong Pakatan Rakyat lebih ramai daripada penyokong BN.
"Saya melihat peraturan ini tidak lebih dari usaha untuk menutup malu BN apabila setiap kali pilihan raya lebih ramai penyokong Pakatan Rakyat mengiringi calonnya.
"Mereka juga datang tanpa diupah dan datang sejak awal secara sukarela. Berbeza jauh dengan penyokong BN, walaupun 50 orang yang ditetapkan, saya pasti ianya perlu dengan sejumlah upah kepada mereka," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau turut mempersoal kewajaran peraturan itu dibuat sedangkan Perlembagaan Negara membenarkan rakyat berhimpun secara aman.
"Saya masih tidak memahami di manakah kewajaran peraturan sedemikian diadakan dalam keadaan Perlembagaan negara yang membenarkan rakyat berkumpul secara aman dengan tujuan yang dibenarkan.
"Rakyat Sarawak sudah menunggu hampir 5 tahun untuk menghadapi 'Pesta Demokrasi' namun cuba dihalang oleh peraturan yang bukan-bukan," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.
Menyifatkan peraturan tersebut sebagai tidak masuk akal, tambahnya, SPR seolah-olah mengikut telunjuk pihak tertentu sejak dari awal lagi apabila membuat peraturan sedemikian.
"Sepatutnya SPR memberi kebebasan kepada mana-mana calon yang akan bertanding untuk membawa seramai mana penyokongnya. Kalaulah hanya 50 orang saya kira keluarga terdekat sudah memadai, mana lagi penyokong yang lain?
"Atau SPR sudah mahu menafikan petugas Pakatan Rakyat dari Semenanjung yang sudah berkampung di seluruh pelusuk Sarawak untuk sama-sama mengiringi calon Pakatan Rakyat?" soalnya.
Beliau berkata, peraturan tersebut boleh manjadi kayu ukur kepada pengundi di negeri ini mengenai ketakutan BN sejak awal lagi kepada untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat di semua kerusi yang dipertandingkan.
"Sesungguhnya inilah peluang terbaik kepada pengundi di Sarawak untuk memberi harapan baru kepada Pakatan Rakyat untuk meneraju Sarawak yang lebih baik dimasa akan datang," katanya.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini mengumumkan peraturan tersebut hari ini dan berkata penyokong-penyokong yang lain tidak dibenarkan berada berhampiran bangunan yang digunakan untuk proses penamaan calon itu.
SPR turut melarang penyokong parti yang bertanding membawa alat-alat muzik seperti gendang dan trumpet, serta pembesar suara ketika proses penamaan calon.

BENARKAH PIHAK POLIS TERLIBAT EDAR XIDEO SEKS ANWAR?

Posted: 05 Apr 2011 01:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kegagalan Polis menjaga keselamatan video fitnah yang diserahkan oleh trio Dato T membuktikan institusi itu tidak boleh dipercayai, kata bekas Ketua Polis Daerah Baram, Sarawak Voon Lee Shan.
Menurut Voon, selain trio Dato T, hanya polis memiliki video itu sebelum ia tersebar secara meluas di internet, semalam. Tegasnya, ia menunjukan pihak polis boleh diandaikan terlibat dalam penyebaran video itu.
"Dua isu utama yang perlu diambil kira dalam hal ini. Pertama, Pegawai polis yang terlibat dalam menjaga video itu harus disiasat dan kedua, jabatan yang dipertanggungjawabkan menjaga bahan bukti itu tidak boleh dipercayai," katanya kepada Keadilandaily.
Sehubungan itu, tegas beliau, Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) perlu ditubuhkan segera kerana jelas agensi itu gagal menjaga keselamatan rakyat dan memulih imejnya yang berpihak kepada Barisan Nasional.
"Bagaimana mereka hendak menjaga keselamatan rakyat jika video seperti itu pun gagal mereka uruskan," soal beliau yang bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Baram hampir 10 tahun.
Voon lee Shan turut menegaskan sekiranya video itu dengan mudahnya bocor di internet, ia  menunjukkan bukti yang didakwa itu juga mampu direka dengan tujuan mengaibkan Anwar oleh musuh politiknya.
"Saya cukup yakin ini merupakan fitnah kali ketiga yang sengaja diwujudkan untuk membunuh kerjaya politik Anwar. Lebih-lebih lagi kewujudan video itu berkait rapat dengan musim pilihan raya di Sarawak.
"Namun berdasarkan mood rakyat dan kajian saya mendapati kes video fitnah itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Sarawak. Malah memberikan undi simpati kepada Anwar dan Pakatan Rakyat di sini," kata beliau yang kini seorang peguam.
Video itu mula didedahkan Datuk T yang didalangi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan Dato Shuib Lazim.
Ia ditayangkan pada 21 Mac lalu di Hotel Carcosa Seri Negara kepada wartawan terpilih, pada hari sama Dewan Undangan negeri Sarawak dibubarkan. Semalam, sedutan video itu dimuatnaik ke laman You Tube oleh blogger pro- Umno- Barisan Nasional.
Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan pihak polis terlibat dalam penyebaran video lucah palsu itu.

WAJARKAH DATO T DISEBAT 80 KALI?

Posted: 04 Apr 2011 09:16 PM PDT

Qazaf: Datuk T boleh disebat 80 kali jika tuduhan palsu, kata Ulama

April 05, 2011
KUALA LUMPUR, 5 April — "Datuk T" boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga 80 kali jika tuduhan zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim — yang dikaitkan dengan rakaman video seks tidak benar, kata Persatuan Ulama Malaysia (PUM).
Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, di bawah undang-undang Islam mana-mana individu yang membuat tuduhan zina perlu mengemukakan bukti sahih selain mempunyai empat orang saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku.
Sekiranya gagal, kata beliau individu tersebut boleh dikenakan hukuman qazaf kerana membuat tuduhan palsu dengan tujuan untuk mengaibkan orang lain.
"Kalau dedah kepada umum tidak boleh... dedah keburukan orang lain juga tidak boleh sebab kalau nak hukum seseorang kita kena pastikan dulu, macam kita makan nasi kalau nak tahu sedap kena rasa dulu.
"Tapi dalam kes rakaman video seks ini, kalau tuduhan ini tidak benar, Datuk T boleh dikenakan hukuman sebat 80 kali kerana membuat tuduhan palsu dan fitnah dan ia kena dibuat di mahkamah syariah dan hukuman qazaf perlu dilaksanakan jika tuduhan itu tidak benar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dilaporkan mengakui diri mereka sebagai "Datuk T" - menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada media pada 21 Mac lalu.
Menurut Sheikh Abdul Halim, rakaman video seks itu juga tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah.
"Tidak boleh... tidak boleh... sebab kita kena ada empat saksi lagipun siapa yang boleh buktikan lelaki dalam video itu adalah Anwar.
"Zaman moden sekarang macam-macam boleh jadi, saya juga belum tengok video seks itu... ada yang kata muka macam Anwar tapi perut bukan Anwar... macam-macam boleh jadi sekarang, kaki, tangan semua orang boleh buat jadi lain," katanya.
Justeru, beliau mahu supaya kes tersebut dibicarakan di mahkamah syariah bukan mahkamah konvensional.
"Kena bicara di mahkamah syariah sebab ia babitkan hukuman qazaf, kalau di mahkamah majistret tiada tuduhan fitnah ini," katanya.
Ekorang tuduhan zina terhadap Anwar itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah memfailkan aduan qazf terhadap "Datuk T" semalam kerana menuduh Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terlibat dalam perbuatan zina melalui pendedahan rakaman video seks.
Anwar juga telah menafikan beliau tidak terlibat dalam rakaman video seks itu dan telah membuat laporan polis.

VIDEO SEKS HANYA AKAN MENGOTORKAN IMEJ UMNO

Posted: 04 Apr 2011 07:14 PM PDT

Enam persoalan asas masih belum terjawab:

1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani
mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada
editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?

2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga
yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman
CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T.

3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri
ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi
usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan
ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr.
Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

4. Dato' T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011". Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?

5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.

6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?

Sudah sampai masanya kita menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang
merendahkan wibawa politik negara kita. Pada awal tahun ini rakyat
menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan
budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan
kematangan masyarakat negara kita. Malangnya bukan sahaja Najib
menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau
terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus
bermaharajalela.

Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat

SEJAUH MANA BAHAYANYA ANWAR PADA UMNO SEHINGGA TAKUT SANGAT UMNO?

Posted: 04 Apr 2011 10:16 AM PDT

Tiada ulasan: