Jumaat, 1 April 2011

Biaqpila

Biaqpila


VIDEO TULEN TAPI PELAKON HAMPEH?

Posted: 01 Apr 2011 05:00 AM PDT



Ketua Polis Negara berkata siasatan (video) kini di tahap terakhir,tapi bagaimana belum selesai siasatan dah diumumkan? Tidakkah ini boleh menimbulkan spekulasi?

Bila dia umumkan video itu tulen,ini boleh mempengaruhi rakyat untuk mempercayai kes video seks tersebut.Semakin bertambah spekulasi kerana beliau hanya mengumumkan video itu tulen tapi kertas siasatan akan di serahkan kepada peguam negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Rakyat bukannya nak tahu video itu tulen ataupun tidak,rakyat nak tahu pelakon itu Anwar tulen atau palsu.

Mana lebih penting antara ketulenan video ataupun ketulenan pelakon yang dituduh?
Sebenarnya mereka membuang masa,jika mereka menyiasat ketulenan video terlebih dahulu. Ini kerana selepas siasat ketulenan video, mereka terpaksa pula menyiasat ketulenan pelakon yang dituduh.

Jika mereka menyiasat ketulenan pelakon terlebih dahulu dan mendapati pelakon itu adalah palsu,maka proses siasatan seterusnya tidak perlu dilakukan lagi.Terus sahaja lakukan pendakwaan terhadap pihak yang menuduh.Berapa banyak masa dan tenaga yang dapat dijimatkan?

Jika mereka menyiasat ketulenan pelakon terlebih dahulu pula dan mendapati pelakon itu tulen,maka barulah siasat ketulenan video untuk mengesahkan lagi kes itu.

Ketika itu barulah hasil siasatan diumumkan bagi mengelakkan spekulasi berterusan.

Dengan pengumuman ketulenan video seks tersebut,maka wajarlah pihak yang bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut di Carcosa Seri Negara diambil tindakan kerana rakyat melihat tiada apa-apa tindakan daripada pihak polis tentang perkara ini.



IGP: Pakar sah video seks tulen


Rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang ketua pembangkang, telah disahkan ketulennya oleh pakar tempatan yang melakukan pemeriksaan terhadap video berkenaan, kata Ketua Polis Negara KPN) Tan Sri Ismail Omar.
Beliau berkata siasatan kini dalam peringkat akhir oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat rakaman video seks berkenaan.

"Dengan ini diumumkan bahawa siasatan (video) kini di tahap terakhir...ini bermakna polis telah menerima laporan pakar mengenai kesahihan video itu. Dengan kata lain, rakaman itu adalah tulen," katanya pada sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit.

Ismail berkata kertas siasatan berhubung kes itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Katanya setakat ini seramai tiga individu telah ditahan, namun dilepaskan dengan jaminan polis.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan identiti ketiga-tiga individu
tersebut namun memberitahu polis akan memanggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan berkaitan kes itu.MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Perangai pemimpin BN Sarawak macam penjajah – Anwar

Posted: 01 Apr 2011 03:00 AM PDT


Cukup-cukuplah pemimpin BN Sarawak menjarah harta rakyat! - Anwar (bertopi)



KUCHING: Penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia untuk mencapai kemerdekaan tidak ada maknanya jika pemerintah negeri berperangai seperti penjajah, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Apakah maknanya kemerdekaan jika kita membiarkan mereka yang tamak dan rakus berterusan menjarah harta di negeri ini?


“Seolah-olah tidak cukup segala balak, tanah dan minyak yang diambil. Sudahlah, cukuplah,” katanya pada program ramah mesra bersama penduduk di Kampung Selampit dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Opa hari ini.


“Inilah yang peliknya. Sedangkan, negeri ini ditadbir orang Sarawak sendiri,” kata Anwar pada program ramah mesra bersama penduduk di Kampung Selampit dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Opa hari ini.


Program itu dihadiri ratusan penduduk kebanyakannya terdiri daripada


Mana jambatan kami? Dah janji berbelas-belas tahun!!


nelayan dan petani dari suku kaum Bidayuh yang mengakui kerap tertipu dengan janji manis pimpinan Barisan Nasional (BN).


Sekalipun ditadbir anak negeri sendiri, Anwar berkata, perubahan perlu dilakukan selagi maruah dan harga diri rakyat negeri ini diinjak-injak kelompok atasan yang tamak haloba.


“Negeri ini sudah rosak. Apakah kita akan terus diam dan sokong? Sekarang adalah waktunya kepada anak-anak muda untuk berani menyatakan pendirian demi mempertahan hak,” katanya.


Ketua Pembangkang itu berkata, program Sayang Sarawak yang heboh ditayang TV3, sebuah media kawalan BN hanya bersifat sementara dan tidak mengutamakan kebajikan rakyat tempatan.


“Mereka sebenarnya bukannya sayang sangat kepada rakyat Sarawak tapi kepada Taib Mahmud, George Chan dan Alfred Jabu.


“Habis pilihan raya ini, habislah program Sayang Sarawak. Habislah orang Sarawak, tak kiralah suku Iban, orang Ulu, Dayak, Melanau atau Melayu.


“Semua tinggal janji,” kata Anwar yang turut kesal kerana kerajaan Sarawak mengabai janji untuk membina jambatan di kampung berkenaan sejak berbelas-belas tahun lalu.



keadilandaily



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

AWAS !! `HANTU DAN JEMBALANG' DARI PUTRAJAYA TERBANG KE SARAWAK

Posted: 01 Apr 2011 12:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

PILIHANRAYA Negeri Sarawak pada 16 April ini nanti amat menggusarkan pimpinan Bn di Pusat. Mereka sedar bahawa rakyat Sarawak sudah banyak yang mengetahui tentang rahsia KM Sarawak Taib Mahmud yang menghisap darah rakyat Sarawak. Sebab itu Sarawak tidak pernah menjadi negeri terkaya walaupun di perut buminya terdapat harta yang bernilai iaitu minyak.

Siapakah yang menjadi kaya raya di Sarawak sekarang? Siapa yang sedut hasil minyak dan balak di Sarawak? Mereka ini adalah `hantu' dan `jembalang' yang mungkin dimaksudkan oleh Muhyiddin Yassin sewaktu berucap di dalam Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di kampung Boyan-Gersik, Kuching semalam. Katanya, " Rakyat Sarawak perlu menolak "hantu" dan "jembalang" yang akan datang dengan mulut yang manis membuat pelbagai janji dan tawaran tetapi sebenarnya hanya pembohongan dan kepalsuan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (petikan Malaysiakini).

Rakyat Sarawak juga harus ingat, selain dari `hantu' dan `Jembalang' yang telah berpenunggu selama lebih kurang 30 tahun memerintah, terdapat `hantu dan jembalang' yang lebih `power' akan datang untuk menghisap darah mereka di bumi kenyalang ini. `Hantu' dan `Jembalang' ini datang dengan `sayap terbang' dari Putrajaya melintasi lautan luas dan akan memomokkan rakyat Sarawak. Makhluk ini lebih merbahaya kerana di Semenanjung sudah banyak menjadi mangsanya. Di Semenanjung, makhluk dari Putrajaya ini sanggup melakukan apa saja atau bersekongkol dengan sesiapa sahaja hatta pengedar video lucah asalkan hasrat mereka tercapai.

Adakah rakyat Sarawak akan menerima kata-kata mereka yang bersekongkol dengan kegiatan lucah ini? `Hantu' dan `Jembalang' dari Putrajaya ini amat khuatir jika `sarang' mereka di Putrajaya dimusnah dan dirampas, justeru itu mereka mahu rakyat Sarawak bersama mereka. `Hantu berkepala botak' dan `Jembalang bermuka lebam' ini sudah banyak menipu manusia. Kedua makhluk ini sanggup menyamar menjadi orang susah ketika cuba mempengaruhi rakyat yang susah di Sarawak, hatta diminta mengecat rumah atau masjid pun mereka sanggup. Di suruh menaiki perahu menyeberang Sungai Sarawak pun mereka akan lakukan. Tetapi, setelah mendapat apa yang diingini mereka akan kembali terbang bersayap ke sarang mereka di Putrajaya.

Rakyat Sarawak mesti renung seketika, sampai bila mahu hidup susah di negeri yang kaya dengan balak dan minyak? Jangan dilihat kerja amal mereka pada waktu ini menjelang pilihanraya, tetapi renungkan berpuluh tahun kebelakangan ini apa yang mereka buat untuk rakyat Sarawak. Rakyat Sarawak tidak boleh makan kenyang dan harga barang menjadi murah dengan hanya melihat isteri baru yang muda dari KM mereka sahaja.

Justeru itu, jadilah rakyat yang bijak menilai dan tidak terus diperbodohkan. Inilah peluang untuk rakyat Sarawak mengubah nasib mereka. Jika PR memerintah Sarawak dan rakyat Sarawak masih juga susah, maka rakyat Sarawak perlu juga cerdik untuk mengubah kerajaan yang lain pula. Berani untuk mencuba sesuatu adalah satu tindakan bijak, tetapi tidak berani untuk berubah merupakan satu kejahilan yang akan terus berpanjangan.

Buat rakyat Sarawak terutamanya jenerasi muda di perantauan, kembalilah sekarang ke kampung halaman masing-masing untuk membantu negeri tumpah darah mereka agar dapat diselamatkan dari `hantu' dan `jembalang' yang rakus ini./wfauzdin.blogspot.com


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Satu Rumah Lain Bilik, Trend Bersekedudukan Moden

Posted: 31 Mar 2011 09:00 PM PDT



Macam-macam gelagat orang zaman sekarang, apatah lagi bagi yang sedang hangat bercinta. Berpeleseran dan bercengkerama sampai tidak ingat dunia bukan lagi suatu fenomena aneh. Malah ada juga yang sanggup bersekudukan dengan seribu satu alasan diberikan semata-mata mahu menghalalkan tindakan.

Kalau dahulu, orang acap kali memilih untuk bersekedudukan kononnya kerana cinta, tetapi tidak boleh mendirikan rumah tangga atas pelbagai halangan. Sedangkan pada dasarnya ia sebenarnya lebih didorong oleh nafsu serakah untuk 'bersama' secara bebas tanpa sebarang batasan.

Bagaimanapun, hari ini trend bersekedudukan sudah berubah. Ia tidak lagi hanya membabitkan sepasang lelaki dan wanita belum bernikah berkongsi satu rumah. Tetapi bilangannya lebih daripada itu. Dan yang anehnya ada antara mereka yang tidak sedar mereka sedang bersekedudukan. Ini kerana bagi mereka,tinggal di dalam bilik secara berasingan antara lelaki dan perempuan dalam satu rumah tidak dikira sebagai bersekedudukan, apalagi kalau jumlah mereka ramai.

Berbeza dengan pasangan bercinta, lazimnya dalam keadaan begini, faktor kewangan dan gaji yang rendah acap kali dijadikan alasan untuk mereka menyewa sebuah rumah beramai-ramai tanpa menghiraukan percampuran antara lelaki dan perempuan. Bagi segelintir mereka, ia tidak mengapa asalkan bilik tidur masih berasingan.

Melihatkan kepada senario hari ini, trend seperti ini biasanya terjadi di kalangan pelajar atau golongan muda yang baru hendak memulakan kerjaya, tetapi terpaksa tinggal di kawasan mahal atas sebab tuntutan tertentu. Misalnya tempat kerja ataupun institusi pengajian terletak di kawasan tersebut. Namun, alasan kewangan sahaja tidak cukup sebagai penghalal cara kerana mereka masih ada alternatif lain. Antaranya termasuklah dengan mencari teman serumah yang sama jantina.

Boleh didenda atau dipenjara

Meskipun ada yang mendakwa mereka tidak melakukan persetubuhan selain masih menjaga tata susila selaku Muslim walaupun tinggal serumah berlainan bilik antara lelaki dengan wanita, bersekedudukan dalam satu rumah yang sama tetap dilarang. Ini kerana perbuatan tersebut boleh membuatkan seseorang menghampiri zina. Sedangkan dalam Islam sendiri sudah jelas menyatakan bahawa zina merupakan antara dosa-dosa besar.

Ini sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat." (Al-Israak : 32)

Malah, Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangkan umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka." (Riwayat Baihaqi).

Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam (JAIS), Ustazah Sabariah Salleh, bersekedudukan dan khalwat tidak jauh bezanya. Malah, khalwat juga boleh berlaku dalam bersekedudukan itu sendiri. Berdasarkan kepada Enakmen 9 tahun 1995 / Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 bahagian IV yang membabitkan kesalahan yang berhubungan dengan kesusilaan, beliau memberitahu khalwat tidak semestinya melibatkan hanya sepasang lelaki dan perempuan sahaja.

"Khalwat adalah (a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya; (b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya, di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan satu kesalahan. Apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," terang Ustazah Sabariah lanjut.

Sambungnya, sama seperti khalwat, bersekedudukan satu rumah lain bilik tetap boleh menimbulkan syak walaupun individu terbabit tidak melakukan perkara-perkara tidak bermoral. Justeru, jika ada aduan dan mereka ditangkap, orang yang bersekedudukan boleh didenda atau dipenjarakan. Sementara individu yang menyewakan rumah kepada mereka pula boleh didakwa bersubahat.

Jadi bagi yang memilih gaya hidup bersekedudukan, tepuklah dada dan tanyalah iman kerana selaku manusia, Allah tidak pernah kedekut dalam memberikan kita pilihan. Dan terserahlah kepada kita sebagai hamba-Nya untuk memilih – jalan yang diredainya ataupun sebaliknya.iluvislam

tazkirah

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

RAKYAT NAK TRANS'PORN'MASI BUKAN REFORMASI

Posted: 31 Mar 2011 06:00 PM PDT

NAJIB KATA HARI NI RAKYAT DAH PANDAI
TAK LEH NAK KENCING DAH
KAH! KAH! KAH!

MAKNANYA DAH CONFIRM LA DULU HANG PA DOK KENCING RAKYAT
KAH! KAH! KAH!

NAJIB JUGAK KATA HARI NI APAPUN DAH TAK LEH NAK SEMBUNYI
AKHIRNYA AKAN PECAH TEMBELANG JUGAK
AKHIRNYA AKAN TIMBUL JUGAK
SEBAB RAKYAT DAH SENANG DAPAT MAKLUMAT
MACAM BIDEO HITAM PUTIH TU KE?
KAH! KAH! KAH!

MAKNANYA DAH CONFIRM LA DULU HANG PA SUKA BUAT PROJEK TERSEMBUNYI
KAH! KAH! KAH!

NAJIB KATA LAGI HARI NI RAKYAT NAK TRANS'PORN'MASI BUKANNYA REFORMASI
TAK PAYAHLAH REFORMASI JALANAN
INI TRAN'PORN'MASI TAK PERLU BALING KERUSI
JADI KENAPA PERLUKAN REFORMASI
KAH! KAH! KAH!

GUA TABIK LA SAMA NAJIB
SEBAB AKHIRNYA DIA MENGAKU
RAKYAT YANG SELAMA INI TELAH DIPERBODOHKAN
RUPANYA DAH JADI PANDAI
KAH! KAH! KAH!


Rakyat mahu kerajaan cekap, telus, bersih: PM


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat mengharapkan bukan hanya pembangunan sahaja, tetapi sebuah kerajaan yang mampu mentadbir dengan cekap, telus dan bersih yang boleh dianggap sebagai tadbir urus yang baik.

Najib berkata, jangkaan rakyat dan juga sikap mereka terhadap pemimpin dan kerajaan sudah berbeza.

Menurutnya, sebab itu ukuran untuk menjadi pemimpin hari ini adalah lebih tinggi kerana dahulu maklumat tidak mudah diperoleh berbanding kini rakyat lebih berpendidikan dan memperoleh maklumat lebih.

"Hari ini apapun kita nak sembunyi akhirnya akan timbul juga, orang akan tahu juga. Jadi kita sebagai pemimpin mesti sedar (dan) kena buat perubahan pada diri kita... penyesuaian.

"Insya-Allah, kalau kita buat penyesuaian, saya yakin rakyat masih mahu kepada Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara kita, tapi mereka nak BN yang sudah berubah mengikut selera keadaan hari ini," katanya berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) ke-34 di Bangunan Bakti Siti Hasmah, di sini semalam.

Najib berkata, apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 adalah perubahan struktural, rakyat Malaysia hari ini tidak seperti dulu.

Menurutnya, generasi kini ingin perubahan dan kerajaan BN boleh membawa perubahan itu dan sebab itu negara tidak memerlukan kepada reformasi yang dilaung-laungkan sesetengah pihak, sebaliknya memerlukan transformasi seperti yang sedang dibawa kerajaan.

"Biar sebut reformasi tapi reformasi dah berakhir dengan baling kerusi. Kita memilih transformasi...tak payahlah buat demonstrasi jalanan...bertempik di luar tapi kita buat kerja dan kita laksanakan.

"Sebab itu dalam Gagasan 1Malaysia Pencapaian diutamakan kerana kita mesti menekankan keputusan daripada output. Tidak ada tembok antara kita dan rakyat. Kita mesti pemimpin berjiwa rakyat...inilah tema kita untuk kita lebih berjaya dalam sistem demokrasi," katanya.

Najib berkata, apabila beliau duduk bersila di atas jalan bersama penonton menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 di skrin besar di Bukit Bintang hujung tahun lalu membolehkan beliau bersama dengan rakyat menyokong pasukan negara.

"Saya sanggup berbuat demikian. Saya duduk atas jalan sepanjang pertandingan bola sepak itu menyokong pasukan Malaysia. Soal protokol, ia bukan penting, yang penting kita bersama-sama rakyat," katanya.-SH


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Poco-poco Vs Video Seks Pada Mashitah

Posted: 31 Mar 2011 03:00 PM PDT


Pening! kita sebagai umat Islam dipeningkan oleh fatwa yang celaru. Perak mengharamkan Poco-poco. Dr Asri mengharuskan dan kini giliran Mashitah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meminta negeri lain jangan diharamkan. Kelakar juga ek!!

Mashitah Ibrahim berpendapat tarian poco-poco hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman serta tidak perlu diharamkan di seluruh negara. "Dari satu tempat ke satu tempat tarian poco-poco ini berbeza. Lagu pun tidak sama. Jadi besar kemungkinan ditimbulkan di Perak kerana di Perak tidak sama dengan tempat lain.

Jauh bebenor negeri Perak dengan negeri-negeri lain sehingga boleh berbeza, macam Perak berada di Arab gamaknya.

Rupa-rupanya Mashitah tak bisu, keluar pun suara dia tetapi hanya berkenaan Poco-poco. Nampaknya Mashitah hanya tersentak dengan Poco-poco, tentang video seks tak pula dia bersuara. Moralnya orang-orang agama boleh bersuara hanya melibatkan hal-hal yang lebih biasa, yang melibatkan pihak lawan, tutuplah mulut menjadi bisu....Nak pergi tengok, Tai-Chi di Taman Tasik Taiping, kalau-kalau ada unsur pemujaan....

ek-ele.co.cc

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: