SharpShooter |
- Batu api anak mamak Maidin
- Yang mengkafirkan umno pun dah masuk umno
- ISA 1 Malaysia 1 Israel APCO zalim
- Sembang Kastam...
Posted: 03 Apr 2011 05:40 PM PDT utusan meloya - Selamatkan Pas sebelum terlewat - Zainuddin KUALA LUMPUR 3 April - Pemimpin-pemimpin Pas terutamanya yang masih berpegang kepada prinsip moral digesa supaya segera mengambil langkah drastik bagi menyelamatkan parti itu sebelum terlewat. Ini kerana tindakan membisu pemimpin kanan Pas dalam isu video seks dibimbangi akan memendekkan hayat parti itu sedangkan, peranannya selaku parti nasional Islamik dalam mengimbangi politik tanah air masih diperlukan. Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, Pas tidak harus menjadi korban hanya kerana kesilapan seorang dua ulama dalam parti itu yang tanpa usul periksa, bermati-matian mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kesempatan masih ada sebelum hal yang sebenar mengenai siapa 'aktor' dalam video seks itu terdedah kerana jika terlewat, kredibiliti Pas sebagai parti yang memperjuangkan prinsip Islam sejak sekian lama akan musnah. "Saya yakin ini (menyelamatkan Pas) boleh dilakukan kerana percaya, masih ada segelintir pemimpin Pas yang berpegang teguh kepada prinsip moral berbanding hanya tahu menjaga kepentingan politik semata-mata. "Mereka perlu tampil menyatakan pendirian. Mereka perlu memisahkan diri daripada dikenali sebagai pemimpin yang mempertahankan aksi seks demi kepentingan politik," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Mengulas lanjut, Zainuddin yang juga Tokoh Wartawan Negara berkata, masa semakin suntuk buat Pas kerana persepsi rakyat telah berubah sebaik sahaja Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan video seks tersebut tulen. Tambahnya, selaku parti yang berjuang atas landasan Islam, Pas sepatutnya bertanya di mana jam jenama Omega yang bertatah lambang negara Arab Saudi, sebelum membabi buta membuat solat hajat dan kemudiannya menjadikan ia sebagai pentas politik. "Sebagai makluman kepada pemimpin Pas, hanya beberapa individu sahaja dalam dunia ini yang memiliki jam Omega bertatah lambang negara Arab Saudi dan Anwar salah seorang daripadanya, tetapi persoalan sekarang di mana jam itu. "Sepatutnya Pas bertanya benarkah jam tersebut masih dalam simpanan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagaimana didakwa Anwar sebelum ini, atau benar ia berada dalam tangan trio 'Datuk T' (kemudian diserah kepada polis)," jelasnya. Dalam pada itu, Zainuddin menyokong cadangan supaya rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu dipertonton di Dewan Rakyat, bagi membolehkan ahli Parlimen membuat keputusan sama ada wajar atau tidak suruhanjaya diraja ditubuhkan. Ini kerana, katanya, berdasarkan cerita yang disampaikan oleh beberapa editor dan ahli politik yang sudah menonton rakaman tersebut, mereka sanggup memotong jari sendiri seandainya 'pelakon' dalam video itu bukan Anwar. Sharpshooter - Sian tengok mamak yang tewas di Sg Petani masih dok meracau mencari tempat di hati rosmah najib. Ini mamak "firasyat" dan "kamjat"Mengapa mat sembab langsung tidak pernah komen pasai video lucah ini dan mengapa Ku Li tolak politik longkang seperti ini? kerana dia tahu dalangnya adalah Mahathir. Tidak ada siapa yang mahu membela sipeliwat atau si penzina tetapi yang kita bela adalah orang yang dizalimi dan yang kita lawan adalah fitnah. Kita tak pernah taksub pada mana-mana pemimpin. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
Yang mengkafirkan umno pun dah masuk umno Posted: 03 Apr 2011 05:04 PM PDT
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
ISA 1 Malaysia 1 Israel APCO zalim Posted: 03 Apr 2011 04:48 PM PDT KUALA LUMPUR: "Makcik merayu supaya anak makcik dibebaskan. Makcik yakin dia tak bersalah," rayu Mah Mat Idris berusia 67 tahun sambil menitiskan air mata. Mah adalah ibu kepada Kadir Hashim, 42, ahli KEADILAN – orang kelainan upaya (OKU) yang ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 1 April lalu. Kadir kudung pergelangan tangan kiri tetapi didakwa terlibat dalam kegiatan berunsur subversif iaitu aktiviti untuk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dengan menjalankan aktiviti tertentu secara sulit. Orang harapan keluarga "Bila Kadir tiada selama tiga hari, makcik terasa sunyi. Tak ada selera makan memikirkan keadaan dia di sana entah bagaimana. "Setiap hari, dia yang menguruskan makan minum makcik kerana anak-anak yang lain jauh," katanya sambil mengalirkan air mata rindu. Beliau yang uzur, ditambah dengan derita penyakit kencing manis dan darah tinggi hingga terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan hospital, begitu berharap anaknya dilepaskan segera. "Makcik teringin sangat nak jumpa dia (Kadir), lagi pun polis tidak pernah hubungi mak cik sejak dia ditangkap. "Sejak arwah suami meninggal dunia hujung tahun lalu, makcik hanya mengharapkan Kadir. Makcik terlalu sedih dengan apa yang menimpanya," katanya dalam keadaan lemah lantaran demam dan sakit kepala memikirkan nasib dan keselamatan anaknya itu. Kepung macam penjenayah besar Muda Hashim, 46, abang kepada mangsa kesal dengan perbuatan polis yang mengepung di sekitar rumah mereka pada hari penangkapan tanpa mengeluarkan waran tangkap terhadap Kadir. "Selepas adik saya dibawa masuk ke dalam kereta, baru seorang daripada mereka memberi salinan penangkapan mengikut ISA lebih kurang jam 6.50 petang," katanya. Menceritakan detik penangkapan, Muda berkata, beliau mulanya tidak perasaan kehadiran sekumpulan polis kerana mereka memakai berbaju biasa dan menyangka pemaju datang meninjau tapak projek di kawasan itu.  "Tetapi selepas mendapati mereka mengepung seperti mahu menangkap penjenayah besar, saya terus bertanya tetapi mereka dengan angkuhnya memberitahu, mereka polis daripada Bukit Aman. "Melihat (polis) bawa adik saya dengan tangan bergari, saya terus bertanya tetapi tidak dilayan. Mereka suruh saya sediakan peguam dan mengatakan mereka hanya jalankan tugas," katanya. Macam komunis Muda yang yakin adiknya tidak bersalah itu menganggap perbuatan zalim polis tidak ubah seperti kerajaan komunis memandangkan mereka sekeluarga dari golongan miskin. "Kita tidak boleh bersuara langsung. Ini semua seperti duduk dalam kerajaan komunis yang lebih berminat dengan ISA. Undang-undang yang dipraktikkan kerajaan ini undang-undang Yahudi. "Saya ada menghubungi pegawai polis yang terlibat bertanyakan keadaan Kadir, tetapi kakitangan di sana memberi alasan tidak berada di pejabat, "katanya Dalam pada itu, beliau memberitahu seorang peguam datang berjumpa dengannya semalam dan berjanji akan menguruskan kes adiknya supaya dibebaskan secepat mungkin.  "Peguam itu datang berjumpa selepas saya memberitahu ketua cabang Lembah Pantai berkenaan penangkapan Kadir. Kadir tidak ada rumah tapi surat penangkapan Kadir ada. Ini dia. "Saya hanya menunggu jawapan daripada peguam itu dan berdoa supaya polis membebaskan Kadir," katanya. Kadir ditahan mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di rumahnya di, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Sharpshooter - Ini adalah bukti nyata kita masih dijajah.. Islam tidak benarkan jatuhkan hukuman tanpa bicara..adalah tidak adil yang dituduh tidak berpeluang membela diri dan yang menuduh pula tidak kemukakan bukti. Ini adalah nasihat APCO 1 Malaysia 1 Israel | ||
Posted: 03 Apr 2011 04:25 PM PDT "Saya dimarahi oleh seseorang baru-baru ini" kawan saya ini memulakan perbualan. Pada mulanya saya agak terkejut, kerana agak susah untuk orang marah kepada kawan saya ini. Maklumlah dia jenis businessman yang tak kacau orang lain. Dia hanya fokus bidang dia dan buat kerja dia saja. Maka dia pun mula menceritakan bahawa dia dimarahi seseorang kerana menolak untuk menerima rasuah. Saya pun ada cerita saya… Saya pula menceritakan pengalaman saya untuk mengelak dari memberi rasuah kepada kastam-kastam di LCCT, KLIA mahupun di Depot Kastam Poslaju. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi lumrah apabila mereka memulakan dengan berkata "Encik, kalau encik bayar tax untuk benda nie, kena bayar hampir RM 300 tapi kalau bayar pada saya hanya RM 150. Encik pilihlah mana satu yang nak" Yang lebih menyedihkan, mereka ini juga sanggup meminta rasuah di hadapan ketua-ketua mereka. Malah ketua-ketua ini pula bersekongkol dengan mereka. Pada satu ketika di LCCT, sewaktu seorang pegawai kastam ini mengugut saya memberikan "duit kopi" atas barangan yang dibawa, lalu bos pegawai ini lalu disitu. Maka ditegurnya bos pegawai ini yang berbangsa Cina. "Chief, macam mana nie, dia tak nak bayar apa-apa. Kita tahan barang dia dulu ? ". Kebetulan pula bos itu agak ok. Dia menjawab "Tak payah tahan la.. bincang dulu dengan dia" Jika diberi alasan tak ada duit, disuruhnya kita keluarkan dari ATM. Jika diberi alasan tak ada duit Ringgit, hanya duit Yuan, disuruhnya kita pergi tukar di Money Changer dulu. Akhirnya, disuruh saya bayar cukai RM 200 dan saya beritahu terus terang yang saya tidak akan memberi duit ini tanpa resit. Akhirnya bayar RM 200 dan dapat resit. Selesai. Lepas itu pegawai kastam itu terus mengomel, "Sepatutnya barang ini kena cukai lebih tinggi ni, saya dah tolong encik ni. " (dengan harapan akan diberi duit tips ) Saya faham maksud beliau, tapi apakan daya, dah lepas nak bayar apa lagi. Dalam senario kedua, seorang pegawai tu bermula dengan berkata "Encik, bayar duit kopi la senang. Baru RM 300. Kalau bayar tax nie ada la dekat 800." Saya jawab "Saya bukan taknak bayar rasuah, Cuma saya tak nak tuan dan anak-anak tuan makan duit haram ini" Terus pegawai itu terdiam dan minta saya jumpa pegawai atasan. Alhamdulillah, pegawai atasan ini bagus dan kira cukai yang sepatutnya dan saya hanya membayar RM 200 untuk cukai barangan tersebut. Berbanding dengan RM 800 yang dinyatakan sebelum ini ataupun duit kopi RM 300. Satu lagi senario yang tak mungkin saya maafkan adalah apabila disuruhnya kita pergi ambil duit di ATM, dicurinya pula barang kita. Bila balik rumah, saya check, dah tak cukup barangan yang ada dalam beg yang dibuka. Dan saya yakin 99% bahawa barangan ini diambil oleh mereka. Namun 1% dari diri saya cuba bersangka baik bahawa barangan itu lesap dengan sendiri. Mungkin tercicir di mana-mana. Namun saya tidak lepaskan pegawai kastam itu begitu saja. (Saya dah hafal namanya). Kali seterusnya saya jumpa pegawai yang sama. Saya sound dia bahawa dia curi barang saya hari tu sewaktu beg terbuka pada kali yang lepas. Dia diam dan suruh saya jalan cepat-cepat. He he he. Senario-senario seperti ini adalah perkara biasa dan lumrah yang berlaku dan kalau tanya sesiapa yang selalu pergi ke China atau mana-mana negara dan membawa balik barangan untuk perniagaan pasti akan bersetuju dengan hal ini. Namun perlu juga diakui, tidak semua pegawai kastam seperti ini. Ramai juga yang baik dan takut kepada Allah. Tak tahu sejauh mana saya dan rakan-rakan lain dapat bertahan. Moga Allah kuatkan pegangan Insya-Allah - Shahabudeen Jalil |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan