Isnin, 4 April 2011

Murai Anak Emas

Murai Anak Emas


Isu Judi Kelantan Idea Bakal Menteri Besar Umno ?

Posted: 03 Apr 2011 10:38 PM PDT

MCA berani dan tetap bertegas membantah pengharaman sebarang bentuk perjudian di Kelantan termasuk tiket loteri dan bercadang membawa perkara itu ke mahkamah sebagai jalan penyelesaian, ini semua gara2 AWE ADEK yang sebelum ini Pada 6 Mei 2010, bakal Menteri Besar Kelantan Awe Adek selaku Timbalan Menteri Kewangan mengumumkan kerajaan mungkin mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan, erti nya dia sudah menghalal kan JUDI, apa punya Islam ni ?…………

Tujuannya bagi mengekang perjudian dan pertaruhan haram yang tetap akan berlaku dan tanpa kawalan. Hasil judi itu dapat digunakan untuk pembangunan sukan.Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.[lihat sini].

AWANG ADEKimage

otak 2 ekor ni sama tak ?

Rakyat Kelantan yang majoriti nya Muslim bernasib baik kerana tidak memilih Umno dan BN pada PRU12 lalu, kalau tidak AWE ADEK yang akan menjadi MB nya, habis segala kegiatan JUDI akan berleluasa di Kelantan.

Oleh kerana cita2 AWE ADEK tidak berjaya untuk menjadi MB, sekali lagi kemungkinan menasihat rakan kongsi Umno dalam BN iaitu MCA supaya membantah apa saja tentang pengharaman kegiatan JUDI oleh Kerajaan Kelantan pimpinan PAS, nilai lah pengundi2 Kelantan akan mentaliti pemimpin Umno ini.

Yakin kah korang semua jika BN teraju Kelantan tidak ada kegiatan2 Maksiat dan melulus2 lesen2 judi ?

imagejika BN Umno perintah Kelantan, akan ada aktiviti seperti ini.

Korang yang tak berjudi nak sokong dan undi BN jugak ke pada PRU13 nanti ?.

Bebaskan Malaysia Selamatkan Rakyat

Posted: 03 Apr 2011 09:09 AM PDT

Hasil pemukiman blogger yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) hari ini, berjaya membentuk satu gerakan Revolusi 2013 yang menjurus ke arah membangkitkan kesedaran minda dalam kalangan rakyat menjelang PRU 13 nanti.

DSC00058Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohammed Fadzli Datuk Hassan dan Presiden gerakan penulis maya, Tarmizi Mohd Jam

Presiden gerakan penulis maya, Tarmizi Mohd Jam berkata, dengan wujudnya platform ini bakal membolehkan semua blogger PR bertindak dengan lebih pantas, bersepadu dan berkesan.

Katanya, gerakan Revolusi 2013 ini diharapkan menjadi landasan berkesan dalam usaha PR meyakinkan rakyat untuk mereka kembali melihat keperluan terdesak memberikan sokongan kepada PR dan menolak BN.

Revolusi 2013 yang menggunakan tagline Bebaskan Malaysia, Selamatkan Rakyat akan menjalankan peranan mereka menerusi media maya yang dibenarkan oleh undang-undang negara dengan melihat usaha ini perlu dan amat perlu disegerakan.

"Semua pihak yang menyokong Pakatan Rakyat akan meneruskan usaha konvensional selama ini dengan ceramah dan media cetak untuk mereka yang tiada capaian internet, gerakan ini pula melangkaui sempadan dan warna kulit.

"Kita sedar ramai di kalangan mereka yang tidak mempunyai capaian internet bagi mengikuti perkembangan semasa dengan lebih cepat, namun ada usaha yang perlu dilakukan lebih sedikit oleh pemimpin parti peringkat tempatan.

"Mereka boleh melayari internet dan mengikuti perkembangan politik semasa dan di masa sama mereka boleh mencetak atau menayangkan semula kepada anggota masyarakat dan rakyat menerusi kemudahan teknologi tertentu yang mereka miliki," tegasnya.

Program dua hari ini diadakan di Ampang dengan perasmian dan penutupnya oleh Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohammed Fadzli Datuk Hassan.

Dua pembentangan kertas kerja bertindak telah dilakukan oleh Pengasas Zentrum Future Studies yang juga pensyarah kanan Jabatan Media dan Komunikasi UM, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dan AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar. [sumber]

Tiada ulasan: