DIALOG RAKYAT |
- Liabiliti: Pemuda PAS Wilayah sanggah Aziz Bari
- Jangan layan isu murahan tepi jalan
- Media Alternatif Bukan Faktor Dominan BN Sukar Menang Bergaya
- SB Terlibat 'Lantik' Pensyarah Universiti, Kata Syed
- Khdimat Percuma Naiktaraf Masjid, Syarikat Adik PM Harus Disiasat
- Video Lucah : Gani Harus Tumpu Kepada Fitnah Datuk T, Kata Johari
- Video Lucah : Siapakah "Whistle Blower" Sebenar?
- Bekas pemain bola Terengganu, isteri didakwa miliki heroin
- DAP Sarawak: Tun M ‘tidak sedar apa beliau kata’
- Singapura bubar Parlimen, pilihan raya dijangka 7 Mei
- Timbalan KSU Belia dan Sukan hadapi tuduhan khalwat
- PAS akan tetap tanding di Sarawak PRU-13, kata Hadi
- MB: Kedah tak pernah naik cukai tanah UUM, kekal kadar 2006
- Hadi bukan liabiliti tapi masih relevan, tegas pemimpin PAS
- Isunya bukan untung rugi, tapi dana untuk parti politik
- Serahkan UUM kepada Kerajaan Negeri jika tak mampu tadbir -MB
- Bekalan air ke UUM cukup! Infrastruktur dalaman UUM yang lemah
- Akibat Kebodohan Presiden KIMMA, Restoren Mamak Mungkin Diboikot
- Kenali jejaka tumbangkan George Chan...
- PAS ucap tahniah kepada NGV Tech
- Pinggir Melayu hanya dakwaan Umno BN
- PRN Sarawak: PR Menang Bermaruah, BN Menang Dengan Rasuah
- Jangan Tutup Kes Batang Kali, Kata Syed Husin
- Timbalan Ketua Setiausaha KBS Didakwa Berkhalwat
Liabiliti: Pemuda PAS Wilayah sanggah Aziz Bari Posted: 19 Apr 2011 05:52 AM PDT
| |||
Jangan layan isu murahan tepi jalan Posted: 19 Apr 2011 05:50 AM PDT
| |||
Media Alternatif Bukan Faktor Dominan BN Sukar Menang Bergaya Posted: 19 Apr 2011 05:48 AM PDT Ditulis oleh ZeanaAima SHAH ALAM : Tahap kematangan berpolitik pengundi Sarawak yang semakin tinggi membolehkan Pakatan Rakyat mengejutkan BN apabila menawan 15 kerusi DUN pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak 16 April lalu. Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata meskipun media alternatif memainkan peranan penting dalam mendedahkan segala kepincangan pemerintahan BN di Sarawak, hakikatnya tidak semua rakyat negeri itu yang jauh dipedalaman, mampu mencapai akses media itu. Kenyataan itu sekaligus menepis alasan Perdana Menteri Najib Razak bahawa faktor media alternatif semata- mata menyukarkan kemenangan bergaya untuk BN. "Bagi Sarawak, tidak banyak orang boleh baca atau capai internet, hanya golongan profesional sahaja yang terdedah dengan media alternatif itu," katanya. Baru Bian berkata, capaian pengundi pada media alternatif sangat terhad. "Mungkin ada juga yang mendapat maklumat ini dan berkongsi bersama ibubapa di pedalaman," ujarnya lagi. Bagi mengatasi permasalahan ini, Pakatan Rakyat menggunakan bahan media seperti CD dan DVD untuk memastikan mesej yang cuba disampaikan, diterima rakyat dengan jayanya. "Bagi kita dipedalaman adalah cara bagaimana isu dan mesej disampaikan kepada mereka, melalui CD dan DVD," katanya. Bagaimanapun, Baru Bian berkata golongan profesional dan mereka yang tinggal diluar bandar tidak mempunyai masalah untuk mengakses media tersebut. Faktor itulah yang memungkinkan Pakatan Rakyat menang dengan majoriti selesa di DUN bandar seperti Kuching, Sibu dan Miri. Sementara itu, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook ketika dihubungi Tv Selangor berkata, adalah memalukan bagi BN yang berkuasa mengawal keseluruhan media arus perdana tetapi merunggut apabila berdepan dengan media alternatif yang mempunyai capaian yang amat terhad. "Memang media massa dikongkong dan dikawal oleh BN, itu yang menyebabkan kita sukar untuk tewaskan BN. Tapi sekarang, bila adanya media alternatif satu tend yang tidak boleh dinafikan oleh siapa pun, itu akan bagi saingan sengit dan trend itu akan berkekalan," kata Siew Fook. Najib sebelum ini mendakwa kewujudan media alternatif menyukarkan BN untuk memenangi pilihan raya Sarawak dengan majoriti besar. Pilihan raya Sarawak baru- baru ini menyaksikan BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, manakala Pakatan Rakyat menawan 15 kerusi, sementara calon Bebas memenangi satu kerusi. | |||
SB Terlibat 'Lantik' Pensyarah Universiti, Kata Syed Posted: 19 Apr 2011 05:46 AM PDT Ditulis oleh Nor Hafizan Mohd Taib
KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Negara Senator Dr Syed Husin Ali mendedahkan bahawa selama ini Cawangan Khas (SB) bukan sahaja berperanan mempengaruhi keputusan yang dibuat kerajaan terhadap malah turut campurtangan dalam pelantikan pensyarah universiti. Dr Syed Husin berkata, beliau turut menyifatkan tindakan tersebut lebih bahaya dan teruk dari campurtangan politik. "Sekarang ini diketahui bahawa seseorang pemohon untuk menjadi pensyarah akan ditapis. Sebelum ia boleh diterima, namanya dirujuk kepada pihak keselamatan (biasanya SB) untuk dikaji dan dihalusi latar belakangnya. "Hanya selepas dibersih atau diluluskan oleh pihak SB barulah tawaran jawatan dihantar kepadanya. Biasanya hubungan dan pendirian politik calon itupun boleh menjadi alasan menyekat perlantikan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini. Menurut Dr Syed Husin, selain pensyarah, pihak polis cawangan khas turut mempengaruhi keputusan dalam pelantikan seseorang profesor Emeritus, yang dilihat tidak sehaluan dengan kerajaan. "Bahkan lebih buruk lagi diketahui bahawa SB campur tangan dalam hal perlantikan Profesor Emeritus. Gelaran ini diberi kepada seseorang yang telah berkhidmat selama tempoh tertentu di sesebuah universiti selepas ia bersara, atas dasar sumbangan dan kecemerlangannya dalam bidang akademik. Menurutnya, terdapat kes di mana seorang bekas profesor yang terkenal dibatalkan gelaran Profesor Emeritus oleh sebuah universiti ulung di Malaysia kerana disekat SB. "Badan-badan akademik dalam Universiti itu bersetuju mengaugerahkan gelaran ini kepada bekas Profesor berkenaan. Akan tetapi, apabila sampai ke peringkat Lembaga Universiti, campur tangan SB berlaku. Maka tidak jadilah gelaran itu dianugerah," katanya. | |||
Posted: 19 Apr 2011 05:43 AM PDT Ditulis oleh Radzi Razak SHAH ALAM : Kerajaan Barisan Nasional membelanjakan RM50 juta untuk memberikan e-mel percuma 1 Malaysia kepada setiap rakyat negara walaupun hampir seluruh masyarakat yang celik teknologi maklumat di negara ini mempunyai e-mel sebegitu, kata Penasihat DAP Lim Kit siang. Adalah dipercayai projek e-mail 1 Malaysia yang dibiayai dengan wang rakyat akan digunakan oleh Barisan Nasional untuk menyebarkan propaganda pemerintah, khususnya semasa pilihanraya umum. "Saya fikir emel 1 Malaysia ialah penipuan terbaru dalam 'sarkas 1 Malaysia ini. Rakyat Malaysia tidaklah terlalu 'ketinggalan dalam IT sehingga memerlukan RM 50 juta untuk 'diberikan emel baru. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak 12 tahun pun sudah pandai membuat akaun e-mel sendiri dan kebanyakan rakyat sudah pun mempunyai kemudahan itu, kata beliau kepada TV Selangor hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Kesemua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan diberikan akaun e-mel 1 Malaysia yang terjamin bagi tujuan-tujuan rasmi. Portal web bernilai RM 50 juta itu akan dibangunkan oleh Tricubes Berhad, antara lain menyediakan perkhidmatan seperti rangkaian sosial dan pembayaran bil atas talian. Kit Siang berkata alasan Najib kononnya e-mail 1Malaysia itu diwujudkan demi memastikan keselamatan transaksi menerusi alam siber tidak masuk akal kerana pilihanraya Sarawak membuktikan Malaysia masih jauh ketinggalan dalam aspek menangkis serangan siber. "Dari pengalaman pilihan raya Sarawak yang lalu, kita lihat pelbagai serangan siber terhadap Malaysiakini, Sarawak report, dan Harakah online. Idea emel satu Malaysia kepada setiap rakyat Malaysia hanya membuka satu lagi cabang untuk membolos kehidupan peribadi rakyat tanpa menitikberatkan soal keselamatan," kata Kit Siang. Kit Siang mempertikaikan pembaziran tersebut dan menyatakan Kerajaan boleh menggunakan wang rakyat tersebut dengan tujuan yang lebih baik. "RM 50 juta ringgit yang diperuntukkan untuk emel 1 Malaysia ini lebih baik disalurkan untuk pembangunan dan pembinaan keperluan asas luar bandar seperti kemudahan air dan elektrik," tegas beliau. Justeru Kit Siang menyatakan e-mail 1 Malaysia tidak lebih daripada satu lagi projek BN untuk memperkayakan kroni tertentu dengan membazirkan wang rakyat. "Keseluruhan idea t-shirt 1 Malaysia, tupperware 1 Malaysia, air mineral dan burger 1 Malaysia, menjadikan tujuan 1 Malaysia sebuah sarkas. Ia langsung tidak menyumbang kepada tujuannya yang sebenar untuk menyatukan rakyat. Tapi hanya menguntungkan sebahagian orang yang saya gelarkan 'pemburu kekayaan 1 Malaysia," katanya lagi. | |||
Khdimat Percuma Naiktaraf Masjid, Syarikat Adik PM Harus Disiasat Posted: 19 Apr 2011 05:33 AM PDT Ditulis oleh ZeanaAima | |||
Video Lucah : Gani Harus Tumpu Kepada Fitnah Datuk T, Kata Johari Posted: 19 Apr 2011 05:29 AM PDT Ditulis oleh Ayie
SHAH ALAM : Gandingan Datuk T harus menjadi fokus utama Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul. 'Datuk T' iaitu Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Easky Abdullah dan bekas Bendahari Perkasa Shuaib Lazim mengaku mendalangi penayangan video lucah itu di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu. "Soal dia (Eskay) mahu heret isu jam. Hari ini cerita jam, esok cincin, lusa tali pinggang, tulat sapu tangan...manakan boleh kita mahu jawab semua ini. Sebab itu kalau polis merasakan ada (keperluan untuk) siasatan maka siasat sahaja. Bukan sahaja jam, tapi apa jua yang perlu disiasat. Tetapi itu episod kedua selepas Peguam Negara dan polis mengambil tindakan jenayah atas fitnah dan ugutan yang dilemparkan," ujar beliau. Johari berkata, Anwar sendiri tidak keberatan jika pihak berkuasa menjalankan siasatan telus untuk mengenal pasti pelaku dalam video berkenaan namun perkara pokok ialah tindakan fitnah dan peras ugut oleh Datuk T. "Jangan lari daripada isu di mana tiga orang ini telah melakukan jenayah. Rahim dan Eskay mengaku terlibat, perlu ambil tindakan perkara itu dahulu. Kita tidak mahu defensif. Kalau mahu siasat maka teruskan, sebab Anwar kata bukan dia. Kalau bukan dia, tentu orang lain. Guna apa sahaja undang-undang tiada masalah," ujar beliau lagi. Johari adalah ahli parlimen pertama diundang oleh Rahim menonton rakaman itu. Johari berkata Rahim kemudian memintanya untuk memujuk wakil rakyat PKR lain supaya keluar dari parti itu. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata trio 'Datuk T' kemungkinan akan didakwa mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah apabila mengaku menjadi dalang penayangan video seks terbabit. Namun keputusan muktamad akan dibuat oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Semalam PKR memberi kenyataan menzahirkan kebimbangan Gani akan mencari helah untuk mengikut telunjuk Umno dan mendakwa Anwar bersabit video itu. Johari berkata, tindakan polis seharusnya berlandaskan undang-undang dengan pengakuan ketiga-tiga individu terbabit dijadikan asas penangkapan bersandarkan laporan yang dibuat oleh Anwar sebagai mangsa fitnah. Beliau turut menyarankan agar ketiga-tiga individu terbabit disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Keselamatan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 bersabit Qazaf. Akta tersebut memperuntukkan mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syarak, empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan. Jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Jelasnya lagi, kabinet pimpinan Perdana Menteri Najib Razak dilihat teragak-agak dan terikat kepada pertimbangan politik sama ada untuk mengambil tindakan terhadap ketiga-tiga individu terbabit. "Ini adalah isu berprofil tinggi. Saya rasa kerajaan di bawah pimpinan Datuk Najib harus menghadapi hakikat bahawa jika anda tidak ambil apa-apa tindakan, rakyat tetap akan buat keputusan. Lebih baik anda ambil tindakan. Apa yang kita minta adalah tindakan yang berlandaskan undang-undang," katanya. | |||
Video Lucah : Siapakah "Whistle Blower" Sebenar? Posted: 19 Apr 2011 05:23 AM PDT Ditulis oleh Wira Arjuna
SHAH ALAM : Sejak 21 Mac, gandingan Datuk T diangkat oleh pemimpin Umno dan juak-juaknya termasuk Perkasa dan Utusan Malaysia sebagai 'whistle blowers' yang harus dilindungi. Pada tarikh itu, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay dan Shuib Lazim menayangkan video kepada media dan ahli politik terpilih untuk "membuktikan' Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur. Suara-suara Umno mengenai keperluan melindungi Datuk T sebagai "whistle blower" semakin lantang dengan pengumuman terbaru polis bahawa tiga individu berkenaan mungkin dihadapkan ke mahkamah kerana menayangkan video lucah. Persoalan timbul sama ada Datuk T layak dipanggil "whistle blower" kerana kononnya mendedahkan perbuatan sumbang Anwar. "Whistle blower" adalah pihak yang mendedahkan sesuatu skandal , khususnya yang mempunyai implikasi kepentingan nasional. Umumnya orang yang membuat pendedahan itu terbabit secara langsung dalam skandal berkenaan, justeru keperluan untuk memastikan keselamatan beliau. "Whistle blower" berkenaan juga dikecualikan daripada pendakwaan demi memastikan agenda lebih besar ialah membongkar skandal itu dan menghukum "ikan jerung" yang bertanggungjawab, mencapai matlamatnya. Merujuk kepada kes Datuk T, seseorang yang memegang bukti dan mahu menegakkan kebenaran tidak akan membuat tempahan bilik hotel dan menjemput media serta ahli politik tertentu (Zaid Ibrahim) untuk menonton video lucah. Tindakan itu bukan amalan rasional bagi pihak yang menuntut keadilan tetapi lebih mirip kepada ahli politik yang mahu memastikan rakaman itu dipancarkan ke seluruh media tempatan dan antarabangsa. Pihak yang berjiwa Islam dan tidak mahu mengaibkan sesiapa (seperti mana yang didakwa Datuk T) tidak akan menggunakan media untuk membuat ugutan terbuka terhadap Anwar dan isterinya untuk berundur dari politik. Sejak 21 Mac, motif Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib bersabit video itu terbongkar sedikit demi sedikit. Kecacatan-kecacatan dalam video berkenaan turut diperinci dan didedahkan oleh pihak-pihak tertentu, untuk membuktikan rakaman itu adalah fitnah licik semata-mata. Dukacita dimaklumkan gandingan Datuk T tidak boleh memakai topi "whistle blower" supaya kebal dari pendakwaan di mahkamah undang-undang mahupun menghadapi penilaian di mahkamah rakyat. Segala tindakan yang diambil mereka mempunyai agenda tertentu dan ianya amat berkait dengan agenda besar Umno untuk Datuk Seri Anwar. Benar, "whistle blower" harus dllindungi, tetapi siapakah "whistle blower" dalam kes ini, mahupun dalam politik Negara? Jawapannya Anwar Ibrahim. Susulan tindakannya mendedahkan pelbagai skandal di Dewan Rakyat dan di ceramah-ceramah, Anwar digantung enam bulan dari Parlimen Disember lalu. Ceramah-ceramah beliau di Kuala Lumpur, Johor dan negeri-negeri lain menjadi sasaran serbuan polis. Di Sarawak, ceramah-ceramah Anwar dihadiri ribuan orang, di bandar dan kawasan pedalaman, dengan pengundi Melayu-Melanau, Cina, Iban dan Dayak hadir mendengar kepincangan-kepincangan BN. Sehingga hari ini, Perdana Menteri dan menteri-menteri Umno khususnya tidak menjawab beberapa skandal yang dibongkarkan oleh Anwar. Ini termasuklah pemberian kontrak lebih RM2 bilion Kementerian Pertahanan kepada seorang pemimpin Umno dari Perak sejak tahun 2008 yang mencerminkan budaya kronisme masih menebal dalam Umno. Najib juga tidak mengulas dakwan Anwar bahawa 1Malaysia Development Corporation (MDB) dan syarikat milik keluarga Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud menjalankan urusniaga mencurigakan dengan Petro Saudi. Urusniaga itu melibatkan hampir RM6 bilion ringgit. Contoh-contoh ini hanya secebis daripada pendedahan yang dibuat oleh Anwar di Parlimen dan di luar dewan sejak beliau menjadi Ketua Pembangkang Ogos 2008. Kebanyakan daripada dakwaan itu tidak dijawab oleh menteri berkenaan, sebaliknya Ketua Pembangkang diaib dan dicaci dengan kata-kata kurang sopan di dalam Parlimen serta juga di luar oleh juak-juak Umno. Sejak 2008, Umno mencari helah bagaimana untuk mengekang "whistle blower" bernama Anwar Ibrahim. Perbicaraan fitnah liwat sekali lagi menjadi senjata politik Umno untuk menyerang Anwar dengan keyakinan pengundi Melayu mudah dipengaruhi atas isu-isu agama dan moral. Juak-juak Umno seperti Umni Hafilda dikitar semula manakala "pejuang-pejuang bangsa" seperti Senator Ezam Mohamad Nor dan S.Nallakarupan diberikan liputan luar biasa dalam media arus perdana. Apabila "tsunami fitnah" Umno tidak dapat menghakis sokongan untuk Anwar KERANA orang Melayu menolak budaya sedemikian, parti itu tidak berundur malah memperhebatkan serangan. Maka sampailah giliran gandingan Datuk T pula memegang "obor kebenaran" Umno dengan video seks demi membela agama bangsa dan negara. Dan jika video seks babak pertama gagal mencapai maksud yang dihajatkan oleh Umno, usah bimbang kerana kilang fitnah parti itu sentiasa rancak dengan senjata-senjata lain. Perlu ditanya, jika Anwar tidak lantang dan hujahnya tidak meyakinkan, adakah Umno akan mengambil peduli terhadapnya?. Apakah rakyat di Semenanjung dan di Sarawak akan menerima secara membuta tuli segala pendedahan Anwar, jika ia tidak disokong dengan bukti dan fakta? Jelas, Umno mempunyai kepentingan untuk membisukan "whistle blower" terbesar di negara ketika ini dengan apa cara sekali pun sama ada menerusi mahkamah atau pun menggunakan video untuk menabur fitnah. | |||
Bekas pemain bola Terengganu, isteri didakwa miliki heroin Posted: 19 Apr 2011 05:21 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER MARANG— Bekas pemain bola sepak Terengganu dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis heroin seberat 120 gram di Bukit Payong, dekat sini pada 9 April lalu. Mohd Asrul Zainuddin, 21, bagaimanapun dilepaskan atas permintaan Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mamat kerana tertuduh merupakan saksi pendakwaan. Isteri beliau, Razulaika Rashid, 34, dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Razulaika mempunyai tiga orang anak bersama suami pertamanya manakala Mohd Asrul yang juga bekas penjaga gol skuad Piala Presiden Terengganu adalah suami keduanya. Menurut laporan Bernama Online, tiada pengakuan direkodkan daripada Razulaika sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nor Azizah Yusoff. Nor Azizah menetapkan 5 Jun ini untuk sebutan semula kes. Pada 12 April lalu, media melaporkan mengenai penahanan Mohd Asrul dan isterinya dalam serbuan kira-kira pukul 9.30 malam 9 April lalu di sebuah rumah di Taman Tasik, Wakaf Dua, Bukit Payong. Dalam serbuan itu, polis menemui 30 botol berisi dadah jenis heroin seberat 120 gram yang disorok dalam sebuah beg tangan dipercayai milik isteri pemain bola sepak itu yang berasal dari Kampung Lubuk Perah, Wakaf Tapai, di sini. Sebaik serbuan dilakukan, Mohd Asrul dari Kampung Bukit Nangka, Tepoh ditahan ketika berada dalam bilik air manakala isterinya ditangkap ketika cuba melarikan diri bersama sebuah beg tangan. Dalam serbuan itu, polis turut merampas harta kepunyaan kedua-dua suspek yang keseluruhannya bernilai RM217,412 termasuk wang tunai. | |||
DAP Sarawak: Tun M ‘tidak sedar apa beliau kata’ Posted: 19 Apr 2011 05:20 AM PDT KUCHING— DAP Sarawak hari ini menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu telah menyuntik "virus perkauman" di negeri itu, yang mana menurut bekas perdana menteri itu pendekatan sedemikian akan memecahkan negara kepada dua puak. "Ia (pandangan) sampah (semata-mata). Ini menunjukkan Dr M (Mahathir) sudah nyanyuk dan tidak sedar apa yang beliau kata. Semasa semua ceramah ketika berkempen, kami hanya bertanya soal kesamarataan kaum dan ia ada dalam manifesto kami," kata Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng. Rakannya, Violet Yong, turut memberikan pandangan yang serupa. "Saya tidak bersetuju dengan apa yang Dr Mahathir katakan sebab DAP adalah parti berbilang kaum. "Bagi beliau yang pernah menjadi perdana menteri bertahun-tahun dan kata begitu, beliau sedikit nyanyuk," kata Bendahari DAP ini kepada The Malaysian Insider. Tetapi Yong, wakil rakyat dua penggal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pending menghargai sumbangan Dr Mahathir yang pernah berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun. Justeru, beliau juga mengingatkan Dr Mahathir yang sudah mencecah 85 tahun bahawa sebenarnya Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan politik perkauman. Yong merujuk kepada tiga parti utama dalam 13 perikatan BN yang masih dipisahkan mengikut kaum. "Anda lihat MIC, hanya untuk kaum India. MCA, hanya kaum Cina boleh masuk. Umno, hanya untuk Melayu dan Bumiputera Islam Melanau sahaja. Jadi siapa yang mengamalkan perkauman," katanya. "Beliau (Dr Mahathir) hanya bercakap dari luar sahaja," katanya. Dr Mahathir juga bekas presiden Umno dan bekas pengerusi BN. Peguam itu turut menggesa pemimpin veteren tersebut agar mengambil langkah untuk menyertai DAP. "Kenapa tidak sertai DAP dan lihat sama ada kami lakukan perkara yang sama seperti beliau," cadangkan Yong. Sehubungan itu beliau juga mengakui kemenangan 12 kerusi DAP pada pilihan raya negeri Sabtu lalu adalah kerana kelamahan polisi BN yang tidak adil dan berat sebelah. "Kenapa kaum Cina di sini menyertai DAP? Kerana mereka rasa diketepikan, jadi mereka memberikan mesej ini," katanya. Dalam tulisan di blognya semalam, Dr Mahathir mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti "virus rasisme Cina" yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat (PR), yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka negeri itu. Bekas perdana menteri itu menuduh DAP memusnahkan formula kongsi-kuasa yang telah diamalkan BN sejak sekian lama. Dalam nada sindir, Dr Mahathir menulis, "saya mengucapkan tahniah kepada DAP yang membawa masuk politik rasis ke Sarawak." "Sebelum ini kesemua kaum bekerjasama antara satu sama lain bagi kebaikan Sarawak. Sekarang, kita boleh lihat dengan jelas bahawa komuniti Cina telah menolak multirasialisme," katanya. "Mereka telah dijangkiti virus rasisme Cina yang menjadi prinsip DAP," kata Dr Mahathir. BN kekal berkuasa di Sarawak dengan majoriti lebih dua pertiga tetapi jumlah kerusi dimenangi menurun daripada 62 pada 2006 kepada 55 kali ini dengan undi popular pun mengalami penurunan. | |||
Singapura bubar Parlimen, pilihan raya dijangka 7 Mei Posted: 19 Apr 2011 05:19 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER SINGAPURA — Singapura membubarkan Parlimennya hari ini, membuka jalan untuk diadkaan pilihan raya umum ke-11. Pilihan raya dijangka diadakan 7 Mei ini, lapan bulan lebih awal, lapor Reuters. Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah sejak lima dekad lalu menguasai 82 daripada 84 kerusi pada pilihan raya 2006. Kelmarin, PAP mengumumkan manifestonya yang dinamakan 'Securing Our Future Together' untuk mendapat mandat lima tahun akan datang. | |||
Timbalan KSU Belia dan Sukan hadapi tuduhan khalwat Posted: 19 Apr 2011 05:17 AM PDT TERKINI THE MALAYSIAN INSIDER
GEORGE TOWN — Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, dikenakan tuduhan berkhalwat melibatkan pembantu peribadinya, di sini hari ini. Dia ditahan pihak berkuasa agama negeri bersama pasangannya Nur Diayana Norslan, 30, pada pukul 5 pagi Sabtu lalu. Salim didakwa di bawah Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana pula di bawah Seksyen 27(b). Kedua-dua Salim dan Nur Diayana meminta mereka dibicarakan. Jika disabitkan kesalahan kedua-dua mereka boleh didenda hingga RM3,000 atau hukuman penjara lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Hakim Mahkamah Syariah Rendah Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan semula kes. Pegawai itu ditangkap khalwat bersama pembantunya di sebuah hotel di Batu Feringghi. Mereka ditahan dua anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan seorang anggota polis. Pegawai kanan terbabit pernah memegang jawatan tinggi dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama lima tahun sebelum dinaikkan pangkat ke jawatannya kini sejak 21 Ogos lalu. | |||
PAS akan tetap tanding di Sarawak PRU-13, kata Hadi Posted: 19 Apr 2011 05:16 AM PDT KUALA LUMPUR— PAS akan tetap bertanding merebut kerusi Parlimen di Sarawak pada pilihan raya umum ke-13 walaupun gagal memenangi sebarang kerusi semasa pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu lalu. Tegas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar), walaupun parti Islam itu tidak menang di kelima-lima kerusi yang ditandingi namun sokongan kuat pengundi Sarawak menunjukkan parti itu mula diterima. "Sokongan yang kuat diterima oleh mereka, maka ini petunjuk PAS diterima di Sarawak, namun kekuatan yang ada tidak mampu memberi kemenangan buat masa ini. "Bagaimanapun kita yakin dengan penerusan gerak kerja yang akan kita lakukan untuk mengembangkan PAS di Sarawak sejurus tamat pilihan raya (negeri Sarawak). "Malah sudah ada negeri-negeri yang mengambil inisiatif menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibantu sebagai DUN angkat, untuk digerakkan PAS di Sarawak dan kita akan bertanding dalam pilihan raya yang akan datang," katanya kepada The Malaysian Insider. Pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini PAS bertanding lima kerusi iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro namun tewas di kesemua kawasan. Walaupun tiada kerusi dimenangi tetapi undi popular diterima parti itu meningkat kali, kemungkinan antara lain kerana jumlah kerusi ditandingi kali ini. Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dalam persaingan paling sengit dengan memperoleh 55 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Pakatan Rakyat, yang pertama kali bertanding di bawah perikatan tiga parti pula mendapat 15 kerusi dan Bebas satu. DAP menyumbangkan 12 kemenangan manakala PKR tiga kerusi. Tambah Hadi, walaupun masih baru bertapak di Sarawak, namun undi parti itu pada pilihan raya negeri itu meningkat dan ia bukti pengundi mula menerima dasar perjuangan parti Islam itu. "PAS parti yang baru di Sarawak, walaupun tidak memenangi sebarang kerusi, undi PAS meningkat tinggi di Beting Maro dan bertambah melebihi 100 peratus di beberapa DUN lain yang ditandingi. "Walaupun kali pertama bertanding di empat DUN yang baru, kita tidak hilang wang pertaruhan. Malah ada banyak peti undi yang kita menang dalam DUN tersebut termasuklah rumah panjang didiami kaum Iban," katanya. Jelas Ahli Parlimen Marang itu, PAS akan meneruskan gerak kerja dan Sarawak bagi memperkukuhkan parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Walaupun masih baru di Sarawak, dalam tempoh dua minggu kempen pilihan raya, kita berjaya menubuhkan cawangan-cawangan baru PAS di setiap DUN termasuk Muara Tuang yang mana kita berjaya menubuhkan tujuh cawangan baru di kalangan anak anak tempatan. "Keahlian PAS juga bertambah sepanjang tempoh pilihan raya . . . ini isyarat PAS diterima dan sedia untuk dikembangkan di Sarawak," katanya. | |||
MB: Kedah tak pernah naik cukai tanah UUM, kekal kadar 2006 Posted: 19 Apr 2011 05:12 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER ALOR SETAR— Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan kerajaan pimpinannya menaikkan kadar cukai tanah 10 kali ganda terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM). Sebaliknya kata beliau (gambar), kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak itu tidak berlandaskan fakta sebenar. "Apa yang berlaku ialah bagi tempoh Januari 2006 hingga Disember 2008, UUM telah diberi rebat oleh kerajaan negeri ketika itu menyebabkan cukai tanahnya dikurangkan dari RM1.7 juta setahun kepada RM100,000. "Tetapi selepas tempoh rebat dua tahun itu berakhir, mereka diminta membayar pada kadar penuh semula iaitu RM1.7 juta," katanya pada sidang media di sini. Dipetik laporan Bernama Online, Azizan berkata akibat pemberian rebat kepada UUM itu kerajaan negeri pimpinanya kerugian RM1.6 juta. UUM juga katanya, pernah memohon kepada beliau agar pemberian rebat itu disambung, namun permohonan mereka ditolak. "Mereka (UUM) boleh terus membuat rayuan dan kita akan pertimbangkan, tetapi tidak semestinya kita akan luluskan permohonan mereka itu," katanya. Mengulas lanjut, Azizan berkata UUM juga telah diberi beberapa pilihan dalam membuat pembayaran cukai tesebut. "Kita juga setuju mereka (UUM) berunding dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mengenai bayaran ansuran. Pada tahun 2009 dan 2010 mereka bayar dengan kadar penuh," kata Azizan. Beliau juga menegaskan kerajaan negeri yang diteraju Pakatan Rakyat itu tidak pernah mengeluarkan arahan menaikkan cukai sejak mentadbir Kedah selepas pilihan raya umum 2008. "...tetapi apa yang kita buat ialah pada 2008, kita menurunkan cukai tanah antara 35 peratus sehingga 75 peratus termasuk tanah-tanah milik kerajaan persekutuan. "Disebabkan penurunan cukai itu kerajaan negeri telah kehilangan hasil tanah sebanyak RM50 juta setahun," katanya. Mengenai isu air di UUM, beliau menasihatkan universiti itu dan Kementerian Pengajian Tinggi meningkatkan kemudahan sistem perairan seperti tangki dan paip air kerana kerajaan negeri telah menyiapkan paip besar di luar kampus tersebut yang boleh menampung sehingga ke Bukit Kayu Hitam. "Setiap hari pihak Syarikat Air Darul Aman (Sada) menyalurkan bekalan air ke UUM sebanyak 15 juta liter sedangkan kawasan lain kita hanya bagi lima dan 10 juta liter sahaja. Jadi mereka perlu meningkatkan kemudahan loji dalam kampus supaya air itu dapat disalurkan kepada warga kampus," katanya. | |||
Hadi bukan liabiliti tapi masih relevan, tegas pemimpin PAS Posted: 19 Apr 2011 04:34 AM PDT KUALA LUMPUR — Pemimpin-pemimpin PAS mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil menegaskan pemimpin veteran itu bukan liabiliti kepada parti Islam sepert didakwa penganalisis Prof Abdul Aziz Bari. Sebaliknya, mereka sebulat suara berkeyakinan Hadi (gambar) yang telah menerajui PAS sejak 2002 masih releven untuk menjadi pemimpin nombor satu parti itu ekoran kejayaan yang telah dicapai semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Allahyarham Datuk Fadzil Noor. Selain itu, mereka juga berpendapat alasan yang diberikan Aziz, seorang penganalisis politik yang mengatakan kepimpinan parti Islam itu perlu berubah termasuk presidennya yang disandang Hadi adalah tidak wajar dan bersifat mahu mengganggu keharmonian parti itu menjelang pemilihan Jun ini. Aziz juga berkata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dilihat gagal mempertahankan parti dalam beberapa itu berbangkit — termasuk gagal memperoleh sebarang kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu lalu. Kata Aziz, keadaan itu menyebabkan ahli-ahlinya kurang kepercayaan kepada kepimpinan Hadi yang menyulitkan perkembangan PAS dan kegagalan menyerlah sebagai 'kapten' kepada parti itu. "Ini dapat dilihat apabila Terengganu jatuh (semula) kepada kerajaan Barisan Nasional (BN). "Beliau juga dikatakan antara punca rancangan 16 September Pakatan Rakyat musnah," katanya. Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi berkata alasan yang diberikan Aziz itu adalah perkara yang akan sentiasa dibangkitkan setiap kali menjelang pemilihan parti itu. Justeru, tegas Nasrudin, Hadi bukan liabiliti kepada PAS dan masih lagi layak untuk menerajui parti Islam itu selepas banyak membawa perubahan besar kepada parti itu. "Hujah Aziz itu adalah hujah yang berulang dan telah kita selesaikan sebelum daripada ini, hujah kekalahan di Terengganu... hujah kegagalan 16 September semua nak dibebankan kepada Datuk Seri Abdul Hadi... nak ulang hujah sama itu tidak releven dan ia tidak jelaskan kenapa beliau harus menyalahkan Datuk Seri Abdul Hadi. "Kita tak boleh pakai hujah begitu... sepatutnya beri fakta yang jelas dan bukan ulang hujah yang sama dan ingin saya tegas Datuk Seri Abdul Hadi bukan liabiliti kepada PAS," katanya kepada The Malaysian Insider. Tegas beliau, sekiranya Hadi menjadi liabiliti kepada PAS sudah tentu kawasan-kawasan yang bermesyuarat akan mencalonkan pemimpin lain, tetapi sehingga kini hanya PAS kawasan Bukit Bintang sahaja yang bertindak demikian. "Kalau semua kawasan calonkan Datuk Seri Abdul Hadi ini bermakna kepimpinan beliau masih releven. Jadi, kita serah kepada perwakilan tak perlu menggunakan kaedah mencipta persepsi negatif terhadap peribadi Datuk Seri Abdul Hadi. "Kalau perwakilan beri kepercayaan kepada beliau, adakah beliau masih menjadi liabiliti kepada PAS... tidak. Kepercayaan perwakilan menggambarkan mereka mempercayai Datuk Seri Abdul Hadi dan kepimpinannya," katanya. Jelas Nasrudin, gesaan agar Hadi meletakkan jawatan itu hanya akan "muncul" setiap kali pemilihan parti diadakan dengan tujuan mahu "mencipta" persepsi negatif terhadap bekas menteri besar Terengganu itu. "Ia adalah kaedah nakal yang muncul ketika pemilihan yang mahu ganggu keharmoniaan pemilihanb PAS, pandangan seperti ini berlaku bila ada pemilihan sahaja. "Ia satu pandangan yang tidak perlu diambil kira sangat tapi kita hormat pandangan yang diberikan semua orang," kata beliau sambil menambah, "kita menghormati pandangan semua orang sama ada positif atau negatif tapi dalam memberi pandangan yang paling penting adalah kita memerlukan hujah atau fakta yang jelas." Justeru kata Nasrudin, hanya perwakilan yang paling layak untuk menentukan barisan kepimpinan PAS ketika pemilihan nanti. Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu kekalahan PAS di Sarawak dan beberepa siri pilihan kecil tidak boleh dijadikan kayu pengukur bahawa Hadi adalah penyebab kegagalan itu. Sebaliknya, Tuan Ibrahim menasihatkan agar setiap pandangan yang dikemukakan itu harus bersikap jujur dengan turut mengambil kira kejayaan dan pencapaian PAS sejak Hadi menerajui parti. "Yang pertama kita hormati setiap pandangan semua pihak cuma cadangan itu mungkin berpunca dari pencalonan satu kawasan dan ia bukan merupakan gambaran keseluruhan (kawasan). "Saya milihat kita harus lihat secara jujur iaitu bukan dari aspek kegagalan tapi kejayaan yang dicapai dalam kepimpinan beliau termasuk memenangi negeri Kedah dalam pilihan raya umum dan PAS diterima bukan Islam juga di bawah kepimpinan beliau, jadi beberapa kegagalan yang berlaku tidak boleh dijadikan kayu pengukur," katanya. Tambah Pesuruhjaya PAS Pahang itu, sekiranya Hadi adalah liabiliti kepada parti, maka semua kawasan tidak akan menyokong kepimpinan beliau dan akan memilih pemimpin lain. "Beliau bukan liabiliti sebab semua kawasan juga mencalonkan beliau, kalau kata liabiliti separuh kawasan akan calonkan orang lain (bagi jawatan presiden). "Beliau masih releven untuk jadi presiden, beliau bukan liabiliti... beliau diterima semua pihak, beliau bukan liabiliti kepada PAS dan saya tak nampak apa yang dimaksudkan sebagai liabiliti itu," katanya. Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa pula berkata apa yang dikatakan Aziz itu hanya pandangan peribadi, namun hakikatnya kepimpinan Hadi masih lagi diperlukan PAS. "Pandangan Aziz sebagai seorang yang bebas dari parti, itu hanya perspektif org yang di luar dan dari segi kepimpinan kita masih memerlukan kepimpinan beliau (Hadi). "Malah semasa kepimpinan beliau ada banyak pencapaian parti termasuk kemenangan PAS pada 2008, jadi walaupun dari segi pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil ia bukan kayu pengukur yang mutlak, jadi harus dilihat dari sudut pencapaian lain juga," katanya. Kata Ahli Parlimen Parit Buntar itu, kepimpinan dan kekuatan Hadi masih diperlukan PAS dan ia perlu dibuktikan dalam menghadapi situasi politik semasa. "Saya yakin kepimpinan beliau telah mengambil kira semua pandangan, dengan syarat PAS harus melonjak. "Selain itu kalau lihat sejarah parti tak ramai presiden ditandingi, apa yang berlaku sama ada presiden letak jawatan atau krisis... jadi apa yang berlaku ini adalah satu cabaran kepada beliau selaki presiden," katanya. Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib dengan tegas berkeyakinan Hadi akan membawa lebih banyak perubahan sekiranya terus menerajui parti tersebut. "Kekal sebagai presiden, kerana Abdul Hadi berjaya bawa PAS ke dalam masyarakat berbilang kaum dan agama. Beliau juga berjaya membawa PAS agar ia boleh disertai kaum-kaum lain. "Beliau perlu kekal sebagai presiden dan tingkat prestasi untuk kuatkan PAS pada masa depan, jadi beliau masih perlu menerjaui PAS buat masa sekarang dan beberapa tahun akan datang," katanya. Dalam pada itu, pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Herman Samsudeen turut menyanggah pandangan Aziz sambil berkata, jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS. "Selain itu, pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja. "Ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, di bawah kepimpinan Presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008, malah jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi dari tujuh kerusi pada 2004," katanya. Sebagai presiden kata beliau, keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti di seluruh negara bukannya di Terengganu sahaja. "Dan, ia sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS di bawah presiden," katanya. Kata beliau, Aziz juga kelihatan agak bingung ketika mendakwa Hadi adalah punca kegagalan 16 September. "Di tadika manakah fakta ini diperolehinya? Adakah beliau ada membuat kajian ilmiah tentang hal ini sebagai profesor atau sekadar menggantungkan lidah beliau pada hujahan berasaskan persepsi. "Nampaknya beliau sengaja mengkambinghitamkan presiden PAS dengan pelbagai tuduhan liar, hanya untuk melampiaskan nafsu amarahnya yang tidak ketahuan punca," kata beliau lagi. | |||
Isunya bukan untung rugi, tapi dana untuk parti politik Posted: 19 Apr 2011 04:30 AM PDT Oleh AMELIA HASHIM ALOR SETAR– Kerajaan tidak mempertikaikan untung rugi dalam GLC di bawah kerajaan lalu sebaliknya yang dipersoalkan ialah penyalahgunaan wang GLC untuk kegunaan parti politik. Demikian dinyatakan Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam sidang akhbar yang diadakan selepas Perhimpunan Pagi Warga Darul Aman. Beliau menerima kenyataan Seri Temim Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC) dikatakan rugi kerana mencatat perbelanjaan tidak selaras dengan dengan penubuhan syarikat seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi UMNO Kedah YB Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah dalam sebuah akhbar tabloid hari ini. "Untung rugi bukan kesalahan. Itu adat berniaga. Kita bukan cakap untung rugi tapi kita pertikai guna duit syarikat untuk tujuan politik," katanya kepada wartawan selepas majlis Perhimpunan Pagi di Wisma Darul Aman. Ekoran itu Pemuda PAS telah membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurutnya pembayaran wang keluar STDC di bawah pemerintahan kerajaan dahulu mencecah RM8 juta kepada sebahagian besar atas nama politik dan bukan aktiviti Kerajaan Negeri. "Guna duit untuk politik. Memang kita tak dedah siapa dapat duit. Kita repot supaya SPRM buat siasatan," katanya Isu ini timbul apabila Exco Kerajaan Negeri YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah dalam Sidang DUN baru-baru ini mendakwa STDC gagal mendapat pengecualian cukai daripada LHDN ke atas perbelanjaan yang dilakukan mencecah RM8 juta bagi tempoh 2003 hingga 2008. "Kalau duit ini diguna untuk sekolah atau anak-anak yatim. Itu adalam enakmen sosial korporat. Tidak ada untuk mesyuarat UMNO. Dengan sebab itu sebanyak RM4 juta kita terpaksa tanggung untuk cukai belanja parti politik. Kita akan keluar senarai bila sampai masa," katanya. | |||
Serahkan UUM kepada Kerajaan Negeri jika tak mampu tadbir -MB Posted: 19 Apr 2011 04:28 AM PDT Oleh AZMAN & AMELIA ALOR SETAR - Kerajaan Negeri menawarkan diri untuk mengambil alih Universiti Utara Malaysia (UUM) sekiranya pentadbirannya sekarang sudah tidak mampu mengurus kewangan universiti. Cabaran itu dibuat oleh beliau ekoran dakwaan UUM tidak mampu membayar cukai tanah kepada kerajaan negeri. YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata demikian kepada wartawan selepas Majlis Perhimpunan Bulanan warga Wisma Darul Aman. Menurut Menteri Besar, kenaikan cukai tanah UUM sebenarnya tidak berlaku. Apa yang terjadi ialah penarikan balik rebat cukai tanah selama dua tahun yang diberikan Kerajaan Negeri kepada UUM. Katanya, jumlah perlu dibayar UUM sebanyak RM1.2 juta adalah mengikut perjanjian asal tanpa sebarang kenaikan. Pembayaran RM100 ribu setahun bagi tahun 2006 hingga 2008 yang dibuat oleh UUM adalah selepas Kerajaan Negeri meluluskan permohonan rebat oleh mereka. Tambahnya, tempoh rebat cukai tanah bagi 2006 hingga 2008 itu sudah tamat jadi mereka kenalah bayar penuh. "Kerajaan Negeri sama sekali tidak bercadang untuk menaikkan mana-mana cukai tanah memandangkan cukai tanah baru sahaja diturunkan pada tahun 2008. "Sepatutnya dia kena bayar RM1.2 juta, jika UUM menghadapi masalah kewangan mereka boleh mohon dikurangkan (rebat)," ujarnya.-/ WD | |||
Bekalan air ke UUM cukup! Infrastruktur dalaman UUM yang lemah Posted: 19 Apr 2011 04:26 AM PDT Oleh Pengarah ALOR SETAR – Bekalan air oleh SADA ke Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah mencukupi. Masalah gangguan bekalan air yang dialami UUM adalah disebabkan oleh infrastruktur untuk menyokong penyaluran dalam kampus tidak pernah dinaiktaraf sejak kampus tersebut dibina. Demikian penjelasan yang diberikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dato' Ir Amiruddin Hamzah ketika mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya Kerajaan Negeri gagal menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk UUM. "Masalah di UUM adalah berpunca dari kelemahan perancangan UUM sendiri yang tidak menyediakan infrastruktur bekalan air untuk penghuni yang bertambah," katanya. Menurut nya, pihak UUM hanya menyediakan saluran paip dan tangki simpanan untuk 10 ribu penduduk di awal pembinaan kampus UUM dahulu, tetapi sekarang bilangan penduduk sudah bertambah berkali ganda. "Tanggungjawab menaikataraf kemudahan infrastruktur bekalan air di dalam kawasan UUM adalah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Tinggi kerana masalah tersebut berlaku di dalam tanah mereka," jelasnya lagi. | |||
Akibat Kebodohan Presiden KIMMA, Restoren Mamak Mungkin Diboikot Posted: 19 Apr 2011 04:25 AM PDT Oleh: wfauzdin_ns " PRESIDEN KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia) ternyata seorang yang pengampu nombor wahid serta mempunyai kejahilan teramat sangat dan lebih dahsyat lagi seorang mamak yang berhati busuk. Kesemuanya itu kita boleh lihat di dalam kenyataannya yang dipetik di dalam akhbar Berita Hairan seperti berikut:- DI Batu Pahat, Presiden KIMMA Datuk Syed Ibrahim Kadeer menjelaskan, " Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) tetap setia bersama Barisan Nasional (BN) walaupun parti itu pernah ditawarkan wang berjuta ringgit, dijanjikan jawatan penting dalam kerajaan pembangkang serta pelbagai insentif dan projek jika menyertai pembangkang". Apa perjuangan KIMMA sebenarnya? Jika setakat berjuang untuk menjadi penjilat kepada Umno saya rasa KIMMA lebih baik mendaftar sebagai satu lagi komponen di dalam Bn untuk bersaing dengan MIC. Apa sumbangan KIMMA kepada golongan mamak yang kebanyakan berniaga membuka restoren di merata tempat itu? Daripada melalak dan merapu buat fitnah ke atas Pembangkang, lebih baik beliau periksa kesemua restoren mamak yang terdapat di negara ini yang mencekik darah pelanggan dengan harga minuman dan makanan yang tinggi. Itu belum lagi dikira di dalam aspek kebersihan pekerja-pekerja dan restoren-restoren berkenaan. KIMMA usah perasan kununnya Pembangkang tergilakan kumpulan kecil sepertinya yang tidak langsung memberi kudis jika kumpulan ini menyokong Umno sampai kiamat. Apa bijak sangatkah KIMMA ini sehingga Pembangkang sanggup mahu rasuah jutaan ringgit beserta projek hanya kerana mahukan sokongan dari pihaknya? Siapa orang di dalam KIMMA yang hebat sangat sehingga Pembangkang mahu beli itu? Adakah Presidennya sendiri mamak Syed? Kirim salam, wahai KIMMA. Pembangkang punyai tokoh yang lebih hebat dari seorang penebar roti canai, maka usahlah sanggup tebar fitnah hanya kerana mahu membodek Umno. Saya bimbang, akibat kebodohan Presiden KIMMA ini dikhuatiri restoren-restoren mamak akan dipulau atau diboikot orang ramai. Harus kita sedar, bukan semua ahli KIMMA berfikiran dan sejahil mamak Syed itu. Mungkin juga ramai di antara mereka yang malu dengan perangai bodoh Presiden mereka itu. Jika Presiden mereka itu berkata demikian hanya kerana ingin publisiti murahan agar boleh dicalonkan bertanding di dalam PRU Ke 13 nanti, atau setidak-tidaknya boleh menjadi Senator lantikan seperti Ezam sesumpah, maka saya rasa mamak Syed ini perlu belajar dari Ezam sesumpah terlebih dahulu./ wfauzdin.blogspot.com" | |||
Kenali jejaka tumbangkan George Chan... Posted: 18 Apr 2011 10:12 PM PDT Lebih-lebih lagi - ketika berusia 28 tahun - dia berjaya menumbangkan presiden SUPP yang juga timbalan keua menteri, Tan Sri Dr George Chan dalam pilihan raya Sarawak Sabtu lalu. "Saya bertemu Ong di Universiti Sheffield ketika saya mencari tajaan sebagai presiden kesatuan pelajar undang-undang Malaysia di UK," katanya dalam satu temubual melalui telefon, selepas kejayaannya itu. "Beliau mencadangkan saya menghidupkan semula kelab MCA UK yang tidak aktif. Saya dan rakan-rakan menerima cabaran itu. Kami kemudiannya menubuhkan cawangan di beberapa universiti dan juga mewujudkan sebuah lamanweb untuk kelab tersebut." Kelab juga berhubung dengan rakan-rakan pelajar dari Umno dan MIC untuk menganjurkan aktiviti bagi pelajar Malaysia di UK. Setiapkali menteri atau pemimpin MCA melawat UK, kelab akan mengadakan dialog dengan mereka untuk bertukar pandangan mengenai parti dan politik Malaysia. Bagaimanapun, Ling tidak menyertai parti itu walaupun tawaran dibuat oleh pemimpin seperti Datuk Chor Chee Heung yang bertanggungjawab menjaga kelab luar negeri dan timbalan menteri pelajaran ketika itu, DatukHon Choon Kim. Ling juga biasa dengan perjuangan dan pemimpin DAP. Dari umur 14 lagi, dia dibawa oleh bapanya - seorang penyokong setia parti itu - untuk menghadiri ceramah dan majlis anjuran parti itu. "Saya bernasib baik kerana saya berpeluang menilai dan mengenai kedua-dua belah pihak. Sewaktu berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin MCA, saya sedar kekangan yang dihadapi oleh MCA dalam BN." Selepas memperoleh ijazah undang-undang pada 2006, dia kembali ke Malaysia dan menjalani 'chambering' di firma guaman pengerusi DAP Karpal Singh sebelum kembali ke Miri pada 2009. "Pada mulanya saya mahu berkhidmat di kampung halaman melalui khidmat komuniti. Tetapi selepas menilai landskap politik selepas pilihan raya umum 2008, saya mendapati parti komponen BN masih tidak mempunyai suara dalam kerajaan. Jadi saya memutuskan untuk tampil ke hadapan," katanya. Pada Hari Kekasih tahun ini, selain meraikannya bersama tunangnya, Ling mengisytiharkan dedikasinya kepada satu lagi 'cinta hatinya' - DAP - dan menyertai parti itu. "SUPP tidak mempunyai kuasa sebenar dalam kerajaan yang memerintah. Apa yang boleh saya buat jika saya menyertai mereka?" jawabnya ketika ditanya mengapa dia memilih DAP. "Ideologi dan platform DAP lebih sesuai untuk saya. Saya mengagumi semangat pemimpin DAP dan ketabahan walaupun kekalahan berulang kali tewas di Miri." | |||
PAS ucap tahniah kepada NGV Tech Posted: 18 Apr 2011 10:06 PM PDT
| |||
Pinggir Melayu hanya dakwaan Umno BN Posted: 18 Apr 2011 10:05 PM PDT
| |||
PRN Sarawak: PR Menang Bermaruah, BN Menang Dengan Rasuah Posted: 18 Apr 2011 10:03 PM PDT TVS NEWS
KUALA LUMPUR : Senator Dr Syed Husin Ali menyatakan, tiada salahnya mengucapkan tahniah di atas kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sarawak namun jangan sesekali memperkecilkan prestasi Pakatan Rakyat (PR). Dr Syed Husin berkata demikian semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Negara, semalam. Dr Syed Husin berkata, beliau amat berbesar hati kerana dapat menyertai perbahasan itu dan berpeluang membuat sedikit ulasan berhubung kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri Ke 10 Sarawak, Sabtu lalu. "Sepanjang pagi tadi (semalam) beberapa orang mengucap tahniah kerana kemenangan BN di Sarawak. "Tiada salah mengucapkan tahniah, akan tetapi agak kurang enak didengar kerana pada masa sama diperkecilkan pula prestasi Pakatan," ujarnya selaku Ahli Dewan Negara yang mewakili PKR. Menurutnya, seorang teman daripada Umno bertanya kepadanya mengapa beliau tidak mahu mengucapkan tahniah di atas kemenangan perikatan itu, bagaimanapun Dr Syed Husin berkata beliau tiada masalah mengucap syabas. Akan tetapi, beliau ingin mengingatkan bahawa PR berjaya meningkatkan bilangan kerusi yang dimenangi sekali ganda sekali gus meraih undi popular BN "Lebih penting lagi kami berjaya menurunkan 8 peratus undi yang diperolahi BN dari 63 ke 55 peratus. "Benar BN mendapat lebih dua pertiga kerusi, akan tetapi ia gagal memperolehi dua pertiga undi," ujarnya. Dr Syed menambah, ini berlaku walaupun Umno-BN menggunakan keseluruhan jentera kerajaan dengan memperalat media arus perdana serta mengugut melalui SB juga menaburkan wang dan seterusnya tidak henti-henti menggunakan isu fitnah sodomi dan video seks. "Saya teringat kepada sebuah tweet yang saya terima, berbunyi: Pakatan menang dengan maruah, BN menang dengan rasuah. Ingatlah, Sarawak bukan lagi fixed deposit BN," ujarnya. | |||
Jangan Tutup Kes Batang Kali, Kata Syed Husin Posted: 18 Apr 2011 10:02 PM PDT Ditulis oleh Radzi Razak
KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Negara Senator Dr Syed Husin Ali tidak mahu Kerajaan Malaysia bersekongkol dengan Kerajaan British bagi menutup kes Pembunuhan Batang Kali pada 1948. Syed Husin dalam ucapannya pada sidang Dewan Negara semalam menegaskan empat ahli keluarga yang terlibat dalam tragedi itu perlu diberikan pengadilan. "Empat orang dari keluarga mangsa telah mengambil tindakan membawa kes ini ke mahkamah melalui syarikat guaman Bindmans, dan menuntut supaya penyiasatan awam dilakukan. Pihak Kerajaan British masih tidak mahu meminta maaf atas semua kekejaman dan kezaliman yang dilakukan. "Saya meminta supaya Kerajaan Malaysia tidak akan mengambil apa-apa tindakan untuk bersekongkol dengan Kerajaan British bagi menutup peistiwa kejam di Batang Kali. Berikanlah keadilan kepada mangsa serta keluarga mangsa kezaliman dan kekejaman ini," kata Syed Husin. 10 April lalu, akhbar 'The Guardian' dari United Kingdom melaporkan bahawa Kerajaan British menekan Kerajaan Malaysia untuk menghentikan siasatan Polis Di Raja Malaysia pada 1993 mengenai pembunuhan 24 pekebun getah di Batang Kali, Hulu Selangor dalam satu operasi regimen Tentera Bristish. Menurut laporan akhbar itu, PDRM telahpun bekerjasama dengan Interpol dan sudahpun merancang melakukan lawatan ke UK pada tahun itu untuk menyoal-siasat askar yang terlibat dalam pembunuhan tersebut tapi dihalang Kementerian Luar UK. Malah, petisyen yang dihantar kepada Ratu Elizabeth 2 pada Disember lalu turut ditolak walaupun Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Simon Featherstone menyatakan Kerajaannya akan mengambil perhatian terhadap perkata tersebut. Keempat mereka, Loh Ah Choi, Lim Kok, Chong Nyok Keyu dan Wooi Kum Thai mendakwa menyaksikan pembunuhan ke atas ahli keluarga mereka dan mahu Kerajaan British memohon maaf serta melakukan inkuiri awam terhadap kejadian tersebut. Dr Syed Husin mendedahkan betapa kerajaan Malaysia sendiri penah menutup siasatan itu sebelum ini. "Pada tahun 1970 ada percubaan oleh Metropolitan Police di bawah seorang dari Scotland Yard bernama Detective Chief Superintendant Frank Willams untuk dihantar ke Malaysia bagi menyiasat perkara ini. Akan tetapi siasatan ini ditamatkan oleh Kerajaan Konservatif yang baru mengambil alih kuasa kerana tidak mahu sejarah hitam British ini didedahkan. "Peristiwa ini sering disebut sebagai Mai Lai British. Mai Lai merujuk kepada kekejaman serupa yang dilakukan oleh tentera Amerika di Vietnam." "Seorang penulis British telah menerbitkan sebuah buku bertajuk Slaughter and Deception in Batang Kali pada tahun 2009. Beliau menyatakan pada tahun 1994 beliau mendapat nota-nota di antara dua orang pegawai tinggi dari Pejabat Luar British dengan seorang ketua polis dari Malaysia. Mereka berbincang tentang penutupan kes kezaliman ini," dedah Syed Husin. Menurut Bekas Timbalan Presiden Keadilan itu lagi, hal ini menunjukkan betapa keburukan Undang-Undang Darurat Malaysia, yang juga merupakan pemegang rekod Darurat paling lama di dunia. Justeru beliau menyatakan sudah tiba masanya undang-undang kuno ini dimansuhkan "Dengan Perisytiharan 1948, Malaysia mempunyai undang-undang darurat yang paling lama sekali berkuatkuasa dalam dunia. Selepas kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan Algeria, negara-negara tersebut mengumumkan sudah atau akan memansuhkan Undang-undang Darurat masing-masing. Undang-undang mereka ini telah berkuatkuasa hanya antara 20 hingga 40 tahun saja. Kita lebih 60 tahun. "Demi menegakkan demokrasi yang tulen di negara ini, Kerajaan UmnoBn hendaklah memansuhkan perisytiharan semua Undang-undang Darurat ini. Atau adakah kita hendak menunggu dulu sehingga rakyat bangkit beribu-ribu di jalanraya seperti di negara-negara Arab itu?"kata beliau. | |||
Timbalan Ketua Setiausaha KBS Didakwa Berkhalwat Posted: 18 Apr 2011 09:58 PM PDT Ditulis oleh Shakira Buang GEORGETOWN : Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu. Nur Diayana Norslan, 29 , juga tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang sama. Kedua-duanya didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut,di sini, sebentar tadi. Sabtu lalu, seorang pegawai kanan kementerian berpangkat Datuk ditangkap khalwat bersama pembantunya di sebuah hotel terkemuka di Batu Feringgi. Pegawai kanan itu ditahan kira-kira jam 4 pagi. Penahanannya turut disahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Sazeli Hussein. Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, manakala Seksyen 27 (b) enakmen sama. Hakim, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan