Isnin, 4 April 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bergambar - ini bukan Anwar!

Posted: 04 Apr 2011 03:36 AM PDT

Inilah klip video yang lucah itu! Korang tengok dan boleh buat kesimpulan sendiri bahawa pelakon itu bukan Anwar!



Malaysiakini melaporkan Klip video yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini tersebar di Internet.

Saya pun cari ikut maklumat yang diberikan, maka aku dapat!

Memang muka mirip Anwar.Tetapi susuk tubuhnya sasa!


Dan perutnya yang boroi itu, kita yakin, itu bukan Anwar!

Poco-poco: Rakyat makin keliru

Posted: 04 Apr 2011 03:07 AM PDT

Hamba Allah

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengharamkan tarian poco-poco pada mulanya tidak mengejutkan saya. Bagi saya tarian poco-poco bukan satu tarian yang begitu popular terutamanya untuk golongan bawahan. Selalunya ia menjadi kebiasaan bagi golongan atasan dan pertengahan.

Bagi golongan yang majoritinya berada di dalam kategori rakyat biasa, rasanya tidak ada isu untuk diberi perhatian serius. Semenjak media arus perdana menyiarkan pro dan kontra dari pandangan beberapa individu berlatar belakang agama, ia nampak menjadi sedikit panas.

Dr Mashitah yang bukan asing dalam menjawab persoalahan agama nampaknya semacam mempertikaikan faktwa negeri Perak berkenaan. Dalam masa yang sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula meminta agar Fatwa berkenaan tidak dipertikaikan.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya pula nampak begitu bimbang dengan kecelaruan akibat tidak jelas metodologi dalam menggubal hukum dan fatwa. Dalam kata lain mungkin apa yang dilakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Perak tidak betul.

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan.

Kalau dilihat dan diperhalusi, hanya Datuk Seri Jamil Khir nampak sedikit berlembut dengan Fatwa baru itu. Kalau dilihat kepada kenyataan Bekas Mufti Perlis, mungkin ada beberapa intipati yang sepatutnya digunakan sebagai asas pengharaman tarian poco-poco iaitu pencampuran perbuatan salah dan bukanlah hanya melibatkan kepercayaan agama lain semata-mata.

Mungkin ramai ilmuan agama tidak berminat untuk melihat dan menegur dengan tegas isu-isu asas seperti tarian yang bercampur lelaki dan perempuan, diiringi muzik-muzik yang melalaikan dan ramai penari wanitanya tidak bertudung serta mendedahkan rambut dan aurat. Semut yang jauh nampak jelas, gajah yang dekat tidak nampak atau buat-buat tidak nampak.

Orang Islam tentunya semakin keliru dengan kenyataan yang bercelaru ini.

Hamba Allah,
Terengganu.


Tiada ulasan: