Sabtu, 2 April 2011

Biaqpila

Biaqpila


KEPUTUSAN LIGA SUPER 2/4/11

Posted: 02 Apr 2011 07:50 AM PDT

Cara Memenangi Game Minesweeper

Posted: 02 Apr 2011 05:00 AM PDT



Game Minesweeper ni memang agak susah untuk dimainkan, silap hari bulan memang tak boleh menang langsung. Tapi kali ini malaysiasensasi bawakan anda satu rahsia untuk mememangi game ini dengan mudah. Mari belajar caranya:

Membuka rahsia kotak

Minimize atau close semua aplikasi selain game ini, sehingga layar desktop terlihat. Lalu, klik x-y-z-z-y sambil menahan Shift pada game. kembali tahan shift sesaat. Kemudian perhatikan pada hujung kiri atas pada layar desktop, akan ada sebuah titik putih yang kecil. Kemudian jika kita mengarahkan panah/arrow pada sebuah kotak (bukan diklik) perhatikanlah titik itu. Jika kotak okey atau berisi angka, titik putih tetap ada, dan jika kotak berisi bom, titik akan menghilang. Ingat, titik ini sangat kecil sehingga mata perlu fokus untuk mencarinya. Selain itu, gunakanlah wallpaper hitam agar titik mudah dilihat.

Menghentikan waktu

Ketika bermain, tekan Windows key + D untuk menampilkan desktop. kemudian buka kembali game melalui taskbar dan waktu akan terhenti.

MalaysiaSensasi.net


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Bagaimana Melindungi Undi Anda Dari Dikesan?

Posted: 02 Apr 2011 03:00 AM PDT



Video ini dirakam khas untuk pendidikan para pengundi, terutamanya untuk mengetahui bagaimana undi kita dapat dilindungi daripada dikesan.

Untuk semakan daftar pemilih sila ke laman SPR dan semak samada nama anda telah berada dalam sistem sebagai pengundi berdaftar.





http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


This video was recorded for the purpose of educating voters on how to protect their votes from being traced.

please check to confirm if your name already in the SPR system as eligible voter.


http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/daftarbi.aspx



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

VIDEO ORI TAPI PELAKON ORI KE?

Posted: 02 Apr 2011 12:00 AM PDT




Ketua Polis Negara berkata siasatan (video) kini di tahap terakhir,tapi bagaimana belum selesai siasatan dah diumumkan? Tidakkah ini boleh menimbulkan spekulasi?

Bila dia umumkan video itu tulen,ini boleh mempengaruhi rakyat untuk mempercayai kes video seks tersebut.Semakin bertambah spekulasi kerana beliau hanya mengumumkan video itu tulen tapi kertas siasatan akan di serahkan kepada peguam negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Rakyat bukannya nak tahu video itu tulen ataupun tidak,rakyat nak tahu pelakon itu Anwar tulen atau palsu.

Mana lebih penting antara ketulenan video ataupun ketulenan pelakon yang dituduh?
Sebenarnya mereka membuang masa,jika mereka menyiasat ketulenan video terlebih dahulu. Ini kerana selepas siasat ketulenan video, mereka terpaksa pula menyiasat ketulenan pelakon yang dituduh.

Jika mereka menyiasat ketulenan pelakon terlebih dahulu dan mendapati pelakon itu adalah palsu,maka proses siasatan seterusnya tidak perlu dilakukan lagi.Terus sahaja lakukan pendakwaan terhadap pihak yang menuduh.Berapa banyak masa dan tenaga yang dapat dijimatkan?

Jika mereka menyiasat ketulenan pelakon terlebih dahulu pula dan mendapati pelakon itu tulen,maka barulah siasat ketulenan video untuk mengesahkan lagi kes itu.

Ketika itu barulah hasil siasatan diumumkan bagi mengelakkan spekulasi berterusan.

Dengan pengumuman ketulenan video seks tersebut,maka wajarlah pihak yang bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut di Carcosa Seri Negara diambil tindakan kerana rakyat melihat tiada apa-apa tindakan daripada pihak polis tentang perkara ini.



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

PDRM Memang Pilih Bulu, Kata Khalid Samad

Posted: 01 Apr 2011 09:00 PM PDT



SHAH ALAM 1 APRIL : Sikap 'pilih bulu' Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dalam hal-hal yang melibatkan pimpinan Pembangkang, jelas tergambar melalui perkembangan terbaru hasil siasatan polis berhubung fitnah video lucah membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan pihak berkuasa yang tidak menumpukan kepada laporan polis Anwar bahawa dirinya telah difitnah sebaliknya lebih berminat tentang soal ketulenan video, jelas mengambarkan institusi polis di negara ini dikongkong oleh parti pemerintah, kata Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

" Sebab itu, kami dapati polis ini banyak memberi kelonggaran dan keistimewaan, kalau bandingkan video seks Chua Soi Lek, pihak polis memberikan amaran
kepada sesiapa yang memiliki, mengedar dan menayang termasuk yang melihat boleh disabitkan kesalahan dan dikenakan tindakan undang-undang, tetapi dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, nampaknya undang-undang itu berbeza," katanya kepada pemberita pada sidang media khas di pejabatnya, di sini, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini berkata, pihaknya sudah mengesahkan ketulenan video lucah yang didakwa membabitkan Anwar.

Ujar beliau, pihaknya telah mengesahkan ketulenan video seks itu dengan bantuan pakar-pakar tempatan bahawa ianya bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Namun Ismail tidak menjawab kepada persoalan utama, siapakah identiti ahli politik yang didakwa terlibat dalam rakaman video seks berkenaan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat selama ini.

" Soal ketulenan video itu adalah soal yang kedua kerana walaupun ianya bukan palsu, persoalannya benarkah pelaku seks dalam video itu Anwar, kalau nak tahu
kebenarannya, perlu dijelaskan di mana tempat berlaku, pukul berapa Anwar datang, dengan apa Anwar datang, siapa yang mengiring dan sebagainya serta perlu
diselidik pada masa yang sama, Anwar berada dimana.

" Hakikatnya sama ada ia video tulen atau pun palsu ianya tidak cukup untuk mendakwa, sebaliknya mereka perlu bukikan Anwar memang berada di situ pada waktu
itu,"tegas Khalid.

Melihat pada senario perjalanan politik Anwar yang sering dilanda pelbagai ancaman dari segenap ruang, Khalid berpendapat sangat mustahil bagi Ketua Pembangkang itu untuk terlibat dengan skandal seks seperti yang didakwa oleh 'Datuk T'.

"Ianya satu perkara yang sangat mustahil kepada Anwar pada ketika ini meletakkan diri, nasib, karier dan perjuangannya yang selama ini dengan hanya mengikut
Datuk Eskay yang memang dikenali sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai semata-mata untuk melakukan perkara itu," kata Khalid.

Pada 23 Mac lalu, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku bahawa beliaulah yang mempertontonkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara.

Shazryl juga mendedahkan bahawa gelaran Datuk T merujuk kepada tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks itu, yang sebenarnya bermakna "trio" iaitu beliau sendiri, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

TVS

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Video Seks : Ketua Polis Negara Tidak Faham Mengapa Anwar Buat Laporan?

Posted: 01 Apr 2011 06:00 PM PDT



Oleh Wira Arjuna

Menakjubkan lagi membingungkan – itulah mungkin rumusan paling sesuai untuk menggambarkan reaksi rakyat berikutan kenyataan separuh masak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengumumkan video seks lucah yang dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah 'tulen'.

Malah Ismail membayangkan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan susulan dalam tempoh terdekat.

Persoalannya : Betul ke Anwar adalah pelaku dalam video itu? Malangnya, Ketua Polis Negara tidak memberi jawapan.

Jawapan beliau adalah penting kerana ia menjadi paksi kepada segala isu ini – benarkah Anwar dirakam mengadakan hubungan sumbang dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Februari lalu?

Anwar membuat laporan polis pada 22 Mac, sehari selepas video itu ditayangkan kepada media di Hotel Seri Carcosa Kuala Lumpur di mana Ketua Pembangkang dan isterinya kemudian diugut supaya berundur dari politik.

Laporan polis dibuat oleh Ketua Pembangkang itu untuk membolehkan Bukit Aman sendiri menyiasat sama ada pelaku dalam video itu adalah Anwar atau bukan.

Jika bukan, maka jelas fitnah besar-besaran berlaku. Justeru identiti pelaku dalam video itu amat penting dan adalah kunci kepada segala-galanya.

Namun persoalan ini tidak dijawab oleh Ismail. Beliau lebih menjurus kepada hasil siasatan yang mendapati video itu adalah tulen berasaskan penelitian pakar-pakar video tempatan.

Persoalan asas tidak dijawab – siapa pelakon dalamnya. Lebih mengejutkan ialah kenyataan Ismail bahawa hasil siasatan kini "di tahap akhir", akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat.

Mungkinkah siasatan itu boleh dianggap hampir selesai TANPA polis mengambil keterangan daripada Anwar atau pihak-pihak yang dapat membantu siasatan polis.

Mereka yang dimaksudkan adalah :

-Ahli Keluarga Anwar dan kakitangan yang dapat mengesahkan Ketua Pembangkang itu berada di rumah pada malam 21 Februari – hari rakaman itu dikatakan dibuat.

- Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang mengemukakan urutan 9 pesanan Twitter yang dihantar oleh Anwar pada malam itu.

- Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan bekas Ahli MPT PKR Badrulhisham Shahrin yang menonton video itu dan yakin pelakunya bukan Anwar berasaskan susuk tubuh dan "bahasa tubuh" pelaku.

Selang sehari video itu didedahkan, pejabat Parti Keadilan Rakyat membongkar identiti pihak yang mendalangi rakaman itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Shazyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Hanya selepas identiti mereka terbongkar, gandingan Datuk T tampil mengakui mereka di sebalik penayangan video berkenaan, itupun selepas mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di Bangunan Parlimen pada 22 Mac.

Rahim, Eskay dan Shuib hanya mengambil masa kurang lima jam untuk menyerahkan bukti dan memberi keterangan kepada polis susulan laporan yang dibuat Anwar.

Selang seminggu kemudian, Ketua Polis Negara mengumumkan siasatan sudah hampir selesai untuk Peguam Negara mengambil tindakan susulan!

Jelas banyak ruang-ruang tertinggal dalam "siasatan adil dan telus" yang dijanjikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Kenyataan bingkas beliau dan Perdana Menteri Najib Razak menafikan polis tidak langsung terlibat dalam isu fitnah video seks "Tiga Datuk" kini menimbulkan lebih banyak kecurigaan berikutan kenyataan Ketua Polis Negara hari ini.

TVS

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Adun Lenggeng dipenjara tiga tahun

Posted: 01 Apr 2011 03:00 PM PDT


SEREMBAN, 1 April: Adun Lenggeng, Negeri Sembilan, Mustafa Salim telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana kesalahan rasuah.

Beliau didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM2,000 dari seorang kontraktor untuk menyelesaikan isu perlombongan pasir lebih dua tahun lalu.

Selain itu, hakim Amran Jantan juga memerintahkan Mustafa membayar denda sebanyak RM20,000 atas kesalahan itu.

Mahkamah sebelum ini, iaitu 3 Mac lalu telah mendapati Mustafa, 51, bersalah atas dakwaan itu.

Peguam beliau telah memohon untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sehinggalah rayuan dibuat.

Hakim mengarahkan agar jaminan RM10,000 dikenakan ke atas Adun Umno itu.

Mustafa didakwa dibawah Seksyen 10(a)(aa) apabila pada 30 Ogos 2008 secara rasuah meminta suapan sebanyak RM2,000 daripada individu yang sama (Manimaran a/l Marumuthu) sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir dan tidak akan mengambil tindakan sekiranya menjual pasir tanpa permit.

Bayar imam

Pada 24 Februari lalu, Mahkamah Sesyen Seremban mengarahkan Adun Lenggeng, Mustafa Salim membayar sebanyak RM18,000 kepada seorang imam masjid ekoran tindakannya mengeluarkan satu surat yang dikira bersifat fitnah.

Dalam perbicaraan yang ditetapkan hari itu, Adun Lenggeng tersebut dengan tanpa pengakuan liabiliti bersetuju membayar imam tersebut.

Pada 12 September 2008 imam tersebut Sungai Machang Hilir, Haji Baharudin Jalu memfailkan saman fitnah ke atas Adun berkenaan atas dakwaan memfitnah beliau melalui surat Adun tersebut kepada pegawai agama Islam, pejabat Agama Islam daerah Seremban bertarikh 16 Juali 2007.

Surat itu juga disalinkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, mantan Adun lenggeng dan Setiausaha JKKK Kampung Sungai Machang.

Dalam surat tersebut antara lain Adun lenggeng tersebut menulis:

"Saya difahamkan bahawa Haji Baharudin bin Jalu yang merupakan imam (ketua pakatan pemecah masyarakat kampung)...

"Di kesempatan ini Haji Baharudin Jalu sebagai manusia rakus dan bodoh sombong bertindak melulu untuk mencapai matlamat nafsu dia terutama kewangan."

HD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: