Sekadar hiasan. Keselamatan ratu porno Jepun ini mendapat perhatian media ketika kejadian gempa bumi yang melanda Jepun 11 Mac lalu.
China memang bertegas dengan unsur yang dapat merosakkan moral rakyatnya. Oleh sebab itu, budaya luar ditapis dengan ketat sebelum dibawa masuk ke negara itu. Jangan persoal keberkesanannya kepada rakyat China, namun pandang pada usaha yang telah dibuat. Saya tahu sehebat mana Kerajaan China melakukan sekatan, namun tidak menghalang rakyatnya melakukan sesuatu yang kurang bermoral. namun, sekurang-kurangnya tindakan telah diambil untuk mengurangkan faktor yang merosakkan moral rakyat China.
Baru-baru ini, seperti yang dilaporkan oleh China Daily, Kerajaan China telah menutup 62 laman sesawang yang memaparkan gambar, video, dan iklan pornografi seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media dari Pejabat Media Majlis Negara.
Berdasarkan kenyataan itu, laman sesawang yang memaparkan gambar dan video pornografi itu didaftarkan di lima belas wilayah. Selain memaparkan elemen pornografi, laman sesawang yang ditutup itu turut mengendalikan perniagaan pelacuran, dan menganjurkan perbincangan video lucah.
Untuk rekod, China melancarkan sebuah kempen sekitar bulan Disember 2009 untuk memadamkan elemen pornografi dari internet termasuklah telefon bimbit. Menurut pihak berkuasa China, sedikit banyak kempen ini berjaya mencapai sasarannya.
Dalam konteks Malaysia, saya tidak kata kerajaan tidak bertegas dalam soal menangani masalah pornografi. Namun, kita jarang-jarang mendengar berita tentang hal yang sebegini. Laman sesawang dan blog berunsur lucah masih lagi tumbuh bagaikan cendawan di negara ini. Video seks amatur yang dilakonkan oleh anak "Pak Man" dan "Mak Esah" atau anak "Dato' T" dan "Datin M" semakin berlambak dalam internet.
Berbalik kepada usaha Kerajaan China bertindak tegas kepada pihak yang menyebarkan pornografi, kita di Malaysia terkejut apabila ada Menteri yang mengeluarkan kenyataan bahawa menayangkan klip lucah tidak salah jika perbuatan itu tidak mendatangkan keuntungan. Malah, orang yang menayangkan filem lucah kepada wartawan dan ahli Parlimen juga tidak didakwa atas kesalahan yang telah ditetapkan. Ironi, orang-orang ini, atas kepentingan politik, diangkat sebagai hero.
Itulah bezanya China dengan Malaysia!
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
[BH] MELAKA: Seorang pemandu lori dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas empat tuduhan masing-masing merogol dan menganiayai secara seksual terhadap empat anak tirinya berusia antara empat hingga 10 tahun pada 2009 dan 2010.
Bagaimanapun, tertuduh, R Gunasilan, 29, mengaku tidak bersalah ke atas semua tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah. Bagi pertuduhan pertama dan kedua, beliau yang tidak diwakili peguam, dibicarakan di hadapan Hakim Zaharah Hussain.
Untuk pertuduhan pertama, Gunasilan yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan didakwa merogol mangsa berusia 10 tahun 10 bulan di sebuah rumah, di Jalan Tanjung Kling, dekat sini, pada November 2010, manakala pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa menganiayai dari segi seks terhadap mangsa berusia lapan tahun lima bulan di alamat dan tarikh sama.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shazwani Ishak, tidak menawarkan ikat jamin kerana tertuduh menetap bersama dengan mangsa dalam sebuah rumah.
Bagaimanapun, Zaharah membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan lelaki terbabit perlu melapor diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan dan diperintahkan supaya tidak mengganggu mangsa dan ibunya.
Zaharah kemudian menetapkan 3 Mei sebagai tarikh sebutan semula bagi penyerahan dokumen dan lantikan peguam.
Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, Gunasilan dihadapkan di Mahkamah Sesyen berasingan di hadapan Hakim Abu Bakar Katar. Untuk pertuduhan ketiga, lelaki itu didakwa merogol seorang lagi anak tirinya berusia sembilan tahun tiga bulan di alamat dan pada tarikh sama.
Beliau turut didakwa menganiayai dari segi seks terhadap mangsa berusia empat tahun sembilan bulan di alamat sama pada awal Februari 2009.
Gunasilan yang memakai t-shirt hijau bagaimanapun, mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan minta dibicarakan, namun dia tidak membantah permohonan pendakwaan supaya tidak diikat jamin.
Abu Bakar kemudian menetapkan 15 Jun sebagai tarikh sebutan semula bagi penyerahan dokumen dan melantik peguam.
Bagi pertuduhan merogol, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, manakala pertuduhan menganiayai dari segi seks pula mengikut Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali. - Badrul Hizar
Berdasarkan laporan MK, pakar forensik patologi Thai, Dr Pornthip Rojanasunand bersependapat dengan pakar forensik Britain Prof. Dr Peter Vanezis bahawa Teoh Beng Hock masih bernyawa.
Namun katanya, beliau tetap mempertahankan hujahnya bahawa kesan tanda merah di sekeliling leher mangsa pembantu politik itu adalah akibat dicekik.
Menurut beliau, kesan merah itu amat ketara pada bahagian kiri leher Teoh pada bedah siasat pertama meskipun tubuh mangsa telah dijahit semula.
Pornthip menegaskan bahawa ada kontusi pada sebelah kiri leher Teoh yang menunjukkan mangsa dicekik.
Tegasnya, terdapat tiga senario kontusi boleh berlaku.
dicekik dengan menggunakan tangan,
leher mangsa dipukul dengan objek tumpul,
ataupun leher mangsa ditekan kepada objek atau kedua-duanya sekali.
Katanya, tanda seperti bentuk syiling di leher Teoh adalah akibat tekanan jari atau objek bulat dan kejelasan tanda itu mengikut Pornthip bergantung kepada tekanan yang digunakan.
"Teoh berkulit cerah jadi kesan tanda lebam ini boleh dilihat dengan jelas," katanya lagi.
Beliau juga memberikan beberapa contoh tentang bagaimana kecederaan di leher akibat dicekik yang mempunyai tanda-tanda lebam yang sama.
P/s: Saya suka penjelasan doktor ini!
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
[HD] KUALA LUMPUR, 2 Apr: Vateran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah turut menyelar pihak yang menggunakan video lucah sebagai senjata politik menyerang pihak lawan.
Mengulas isu yang sedang memangsakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tengku Razaeligh yang lebih dikenali 'Ku Li' berkata, tindakan tersebut bukan sahaja keji dan jijik malah ianya bukan budaya Melayu apatah lagi ianya bercanggah dengan ajaran Islam.
"Rakyat Malaysia punya tamadun dan budaya yang baik, kenapa kita hendak ikut budaya tak baik" kata Ku Li.
"Apatah lagi bagi orang Melayu Islam, tak patut kita lakukan benda yang jijik yang dipandang rendah oleh orang. (Apa guna) kita buat perkara yang hina di sisi masyarakat," tegas beliau dalam temubual dengan TV Selangor.
Bagaimanapun, beliau yang juga mantan Naib Presiden Umno, yakin cubaan untuk memburukkan Anwar dengan taktik itu tidak akan berhasil memandangkan kaedah hampir sama diguna terhadap Ketua Umum PKR itu pada tahun 1998, namun gagal.
Pihak yang bertanggungjawab terhadap video itu juga katanya sebenarnya mengamalkan 'politik longkang' dan telah tersalah langkah kerana orang Melayu Islam tidak boleh menerima tuduhan sebegitu apatah lagi ianya didedahkan dengan penuh persoalan yang tidak dijawab.
"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah," kata beliau.
"Saya rasa (video seks) ini salah langkah. Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," tegas beliau.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar membuat pengumuman mengejutkan apabila mengisytiharkan video itu adalah tulen namun tidak mengulas sama ada pelakunya dikenal pasti.
Beliau berkata hasil siasatan sudah di fasa terakhir dan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat
P/s: Ku Li tahu perangai buruk pemimpin UMCO dan fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim sejak Drama Liwat 1 pada tahun 1998. Mengapa masih mahu bersubahat dengan pemimpin UMCO? Ku Li kena fikir soalan ini!
Sudah lama blog ini tidak menyiarkan lanjutan kes Teoh Beng Hock.
Petang ini ada berita yang menarik!
Menurut laporan TMI, Pakar Forensik Patologi Thai, Dr Pornthip Rojanasunand memberitahu Suruhanjaya Diraja (SD) bahawa Teoh Beng Hock (TBH) masih hidup ketika dia jatuh dari tingkat 10.
Namun, beliau tidak dapat menentukan sama ada TBH sedar ketika jatuh dari Ibu Pejabat SPRM di Plaza Masalam, Shah Alam.
"Mendiang masih hidup ketika terhempas," katanya kepada SD hari ini.
Dr Pornthip juga menyatakan tahap kesedaran TBH tidak dapat ditentukan berdasarkan retakan pada kakinya.
Laporan penuh menyusul.
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
[HM] Seorang pelawak berusia 63 tahun yang popular sejak era 70-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa dicabul lebih tiga kali lelaki itu.
Lebih keji, pelawak otai yang lebih memberi tumpuan dalam bidang pengarahan itu dikatakan menyogok sejumlah wang kepada pelajar berusia 13 tahun itu dengan harapan mangsa patuh kepada arahan, selain tidak membongkar kejadian itu kepada ahli keluarga serta orang ramai termasuk ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.
Difahamkan, pelajar malang itu dicabul lebih tiga kali sejak Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu, di dua kediaman berasingan milik ibu saudara mangsa di Kepong dan Klang, selain beberapa kali di luar kediaman berkenaan apabila mereka bertemu.
Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kira-kira jam 10 pagi semalam.
Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 11 malam Disember tahun lalu di sebuah rumah di kondominium di Kepong apabila mangsa dicabul di kediaman ibu saudaranya itu.
Beliau berkata, ketika kejadian suspek berkunjung ke rumah berkenaan kononnya melawat ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.
"Bagaimanapun, selepas berbual lebih 30 minit, ibu saudara mangsa mendakwa letih dan mahu tidur sebelum mengarahkan suspek berehat dalam bilik tetamu jika tidak mahu pulang.
"Suspek bersetuju sebelum masuk ke bilik berkenaan. Lima minit kemudian suspek keluar semula sebelum memanggil mangsa masuk ke dalam bilik berkenaan dan meminta mangsa mengurut badannya," katanya.
Mangsa pada mulanya menolak, namun bersetuju berbuat demikian selepas dipujuk suspek.
"Sebaik masuk ke dalam bilik itu, suspek dikatakan mencium mulut dan pipi mangsa serta memegang bahagian sulit mangsa.
"Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa berlari keluar dari bilik. Bimbang mangsa mengadu kepada ibu saudaranya, suspek memohon maaf, selain berjanji tidak akan mengulanginya.
"Termakan pujukan suspek, mangsa bersetuju merahsiakan perbuatan itu. Malah, suspek dikatakan menyogok RM100 kepada mangsa sebelum berpura-pura insaf dengan keterlanjurannya itu," katanya.
Sumber berkata, kejadian terbaru berlaku pertengahan Mac lalu kira-kira jam 5.30 petang di sebuah lagi rumah ibu saudara mangsa di Klang.
"Kejadian berlaku dalam tandas di rumah berkenaan apabila suspek meluru masuk sebelum mencabul mangsa yang ketika itu ingin membuang air. Kali ini, bertindak lebih ganas ketika memegang bahagian sulit dan payudara mangsa," katanya.
Difahamkan, suspek sekali lagi memberikan wang RM100 kepada mangsa untuk menutup mulut.
Biarpun mangsa enggan menerima wang berkenaan, suspek dikatakan meletakkan wang itu di atas meja sebelum meninggalkan rumah berkenaan.
Sumber berkata, disebabkan mangsa masih mendiamkan diri selepas insiden itu, dia dikatakan dicabul lagi suspek setiap kali bertemu ataupun apabila suspek berkunjung ke kediaman ibu saudaranya itu.
Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa memberitahu ibu saudaranya sebelum mereka tampil membuat laporan di balai polis.
Katanya, sehingga kini, suspek masih belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.
P/s: Rasanya, banyak orang boleh mengagak gerangan orang yang dimaksudkan. Ada blog sudah menulis nama seorang pelawak veteran. Logik juga andaian mereka.
Huang Hui 58 tahun yang mengendalikan sebuah pusat jagaan kanak-kanak tidak berlesen berhadapan dengan pertuduhan mencabul dan merogol kanak-kanak berusia 10 tahun di Shijiazhuang, pusat bandar di utara wilayah Hebei, China.
Huang Hui mula mendera secara seksual kanak-kanak selepas membaca sebuah artikel di surat khabar yang mendakwa hubungan seksual dengan kanak-kanak dapat mengembalikan "kemudaan" seseorang. Dengan kata lain, orang tua yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak kononnya dapat menjadikan mereka muda dan sihat.
Lelaki itu dikatakan memberikan kanak-kanak 1 yuan (46 sen) setiap kali dicabul agar mereka merahsiakan perbuatannya itu lapor Yanzhao Metropolitan Daily.
Huang telah ditahan oleh pihak berkuasa Disember lepas.
P/s: Jika polis China mahu menangani kes ini, mereka sewajarnya menyiasat penulis artikel yang menjadi sumber inspirasi Huang. Sebenarnya saudara, teori yang mengatakan bahawa orang tua boleh menjadi "muda" selepas melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak turut dipercayai oleh banyak lelaki di serata dunia. Samalah juga teori bahawa dengan melakukan seks dengan kanak-kanak dapat menyembuhkan AIDS seperti yang diamalkan oleh sesetengah penghidap AIDS di negara Afrika.
Semua ini gila!
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan