Era Pasca |
- NAJIB PERTAHAN ADUN LENGGENG-RASUAH
- PECAH TEMBELANG > LAGI JAMBATAN RUNTUH DI KELANTAN
- MCA kasik PANAS LINE!! Tahniah!! DIDIKAN UMNO!
NAJIB PERTAHAN ADUN LENGGENG-RASUAH Posted: 04 Apr 2011 12:58 AM PDT Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara terang-terang mempertahankan seorang ADUN Umno yang dibuktikan bersalah atas tuduhan rasuah adalah satu tindakan tidak bermoral BN, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. "Sebagai pimpinan utama, sepatutnya perdana menteri menasihatkan beliau untuk meletak jawatan bagi menjaga maruah parti," katanya dalam satu kenyataan akhbar. Jumaat lalu, Mahkamah Sesyen Seremban menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 kerana rasuah ke atas ADUN Lenggeng, Mustafa Salim. Najib pula semasa diminta mengulas perkembangan itu, bukan sahaja tidak serta merta menasihati wakil rakyat BN itu untuk melepaskan jawatannya demi menjaga maruah kerajaan dan parti, tetapi mengingatkan rakyat bahawa Mustafa masih seorang ADUN yang sah. Najib turut menegaskan bahawa Mustafa akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atasnya itu. "Walaupun beliau masih ada hak untuk membuat rayuan, namun sebagai pemimpin politik, bila mana disabit kesalahan merasuah, di mana umum mengetahui ialah satu amalan jijik pada waktu BN menyerang pimpinan Pakatan dengan pelbagai tuduhan rasuah dan tiba-tiba ADUN mereka yang disahkan terima rasuah adalah amat menghinakan," kata Tuan Ibrahim. Sehubungan itu, beliau yang juga pesuruhjaya PAS Pahang turut menyeru para pengundi Sarawak untuk mengambil iktibar daripada kes ADUN Lenggeng ini yang jelas memperlihatkan pimpinan Umno sudah terbukti gagal untuk menjadi model yang baik kepada rakyat. "Bayangkan kalau baru sepenggal jadi YB dah mula buat perangai, bagaimana kalau 30 tahun jadi pemimpin, berapa banyak kekayaan negara akan disapu?" soal Tuan Ibrahim. Selain itu, katanya, PAS turut menasihatkan Mustafa supaya meletakkan jawatan dengan segera sekiranya beliau masih mempunyai rasa tanggungjawab, maruah dan harga diri. "Rayuan hanyalah prosedur perundangan bukan kaedah yang boleh menggambarkan maruah diri bagi menjaga nama baik," nasihat beliau. |
PECAH TEMBELANG > LAGI JAMBATAN RUNTUH DI KELANTAN Posted: 03 Apr 2011 11:05 PM PDT Sebuah jambatan gantung yang hampir siap dibina merentangi Sungai Galas di Kampung Pulai di sini runtuh malam tadi dipercayai akibat hujan lebat. Jambatan sepanjang 130 meter bernilai RM220,000 itu dipercayai runtuh pada awal tengah malam tadi tetapi hanya disedari penduduk kampung kira-kira jam 7 pagi Ahad. Pengerusi MCA bahagian Gua Musang Chee Sien Chen berkata kebanyakan penduduk yang menunggu pembinaan jambatan itu siap, terkejut apabila melihat ia telah runtuh. "Mujur jambatan itu belum digunakan penduduk, jika tidak mungkin ada yang cedera. "Kejadian itu dipercayai berpunca daripada stuktur pembinaannya yang tidak kuat dan pernah menjadi pertikaian penduduk akhir Februari tahun lepas kerana bimbang akan runtuh, " katanya kepada pemberita yang melawat jambatan itu hari ini. Turut melawat jambatan itu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusoff -mstar -JAMBANTAN MANEK URAI BILA BN NAK SIAPKAN DAN TERUNTUHKAN??? kahkahkah |
MCA kasik PANAS LINE!! Tahniah!! DIDIKAN UMNO! Posted: 03 Apr 2011 08:12 PM PDT MCA tetap bertegas membantah pengharaman sebarang bentuk perjudian di Kelantan termasuk tiket loteri dan bercadang membawa perkara itu ke mahkamah sebagai jalan penyelesaian. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ini kerana keputusan kerajaan PAS Kelantan mengharamkan perjudian itu menyalahi peruntukan perlembagaan yang turut menjamin hak-hak bukan Islam. "MCA bukan menyokong perjudian tetapi apa yang dilakukan kerajaan PAS Kelantan mengharamkan judi jelas telah menyalahi peruntukan Perlembagaan yang menjamin hak-hak bukan Islam dalam soal ini. "Kami (MCA) tidak dapat menerima penjelasan pemimpin PAS Kelantan dan selepas ini kami akan berbincang di peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan pemimpin kerajaan Kelantan di sini, Ahad. Dr Chua mengetuai delegasi MCA yang terdiri daripada pimpinan parti termasuk Naib Presiden Wee Jeck Seng dan Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong. Kerajaan Kelantan pula diwakili Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Speaker Ahmad Zaki Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Annuar Tan Abdullah. Sambil menegaskan MCA menghormati hak orang Islam, Dr Chua berkata cadangan membawa isu itu ke mahkamah bersandarkan kepada penafian hak bukan Islam seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang persekutuan. Beliau turut hairan kerana selain Pengerusi DAP Karpal Singh, pemimpin pembangkang yang lain mengambil sikap berdiam diri terhadap isu tersebut. Sementara itu, Takiyuddin ketika ditemui berkata pertemuan selama hampir sejam tersebut bukan sesi dialog, tetapi membolehkan kerajaan Kelantan memjelaskan isu perjudian yang menjadi dasar PAS sejak memerintah pada 1990 lagi. "Kita mengalu-alukan pertemuan dan perbincangan seperti ini yang memberikan ruang kepada kita untuk memperjelaskan isu ini dengan lebih terperinci lagi," katanya. Beliau berkata isu pengharaman judi itu bukan perkara baru sebaliknya telah dibuat sejak 1990 selepas mengadakan perbincangan dengan semua kaum di Kelantan. "Dalam pertemuan itu semua kaum bersetuju perjudian sesuatu yang tidak digalakkan dalam agama dan berdasarkan itu kita telah mengharamkan perjudian ini," katanya. Katanya kerajaan Kelantan juga berpegang kepada keputusan untuk tidak mengkaji semula pengharaman itu.-BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Era Pasca . . . . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan