Jumaat, 22 April 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


MCA, selesaikan masalah sendiri dulu - Jangan masuk campur hal Sarawak

Posted: 22 Apr 2011 12:00 AM PDT

MCA menuntut Taib Mahmud melatakan jawatan kerana tidak mendapat sambutan dari kaum Cina dan ianya jelas dengan kekalahan SUPP di dalam pilihanraya Negeri Sarawak 16 hb yang lalu. Seruan untuk bersara dari pemimpin rakan komponen sendiri ini menunjukan yang BN sedang berada di ambang kekeliruan yang nyata dan tidak dapat disorokan lagi.

MCA akhir-akhir ini sudah sperti ayam berak kapur. Kalaulah MCA itu sendiri merupakan parti yang di terima rakyat kenapa MCA telah kalah di enam belas kerusi di dalam pilihanraya yang lalu? Yang lucunya Gan Ping Sieu, Naib Presiden MCA tanpa malu dan segan mendesak Taib untuk berhenti kerana orang Cina tidak menyokong BN walaupun dengan sokongan dan kerja keras MCA dalam pilihanraya itu.

MCA sepatutnya membersihkan rumahnya sendiri dahulu. MCA sepatutnya menumpukan perhatian terhadap rakan kongsi dala BN di Semenanjung sahaja. MCA tidak sepatutnya bercakap besar apatah lagi dalam keadaan sekarang, dalam mana orang Cina lebih berminat untuk bersatu di dalam DAP. Tidak kag Gan Ping Sieu terfikir yang kekalahan SUPP itu adalah kerana rakyat melihat MCA datang ke Sarawak untuk menyibuk dan membuatkan pengundi menolak SUPP.

SUPP telah kalah di dalam 13 kerusi yang di tandinginya. SUPP hanya memenangi 6 dari 19 kerusi yang ditandinginya. Itu pun empat dari enam yang menang itu adalah calun SUPP dari kaum Dayak. Hanya dua calun Cina yang menang di atas tiket SUPP itu.

Sebagai rakan BN MCA tidak perlu menyatakan hasratnya secara terbuka. MCA sepatutnya berbuat seperti apa yang di lakukan oleh PM Najib dalam usaha untuk menurunkan Taib dari kepimpinan Sarawak seperti yang beliau janjikan dahulu. Bukankah PM Najib telah pun berjanji yang Taib akan turun dalam masa yang terdekat ini?

MCA sudah cukup memberikan masalah kepada BN. MCA yang sepatutnya mendapatkan sokongan kaum Cina untuk BN tetapi sebaliknya calun-calun MCA yang menang itu kesemuanya diturunkan kekawasan majoriti kaum Melayu. Jika MCA sedar tentang perkara ini parti itu tidak sepatutnya menyibuk untuk menyuruh orang itu dan ini berhenti, sedangkan parti itu sendiri sedang menghadapi kemungkinan mengalami apa yang di alami oleh Gerakkan.

Kita masih teringat apabila MCA dan Gerakkan telah menyalahkan UMNO kerana kekalahan banyak kerusi di dalam piihanraya yang lalu. MCA telah mengkritik UMNO dan meminta UMNO supaya memberikan peluang sama-rata kepada semua bangsa dan kononnya memberikan peluang istimewa untuk orang Melayu itulah yang meletakan negara tergulung kedalam negara yang terjerat dengan 'middle income' trap dan berbagai lagi.

MCA sepatutnya menegur pimpinan UMNO di dalam mesyuarat dan perjumpaan di antara pemimpin. Memanglah apa yang di sebut oleh MCA yang UMNO adalah penyumbang besar di dalam kekalahan BN di dalam pilihanraya itu. Tetapi tugas menegur parti yang berada di dalam komponen itu adalah terletak kepada komponen-komponen parti yang ada di dalamnya.

Keresahan MCA melihat kemaraan DAP sebagai parti idaman bangsa Cina itu menyebabkan parti itu membuat kenyataan yang bercanggah di antara satu kenyataan dengan kenyataan yang lain. DAP di sebaliknya pula telah secara beransur-ansur membuktikan yang parti itu merupakan parti yang mampu memerintah kerajaan sejak 2 tahun yang lalu.

Di Pulau Pinang parti itu telah berjaya mentadbir negeri itu dengan lebih baik dan ini tidak disukai oleh semua parti komponen BN kerana rakyat sudah tidak banyak lagi masalah apabila untuk berhubung dengan kerajaan negeri itu. Kebanyakan dari orang Melayu Pulau Pinang nampak bergembira dengan pentadbiran DAP. Ramai di antara Melayu tulin di Pulau Pinang yang saya kenali berkata, "Now it's better than Gerakkan time. One can say anything to the contrary,I am extremely fascinated by the way the state is managed" kata seorang Melayu yang saya kenali begitu lama.

Hanya ahli-ahli UMO dari keturunan India Muslim (atau Mamak) sahaja yang sibuk berdemo kesana kemari mencari kesalahan DAP ibarat mencari kutu dalam rambut untuk menafikan kebaikan yang di lakukan oleh parti itu. Saya bukan orang pandai tetapi saya tidak nampak bagaimana BN boleh mengambil kembali pentadbiran P Pinang dalam pilihanraya yang akan datang.

Jika BN boleh mengambil kembali pentadbiran P Pinang melalui cara demokratik yang benar saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah walaupun saya merasakan di dalam hati saya yang itu hanyalah ibarat mimpi di siang hari. Di Pulau Pinang pemimpin UMNO yang aktif ialah Rizal Merican, Musa Sheikh Fadzir serta anak beranaknya dan semua orang yang sama rupa dengan mereka sahaja. Kebanyak yang Melayu yang berupa Melayu kesemuanya seolah-olah menolak atau tidak berminat dengan kita lagi.

MCA sepatutnya sedar, di Sarawak UMNO bukan pengerusi BN seperti di negeri-negeri lain Saya tidak bersama menyokong PBB, tetapi kita sekarang ini terpaksa memberikan pengakuan yang PBB telah memenangi kesemua 35 kerusi yang mereka tandingi baru-baru ini. Secara moralnya MCA atau pun UMNO tidak berhak untuk menghitam dan memutihkan politik negeri itu. Itulah sebabnya saya menunggu cara mana PM Najib hendak menuniakan janjinya yang Taib akan berhenti dan bersara tidak lama lagi.

Sebenarnya PBB boleh menentukan hendak ke kiri atau ke kanan. PBB boleh membuat keputusan samada untuk bersama BN atau sebaliknya. Malahan PBB boleh menetukan siapa yang jadi PM dan menurunkan mana-mana pemimpin BN jika mereka mahu. Isu rasuah dan salah guna kuasa terhadap Taib tidak menjadi kerana kaum pribumi samalah seperti orang Melayu di Semenanjung. Tetapi orang-orang Cina di Sarawak seperti juga di Semenanjung adalah kaum yang realistik dan berani menentukan apa yang meraka mahu.

Orang-orang Cina kata mereka tidak mahu kerajaan yang rasuah dan menyalah gunakan kuasa, maka mereka belakangkan mana-ana parti yang di anggap mereka sebagai perasuah dan penyalah guna kuasa. Mereka kata 1Malaysia tidak relevan maka mereka menolak pihak yang memperkenalkan isu 1Malaysia. Sekarang ini cadangan Pemandu untuk mempastikan setiap rakyat memunyai akaun 1Malaysia mereka menolaknya kerana kerja itu adalah kerja membazir. Apa sahaja yang mereka tidak bersetuju mereka berani menzahirkannya di dalam peti undi semasa rakyat membuat pilihan.

Di sebaliknya orang Melayu memang sudah terdidik untuk hidup di kawal oleh orang yang lebih berkuasa. Dalam kontek politik pada hari ini sebenarnya Melayulah yang paling rasis. Ramai di antara kita memberi alasan kalau tiak undi UMNO Melayu akan hancur dan berderai. Di antara kita di berikan alasan yang untuik menjaga bangsa UMNOlah parti yang wajib disokong. Oleh kerana baik dan 'senang runding' orang Melayu itulah kita diperalatkan oleh pemimpin untuk kepentingan peribadi mereka.

Mereka berani rasuah kerana orang Melayu memang di anggap kaum yang akan mengundi mereka lagi kerana 'terpaksa'. Sikap 'patronizing' pemimpin Melayu itulah yang menyebabkan pemimpin kita tidak takut melakukan kesalahan. Mereka beranggapan bangsanya boleh diperkotak katikan dengan alasan untuk menjaga bangsanya berkecai dan bepecah. Orang-orang Melayu sentiasa di 'ransom' oleh pemimpin mereka sendiri.

Orang Melayu ditakut-takutkan oleh pemimpin mereka sendiri dalam UMNO yang Melayu hanya akan selamat di dunia dan akhirat dengan UMNO. UMNO di yakinkan seolah-olah lebih tinggi dari agama. UMNO tidak pula mendidik orang Melayu yang rasuah itu kerja salah malahan mereka beranggapan seolah-olah rasuah itu ada di mana-mana dan perkara itu adalah perkara biasa. Berkata benar tentang kekejian yang dilakukan oleh pemimpin UMNO itu sudah menjadi kesalahan.

Berkata benar dalam UMNO itu salah. Pemimpin-pemimpin UMNO seolah berkhutbah supaya melakukan apa suruhannya dan menjauhi segala larangan mereka untuk selamat di dunia ini. Orang Melayu tidak dibenarkan menggunakan akal. Orang Melayu hanya diminta menjadi burung balam; menganggok kesana dan kemari.

Itulah perbezaan ketara kaum kita dengan kaum Cina. Selama ini MCAlah yang menjadi badan siasah kepada bangsa Cina. Tetapi apabila MCA sudah dijangkiti oleh penyakit UMNO maka orang Cina memilih parti DAP untuk dijadikan badan siasah yang mewakili mereka. Orang Cina tahu apa yang mereka inginkan. Sebaliknya kita yang tidak tahu apa yang kita mahukan kerana sentiasa mengikut kemahuan pemimpin mereka yang 'deceitful' itu.

Itulah sebabnya UMNO semakin hari semakin mengurang sokongan dari rakyat terutamanya dari bangsa Cina. Orang Cina bukannya membenci UMNO. Saya yakin jika UMNO berubah barisan kepimpina yang ada ini dengan mereka yang lebih 'reliable' mereka akan kembali menyokong UMNO dan MCA.

Tetapi setakat ini belum lagi nampak tandan-tanda perubahan itu, maka kita terima sahajalah badai dari kesalahan kita sendiri itu sehingga kita berubah. Dari pada kita memberikan fokus menyalahkan orang lain, elok jika kita melakukan introspeksi yang serius kenapa semakin hari semakin menirus sokongan mereka terhadap kita, seperti tali gasing; semakin kehujung semakin halus.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/04/mca-selesaikan-masalah-sendiri-dulu.html

Kesedaran baru politik Cina — Zainuddin Maidin

Posted: 21 Apr 2011 11:00 PM PDT

22 APRIL — Jika MCA masih boleh dianggap mewakili majoriti kaum Cina di Malaysia maka kenyataan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek baru-baru ini menyerlahkan lagi suatu kesedaran baru masyarakat Cina yang berasaskan kepada prinsip moral politik dan demokrasi berikutan pengasingan diri kaum Cina Sarawak daripada aliran majmuk negara ini.

DAP telah mencapai kejayaan besar dalam menjerumuskan masyarakat Cina Sarawak ke dalam aliran politik ini menerusi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10. Keputusan itu yang diyakini akan melebarkan wabaknya ke Semenanjung mendorong Presiden MCA itu membuat kenyataan bahawa sekiranya keputusan pilihan raya akan datang memberikan keputusan yang memedihkan seperti Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 maka MCA akan mengkaji semula kedudukan dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan dan negeri (The Star, 20 April 2011).

MCA hanya diwakili 15 wakil rakyat dalam Parlimen Malaysia sekarang berbanding dengan sebelum PRU 2008 sebanyak 31 orang. Kenyataan Soi Lek itu boleh dilihat dari dua sudut politik. Yang pertama adalah amaran awal secara halus kepada masyarakat Cina di Semenanjung jika mereka tidak memberikan sokongan memulihkan angka perwakilan MCA dalam kerajaan Barisan Nasional (BN). Keduanya, merupakan kesedaran terhadap wujudnya kebimbangan masyarakat Cina di Semenanjung terhadap keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 terhadap masa depan mereka dalam politik dan ekonomi negara.

Ini jelas daripada kenyataan Soi Lek bahawa DAP tidak senang dengan kenyataannya supaya SUPP menolak sebarang tawaran untuk menyertai Kabinet Sarawak. "Adakah ini merupakan perasaan bersalah dan bertanggungjawab di atas kemungkinan tidak akan adanya wakil orang Cina dalam kerajaan Sarawak?" tanya Soi Lek.

Sebenarnya senario yang sama telah berlaku apabila MCA kalah teruk dalam pilihan raya 1969 yang mendorong beberapa ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO selepas tragedi 13 Mei menuntut supaya kedudukan MCA dalam Kabinet dikaji semula (Utusan Malaysia, 6 Jun 1969).

Kenyataan itu dipelopori oleh Dr. Mahathir Mohamad ketika dihubungi di kliniknya di Alor Setar. Beliau membuat kenyataan keras supaya MCA disingkirkan tetapi telah diperlembutkan oleh Ketua Pengarang Utusan Melayu, Tan Sri Melan Abdullah (Allahyarham) dengan menambah kenyataan dua orang lagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO iaitu Tan Sri Syed Jaafar Albar dan Syed Nasir Ismail. Berita yang diterbitkan sebagai tajuk utama muka satu pada 6 Jun 1969 adalah "Tokoh-tokoh UMNO Sokong MCA Tak Sertai Kabinet" sebagai menyambut keputusan pucuk pimpinan MCA ketika itu untuk tidak menyertai Kabinet.

Ini adalah reaksi kepada desakan beberapa Dewan Perniagaan Cina dan lain-lain pertubuhan Cina yang meminta Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin supaya menimbangkan semula keputusan parti itu tidak mahu menyertai Kabinet. Syed Jaafar Albar berkata soal yang dihadapi bukan soal memberi kepercayaan kepada Tan Siew Sin sebagai pemimpin MCA tetapi masalah adakah orang Cina menyokong dasar kerajaan Perikatan.

Dr. Mahathir berkata sokongan pertubuhan-pertubuhan Cina kepada Tan Siew Sin tidak dapat dianggap sebagai sokongan orang Cina kerana badan-badan itu tidak mewakili hasrat orang Cina seluruhnya. "Kalau MCA hendak tahu sama ada ia disokong oleh orang Cina atau tidak maka ia terpaksa menunggu pilihan raya yang lambat lagi masanya dan kerana itu MCA tidak mustahak duduk dalam Kabinet," katanya.

Syed Nasir Ismail pula menuntut supaya keseluruhan hubungan antara UMNO, MCA dan MIC dikaji semula mengikut keadaan yang wujud selepas pilihan raya itu. Soal pokok kekalahan SUPP, parti Cina yang menyaingi DAP di Sarawak bukanlah kerana pengekalan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak tetapi kerana SUPP seperti juga MCA tidak dapat bermain dengan api perkauman, terkawal dengan etika dan prinsip-prinsip Perlembagaan dan kerjasama yang menjadi asas kepada penubuhan BN.

Sukar untuk MCA dan SUPP bersuara secara terbuka seperti DAP yang merupakan parti berakar umbi perkauman Cina yang merupakan kegagalan kerajaan Perikatan dan BN untuk mencabutnya dari awal secara tegas seperti yang dilakukan oleh kerajaan PAP Singapura.

Hakikat ini mestilah kita terima sekalipun kerajaan Singapura memulihkan pengajaran bahasa Mandarin tetapi ia tetap berasaskan pada dasar-dasar Singapura yang telah diterapkan supaya pengajaran bahasa itu tidak menjadi asas penyuburan semula cauvinis Cina berasaskan kepada kebudayaan Cina.

Bapa kemerdekaan Singapura yang melihat bahaya cauvinisme Cina telah melumpuhkannya dengan menutup sekolah-sekolah Cina dan pusat-pusat pengajian tinggi Cina di Singapura sejak dari awal kemerdekaannya menerusi penggunaan bahasa Inggeris. Tetapi di Malaysia, penerapan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris tidak berlaku secara tegas sebaliknya menyuburkan fahaman perkauman Cina dan fahaman sempit di kalangan orang Melayu.

Sekalipun kenyataan Soi Lek itu telah sedikit sebanyak dapat menyejukkan perasaan orang Melayu yang melihat dengan kebimbangan cetusan polarisasi kaum di Sarawak yang dicerminkan oleh keputusan pilihan raya negeri yang ke-10 itu, tetapi kenyataan Naib Presiden MCA, Senator Gan Ping Sieu (The Star 21 April 2011) telah memanaskan balik perasaan bukan sahaja bumiputera Sarawak tetapi juga orang Melayu di Semenanjung.

Ping Sieu telah menyuarakan apa yang disuarakan oleh DAP apabila beliau menuntut Abdul Taib meletak jawatan kerana katanya tidak mendapat sokongan daripada pelbagai kaum. Adakah kenyataan ini berasaskan fakta sebenar atau mengikut sentimen orang Cina yang tidak mahu menerima kepimpinan bumiputera di Sarawak? Wajarkah hanya kalah 16 kerusi daripada 71 kerusi kepada satu kaum setelah lebih 30 tahun berkuasa boleh dianggap sesuatu yang sangat teruk dan hilang kuasa kepimpinan masyarakat majmuk?

Dari awal lagi, saya percaya sekiranya Abdul Taib tidak memimpin Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 maka malapetaka pastinya akan menimpa BN Sarawak. Bagaimanapun masa yang terlalu lama yang diperlukan beliau untuk menguruskan peralihan kuasa kepimpinan di Sarawak mungkin wajar difikirkan semula oleh beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak demi kepentingan memperkukuhkan masa depan BN, khususnya di Sarawak.

Sesungguhnya kenyataan yang dibuat oleh Presiden MCA adalah tepat pada masanya bagi menyekat arus deras politik perkauman yang menggugat perasaan hingga ke Semenanjung. Kebimbangan dan persepsi orang Melayu terhadap sikap politik orang Cina untuk mencari jalan lain ke syurga semakin meningkat ekoran keputusan pilihan raya Sarawak itu.

Persepsi ini adalah benar jika berasaskan kepada suara akhbar-akhbar Cina. Umpamanya apa yang disuarakan oleh akhbar Sin Chew Daily, 18 April menerusi tulisan Goh Kien Nan yang mempersoalkan bagaimana MCA hendak menghadapi PRU akan datang berikutan fenomena orang Cina melawan arus bukan lagi hanya terbatas di Sarawak, sebaliknya rentak sama berlaku di seluruh negara.

"Ini bukan sahaja tidak reda malah nampaknya begitu kuat, mungkin akan terus melarat, semarak dan membara hingga PRU akan datang," katanya.

Tentunya sebagai rakan lama UMNO, Soi Lek juga dapat membaca persediaan orang Melayu untuk menghadapi kemungkinan kerakusan politik kaum Cina yang tidak mengenal batas sekiranya mereka tidak dapat mewaraskan pemikiran mereka dengan kesan Program Transformasi Ekonomi yang berlaku dan yang dapat dirasakan di bawah pimpinan Perdana Menteri. Soi Lek telah cuba membangkitkan kesedaran ini jika orang Cina mahu terus mengekalkan perkongsian ekonomi dan kuasa di negara ini. — Utusan online

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

IGP pengsan pagi ini, dimasuk hospital

Posted: 21 Apr 2011 10:15 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 April — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dimasukkan ke hospital pagi ini selepas pengsan ketika perhimpunan bulanan di ibu pejabat PDRM di Bukit Aman.

Beliau yang dilantik mengetuai PDRM September lalu dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.

Sehingga berita ini ditulis punca beliau pengsan belum diketahui.

Trend politik dan ekonomi perkauman — Kunta Kinte

Posted: 21 Apr 2011 10:00 PM PDT

22 APRIL — Minggu ini Kunta Kinte nak ajak pembaca fikir sikit pasal perkauman di negara kita. Ada orang kata Malaysia jadi lebih perkauman lepas Pilihan Raya Umum 2008. Betul dan tak betul. Betul kalau kita anggap penolakan oleh pengundi Cina dan India terhadap Barisan Nasional (BN) sebagai berbaur perkauman. Tak betul kalau kita anggap yang sebenarnya ditolak oleh orang Cina dan India adalah MCA, Gerakan dan MIC. Ertinya mereka tolak parti bangsa mereka sendiri.

Mereka tolak tiga parti bangsa mereka sebab pada pandangan mereka, kerajaan BN yang mereka sokong dengan cukup kuat pada Pilihan Raya Umum 2004 telah tidak penuhi aspirasi mereka. Tapi bukan orang Cina dan India saja rasa macam tu. Orang Melayu pun ramai juga yang berasa macam tu juga. Mereka tarik balik undi yang mereka bagi kepada BN pada tahun 2004.

Orang Cina dan India sanggup undi pakatan pilihan raya yang gabungkan DAP, PKR dan PAS walaupun mereka tak percaya sangat kepada PAS. Mereka sokong pakatan itu kerana marah kepada BN.

Kunta Kinte tak hairan sangat orang Cina sokong DAP. Kita kena ingat dan akui yang ramai orang Cina dari dulu lagi sokong parti fahaman kiri. Yang sokong MCA adalah golongan peniaga dan kapitalis. Sejak DAP ditubuhkan pada 1967 untuk teruskan legasi PAP, orang Cina tidak pernah tak sokong parti itu. Kalau tak secara terbuka, mereka sokong secara diam-diam. Ada masa mereka hanya sokong dengan semangat dan setia kawan dan ada masa sokong dengan undi.

Orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera kena faham dan kena terima hakikat yang orang Cina sangat pandai bermain politik. Mereka pandai buat congak macam mana dan kepada siapa nak bagi undi mereka. Mereka tidak mahu menang jadi arang, kalah jadi abu. Mereka sanggup kalah bersorak asalkan kampung tak tergadai. Sebaliknya, kita tengok setiap kali ada bertaruhan, kampung orang Cina jadi lebih besar.

Pada masa BN kuat kerana orang Melayu lebih bersatu padu, orang Cina tunjuk yang mereka sokong MCA dan Gerakan. Tapi bila mengundi, ramai diam-diam pangkah DAP. Tapi sejak Pilihan Raya Umum 2008, bila DAP dan sekutunya dalam pakatan pembangkang menang besar dan BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen, orang Cina tak sembunyi-sembunyi lagi sokong DAP.

Perkara ini jadi tambah terang dalam pilihan raya negeri Sarawak Sabtu lalu. Orang Cina Sarawak tidak segan silu dedahkan perasaan mereka. Kerana itulah DAP yang sekian lama terumbang-ambing di Sarawak tiba-tiba berjaya gandakan kerusinya daripada enam kepada 12. Semua kerusi majoriti Cina ia sapu.

Kalau aliran ini tak berubah sampai pilihan raya umum akan datang, DAP ada harapan tambah kerusi Parlimen daripada dua kepada lima atau tujuh. Harapan DAP akan lebih cerah kalau ia berjaya tarik dan tambat hati kaum dan suku kaum Bumiputera di negeri itu. Ada orang kata orang Cina makin perkauman dalam politik, tapi orang Melayu kurang sikit pasal ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS dan ada yang sokong PKR. Tapi orang Cina mereka sokong parti Cina atau parti majoriti Cina macam MCA, DAP dan Gerakan. Dalam PRU 2008 majoriti orang Cina sokong DAP.

Kunta Kinte rasa, bagi orang Cina, sokong DAP dan pakatan pembangkang adalah strategi baru dan anjakan pemikiran yang sangat jelas. Strategi serampang dua mata mereka ini gabungkan kuasa ekonomi dan kuasa politik orang Cina.

Setelah berjaya kukuhkan ekonomi mereka hasil dasar dan projek perkembangan kerajaan BN, mereka sekarang berasa cukup yakin yang kepentingan dan monopoli ekonomi mereka tidak akan terjejas walaupun mereka tak lagi sokong BN. Malahan mereka yakin cara baru yang gabungan kuasa ekonomi dan politik ini akan tambah kukuhkan lagi kuasa dan pengaruh masyarakat Cina dalam ekonomi dan politik.

Ada penganalisis politik kata, penghijrahan besar orang Cina daripada BN kepada pakatan pembangkang akan cetuskan reaksi orang Melayu yang akan balik semula menyokong BN kerana takut hilang kuasa kepada orang Cina.

Kunta Kinte tak mahu buat apa-apa ramalan. Yang Kunta Kinte nak kata adalah perkauman susah nak dipisahkan daripada politik negara kita kerana kita terlalu bertolak ansur dalam hal mewujudkan sistem dan institusi yang boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum. Kita selalu sebut kalau nak lentur buluh biar dari waktu ia masih rebung. Berdasarkan pengalaman Kunta Kinte bersekolah dan belajar hidup dalam masyarakat majmuk, tidak ada permulaan yang lebih baik daripada di bangku sekolah.

Tapi hari ini, selepas lebih 53 tahun merdeka, sekolah kebangsaan terpaksa bersaing dengan sekolah jenis kebangsaan dan semakin ramai orang Malaysia tidak fasih Bahasa Kebangsaan, tidak bersemangat Malaysia dan nampak-nampaknya tambah perkauman. Wallahualam. — Berita Harian online

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Mengapa Najib-Taib yang menang gusar kepada Pakatan yang kalah? — Dzulkefly Ahmad

Posted: 21 Apr 2011 09:30 PM PDT

22 APRIL — Benar BN telah memenangi pilihanraya negeri (PRN) Sarawak. Benar, kerajaan BN di bawah kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud, telah mengekalkan kuasa 2/3 majoriti mereka di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Namun euporia dan gegak gempita keseronokan seperti malam 16 April hari Sabtu lalu tampak tidak mampu bertahan lama. Kerajaan Barisan Nasional Sarawak kembali diselubungi iklim cemas, rimas bercampur suram sesekali terkejut semacam orang baru kebah atau baik demam. Igauan ngeri takut kalah masih menghantui perasaannya dan psikologi-psike mereka rapuh.

Masakan tidak takut. Mengikut informasi risik pihak kerjaan BN sendiri sehingga ke saat akhir di garis penamat, dikatakan PBB dan parti-parti komponen BN akan kehilangan 2/3 majoriti. Bahkan tidak kurang yang berharap untuk menyaksikan pemerintahan baru di bumi kenyalang itu.

Penulis ketika mengendalikan satu Sidang Akhbar Jentera Pilihanraya PAS Sarawak, di Markaz Besar pada hari Rabu 13 April (seperti dilaporkan oleh Harakahdaily.net), telah membuat ramalan yang kurang disenangi pemerhati politik, khususnya pemimpin dan penyokong tegar Pakatan sendiri.

Meramalkan senario terbaik buat Pakatan hanya dengan memenangi 17 kerusi, sementara umum sedang menyaksikan bahawa sambutan program-progam Pakatan adalah luar dugaan merupakan kenyataan yang menongkah arus. Tidak popular. Lebih tidak wajar dikeluarkan oleh pimpinan PAS Pusat. Ada sebab mengapa penulis terpaksa berpada dengan sebutan tersebut.

Namun hari ini, penulis masih mampu mangangkat kepalanya. Berkebetulan hampir tepat ramalannya dengan pengumuman pada malam 16 April. BN memenangi 55 kerusi sementara pembangkang mendapat 16 kerusi, termasuk satu dari bebas selainnya Pakatan.

Telah banyak yang diperkatakan dan ditulis tentang keputusan PRN Sarawak semcam malas pulak untuk menambah lagi. Namun seperti biasa, penulis bukan sekadar terpaksa mengatakan sesuatu tetapi punya sesuatu untuk diperkatakan.

Andainya tidak diambil kesempatan ini, peluang untuk menyebutnya tepat dan jitu pada ketika dan waktu ia diambil perhatian pembaca akan sekali lagi terlucut.

Inilah maudhu' sentral penulisan ini. Ia adalah beberapa pengamatan kritis penulis mengapa Pakatan gagal menyingkir Barisan Nasional dan khususnya Taib Mahmud dalam PRN Sarawak lalu. Kebobrokan perjalanan P/raya oleh SPR tidak akan disinggung termasuk salah laku membeli undi oleh BN.

Lebih penting adalah supaya 'penegasan-keinsafan' nanti bakal menjadi 'ingatan sempadan' agar kesilapan tidak diulangi dalam berdepan dengan cabaran PRU ke-13 akan datang!
Sebelum penulisan ini semakin menjadi kritis, mungkin ada baiknya penulis mengiktiraf secukupnya pencapaian pembangkang atau Pakatan.

Meningkatkan sokongan popular ke tahap 44.76% serta menambahkan kehadiran pembangkang di DUN Sarawak sebanyak 100% yakni dari 8 melonjak ke 16 kerusi bukan pencapaian yang mudah. Ini sekaligus membawa erti bahawa Taib Mahmud mengalami kemerosotan 8% undi popular dari tahap 62.93% pada tahun 2006.

Jumlah undi BN kali ini adalah sebanyak 372,397 berbanding undi pembangkang (DAP, PKR, PAS, SNAP dan Bebas) 300,288. Sebagai negeri "simpanan tetap" dan kubu tegar BN, penghakisan pencapaian ke 55.24% undi popular adalah tidak meyakinkan Najib samasekali untuk terus Taib kekal berkuasa.

Terakhir BN Sarawak dan Taib mengalami kejutan kemerosotan adalah dalam pilihanraya 1987 di mana beliau hanya berjaya mempertahankan 25 dari 45 kerusi DUN Sarawak.

Paling bergaya adalah DAP yang memenangi 80% dari 15 kerusi yang ditandingi, meyumbang kini sebanyak 12 kerusi, dari 6 pada penggal lalu. Paling manis buat DAP adalah mengalahkan timbalan Ketua Menteri George Chan di Piasau kepada pimpinan muda DAP.

Meskipun Taib mampu bertahan kesemua 35 kerusi yang ditandinginya partinya, imej Taib bukan sahaja telah tercalar. Ironis sekali kemenangannya tidak dapat mengelak dan memadamkan hakikat bahawa beliau adalah liabiliti terbesar Najib dalam PRU ke-13 nanti. Semacam mendadak Taib adalah 'petanda' segala yang buruk.

Luar biasa kebobrokannnya, khasnya kekayaan yang dimilikki suku-sakatnya dan bagaimana beliau gagal mensejahterakan rakyatnya meskipun bumi kenyalang itu cukup kaya dengan hasil mahsul; minyak, gas, kayu-kayan, bijeh galian, hasil bumi, kelapa sawit dan pertanian.

Mengapakah persepsi itu terus menerjah Najib dan BN? Apakah yang dibaca oleh Najib dan kumpulan strategists sehingga euporia kemenangan tidak lagi dapat dikekalkan setelah mempertahankn 2/3 majoriti penguasaan di dewan legislatifSarawakitu? Bukankah itu kemenangan selesa?

Tegasnya, apa yang dihitung dan digeruni Najib dan think-tanknnya ialah unjuran senario PRU ke-13 apabila mengambil ukoran dari prestasi dan pola pengundian keputusan PRN Sarawak ini sebagai "sandaran" atau "baseline"nya. Berapakah kerusi parlimen yang akan terkandas?

Betul PBB dan BN menang besar kali ini, tetapi melihat dari perspektif unjuran ke hadapan, BN sedang mengalami keluk penurunan secara agak drastik sementara pembangkang khususnya Pakatan Rakyat sebaliknya sedang mengalami keluk kenaikan dan lonjakanya atau "upward-trend"nya. Dalam hal ini PAS juga menunjukkan potensi yang meyakinkan, meskipun kalah di kesemua kerusi yang ditandingi.

Yang menjadi perhitungan bukan hari ini tetapi esok. Bak pepetah guru pengurusan: "Tidak kira di mana anda sekarang, tetapi di mana anda akhirnya."

Dalam bahasa "Pelaburan atau Investment", Pakatan boleh disifatkan sebagai mempunyai harapan untuk terus untung kerana masih punya "Upsides atau Potensi" yang lebih menarik dan meyakinkan pelabur sementara BN-Taib dan BN-Najib itu sendiri adalah kelompok atau entity bisnes yang sedang mengalami keluk penurunannya dan tidak punya keupayaan untuk membuat lonjakan keuntungan kerana telah "tepu".

Bahkan BN semacam sedang mengalami fenomena pelaburan "undang-undang pulangan mengecil" atau tahap keluk "diminishing return", di mana bagaimana pun tambahan usaha, pulangan atau "return"nya masih tidak berkadar langsung tetapi terkadangkali berkadar songsang. Ini pastinya menakutkan.

Isu Al-Kitab dan nama Allah mencetuskan kesan buruk dan persepsi negatif pelbagai pihak samada kaum asal Sarawak dan penganut agama Kristian, sementara tidak pula membawa peralihan sokongan Islam-Melayu yang lebih tegar kepada pegangan Islam dari Melayunya kepada BN. Sebaliknya tak kurang yang menganggap bahawa kekerasan itu mengundang persepsi buruk dan sempit terhadap Islam yang asalnya lebih bersifat RahmatanlilL'alamin — lebih ihsan-belas kepada semua makhluk di alam ini.

Dengan kata lain Najib gerun memikirkan bahawa Barisan Nasional yang dipimpinnya, di ambang PRU ke-13 ini, sedang kehilangan dan kemerosotan kepercayaan, "goodwill" dan "sangka-baik" rakyat dan pengundi.

Persoalan terakhir yang hendak digarap penulis ialah bersabitan Pakatan Rakyat.

Mengapakah Pakatan gagal menafikan 2/3 majoriti Taib dan BN? Mengapakah sebutan untuk menang, hanya satu khayalan dan cita-cita yang tidak berpijak atas dasar maklumat dan pengetahuan? Mengapakah penulis ini hanya mampu meramalkan bahawa Pakatan akan hanya menang 17 kerusi sahaja?

Dalam ruang terhad ini, penulis terpaksa meringkaskan penghujjahannya.

Penulis menegaskan awal tadi bahawa Pakatan masih punya "upsides" atau "potensi" untuk menempah kemenangan yang lebih besar dalam PRU ke-13 kerana Pakatan yang "gagal' kali ini, mampu memperbaikki penampilan sebagai satu entiti koalisi atau muafakat politik yang lebih mantap dan berpadu dalam PRU-13 akan datang.

Dilihat dari segi mobilisasi jentera penerangan, penulis berani membuat rumusan bahawa Pakatan hanya wujud sebagai satu jenama yangcubadi jual apabila di atas pentas ceramah. Terlalu minima kalau pun ada, penampilan Pakatan dilakukan secara bersama dan bergandingan samada pada bill-board, kain-rentang dan posters termasuk juga pentas-pentas ceramah selain dari yang 'perdana'.

Lebih substantif lagi, kalau dilihat di segi perumusan Manifesto PRN itu sendiri dan bahan-bahan cetak yang diterbitkan. Gandingan Pakatan itu tidak menyerlah dan tidak menonjol. Ini mampu dan wajar diperbaikki.

Lebih malanglagi kalau ada sebutan-sebutan tertentu, seumpama mengisytiharkan calon bakal Ketua Menteri andainya menang, tidak dirundingkan dalam semangat Pakatan kerana sedikit sebanyak membawa kesan risiko dan buruk kepada parti–parti tertentu. Kalau mahu naïf 2/3 majoriti, apa perlu umumkan calon KM. Tambhan kerana ianya beri kesan risiko kepada rakan Pakatan tertentu.

Ini menujukkan bahawa kesepakatan dan muafakat politik Pakatan itu hampir terlepas pandang dan tercicir kerana amat menasabah, masing-masing parti komponen mahu memenangkan calon dan partinya tentunya.

Penulis berani menyimpulkan bahawa sebagai contohnya, sehingga ke garis penamat, Pakatan tidak punya objektif strategik yang disepakati, samada mahu menang memerintah atau sekadar menafikan 2/3 majoriti sahaja. Soalan ini bukan sekadar akademik tetapi membawa kesan dan menyangkut pendekatan penerangan.

Kegagalan Pakatan untuk menarik dan mengikat SNAP sekaligus sokongan Iban dan Dayak juga membawa kesan yang buruk terhadap prestasi pencapaian khususnya PKR dan penguasaan kerusi Pakatan di DUN Sarawak.

Apakah ini mampu diperbaikki dalam PRU ke-13 nanti akan tertanggung kepada sejauhmana Pakatan komited dengan pendekatan strategik "Grand Coalition" bagi menumbangkan BN nanti. Memang sukar untuk penulis berlaku adil menghuraikan semua isu-isu ini, namun jelasnya masih ada lagi "Potensi atau Upsides" yang boleh dipunggah oleh Pakatan dalam PRU ke-13 akan datang, Ini yang cukup menarik bagi pemerhati politik dan sekaligus mendebarkan serta menggusarkan Najib-BN.

Dalam suasana Pakatan yang tidak begitu terarah dan tersusun, "pendatang baru" seperti PAS amat tidak dapat dibantu. Berbanding DAP yang telah lebih 30 tahun berkecimpung dalam kancah politikSarawak, PAS masih mencari-cari sentuhannya. Namun ia permulaan yang baik. PAS kalah tipis di Beting Maro tetapi memenangi 10 dari 19 saluran di DUN tersebut. PAS kini sedar kelemahannya di kesemua kerusi yang ditandinginya dan tahu faktor kritikal kejayaan (CSFs) untuk membuat perubahan nasibnya.

Dengan kata lain, pendekatan dakwah PAS mesti digarap dengan strategi penerangan politik yang lebih berbisa. Untuk kali ketiga penglibatan PAS dalam PRN Sarawak, penulis terpaksa mengakui bahawa strategis PAS kurang pantas untuk memposisi kedudukan dan keberadaannya dalam Pakatan sebagai teras mesej penerangannya, sekaligus terus berada bersama dengan agenda perubahan yang dipacu bersama rakan-rakan Pakatan.

Meraih undi Melayu-Melanau, dalam keadaan PRN Sarawak adalah satu kerja yang maha sukar mentelahan PAS didakwa bersama rakan-rakan Pakatan untuk menamatkan kuasa Melayu-PBB di Sarawak. Dalam suasana prajudis dan penuh kesangsian, faktor calon dan koalisi politik pakatan mampu membantu tetapi tidak disudahi dengan baik.

Ringkasnya, PAS masih boleh lagi memperbaikki prestasinya dengan lebih baik dalam PRU ke-13. Namun PAS tidak boleh mengulangi sikap lama. PAS mesti memunggahkan seluruh sumber dan peluang untuk memantapkan lagi posisi dan persepsinya dikacamata orang Melayu-Islam bukan sahaja orang Sarawak, bahkan seluruh Persekutuan Malaysia. Di kacamata segmen bukan Melayu-bukan Islam, kedudukan PAS semakin kukuh.

Penulis penuh keyakinan, berdasarkan penghuraian serba ringkas ini, Pakatan bersedia dalam satu pendekatan "Grand Coalition" untuk membuat kejutan lebih besar dalam PRU ke-13 akan datang.

Bayangkan, andainya Pakatan mampu menggerakkan seluruh segmen rakyat, termasuk golongan akademik, profesional, pelbagai NGOs, gologan remaja, wanita bahkan kakitangan awam dalam agenda melakar "Perubahan Besar" mengeluarkan negara dari pelbagai krisis ekonomi, kebejatan sosial dan pertentangan perundangan-agama serta hempitan hidup akibat dari pengurusan tempang dan bobrok Barisan Nasional, maka negara ini bakal menyaksikan menyinsingnya sebuah Malaysia Baru yang diimpikan semua!

* Dzulkefly Ahmad ialah MP Kuala Selangor dan ahli jawatankuasa pusat PAS.

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Terkini: Dr M: Gelombang ‘1Melayu,1Bumi’ Utusan idea malapetaka

Posted: 21 Apr 2011 08:57 PM PDT

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 22 April — Dilihat sebagai pendirian yang agak mengejutkan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendirian bertentangan mengenai idea gelombang "1Melayu, 1Bumi" Utusan Malaysia dengan menyifatkannya sebagai satu "malapetaka" jika menjadi kenyataan.

"Saya harap ia tidak akan berlaku. Ia amat tidak baik... orang ramai harus fikir mengenai ini, kita menuju malapetaka jika ia berlaku," kata bekas perdana menteri ini kepada pemberita di sini hari ini.

Lagi akhbar Umno dakwa Cina sokong Pakatan demi kukuh kuasa politik

Posted: 21 Apr 2011 08:56 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 April — Satu lagi akhbar milik Umno, Berita Harian turut mendakwa masyarakat Cina negara ini mula memperlihatkan sokongan besar kepada DAP dan perikatannya, Pakatan Rakyat dengan satu "strategi" baru — mahu menguatkan kedudukan ekonomi dan politik.

Dalam ruangannya hari ini, Kunta Kinte berkata, bagi orang Cina, menyokong DAP dan Pakatan Rakyat adalah strategi baru dan anjakan pemikiran yang sangat jelas.

"Strategi serampang dua mata mereka ini gabungkan kuasa ekonomi dan kuasa politik orang Cina.

"Setelah berjaya kukuhkan ekonomi mereka hasil dasar dan projek perkembangan kerajaan BN, mereka sekarang berasa cukup yakin yang kepentingan dan monopoli ekonomi mereka tidak akan terjejas walaupun mereka tak lagi sokong BN."

Malahan menurut akhbar Kumpulan Media Prima ini, cara baru kaum Cina yang menggabungan kuasa ekonomi dan politik ini akan tambah "kukuhkan lagi kuasa dan pengaruh masyarakat Cina dalam ekonomi dan politik."

Dalam tulisan di halaman perdananya, ia juga menambah, ada penganalisis politik mengatakan, penghijrahan besar orang Cina daripada BN kepada Pakatan Rakyat akan mencetuskan reaksi orang Melayu yang akan balik semula menyokong BN kerana takut hilang kuasa kepada orang Cina.

"Kunta Kinte tak mahu buat apa-apa ramalan. Yang Kunta Kinte nak kata adalah perkauman susah nak dipisahkan daripada politik negara kita kerana kita terlalu bertolak ansur dalam hal mewujudkan sistem dan institusi yang boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum.

"Kita selalu sebut kalau nak lentur buluh biar dari waktu ia masih rebung. Berdasarkan pengalaman Kunta Kinte bersekolah dan belajar hidup dalam masyarakat majmuk, tidak ada permulaan yang lebih baik daripada di bangku sekolah," kata akhbar itu lagi.

Malah akhbar itu lagi, pada hari ini, selepas lebih 53 tahun merdeka, sekolah kebangsaan terpaksa bersaing dengan sekolah jenis kebangsaan dan semakin ramai orang Malaysia tidak fasih Bahasa Kebangsaan, tidak bersemangat Malaysia dan nampak-nampaknya tambah perkauman.

Ahad lalu, akhbar Kumpulan Utusan milik Umno, parti teras Barisan Nasional (BN) menggesa perikatan itu supaya tidak terlalu "pemurah" dalam melayan kedudukan masyarakat Cina dalam Kabinet negeri yang bakal dibentuk ekoran keputusan pilihan raya Sarawak, Sabtu lalu.

Mingguan Malaysia, yang diterbitkan oleh Kumpulan Utusan berkata, majoriti pengundi Cina memihak kepada kempen Pakatan Rakyat yang membawa seruan "mengubah kerajaan negeri" sedangkan masyarakat Bumiputera tetap teguh bersama BN.

BN Sarawak pimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 15 dan Bebas satu.

Pada pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak memperoleh 62 kerusi dan ia meningkat kepada 63 kemudian.

Walaupun BN memperoleh majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan kerusi kali ini.

Begitu juga undi popular diperoleh BN Sarawak berbanding lima tahun lalu.

"Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud.

"Awang berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi. Ternyata, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP," kata Awang Selamat dalam ruangannya.

Awang Selamat juga berkata kerajaan negeri BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu.

Sehari kemudian, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti "virus rasisme Cina" yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat, yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka, kelmarin.

Katanya, pada masa-masa lalu DAP ditolak sepenuhnya oleh penduduk Sarawak

Trio Umno perlu didakwa

Posted: 21 Apr 2011 07:00 PM PDT

Oleh Subky Latif

MENGIKUT keterangan jurucakap polis Datuk T atau Trio Umno, kumpulan terdiri dari tiga orang yang mengedarkan video lucah yang dikatakan mengaitkan ketua pembangkang akan didakwa kerana mengedar dan menayangkan klip terlarang dan terkutuk itu.

Kenyataan awal polis bagaimana pun terserah kepada Peguam Negara. Kuasa polis hanya menyiasat dan kuasa mendakwa ialah Jabatan Peguam Negara.


Tetapi polis yang membuat kenyataan itu dipercayai sudah puas hati kumpulan tiga orang itu sudah boleh didakwa.

Ia suatu yang dinanti-nanti oleh semua orang.

Ada pun siapa sebenarnya menjadi pelakun dalam video itu adalah perkara lain yang boleh ditentukan kemudian. Tetapi yang ternyata salah ialah orang yang mengedarkan video lucah. Ketiga-tiganya belum boleh dikatakan salah kerana ia akan ditentukan oleh mahkamah. Didakwa atau tidak bergantung kepada Jabatan Peguam Negara.

Seperti kejadian Saidina Umar al-Khatab menyerbu sebuah rumah yang disyaki dan dipastikannya berlaku maksiat. Dia menyerbut ikut tingkap bagi menangkap orang yang disyaki.

Khalifah tidak meneruskan tangkapan kerana tuan rumah mendakwa khalifah melakukan tiga kesalahan untuk menangkapnya iaitu masuk ke dalam rumahnya ikut tingkap – tidak ikut pintu, mengintip ketenangan dalam rumahnya dan masuk rumahnya tanya izinnya dulu.

Kesalahan tuan rumah yang cuba ditangkap adalah perkara kedua, tetapi kesilapan khalifah perlu diselesaikan dulu.

Dalam kejadian video lucah itu pemilik, pengedar tayang dan penontonnya atas apa jua sebab perlu ditangani dulu. Jika semuanya disabitkan sebagai fitnah, maka punca fitnah itu perlu didahulukan.

Selain dari wayang haram itu telah memfitnah ketua pembangkang dan keluarganya, ia boleh memalu dan memfitnah keluarga tiga kumpulan itu yang sudah pun mengaku berterang-terangan menayangkannya.

Di antara tiga itu yang dikenali dan dihormati dalam masyarakat sekarang ialah keluarga seorang menteri kerana dia adalah bapa mertua kepada menteri itu.

Menteri itu, isterinya iaitu anak dari salah seorang kumpulan tiga orang itu dan anak-anak menteri itu yang masih bersekolah telah tahu kegiatan orang tua itu.

Menonton video itu saja sudah melanggar undang-undang. Menyimpan atau memilikinya juga melanggar kesalahan lagi dan menayangkan kepada orang lain adalah lebih salah lagi.

Ia boleh memalukan menteri itu kerana bapa mertuanya terlibat. Ia boleh memalukan isteri menteri itu atas kegiatan si ayah. Anak-anak menteri itu yang sudah tahu erti malu mengetahui pula tentang datuk mereka menengok video yang tidak patut ditengok oleh orang awam baik beragama apa sekali pun.

Jika kawan-kawannya di sekolah tahu yang dia adalah datuk mereka, maka apa pula komen mereka tentang si datuk itu dan bagaimana kalau mereka bertanya pula dari anak menteri itu tentang datuknya?

Maka semuanya sekarang telah tahu tentang datuk anak-anak menteri itu.

Semua tahu akan kesan saikologi yang dihadapi oleh anak-anak seorang anggota kabinet 30 tahun lalu atas kes yang dihadapi olehnya. Sejak kes itu ditahan, dibicarakan, dihukum dengan diringan dipenjara saja, menyebabkan anak-anaknya di sekolah tertekan untuk menghadapi rakan-rakannya.

Rakan-rakannya bertanya tentang setiap perkembangan dalam kes itu hingga anak-anak itu tahu bagaimana hendak menghadapinya.

Ia menjadi pengajaran kepada semua tentang masalah yang dihadapi oleh keluarga menteri itu dulu. Dan kini keluarga seorang menteri lagi menghadapi kesan fitnah juga.

Sama ada datuk trio itu didakwa atau tidak, keluarga masing-masing sudah pun berdepan dengan kesan dan tekanan jiwa.

Ketiga-tiganya mesti berdepan dengan tindakan undang-undang supaya masing-masing mendapat pengajaran daripadanya dan supaya kesalahan undang-undang itu tidak dilakukan oleh orang lain pula. Dakwaan itu bukan dibuat sekadar memenuhi desakan orang tetapi dibuat kerana undang-undang memperuntukkannya begitu.

Semua menunggu perkembangan selanjutnya setelah jurucakap polis menyatakan mereka sedang menunggu keputusan Peguam Negara.

Tarikh PRU 13: Jun 2011, atau 2013 ?

Posted: 21 Apr 2011 06:00 PM PDT

Oleh Lim Hong Siang

Pengerusi Barisan Nasional Najib Razak kini berada dalam dilema, sama ada untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 pada Jun 2011, lantas menutup ruang untuk persediaan pembangkang; ataupun menunggu sehingga tahun 2013? Keputusan Najib bergantung kepada pertimbangannya, sama ada untuk menawan semula hati pengundi Cina / Kristian, ataupun hanya menyasarkan undi Melayu?


Demikianlah ulasan Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Raya DAP, Liew Chin Tong terhadap senario politik selepas PRN Sarawak. Menurut Liew, Najib terpaksa memilih, antara pendekatan untuk mengembalikan sokongan Cina, atau menerima pandangan yang diketengahkan melalui Utusan Malaysia, iaitu usah lagi mempedulikan pengundi Cina, dan mendukung konsep "1Melayu 1Bumi" pada masa yang akan datang.

Namun demikian, Liew menambah, sementara pengundi Cina memperlihatkan kecenderungan yang jelas untuk menyebelahi Pakatan Rakyat, Najib dan UMNO tidak pasti sejauh manakah sokongan masyarakat Melayu terhadap UMNO-BN. Lebih-lebih lagi, apabila Sarawak yang disifatkan sebagai "deposit tetap" BN, kini menunjukkan kecenderungan untuk pembangkang.

Taib Mahmud dan PBB

Liew Chin Tong mengulas selanjutnya, keputusan PRN Sarawak meletakkan BN pada dilema ketika berdepan dengan Taib Mahmud. Seandainya Taib Mahmud masih enggan berundur dari jawatan Ketua Menterinya, maka isu ini akan dimainkan semula dalam PRU 13.

Namun demikian, ini bukan bermakna BN tidak menghadapi masalah seandainya Taib Mahmud berundur. Taib yang sudah sekian lama menguasai politik di Sarawak, mampu memenangkan kerusi untuk BN. Berbeza dengan Semenanjung, parti tempatan di Sarawak meletakkan pemimpin utama mereka di dalam DUN, sebaliknya mereka yang bertanding untuk kerusi parlimen adalah pemimpin garisan kedua, atau ketiga dalam parti.

Justeru itu, penguasaan terhadap akar umbi masyarakat tempatan oleh pemimpin pinggiran tidak sekuat pemimpin utama. Keadaan ini akan menjadi sukar untuk BN kerana "sistem lama" Taib itu telah dicabut, menyusuli langkah Taib. Apatah lagi apabila Sarawak perlu berdepan dengan "perompakan terakhir oleh kroni Taib" sebelum orang kuat ini berundur dari pentas politik.

Liew Chin Tong menambah, di Semenanjung Malaysia pula, Najib belum menyelesaikan masalah jurang kaya-miskin yang melebar dalam masyarakat Melayu sendiri. Malah, masalah inflasi lantaran kenaikan harga minyak, harga barang bakal menambah rintihan masyarakat Melayu, yang belum pastinya memberi sokongan kepada UMNO-BN.

Liew memberi angkanya, iaitu PRU ke-12 memperlihatkan 51% pengundi Semenanjung menyokong DAP, PAS dan PKR, walaupun PR memperolehi 80 kerusi berbanding BN dengan 85 kerusi. BN terselamat kerana kerusi dari Malaysia Timur. Namun, berdasarkan keputusan PRN Sarawak pada 16 April 2011, Liew Chin Tong berkata ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan BN sebanyak 10 kerusi parlimen di Sarawak. Malah seandainya pola pengundian Cina sedemikian berlaku di seluruh negara, maka BN mungkin kehilangan 20 hingga 30 kerusi dari negeri lain, misalnya Johor, Sabah dan sebagainya.

Demikianlah analisa Liew Chin Tong dalam satu forum anjuran Oriental Daily, berjudul "Angin perubahan dalam komuniti Cina: Adakah Sarawak masih ATM?" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam. Eksekutif Ketua Pengarang Oriental Daily, Ding Lee Leong dan pengkaji politik, Wong Chin Huat juga hadir sebagai panelis untuk berkongsi pandangan mereka dengan kira-kira 200 orang hadirin.

Strategi kemenangan DAP

Selain itu, Liew Chin Tong juga berkongsi strategi kemenangan DAP. Berbeza dengan SUPP yang mempertanggungjawabkan syarikat pengiklanan untuk bahan iklannya, iklan DAP direka oleh pekerja partinya yang muda. Keadaan ini memperlihatkan bagaimana DAP boleh respon secara langsung dan berkesan terhadap serangan musuh politik, malah dengan cara yang kreatif dan menarik.

Liew Chin Tong mengisahkan bagaimana tema kempen mereka direka, bermula dari perbandingan Ketua Menteri antara Lim Guan Eng dengan Taib Mahmud, dan kemudian berubah kepada "memeluk harapan" pada dua hari terakhir sebelum hari pengundian. Suasananya amat terharu apabila hadirin tampil membawa anak-anak mereka ke ceramah, malah berebut-rebut untuk membeli mascot "ubah" DAP.

Ding Lee Leong (gambar kanan) pula berkata, SUPP sebenarnya dikalahkan oleh dirinya. Parti ini dibelenggu dengan pelbagai masalah, sudah diberi tamparan ketika PRN Sarawak 2006. Misalnya, pengganti Presiden SUPP yang dicadangkan George Chan, kesemuanya sudah tua-tua belaka - mustahil menggarap imaginasi pemuda. Bagaimanapun, beliau berkata kekalahan teruk SUPP kali ini bukan disebabkan pengundi muda (kerana pengundi muda tidak menyokong SUPP sebermulanya), sebaliknya pengundi tua yang berpaling tadah.

Ding Lee Leong menambah, pandangan bahawa "pembangkang akan kalah bila berdepan dengan politik wang" hilang mujarab kali ini, jikalau diambil contoh kemenangan Baru Bian yang berjaya menangkis serangan wang. Namun, kemenangan ini memerlukan syarat, iaitu perkhidmatan di komuniti orang asal yang berjangka panjang.

Wong Chin Huat pula menekankan kepentingan "kabinat bayangan", mendesak agar barisan pembangkang menggarap imaginasi rakyat dengan menampilkan pasukannya kepada rakyat. Beliau berkata pembangkang tidak boleh hanya "berperang", sekadar "menawan", tetapi tidak menunjukkan tekad mereka dalam "urus-tadbir" negara.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview edisi bahasa Malaysia.

Anwar Mesti Dihapuskan…?

Posted: 21 Apr 2011 04:40 PM PDT

Oleh Tok Bahaman

Demi survival politik UMNO Anwar mesti dihapuskan. Walau dengan apa cara sekalipun watak ini mesti dihapuskan dari arus politik Malaysia. Watak inilah yang menggelorakan arena politik Malaysia yang sebelum ini tenang tidak pernah bergoyang sedikitpun. Sama ada orang suka atau benci, Anwar pernah disenarai oleh TIME MAGAZINE 2008 sebagai antara 100 tokoh dunia paling berpengaruh sebaris dengan Obama, Vladimir Putin, Hillary Clinton, Sonia Gandhi John McCain dan lain-lain. Beliau belum pernah gagal dalam sebarang pertandingan. Jenayah paling besar yang pernah dilakukannya ialah mencabar TDM 1998. Sejak itu nasibnya pun berubah. Satu demi satu kawan berpaling tadah.

Tsunami Politik 2008 adalah antara kesan dan pengaruhnya. BN hilang kuasa 2/3 di parlimen. Jika tsunami politik berskala lebih besar melanda PRU13 dan Putrajaya terbungkas maka pada ketika itu rakyat akan tahu bahawa terdapat sebuah terowong bawah tanah menghubungkan Putrajaya dan KLIA. Pada ketika itu lubang-lubang tikus disempadan juga akan menjadi tidak selamat.

Dia adalah penggugat yang mengancam tahta dan singahsana kuasa berupaya menggegarkan tenaga muda progresif membina garis baru politik Malaysia – Negara bangsa yang adil serta hak asasi lebih terjamin.

Politik UMNO adalah warisan politik bangsawan Melayu feudal yang melihat Jebat sebagai orang yang sangat berbahaya. Warisan Pateh Karma Wijaya mencetus fitnah yang menyebabkan Jebat mengamuk dan akhirnya dibunuh. Pun begitu, Jebat tidak pernah mati. Semangat Jebat terus hidup dalam setiap jiwa yang cintakan keadilan.

Dalam konflik kuasa politik orang-orang Melayu sejak dulu fitnah adalah aparat politik yang sangat ampuh untuk menghapuskan musuh. Dalam hal ini Datok Bahaman pernah berpesan kepada pengikutnya agar jangan sekali-kali percaya kepada pembesar-pembesar Melayu. Bahaman adalah panglima raja – bergelar Orang Kaya Semantan menentang dasar cukai tanah yang zalim oleh Inggeris di Pahang akhirnya menjadi orang buruan. Minumannya pernah dibubuh racun dalam satu majlis bersama pembesar-pembesar Melayu di Kota Bharu pada tahun 1896. Ia terselamat dan selepas itu Bahaman kemudian menukar namanya untuk setiap perjalanannya agar jejak beliau tidak dikesan"

Abdullah CD adalah warisan Perang Bahaman pemimpin Regimen 10 yang memakai berbagai nama dihutan akhirnya termakan juga racun yang dimasukkan di dalam makanannya. Dia diracun oleh orang yang diupah pada tahun 1971 yang kemudian telah membuat pengakuan secara pribadi kepadanya. Ketika itu Regimen 10 (Melayu) amat menjadi ancaman terhadap UMNO.

Dalam kes Anwar walaupun dikenali sebagai pemimpin yang begitu toleran namun Anwar adalah pemberontak terhadap ketidakadilan dan kerakusan kuasa kaum bangsawan Melayu yang telah berlanjutan lebih setengah abad. Pidatonya jitu dan mencengkam jiwa pendengar serta mampu mencetuskan gelombang kebangkitan di kalangan orang muda.

Lebih menggugat apabila dia berjaya membawa PAS – DAP duduk semeja sekaligus menghancurkan seluruh usaha UMNO selama ini agar PAS dan DAP terus bercakaran. Anwar juga telah berjaya mengubah persepsi negatif orang-orang Tionghua terhadap PAS. Sokongan orang-orang Tionghua terhadap calon PAS di beberapa kawasan pilihanraya kecil menjadi bukti perkara ini. Sebelum ini PAS adalah 'kui" atau hantu kepada orang Tionghua yang selalu diusik-usik oleh pemimpin-pemimpin UMNO supaya menjauhi parti ini kecuali jika mereka sanggup disunat….!

Anwar berjaya melunturkan kepercayaan orang-orang Tionghua terhadap MCA dan Gerakan. Di Bandar-bandar di Semenanjung boleh dikatakan hampir tiada lagi orang-orang Tionghua yang percaya pada MCA atau Gerakan. Kalau adapun mungkin yang sangat terpencil. Arus ini tidak mungkin surut lagi malah diramal akan menjadi gelombang lebih besar dalam PRU 13 nanti. Ada baiknya pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan bungkus kain baju mereka dan tinggalkan parti. Parti itu sudah tidak relevan. Orang-orang Tionghua tidak mudah dibeli dengan duit seperti orang Melayu, Malanau, Iban dan Kardazan. Sekolah Cina telah wujud di Malaya sejak tahun 1930 lagi ketika itu sekolah Melayu pun belum ada. Ini bermakna mereka kenal huruf-huruf p-o-l-i-t-i-k itu lebih awal.

Selain daripada fitnah dan isu perkauman apakah alat lain yang boleh diketengahkan untuk menyekat Anwar kecuali good governance dan jangan menindas rakyat. Dan ini tidak mungkin terjadi ! Dalam hal ini pilihan yang ada ialah " Anwar " dia mestilah dihapus demi kesinambungan kuasa bangsawan Melayu itu. Sekali lagi kaum bangsawan menuduh Anwar sebagai orang keciwa yang kononnya memberi harapan kepada orang-orang Tionghua untuk memerintah negara ini.

Fitnah bersiri yang dilancarkan UMNO terhadap Anwar bukanlah suatu yang aneh kerana hanya cara ini sahaja watak ini boleh dihapuskan. Selain Anwar siapa lagi yang boleh menyatukan PAS – DAP yang sepanjang sejarah bertikaian tetapi hari ini telah menjadi benteng baru untuk rakyat sandarkan harapan. Sebelum ini pemimpin-pemimpin besar UMNO tidak pernah percaya bahawa akan wujud barisan alternatif seperti BN. Justeru mereka percaya hanya BN sahaja yang boleh mendirikan kerajaan.

Lebih 50 tahun PAS dan DAP dilaga-lagakan agar berkelahi seperti anjing dengan kucing. Bila anjing dan kucing sibuk bercakar maka ada peluang untuk mereka menyelongkar. Anwar telah menukar emosi anjing dan kucing hingga mereka boleh makan bersama. Justeru kebelakangan ini, strategi melaga-lagakan PAS – DAP sudah tidak berguna lagi. Dalam keadaan ini adakah aneh sekiranya "Anwar" dijadikan sasaran supaya semuanya berkecai !. Rekayaksa video lucah dan tayangannya di TV untuk ditonton oleh rakyat adalah hanya untuk memainkan emosi Melayu. Kenapakah isu Sodomi dan video lucah ini langsung tidak mempengaruhi masyarakat Tionghua?

Ternyata isu video lucah ini telah digunakan sepenuhnya oleh UMNO demi menyelamatkan Serawak dalam PRN baru-baru ini. Ia telah ditayangkan tidak henti-henti tanpa ada sedikitpun perasaan bersalah kerana melancarkan fitnah yang besar. Ia belum pasti benar dan dilarang Allah. Kerja terdesak ini hanya sanggup dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang sangat jahat dan rendah akhlaknya.

Isu video lucah ini meletup pada hari DUN Serawak dibubarkan. Tayangan video ini terhenti sebaik sahaja pilihanraya selesai. Kenapa tidak diteruskan saja tayangan itu dan CDnya dibekalkan ke setiap sekolah supaya semua anak-anak kita disekolah juga tahu siapa itu Anwar Ibrahim!. Bila mereka keluar sekolah nanti mereka semuanya akan mendaftar menjadi ahli UMNO.

Anwar adalah pemimpin kepada kelas rakyat yang mendambakan pembelaan yang hidup tapi mabuk dalam derita. Kelas ini miskin namun mereka tidak tahu bahawa tidak sepatutnya miskin dalam sebuah negara yang begitu kaya. Mereka tidak sedar walaupun mereka bekerja keras namun hidupnya berselimut hutang demi menyara keperluan keluarga dan pendidikan anak-anak. Mereka tidak peduli dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang horaa sana dan horaa sini dengan duit yang mereka rompak dan pau daripada rakyat menerusi berbagai sumber cukai, lesen, permit, denda, toll, saman ekor dan sebagainya. Dengan berbagai-bagai cara mereka tekan dan tindas asal mereka boleh dapat duit dari saku rakyat

Semua fitnah ini perlu dilancarkan demi melencungkan perhatian rakyat terhadap pelbagai penyelewengan. Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Najib dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal Selam Scorpene sebanyak RM500 juta oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Begitu juga desakan yang berulang kali dari Anwar terhadap Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya dan Rosmah atas dakwaan berwibawa pembunuhan yang terkenal – model Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Ternyata UMNO bukan saja telah menyalahguna media milik kerajaan malah lembaga-lembaga awam seperti Polis, Pejabat Peguam Negara, Lembaga Kehakiman Suruhan-jaya demi kuasa. Tanpa mempeduli tunjang sebuah negara demokrasi iaitu saparation of power seluruh lembaga ini sejak 1998 telah dikerah untuk menghapuskan seorang yang bernama Anwar Ibrahim kerana ia memimpin kesedaran kelas yang mengancam masa depan BN. Untuk menghapuskan watak ini tidak mustahil juga pada PRU 13 kita akan menyaksikan RPK, Nalakarupan dan Ummi Hafilda akan bergabung membalun Anwar. Dalam politik kawan adalah musuh yang paling berbahaya.

Sudah 13 tahun Anwar dipukul dan dibalun. Dihina supaya ia dibenci namun nampaknya watak ini tidak terjejas sedikitpun. Yang terakhir ialah konspirasi video lucah yang tidak begitu rapi perancangannya telah mendedahkan kejahatan mereka selama ini. Sanggupkah mereka menyembelih ketiga-tiga monyet video lucah itu sebagai langkah bermuka-muka terhadap rakyat dan apakah akan terjadi sekiranya ketiga-tiga monyet ini menyanyi mengikut musik kemudian melompat menggigit lengan tuannya sekiranya ia ingin disembelih seperti si toyol.

Anwar tidak akan mati dek keris pundek UMNO yang sebilah itu. Sudah 13 tahun dia dibalun bertalu-talu. Suaranya terus lantang dan matanya tetap tajam memaku wajah orang yang membuat tuduhan terhadapnya. Tidak henti-henti turun naik mahkamah tinggi dan rendah terutama apabila menjelang pilihanraya kecil. Pada 21 Februari 2011 hari dia dibicarakan Sodomi II dia dikatakan sempat pula melanggan seorang perempuan cina – dikatakan pelacur untuk melampiasi nafsu gilanya. Benarkah dia begitu rendah.?

Tiada ulasan: