[Terkini] PETROL Naik RM0.20 Tengah Malam Ini!!!! Posted: 01 Apr 2011 05:01 AM PDT Menurut TMI, harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam ini berdasarkan sumber-sumber industri hari ini. Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter - kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.
"Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini," kata sumber tersebut.
Kenaikan kali ini adalah yang ketiga tahun ini. Minyak jenis ini mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.
Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.
"Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah," kata sumber itu lagi.
P/s: Terima kasih pengundi BN!!!
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
|
Jurublog UMCO Minum MALTA Guna Gelas ARAK? Posted: 01 Apr 2011 04:00 AM PDT
Gelak dahulu saudara, jurublog ini mendakwa bahawa dia minum MALTA. Yang peliknya, dia minum Malta menggunakan gelas ARAK! Kah Kah Kah! Siapa yang mahu percaya? Zambry Abd Kader?
|
Ketua Polis Negara Sahkan Video Seks Tulen. Pelakonnya ialah... Posted: 31 Mar 2011 11:35 PM PDT | Sekadar hiasan. |
...?. Masih misteri lagi tuan-tuan. Itulah keraguan yang timbul daripada penjelasan KPN. Maafkan saya kerana menggemparkan petang Jumaat anda.
TMI melaporkan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menyatakan bahawa pakar-pakar tempatan telah mengesahkan rakaman video seks yang didedahkan oleh "Datuk T" awal minggu lalu, bukan sesuatu yang direkayasa atau dipalsukan.
Biarpun mendakwa video itu tulen, namun beliau enggan mendedahkan identiti ahli politik yang didakwa terlibat dalam adegan seks dalam rakaman video seks itu. Ismail berkata penemuan itu adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes tersebut dan kertas siasatan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat. Mengapa enggan mendedahkan "pelakon" porno itu? Siapa yang telah dipanggil untuk membantu siasatan sedangkan timbul kontroversi tentang tangkapan yang telah diuar-uarkan sebelum ini? Bagaimana pihak polis boleh membuat pengesahan jika tiada saksi dipanggil untuk memberikan keterangan/disiasat? DSAI juga rasanya belum disiasat untuk mengesahkan alibinya pada tarikh rakaman.
P/s: Video hitam putih itu tulen??? Hitam putih, bukan warna!!! Tulen???? Hmmm....Agak-agaknya siapalah pakar yang dipanggil oleh pihak polis?
Bila pula KPN mahu menyiasat kesalahan Datuk Trio ini kerana menayangkan filem porno kepada orang awam? Bila pula KPN mahu menyiasat ugutan politik yang dilemparkan oleh trio ini kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri? Bila KPN mahu menyerahkan kertas hasil siasatan kes memiliki, menayangkan klip lucah, dan membuat ugutan politik melibatkan Datuk Trio kepada Peguam Negara?
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
|
Ketua Agama Tolak Debat Anti-Muslim Posted: 31 Mar 2011 11:00 PM PDT | KOMBINASI gambar (atas dari kiri ke kanan) Ketua Paderi Gereja Ortodok, Emmanuel Adamakis, Kardinal Katolik dan Ketua Paderi Paris, Andre Vingt-Trois; Presiden Majlis Muslim Perancis (CFCM), Mohammed Moussaoui; Ketua Kesatuan Buddha Perancis, Olivier Wang-Genh; Presiden Persekutuan Protestan Perancis, Claude Baty dan Ketua Pendeta Yahudi Perancis, Gilles Bernheim |
Saya petik: Tokoh Yahudi, Kristian dan Buddha desak Sarkozy batal program elak timbul kekeliruan
[BH] PARIS: Pemimpin Yahudi, Kristian dan Buddha di Perancis menyokong rakan beragama Islam ketika menuntut Presiden Nicholas Sarkozy membatalkan perdebatan mengenai Islam yang dirancang minggu depan.
Tuntutan itu terkandung dalam deklarasi bersama ketua pendeta Perancis Gilles Bernheim, ketua gereja Roman Katolik, Protestan dan Ortodoks Perancis, Presiden Majlis Islam Perancis, Mohammed Moussaoui dan ketua kesatuan Buddha Perancis, Olivier Wang-Genh. Deklarasi itu menyatakan, perdebatan biasanya satu tanda sihat tetapi mempertikai kebijaksanaan parti pemerintah UMP (Kesatuan bagi Pergerakan Popular) hanya membincangkannya di kalangan mereka.
"Perdebatan itu mungkin menambah kekeliruan ketika masyarakat berada dalam detik sukar." Perbincangan itu dijadualkan berlangsung Selasa depan, bertujuan meneliti peranan dan tanggungjawab Islam di negara sekular itu.
Deklarasi bersama itu mengulas dua laporan penting dan cadangan beberapa aspek berbeza hubungan antara orang awam, agama dan kerajaan meskipun memuji prinsip pemisahan gereja dan pentadbiran negara disebut 'Laïcité.'
"Laïcité adalah satu daripada tonggak kontrak pentadbiran negara kita, menyokong demokrasi dan menjadi asas untuk harapan kita tinggal bersama," katanya. Ada sekurang-kurangnya lima juta penduduk Islam di Perancis, masyarakat Muslim terbesar dibandingkan negara lain di barat Eropah.
Pengkritik termasuk anggota parti UMP pimpinan Sarkozy, mengecam perdebatan Islam dan sekularisme akan datang kerana memberi 'stigma' terhadap penduduk Islam Perancis serta sekali gus mencetuskan kemunculan semula parti haluan kanan dan Barisan Hadapan.
Parti pelampau diketuai Marine Le Pen, berada di tempat ketiga dalam pilihan raya tempatan pusingan kedua hujung minggu lalu, memenangi 11 peratus undian.
Perdebatan di Perancis mencerminkan perbicaraan di Amerika Syarikat dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kementerian Dalam Negeri Peter King berhubung Islam radikal yang dilihat sebagai tidak adil kerana memberi anggapan seolah-olah semua Muslim adalah radikal.
"Penduduk Islam adalah musuh semula jadi mereka yang mempromosi keganasan pelampau," kata Nihad Awad, pengarah eksekutif nasional Majlis Hubungan Islam-Amerika, dalam sidang media semalam di Washington ketika kemuncak perdebatan King.
Sejak mengumumkan perdebatan Disember lalu, King, 66, anggota Republikan New York, dituduh pejuang kebebasan awam dan kumpulan Islam cuba menghasut kebencian terhadap masyarakat Islam Amerika. – Agensi
|
Tragis: Budak 19 Bulan Maut Dilanggar Kereta Api. Bagaimana Kemalangan Itu Berlaku? Posted: 31 Mar 2011 09:00 PM PDT | Sekadar hiasan. |
Saya petik:
[HM] MACHANG: Seorang kanak-kanak berusia 19 bulan yang baru pandai berjalan mati dilanggar kereta api selepas dia bertatih keluar dari rumah datuknya dan merangkak ke landasan kereta api kira-kira 40 meter dari rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Mohamad Adam Mukhriz, anak sulung daripada tiga beradik itu dikatakan tercampak kira-kira 10 meter dari landasan selepas dilanggar. Mangsa berada dalam jagaan datuk dan neneknya dan mereka tidak menyedari kanak-kanak berkenaan keluar dari rumah.
Datuknya, Mahmud Mat Daud, 58, berkata, biasanya Adam bangun agak lewat, namun semalam dia bangun awal dan menuju ke landasan kereta api tanpa disedari sesiapa.
"Saya dan isteri yang ketika itu berada di luar rumah, langsung tidak perasan kelibat Mohamad Adam. Saya dan isteri hanya tersedar dia tiada di dalam rumah apabila mendengar bunyi hon kereta api.
"Isteri saya cuba menyelamatkan Mohamad Adam, namun tidak sempat," katanya yang menjaga Mohd Adam kira-kira dua bulan lalu selepas mendapat kebenaran daripada menantunya. Bapa kanak-kanak itu, Mohd Afif Jaafar, 27, berkata, tiga hari lalu, dia bermimpi cedera parah di kepala dan mati akibat terbabit kemalangan dan mimpi itu berulang selama tiga hari.
"Saya sangka mimpi itu hanya mainan tidur, tapi rupa-rupanya ia petanda anak sulung akan pergi buat selama-lamanya," katanya. Menurut Mohd Afif yang menetap di Marang, Terengganu, selepas mengalami mimpi aneh itu, dia berasa tidak sedap hati dan memutuskan pulang ke kampung petang kelmarin selepas memohon cuti dua hari untuk menjenguk Mohd Adam.
"Bagaimanapun, hasrat untuk melihat anak tak kesampaian selepas dihubungi seorang saudara kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam) mengenai kemalangan itu," kata pekerja syarikat swasta itu ketika ditemui di Hospital Machang, semalam. Sementara itu, Pengurus Keretapi Tanah Melayu (KTM) Wilayah Timur, Ibrahim Sulaiman berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu membabitkan kereta api Tren Ekspres Senandung Wau yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat.
P/s: Maaflah, berdasarkan gambaran yang diberikan oleh akhbar, kemalangan itu berlaku kerana kecuaian penjaga kanak-kanak itu dan ketidakprihatinan pihak KTM yang tidak (mungkin rosak) membina pagar berhampiran dengan kawasan kediaman. Tragis sungguh!
|
Dibicarakan 3 Bulan Mulai Julai Posted: 31 Mar 2011 07:54 PM PDT
Saya petik: [HM] SHAH ALAM: Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang menggemparkan negara tahun lalu akan mula dibicarakan selama tiga bulan di Mahkamah Tinggi, di sini, mulai 4 Julai depan.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir menetapkan tarikh itu pada prosiding sebutan semula kes itu, semalam.
Terdahulu, tertuduh, bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh Sosilawati dan tiga lagi individu, Ogos tahun lalu.
Keempat-empat tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam bahasa Tamil dan tenang sepanjang prosiding kira-kira setengah jam itu. Mengikut pertuduhan, Pathmanabhan, 42, T Thilaiyalagan, 20, R Matan, 21, dan R Khatavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.
Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pada prosiding semalam pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani.
Tertuduh diwakili peguam, Manjeet Singh, Puspha Ratnam, Amer Hamzah Arshad, Datuk Ng See Teong, Ravi Nekoo dan Gurbachan Singh.
Kes pembunuhan itu mendapat publisiti meluas apabila Sosilawati dilaporkan hilang sejak 30 Ogos tahun lalu selepas ke Banting atas urusan pembelian tanah ditemani Kamaruddin, Noorhisham dan Ahmad Kamil.
Pada 6 September tahun lalu, BMW M5 dipercayai milik Sosilawati ditemui di parkir Pangsapuri Angsana, USJ 1, manakala BMW milik Ahmad Kamil dijumpai di depan rumah teres berhampiran sebuah hotel di sini.
Misteri kehilangan keempat-empat mangsa terungkai pada 12 September tahun lalu apabila Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zini mengesahkan mereka dibunuh sebelum dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke sungai berhampiran.
|
Wow, Pegawai SPRM Tonton Klip Video Porno! Posted: 31 Mar 2011 07:12 PM PDT Saya petik: [MK] Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal siasat Teoh Beng Hock.
Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, tan Sri James Foong hari ini.
Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitangannya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka berada di premis berkenaan.
Dalam keterangannya, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009.
Foong: Pada pendapat saya, adalah agak longgar cara saksi diperhatikan. Kenapa? Saya ingin tahu mengapa tiada kawalan keselamatan?
Hishamuddin: Arahan diberikan (melalui memorandum dalaman) dan mesti ada pegawai (yang mengiringi saksi).
Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?
Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.
Foong: Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.
Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap "ia di luar kawalannya".
"Ini tiada kaitan dengan kerja... mungkin inisiatif sendiri," katanya.
Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas beliau membantu seorang lagi rakannya menyoal Teoh.
P/s: Kah kah kah. Pegawai SPRM pun mahu berahi! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan