Selasa, 26 April 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Video seks: Polis dedah identiti si pelaku ‘masa sesuai’

Posted: 26 Apr 2011 03:30 AM PDT

SUBANG, 26 April — Polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan "si pelaku" dalam video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum sekiranya perlu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar dipetik media hari ini.

"Siasatan masih lagi dijalankan. Apa jua perkara yang kita perlu dedahkan kepada umum kita akan dedahkan, yang mana perkara yang tak perlu kita dedahkan kita tak perlu dedahkan," kata beliau dipetik Bernama Online.

"Bagi pihak kami (polis) siasat dahulu, apabila sampai masanya polis akan beritahu siapa pelakunya dan kita masih siasat kes ini di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah)," katanya selepas Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah dari seluruh negara di sini pada hari Selasa.

Ditanya mengenai sebab Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan, Khalid menegaskan bahawa ia merupakan prosedur biasa dalam melengkapkan kertas siasatan sesuatu kes.

"Kita dah siapkan kertas siasatan itu, sudah tentu kita akan hantar kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara. Sekiranya dia (Peguam Negara) melihat terdapat perkara-perkara yang belum jelas pada kertas siasatan itu ia akan dipulang semula kepada kita.

"Dengan ini kita akur dengan apa jua arahan yang diberikan pada kita. Ini proses biasa dan kemungkinan kita akan serahkan semula kertas siasatan kepada Peguam Negara minggu ini," katanya.

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Mengenai perkembangan kes kematian pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, Khalid berkata Peguam Negara masih meneliti kertas siasatan yang telah diserahkan pada Jumaat lepas.

"Kita masih lagi menunggu beberapa laporan-laporan dari pakar yang belum siap sepenuhnya sebelum Peguam Negara boleh buat keputusan," katanya.

Imam Besar Masjidil Haram bawa Wahabi ke Malaysia, syaki pegawai Jakim

Posted: 26 Apr 2011 02:45 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 26 April — Seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia minggu lalu, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform "kerajaan dengan kerajaan."

Zamihan Mat Zin, yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia berkata, lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

Kata beliau, Sheikh Abdul Rahman berpegang kepada fahaman Wahabi dan cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar "Berpegang kepada al-Quran dan As-Sunah" bertemakan "Dan Berpegang Kamu Semuanya Kepada Tali (Agama) Allah dan Janganlah Kamu Bercerai-berai."

Seminar dua hari berakhir Ahad lalu diadakan di Hotel Royale Chulan di sini dan dihadiri tokoh agama dari dalam dan luar negara.

"Imam ini (Sheikh Abdul Rahman) bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.

"Kalau beliau datang bercakap untuk soal umum tentang Islam, kepentingan Islam kita boleh terima, tapi ia jadi masalah kalah bercakap tentang Allah ada mata . . . ada tangan . . . ada kaki . . . itu semua kita tidak boleh terima," kata Zamihan yang pernah menjadi fokus berhubung isu Wahabi tahun lalu.

Tahun lalu Zamihan telah menimbulkan kontroversi apabila dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Sebaliknya Zamihan mengakui ada "membangkitkan" nama Asri dalam taklimat itu berdasarkan tulisan beliau selama ini.

Tegas beliau, amalan dan ajaran yang dibawa Sheikh Abdul Rahman bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah dan ia bertentangan dengan amalan umat Islam.

"Sebab itu (ajaran Sheikh Abdul Rahman) bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah, sebaliknya ia merupakan metodologi sebahagian amalan al-Hanabilah al-Mujassimah dan metodologi ini bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah yang kita amalkan di Malaysia.

"Memandangkan metodologi ini dipopularkan ajaran Wahabi dan ulama bangkit menentangnya, maka metodologi ini tidak perlu disebarkan kepada umat Islam dalam apa jua pendekatan kerana ia bukan metodologi yang benar yang diwarisi dari Rasulullah," katanya.

Kata Zamihan, beliau menentang keras tindakan Sheikh Abdul Rahman yang cuba mewujudkan suasana tidak senang di kalangan umat Islam dengan membawa fahaman yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah.

"Jika ia (amalan Wahabi) mahu dipraktikkan di Arab Saudi terpulanglah, tapi kita di Malaysia mengamalkan metodologi Ahli Sunah Waljamaah yang jelas iaitu berpegang dengan prinsip akidah yang dirintis dari Imam Abu al-Hasan al-Ash`ari bermazhab Shafie dan berpandukan metodologi tasawuf dari kalangan ulama sufi yang muktabar.

"Imam Besar Masjidil Haram ini juga pernah membuat (mencetuskan) kontroversi apabila mengemukakan pandangan bahawa orang Islam dilarang menziarai makam Nabi, malah saya ada bukti lain yang menunjukkan beliau cuba menyuntik fahaman Wahabi.

"Malah dalam seminar yang dihadiri beliau pada Sabtu dan Ahad lalu juga, hampir keseluruhan jurucakap dan tetamu yang hadir mengamalkan metodologi Wahabi, tapi gunakan nama lain daripada diketahui dan ini mengelirukan umat Islam," katanya.

Justeru, kata beliau, pihak berkuasa terutamanya polis dan jabatan agama Islam harus menyiasat perkara tersebut agar tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Selain itu, Zamihan juga mempersoalkan bagaimana penceramah-penceramah dari luar negara dibenarkan untuk bercakap soal agama tanpa permit.

"Kedatangan Imam Besar Masjidil Haram ini kalau untuk kegiatan umat Islam tiada masalah tapi kalau nak bawa metodologi ia tidak wajar . . . tindakan ini akan mengelirukan umat Islam dan wajar pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini.

"Kalau nak masuk Singapura pun kena ada permit tapi bila orang luar berucap pasal agama dan nak bawa metologi Wahabi tidak perlukan permitkah? Sheikh Abdul Rahman datang dengan tujuan untuk semai fahaman Wahabi dan ini tidak wajar," katanya yang turut menjadi perhatian ekoran satu seminar di Singapura awal tahun lalu.

Pada Jumaat lalu Sheikh Abdul Rahman menggesa umat Islam berpegang teguh kepada al-Quran dan As-Sunah demi memastikan mereka kekal bersatu padu.

Beliau berkata, perpecahan di kalangan umat Islam akan berlaku sekiranya mereka tidak menjadikan kedua-dua perkara itu sebagai sebahagian amalan kehidupan seharian.

"Anda semua harus berpegang pada hadis Rasulullah mengenai pentingnya berpegang teguh dengan al-Quran dan As-Sunah, jika tidak inilah (perpecahan) jadinya kepada umat kita (Islam)," katanya dalam khutbah Jumaat yang diikuti oleh lebih 3,000 jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan.

Khutbah beliau bertajuk "Perpaduan Islam dan Cabaran Semasa" diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh Yang Dipertua Persatuan Bahasa Arab Malaysia, Datuk Mahamud Abdul.

Pendakwa, peguam negara jadi alat politik Umno- Anwar

Posted: 26 Apr 2011 12:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa Jabatan Peguam Negara dan pendakwaraya dalam kes Fitnah II, merelakan diri mereka menjadi alat politik dan diperhambakan Umno.

Beliau antara lain mempersoalkan kaedah ujian ke atas sampel DNA yang meragukan apabila saksi pendakwa ke-25, DSP Jude Pereira menyimpan sampel itu selama 96 jam sebelum menyerahkannya ke Jabatan Kimia.

"Pendakwa jadi alat politik Umno, mainkan isu sperma atau air mani, walaupun dalam keterangan mahkamah, 96 jam tidak ada (disimpan) dalam freezer, namun ia dipadamkan supaya jadi isu politik murahan," tegas Anwar.

Fakta itu, kata Anwar dinafikan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dengan restu Peguam Negara Datuk Gani Patail.

"Datuk Yusof sama sekali tak sentuh hal itu samada sah mani itu walaupun dijelaskan rentetan peristiwa dari apa yang dikatakan kejadian, (sampel) disimpan dalam bilik Jude, tidak dalam freezer, dua hari berikutnya barulah diberikan kepada Jabatan Kimia.

"Jadi Peguam Negara hanya menjalankan kerja mereka untuk memuaskan hati tuan politik mereka," kata Anwar sewaktu bercakap kepada wartawan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Menurut Anwar, Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan terus menjadikan kes fitnah II itu sebagai senjata memburukkan nama baik beliau, meskipun hakikatnya kes itu sepatutnya telah digugurkan.

"Semua tahu kes ini tidak ada asas, tapi seperti kita tahu Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan terus mencela kita seolah-olah mereka ini orang-orang yang baik moral mereka.

"Jadi itu sahaja kekuatan mereka, kalau tunjuk moral Anwar ini kurang baik mereka akan menang," kata Anwar.

Kes perbicaraan Fitnah II ditangguhkan hari ini selepas kedua-dua peguam bela dan pendakwa raya selesai membentangkan hujah penggulungan mereka.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 16 Mei depan sebagai tarikh untuk beliau mengumumkan samada Anwar akan dipanggil membela diri atau membuang kes berkenaan.

Bersatulah Melayu

Posted: 26 Apr 2011 12:00 AM PDT

Semenjak selesai Pilihan Raya Sarawak di mana DAP telah menang di 12 kerusi DUN, DAP telah menjadi sasaran pencacai UMNO khususnya Utusan Malaysia dengan slogan 'Bersatulah Melayu' mereka. Ini dilakukan walaupun diketahui umum bahawa semua parti-parti komponen PR juga turut menunjukkan prestasi yang semakin meningkat. DAP dijadikan sasaran kerana mereka telah berjaya memperolehi kebanyakan undi dari masyarakat Cina dan dengan itu dikatakan bahawa Cina telah bersatu bawah DAP!

Dengan gaya pemikiran perkauman sempit yang menguasai minda UMNO, maka tidak pelik bagi kita apabila kejayaan DAP untuk meraih undi Cina ditafsirkan sebagai penyatuan Cina untuk 'menentang Melayu'. Pemikiran perkauman yang menguasai minda UMNO, yang diluahkan melalui lidah tidak rasmi mereka, iaitu Utusan Malaysia, tidak berkemampuan memikirkan sebab dan alasan yang lain mengapa masyarakat Cina secara padu menyokong DAP. Mata mereka dikaburi perkauman dan telinga mereka didendangkan dengan sorakan-sorakan perkauman. Tiada yang mereka mampu lihat dan tiada yang mereka mahu dengar melainkan perkauman.

Hakikatnya, masyarakat Cina telah menyokong calon DAP dan menolak calon SUPP. Kedua-duanya adalah berbangsa Cina. Persoalannya, mengapa masyarakat Cina menyokong seorang calon Cina dan menolak calon Cina yang satu lagi? Ianya tidak boleh dijawab dengan alasan perkauman kerana pada hakikatnya dua-dua calon adalah berbangsa Cina. Yang berbeza adalah seorang calon (SUPP) berdiri bersama BN dan seorang lagi (DAP) berdiri bersam PR. BN melambangkan kerajaan yang tenggelam dengan rausah dan kronisma sambil PR pula melambangkan kerajaan yang bebas rasuah, telus dan berkebajikan. Keadaan Taib Mahmood sebagai pemimpin yang kaya raya hasil rasuah jelas terukir dipemikiran masyarakat Sarawak dan oleh itu masyarakat Cina menolak BN dan sekutu-sekutunya!

Kita seharusnya mengucapkan tahniah kepada DAP dan kumpulan NGO Cina yang telah berjaya mendidik masyarakat Cina untuk menolak pemimpin Cina yang rasuah ataupun yang bersubahat dengan kerajaan yang mengamalkan rasuah. Penolakan menyeluruh oleh masyarakat Cina terhadap amalan rasuah adalah berdasarkan kefahaman yang telah dibina bertahun-tahun melalui proses pendidikan formal dan tidak formal yang menyakinkan mereka bahawa rasuah ini akan memusnahkan Negara.

Oleh itu, saya sememangnya bersetuju bahawa masyarakat Cina telah bersatu, tetapi bukan untuk menentang Melayu, mereka bersatu untuk menentang rasuah dan penyelewengan. Mereka telah berjaya membuktikan di Sarawak bahawa mereka akan menolak mana pemimpin Cina, walau 'BESAR' mana sekalipun, walaupun Presiden pada sebuah parti, sekiranya pemimpin itu mengamal atau bersubahat dengan rasuah.

Sememangnya, orang Melayu juga wajib bersatu seperti mereka! Tetapi bukan bersatu di atas dasar perkauman seperti seruan Utusan Malaysia dan PERKASA. Orang Melayu harus bersatu di atas prinsip menolak pemimpin yang rasuah. Lebih-lebih lagi apabila diambil kira bahawa orang Melayu beragama Islam dan Rasulullah (SAW) telah menyatakan dengan jelas bahawa "pemberi dan penerima rasuah berada di dalam api Neraka". Sepatutnya, kita yang menunjukkan penolakan dan penentangan terhadap rasuah dan pemerintahan yang menyeleweng ini jauh lebih awal dari masyarakat lain. Sepatutnya kita yang berada di depan mendahalui yang lain, menjadi ummat yang boleh dicontohi, tetapi malangnya kita tetap berada ditahap lama, ditinggalkan masyarakat lain, khususnya masyarakat Cina pada ketika ini.

Ini berlaku kerana malangnya, orang Melayu Islam di bawah pengaruh UMNO; dan UMNO di atas sebab kejahilan mereka, telah mengharuskan rasuah di dalam alam politik dengan menganggap pengampunan Allah akan terjamin apabila dilakukan umrah sekali sekala! UMNO yang menakut-nakutkan masyarakat Melayu sehingga terus menyokong perasuah dan perompak rakyat dari UMNO kerana sekiranya tidak, maka Cina akan mengambil-alih kuasa. UMNO yang memperbodohkan masyarakat Melayu sehingga mereka terus tidak sedar bahawa pada hakikatnya bila UMNO kalah yang menang bukan DAP; tetapi PAS atau calon Melayu dari PKR.

Dalam suasana kejahilan, ketakutan dan kebodohan ini UMNO meraih kemenangan demi kemenangan dengan sokongan Melayu. Oleh itu, UMNO ingin suasana sebegini terus kekal di kalangan masyarakat Melayu, supaya mereka akan terus berkuasa. Dan inilah cabaran yang perlu diharungi PAS, khususnya. Untuk membebaskan masyarakat Melayu yang beragama Islam dari belenggu kejahilan, ketakutan dan kebodohan yang dipasang oleh UMNO ke atas mereka. Sehingga, satu hari kelak, masyarakat Melayu Islam akan bersatu, bukan untuk menentang Cina, tetapi untuk menentang rasuah dan menolak pemimpin yang rasuah dan parti yang membudayakan rasuah.

Kalau DAP boleh berjaya dengan masyarakat Cina, mengapa tidak kita, masyarakat Melayu yang beragama Islam? Sekiranya tidak maka kita akan ketinggalan dan masyarakat lain akan menjadi jauh lebih maju dari kita. Bukan sekadar lebih maju dari sudut material, tetapi lebih maju dari sudut nilai ketamadunan juga. Maka akhirnya apa yang akan ada dengan masyarakat Melayu Islam? Seperti yang dikatakan TGNA, "sudahlah tiada wang, tiada ilmu, tiada akhlak pula!". Naudzubillah-himin dzalik.

Pada hakikatnya, UMNO mahu menutup kelemahan dan kegagalan mereka dengan melaungkan kembali laungan zaman jahiliyyah. Korupnya mereka, tidak cekapnya mereka, menyelewengnya mereka, semua ini ingin mereka tutupi dengan laungan jahiliyyah perkauman. Supaya Melayu terus sokong mereka walaupun mereka telah gagal dalam semua aspek. Semoga kita tidak tertipu dengan laungan ini dan kita ingat kembali saranan Rasulullah (SAW);

"Tidak dariku, mereka yang menyeru atas dasar assobiyyah, tidak dariku mereka yang berperang atas dasar assobiyyah, tidak dariku mereka yang mati atas dasar assobiyyah".

Maka apabila ditanya oleh sahabat Baginda apa itu assobiyyah, maka dijawabnya "menyokong kaummu atas dasar yang zalim". Rasuah itu zalim, penyelewengan itu zalim, pemborosan wang rakyat itu zalim dan perkauman itu zalim. Yang dizalimi adalah rakyat yang akhirnya dinafikan hak mereka dan diadu-domba atas dasar perkauman sehingga persoalan kebenaran dan keadilan menjadi kabur dan tidak diutamakan.

Semoga kita dibebaskan dari belenggu UMNO dan masyarakat Melayu juga akan turut bersatu menolak calon dari UMNO dan BN yang merupakan lambang pemerintahan rasuah dan penyelewengan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Haram baca Utusan, tegas Dr Haron Din

Posted: 25 Apr 2011 11:25 PM PDT

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai "haram" dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.

Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.

"Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.

"Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini," jelas beliau.

Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini.

Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan "Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat.

Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya.

"Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut." jelas beliau.

MB Kedah, Exco kekal YDP PAS kawasan

Posted: 25 Apr 2011 11:00 PM PDT

Mohd Shubihi Muhamad Zain

YAN, 26 April: Pemilihan parti peringkat kawasan di negeri Kedah berjalan lancar dan turut menyaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (gambar) serta beberapa pemimpin utama kerajaan negeri yang lain kekal sebagai Yang Dipertua (YDP) PAS di kawasan masing-masing.

Azizan menang tanpa dicabar pada pemilihan jawatankuasa PAS Kawasan Jerai yang berlangsung di Dewan Tuan Guru Haji Othman Al-Yunusi, dekat sini.

Dua anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh juga disiytiharkan menang tanpa bertanding dan terus kekal menerajui PAS Kawasan Kuala Kedah dan PAS Kawasan Alor Setar.

Manakala di Kubang Pasu, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Datuk Dr Isa Ismail kekal menyandang jawatan YDP Kawasan sejak sesi lalu apabila berjaya menewaskan pencabarnya, Yusof Ahmad.

Sementara itu di Baling, Tuan Guru Awang Lanai @ Abdul Wahab Md Hassan yang diamanahkan sebagai YDP sejak 1984 lalu terus kekal menerajui PAS kawasan tanpa dicabar, manakala Adun Kupang, Johari Abdullah menewaskan Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamuddin untuk kekal sebagai timbalan.

Jawatan YDP PAS Kawasan Sik yang sebelum ini disandang oleh Adun Jeneri, Yahaya Abdullah dimenangi pencabarnya, Che Uda Che Nik yang juga Ahli Parlimen Sik, manakala Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Sanusi Mohamad Nor yang bertanding jawatan timbalan tewas kepada lawannya, Bakar Baqilani Hassan.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu menyaksikan penyandangnya, Hassan Razak menang jawatan YDP menewaskan pencabarnya yang juga Adun Bandar Baharu, Yaakob Husin dalam pertandingan dua penjuru itu.

Terdahulu empat kawasan lain iaitu Merbok, Jerlun, Sungai Petani dan Langkawi telah melengkapkan mesyuarat agung dan sesi pemilihan jawatankuasa kawasan masing-masing.

Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Abdul Ghani Ahmad dipilih menerajui PAS Kawasan Merbok dan Jerlun, manakala Adun Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh kekal di Sungai Petani dan Zubir Ahmad di Langkawi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PAS Kedah, Musoddak Ahmad yang dihubungi berkata baki empat lagi kawasan akan bermesyuarat pada akhir April nanti.

"Empat lagi kawasan iaitu Padang Terap, Pokok Sena, Pendang dan Padang Terap dijadualkan bermesyuarat agung bagi memilih ahli jawatankuasanya pada akhir bulan ini.

"Manakala Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah pula dijadualkan akan berlangsung pada 1 Mei nanti di Sungai Petani juga akan memilih barisan jawatankuasa kerjanya bagi sesi baru ini," katanya.

Kes liwat: 16 Mei mahkamah putuskan nasib Anwar

Posted: 25 Apr 2011 10:25 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 April — Mahkamah Tinggi akan memutuskan pada 16 Mei ini sama ada akan memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim agar membela diri atau membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya.

Kedua-dua pendakwa dan pembela mengakhiri hujah penggulungan hari ini.

Semalam, pihak pendakwa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa profil DNA "lelaki Y" yang ditemui di dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik pemimpin Ketua Pembangkang itu.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Dalam hujahnya juga semalam, peguam bela utama Karpal Singh berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.

Katanya saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.

Perbicaraan kes liwat kedua melibatkan Anwar ini bermula tiga tahun lalu.

MCA: Perkasa, Utusan hakis sokongan Cina BN

Posted: 25 Apr 2011 10:22 PM PDT

Oleh Melissa Chi


KUALA LUMPUR, 26 April — Ketua Publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie mendakwa Utusan Malaysia dan Perkasa yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan sokongan masyarakat Cina sejak 2008.

Oleh itu beliau juga menggesa Kementerian Dalam Negeri agar mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana mengesyorkan gelombang "1Melayu, 1Bumi" yang mana disokong Perkasa walaupun ditolak penaungnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Heng memberitahu The Malaysian Insider bahawa akhbar milik Umno itu secara berterusan menerbitkan artikel yang bersifat perkauman dan ia akan memberi kesan kepada perpaduan negara.

"Kami fikir jika ia satu trend, yang diamalkan Utusan (Malaysia), ia bukan hanya akan menyebabkan parti masyarakat Cina terutamanya dalam BN tetapi juga kepada perpaduan negara. "Lantaran itu, kami harap menteri peka dalam hal ini dengan mengambil tindakan untuk melindungi kepentingan rakyat dan negara," kata beliau.

"Saya rasa perkara ini sudah berlanjutan terlalu lama, dan kami tidak (mungkin) ada keputusan 8 Mac (pilihan raya umum 2008) atau pilihan raya Sarawak di mana BN kalah di kawasan pengundi Cina," katanya merujuk kepada pilihan raya umum 2008 dan terbaru pilihan raya negeri Sarawak.

Utusan Malaysia meminta Umno supaya menggerakkan gelombang "1Melayu, 1Bumi" yang melibatkan semua parti Melayu, dan mendakwa DAP berniat untuk menjatuhkan kepimpinan negara.

Jumaat lalu, Timbalan Ketua Publisiti MCA Loh Seng Kok mengingatkan gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang disyorkan akhbar harian berbahasa Malaysia itu akan mewujudkan suasana kurang senang di kalangan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi menegur Loh kerana mempertikaikan akhbar itu dan memberitahu pemimpin MCA itu agar bekerja lebih kuat untuk mendapatkan semula sokongan pengundi yang terjejas sejak pilihan raya umum 2008.

Di Perak, Perkasa juga mengecam MCA kerana meminta agar Utusan Malaysia diboikot, dengan mendakwa parti itu cuba meraih semula sokongan masyarakat Cina.

Semalam Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata Utusan Malaysia adalah suara bagi orang Melayu.

Heng bagaimanapun berkata Utusan Malaysia perlu menghentikan daripada menerbtikan artikel bersifat perkauman.

"Ini masa terbaik untuk mereka membetulkan kedudukan mereka... atas nama semangat patriotik jika semua orang sayangkan Malaysia apa sahaja yang kita buat atau kata, kepentingan negara paling penting," katanya.

Beberapa pemimpin kerajaan juga cuba untuk tidak terlibat dengan syor akhbar itu minggu lalu, dengan mendakwa pandangan itu dikemukakan atas dasar peribadi editor Utusan Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata syor akhbar berbahasa Melayu itu tidak akan menghalang beliau meneruskan komitmen melaksanakan konsep 1 Malaysia.

Dr Mahathir juga menentang cadangan itu sambil menyifatkan ia akan menjadi lebih "malapetaka" jika dilaksanakan.

Heng yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata sudah tiba masa Perkasa dan Utusan Malaysia bertanya kepada diri sendiri mengapa BN kehilangan sokongan masyarakat Cina.

"Sebab utama ia disebabkan mereka (Perkasa dan Utusan Malaysia), semua institusi termasuk NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang bersifat rasis dan juga media menyebabkan masyarakat Cina marah.

"Jadi sekarang kita fikir institusi seperti Perkasa dan Utusan Malaysia yang menuduh orang lain, mereka perlu tanya kepada diri sendiri adakah mereka menyumbang kepada perpaduan negara? Sudah tentu tidak," katanya.

MCA: Perkasa, Utusan hakis sokongan Cina BN

Posted: 25 Apr 2011 10:22 PM PDT

Oleh Melissa Chi


KUALA LUMPUR, 26 April — Ketua Publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie mendakwa Utusan Malaysia dan Perkasa yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan sokongan masyarakat Cina sejak 2008.

Oleh itu beliau juga menggesa Kementerian Dalam Negeri agar mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana mengesyorkan gelombang "1Melayu, 1Bumi" yang mana disokong Perkasa walaupun ditolak penaungnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Heng memberitahu The Malaysian Insider bahawa akhbar milik Umno itu secara berterusan menerbitkan artikel yang bersifat perkauman dan ia akan memberi kesan kepada perpaduan negara.

"Kami fikir jika ia satu trend, yang diamalkan Utusan (Malaysia), ia bukan hanya akan menyebabkan parti masyarakat Cina terutamanya dalam BN tetapi juga kepada perpaduan negara. "Lantaran itu, kami harap menteri peka dalam hal ini dengan mengambil tindakan untuk melindungi kepentingan rakyat dan negara," kata beliau.

"Saya rasa perkara ini sudah berlanjutan terlalu lama, dan kami tidak (mungkin) ada keputusan 8 Mac (pilihan raya umum 2008) atau pilihan raya Sarawak di mana BN kalah di kawasan pengundi Cina," katanya merujuk kepada pilihan raya umum 2008 dan terbaru pilihan raya negeri Sarawak.

Utusan Malaysia meminta Umno supaya menggerakkan gelombang "1Melayu, 1Bumi" yang melibatkan semua parti Melayu, dan mendakwa DAP berniat untuk menjatuhkan kepimpinan negara.

Jumaat lalu, Timbalan Ketua Publisiti MCA Loh Seng Kok mengingatkan gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang disyorkan akhbar harian berbahasa Malaysia itu akan mewujudkan suasana kurang senang di kalangan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi menegur Loh kerana mempertikaikan akhbar itu dan memberitahu pemimpin MCA itu agar bekerja lebih kuat untuk mendapatkan semula sokongan pengundi yang terjejas sejak pilihan raya umum 2008.

Di Perak, Perkasa juga mengecam MCA kerana meminta agar Utusan Malaysia diboikot, dengan mendakwa parti itu cuba meraih semula sokongan masyarakat Cina.

Semalam Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata Utusan Malaysia adalah suara bagi orang Melayu.

Heng bagaimanapun berkata Utusan Malaysia perlu menghentikan daripada menerbtikan artikel bersifat perkauman.

"Ini masa terbaik untuk mereka membetulkan kedudukan mereka... atas nama semangat patriotik jika semua orang sayangkan Malaysia apa sahaja yang kita buat atau kata, kepentingan negara paling penting," katanya.

Beberapa pemimpin kerajaan juga cuba untuk tidak terlibat dengan syor akhbar itu minggu lalu, dengan mendakwa pandangan itu dikemukakan atas dasar peribadi editor Utusan Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata syor akhbar berbahasa Melayu itu tidak akan menghalang beliau meneruskan komitmen melaksanakan konsep 1 Malaysia.

Dr Mahathir juga menentang cadangan itu sambil menyifatkan ia akan menjadi lebih "malapetaka" jika dilaksanakan.

Heng yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata sudah tiba masa Perkasa dan Utusan Malaysia bertanya kepada diri sendiri mengapa BN kehilangan sokongan masyarakat Cina.

"Sebab utama ia disebabkan mereka (Perkasa dan Utusan Malaysia), semua institusi termasuk NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang bersifat rasis dan juga media menyebabkan masyarakat Cina marah.

"Jadi sekarang kita fikir institusi seperti Perkasa dan Utusan Malaysia yang menuduh orang lain, mereka perlu tanya kepada diri sendiri adakah mereka menyumbang kepada perpaduan negara? Sudah tentu tidak," katanya.

Harussani: Poco-poco tak dibincang, saya terkejut pendirian Majlis Fatwa

Posted: 25 Apr 2011 10:12 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 26 April — Tan Sri Harussani Zakaria mempertikaikan laporan media minggu lalu bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan untuk membenarkan umat Islam menyertai tarian poco-poco di negeri-negeri lain kecuali Perak yang sudah pun membuat fatwa mengharamkannya.

Justeru, tegas Mufti Perak ini, isu tarian poco-poco tidak pernah dibincang pada muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang berakhir Jumaat lalu.

Kata Harussani, beliau hanya memberi penerangan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung pengharaman tarian poco-poco di Perak dan tiada keputusan rasmi dibuat ketika itu.

"Dalam mesyuarat kita tidak bincangkan langsung pasal tarian poco-poco, apa yang berlaku saya hanya memberikan penerangan kenapa ia diharamkan . . . kita tidak bincangkan secara umum isu ini.

"Sebab itu saya terkejut apabila dalam akhbar kata Majlis Fatwa Kebangsaan benarkan tarian poco-poco di negeri lain, kita tidak bincangkan pun perkara ini . . . jadi bagaimana boleh kata macam itu," katanya.

Harussani juga berkata, beliau sudah mendapatkan penjelasan daripada Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan dimaklumkan media telah salah faham.

"Saya percaya Abdul Shukor tidak bermaksud seperti itu, tapi media tidak faham dan macam nak hentam saya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kata Harussani, Abdul Shukor hanya mengatakan mana-mana tarian yang diamalkan tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Abdul Shukor hanya kata mana-mana tarian kena ikut garis panduan yang ditetapkan pada 2007 termasuk etika berpakaian, tiada lelaki dan perempuan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

"Dan, Abdul Shukor juga kata mufti-mufti boleh ikut garis panduan itu dan mana-mana tarian yang menjurus kepada pemujaan adalah haram... macam tarian poco-poco ia sudah jelas haram," katanya.

Di akhir mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Jumaat lalu, Abdul Shukor berkata, umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

Kata beliau, umat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan dikeluarkan badan itu sejak 2007, yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

Bagaimanapun, tambah Abdul Shukor, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu sejak Januari lalu.

Justeru kata Harussani, hasil kajian Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak selain merujuk kepada garis panduan yang ditetap telah memutuskan tarian poco-poco adalah haram dan tidak boleh diamalkan di negeri itu.

Selain itu, tegas beliau pengharaman tarian poco-poco tidak akan ditarik balik walaupun dipertikaikan banyak pihak termasuk sesetengah tokoh pemimpin agama.

"Tarian poco-poco adalah haram, macam mana kita nak tarik benda yang sudah haram . . . lagipun kita sudah fatwakan pengharaman tarian poco-poco di Perak.

"Benda haram kita tidak boleh nak ubah walaupun ia hanya untuk senaman. Kita dah buat kajian dan telah mengikut garis panduan, sebab itu kita putuskan tarian poco-poco haram, yang haram kita tidak akan tarik balik," tegas beliau.

Pada 6 April lalu, Harussani memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau tidak akan menarik balik keputusan mengharamkan tarian poco-poco, sebaliknya bersedia untuk memberi penjelasan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beliau berkata Jawatankuasa Fatwa negeri itu membuat keputusan mengharamkan tarian poco-poco selepas membuat kajian dan penelitian mendalam.

PAS, Pakatan Rakyat tembusi tembok sentimen Sarawak

Posted: 25 Apr 2011 10:00 PM PDT

Oleh MAT ZAIN MAT ISA

POLITIK Sarawak amat dikongkong sentimen kenegerian. Walaupun kempen kesedaran dan praktik ke arah pemupukan integrasi nasional pada zahirnya giat dilaungkan Barisan Nasional (BN), lakaran sentimen kewilayahan itu tetap tersemat kukuh dalam minda masyarakatnya.

Paling tidak itulah kesimpulan dibuat tatkala melihat cara bagaimana para penguasa politik Sawarak "melayani" kehadiran para petugas Pakatan Rakyat, khususnya dari serata Semenanjung, yang dianggarkan mencapai belasan ribu oran

Sedari awal gerak kerja kempen berjalan, laungan mendabik dada tidak menerima kehadiran petugas dan kaedah kempen dari luar Sarawak sudah kedengaran dalam pelbagai nada dan bentuk. Anehnya, sentimen menidakkan campur tangan sedemikian hanya kedengaran terhadap pendukung Pakatan Rakyat. Kebanjiran para pemimpin, petugas dan pendukung BN dari Semenanjung tidak pula berdepan sentimen serupa.

Sebab itu media arus perdana tidak kekok memaparkan kenyataan berbentuk amaran oleh beberapa pemimpin BN Sarawak supaya "jangan bawa stail politik Semenanjung" ke negeri mereka. Ia sudah tentu tidak ditujukan kepada pemimpin sesama parti, tetapi dimaksudkan kepada pemimpin pembangkang sahaja.

Kononnya cara kempen yang mendedahkan kelemahan, korupsi dan kepincangan pemerintah bukan gaya diterima di Sarawak. Rakyat negeri itu digambarkan sangat selesa dengan BN. Mereka malah didakwa tidak menganggap apa yang didakwa Pakatan sebagai penyelewengan pemerintahan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai suatu yang perlu djadikan isu utama kempen.

Soal penafian hak milik tanah oleh rakyat, penyalahgunaan kuasa dan pembolotan kekayaan hasil bumi negeri untuk agihan sesama pemimpin BN dan kroni mereka, kegagalan BN memastikan kemudahan asas rakyat dipenuhi dan keperluan rakyat membuat perubahan politik untuk menyelesaikan kepincangan-kepincangan tersebut seolah-olah tidak menjadi budaya penduduk negeri itu.

Justeru, ada pemimpin utama parti-parti komponen BN Sarawak yang sebilangannya juga menjadi pemimpin kanan kerajaan negeri memberi amaran agar pemimpin parti lawan tidak memanipulasi isu-isu berkenaan. Bahawa mengatakan pemerintahan BN selama berpuluh tahun di negeri itu gagal membawa kehidupan rakyat ke tahap sepatutnya dan kerajaan sebegitu layak ditukar digambarkan seolah-olah idea yang asing.

Idea mengubah teraju politik Sarawak digambarkan secara negatif dan didatangkan dari Semenanjung. Ia didakwa bukan sebahagian daripada agenda politik Sarawak dan dikatakan tidak sesuai dengan konteks politik negeri itu.

"Ini negeri kami punya, orang luar jangan campur tangan. Biarlah kami tentukan sendiri hala tuju politik kami." Begitulah lebih kurang pemahaman yang dapat disimpulkan daripada kenyataan beberapa pemimpin kerajaan dan ketua masyarakat di negeri itu.

Sentimen kewilayahan itu turut berakar umbi dalam masyarakat, sekurang-kurangnya di kalangan para penguasa sesebuah penempatan. Sehinggakan ada kampung dan penempatan yang secara terbuka menolak kehadiran parti selain komponen BN.

Mereka tidak dapat menerima kelibat para petugas Pakatan di perkampungan mereka. Kehadiran petugas, yang walaupun di sisi undang-undang pilihan raya berhak menemui pengundi dan menerangkan dasar serta program parti sebagai usaha meraih undi mereka, dilabelkan sebagai mengacau kedamaian kampung yang selama ini hanya kenal parti tertentu daripada komponen BN.

Suasana pada hari pengundian lebih menampakkan penghayatan sentimen tersebut dalam bentuk lebih terlampau. Ada algojo-algojo BN (dikenal pasti identiti mereka oleh pelbagai pihak, termasuk pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan anggota polis bertugas) yang bertindak seolah-olah mereka penguasa mutlak perjalanan proses demokrasi.

Mereka ini meninggikan suara kepada sesiapa juga petugas Pakatan yang tidak disenangi. Kebenaran untuk seseorang itu bertugas di kawasan pengundian seolah-olah sepenuhnya ditentukan mereka ini, bukan lagi di tangan SPR atau polis.

Dalam satu kes, diceritakan dengan lagak samseng dan tidak bertamadun, seorang algojo BN menunjukkan kebengisan dan menengking petugas Pakatan. Sedangkan petugas ini dilantik parti dan memiliki kad disahkan SPR untuk menyelia dan memerhati perjalanan proses pembuangan undi di pusat mengundi tersebut.

Bagi samseng BN ini, kad kuasa SPR itu tidak membawa apa-apa makna. Bahkan dia tergamak mengarahkan anggota polis bertugas agar menghalau petugas Pakatan itu. Menurut cerita petugas terbabit, anggota polis itu seakan terpaksa akur dengan "kuasa" samseng BN itu dan dengan hormat meminta petugas Pakatan itu beredar.

Biarpun sentimen anti-Semenanjung itu cuba disuburkan para pendukung BN, terutama sebagai taktik mengekang kemaraan Pakatan di Bumi Kenyalang, pengundi negeri itu telah membuktikan sebaliknya.

Jumlah 15 kerusi dimenangi DAP dan KeADILan adalah lonjakan amat bermakna berbanding hanya tujuh pada 2006. PAS pula, walaupun gagal memperolehi sebarang kerusi, telah menampakkan kemajuan membanggakan. Tiada calonnya yang hilang wang pertaruhan. Malah ada calonnya yang kalah tipis, tidak sampai 400 undi majoriti.

Terbukti rakyat Sarawak tidak lagi meraikan sentimen kenegerian yang cuba dikekalkan BN. Sebaliknya, Pakatan dan PAS telah berjaya menembusi tembok sentimen itu.

Momentum Sarawak, PRU13 BN bakal diranapkan

Posted: 25 Apr 2011 09:00 PM PDT

Oleh Mohd Rashidi Hassan

PARTI-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat tidak seharusnya berasa terlalu hampa dengan keputusan Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak 16 April lepas.

Diakui memang sukar untuk Pakatan Rakyat memerintah Sarawak pada waktu ini. Ada banyak faktor yang harus dibuat post-mortem, antaranya, persediaan yang tidak maksimum, kekuatan jentera, kedudukan muka bumi yang luas dan jauh di pedalaman, mentaliti rakyat Sarawak, serta suasana kempen yang lebih memihak kepada Barisan Nasional.


Namun, jika diukur dengan kekuatan Pakatan Rakyat berbanding BN, penurunan undi popular BN daripada 63 peratus pada PRN tahun 2006 kepada 55 peratus tahun 2011, menunjukkan graf sokongan rakyat terhadap BN semakin menjunam.

Pilihan raya tersebut sebenarnya merupakan suatu lonjakan yang besar kepada Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya pada PRU ke-13 nanti.

Pada PRU-12 2008, Pakatan Rakyat menerusi DAP hanya menang satu kerusi Parlimen Bandar Kuching. Manakala pada PRK Sibu pada 16 Mei 2010, DAP berjaya merampas kerusi tersebut daripada BN.

Sabah dan Sarawak merupakan kerusi 'stock-pile' BN. Daripada 222 kerusi Parlimen keseluruhan, Sabah mewakili 25 kerusi, manakala Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen. Kedua-dua negeri ini mempunyai 56 kerusi Parlimen.

Daripada 56 kerusi tersebut, hanya 3 diwakili Pakatan Rakyat, iaitu Bandar Kuching dan Sibu(Sarawak) serta Kota Kinabalu (Sabah).

Komposisi kekuatan Pakatan Rakyat berbanding BN di Semenanjung hampir seimbang. Daripada 166 kerusi Parlimen di Semenanjung, Pakatan Rakyat mempunyai 79 kerusi berbanding 87 kerusi BN.

Daripada pecahan undi popular BN secara keseluruhan yang dicatat pada PRU ke-12, bagi 222, kerusi Parlimen BN memperolehi 51.4 peratus undi popular berbanding Pakatan Rakyat dan bebas memperolehi 49.6 peratus.

Manakala bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, keseluruhan BN mendapat undi popular sedikit menyusut iaitu sebanyak 51.3 peratus. Maknanya asas kekuatan Pakatan Rakyat berbanding BN pada PRU ke-12 adalah seimbang.

Dalam apa keadaan pun, ketika itu (2008) peluang untuk menguasai Putrajaya pada asasnya adalah 50:50. BN tiada kelebihan yang mutlak.


Sokongan kepada BN semakin menurun

Senario ini sebenarnya sudah banyak berubah. Walaupun kuasa pemerintahan Kerajaan Pusat bertukar Perdana Menteri pada 2009, namun sehingga kini (selepas dua tahun), keadaan masih tidak memihak kepada BN. Dengan erti kata yang jelas, keadaan untuk BN tidak berubah, malah sokongan rakyat semakin menurun.

Semua fakta ini diperkukuhkan dengan kemenangan 15 kerusi Dun di Sarawak dan 45 peratus undi popular keseluruhan kepada Pakatan Rakyat.

Data ini, jelas menunjukkan hampir separuh kerusi Parlimen di Sarawak yang dikuasai BN (29 kerusi) akan terancam. Ia menunjukkan dengan jelas, para PRU ke-13 nanti, Pakatan Rakyat hampir pasti memenangi 10 hingga 13 kerusi Parlimen.

Harus diingat bahawa pola pemikiran yang membentuk trend pengundian bagi Sarawak dan Sabah adalah sama. Jika 45 peratus rakyat Sarawak mengundi Pakatan Rakyat, tidakkah mungkin peratusan yang hampir sama boleh dihasilkan di Sabah? Memang ada tendency kecenderungan pengundi Sabah ke arah yang sama dengan Sarawak.

Pakatan Rakyat hanya memerlukan 30 kerusi lagi untuk melangkah ke Putrajaya, jika pola pemikiran dan kecenderungan pengundi Sabah sama dengan Sarawak, ada kemungkinan Pakatan Rakyat boleh menang separuh daripada 56 kerusi.

Pada pandangan penulis, setakat ini, jika unjuran data-data ini diambil kira dan pola kecenderungan pengundi Sabah serta Sarawak konsisten hingga PRU ke-13, Pakatan Rakyat boleh menang sekurang-kurangnya 20 kerusi Parlimen di sana.

Bagaimanapun ianya masih belum mencukupkan bilangan kerusi Pakatan Rakyat. Untuk mendapat simple majority, Pakatan Rakyat harus memenangi 112 kerusi. Maknanya, Pakatan Rakyat masih perlu memenangi 10 hingga 15 kerusi tambahan di Semenanjung.

Justeru, ditimbulkan persoalan, dari mana dan bagaimana kerusi-kerusi ini boleh diperolehi? Bagaimana jika diandaikan 79 kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat (di Semenanjung) berada dalam keadaan stagnant atau mungkin dimenangi oleh BN.


Faktor kekuatan BN tidak berasas

Harus dilihat, apakah barangkali faktor-faktor yang boleh mendorong kerusi-kerusi Pakatan Rakyat dimenangi oleh BN?

Ada analisis mengatakan bahawa wujud kecenderungan pengundi Melayu dan India, trend mereka kembali kepada BN. Ini diunjurkan daripada beberapa pilihan raya kecil seperti di Manek Urai dan Galas (Kelantan), Bagan Pinang (Negeri Sembilan), Hulu Selangor (Selangor), Tenang (Johor) dan Kerdau (Pahang).

Persoalan yang dibangkitkan di sini adalah, pertama; Berapa peratuskah undi kaum Melayu dan India, kembali kepada BN? Dan kedua; apakah kenaikan undi BN tersebut, menyebabkan undi Pakatan Rakyat menyusut?

Malangnya kenaikan beberapa peratus undi terhadap BN pada PRK-PRK tersebut gagal menyebabkan undi Pakatan Rakyat merosot. Di sebalik tekanan hebat BN, termasuk sebaran fitnah media talibarut dan rasuah kepada pengundi semasa kempen pilihan raya, Pakatan Rakyat berjaya menokok undi. Yang hairannya di sini ialah bagaimana undi kepada calon BN boleh meningkat dengan mendadak?

Menganalisis faktor ini, penulis mengunjurkan pola atau trend pengundian sejak tahun 1990, di mana, didapati bahawa kecenderungan pengundi memilih parti pembangkang semakin meningkat berbanding parti pemerintah.

PRU 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 menunjukkan trend yang hampir sama, iaitu mereka yang sudah mengundi PAS dan parti pembangkang yang lain, akan tetap tidak akan memberikan undi kepada BN atas apa faktor sekalipun.

Faktor sementara (temporary) yang dibentuk oleh isu yang cuba digasak untuk mengubah pola pemikiran pengundi hanya boleh mempengaruhi pengundi atas pagar sahaja. Hanya pengundi yang tiada ideologi sahaja boleh cenderung mengundi BN, manakala pengundi yang sudah komited dengan idealisme pembangkang, akan tetap mengundi apa sahaja parti pembangkang.

Hanya tiga faktor yang boleh menyebabkan undi BN bertambah, iaitu dari golongan atas pagar,
pengundi yang tidak mengundi tetapi keluar pada hari pengundian PRK dan pengundi dua kali (double entry) seperti yang dikesan berlaku di Terengganu dan beberapa tempat yang lain.

Faktor kedua dan ketiga boleh dipertikaikan kesahihannya kerana ia barangkali dicetuskan oleh fenomena sementara, yang boleh berlaku dalam bentuk penipuan seperti pemalsuan kad pengenalan dan sebagainya.

Bagi faktor pertama, jika BN hendak menyandarkan kononnya kesedaran Melayu dan India yang dikatakan kembali menyokong BN, daripada kajian penyelidikan badan bebas, hanya sekitar 3 hingga 5 peratus sahaja yang kembali menyokong BN (berdasarkan keputusan beberapa PRK).

Apakah peratusan ini boleh kekal pada PRU ke-13 atau apakah mungkin ia boleh dijadikan asas untuk BN menambah kerusi di Semenanjung?

Sudah tentu peralihan 3 hingga 5 peratus ini terlalu kecil untuk mengubah nasib BN ke arah yang lebih baik.
Lagi pun umum mengetahui bahawa kaum Melayu dan India antara yang mudah dimanipulasi BN.

Manipulasi wujud dengan membiarkan faktor kemiskinan membelenggu mereka. Kemiskinan dan kesusahan untuk mencari makan, boleh dijadikan sebagai umpan setiap kali pilihan raya. Oleh dengan sebab itu tidak hairan jika mereka yang sepanjang tahun hidup dalam kesempitan, akan memberikan undi kepada BN hanya dengan upah RM200 atau RM300 dalam tempoh pilihan raya yang singkat.

Teori dan faktor 'bread and butter' inilah yang menjadi kunci kejayaan BN sekian lama.

Namun faktor ini tidak mampu mempengaruhi semua pengundi atau semua kaum dalam semua keadaan. Ianya terhad kepada kaum tertentu dalam keadaan yang tertentu sahaja. Secara keseluruhannya, anjakan kecil yang diperolehi BN pada beberapa PRK yang lepas, tidak mampu menyambung talian hayat mereka untuk PRU ke-13 nanti.


Kecenderungan pengundi Cina

Satu faktor besar yang bakal mencorakkan perubahan kepimpinan negara adalah faktor pengundi Cina. Jika dilihat kepada PRN Sarawak, calon-calon Pakatan Rakyat yang menang di kawasan Cina, majoritinya sangat besar.

Data-data ini juga boleh dilihat berdasarkan kemenangan calon Pakatan Rakyat di kawasan-kawasan bandar di Semenanjung misalnya, mencecah angka puluhan ribu majoriti.

Faktor inilah yang bakal membantu Pakatan Rakyat, iaitu faktor pengundi Cina. Hasil daripada PRU 2008 dan PRN Sarawak 2011, data-data menunjukkan bahawa kaum Cina sangat konsisten menolak BN. Penolakan tersebut bukannya sedikit, ianya penolakan yang mutlak berasaskan perolehan majoriti besar calon Pakatan Rakyat dalam kawasan majoriti Cina.

Berdasarkan keadaan ini, daripada 87 kerusi yang dimenangi BN di Semenanjung, terdapat lebih daripada separuh kawasan Parlimen berkenaan, mempunyai terdapat 30 hingga 40 peratus pengundi Cina.

Ini yang merunsingkan BN sebenarnya. Kenaikan kecil 3 hingga 5 peratus pengundi Melayu dan India kepada BN, akan gagal menampung penolakan pengundi Cina terhadap BN. Pengundi Cina pada waktu ini (sejak 2008) tidak pernah balik kepada BN, malah ia semakin bertambah ke arah Pakatan Rakyat.

Maka, jika trend pengundi Cina kekal kepada Pakatan Rakyat dan menokok beberapa peratus pada PRU ke-13 di Semenanjung, apakah sasaran 15 kerusi tambahan untuk ke Putrajaya, seperti yang diunjurkan tidak boleh menjadi kenyataan? Sudah tentu boleh dan sudah tentu unjuran ini relevan.

Impak besar yang ditunjukkan pada 'kemenangan membanggakan BN' di Sarawak dengan mendapat lebih dua pertiga majoriti adalah kuasa politik dalam BN sudah tidak lagi seimbang.

PRN Sarawak menunjukkan bukan sahaja SUPP, malah parti-parti Cina seperti MCA, Gerakan dan Parti Cinta Malaysia, sudah tiada masa depan dalam BN (sudah tidak ada future).

Kata apek-apek di pasar Satok, parti SUPP, MCA, Gerakan dan lain-lain 'sudah boleh bungkus' macam Pek Mo (Tan Sri Taib Mahmud), 'sudah tak laku'.

Trend pengundi Cina ini cuba dijelekkan pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mendakwa kaum Cina mengundi BN kerana faktor rasis.

Mereka cuba memesongkan hakikat bahawa kaum Cina sudah tidak lagi boleh menerima BN dengan memutarbelitkan fenomena ini kepada permusuhan kaum yang semakin menajam.

Mereka buat-buat lupa, kaum Cina yang mengundi calon BN dahulu adalah juga dari parti yang mewakili kouta Cina seperti SUPP, MCA dan Gerakan.

Apakah semasa pengundi Cina mengundi calon BN dari parti Cina SUPP, MCA dan Gerakan sebelum ini, mereka juga bersikap rasis? Menolak BN dan memilih DAP (Pakatan Rakyat) bukannya rasis. Ianya adalah suatu trend konsisten dan anjakan minda kaum Cina yang semakin muak dengan temberang pemimpin Umno-BN.

Hakikat yang harus diakui oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak adalah BN tidak lagi boleh menjadi parti pemerintah di masa hadapan kerana kuasa politik kaum sudah tidak lagi seimbang.

Dalam hal ini tiada pertikaian mengenai kuasa orang Melayu. Orang Melayu masih lagi menjadi peneraju utama. Tetapi sesebuah kerajaan seperti BN, dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, tidak lagi boleh memerintah dengan baik, tanpa sokongan semua kaum.

Nasihat penulis kepada SUPP, MCA dan Gerakan tidak perlu 'bising' untuk menjuarai perjuangan kaum Cina, mereka harus bersedia untuk dibubarkan kerana, mereka sudah kehilangan ground support.

Terimalah hakikat bahawa masa depan kaum Cina, malah semua kaum di Malaysia adalah bersama Pakatan Rakyat. Hakikat ini tidak ditentukan oleh andaian penulis, ianya adalah kehendak rakyat dan pola kecenderungan rakyat yang dianalisis daripada data-data pilihan raya.

Justeru, pada PRU ke-13 nanti, BN akan diranapkan dan masa depan rakyat Malaysia, adalah bersama Pakatan Rakyat, insya-Allah.

PAS sekadar menunggu tuah mendapatkan pimpinan terbaik?

Posted: 25 Apr 2011 08:00 PM PDT

Oleh SUBKY ABDUL LATIF

MENJELANG muktamar pemilihan PAS kurang dari dua bulan lagi, maka timbul isu sebuah Kawasan PAS tidak mencalonkan semula Presiden Ustaz Haji Abdul Hadi Awang bagi meneruskan pimpinannya. Kalau ia menggemparkan itulah yang dinamakan ribut dalam cawan.

Ribut dalam cawan tidak mendatangkan gelombang, jauh sekali dari dilanda tsunami. Paling bergolak sekadar kopi meleleh ke piring.Kejadian seperti itu berlaku dalam semua pimpinan terutama dalam masyarakat demokrasi sejak zaman purba hingga kiamat


Kaiser Rom purba Jelius Ceaser kira pemerintah terbaik di zamannya, tetapi ada yang mencadangkan Brutus, orang kepercayaannya bagi mencabarnya.

Dr. Burhanuddin Al-Hilmy adalah pimpinan PAS yang disegani di zamannya tetapi ada yang mencadangkan supaya Prof. Zulkifli Mohamad menjadi calon Yang Dipertua Agung bagi melawannya. Demikian juga Haji Yusof Rawa, satu-satunya pimpinan PAS yang sekali gus menjadi Mursyidul Am dan Yang Dipertua Agung. Ada yang tidak sabar mahu beliau digantikan oleh Ustaz Fadzil Noor. Ustaz Fadzil ada pimpinan yang terbaik selepas Prof. Zulkifli. Tetapi PAS Kawasan Parit Buntar mencalonkan Ustaz Hadi menjadi Yang Dipertua Agung.

Tahun sudah Kawasan Bukit Bintang mencalonkan Tok Guru Nik Aziz dan tahun ini ia mecalonkan Husam Musa pula.

Dalam semua perkembangan pemimpin utama PAS itu menang tanpa bertanding, kecuali kedatangan awal Dr. Burhanuddin bertanding dengan Prof. Zulkifli.

Tidak pernah berlaku dalam PAS pertempuran seperti yang terjadi terhadap Dr. Mahathir dicabar oleh Tengku Razaleigh dan seperti Najib memaksa Abdullah Badawi berundur.

Tunku Abdul Rahman Putra adalah pimpinan UMNO yang berjaya melumpuhkan Datok Onn dan berjaya membawa kemerdekaan kepada negara. Sebagai Bapa Malaysia ada juga orang UMNO tidak sabar mencalon Tun Razak bagi menggantinya. Tun Razak menolak dan UMNO merahsiakannya.

Apa pun tidak nampak Ustaz Hadi menghadapi laluan yang sukar bagi meneruskan pimpinan PAS. Kerana beliau bukan maksum, adalah kelemahan dan kekurangan di sana sini, tetapi ia tidak sampai ke peringkat UMNO tidak mahu meneruskan pimpinan Tun Abdullah Badawi.

Malah beliau tidak sampai dipertikai oleh ahli seperti UMNO mempertikai Najib sekarang. Tanda PAS itu hidup adalah ia sentiasa ada orang memerhatikan pemimpin. Dan pimpinan adalah penting dalam jamaah. Ahli dan pimpinan semua tingkat boleh bersoal jawab tentang dasar dan halatuju pimpinan, tetapi apabila amir yang mendengar semua yang dibangkitkan itu membuat keputusan, dan ia muktamat dan wajib dipatuhi.

Amir adalah sama penting dengan jamaah. Amir bukan saja bertanggungjawab menjaga jamaah tetapi juga berupaya membentuk ahli yang boleh menjaga amir dan jamaah. Juteru itu mesti dididik supaya berfikiran kritis dan bertanggungjawab melahirkan pimpinan yang baik. Sebagaimana calon dalam pilihan raya adalah penting terdiri dari kalangan yang terbaik, tetapi tanggungjawab pengundi juga adalah besar untuk memilih calon yang terbaik.

Maka ahli tidak wajar apabila terasa hendak menggantikan pemimpin, dia lalu mencadangkan pemimpin diganti. Pemimpin yang hendak digantikan itu mestilah diganti oleh yang labih baik daripadanya. Bukan boleh dicalonkan sesiapa saja, tetapi mestilah diyakini lebih berwibawa dan dihormati oleh semua kawan dan lawan.

PAS yang bangkit kuat selepas runtuh dilanda puaka Barisan Nasional, ialah kerana ia meletakan asas kepimpinan ulama. Orang ramai mendengar kata ulama dan bersatu di belakang ulama. Keberkatannya terserlah. Kehebatan politik dan kepimpinan Dato Asri sukar ditandingi. Tetapi kemunculan ulama sebagai pemimpin menyerlah daya saing yang lebih menonjol.

Pak Mawardi, pemimpin Islam Indonesia dan teman Pak Natsir menyebut kesukaran umat Islam Indonesia untuk bangun kerana ketiadaan kepimpinan ulamanya.

PAS tidak sukar mencari kepimpinan sebaik ia muncul dengan konsep kepimpinan ulama. Tidak tidak sukar menggantikan Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor. PAS ada Ustaz Hadi dan Tok Guru Nik Aziz.

Persoalan sekarang bukan untuk menggantikan pimpinan yang ada tetapi adalah bagi mencari ganti kepada pimpinan yang ada.

Ia bukan suatu yang terasa pada PAS saja, tetapi ia adalah yang dirasakan oleh kerabat Pakatan Rakyat. Hanya DAP yang selesaikan pimpinan masa depannya.

Lim Kit Siang sudah mula berundur dan menyediakan Lim Guan Eng bagi menyambung kepimpinannya. Sekurang-kurangnya jika tiada sesuatu di luar jangka berlaku, DAP tidak menghadapi masalah kepimpinan untuk 20 tahun akan datang.

Tetapi PKR dan PAS berdepan dengan persoalan pimpinan masa akan datang. Sekali pun PKR baru selesai memilih pimpinan tetapi ia belum dapat mengetengahkan orang yang bakal menggantikan pimpinan Anwar Ibrahim. Siapa yang boleh mengambil tempat Anwar sepuluh tahun akan datang atau bila-bila masa sekarang?

Walau pun semua jawatan penting dalam parti itu ada penyandangnya, pengganti yang sehebat Anwar itu belum muncul dan belum nampak.

Masalah yang sama dihadapi PAS. Ia penuh dengan ilmuan keluaran Azhar, Jordan dan lain-lain. Semua jawatan selepas Presiden berisi. Tetapi ulama muda yang boleh mengambil alih pimpinan belum muncul. Mereka ada tetapi belum nampak.

Sebagai bakat pimpinan yang ditunjukkan oleh Ustaz Fadzil dan Ustaz Hadi telah dapat dilihat lama sebelum Dato Asri berundur, tetapi dia belum nampak, cuma dipercayai ramai dicelah lapisan pimpinan di berbagai peringkat itu.

Untuk mencapai orang seperti Muhyiddin Yasin, Hishamuddin dan Shafie Afdal itu memang ramai, tetapi bukan yang seperti itu yang dihendaki oleh PAS. PAS ada citarasa dan wibawa yang berlainan.

Sesiapa saja boleh bertanding untuk apa-apa jawatan dalam PAS termasuk untuk Presiden. Tetapi penghormatan dan keyakinan orang ramai di luar PAS juga perlu diambil kira. Untuk mendapat keyakinan seperti yang diberikan kepada Haji Yusof Rawa, Ustaz Fadzil, Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi adalah sukar.

Presiden PAS bukan sekadar pemimpin PAS saja, tetapi dia juga adalah pemimpin masyarakat semua kaum yang dihormati semua. Dia bukan saja disanjung oleh orang Melayu dan orang Islam, tetapi dia juga disegani dan dihormati oleh orang bukan Melayu dan orang bukan Islam.

PAS bertuah kerana Tok Guru Nik Aziz yang kurang ditonjolkan untuk menjadi pelapis di zaman sebelum kepimpinan ulama, tetapi muncul sebagai orang yang lebih bertenaga dari yang pernah ditunjukkan oleh Dato Asri.

Tuah seperti itu tetap menolong, tetapi persediaan perlu difikirkan sebagaimana persediaan zaman Yusof Rawa menyediakan Ustaz Fadzil dan Ustaz Hadi di belakangnya.

PAS jangan sekadar menunggu tuah tetapi pimpinan masa depan juga mesti dicanai. Ini yang perlukan difikirkan oleh segenap lapis anggota parti. Bukan menumpukan masa bagi menggantikan pimpinan yang ada, tetapi mesti memikir dan mencari bentuk pimpinan yang akan datang.

Orang itu mestilah dari kalangan ulama yang cekap perhitungan politik dan diplomatiknya, mahir sebanyak cabang ilmu, menguasai teknologi alam maya dan tahu bagaiamana memasarkan produknya. Masa depan politik kita dan di mana-mana dunia juga ialah siapa yang menguasai pasaran politik dan diplomatik.Angkatan dan orang seperti itu mesti dicari, bukan ditunggu.

PAS, Pakatan Rakyat tembusi tembok sentimen Sarawak

Posted: 25 Apr 2011 07:00 PM PDT

Oleh MAT ZAIN MAT ISA

POLITIK Sarawak amat dikongkong sentimen kenegerian. Walaupun kempen kesedaran dan praktik ke arah pemupukan integrasi nasional pada zahirnya giat dilaungkan Barisan Nasional (BN), lakaran sentimen kewilayahan itu tetap tersemat kukuh dalam minda masyarakatnya.

Paling tidak itulah kesimpulan dibuat tatkala melihat cara bagaimana para penguasa politik Sawarak "melayani" kehadiran para petugas Pakatan Rakyat, khususnya dari serata Semenanjung, yang dianggarkan mencapai belasan ribu orang.

Sedari awal gerak kerja kempen berjalan, laungan mendabik dada tidak menerima kehadiran petugas dan kaedah kempen dari luar Sarawak sudah kedengaran dalam pelbagai nada dan bentuk. Anehnya, sentimen menidakkan campur tangan sedemikian hanya kedengaran terhadap pendukung Pakatan Rakyat. Kebanjiran para pemimpin, petugas dan pendukung BN dari Semenanjung tidak pula berdepan sentimen serupa.

Sebab itu media arus perdana tidak kekok memaparkan kenyataan berbentuk amaran oleh beberapa pemimpin BN Sarawak supaya "jangan bawa stail politik Semenanjung" ke negeri mereka. Ia sudah tentu tidak ditujukan kepada pemimpin sesama parti, tetapi dimaksudkan kepada pemimpin pembangkang sahaja.

Kononnya cara kempen yang mendedahkan kelemahan, korupsi dan kepincangan pemerintah bukan gaya diterima di Sarawak. Rakyat negeri itu digambarkan sangat selesa dengan BN. Mereka malah didakwa tidak menganggap apa yang didakwa Pakatan sebagai penyelewengan pemerintahan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai suatu yang perlu djadikan isu utama kempen.

Soal penafian hak milik tanah oleh rakyat, penyalahgunaan kuasa dan pembolotan kekayaan hasil bumi negeri untuk agihan sesama pemimpin BN dan kroni mereka, kegagalan BN memastikan kemudahan asas rakyat dipenuhi dan keperluan rakyat membuat perubahan politik untuk menyelesaikan kepincangan-kepincangan tersebut seolah-olah tidak menjadi budaya penduduk negeri itu.

Justeru, ada pemimpin utama parti-parti komponen BN Sarawak yang sebilangannya juga menjadi pemimpin kanan kerajaan negeri memberi amaran agar pemimpin parti lawan tidak memanipulasi isu-isu berkenaan. Bahawa mengatakan pemerintahan BN selama berpuluh tahun di negeri itu gagal membawa kehidupan rakyat ke tahap sepatutnya dan kerajaan sebegitu layak ditukar digambarkan seolah-olah idea yang asing.

Idea mengubah teraju politik Sarawak digambarkan secara negatif dan didatangkan dari Semenanjung. Ia didakwa bukan sebahagian daripada agenda politik Sarawak dan dikatakan tidak sesuai dengan konteks politik negeri itu.

"Ini negeri kami punya, orang luar jangan campur tangan. Biarlah kami tentukan sendiri hala tuju politik kami." Begitulah lebih kurang pemahaman yang dapat disimpulkan daripada kenyataan beberapa pemimpin kerajaan dan ketua masyarakat di negeri itu.

Sentimen kewilayahan itu turut berakar umbi dalam masyarakat, sekurang-kurangnya di kalangan para penguasa sesebuah penempatan. Sehinggakan ada kampung dan penempatan yang secara terbuka menolak kehadiran parti selain komponen BN.

Mereka tidak dapat menerima kelibat para petugas Pakatan di perkampungan mereka. Kehadiran petugas, yang walaupun di sisi undang-undang pilihan raya berhak menemui pengundi dan menerangkan dasar serta program parti sebagai usaha meraih undi mereka, dilabelkan sebagai mengacau kedamaian kampung yang selama ini hanya kenal parti tertentu daripada komponen BN.

Suasana pada hari pengundian lebih menampakkan penghayatan sentimen tersebut dalam bentuk lebih terlampau. Ada algojo-algojo BN (dikenal pasti identiti mereka oleh pelbagai pihak, termasuk pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan anggota polis bertugas) yang bertindak seolah-olah mereka penguasa mutlak perjalanan proses demokrasi.

Mereka ini meninggikan suara kepada sesiapa juga petugas Pakatan yang tidak disenangi. Kebenaran untuk seseorang itu bertugas di kawasan pengundian seolah-olah sepenuhnya ditentukan mereka ini, bukan lagi di tangan SPR atau polis.

Dalam satu kes, diceritakan dengan lagak samseng dan tidak bertamadun, seorang algojo BN menunjukkan kebengisan dan menengking petugas Pakatan. Sedangkan petugas ini dilantik parti dan memiliki kad disahkan SPR untuk menyelia dan memerhati perjalanan proses pembuangan undi di pusat mengundi tersebut.

Bagi samseng BN ini, kad kuasa SPR itu tidak membawa apa-apa makna. Bahkan dia tergamak mengarahkan anggota polis bertugas agar menghalau petugas Pakatan itu. Menurut cerita petugas terbabit, anggota polis itu seakan terpaksa akur dengan "kuasa" samseng BN itu dan dengan hormat meminta petugas Pakatan itu beredar.

Biarpun sentimen anti-Semenanjung itu cuba disuburkan para pendukung BN, terutama sebagai taktik mengekang kemaraan Pakatan di Bumi Kenyalang, pengundi negeri itu telah membuktikan sebaliknya.

Jumlah 15 kerusi dimenangi DAP dan KeADILan adalah lonjakan amat bermakna berbanding hanya tujuh pada 2006. PAS pula, walaupun gagal memperolehi sebarang kerusi, telah menampakkan kemajuan membanggakan. Tiada calonnya yang hilang wang pertaruhan. Malah ada calonnya yang kalah tipis, tidak sampai 400 undi majoriti.

Terbukti rakyat Sarawak tidak lagi meraikan sentimen kenegerian yang cuba dikekalkan BN. Sebaliknya, Pakatan dan PAS telah berjaya menembusi tembok sentimen itu.

Saiful bohong, tidak berada dalam kondo cuma keluar masuk lif- peguam

Posted: 25 Apr 2011 06:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Peguam Anwar, Sankara Nair hari ini membongkar beberapa kepincangan kes pendakwa raya dalam hujah penggulungannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut Sankara, ia menjadi alasan kukuh bahawa kejadian liwat yang didakwa Saiful sebenarnya tidak pernah berlaku.

Pertama, Sankara mempersoalkan kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja rambut Anwar di ruang tamu di unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara sedang kan manusia secara purata mengalami keguguran hampir 100 helai bulu daripada badan mereka setiap hari.

"Manusia keguguran 100 helai rambut secara purata setiap hari. Tetapi kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja bulu dari tubuh Anwar di ruang tamu unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara," kata Sankara.

Beliau turut mempersoalkan jika benar kejadian liwat itu berlaku pihak polis pasti akan turut menemui bulu Saiful dalam bilik yang didakwa kononnya kejadian tersebut berlaku.

Sebaliknya, kata Sankara, hanya bulu yang dikatakan milik Anwar sahaja yang dijumpai di ruang tamu unit kondo itu.

Sankara seterusnya menegaskan bahawa Saiful sebenarnya seorang penipu tegar kerana keterangan bohongnya sepanjang perbicaraan berlangsung.

Menurut beliau, Saiful tidak pernah berada dalam bilik mahupun unit kondo itu pada waktu yang didakwa dalam pertuduhan.

Dalam hujahnya, selaku saksi pendakwaraya, Saiful tidak pernah membuktikan dirinya berada dalam kondo itu pada masa kejadian didakwa berlaku.

"Dia pembohong tegar. Dia tidak pernah berada di unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara. Dia hanya membuatkan dirinya kelihatan seperti berada di kondo itu dengan keluar masuk lif yang dirakam kamere litar tertutup," kata Sankara.

Sebutan kes Adun Sri Muda 20 Jun

Posted: 25 Apr 2011 05:00 PM PDT

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen Shah Alam menetapkan 20 Jun bagi sebutan semula kes melibatkan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang didakwa di bawah Akta Hasutan.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu selepas peguambela, Nizam Bashir memohon prosiding itu ditangguhkan sementara menunggu permohonan untuk menggugurkan pertuduhan di Mahkamah Tinggi.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menetapkan 31 Mei ini bagi pengurusan kes itu dan pihak pembelaan memerlukan masa untuk menyediakan pembelaan mereka.

Shuhaimi, yang merupakan Adun KEADILAN memfailkan notis usul bagi mengenepikan pertuduhan terhadapnya di bawah Akta Hasutan itu pada 1 April lepas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini atas alasan Akta Hasutan 1948 adalah tidak sah kerana bercanggah dengan Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan.

Pihak pendakwaan pada prosiding hari ini diwakili Timbalan Pendakwaraya Siti Syakimah Ibrahim.

Shuhaimi, 43, sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 7 Februari lalu atas tuduhan menerbitkan artikel menghasut di laman blognya pada 30 Disember 2010.

Dia didakwa menerbitkan artikel bertajuk "pandangan saya berasaskan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor 1959″ di laman blognya.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Jika sabit kesalahan Shuhaimi boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Politik kotor: Ke mana hala tuju dan nasib generasi muda?

Posted: 25 Apr 2011 03:40 PM PDT

Oleh: Siti Aishah Shaik Ismail

Mutakhir ini kita melihat negara semakin dihimpit dengan sikap politik kotor yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa.

Saban hari, hampir keseluruhan media menyajikan hidangan pemikiran kotor kepada generasi muda untuk menggambarkan suasana sebenar politik negara.

Media yang dikawal secara jelas dan berterusan menjadi boneka menjalankan propaganda liar yang tidak matang untuk ditatap oleh anak muda yang akhirnya menjejaskan kualiti generasi hari ini.

Perancangan anak muda terbantut apabila kehidupan diasak hebat dengan cara pemerintah mentadbir urusan rakyat. Ia sebenarnya adalah bukti beban dan punca masalah generasi ini.

Kos sara hidup yang meningkat, hutang yang semakin membebankan, keadaan dan persekitaran semasa yang tidak memberikan jaminan keselamatan memberi gambaran kepada generasi muda bahawa harapan untuk mempunyai sebuah kehidupan yang bernilai pada masa hadapan pudar dan lenyap.

Peningkatan masalah sosial dan akidah remaja semakin teruk dan membimbangkan. Saban hari muncul permasalahan baru dikalangan remaja yang dilaporkan.

Namun, ia hanya menjadi topik perbualan pinggiran dan tidak dibahaskan secara serius yang akhirnya meletakkan nasib mereka seolah-olah sedang diperjudi dan digadaikan atas nama kuasa.

Anak muda disajikan dengan hiburan yang terus melalaikan dari memikirkan kedudukan dan peranan mereka dalam sebuah negara yang bertamadun.

Manakala, pemerintah dilihat lebih senang melihat generasi ini untuk lalai dan tidak memikirkan langsung usaha meningkatkan kualiti kehidupan, yang seharusnya digarap melalui pendidikan, tahap kefahaman agama dan nilai kemasyarakatan yang lebih bertanggungjawab.

Namun, perkara yang penting dan perlu diberikan perhatian ialah nasib dan hala tuju generasi muda.

Tumpuan dan perhatian khusus kepada generasi ini perlu diberikan sehabis daya dengan fokus, kerana generasi ini adalah insan yang akan meneruskan perjuangan pada masa akan datang.

Sekiranya kerajaan masih meneruskan lanskap politik dinegara ini secara semberono dan membabi buta, apakah yang menjadi harapan kita untuk melihat generasi muda mencipta sebuah perubahan?

Kerana itulah anak muda keseluruhannya diseru untuk melakukan perubahan agar dilihat sebagai suatu kumpulan pendesak yang digeruni oleh pemerintah yang tidak tahu dan menghormati hak generasi ini untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik dan terjamin.

Ayuh anak muda kita berubah !!!

Penulis adalah Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia

Tiada ulasan: