Jumaat, 22 April 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Najib jangan suka sangat -- Isu pembunuhan Altantuya jauh dari selesai

Posted: 21 Apr 2011 07:36 PM PDT

Dalam SD nya Jun 18 Jun 2008, Raja Petra bersumpah ia telah " diberitahu (oleh sumber yang sangat dipercayai) bahawa antara sekitar 10:00 pada tarikh 19 Oktober 2006 dan awal hari berikutnya, malam Altantuya Shaariibuu dibunuh, tiga (3) orang lain juga hadir di tempat kejadian jenayah ".

Ditulis oleh Yew Yin Koon, CPI (sumber)

Pada malam ulang tahun PKR 11 pada Selasa (19April) di Ipoh, naib presiden Chua Jui Meng menuduh bahawa Raja Petra Kamarudin telah dibeli. Chua berkata wang boleh melakukan keajaiban seperti yang ditunjukkan oleh hasil pilihanraya Sarawak baru-baru ini.

Mengapa blogger buruan dan editor Malaysi Today , sebelum pilihan raya, dalam wawancara TV3, melemparkan keraguan keatas 'Surat Akuan Bersumpah (SD) nya sendiri yang sensasi itu?

Dalam SD nya Jun 18 Jun 2008, Raja Petra bersumpah ia telah "diberitahu (oleh sumber yang sangat dipercayai) bahawa antara sekitar 10:00 pada tarikh 19 Oktober 2006 dan awal hari berikutnya, malam Altantuya Shaariibuu dibunuh, tiga (3) orang lain juga hadir di tempat kejadian jenayah ".

Dalam sebuah wawancara e-mel dengan Malaysian Insider pada tarikh 15 April, Raja Petra bertegas bahawa dia bukan seorang pengkhianat. Dia mengatakan bahawa dia akan terus menyokong pembangkang - Pakatan Rakyat.

Serta merta setelah wawancara TV3 Raja Petra, Perdana Menteri Najib Razak menyatakan bahawa ia bersyukur bahawa kebenaran akhirnya muncul dan ia menganggap isu tersebut sudah selesai.

Apakah hal ini benar-benar selesai?

Ramai warga Malaysia termasuk saya sendiri, menganggap hal tersebut jauh dari selesai kerana semua persoalan yang terdahulu belum lagi terjawab, masih menunggu respon , terutama dari PM sendiri.

Soalan-soalan ini adalah sebagai berikut:

1. Apa motif dari dua pegawai polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya kerana nampaknya mereka tidak mempunyai hubungan yang lebih awal atau pengetahuan dahulu daripada dirinya?

2. Bagaimana mereka memperoleh bahan letupan C4 dan siapa yang meluluskan pelepasan material ketat ini kepada mereka?

3. Terdakwa yang ketiga, Abdul Razak Baginda - yang dibebaskan dari tuduhan terhadap dirinya - adalah seorang penganalisis politik, diketahui sangat rapat dengan Najib. Satu transkrip teks SMS antara mereka muncul. Apakah yang tersirat disebalik SMS tersebut?

4. Mengapa DSP Musa Safri tidak pernah disoalsiasat tentang 'bila' ia memberi arahan kepada pegawai bawahannya, Ketua Inspektor Azilah Hadri untuk membantu Razak Baginda? Azilah telah bersaksi di mahkamah bahawa Musa berkata kepadanya bahawa Razak ada masalah kerana seseorang telah mengancamnya dan dia [Azilah] dikehendaki untuk memberikan bantuan kepada Razak.

5. Mengapa rekod masuk Altantuya hilang dari catatan imigresen? Adakah pegawai imigresen yang bertanggung jawab memberikan penjelasan yang wajar mengenai bagaimana butiran kemasukan Altantuya menghilang?

6. Mengapa jabatan imigresen tidak melakukan penyelidikan dalaman, dan pihak berkuasa lain yang lebih tinggi melakukan penyelidikan bebas, ke dalam pelanggaran serius atau jika mereka lakukan, laporan tersebut tidak dimaklumkan kepada awam?

7. Mengapa tiga keterangan berrtulis dan wawancara video P. Balasubramaniam, yang ditugaskan oleh Abdul Razak Baginda sebagai penyiasat persendirian dan yang sejak itu hilang, tidak disiasat?

Soalan-soalan di atas telah ada sejak awal kes tersebut dan ianya akan terus berada di sana untuk anak cucu sehingga kebenaran pembunuhan geri itu akhirnya muncul.

Dan sehingga soalan-soalan yang merosakkan ini diselidiki dengan adil dan bebas oleh polis dan system perundangan, awan gelap akan terus berligar di atas kepala Perdana Menteri kerana kes Altantuya tidak akan berlalu lenyap.

Hal ini sangat sensasi dan menarik perhatian seluruh dunia , kerajaan perlu membentuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat secara menyeluruh, sehingga semua perkara yang sangsi dan misteri dapat terjawap dan dijelaskan, dan imej Malaysia serta kepercayaan masyarakat dipulihkan. Tamat.

Catatat : (Transkrip SMS) -12) Perenggan ke-52 akuan bersumpah Balasubramaniam yang pertama, membutirkan sebuah sms yang didakwa dihantar oleh Dato Seri Najib kepada Razak Baginda pada hari Razak Baginda ditahan. Sms tersebut berbunyi: "Saya akan menemui IGP pada 11am hari ini…. perkara akan diselesaikan….sila bertenang". Kesahihan sms ini adalah diandaikan antara perkara yang disiasat oleh pihak polis seperti mana yang dirujuk oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Bakri Zinin. Namun, dalam satu lagi siri sms yang didakwa antara Dato Seri Najib dan peguam kanan Muhd Shafee Abdullah, yang mana kesahihannya diakui oleh Dato Seri Najib, satu sms telah dihantar oleh Muhd Shafee Abdullah pada pagi 16 November 2006, yakni pada pagi yang sama di mana Razak Baginda didakwa di mahkamah bersabit pembunuhan Altantuya: "Tolong jangan beri sebarang kenyataan kepada pihak media pada hari ini. Akan saya terangkan kemudian. RB perlu berdepan dengan sebuah dakwaan tentative tetapi semuanya terkawal". ……..

Tiada ulasan: