DUNIACACAMARBA |
- Kuntilanak di Sumatera
- Ingat Cerita Makhluk Asing di Rusia? Rupa-rupanya...
- [Video] Drama Liwat II: Anwar Ulangi Kes Sayfool Konspirasi Politik
- Awas, Sindiket Kebas Duit Guna Nama LHDNM!
- [PANAS] Hukum Baca Utusan Malaysia HARAM!
- [PANAS] e-mel 1Malaysia "Makan" Duit Rakyat Setiap Kali Digunakan oleh Agensi Kerajaan
- UMCO Tebal Muka Pelawa DAP Sertai BN? Biar Betul!!!!
- Drama Liwat II: 16 Mei Penentuan Sama Ada Anwar Perlu Bela Diri atau Tidak
- Drama Liwat II: “Dia pembohong tegar. Dia (Sayfool) tidak pernah berada di unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara. .." - Sankara
- Pejuang "Alif Ba Ta" Cuba Gadai Tanah Rezab Melayu, Diselamatkan oleh MB PKR
- Perogol Ganas Kena 30 Tahun Penjara, 16 Sebatan
- Protes Separa Bogel
Posted: 26 Apr 2011 07:00 AM PDT Berita Agensi melaporkan seorang penduduk di Talang Ubi, Muaraenim, Sumatera Selatan mendakwa berjaya merakamkan gambar hantu kuntilanak di atas dahan sebatang pokok nangka. Sumber berita yang berasal dari laman Berita8 itu menjelaskan bahawa gambar susuk wanita yang dipercayai kuntilanak itu tidak menampakkan wajahnya tetapi menampakkan rambutnya yang panjang mengurai. Di Indonesia, hantu kuntilanak (pontianak-Malaysia) dipercayai berasal daripada wanita hamil yang meninggal dunia. Gambar itu dirakamkan oleh penduduk yang hanya dikenal sebagai Edi pada bulan lalu. | ||
Ingat Cerita Makhluk Asing di Rusia? Rupa-rupanya... Posted: 26 Apr 2011 05:00 AM PDT Dunia baru-baru ini digemparkan apabila dua orang pelajar di Rusia didakwa merakamkan bangkai makhluk asing yang dikatakan terhempas di Bumi. Video penemuan tersebut telah dimuatnaikkan ke Youtube dan mencapai hit melebihi 700 ribu dalam masa yang singkat. Namun, semuanya terbongkar apabila Hilall Timur, 18, dan Kirill Vlasov, 19, yang merakamkan video penemuan bangkai makhluk asing di Irkutsk, Siberia itu mengaku bahawa bangkai bukanlah makhluk asing yang sebenar. Menurut DM, bangkai makhluk asing itu, seperti yang diakui oleh Hilal dan Kirill, diperbuat daripada roti basi (stale bread) dan kulit ayam yang kelihatan seolah-olah makhluk asing. Mereka mengakui hal ini apabila disoal siasat oleh pihak polis yang memandang kes penemuan makhluk asing itu sebagai isu yang besar. Biarpun palsu, namun pengkaji UFO tempatan, Alex Komanov, dari Rusia UFO Research Centre berkata, "Tubuh mahkluk itu menarik kerana teksturnya mirip dengan entiti biologikal makhluk asing yang sebenar." Menurut jurucakap pihak berluasa Rusia, setakat ini kedua-dua pelajar itu belum dikenakan sebarang tindakan. Pihak berkuasa sedang mengkaji sama ada kedua-duanya melakukan pelanggaran undang-undang atau tidak. Video tentang penemuan "bangkai" yang didakwa makhluk asing itu boleh ditonton di sini. | ||
[Video] Drama Liwat II: Anwar Ulangi Kes Sayfool Konspirasi Politik Posted: 26 Apr 2011 03:00 AM PDT | ||
Awas, Sindiket Kebas Duit Guna Nama LHDNM! Posted: 26 Apr 2011 01:50 AM PDT Saya petik:
P/s: Sifirnya mudah, jangan percaya kepada sebarang e-mel yang melibatkan duit, keselamatan, dan akaun (bank,e-mel, dan sebagainya). | ||
[PANAS] Hukum Baca Utusan Malaysia HARAM! Posted: 25 Apr 2011 11:30 PM PDT Saya petik:
P/s: Jika membaca Utusan itu haram, bagaimana pula mencari makan di Utusan? | ||
[PANAS] e-mel 1Malaysia "Makan" Duit Rakyat Setiap Kali Digunakan oleh Agensi Kerajaan Posted: 25 Apr 2011 11:00 PM PDT Saya petik:
P/s: Cara baharu "tibai" duit kerajaan dan selamatkan syarikat kroni. | ||
UMCO Tebal Muka Pelawa DAP Sertai BN? Biar Betul!!!! Posted: 25 Apr 2011 10:30 PM PDT Saya petik:
P/s: Kah kah kah! Mission impossible! Kalau terjadi, Malaysia akan kiamat! | ||
Drama Liwat II: 16 Mei Penentuan Sama Ada Anwar Perlu Bela Diri atau Tidak Posted: 25 Apr 2011 09:26 PM PDT Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selesai mendengar penggulungan hujah daripada kedua-dua pihak pendakwa dan peguam bela yang membicarakan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 16 Mei ini untuk memberikan keputusannya selepas mendengar hujah daripada Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan hujah balas daripada peguam bela, Karpal Singh dan Sankara Nair. Beliau akan membuat keputusan sama ada perlu memanggil Anwar membela diri atau membuang kes berkenaan. P/s: Jika ditakdirkan hakim memutuskan untuk mengikut skrip drama ini, maka kita berpeluang mengikuti siri pembongkaran drama ini di mahkamah. | ||
Posted: 25 Apr 2011 08:10 PM PDT Peguam Anwar, Sankara Nair semalam membongkar beberapa kepincangan kes pendakwa raya dalam hujah penggulungannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh Keadilan Daily. Menurut Sankara, kepincangan itu menjadi alasan kukuh bahawa kejadian liwat yang didakwa Saiful sebenarnya tidak pernah berlaku. Pertama, Sankara mempersoalkan sebab polis hanya menjumpai sehelai sahaja rambut Anwar di ruang tamu di unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara sedangkan manusia secara purata mengalami keguguran hampir 100 helai bulu daripada badan mereka setiap hari. "Manusia keguguran 100 helai rambut secara purata setiap hari. Tetapi kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja bulu dari tubuh Anwar di ruang tamu unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara," kata Sankara. Beliau turut mempersoalkan jika benar kejadian liwat itu berlaku pihak polis pasti akan turut menemukan bulu Saiful di dalam bilik yang didakwa kononnya kejadian tersebut berlaku. Sebaliknya, kata Sankara, hanya bulu yang dikatakan milik Anwar sahaja yang dijumpai di ruang tamu unit kondo itu. Sankara seterusnya menegaskan bahawa Saiful sebenarnya seorang penipu tegar kerana keterangan bohongnya sepanjang perbicaraan berlangsung. Menurut Sankara, Saiful tidak pernah berada di dalam bilik mahupun unit kondo itu pada waktu yang didakwa dalam pertuduhan. Dalam hujahnya, selaku saksi pendakwa raya, Saiful tidak pernah membuktikan dirinya berada di dalam kondo itu pada masa kejadian didakwa berlaku. "Dia pembohong tegar. Dia tidak pernah berada di unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara. Dia hanya membuatkan dirinya kelihatan seperti berada di kondo itu dengan keluar masuk lif yang dirakam kamera litar tertutup," kata Sankara. Bagi yang mahu tahu akan kebenaran kes ini, sila tonton siri video di sini kerana persoalan ini dan pelbagai isu berkaitan ada dibongkarkan oleh Saifuddin. Antara yang dikupas termasuklah sebab tuan punya kondo dan individu yang bermesyuarat dengan Anwar pada hari dan waktu kejadian tidak dipanggil untuk memberikan keterangan. Semalam, Karpal ada menyentuh tentang keengganan pihak pendakwa memanggil doktor Pusrawi yang mula-mula ditemui Saiful yang kononnya mahu membuat pemeriksaan jubur. Menurut Karpal, keterangan dan laporan perubatan doktor Pusrawi itu jika dikemukakan di mahkamah, akan bertentangan dengan laporan yang dikemukakan oleh doktor HKL. Atas sebab itu, doktor tersebut tidak dipanggil untuk memberikan keterangan. Sila tonton video ini untuk pembongkaran kes ini. | ||
Pejuang "Alif Ba Ta" Cuba Gadai Tanah Rezab Melayu, Diselamatkan oleh MB PKR Posted: 25 Apr 2011 07:05 PM PDT
P/s: Selamat menyokong UMCO, sejahtera Melayu! | ||
Perogol Ganas Kena 30 Tahun Penjara, 16 Sebatan Posted: 25 Apr 2011 06:15 PM PDT Saya petik:
| ||
Posted: 25 Apr 2011 05:43 PM PDT Penyanyi, Lee Mi mencetuskan kekecohan apabila dia bertekad melakukan protes separuh bogel di depan pejabat Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou di Taipe semalam. Tindakan itu dibuat kerana dia mahu membangkitkan kesedaran tentang kempen keselamatan nuklear. Dalam protes itu, dia duduk sambil memegang poster yang menutup payu daranya manakala beberapa orang lagi memakai baju berwarna putih. Walau bagaimanapun, beberapa anggota polis datang dan menghampiri penyanyi berkenaan tidak lama selepas itu. Tubuh penyanyi itu dalam keadaan separuh bogel itu kemudiannya ditutup dengan sehelai kain oleh anggota-anggota polis wanita. Tunjuk perasaan itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-25 krisis Chernobyl, Ukraine yang berlaku pada 26 April 1986. Isu keselamatan nuklear semakin mendapat perhatian masyarakat dunia ekoran kejadian kebocoran yang berlaku di loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun sebagai akibat tsunami pada 11 Mac lalu. Sehingga kini loji itu gagal dibaiki menyebabkan berlaku kebocoran radioaktif. P/s: Fuh!!!! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan