DIALOG RAKYAT |
- NUJ mahu SPRM tidak ugut wartawan
- NGO Melayu, PKR desak identiti lelaki didedah
- SEKAT LINTAH DARAT HISAP DARAH PENIAGA
- Ilmu, Akademik, Kuasa
- Konspirasi politik keji wajar dihukum
- Video Seks: KPN Kata Ia Tulen. Persoalannya....
- PERCAYA ? KENAPA TAK PERCAYA ?
- PR YAKIN MENANG DI SARAWAK
- Tiga bulan berhujah
- SPR akan laksana urusan persempadanan semula
- Lebih 19,000 kes Tibi dikesan tahun lalu
- Pembangkang Diberi Amaran Jangan Politikkan Kebakaran Di SK Long Tuma
- Calon Bebas Punya 30 Pilihan Simbol
- ADUN Lenggeng Dipenjara 3 tahun, Denda RM20,000
- Sistem Undi Pos Akan Dipinda - SPR
- Pilihan Raya DUN Sarawak: PAS Pertaruh Dua Calon Wanita
- Muktamar Agung PAS: Semua Jawatan Tertinggi Akan Dipertandingkan
- Kebenaran Video Lucah Terus Ditunggu
- Saidi kecewa agensi kerajaan lewat keluar lesen baiki, luruskan tebing Sg Pegalan
- Projek MRT : Uji Kerjasama Pusat Dan Kerajaan Selangor
- Sivarasa : Kalau Benar Dakwaan Sila Tunjukkan Bukti
- Pimpinan Umno Hanya Pertahan Agama Bila Ada Kepentingan
- Penjenamaan Semula Unisel Angkat Martabat Universiti Tempatan
- Rasuah Tetap Rasuah, Kata TI-M
NUJ mahu SPRM tidak ugut wartawan Posted: 01 Apr 2011 04:21 AM PDT Tidak ada sesiapa, tanpa mengira kedudukan mereka seharusnya dibenarkan mengugut wartawan. Jika ada pihak yang tidak selesa dengan mana-mana soalan yang dikemukan oleh media, mereka seharus berkata tiada ulasan. Demikian kod yang perlu diikuti jika tidak ingin bercakap kepada media, tanpa mengira apa isu dan bukannya dengan mengugut wartawan kata Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini. Kesatuan itu merujuk kenyataan pengerusi jawatankuasa aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Nor Abdullah, semalam yang menuduh wartawan cuba "memancing undi" apabila disoal berhubung siasatan dakwaan rasuah ke atas Menteri Besar Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. "Wartawan hanya menjalankan tugas mengumpul maklumat untuk tatapan umum. "Mereka tidak mensasarakan sesiapa secara khusus atau cuba mensensaikan sesuatu situasai," kata presiden NUJ, Hata Wahari. Pada kejadian semalam, Mohd Nor yang berang dengan asakan soalan berhubung siasatan Taib pada sidang medianya berkata wartawan menghadapi kemungkinan padah mengikut Akta Penerbitan dan Percetakan. Beliau yang juga adalah bekas hakim Mahkamah Rayuan yang mengetuai panel lima anggota jawatankuasa aduan SPRM. | ||
NGO Melayu, PKR desak identiti lelaki didedah Posted: 01 Apr 2011 04:16 AM PDT MALAYSIA KINI TV Selangor memetik Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mendedahkan ketulenan video itu sebelum mengesahkan individu yang dirakamkan terlebih dahulu, jelas bermotif politik. "Kita konsisten dengan pendirian bahawa dalam kes video seks ini bermotif politik. Jadi tindakan awal kita ialah membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga perlaku itu yang dikenali sebagai Datuk T ini. "Mereka menayangkan bahan berbentuk lucah yang dalam definisi kesalahan jenayah dalam Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Laporan polis itu menjurus kepada perlakuan jenayah yang dilakukan mereka. Jadi tidak timbul video ini menimbulkan keraguan atau tidak," kata Shamsul. Menurut beliau, PKR telah menawarkan puluhan rekod tetapi tidak diendahkan oleh polis. "Puluhan rekod polis ini seolah-olah dipandang enteng dan tidak penting kepada pihak polis. Ini jelas memperlihatkan adanya 'double standard' atau unsur pendakwaan terpilih di dalam kes seperti ini," katanya. Sementara itu, Bernama melaporkan Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) mahu pihak polis perlu berterus-terang dan mendedahkan identiti orang terlibat. Presidennya, Datuk Dr Kamarudin Kachar berkata ketua polis negara telah mengesahkan ketulenan video tersebut menerusi siasatan pakar-pakar namun enggan mendedahkan identiti pelaku dalam video itu. "Persoalan siapakah pemilik identiti lelaki yang dalam video berkenaan hanya boleh dirungkai oleh pihak polis memandangkan polis terlibat dalam siasatan pita video tersebut dari A hingga Z. "Kita sebagai orang awam meminta supaya pihak polis berbuat demikian bagi mengakhiri segala kekalutan yang berlaku akibat terlalu banyak sangat spekulasi yang timbul disebabkan orang masih berteka-teki siapa sebenarnya lelaki berkenaan," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini. Dalam pada itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar yang turut menyokong supaya polis mendedahkan identiti pelaku dalam video itu | ||
SEKAT LINTAH DARAT HISAP DARAH PENIAGA Posted: 01 Apr 2011 04:14 AM PDT | ||
Posted: 01 Apr 2011 04:05 AM PDT Beberapa hari yang lalu, saya terbaca berita dalam akhbar bahawa bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan isterinya, Siti Hasmah Mohd Ali menerima ijazah kehormat ulung daripada Universiti Malaysia Perlis (Unimap). Tidak lama sebelum ini, isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor menerima anugerah ijazah kehormat dari Universiti Limkokwing; sementara Perdana Menteri Najib Razak pula dianugerahi ijazah kehormat Doktor Persuratan Undang-Undang oleh Universiti Monash. Universiti dan Perdana Menteri di Malaysia amat berminat dengan gelaran "ijazah kehormat". Setelah saya "google" di laman internet, senarai PM dan isteri/ibunya yang dianugerahkan ijazah kehormat adalah seperti berikut: Najib: Universiti Meiji (2010), Universiti Monash (2011), Universiti Multimedia (2005) Maklumat di atas adalah tidak lengkap. Malah, pasangan suami isteri Mahathir Mohamad menerima anugerah yang tidak terbilang. Siti Hasmah sahaja menerima 16 anugerah ijazah kehormat di dalam dan luar negeri sehingga tahun 2004. Anugerah yang diperolehi Mahathir Mohamad semestinya lebih daripada itu. Mengkaji pemikiran pemimpin Ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami apabila ahli politik berminat dengan ijazah kehormat. Dari kaca mata rakyat jelata, mereka yang berkecimpung dalam politik semuanya orang yang tamakkan kuasa, bergelut untuk menghambat kepentingan masing-masing. Maka, dengan gelaran ijazah kehormat, bunyinya lebih sedap - kedengaran lebih berpegetahuan dan tinggi reputasinya. Namun, ia sesuatu yang menjelikkan apabila universiti berebut-rebut untuk mengkalungkan anugerah ijazah kehormat yang "beraneka" untuk memikat hati politikus. Misalnya, Universiti Utara Malaysia menganugerahkan ijazah kehormat "Doktor Falsafah Demokrasi" kepada Abdullah Ahmad Badawi; dan Universiti Limkokwing pula menganugerahkan Doktor Kehormat Inovasi Pembangunan Insan (Transformational Leadership In Human Capacity Development) kepada Rosmah Mansor (gambar kiri) - gelaran-gelaran yang sememangnya tidak diketahui makna erti-nya. Selain penganugerahan ijazah kehormat dan penamaan bangunan dengan nama ahli politik, universiti juga memikat hati politikus dengan menubuhkan institusi untuk mengkaji ahli politik tertentu. Sesungguhnya, bukan sesuatu yang salah jikalau institusi tersebut digunakan untuk menyimpan persuratan, dokumen, maklumat bersejarah tentang ahli politik tersebut - untuk kajian akademik atau rekod sejarah, misalnya perpustakaan setiap presiden Amerika Syarikat. Tetapi terdapat universiti yang kononnya mahu mengkaji "pemikiran" pemimpin politik tertentu, seolah-olah pemimpin tersebut adalah "raja daripada ahli falsafah" sebagaimana yang dikatakan Plato. Saya dimaklumkan bahawa Univeristi Utara Malaysia telah menubuhkan Institut Pemikiran Mahathir. Cuma, apakah hasil kajiannya? Di Libya... Satu artikel dalam majalah YaZhouZhouKan mengisahkan bagaimana Wuhan University di China pernah menganjurkan satu seminar "pemikiran Muammar Gaddafi", untuk mengkaji pemikiran dan prestasi akademik Gaddafi - yang kini sedang bertempur dan membedil rakyatnya. Pada hakikatnya, Gaddafi amat berminat dalam bidang kajian pemikiran.
Gaddafi dan kerabatnya, terutama anaknya Saif al-Islam Muammar al-Gaddafi, mempunyai rancangan perhubungan awam yang sangat rapi, berjaya menampilkan Libya sebagai negara di mana masyarakat sivilnya sedang membangkit, dan negara ini diurus tadbir dengan baik dan demokrasi. Mereka mengajak ahli akademik yang terunggul dari negara Barat untuk bertemu dengan Gaddafi dan mengkaji pendemokrasian bersama Saif - melalui syarikat perhubungan awam di Amerika Syarikat dan "Tabung Gaddafi", NGO kononnya. Sila merujuk senarai nama berikut: David Held (Profesor di London School of Economics) Nama-nama di atas adalah tokoh yang terkenal dalam bidang sosiologi. Nama-nama besar ini agak kekok selepas tercetusnya revolusi Libya, kerana mereka pernah terlibat dalam projek perhubungan awam kerajaan Libya, menerima layanan dan perkhidmatan yang baik daripada kerajaan Libya. Sesungguhnya, ianya bukanlah sesuatu yang tidak elok jika hanya pergi untuk memerhatikan sistem masyarakat di negara tersebut. Bukan semua ahli akademik terperangkap dengan pembohongan kerajaan Libya. Namun, terdapat juga ahli akademik yang berjaya dikaburi, misalnya Benjamin Barber, yang melihat sesetengah institusi rekaan kerajaan Libya sebagai percambahan demokrasi - lantas ia menjadi bahan sindiran apabila dilihat sekarang. David Held adalah penyelia Saif (anak Gaddafi) dalam penulisan tesis untuk doktor falsafahnya. Held yakin bahawa Saif adalah reformis yang bakal menerajui Libya untuk menuju ke arah demokrasi dan kebebasan. Saif suka menggunakan teori dan konsep yang memikat hati Held, dan sangat disukai Held. Kini, tokoh yang menghasilkan teori demokrasi ini seolah-olah dipermainkan diktator yang junior ini. Sahabat Held, iaitu John Keane yang juga merupakan pengkaji teori, telah menulis sepucuk surat terbuka kepada Held pada minggu lalu, berjudul Libya, Intellectuals and Democracy. Saya memetik salah satu perenggannya yang agak istimewa, berbunyi: The fact is that scholars in our field were much sought after by its dictatorship; unusually, some of its officials seemed to like political thinkers, especially those with a long-standing interest in the subject of democracy. The point was confirmed by an important WikiLeak. It revealed how "leadership and management training" and mobilising intellectuals in other countries formed part of the regime's velvet glove policy of clawing its way back from isolation – and doing so by nurturing what public relations industry people call reputation management. Pengasas teori menjadi sebahagian daripada projek pengurusan reputasi regim diktator - sememangnya sesuatu yang cukup kreatif oleh Gaddafi, malah lebih celik daripada "satu" kerajaan yang suka menciplak slogan orang lain. Untuk cendekiawan, sesungguhnya ia merupakan sindiran yang amat sinis! *Ngeow Chow Bing ialah pengkaji politik dan kolumnis di MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, diterjemah dan disunting daripada teks asal yang disiarkan pada pada 29 Mac 2011. | ||
Konspirasi politik keji wajar dihukum Posted: 01 Apr 2011 03:55 AM PDT Oleh Lim Yew Chien Seandainya negara ini adalah "waras", sudah tentunya isu klip video seks yang dibikin Datuk T tidak akan berlaku. Ini kerana bukan sahaja penayangan klip video seks kepada media gagal mencapai tujuannya untuk menfitnah, malah bakal mencungkil kemarahan umum sebaliknya. Lebih-lebih lagi, perbuatan sedemikian akan berdepan dengan tanggungjawab jenayah. Mustahil konspirator bodoh sehingga terlibat dalam kelakuan yang merugikan dirinya. Namun demikian, nampaknya Malaysia bukanlah sebuah negara yang "waras". Sememangnya, hipotesis di atas didasari dengan pra-syarat bahawa klip video tersebut bukan sesuatu yang benar, iaitu pelakunya adalah Anwar Ibrahim sebagaimana yang disasarkan. Kesahihan video tersebut boleh dikenalpasti kemudiannya. Namun, melihat kepada pendekatan Datuk T mengumumkan video tersebut, agak jelas bahawa kesahihan video tersebut adalah rendah.Mengapa simpati terhadap Anwar? Identiti Datuk T sudah terdedah - sama ada orang yang berdendam, atau bertentangan pendirian dengan Anwar dari politik. Apa yang diwar-warkan dalam kenyataan bahawa "mahu membongkar kemunafikan politikus" sebelum itu kini menjadi sesuatu yang tidak masuk akal. Seandainya "kelemahan" musuh atau seteru dikuasai, maka ia akan dipergunakan sebaiknya untuk menghasilkan sabotaj yang maksima - tanpa belas kasihan dan rasa simpati. Jikalau itulah keadaannya, maka apa yang harus dilakukan Datuk T adalah menyebarkan klip video ini seluas yang mungkin. Jikalau klip video tersebut dikesahkan benar, maka penontonnya semestinya akan mendesak agar Anwar berundur selepas menyaksinya. Maka berjayalah usaha untuk memusnahkan Anwar. Tetapi Datuk T tidak berbuat demikian, sebaliknya menyiarkan video tersebut sekali sahaja. Kemudian mereka mengugut agar Anwar meletakkan jawatan dengan sendiri, atau mereka akan mengedarkan kepada umum klip video tersebut. Apa perlunya Datuk T untuk bermurah hati, tidak memusnahkan Anwar sekaligus, sebaliknya memberi peluang agar Anwar berundur sambil menjaga kehormatan dirinya? Mungkin inilah jawapan yang rasional - Datuk T telah sedar sebermulanya, bahawa lelaki dalam klip video tersebut bukan Anwar. Ia terlalu senang untuk dibongkarkan. Maka pendekatan untuk memusnahkan Anwar sekaligus gagal mencapai tujuannya. Sememangnya, klip video seks ini telah memberi impak berikutan "kerjasama" yang sungguh-sungguh dari media. Semestinya Datuk T mahu memaksimakan kesan sabotajnya. Jadi, dalam keadaan di mana mereka mahu memaksimakan impak tanpa bukti yang sah, maka nampaknya Datuk T hanya boleh menggunakan pendekatan yang sedia ada - biar media bertanggungjawab menyebarkan khabar, tetapi tidak memberi peluang kepada orang lain untuk mendapatkan klip tersebut supaya segala penjelasan mahupun pembelaan diri boleh dilakukan dengan jelas dengan merujuk kepada bahan yang ada. Media menjadi perkakas BN Media yang asalnya menjadi perkakas Barisan Nasional semestinya tidak kisah untuk diperalatkan sepenuhnya. Malah media ini tetap menghebohkannya walaupun konspirasi di sebalik klip video tersebut dibongkarkan secara beransur-ansur. Fitnah yang berniat jahat ini tidak diambil tindakan - inilah yang membezakan antara Malaysia dengan negara lain yang "waras". Media arus perdana yang lain, mungkin kurang "niat jahat"-nya berbanding perkakas BN, dan telah berhenti untuk memainkan isu ini. Namun, ia tidak mengubah hakikat bahawa mereka telah dipergunakan orang lain. Anwar dan Pakatan Rakyat membalas serangan dengan menyasarkan teras tampuk kuasa negara, namun media arus perdana ini hanya mencuit pada kulit. Ini adalah perbezaan terbesar antara media arus perdana dengan media internet. Walaupun media internet juga melaporkan berita klip video ini, tetapi pada masa yang sama mengetengahkan kesangsian dalam video tersebut. Reaksi Pakatan Rakyat kemudiannya, teori konspirasi yang diketengahkan turut diberi liputan yang luas. Media arus perdana mungkin menganggap "konspirasi politik" adalah spekulasi yang belum dikenalpasti, maka ia tidak wajar dihebohkan. Persoalannya, bukankah ia juga tuduhan yang sarat dengan kesangsian untuk mengatakan lelaki dalam video tersebut adalah Anwar? Mengapa pula diheboh-hebohkan hal ini? Bukankah ini ibarat peribahasa Cina, "Menteri dibenarkan untuk membakar dengan api, tapi rakyat jelata dilarang untuk menyalakan api sebagai lampu?" Secara keseluruhannya, media arus perdana telah menjadi perkakas politik, malah adalah perkakas kepada politik yang keji dan jijik. Media mungkin dipergunakan kerana kecuaian, maklumlah dalam masa yang suntuk, ditambah pula dengan percaturan Datuk T, maka ia bolehlah dimaafkan. Tetapi seandainya tiada muhasabah kemudiannya, tidak memberi ruang kepada mangsa untuk menjawab, maka persoalannya - di manakah profesional dan etika wartawan dan editor? PR mempersoalkan, mengapa Datuk T tidak diambil tindakan undang-undang selepas mengakui bahawa dirinya menayangkan video lucah? Tiada pendakwaan setakat ini selepas polis menyoal siasat Datuk T. Setelah suspek secara terbuka mengakui dirinya melakukan jenayah, apa lagi yang sukar untuk polis? Tiada pendakwaan sehingga hari ini - bukankah ia sudah memadai untuk mengesyaki kewujudan konspirasi politik? Siapa dalang di sebalik tabir? Ada yang mendakwa cara pengendalian isu video seks ini adalah kasar, maka kemungkinan ia bukan didalangi pemerintah. Namun, seandainya sasarannya dituju kepada komuniti konservatif yang hanya terdedah kepada media arus perdana, maka ia tetap memberi kesan - sama ada pendekatan ini kasar mahupun halus. Lebih-lebih lagi, pelaksanaan konspirasi boleh di-"outsource"-kan. Mana-mana politik yang berdarjat rendah boleh ditanggung pihak yang berkenaan. Ia seolah-olah politik yang tidak memerlukan modal. Politik jijik menyelubungi negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dari rampasan kuasa di negeri Perak, hinggalah sebaran gambar peribadi Elizabeth Wong. Dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyasarkan kerajaan PR, sehingga tragedi kematian Teoh Beng Hock, hinggalah kes liwat Anwar Ibrahim. Jelas, BN mahu meyakini rakyat bahawa PR gagal menjalankan amanah rakyat sebab gagal menguruskan hal-ehwal dirinya. Tetapi rakyat seharusnya berfikir, siapakah yang paling mungkin untuk menjadi dalang di sebalik tabir? Kebetulan klip video seks ini muncul menjelang PRU ke-13. Ia memperingatkan rakyat bahawa pilihan raya adalah penghakiman terhadap politik yang jijik. Jadi, pengundi bertanggungjawab untuk menghukum politik jijik ini dengan undinya dalam pilihan raya kali ini. *Lim Yew Chien pernah menjadi pengacara rancangan forum isu semasa, juga kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 30 Mac 2011 | ||
Posted: 01 Apr 2011 03:38 AM PDT Oleh Hishamuddin Rais Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana pembukaan sedunia, filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput. Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana pembukaan sedunia, filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput.Walau apa pun aku mesti berkata benar bahawa aku merasa begitu bangga sekali apabila seorang pengarang akhbar The Star menelefon dan menjemput aku untuk datang menonton. Menggeletek anak tekak, tak sabar-sabar nak menonton Tiga Mat Boroi. Cepat-cepat aku seterika baju dan seluar. Aku juga merasa amat amat gembira kerana dapat sama-sama merayakan kerja seni garapan Le Petit Tambi. Le Petit Tambi ini adalah pengarah filem kanak-kanak pada tahun 80-an dahulu. Dia cukup hebat dalam hal kanak-kanak dan buat anak. Dari apa yang aku difahamkan, filem terbaru ini adalah percubaan awal untuk meninggalkan genre kanak-kanak dan memasuki filem yang dianggap engaging atau filem fikrah. Bayangkan betapa bangganya aku kerana telah dijemput untuk melihat tayangan eklusif Tiga Mat Boroi ini. Tayangan ini bukan di panggung kokak di Penang Road atau di Mid Valley. Aku dijemput ke panggung yang amat eklusif - Le Carcosa. Tentang Carcosa ini, aku pernah diberitahu bahawa satu ketika dahulu Queen Elizebeth pernah terkencing berdiri di tandasnya. Ini terjadi sesudah Queen Elizebeth makan sup tomyam yang agak pedas di Jalan Masjid India. Drama ini berlaku ketika Queen Elizebeth datang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan Sukan Kommonwealth pada tahun 1998 dahulu. Berita Queen Elizebeth terkencing berdiri di Carcosa ini memang tidak dilaporkan media kerana takut akan menjadi satu trend ikutan anak-anak muda. Amat ditakuti kalau-kalau anak muda akan pergi beramai-ramai ke Carcosa hanya untuk berdiri terkencing. Bila aku sampai ke Le Carcosa, aku telah disambut oleh lelaki gelap berpakaian serba hitam, termasuk berkaca mata hitam. Sekali pandang mereka kelihatan seperti pelakon dalam filem Man in Black. Sekali lagi pandang mereka ini semuanya seperti samseng dalam filem Tamil - bangang tapi lawak. Liputan meluas Kemudian aku pun dibawa masuk ke dalam panggung. Kelihatan ramai para gedebe tempatan dan wartawan yang telah datang lebih awal berada di situ. Semuanya kelihatan resah dan gelisah , duduk ternanti-nanti bilakah filem ini akan diputar. Sebelum filem diputar, Le Petit Tambi sebagai pengarah telah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, terutama wakil media. Le Petit Tambi berharap filem Tiga Mat Boroi ini akan mendapat liputan yang meluas. Menurut pengarah filem ini, dengan laporan media pasti orang ramai akan teringin ke panggung untuk menonton. Filem pun diputar. Belum sampai tiga minit, mula kedengaran orang berdengkur. Pada minit ketujuh, dua orang penonton bangun untuk ke tandas. Untuk aku, ini petanda yang kurang sihat kerana filem ini tidak dapat memaku bontot penonton di kerusi. Aku sendiri kembali untuk memberi konsentrasi dan melihat semua adegan yang sedang bergerak di hadapan mata. Aku terperanjat besar. Menurut Le Petit Tambi, filem ini adalah filem drama politik yang serius. Tetapi bila aku lihat, filem ini adalah filem komedi bodoh bergenre Senario. Malah aku hairan kenapa tajuk filem ini diberi nama Tiga Mat Boroi. Tajuk sebegini sudah lawak. Tidak mungkin tajuk sebegini akan dilihat sebagai filem yang serius. Filem genre politik yang serius untuk aku adalah filem seperti Maria Mariana atau Sembilu. Filem-filem ini memiliki drama politik yang hebat dan tak ada tolok bandingan dalam dunia perfileman. Sebelum filem diputar tadi, Le Petit Tambi juga berkata bahawa adegan di ranjang dalam filem ini cukup hebat. Pengarah telah menggunakan lapan buah kamera. Ini untuk memastikan semua sudut dirakam tanpa ada potongan. Penggunaan lapan buah kamera ini cukup hebat, malah lebih hebat dari Stanley Kubrick ketika membuat adegan ranjang dalam Lolita. Stanley Kubrick hanya menggunakan tujuh buah kamera sahaja. Ini betul-betul sikap Malaysia Boleh dari Le Petit Tambi! Menurut Le Petit Tambi, filem ini mengisahkan seorang negarawan ulung yang telah digoda oleh seorang gadis Siam. Si gadis ini adalah pengintip macam Mata Hari yang dihantar khusus ke Malaysia oleh kerajaan Siam untuk mengagalkan projek Getah Negara. Jika projek Getah Negara ini berjaya, maka Siam akan kehilangan pasaran yang amat besar. Inilah jalan cerita filem ini. Bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi tentang adegan ranjang ini, air liur aku meleleh. Aku ternanti-nanti adegan ranjang ini. Malah aku telah bersedia dengan sarung tangan, jika kejantanan aku terganggu. Jika terganggu, aku tahu apa yang wajib aku lakukan. Long shot Tup! Tup! Apabila adegan ranjang bermula, aku terperanjat besar. Aku merasa tertipu. Walaupun lapan kamera digunakan dari pelbagai sudut, semuanya kelihatan gagal. Semua gambar kabur dan bergoyang- goyang. Tidak ada satu pun kamera yang berani menyorot dekat. Semua gambar diambil dari jarak jauh - long shot. Malah cukup menyedihkan kerana tidak ada satu pun reverse angle untuk memperlihatkan reaksi muka negarawan yang sedang bertogel. Apa yang jelas dilihat hanyalah punggung dan bahagian belakang si negarawan ini sahaja. Macam si negarawan sedang membuat tekan tubi. Adegan ranjang ini adalah adegan yang paling tidak ranjang, yang pernah aku lihat. Gambar yang agak kabur dan bergoyang-goyang ini bertambah buruk lagi dengan lakonan kaku watak utamanya. Pelakon yang menjadi negarawan ini kelihatan tidak kacak. Kalau tidak kacak tetapi memilik badan yang gagah perkasa, mungkin juga penonton akan berpuas hati. Tetapi ini tidak juga berlaku. Mengikut istilah 'nyah ', badan pelakon utama ini, "cukup mak tak taste." Biar aku berkata jujur bahawa pelakon ini kelihatan boroi. Keboroiannya kelihatan jelas apabila dia bangun untuk memakai seluar. Perutnya kelihatan gendut. Malah apabila dia bangun, aku terdengar ramai yang ketawa melihat perutnya yang boroi dan bergoyang-goyang. Mengambil pelakon berperut boroi adakah kesilapan yang amat besar. Dalam pembikinan filem, amat penting pemegang watak utama dilihat kacak dan bergaya. Kalau pun bukan bermuka Brad Pitt, sekurang kurangnya pilihlah muka kacak seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin. Apabila wira filem ini mula berjalan, aku hampir terbarai ketawa. Tetapi kerana hormat kepada penonton yang lain aku terpaksa mengigit jari untuk menahannya. Sakit perut aku menekan ketawa masuk ke perut. Pesta filem di Cannes Bayangkan, siapa pun akan ketawa apabila melihat imej negarawan ini, bukan sahaja boroi, pungungnya tonggek pula. Oh la la... di mana silapnya tuan pengarah ini? Mata aku mencari-cari dalam gelap, di manakah Le Petit Tambi? Pada ketika itu, aku rasa nak memberi satu penampar kepada tuan pengarah. Kemudian si negarawan bangun untuk memakai baju. Nah, sekali lagi aku teperanjat. Kelihatan jelas tangannya yang memegang baju itu kelihatan berbulu lebat. Memang betul, bukanlah berbulu macam King Kong. Tetapi aku amat yakin pelakon ini cukup sesuai untuk berlakon dalam iklan Gillette. Tangannya yang berbulu itu akan kelihatan licin jika dicukur dengan Gillette. Bila lampu dibuka, aku terperanjat sekali lagi. Hanya tinggal lima kerat dalam panggung Carcosa ini. Penonton yang lain telah senyap-senyap cabut pulang. Aku diperkenalkan oleh Le Petit Tambi dengan dua orang lagi yang menjadi pembantu pengarah. Bila aku lihat muka pembantu pengarah ini, aku rasa nak menempeleng kepala mereka. Muka mereka kelihatan 'poyo' walau pun mereka kelihatan bangga menjayakan filem ini. Le Petit Tambi tanpa malu dan segan telah berkata bahawa filem ini akan di bawa ke pesta filem di Cannes. Sedih bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi ini. Aku merasa sedih kerana kebodohan mereka. Aku rasa filem ini, kalau YouTube adakan syarat piawaian, sudah pasti filem ini tidak akan lepas. Bila sampai ke rumah, aku termenung dan langsung membuka internet. Aku terperanjat beruk apabila membaca tentang Ummi Ufilada yang telah membuat sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa dia memiliki 18 buah lagi filem yang akan menandingi kehebatan filem Tiga Mat Boroi. Aku hampir pengsan apabila membaca berita ini. Nampaknya si Ummi ini ingin bertempur dengan Le Petit Tambi. Lalu aku terfikir, apa sudah jadi? Lalu aku bertanya, ke mana arahnya perkembangan filem Melayu hari ini? Apakah peranan Finas telah gagal? Apakah desas-desus yang aku dengar tentang Finas kini betul? Untuk para pembaca yang teringin menonton filem Tiga Mat Boroi ini, lupakan sahaja. Tetapi kalau nak melihat orang boroi tak susah. Yang agak susah ialah bertemu orang boroi yang tonggek dan tangan bebulu. Orang jenis ini hanya berada di Siam. Tetapi kepada anak muda, kalau hendak pergi terkencing berdiri di paggung Le Carcosa seperti Queen Elizebeth dipersilakan. | ||
Video Seks: KPN Kata Ia Tulen. Persoalannya.... Posted: 01 Apr 2011 03:35 AM PDT KELAB GREENBOC Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen. Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama. Beliau berkata kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya. Baru-baru ini, rakaman video seks yang dikatakan menunjukkan aksi seks seorang pemimpin kanan pembangkang, dipertontonkan kepada beberapa editor media. Ia didedahkan pada 21 Mac lalu oleh trio Datuk T yang terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim. -mk IGP: Video seks didedah 'Datuk T' tulen Ulasan GB Keputusan itu tidak menghairankan. Keputusan yang diumumkan sempena pilihanraya negeri Sarawak. OK. Rakaman mungkin boleh dikatakan tulen sebab ia hitam putih - tidak dapat dikesan sebarang "superimposed" kerana yang melakukannya adalah juga "pakar" di dalam teknologi. Pakar teknologi boleh pada bila-bila masa mengalahkan pakar perfileman. Jika demikian, persoalan kini: Siapa pula "pelakon" itu? Seperti yang didedahkan sebelum ini, tidak mustahil wujud wajah seiras tetapi tak serupa. Kedua setakat mana "kepakaran" mereka yang dikatakan "pakar" yang telah menyiasat kes tersebut? Apa kelulusan dan pengalamannya di dalam bidang teknologi? Ianya perlu didedahkan untuk ketelusan. Ketiga, bagaimana pula kesalahan mereka yang merakam, memiliki, menyimpan dan mempertontonkan video seks berkenaan? Ia semuanya dibebankan kepada pihak Polis dan Peguam Negara jika beliau ingin meneruskan kes tersebut. | ||
PERCAYA ? KENAPA TAK PERCAYA ? Posted: 01 Apr 2011 03:35 AM PDT BULETIN ONLINE Bala apa pula yang nak terjadi di Malaysia ini, apabila ada seorang yang bernama Mat Zain bin Ibrahim telah menulis surat terbuka kepada Ketua Polis Negara bersabit isu Video Lucah.Mat Zain Ibrahim (gambar) ialah bekas pegawai kanan PDRM berpangkat SAC II pada ketika itu yang pernah menjadi Ketua Penyiasat 'Mata lebam' Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan dibelasah oleh bekas Ketua Polis Negara Rahim Nor. Beliau mendedahkan satu laporan yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim yang mengaitkan orang-orang besar ketika itu termasuklah Tun Mahathir, Allahyarham Mokhtar Abdullah dan Gani Patail (Peguam Negara) berhubung perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin politik dan kerajaan. Laporan polis Tun. H.S.Lee report 2251/99 bertarikh 28/8/1999 yang melibatkan Rahim Tamby Chik telah ditutup. Mat Zain Ibrahim terdahulu daripada ini telah pun menulis surat terbuka kepada Datin Kelsom seorang penulis buku bertajuk "THE SHAFEE YAHYA STORY" yang membongkarkan dakwaan pemalsuan keterangan dalam kes 'mata lebam' Anwar Ibrahim. Disini kita dapat melihat bagaimana seorang bekas pegawai polis kanan secara terang-terang menceritakan apa yang tidak betul telah berlaku (pada pendapat beliau) dengan melampirkan butiran secara terperinci terutamanya berhubung dengan kredibaliti Gani Patail sebagai Peguam Negara. Semua orang tahu bahawa sesuatu kes itu untuk dibuat pendakwaan atau pun tidak mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada pejabat Peguam Negara. Apakah Mat Zain Ibrahim ini orangnya kebal dan mengatasi undang-undang lebih daripada "Raja" kerana dalam surat terbuka beliau itu jelas diasak berkemungkinan akan berlaku pendakwaan terpilih daripada pejabat peguam negara. Atau pihak berwajib tidak boleh mengambil tindakan kerana isi didalam surat beliau itu adalah perkara benar berlaku. | ||
Posted: 01 Apr 2011 03:27 AM PDT BULETIN ONLINE KUALA TERENGGANU - Pakatan Rakyat (PR) yakin mempunyai peluang besar dalam meraih kemenangan pada pilihan raya Sarawak pada 16 April depan. Naib Presiden PKR Pusat, Nurul Izzah Anwar berkata, pada pertemuannya di Sarawak minggu lalu menunjukkan telah wujud kesedaran di peringkat rakyat berhubung isu rasuah melibatkan Ketua Menteri termasuklah mendapat perhatian yang memberangsangkan daripada dunia luar mengenai perkara ini. Menurutnya, kesedaran berhubung isu ini meresap ke peringkat bawahan dan memberi bentuk gelombang menunjukkan rakyat di negeri itu mahukan pembaharuan. "Keadaan ini satu peluang keemasan kepada PR dan perlu memberi perha-tian terhadap calon bagi melawan Barisan Nasional (BN). "Alhamdulilah, sebagaimana dimaklumkan Ketua Pembangkang, semua parti di dalam PR sudah bersetuju akan memberi satu calon bagi melawan BN dan ini adalah faktor terpenting dalam menentukan kemenangan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Ceramah Perdana PR di Dataran Pas, anjuran Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN), Batu Burok, di Kuala Ibai, dekat sini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Demokrasi dan Mobilisasi Pas Pusat, Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi. Sementara itu, Nurul Izzah berkata, isu pembahagian kerusi bersama SNAP masih di peringkat perbincangan dan adalah penting bagi PR meletakkan kepercayaan kepada ekuiti yang boleh atau mampu membawa aspirasi rakyat serta tidak berkait pimpinan BN. "Paling utama adalah kerjasama dan juga persetujuan daripada semua parti di dalam PR, ini adalah jaminan serta janji yang akan diberikan kepada peringkat bawahan dan kerjasama ini sudah terbukti. "Kita akan cuba berunding dengan SNAP dan PR tidak boleh mengambil endah berita menyatakan perjanjian antara SNAP dan BN," katanya-SH | ||
Posted: 01 Apr 2011 03:17 AM PDT Oleh Syah Rul Aswari Abdullah TERTUDUH...(dari kiri) Khatavayan, Matan, Thilaiyagan dan Pathmanabhan dibawa keluar dari Makhmah Tinggi Shah Alam, semalam. SHAH ALAM: Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang menggemparkan negara tahun lalu akan mula dibicarakan selama tiga bulan di Mahkamah Tinggi, di sini, mulai 4 Julai depan. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir menetapkan tarikh itu pada prosiding sebutan semula kes itu, semalam. Terdahulu, tertuduh, bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh Sosilawati dan tiga lagi individu, Ogos tahun lalu.
Mengikut pertuduhan, Pathmanabhan, 42, T Thilaiyalagan, 20, R Matan, 21, dan R Khatavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. | ||
SPR akan laksana urusan persempadanan semula Posted: 01 Apr 2011 03:15 AM PDT BERNAMA PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan proses persempadanan semula bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri selepas kali terakhir ia dilaksanakan pada Mac 2003. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata persempadanan semula itu perlu dilakukan sekurang-kurangnya selepas lapan tahun selaras dengan peruntukan Perkara 113 (2) Perlembagaan Persekutuan. "SPR dah boleh mula sekarang tetapi SPR sedang menunggu masa yang sesuai serta lapang kerana sebaik tarikh urusan persempadanan ditetapkan ia perlu diselesaikan dalam tempoh dua tahun," katanya dalam temuramah bersama BERNAMA dan RTM di sini, hari ini. Abdul Aziz berkata, setelah lima kali urusan persempadanan dijalankan, belum ada sebarang pelanggaran Prinsip-prinsip Persempadanan yang ditetapkan oleh Perlembagaan dilakukan SPR. "Apa yang dilakukan SPR seboleh-bolehnya sesuatu bahagian pilihan raya itu sama ada bahagian Parlimen atau negeri diletakkan dalam satu daerah pentadbiran yang sama kecuali bagi beberapa bahagian pilihan raya tertentu di mana jumlah pemilih berkurangan," katanya. Abdul Aziz berkata, dalam keadaan itu SPR terpaksa mewujudkan satu bahagian pilihan raya Parlimen dari dua daerah pentadbiran berlainan terutamanya di bahagian pilihan raya Parlimen di Sabah dan Sarawak. Ditanya mengenai negeri mana yang perlu menjalani persempadanan, beliau berkata semua negeri perlu menjalani proses itu, secara kasarnya di negeri yang Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai bilangan kerusi yang genap. "Jadi SPR mengalukan sebarang cadangan daripada semua pihak mengenainya. Semua pihak termasuk parti politik boleh memberikan cadangan atau saranan untuk dipertimbangkan, namun keputusan muktamad di tangan SPR," katanya. Beliau berkata, empat prisip persempadanan yang ditetapkan ialah kemudahan diadakan bagi pemilih mengundi semasa pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak melanggar sempadan negeri. Kedua, katanya, ia mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam bahagian pilihan raya itu untuk mengadakan jentera yang perlu bagi pendaftaran dan pengundian. "Jumlah pemilih yang seimbang bagi setiap bahagian pilihan raya dalam sesuatu negeri kecuali apabila terdapat kesukaran perhubungan dan pengangkutan yang dihadapi di luar bandar, luas bahagian pilihan raya patut diberi pertimbangan selain mengekalkan hubungan masyarakat tempatan," katanya. Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata proses persempadanan semula itu masih bergantung kepada persetujuan dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat untuk kerusi Parlimen dan Dewan Negeri bagi kerusi DUN. | ||
Lebih 19,000 kes Tibi dikesan tahun lalu Posted: 01 Apr 2011 03:06 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Sebanyak 19,337 kes penyakit batuk kering atau Tuberkulosis (Tibi) dikesan di Malaysia sepanjang tahun lepas, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, berikutan kadar notifikasi kes pada tahun lalu ialah 66.9 bagi setiap 100,000 penduduk negara ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasi Malaysia sebagai negara beban penyakit sederhana. Justeru, beliau meminta setiap individu supaya peka terhadap tanda-tanda awal penyakit itu seperti batuk, demam, susut berat badan yang ketara dan berpeluh pada waktu malam. "Mereka yang menghidap kencing manis, perokok dan mengambil alkohol secara berlebihan pula mempunyai risiko yang tinggi mendapat penyakit itu," katanya dalam perutusan sempena Hari Tibi Sedunia. Beliau meminta individu yang mempunyai satu daripada tanda-tanda atau mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit itu supaya mendapatkan pemeriksaan kesihatan dengan segera bagi mencegah perebakan. Beliau berkata, setiap individu yang mendapat rawatan harus mematuhi arahan rawatan dalam jangka masa sekurang-kurangnya enam hingga lapan bulan. "Adalah amat merbahaya sekiranya pesakit tidak mengambil ubatan seperti yang diarahkan kerana ini akan mengakibatkan kuman Tibi kebal terhadap ubat," katanya. Liow berkata, penyakit Tibi boleh membawa maut jika pesakit tidak mendapat rawatan yang sempurna manakala rawatan sempurna boleh menyembuhkan penyakit itu di samping dapat menjamin ia tidak menular kepada orang lain. "Kerajaan memberi komitmen yang tinggi dalam usaha membanteras penyakit Tibi dengan memastikan rawatan penyakit itu di semua kemudahan kesihatan awam diberikan secara percuma," katanya. Liow berkata, kuman Tibi merebak melalui udara apabila pesakit Tibi batuk dan WHO melaporkan terdapat 9 juta kes baru jenis berjangkit di seluruh dunia setiap tahun dan sekurang-kurangnya 4,700 kes kematian akibat Tibi dilaporkan setiap hari. | ||
Pembangkang Diberi Amaran Jangan Politikkan Kebakaran Di SK Long Tuma Posted: 01 Apr 2011 03:05 AM PDT BERNAMA LAWAS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) diselar kerana menjadikan kejadian kebakaran yang memusnahkan sebuah sekolah rendah di sini baru-baru ini sebagai isu politik. Anggota Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong berkata daripada mencari salah, pembangkang sepatutnya menghulurkan bantuan kepada sekolah itu. "Kejadian ini tidak seharusnya dipolitikkan kerana manusia tidak boleh meramalkan tragedi seperti kebakaran dan setakat ini, punca sebenar kebakaran belum dapat dipastikan lagi," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat. Henry berkata sehingga hari ini, tiada parti pembangkang yang tampil menghulurkan bantuan kepada sekolah berkenaan dan ini membuktikan bahawa mereka hanya pandai mengkritik kerajaan. Isnin lepas, 107 pelajar terpaksa memendekkan sesi persekolahan mereka di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Tuma, kira-kira lima kilometer dari sini, apabila kebakaran memusnahkan bangunan asrama dua tingkat di sekolah itu yang diperbuat daripada papan. Pengawai Pelajaran Daerah Matzinan Wahit dipetik sebagai berkata pelajar yang terjejas ditempatkan sementara di salah sebuah bilik darjah di sekolah itu. Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian sebelum ini mendakwa kebakaran itu berpunca akibat pendawaian elektrik. Baru, yang akan bertanding bagi kerusi DUN Ba'Kelalan, turut mendakwa sungguhpun guru besar sekolah telah melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa yang berkaitan namun tiada sebarang tindakan yang diambil. Henry berkata setakat ini, bantuan wang dan barangan bernilai lebih RM100,000 telah disumbangkan kepada sekolah itu oleh parti komponen BN, Badan Bukan Kerajaan dan syarikat korporat. Sekolah itu mempunyai 346 pelajar dengan sebahagian besar daripadanya berasal dari beberapa kampung di Ba'Kelalan dan sebagai langkah sementara, mereka akan tinggal di kuarters guru yang kosong. | ||
Calon Bebas Punya 30 Pilihan Simbol Posted: 01 Apr 2011 03:04 AM PDT BERNAMA KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menambah 16 simbol lagi untuk digunakan calon bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke-10 pada 16 April ini. Pengarah Akademi Pilihan Raya SPR Abdullah Jusoh berkata pertambahan simbol itu menjadikan 30 simbol boleh digunakan pada kali ini berbanding hanya 14 simbol pada pilihan raya negeri 2006. Tindakan menambah jumlah simbol ini kerana dijangkakan calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya negeri kali ini bertambah, katanya semasa menyampaikan taklimat "Pengurusan Pilihan Raya dan Peranan Media Semasa Pilihan Raya" di sini, Jumaat. Abdullah berkata dengan mewujudkan lebih banyak simbol, ia dapat memastikan tiada calon bebas menggunakan simbol yang sama ketika bertanding di sesebuah kawasan DUN atau Parlimen. Antara simbol yang boleh digunakan kali ini ialah gajah dan udang serta simbol lain antaranya kereta, kapal terbang, pokok dan gelas, katanya. Abdullah berkata calon bebas hanya boleh menggunakan simbol yang disediakan dan dibenarkan SPR itu. Beliau berkata jika ada lebih daripada seorang calon bebas yang mahukan simbol yang sama, SPR akan mengadakan undian bagi menentukan siapakah yang berhak menggunakan simbol berkenaan. Beliau berkata setakat ini terdapat 31 parti politik di seluruh negara mendaftarkan simbol dengan SPR termasuk yang terbaru Parti Cinta Malaysia (PCM)yang diketuai oleh Tang Weng Chew. Pada pilihan raya negeri 2006 seramai 16 calon bebas bertanding, dengan seorang calon berkenaan menang di kerusi DUN Ngemah iaitu Gabriel Adit Demong, yang merupakan penyandang kerusi itu. Gabriel kini merupakan anggota PCM dan pada pilihan raya negeri 2001 Gabriel bertanding atas tiket Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). | ||
ADUN Lenggeng Dipenjara 3 tahun, Denda RM20,000 Posted: 01 Apr 2011 03:02 AM PDT MSTAR ONLINE SEREMBAN: Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM20,000 terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim yang didapati bersalah kerana menerima rasuah pada 2008. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman kerana peguambela mahu membuat rayuan. Mustafa didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997, Seksyen 10 (a) (aa) atas tuduhan menerima suapan di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos 2008. Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun serta denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda daripada nilai suapan. | ||
Sistem Undi Pos Akan Dipinda - SPR Posted: 01 Apr 2011 03:01 AM PDT BERNAMA PUTRAJAYA: Sistem undi pos yang membolehkan kumpulan pemilih tertentu menunaikan tanggungjawab seperti pengundi awam akan dipinda, kata Pengerusi Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Beliau berkata cadangan pindaan pada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya itu akan dibentangkan di Parlimen pada Jun ini dan dijangka dapat diguna pakai pada pilihan raya umum ke-13. "SPR berpendapat sistem pengundian pos yang sedia ada masih lagi relevan. "Pengundi akan dikumpulkan di dewan tertentu untuk mengundi dan bentuk pengundiannya adalah seperti pengundi awam iaitu hanya perlu memasukkan kertas undi dalam tong undi tanpa perlu mengisi Borang 2 dan memulangkannya semula secara pos kepada pihak SPR," katanya dalam temu bual bersama Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di pejabatnya, di sini, Jumaat. Abdul Aziz berkata bagaimanapun pindaan itu tidak terpakai bagi pelajar dan mereka yang bertugas di luar negara serta anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di perbatasan. Mengulas lanjut, beliau berkata undi pos tidak boleh dimansuhkan kerana melibatkan isu keselamatan negara memandangkan pemansuhannya mengakibatkan pemilih daripada kalangan anggota keselamatan meninggalkan tugas untuk menunaikan tanggung jawab mengundi. "Begitu juga bagi anggota polis yang tidak dapat melaksanakan tugas mereka menjaga ketenteraman awam kerana terpaksa berada di pusat mengundi untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing. "Selain itu, keadaan ini juga boleh menyebabkan pegawai, kakitangan dan pasangan mereka yang bertugas di luar negara serta pelajar dan pasangannya yang menuntut sepenuh masa di luar negara dihalang hak asasi mereka yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya. Isu undi pos sering kali dibangkitkan parti pembangkang yang mahu sistem itu dimansuhkan kerana mendakwa ia boleh dimanipulasi. Mengulas perkara itu, Abdul Aziz berkata dakwaan itu menggambarkan SPR tidak boleh dipercayai sedangkan badan tersebut sentiasa berusaha memastikan pilihan raya berjalan dengan bersih tanpa sebarang penipuan. Sistem pengundian pos bagi konteks "Pengundi Tidak Hadir" diperuntukkan oleh Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003. Ia bagi memberi peluang kepada anggota ATM; anggota polis; Pasukan Gerakan Am; pegawai, penjawat awam serta pasangan mereka yang bertugas di luar negara serta pelajar dan pasangan yang menuntut sepenuh masa di luar negara untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing memilih wakil rakyat yang mereka sukai dengan mengundi secara pos. | ||
Pilihan Raya DUN Sarawak: PAS Pertaruh Dua Calon Wanita Posted: 01 Apr 2011 02:59 AM PDT
KUCHING: PAS Sarawak dijangka menyenaraikan dua calon wanita untuk bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu (N.3) dan Muara Tuang (N.15) pada pilihan raya negeri 16 April ini. Perkara itu diumumkan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid ketika ditemui pemberita selepas sidang media berhubung kerusi yang akan ditandingi DAP dan PAS di sini malam Khamis. "Pada pilihan raya kali ini, kami meletakkan dua calon wanita, seorang muda manakala seorang lagi sudah berkahwin. Kebetulan kami ada tokoh muslimat di situ malah seorang daripada mereka merupakan peguam. "PAS pusat sudah merestui calon yang telah disenaraikan. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka datang pada hari penamaan calon untuk memberikan sokongan," katanya di sini. Bagaimanapun, Adam enggan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai calon yang disenaraikan, sebaliknya memberitahu nama lima calon itu hanya akan diumumkan di DUN masing-masing pada Isnin ini. Selain DUN Tanjong Datu dan Muara Tuang, PAS turut menurunkan tiga calon untuk bertanding di Beting Maro, Sebuyau dan Sadong Jaya. Sementara itu, beliau memberitahu, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mencapai kata sepakat untuk bertukar kerusi di DUN Senadin dengan DUN Sadong Jaya. "Calon PAS di Senadin belum bersedia dan bukan beragama Islam. Jadi kami memutuskan untuk bertukar kerusi dengan PKR di Sadong Jaya. Kami sudah memaklumkan perkara tu kepada PAS pusat pada Khamis dan mereka sudah bersetuju," jelasnya. Adam berkata, keyakinan mereka untuk bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 semakin menebal berbekalkan dua fokus iaitu menyampaikan perjuangan parti dan pada masa sama untuk berdakwah. "Insy-Allah sekiranya mendapat sokongan, kami akan terlibat dalam arena politik. Kalau kalah, kami angggap ia sebagai dakwah," ujarnya. Ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding, Adam masih mengunci mulut dan memberitahu calon rasmi akan diketahui 4 April ini. | ||
Muktamar Agung PAS: Semua Jawatan Tertinggi Akan Dipertandingkan Posted: 01 Apr 2011 02:56 AM PDT
PETALING JAYA: Pemilihan PAS pusat pada tahun ini dijangka menyaksikan saingan sengit apabila semua jawatan tertinggi parti itu akan dipertandingkan pada Muktamar ke-57 yang akan berlangsung Jun ini. Muktamar tersebut akan berlangsung selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Jun 2011 di Markas Tarbiah PAS di Taman Melewar, Gombak. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata pencalonan bagi setiap jawatan yang dipertandingkan sudah bermula sejak bulan lepas. "Kita sudah ada terima pencalonan, tapi saya tidak boleh dedahkan sekarang kerana masih terlalu awal. "Pencalonan dan mesyuarat PAS di peringkat kawasan dan cawangan sudah pun bermula dan saya jangka ia akan berakhir pada penghujung April ini. Selepas itu kita akan kira dan umumkan siapa yang layak bertanding," katanya kepada mStar Online. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai persiapan jawatankuasa pemilihan PAS menjelang Muktamar ke-57. Mustafa yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, setiap calon layak bertanding apa jua jawatan dalam PAS dengan memperoleh dua pencalonan sahaja. "Kita tidak ada sekatan dalam parti. Kalau ada orang nak bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pun boleh, yang penting dia perlu dapat sekurang-kurangnya dua pencalonan," katanya. Pemilihan PAS pusat pada tahun ini dijangka menarik perhatian peminat politik negara apabila caka-cakap menyatakan bahawa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa tidak akan mempertahankan jawatannya. Bagaimanapun sehingga kini, beliau belum lagi memberi sebarang kata putus sama ada untuk berbuat demikian atau tidak. Nasharuddin dijangka berhadapan dengan dua seteru lamanya, yang juga bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu yang dijangka akan mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan nombor dua itu dalam masa terdekat ini. PAS mempunyai 171 bahagian di seluruh negara dan setiap bahagian perlu menghantar pencalonan untuk jawatan tertinggi PAS pusat iaitu, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa PAS pusat | ||
Kebenaran Video Lucah Terus Ditunggu Posted: 01 Apr 2011 02:53 AM PDT MSO Perkembangan terbaru mengenai video lucah yang membabitkan tokoh politik masuk frasa kedua. Ketua Polis Negara berkata menurut penelitian pakar tempatan video berkenaan tulen dan bukan palsu. Satu perkara sudah terjawab kini. Tetapi mungkin boleh dipersoal lagi sejauh mana ketulenannya. Saya percaya kalau ia tertakdir di bawa ke mahkamah penyiasatan untuk mengesahkan benar atau palsu akan melibatkan pakar 'forensik' video dari luar negara. Apa yang ditunggu kini ialah siapakah watak dalam video berkenaan dan untuk apakah ianya dirakam dan didedahkan. Apakah ia tulen atau pun tidak? Yang perlu dicari (wajib diketahui) siapakah yang merakamnya. Menjadi tugas polis membawa mereka yang bertanggungjawab. Sekali lagi kalau ia dibawa ke mahkamah menyebabkan pakar 'forensik' dari luar akan di bawa untuk mengesahkannya keaslian watak-watak dalam video berkenaan. Persoalan lain apakah kalau benar yang terlibat itu tokoh politik negara ini pihak berkuasa ada kuasa untuk mendakwanya? Ini yang sedang ditunggu dan dinantikan penuh debaran dan kesalan. Boleh jadi pendakwaan akan dilakukan sekiranya dengan berbuat begitu pihak yang menguasai perundangan merasakan mereka mendapat untung darinya. | ||
Saidi kecewa agensi kerajaan lewat keluar lesen baiki, luruskan tebing Sg Pegalan Posted: 01 Apr 2011 02:49 AM PDT KENINGAU KINI KENINGAU: Pengerusi JKKK Kampung Linsudan, Saidi Ekang, merasa kecewa terhadap agensi kerajaan berkaitan kerana lewat mengeluarkan lesen membaiki serta meluruskan tebing Sungai Pagalan di kawasan Kg. Linsudan menyebabkan sebuah jambatan gantung runtuh akibat hakisan sungai itu semalam. Jambatan gantung menyeberang sungai Pagalan yang menelan belanja lebih 100 ribu ringgit itu dibina pada tahun 2009 sebagai perhubungan utama para penduduk kampung Marampung, Tohan Baru, Kg. Linsudan dan kampung-kampung berhampiran. Menurut Saidi, Wakil Rakyat kawasan Sook merangkap Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin, yang telah melawat beberapa kali kawasan berkenaan pada penghujung tahun lalu telah bertindak segera dengan menemui sendiri Jurutera Jabatan Parit dan Saliran daerah Keningau untuk membincangkan cara penyelesaian penjagaan tebing sungai itu daripada terus terhakis. Susulan daripada perbincangan di pejabat Jabatan Parit dan Saliran pada Disember tahun lalu itu yang turut disertai oleh Wakil Rakyat Bingkor, Datuk Justin Guka, satu jawatankuasa yang diketuai oleh WKAN Said Asmat dari Kampung Marampung telah diwujudkan sebagai badan bertindak di mana Jawatankuasa terbabit dianggotai oleh wakil-wakil dari enam kampung yang terlibat dengan hakisan iaitu Kampung Linsudan, Marampung, Tohan Baru, Kamayan Lama, Luanti dan Kg. Liau-Laut. Saidi yang juga anggota Jawatankuasa bertindak itu berkata, atas sokongan serta bantuan daripada kedua-dua wakil rakyat Sook dan Bingkor, Jawatankuasa berkenaan telah memperolehi sebuah syarikat yang sudi melaksanakan kerja-kerja membaiki dan meluruskan sungai kawasan berkenaan dengan kos sendiri. Bagaimanapun katanya, kelewatan agensi kerajaan berkaitan untuk pengeluaran lesen kepada syarikat berkenaan menyebabkan kerja-kerja membaiki dan melurus tebing Sungai Pagalan di kawasan itu, tidak dapat di mulakan walaupun beberapa jentera sudah dihantar di kawasan berkenaan sejak bulan Januari lalu. "Birokrasi yang masih diamalkan pihak agensi kerajaan berkaitan dalam pengeluaran lesen kepada syarikat yang suka rela melaksanakan kerja tersebut menyebabkan banyak harta awam termasuklah harta kerajaan tidak dapat diselamatkan akibat daripada hakisan Sungai Pagalan di kawasan kampung berkenaan," tambah Saidi, sambil memohon kepada kerajaan negeri supaya mengambil tindakan tegas kepada mana-mana agensinya yang merugikan. Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) kawasan Sook, Charles Ikang, yang meninjau kerosakan jambatan itu turut berharap supaya pihak yang berkaitan dapat mengambil tindakan segera agar kerja-kerja pelurusan sungai Pegalan dapat dilaksanakan dengan segera. Katanya, perkara ini adalah mendesak kerana jika tidak ia akan memusnahkan tanaman dan rumah penduduk jika hakisan tebing tidak terus berlaku. Justeru itu katanya, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan kebenaran atau permit kepada pihak pemaju perlu bertindak segera. | ||
Projek MRT : Uji Kerjasama Pusat Dan Kerajaan Selangor Posted: 31 Mar 2011 09:41 PM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Cadangan projek Aliran Transit Massa (MRT) yang melibatkan laluan Kajang - Sungai Buloh sepanjang 60 kilometer akan menjadi ujian getir kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. | ||
Sivarasa : Kalau Benar Dakwaan Sila Tunjukkan Bukti Posted: 31 Mar 2011 09:36 PM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Penasihat undang-undang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah memberi amaran kepada Datuk Shazryl Eskay Abdullah supaya berhenti daripada terus mempertikaikan perjalanan Anwar di Thailand atau ke mana sahaja. Anwar sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu dalam klip sepanjang 21 minit tersebut dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi. | ||
Pimpinan Umno Hanya Pertahan Agama Bila Ada Kepentingan Posted: 31 Mar 2011 09:34 PM PDT Ditulis oleh nurul fahimah abdul malik SHAH ALAM : Sikap membelakangkan peranan dan teguran dari mufti dan pemimpin agama jelas menunjukkan wajah sebenar Umno dalam meneruskan kelangsungan politik mereka yang kian dilupakan rakyat, kata Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhammad Nur Manuty. Mereka terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. "Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti,"kata Dr Juanda yang dipetik dari portal Malaysiakini. | ||
Penjenamaan Semula Unisel Angkat Martabat Universiti Tempatan Posted: 31 Mar 2011 09:32 PM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Penjenamaan semula Universiti Selangor (Unisel) adalah bertujuan untuk mencapai taraf antarabangsa, bukan hanya setakat 'universiti kampung' sahaja, menurut Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali. | ||
Rasuah Tetap Rasuah, Kata TI-M Posted: 31 Mar 2011 09:31 PM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Transparency International sayap Malaysia menolak arahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz supaya "diam" dan "tidak masuk campur" selepas badan pemantau itu mengkritik "pemberian" projek dan wang kepada pengundi ketika pilihan raya sebagai rasuah. "Sudah tentu ia rasuah. Apa lagi tafisiran yang boleh dibuat. Jika anda memberi seorang RM1,000 dan menyuruhnya untuk mengundi anda, kalau itu bukan rasuah, apa lagi,' kata Presiden TI-M Pau Low. Dalam sidang akhbarnya semalam, Low turut menegur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan berkata badan itu kurang berwibawa untuk memastikan proses pilihan raya negara ini berjalan dengan bebas dan adil. SPR sebelum ini turut mengambil ketetapan bahawa pemberian wang dan janji projek-projek oleh Barisan Nasional untuk pengundi semasa pilihanraya khususnya pilihanraya kecil bukan rasuah. Amalan itu bagaimanapun dikritik hebat sebagai sogokan kepada pengundi oleh badan pemerhati pilihanraya dan parti pembangkang di negara. Pada pilihanraya kecil Batu Sapi baru-baru ini, penduduk diberikan bumbung zing baru sehari sebelum mengundi untuk menyakinkan mereka supaya mengundi Barisan Nasional. Pada pilihanraya kecil Hulu Selangor tahun lalu, masyarakat Cina dijanjikan peruntukan RM 3 juta untuk tabung sebuah sekolah jika calon BN menang. Sehari selepas calon MIC P.Kamalanathan menang, Perdana Menteri Najib Razak memberi kelulusan untuk wang itu diberi kepada sekolah berkenaan. Nazri berkata TI-M tidak mengambil kira kes mahkamah pada 1981 yang memutuskan Umno-BN tidak melakukan kesalahan jika mengumumkan sebarang peruntukan semasa kempen pilihanraya. Namun kes itu hanya membabitkan pengumuman peruntukan dan bukannya sogokan seperti pemberian bumbung zink dan imbuhan wang yang diberi kepada pengundi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan