Jumaat, 22 April 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kerja Kosong: Pemetik Teh, Gaji RM249 Sehari, WAJIB Dara dan ...

Posted: 22 Apr 2011 05:00 AM PDT


Sebuah ladang teh di Gushi, China hanya akan mengupah perawan untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukan tugas tersebut.

Daun teh yang sudah dipetik itu perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka.
Dalam satu iklan untuk mencari pemungut teh sepenuh masa, pihak pengurusan Ladang Jiuhua yang terletak di sini, wilayah Henan menyatakan, pemohon mesti seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar.

"Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir," kata jurucakap ladang berkenaan, Li Yong.

Menurutnya, ladang itu menawarkan gaji £50 (RM249) sehari yang dianggap lumayan di China kepada gadis-gadis terbabit.

Legenda tempatan menyatakan, daun teh itu dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. - Agensi 

[Wajib Baca] Persamaan dan Perbezaan Video Seks Fitnah 1999 dan 2011

Posted: 22 Apr 2011 01:15 AM PDT


Saya petik:
Mat Zain Ibrahim
18hb.April 2011

Kepada;

YDH Tan Sri Haji Ismail Hj.Omar,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur,

Melalui:Email dan Dengan Tangan
Email:iho@rmp.gov.my

YDH Tan Sri,

SIASATAN VIDEO SEKS 2011-PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DENGAN VIDEO SEKS PERTAMA 1999.


1. Sepertimana juga sebilangan besar rakyat,saya turut mengikuti perkembangan penyiasatan Polis berkaitan isu video seks menerusi MSM dan juga media alternatif yang akan masuk minggu ke-empat.Berdasarkan kepada komen-komen mereka yang berpeluang membuatnya,menampakkan ramai yang mempersoalkan hala tuju penyiasatan Polis. Malah ramai yang membantah secara lantang pendirian Polis yang dikatakan jelas kelihatan berat sebelah terhadap satu pihak yang bertelagah dalam isu ini.

2. Saya jemput Tan Sri merujuk kepada Surat Terbuka saya bertarikh 28 March 2011 yang kemudiannya dibahaskan diParlimen.Saya mengekalkan dan mengulangi kenyataan-kenyataan saya dalam Surat Terbuka tersebut,serta mengambil kandungannya sebagai sebahagian dan lanjutan kepada surat ini.Saya mengekalkan pendirian saya bahawa isu video lucah ini adalah merupakan pertembungan peribadi antara Rahim Thamby Chik dan Anwar Ibrahim.

3. Saya yakin Polis mampu mengambil pendirian yang professional dan berkecuali menangani siasatan ini,serta memberikan pendengaran yang adil kepada kedua- dua belah pihak,sambil memberikan mereka "gelanggang yang samarata"(level playing field),untuk membuktikan kebenaran masing-masing.

4. Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan Polis,namun begitu sebagai seorang pesara Polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan Rahim serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan,saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.

4.1. Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubungkait dengan siasatan isu video lucah ini,tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka.Saya berharap ketinggalan ini adalah disebabkan Polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.

VIDEO SEKS PERTAMA 1999.

5. Saya percaya sebilangan besar rakyat malahan warga Polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui keujudan Video Seks Pertama yang kononnya dikatakan melibatkan Anwar juga,yang diedarkan dalam tahun 1999.Pengedaran video seks ini disekitar Bandaraya Kuala Lumpur berlaku pada 24 dan 25 November 1999 beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum ke-10 yang diadakan pada 29 November 1999.

5.1. Terdapat dua video seks yang diedarkan serentak. Iaitu satu berjudul "Siapa Anwar" manakala yang satu lagi berjudul "Skandal Seks Mat Sabu" (merujuk kepada Mohamed Sabu seorang pemimpin PAS).Bagi maksud eksesais ini saya akan ketepikan video Skandal Seks Mat Sabu, memandangkan isu beliau tidak berkaitan dengan penyiasatan yang sedang berjalan sekarang.

5.2. Beberapa ramai orang awam dari sekitar Kuala Lumpur yang menemui video-video ini yang dikatakan ditinggalkan di hadapan rumah atau pejabat atau lain-lain premis,tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada Polis.Antara mereka adalah seorang Encik Mohd.Zainuddin Arman dan seorang Encik Onn Abu Bakar.Antara report Polis yang berkaitan ialah Ceras Rpt No:19068/99 dan Sungai Besi Rpt No:5894/99 bertarikh 25.11.1999.Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur telah membuka satu kertas siasatan berkaitan kes ini dengan kesemua laporan-laporan yang diterima di-"cross refer" kepada laporan Pertama seperti yang lazimnya.KJSJ Kuala Lumpur ada membuat kenyataan akhbar mengesahkan menerima laporan-laporan dan video-video tersebut, serta memperakukan yang kes berkenaan sedang dalam siasatan Polis.

5.3. Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan JSJ Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, dipejabat KJSJ setelah YBhg.Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini diakhbar.Setakat yang saya masih ingat, antara kandungan Video Seks Pertama 1999 ini,terdapat juga rakaman perbualan telefon antara seorang lelaki yang dikatakan Anwar dengan seorang teman wanitanya.

5.4. Penyiasatan JSJ Kuala Lumpur berjaya mengesan dan mengenalpasti "sumber" Video Seks Pertama 1999.Bagaimanapun gagal untuk mengenalpasti orang atau orang-orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya kepada umum. Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ianya dibuat beberapa hari sahaja sebelum Pilihanraya Umum ke-10.Sepanjang yang saya ingat tidak ada pihak yang mengaku bertanggung jawab mengedarkan video seks berkenaan.

5.5. Selain itu,tidak dapat disahkan sama ada pengadu-pengadu yang tampil membuat report mengenai penemuan Video Seks Pertama ini, telah membuat salinan untuk simpanan mereka sendiri atau sebaliknya,sebelum menyerahkan kepada Polis.Beberapa orang pengadu dikenalpasti sebagai ahli Parti Keadilan.

VIDEO SEKS KEDUA 2011.

6. Memandangkan Kumpulan yang menggelar diri mereka Datuk T,terdiri daripada Rahim,Shuib dan Eskay telah membuat pengakuan secara terbuka dan mengambil tanggung jawab diatas penemuan dan penayangan video lucah (akan dirujuk sebagai Video Seks Kedua 2011) kepada beberapa ramai pemberita di-Carcosa Seri Negara pada 21 March 2011,maka beberapa perbandingan dan persoalan boleh ditimbulkan berkaitan kedua-dua video seks ini.Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan Video Seks Kedua 2011 wajib mengambilkira keujudan dan keadaan berkaitan Video Seks Pertama 1999.Terdapat "nexus" antara kedua Video Seks ini.

Antara persoalannya adalah seperti berikut:-

6.1. Adakah Video Seks Pertama itu juga tulen sepertimana Video Seks Kedua yang ketulenannya telah diistiharkan secara rasmi.

6.2. Adakah kandungan adegan-adegan dalam Video Seks Pertama, sama ada sepenuhnya atau sebahagian daripadanya terdapat juga dalam Video Seks Kedua.

6.3. Adakah identity lelaki dalam Video Seks Kedua yang Polis telah istiharkan boleh dikenalpasti secara positif itu, lelaki yang sama dalam Video Seks Pertama.

6.4. Adakah rakaman suara lelaki dalam Video Seks Pertama itu milik lelaki yang dikatakan boleh dikenalpasti dalam Video Seks Kedua.

6.5. Adakah rakaman suara wanita dalam Video Seks Pertama itu milik wanita yang dikatakan telah dikenalpasti dalam Video Seks Kedua .

6.7. Adakah lokasi pengambaran Video Seks Pertama itu sama dengan lokasi pengambaran Video Seks Kedua.

6.8. Adakah Rahim,Shuib dan Eskay terlibat atau mempunyai apa-apa peranan dalam
pembikinan atau pengedaran Video Seks Pertama 1999, memandangkan ketiga-tiga mereka dilaporkan telah mengenali dan mempunyai sesuatu hubungan dengan Anwar.Lebih-lebih lagi Rahim yang dipercayai mempunyai sebab untuk menyimpan dendam terhadap Anwar oleh kerana Anwar telah membuat laporan Polis membabitkan salahlaku jenayah dan perbuatan rasuah Rahim bersabit Tun.H.S.Lee Rpt:22517/99 pada 20.8.1999.Iaitu lebih kurang 3 bulan sebelum Video Seks Pertama diedarkan kepada umum pada 24/25 November 1999.

7. Selain daripada laporan Polis melibatkan Rahim,Anwar juga telah membuat 3 laporan berasingan melibatkan beberapa orang kenamaan lain beberapa bulan sebelum pengedaran Video Seks Pertama itu,seperti berikut;

7.1. Dang Wang Rpt:20255/99 bertarikh 9.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri,Peguam Negara dan Gani Patail telah menyalahgunakan kuasa kerana tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Rafidah Aziz,atas sifat Menteri MITI, telah dengan secara rasuah memberikan saham kepada menantunya.

7.2. Tun H.S.Lee Rpt:19625/99 bertarikh 21.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya dengan menghalang tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Eric Chia (mendiang), yang telah dikatakan melakukan penyelewengan dan rasuah menyebabkan Kumpulan Perwaja mengalami kerugian RM 2.7 billion.

7.3. Tun H.S.Lee Rpt:20455/99 bertarikh 30.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasa dengan melindungi perbuatan rasuah Tun Daim Zainuddin.Dalam laporan ini juga Anwar membuat dakwaan khusus terhadap Tun Daim yang dikatakan telah mengumpul harta peribadi secara rasuah bernilai ratusan juta ringgit.Anwar turut menyertakan tiga surat perakuan oleh individu berlainan selaku penyimpan dan pemegang amanah harta bagi pihak Tun Daim.Mereka yang dimaksudkan ialah;Tan Sri Abdul Halim Saad sebagai pemegang amanah saham-saham dalam Syarikat Senarai Awam bernilai lebih kurang RM 150 juta.Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah sebagai pemegang tunai berjumlah RM 150 juta.dan Tan Sri Tajuddin Ramli sebagai pemegang tunai RM 70 juta.

8. KJSJ Kuala Lumpur memberi perhatian kepada laporan-laporan yang dibuat oleh Anwar seperti diatas memandangkan dokumen-dokumen bukti yang Anwar kemukakan dengan tiap satu laporan beliau,telah diperolehinya ketika beliau masih memegang jawatan dalam Kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri.Laporan-laporan beliau diterima sebagai dibuat oleh seorang mantan Timbalan PM dan bukan sebagai seorang individu bernama "Anwar".

8.1. Sama ada pendedahan yang beliau buat seperti diatas telah menyebabkan individu-individu terlibat atau orang-orang sekeliling mereka marah dan menyimpan dendam terhadap Anwar tidak diketahui tetapi tidak boleh diketepikan.

SUMPAH PALSU RAHIM BUAT KEPADA PERDANA MENTERI.

9. Satu diantara 4 kesalahan jenayah yang pihak BPR dan Jabatan Peguam Negara sahkan mempunyai keterangan "prima-facie" terhadap Rahim ialah; kerana membuat satu Akuan Statutori Palsu (atau dalam bahasa yang mudah;"Angkat Sumpah Palsu"), suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara 7 tahun jika disabitkan kesalahannya.Akuan palsu ini dikatakan dibuat kepada Perdana Menteri dan di-Jabatan Perdana Menteri ketika itu.

9.1. Persoalan yang boleh ditimbulkan dalam situasi ini adalah; sama ada keterangan Rahim dalam siasatan Video Seks Kedua, boleh diterima pakai sepenuhnya, memandangkan Rahim telah sanggup sehingga mengangkat sumpah palsu kepada Perdana Menteri dan Kerajaan untuk menyembunyikan kesalahan-kesalahan jenayah yang beliau telah lakukan seperti yang dilaporkan oleh BPR sedemikian itu.Jika demikian,kesanggupan Rahim memberi kesaksian palsu dalam siasatan Video Seks Kedua tidak boleh diperkecilkan.

9.2. Walaubagaimanapun saya berpendapat "benefit of the doubts" wajar diberi kepada Rahim berkaitan penglibatannya dalam Video Seks Kedua.Saya sarankan siasatan wajar dijalankan sama ada Rahim telah dihasut,dipaksa atau diugut untuk mendapatkan apa-apa keterangan dengan apa cara sekalipun untuk mensabitkan sesuatu kesalahan jenayah terhadap Anwar;sebagai balasan Peguam Negara kepada Rahim yang tidak dituduh atas beberapa kesalahan salahguna kuasa,rasuah dan membuat akuan statutory palsu.

9.3. Kemungkinan ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja.Ini memandangkan Peguam Negara,Gani Patail antara 26.10.1998 hingga 21.12.1998 telah dengan cara yang menyalahi undang-undang mendapatkan seorang Dr.Abdul Rahman Yusof menyediakan tiga laporan perubatan palsu terhadap Anwar dalam siasatan kes mata-lebam.Dipercayai sebagai balasannya, Dr.Rahman tidak dikenakan apa apa pertuduhan oleh Gani Patail dalam kes ugutan jenayah terhadap Dr.Rahman.Salahlaku jenayah Gani Patail sedemikian itu beserta dengan bukti-bukti yang tidak disangkal adalah dalam pengetahuan persendirian YAB Perdana Menteri sejak dua-setengah tahun yang lalu.

JAM TANGAN OMEGA

10. Pada pendapat saya,sekiranya penyiasatan kes Video Seks Kedua ini dikekalkan dibawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan semata-mata,maka penyiasatan lanjut untuk mengesan pemilik Jam Tangan Omega tersebut adalah tidak relevan serta melampaui keperluan "ingredients" yang wajib dibuktikan dibawah Seksyen 292 KK tersebut.

10.1. Dengan itu izinkan saya menyarankan supaya Pegawai Penyiasat kes melebarkan klasifikasi penyiasatan kepada Seksyen 192 Kanun Keseksaan iaitu,mereka keterangan palsu.Saya sarankan supaya Pegawai Penyiasat memfokuskan perhatian kepada misalan-misalan yang sedia ujud sekian lama,sepertimana diperturunkan dibawah.

Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

Misalan-Misalan.
(a)A memasukkan barang-barang kedalam sebuah peti kepunyaan Z,dengan niat supaya barang-barang itu boleh dijumpai dalam peti itu,dan supaya keadaan ini boleh menyebabkan Z disabitkan atas kesalahan mencuri.A telah mereka keterangan palsu.

(English version)
(a)A puts jewels into a box belonging to Z,with the intention that they may be found in that box,and that this circumstance may cause Z to be convicted of theft.A has fabricated false evidence.

10.2. Berdasarkan kenyataan Eskay sendiri kepada media cara bagaimana Jam Tangan Omega tersebut sampai ketangan beliau,serta mengambil kira hubungan akrab beliau dengan Anwar, serta motif Eskay mendedahkan video seks berkenaan, tidak keterlaluan untuk saya berpendapat bahawa misalan (a) dalam Seksyen 192 Kanun Keseksaan tersebut, mungkin adalah relevan.

10.3. Pada pendapat saya beban bukti yang jam Omega tersebut tidak diperlakukan sepertimana misalan yang tersebut diatas kini terletak dibahu Eskay dan bukan pemilik berdaftar jam Omega tersebut.

10.4. Berdasarkan kepada keadaan yang mengelilingi Video Seks Kedua ini,saya berpendapat bahawa terdapat kewajaran untuk melebarkan siasatan meliputi pembuktian kes dibawah Seksyen 192 Kanun Keseksaan.Ini sebagai peringatan kepada orang ramai akan betapa seriousnya perbuatan mereka keterangan palsu dan kesan jangka panjangnya terhadap Sistem Keadilan Jenayah kita.

PENYELESAIAN ISU "ONCE AND FOR ALL"

11. Ada kalanya kita harus berani melakukan sesuatu yang luar biasa untuk menyelesaikan sesuatu masaalah "once and for all".Asalkan tindakan-tindakan yang diambil tidak menyalahi undang-undang Negara dan Hukum Syariah atau melanggar paraturan moral.Sekiranya kita tersesat jalan, tidak salah kita berpatah balik kepangkalnya untuk mencari jalan yang betul.

11.1. Selama lebih 12 tahun pemikiran rakyat telah bergelumang dan diracuni serta dicemari dengan isu-isu yang berkisar dengan seks luar nikah dan seks luar tabii,seolah-olah tidak ada perkara yang lebih penting daripada itu untuk rakyat fikirkan.Malahan pemain-pemain utama yang terlibat dalam kekalutan ini juga berkisar diantara beberapa individu sahaja yang nama-nama mereka hampir kesemuanya terdapat dalam surat kecil ini.

11.2. Sebelum kita tersasar lebih jauh,tidak salah untuk kita dibawa berpatah balik kepangkal jalan, untuk meneliti semula peristiwa lampau bagi mencari penyelesaian yang ideal dan membuat keputusan siapa yang benar dan siapa yang patut dipersalahkan kerana telah menyebabkan kegusaran dan kekeliruan dikalangan rakyat.Saya mencadangkan tindakan-tindakan berikut;

TAYANGKAN VIDEO SEKS PERTAMA 1999 KEPADA UMUM.

12. Saya menjangka akan dikecam membuat cadangan ini.Percayalah,saya yang menyelia penyiasatan kes ini dan ingatan saya masih segar akan apa yang terkandung dalam video tersebut.Video tersebut tidak mengandungi adegan- adegan seksual seperti dalam "blue film" yang mungkin sesetengah orang harapkan.Kandungan keseluruhannya pada pendapat saya tidak tergulung sebagai bahan lucah sepertimana tafsiran dalam Seksyen 292 Kanun Keseksaan.Tayangannya kepada umum juga pada pendapat saya tidak menyalahi mana-mana undang-undang Am atau Syariah.

12.1. Sepanjang yang saya ingat, kandungan Video yang dibertajuk "Siapa Anwar" lebih berbentuk documentary yang menggambarkan kisah hidup seksual Anwar.Video ini juga mendedahkan gambar-gambar lokasi/bilik hotel dimana Anwar dikatakan sering kunjungi untuk melakukan aktibiti seks luar nikah atau luar tabii beliau.Turut dimuatkan dalam video ini adalah rakaman perbualan telefon antara seorang lelaki yang dikatakan Anwar dengan teman wanitanya dan bercakap mengenai seks.Video ini disunting sedemikian rupa yang sesuai digunakan untuk meyakinkan penuntun bahawa Anwar adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak dan sesuai untuk menjadi pemimpin, lebih-lebih lagi kepada Masyarakat Melayu yang beragama Islam.

12.2. Saya yakin selepas rakyat diberi peluang menuntun video ini,khasnya orang-orang Melayu, mereka boleh membuat keputusan masing-masing, sama ada Anwar benar-benar seorang yang tidak mempunyai moral untuk layak menjadi pemimpin dan Perdana Menteri seperti yang cuba digambarkan, ataupun video tersebut telah direkacipta oleh musuh-musuh peribadi dan politik Anwar bertujuan memfitnah dan membunuh karier politik beliau,ataupun kerana membalas dendam akibat pendedahan Anwar berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah pemimpim-pemimpin tertentu sepertimana yang disebutkan dalam perenggan 6.8 dan 7 diatas.Sekiranya anggapan yang terkemudian ini yang betul,maka tindakan undang-undang yang setimpal terhadap individu yang melakukan jenayah tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa lengah lagi without fear or favour.

PENUTUP.
13. Lebih cepat kita menyelesaikan isu ini,lebih baik untuk rakyat jelata.Selamat maju jaya dan selamat sejahtera.


Yang benar,
(Mat Zain Ibrahim)
18 April 2011


Sk.
SUPM (untuk makluman KPN dan T/KPN)


Kenyataan Media: PKR Tolak Sekeras-kerasnya Laporan Berita Harian Berkaitan Video Seks

Posted: 22 Apr 2011 01:00 AM PDT



Saya petik:
Kami membantah dan menolak sekeras-kerasnya laporan muka hadapan Berita Harian semalam bertarikh 21 April 2011.

Kami kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih diteruskan.  Kami turut kesal apabila Berita Harian diperalat pihak tertentu demi merekayasa "perbicaraan melalui media" (trial-by-media), yang cukup jelas bernada politik dalam percubaan terus-menerus untuk mengaib dan menganiaya Anwar Ibrahim.

Harus diingat bahawa syarikat Korea Selatan tersebut telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), yang mana ketua-ketua mereka masih menuruti kehendak barisan ahli politik yang mempunyai dendam kesumat terhadap Anwar Ibrahim dan berusaha menamatkan perjuangan reformasi politik beliau.

Anwar Ibrahim telah menafi sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video ini.  Kami juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa individu di dalam video itu bukan Anwar Ibrahim.

Justeru kredibiliti PDRM sekali lagi terjejas dan dipersoalkan selepas pendedahan oleh bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL, Mat Zain Ibrahim, dalam beberapa surat terbuka beliau:

1. Mengenai empat laporan polis yang dibuat Anwar Ibrahim antara 9 Julai 1999 dan 20 Ogos 1999 mengenai salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang oleh sebilangan individu tersohor, termasuk Mahathir dan Abdul Gani Patail.  Mengapakah tiada tindakan lanjut dari pihak polis mengenai laporan-laporan polis ini?

2. Mengenai persamaan yang cukup rapat antara "video seks" ini dengan "video seks" yang disebarkan beberapa hari sebelum PRU tahun 1999.

Kami mengajak Rakyat Malaysia bersama-sama menolak "politik lucah", dan marilah bersatu menggesa pemulihan semula institusi-institusi terpenting negara, terutamanya PDRM, SPRM, SPR, dan badan kehakiman.

*Kenyataan media oleh Saifuddin Nasution (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.


KANTOI: PEMANDU Akui Tukar E-mel 1Malaysia daripada Inisiatif Kerajaan kepada Swasta

Posted: 22 Apr 2011 12:05 AM PDT

Saya petik:

[MR] PEMANDU akhirnya mengakui bahawa pihaknya telah menukar projek E-mel 1Malaysia dari "inisiatif kerajaan" kepada "inisiatif swasta" dalam lamannya, setelah didedahkan satu laman internet, GreyReview.  Bagaimanapun, PEMANDU mendakwa bahawa ia adalah kesilapan semata-mata.

Dalam tweeternya etp_roadmap tadi, PEMANDU meninggalkan mesej, "Hi all, we would like to clarify that we made a genuine error in the backgrounder initially.  Upon obtaining clarification about the project, we decided to correct it on our website.  We apologise for any misunderstanding."

Semalam, satu laman internet GreyReview mendedahkan bahawa PEMANDU secara senyap-senyap menukar projek E-mel 1Malaysia, dari projek "Government Initiative" pada 19 April, kepada projek "Private Sector Initiative" yang diterajui Tricubes Bhd pada 20 April.  Malah, GreyReview menunjukkan perubahan ini melalui gambar yang diambil dengan "print screen" dari laman PEMANDU.  Malah, lingkungan fungsinya turut diperkecilkan.

E-mel 1Malaysia adalah satu projek bernilai RM50 juta, diperuntukkan kepada syarikat yang mengalami masalah kewangan, iaitu Tricubes Bhd.  Bagaimanapun, projek ini dipertikaikan dalam ruang internet, sehingga Perdana Menteri Najib Razak perlu menjelaskan pada malam 19 April, bahawa ia adalah pelaburan sektor swasta.
 
Laman pada 19 April 2011
 
Laman pada 20 April 2011

 P/s: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua!


Bekas Peg Kanan Polis Dakwa Video Seks Fitnah Sudah Wujud Sejak 1999

Posted: 21 Apr 2011 11:29 PM PDT


Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Bekas Pegawai Kanan Polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mendedahkan rakaman video seks palsu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah wujud sejak 1999 dan tujuannya bermotif politik.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Zain berkata, beliau percaya sebilangan besar rakyat malahan warga polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui kewujudan 'video seks' pertama yang diedar pada 1999.

Bekas Ketua jabatan Siasatan Jenayah KL itu berkata, siasatan polis ketika itu berjaya mengesan dan mengenal pasti "sumber" video pertama 1999 tetapi gagal mengenal pasti orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya.

"Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ia dibuat beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-10," ujarnya.

Zain berkata,  pengedaran video seks itu dilakukan di Kuala Lumpur pada 24 dan 25 November 1999, beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-10 yang diadakan pada 29 November.

Menurutnya, terdapat dua video seks yang diedarkan serentak iaitu satu berjudul "Siapa Anwar" manakala yang satu lagi berjudul "Skandal Seks Mat Sabu", yang merujuk kepada Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Zain yang pernah menjadi pegawai penyiasat kes dalam kes fitnah 1 Anwar berkata, orang awam yang menemui video berkenaan yang dikatakan ditinggalkan di hadapan rumah, pejabat atau lain-lain premis, tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada polis.

"Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.

"Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu,  di pejabat KJSJ setelah Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini di akhbar," katanya lagi.

Oleh itu katanya, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan pendedahan berkenaan rakaman video pertama dan kedua.

"Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan polis, namun sebagai seorang pesara polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul) Rahim (Thamby Chik) serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan, saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.

"Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubung kait dengan siasatan isu video lucah ini, tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka," katanya sambil berharap ketinggalan ini adalah disebabkan polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.

"Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan video seks kedua 2011 wajib mengambil kira kewujudan dan keadaan berkaitan video seks pertama 1999.

"Terdapat 'nexus' (penghubung) antara kedua video seks ini," kata beliau lagi.

Pegawal Dakwa Isteri Bekas Presiden Tunisia, Ejen Mossad

Posted: 21 Apr 2011 09:00 PM PDT


Berita Agensi melaporkan dakwaan seorang pegawal peribadi bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine yang mendedahkan bahawa isteri beliau, Leila Trabeli adalah ejen agensi perisikan Israel 'Mossad' dan menjadi dalang di belakang pembunuhan beberapa tokoh kanan Palestin. 

Dalam pengakuannya, pengawal peribadi itu, Abdul Rahman Subir mendedahkan rahsia yang disimpan Setiausaha Negara di Kementerian Dalam Negeri Tunisia pada 1990, Muhammad al Arab Mahjoubi.

"Beliau berkata bahawa Ben Ali dan Leila Trabelsi terbabit dengan badan perisikan Israel itu dan mereka adalah boneka Mossad. Pasangan itu terbabit dalam pembunuhan pemimpin Palestin di Tunisia," katanya.

Subir juga mendedahkan hakikat menakutkan mengenai rejim pemerintahan Ben Ali dan tindakan jenayah yang dilakukannya sehingga menyebabkan bekas presiden itu, isteri dan bekas pemimpin keselamatannya kini menghadapi pendakwaan.

Akhbar itu menambah bahawa "Leila Ben Ali merekrut dua ejen perisikan Tunisia pada 1991 bagi membolehkan mereka membunuh seorang ahli perniagaan terkenal, yang menjadi rakan rapat Ben Ali, kerana beliau membantah keras perkahwinan mereka."

Subir juga mendedahkan maklumat baru mengenai kehadiran kekayaan lain ditemui dalam Istana Carthage. Menurutnya, "kekayaan" itu lebih besar berbanding yang ditemui sebelumnya.
 
Leila dilaporkan mencuri emas seberat 1.5 tan dari Bank Pusat Tunisia sebelum meninggalkan negara itu ke Jeddah, Arab Saudi, lapor sebuah akhbar Perancis.
 
Kuantiti jongkong emas itu mewakili nilai bersamaan 45 juta euro (RM197.67 juta).

Akhbar di Perancis melaporkan Gabenor Bank Pusat pada mulanya enggan memberinya emas itu namun apabila beliau menelefon suaminya, Zine El Abidine Ben Ali 'meyakinkannya' dan membenarkan mereka membawa jongkong emas itu.

Leila Trabelsi, seorang pendandan rambut yang miskin, adalah isteri kedua Ben Ali. Beliau mengahwininya pada 1992 dan menjadi 'Wanita Pertama' Tunisia yang baru. 

Kumpulan Cuba Pesongkan Akidah Pelajar Sekolah Dikesan di Kuantan

Posted: 21 Apr 2011 08:27 PM PDT


Saya petik:
[HM] KUANTAN: Satu kumpulan yang dipercayai cuba memesongkan akidah umat Islam di negeri ini dikesan mengedarkan risalah atau buku agama kepada pelajar sekolah menengah, di sini.

Kumpulan dianggotai lima lelaki itu dipercayai mahu 'merekrut' pelajar sekolah dengan mengedar risalah atau buku berkenaan tanpa menerangkan isi kandungan sebenar dan ia dilakukan ketika pelajar mahu pulang ke rumah masing-masing.

Seorang pelajar yang enggan dikenali mendakwa, dia sebelum ini dihampiri seorang daripada anggota kumpulan terbabit sebelum lelaki itu menghulurkan dua buku kepadanya.

Menurutnya, dia yang tidak mengesyaki apa-apa mengenai buku berkenaan membuka untuk melihat isi kandungannya sebelum mendapati ayat tercatat dalam buku itu mencurigakan sebelum merujuk kepada rakannya.

Katanya, rakannya turut mendakwa mendapat buku yang sama dan tidak menolak kemungkinan kumpulan terbabit cuba memesongkan akidah pelajar Islam. 

"Saya bersama rakan mengesyaki kumpulan terbabit menyasarkan pelajar dalam usaha memesongkan akidah Islam. Ibu bapa tidak melarang saya bergaul dengan rakan bukan Islam, tapi diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh atau terpedaya dengan agama lain bagi mengelak murtad," katanya. 

P/s: Sila ambil perhatian!

Polis TETAP Anggap Kematian Sarbani Sebagai Mati Mengejut (Kemalangan@Bunuh Diri). Masalahnya, Banyak Orang yang Tidak Percaya!

Posted: 21 Apr 2011 07:30 PM PDT



Gambar di atas ialah tingkap bangunan SPRM, di Jalan Cochrane yang dipercayai menjadi tempat Ahmad Sarbani Mohamed "jatuh" dan ditemukan mati di gelanggang badminton tingkat 1 pada 6 April lalu. 

Cuba anda lihat saiz tingkap itu!
 
Hari ini dalam UM, polis mengesahkan kematian pegawai kastam itu disebabkan kecederaan parah akibat jatuh dari lokasi tinggi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, hasil siasatan menyeluruh itu tidak hanya membabitkan pihak polis malah turut melibatkan hospital, Jabatan Kimia serta pakar patologi.

"Siasatan turut menggunakan kaedah tertentu termasuk lakonan semula oleh pelakon lagak ngeri bagi membantu mendapatkan hasil penemuan."

"Menerusi siasatan ini, kami dapati kematian beliau selari dengan kecederaan akibat impak jatuh dari tempat yang tinggi." 

Mengulas lanjut, Zulkifli memberitahu, sepanjang siasatan itu dijalankan, sebanyak 48 percakapan saksi telah direkodkan.

Menurutnya, siasatan kes itu masih kekal dilakukan mengikut laporan kematian mengejut (SDR) dan kertas siasatan yang telah siap itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AG) selewat-lewatnya minggu ini. Ditanya sama ada terdapat unsur jenayah dalam kes kematian pegawai kastam itu, Zulkifli enggan mengulas sebaliknya memberitahu, siasatan itu diklasifikasikan sebagai SDR.

"Kita akan berusaha untuk hantar (kertas siasatan) minggu ini juga tetapi jika tidak sempat, kita akan hantar pada minggu depan.

"Sebaik sahaja dihantar kepada AG dan ada perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian, itu adalah perkara biasa. Apa pun saya berpuas hati dengan siasatan menyeluruh yang dibuat," katanya.



Gambar di atas pula ialah paparan aksi lakon semula oleh pelakon lagak ngeri berkaitan dnegan teori kematian Ahmad Sarbani. Lagi sekali, cuba ukur saiz tingkap itu!

Poin saya, jika polis menganggap kematian Ahmad Sarbani sebagai kemalangan, rasa-rasanya agak mustahil untuk diterima akal. Kerana untuk mendakwa Ahmad Sarbani terjatuh secara tidak sengaja dari tingkap dengan saiz bukaan sebesar itu, agak mustahil untuk diterima akal. Seseorang itu perlu menyusup kepalanya dahulu, barulah boleh "terjatuh" dari tingkap tersebut.

Jika bukan kemalangan, tinggal satu opsyen lagi, iaitu bunuh diri. Semua akhbar hari ini tidak menggunakan istilah bunuh diri walaupun laporan mereka sejak awal lagi membuat andaian bahawa Ahmad Sarbani membunuh diri kerana kemurungan dan sebagainya. Masalahnya, banyak orang termasuk ahli keluarga, rakan, dan orang ramai tidak percaya kematian pegawai Kastam yang didakwa warak ini kerana membunuh diri. Malah, ahli keluarga turut menyerahkan beberapa bukti untuk menafikan dakwaan Ahmad Sarbani membunuh diri termasuk jumlah dan nilai aset yang dimilikinya. 
 
Pihak polis tidak boleh hanya mengatakan  "kami dapati kematian beliau selari dengan kecederaan akibat impak jatuh dari tempat yang tinggi". Semua orang tahu, arwah jatuh dari tempat tinggi. Persoalan yang perlu disiasat dan dijawab oleh pihak polis, BAGAIMANA arwah jatuh?  
Tatkala banyak pihak tidak berpuas hati dengan cara kematian Ahmad Sarbani, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah "berpuas hati dengan siasatan menyeluruh yang telah dibuat". Adakah kenyataan itu sudah cukup untuk membuatkan ahli keluarga dan orang lain berpuas hati?

Lima Ekor Tupai Dituduh Tebuk Putik Kelapa

Posted: 21 Apr 2011 06:18 PM PDT


Saya petik:

[BH] KUALA TERENGGANU: Lima lelaki, termasuk tiga tertuduh juvana dihadapkan di dua mahkamah berasingan semalam, atas pertuduhan merogol dan melakukan hubungan luar tabii terhadap seorang gadis berusia 14 tahun di sebuah rumah di Dungun, Mac lalu.

Dalam pertuduhan pertama, dua rakan karib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan memasukkan kemaluan ke dalam mulut mangsa pada 13 Mac lalu. 

Mohd Syafiq Radin, 19, berasal dari Jalan Teratai, Dungun dan rakannya, Mohd Suhaimi Md Said, 22, dari Jalan Sultan Sulaiman, Dungun didakwa memasukkan zakar ke dalam mulut mangsa antara jam 12.01 pagi dan 2 pagi.

Mohd Syafiq yang menuntut di sebuah kolej swasta dan Mohd Suhaimi yang tidak bekerja didakwa melakukan perbuatan itu dalam bilik atas sebuah rumah teres di Dungun.

Pendakwaan mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud di hadapan Hakim Azman Mustapa. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.

Azman mengenakan jaminan RM7,000 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 7 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Dungun, dua tertuduh juvana berusia 16 dan 17 tahun didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol, manakala seorang lagi berusia 17 tahun didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii terhadap mangsa yang sama.
Hakim Aznika Anas kemudian menetapkan jaminan RM4,000 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 31 Mei untuk sebutan semula kes.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang gadis berusia 14 tahun yang keciciran sekolah menjadi mangsa seks sekumpulan lelaki termasuk teman lelakinya.

P/s: Rosak, jahanam anak bangsa! Tetapi Mahiaddin hanya bimbang pelajar sekolah obes sahaja!

Tiada ulasan: