DIALOG RAKYAT |
- Saman RM100 juta Ummi Hafilda ditolak
- MCA: George Chan jemput kami ke S'wak
- Media diarah tidak lagi siarkan perhimpunan Pakatan
- DAP dakwa perbuatan ganggu undi pos dirakam
- Najib disambut dingin di Pekan Pusa
- Taib bakal sempurnakan igauan buruk Najib
- Kembalikan hasil bumi untuk anak jati
- Jenazah Sahimi selamat disemadikan di Kota Bharu
- Penduduk Kampung Sebayor teruja tunggu Kak Ani
- Dun menang jadi anak angkat PAS Pusat
- 17 kerusi dalam tangan, 11 jadi rebutan?
- Kedegilan Taib Buat BN Goyah
- Portal Malaysiakini Pula Digodam
- 'Ubah' Laris Di Bumi Kenyalang
- NGO Desak Kerajaan Tubuh RCI Siasat Aset Kekayaan Taib
- Media Kawalan Umno Diarah Tidak Siar Kempen PR
- 31 Mei Sebutan Semula Pembatalan Kes Adun Sri Muda
- AlKitab: Pengundi Krisitian Terguris, kata Calon PKR
- Kes Sarbaini: Keluarga serah bukti, dipercayai petunjuk punca kematian
- Kes Sarbaini: 40 saksi sudah disiasat
- Hujah kes liwat Anwar 25 April, ditangguh seminggu
- Mufti Perak: Fatwa haramkan poco-poco belum diwarta
- Saingan makin sengit, Pakatan mula rasai peluang cerah berbanding 2006
- PANAS : AJK UMNO Bahagian ditangkap khalwat dengan gadis sunti 16 tahun
- Siasat jam tangan, bukti konspirasi peringkat tertinggi
Saman RM100 juta Ummi Hafilda ditolak Posted: 13 Apr 2011 03:57 AM PDT Hafiz Yatim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengketepikan saman RM100 juta yang difailkan oleh Ummi Hafilda Ali ke atas ahli perniagaan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan Malaysiakini. Perkara itu dibawa untuk pengurusan kes hari ini setelah ia difailkan bulan lalu dan mendapat publisiti meluas oleh media. Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menolak saman itu selepas peguam kedua-dua plaintif dan defenden gagal menghadirkan diri apabila kes itu disebut pagi ini. Ummi juga tidak hadir. Saman itu difailkan melalui firma peguam Tetuan Sahrihan & Hamdan 17 Mac lalu. Dalam samannya, beliau mendakwa sebuah artikel yang disiarkan dalam Malaysiakini pada 15 Mac tahun ini, yang memetik kenyataan Baginda di lobi parlimen sebagai bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi. Dakwanya, kenyataan itu adalah semata-mata untuk memalukannya dan bermotifkan niat jahat kerana menggambarkan bahawa seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal dan amat tidak jujur. Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, plaintif memohon satu injunksi untuk melarang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan-kenyataan berbau fitnah terhadapnya. Ummi Hafilda juga turut memohon ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk, serta lain-lain relif yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah | |||
MCA: George Chan jemput kami ke S'wak Posted: 13 Apr 2011 03:55 AM PDT Andrew Ong Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang kini dalam keadaan terdesak meminta bantuan daripada parti-parti komponen BN, khususnya dari Semenanjung Malaysia bagi membantu kempennya. Hadir di Kuching hari ini adalah presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek manakala setiausaha agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha telah berada di bumi kenyalang sejak beberapa hari lalu. Bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dijadualkan tiba esok. Chua yang ditemui pada satu majlis kempennya berkata beliau secara peribadi dijemput oleh presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan bagi membantu menentang Pakatan Rakyat, khususnya DAP di kawasan bandar-bandar. "Kita tidak mempunyai sebarang pengaruh di sini kerana tidak mempunyai sebarang cawangan tetapi atas semangat BN dan bagi menunjukkan sokongan kepada perdana menteri, kita akan semua datang membantu," katanya. Menurut Chua, beliau akan membantu SUPP berdasarkan pengalaman luas MCA berdepan dengan parti pembangkang itu di semenanjung. "Mereka (SUPP) telah ditenggelamkan oleh DAP dan PKR yang telah menghantar pemimpin peringkat pertama, kedua dan juga ketiga mereka. Mereka (SUPP) tidak biasa menghadapi tindakan agresif seperti ini," kata Chua. Selepas Kuching, Chua akan menuju ke kubu kuat Chan di Miri yang sejak beberapa hari lalu menyaksikan jumlah kehadiran besar pada ceramah Pakatan Rakyat. | |||
Media diarah tidak lagi siarkan perhimpunan Pakatan Posted: 13 Apr 2011 03:53 AM PDT MALAYSIA KINI BN yang kini dilihat semakin goyah menjelang pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini, terus memperkuatkan cengkamannya ke atas media arus perdana . Dengan portal berita, termasuk Malaysiakini dan Sarawak Report, yang telah menerbitkan laporan kritikal mengenai ketua menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tidak dapat diakses akibat serangan siber, rangkaian televisyen telah diarahkan jangan menyiarkan rali dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat. Sumber yang rapat dengan gergasi media yang dikaitkan dengan Umno itu - Media Prima - memberitahu Malaysiakini bahawa semua rangkaian televisyen miliknya telah diarahkan supaya tidak menyiarkan ceramah harian Pakatan yang berjaya menarik kehadiran ribuan orang. "Visual rali mega tidak sama sekali boleh disiarkan meskipun ia berkaitan dengan pilihan raya," kata sumber dalaman itu. Media Prima memiliki semua rangkaian televisyen swasta percuma di negara ini -TV3, ntv7, 8TV and TV9. Selain televisyen, akhbar Cina juga diberi tekanan selepas BN dikatakan mungkin tumbang di beberapa kawasan yang mempunyai pengundi majoriti masyarakat Cina. "Walaupun belum diberi arahan, kita mesti berhati-hati dengan laporan berita. Saya tidak fikir, kita mampu lagi memberi liputan pada ratio 60:40 bagi BN dan Pakatan, kita sekarang terpaksa menukarnya kepada 70:30," kata seorang editor akhbar harian Cina. "Sejak dua atau tiga lalu, liputan ke atas kami telah berkurangan dengan begitu ketara sekali," kata seorang pekerja kempen DAP. | |||
DAP dakwa perbuatan ganggu undi pos dirakam Posted: 13 Apr 2011 03:35 AM PDT MALAYSIA KINI DAP hari ini mendedahkan satu klip ringkas video kepada pihak media yang didakwa parti itu menunjukkan berlakunya perbuatan mengganggu undi pos. Parti pembangkang itu mendakwa insiden itu telah dirakamkan di Wisma Sanyan, Sibu, tempat pembuangan undi pos semalam. Dalam klip video selama 1.32 saat itu, seorang lelaki dikatakan telah dirakamkan sekitar waktu tengah hari, menerima kertas undi pos dari empat pengundi wanita, sebelum menyedari tindakannya dirakam. Lelaki itu dengan cepat memulangkan kertas undi tersebut dan cuba menghalang ejen pengundian DAP, daripada memantau proses undi pos. Ejen pengundi pos DAP, Mary Josephine Prittam Singh berkata, kertas undi tidak patut diberikan kepada orang lain, sekaligus dia percaya perbuatan membeli undi berlaku di Wisma Sanyan. Satu laporan polis akan dibuat. | |||
Najib disambut dingin di Pekan Pusa Posted: 13 Apr 2011 03:05 AM PDT
| |||
Taib bakal sempurnakan igauan buruk Najib Posted: 13 Apr 2011 03:01 AM PDT
| |||
Kembalikan hasil bumi untuk anak jati Posted: 13 Apr 2011 03:00 AM PDT
| |||
Jenazah Sahimi selamat disemadikan di Kota Bharu Posted: 13 Apr 2011 02:59 AM PDT
| |||
Penduduk Kampung Sebayor teruja tunggu Kak Ani Posted: 13 Apr 2011 02:54 AM PDT
| |||
Dun menang jadi anak angkat PAS Pusat Posted: 13 Apr 2011 02:49 AM PDT
| |||
17 kerusi dalam tangan, 11 jadi rebutan? Posted: 13 Apr 2011 02:46 AM PDT
| |||
Posted: 13 Apr 2011 02:45 AM PDT TVS NEWS
KUCHING : Tinggal beberapa hari sebelum hari penentuan bagi pilihanraya negeri ke 10 Sabtu ini, kelihatan bagai ada sesuatu yang tidak kena pada Barisan Nasional (BN) Sarawak hanya kerana ketaksuban seorang pemimpin untuk terus kekal berkuasa di Bumi Kenyalang. Keengganan Ketua Menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menetapkan tarikh untuk beliau melepaskan jawatannya dan enggan menerima hakikat bahawa perikatan itu kini berhadapan dengan cabaran sengit dari Pakatan Rakyat serta hanya bergantung pada mereka dari luar kitaran politik, termasuk kuasa ghaib, dilihat sebagai memeningkan keadaan dan turut perakui beberapa pegawai jentera BN. Taib genap tiga dekad menjadi ketua menteri Sarawak pada 26 Mac lalu. Malah kedegilan Taib yang tidak mahu menerima hakikat bahawa beliau sebenarnya menjadi punca kepada setiap serangan negatif mengenai kepimpinan perikatan itu di Sarawak juga mengundang rasa kecewa pegawai-pegawai BN. "Perdana Menteri telah menawarkan jalan keluar untuk membantu mengatasi kerosakan yang dialami serta memberikan laluan untuk menentukan peringkatnya sendiri untuk berhenti (sebagai Ketua Menteri). "Tetapi beliau tidak mempedulikan masa depan BN hanya kerana kepentingan diri,"kata satu sumber BN kepada The Malaysian Insider dengan merujuk kepada jaminan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu bahawa peralihan kepimpinan akan berlaku dengan segera selepas pilihan raya negeri ke-10 ini. Menurut kepimpinan BN lagi, pihaknya yakin kedegilan Taib akan menyebabkan mereka keciciran banyak kawasan di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 71 kerusi dimana Pakatan Rakyat dilihat akan menang hampir 20 kerusi. "Malah beliau juga tidak berkempen dengan efektif dan berfokus. Keengganan beliau mendengar (pandangan ramai) akan menjejaskan BN," kata satu lagi sumber. Pada pilihan raya negeri 2006, pembangkang hanya menang tujuh kerusi. Prestasi pembangkang yang sentiasa membara juga dilihat akan memberikan nafas baru kepada mereka menghadapi cabaran kali ini dan kemungkinan menggugat rancangan Najib untuk memanggil pilihan raya umum tahun ini. Sejak sekian lama Barisan Nasional menganggap Sarawak sebagai negeri yang selamat bagi parti itu kerana Taib mengawal ketat kepimpinan dengan mengetepikan suara-suara yang membangkang kerajaan negeri. Bagaimanapun pendedahan demi pendedahan mengenai kekayaan keluarga beliau dan keberkesanan Internet dan Radio Free Sarawak yang membangkitkan persoalan-persoalan mengenai nepotisme dan kronisme telah berubah menjadi ancaman kepada peluang BN kali ini. Pemimpin-pemimpin BN juga merasakan Taib menjadi balasan nombor satu dalam menghadapi kesan-kesan yang dilalui sekarang. "Taib sedang mencari laluan keluar yang selamat dan mahukan seorang pengganti yang akan memberikannya jaminan itu," kata seorang pemimpin Umno. "Beliau juga mahu meletakkan seorang yang beliau boleh kawal seperti Dr Mahathir memilih Pak Lah," kata pemimpin Umno itu. Tun Dr Mahathir Mohamad memilih Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menggantikannya sebagai perdana menteri pada 2003. Pengundian pilihan raya negeri diadakan Sabtu ini. | |||
Portal Malaysiakini Pula Digodam Posted: 13 Apr 2011 02:39 AM PDT TVS NEWS
KUALA LUMPUR : Portal berita dalam talian Malaysiakini sehingga kini masih tidak boleh diakses kerana 'diserang' pihak tertentu bermula jam 11 pagi semalam. Bagaimanapun Malaysiakini akan tetap menerbitkan beritanya seperti biasa menerusi platform laman sosial Facebook. Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh Chandran melalui laman Facebook beliau. "Kami sekarang mengesahkan Malaysiakini.com diserang pihak luar bermula 11 pagi semalam. Kami akan menerbitkan berita menerusi platform lain seperti Facebook sementara kami menyelesaikan masalah ini," kata Premesh. Menurut Premesh lagi, kesemua versi bahasa Melayu, Inggeris, dan Cina Malaysiakini masih lagi tidak dapat diakses sehingga ke hari ini. "Sehingga jam 5.30 petang semalam, Malaysiakini masih tidak dapat diakses semenjak jam 11 pagi. Pembaca-pembaca tidak dapat mengakses laman web tersebut, yang dihoskan pada pelayan (server) kami di Telekom Malaysia Brickfields dan Jaring. "Kami mohon maaf dengan perkara ini dan akan memaklumkan pembaca dari masa ke semasa menerusi Facebook dan Twitter," kata Premesh. Berita Malaysiakini buat masa ini boleh diperolehi menerusi laman Facebook mereka seperti berikut: http://www.facebook.com/MalaysiaKini http://www.facebook.com/mkinicn http://www.facebook.com/mkinibm | |||
'Ubah' Laris Di Bumi Kenyalang Posted: 13 Apr 2011 02:38 AM PDT TVS NEWS KUCHING : Patung mainan burung kenyalang yang dihasilkan oleh DAP Sarawak bagi kempen pilihan raya negeri itu dilaporkan habis dijual. | |||
NGO Desak Kerajaan Tubuh RCI Siasat Aset Kekayaan Taib Posted: 13 Apr 2011 02:33 AM PDT Ditulis oleh Hadri Yaziz
KUALA LUMPUR : Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia mendesak kerajaan persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat keseluruhan aset kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sepanjang 30 tahun beliau memonopoli negeri 'Bumi Kenyalang' itu. Justeru gabungan itu mendesak supaya Taib melepaskan jawatan dengan segera menjelang pilihan raya negeri itu Sabtu ini. Menurut sumber, Taib memiliki lebih daripada 100 syarikat di seluruh negara termasuk di Kanada, England, Australia, Hong Kong serta Amerika Syarikat dan Malaysia. Turut disentuh mengenai aktivis-aktivis yang dihalang daripada memasuki Sarawak kerana dikhuatir aktiviti jenayah pembalakan Taib didedahkan sekali gus laporan wanita termasuk kanak-kanak perempuan serta kaum Penan yang dirogol pembalak-pembalak proksi beliau. Sehubungan itu, gabungan itu juga turut mengutuk keras serangan pengodam-pengodam cyber Barisan Nasional yang cuba menghalang maklumat telus disalurkan kepada masyarakat di Sarawak menerusi Malaysiakini dan Sarawak Reports serta Radio Free Sarawak. Manakala Tv Selangor turut menerima tempias dari kesan serangan tersebut. | |||
Media Kawalan Umno Diarah Tidak Siar Kempen PR Posted: 13 Apr 2011 02:32 AM PDT Ditulis oleh Jasbant Singh
KUALA LUMPUR : BN kini dilihat semakin goyah apabila terus memperkuatkan lagi cengkamannya ke atas media arus perdana, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini. Desas-desus ini dikuatkan lagi apabila beberapa portal berita termasuk Malaysiakini dan Sarawak Report serta Tv Selangor, yang menerbitkan laporan kritikal mengenai ketua menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tidak dapat diakses akibat serangan siber, manakala rangkaian televisyen turut diarahkan untuk tidak menyiarkan rali dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat. Menurut sumber rapat media kawalan Umno Media Prima, semua rangkaian televisyen miliknya telah diarahkan supaya tidak menyiarkan ceramah harian Pakatan Rakyat yang berjaya menarik kehadiran ribuan orang, lapor Malaysiakini. "Visual rali mega tidak sama sekali boleh disiarkan meskipun ia berkaitan dengan pilihan raya," kata sumber dalaman itu. Media Prima memiliki semua rangkaian televisyen swasta percuma di negara ini iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Tambahnya, selain televisyen, akhbar Cina juga turut diberi tekanan selepas BN dikatakan mungkin tumbang di beberapa kawasan yang mempunyai pengundi majoriti masyarakat Cina. "Walaupun belum diberi arahan, kita mesti berhati-hati dengan laporan berita. Saya tidak fikir, kita mampu lagi memberi liputan pada ratio 60:40 bagi BN dan Pakatan, kita sekarang terpaksa menukarnya kepada 70:30," kata seorang editor akhbar harian Cina. "Sejak dua atau tiga lalu, liputan ke atas kami telah berkurangan dengan begitu ketara sekali," kata seorang pekerja kempen DAP. | |||
31 Mei Sebutan Semula Pembatalan Kes Adun Sri Muda Posted: 13 Apr 2011 02:27 AM PDT Ditulis oleh Shakira Buang
SHAH ALAM : Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 31 Mei ini bagi sebutan semula bagi membatalkan pendakwaan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei. Shuhaimi melalui kenyataan medianya berkata, Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah dan Timbalan Pendakwa Raya, Tuan Ishak yang hadir bagi pihak pendakwa semalam memutuskan tarikh baru sebutan semula itu kerana pihak pendakwa memerlukan masa bagi menjawab afidavit yang difailkan beliau pada 1 April lalu. Shuhaimi yang diwakili peguam Amer Hamzah Arshad hadir di mahkamah bagi kes sebutan membatalkan pendakwaan terhadapnya di bawah Akta Hasutan 1948. Menurut Shuhaimi, beliau mempunyai alasan kukuh untuk membatalkan pendakwaan tersebut. "Akta Hasutan adalah tidak sah dan terbatal kerana ia bertentangan Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan dan pihak pendakwaan berniat jahat kerana terdapat "selective prosecution" ia jelas lagi nyata," katanya. Shuhaimi didakwa menerbitkan artikel bertajuk "Pandangan saya berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959″ yang mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web http://srimuda.blogspot.com di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning, 30 Disember tahun lalu. Beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama dengan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Kenyataan Shuhaimi menerusi laman blognya mengundang kontroversi yang didakwa mempertikai keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana memperkenan pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) yang baru. | |||
AlKitab: Pengundi Krisitian Terguris, kata Calon PKR Posted: 13 Apr 2011 02:22 AM PDT TVS NEWS KUCHING : Penganut Kristian seluruh negara terutama di Sarawak masih marah dengan Umno-Barisan Nasional dalam isu Alkitab, menjelang pilihanraya negeri Sarawak Sabtu ini. Minggu lalu, Putrajaya menawarkan formula 10 perkara untuk menyelesaikan isu Al-Kitab itu namun gabungan gereja-gereja dan pertubuhan Krisitian tidak menerima formula itu tetapi mahu mencari penyelesaian ke atas beberapa isu bersabit kebebasan agama yang telah berlarutan. | |||
Kes Sarbaini: Keluarga serah bukti, dipercayai petunjuk punca kematian Posted: 13 Apr 2011 02:21 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER IPOH – Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed telah menyerahkan bukti kepada polis, yang dipercayai akan membantu menentukan bagaimana penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) itu ditemui mati di premis SPRM, minggu lalu. Ketika mendedahkan perkara itu di sini hari ini, peguam-peguam keluarga itu enggan berkongsi maklumat apa yang dimaksudkan dengan bukti baru tersebut. "Kami berharap mereka (polis) akan menyiasat perkara ini," kata peguam Ghazali Mohd Ramli pada sidang media di sini hari ini. "Kami tidak boleh mendedahkannya kepada media sebab kami tidak mahu menjejaskan siasatan," kata beliau lagi. Bagaimanapun kata beliau, pihaknya percaya ia akan menentukan sama ada Ahmad Sarbaini membunuh diri ataupun sebaliknya. Justeru, beliau mempersoalkan mengapa Ahmad Sarbaini perlu pergi ke pejabat SPRM jika mahu membunuh diri. Menurut Ghazali, hidup Ahmad Sarbaini dan keluarganya adalah serba kecil dan biasa sahaja. Setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 20 orang termasuk ahli keluarga Ahmad Sarbaini, SPRM dan kakitangan KDRM. Polis juga telah menganalisis sistem kamera litar tertutup (CCTV) dari pejabat SPRM di Cheras termasuk telefon bimbit milik Allahyarham Ahmad Sarbaini. Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali pada hari kematian Ahmad Sarbaini berkata, pegawai itu telah datang ke bangunan SPRM kira-kira pukul 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan. Ahmad Sarbaini ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi Rabu lalu, tetapi rakan-rakan rapatnya berkata adalah satu perkara yang mustahil bapa lima anak itu akan membunuh diri. Seorang lagi peguam keluarga Ahmad Sarbaini, Awtar Singh Gill berkata, dakwaan dalam laporan media kononnya Allahyarham mempunyai kekayaan luar biasa adalah tidak benar. Katanya, keluarganya juga meminta media tidak membuat spekulasi bukan-bukan. Awal petang tadi, The Malaysian Insider melaporkan bahawa di sebalik kematian mengejut itu, keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini mahu individu yang menyebabkan kematiannya didakwa dan dibawa ke muka pengadilan. Sepupu Allahyarham yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail berkata, tidak mungkin penolong pengarah KDRM itu akan "membunuh diri" seperti mana yang didakwa pihak tertentu termasuk laporan media. "Kami juga mahukan siasatan terperinci yang dibuat, kami tidak mahu keputusan yang akhirnya kata bukan bunuh diri atau dibunuh, kami mahukan keputusan tepat," katanya. Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B. Kematiannya adalah kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja. Tambah Ismail, tuduhan mengatakan Ahmad Sarbaini "membunuh diri" telah menyebabkan keluarga Allahyarham tertekan dan tidak boleh menerimanya. Malah menurut Ismail, keluarga mereka juga menafikan dengan keras Ahmad Sarbaini telah "membunuh diri". | |||
Kes Sarbaini: 40 saksi sudah disiasat Posted: 13 Apr 2011 02:20 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Polis telah mengambil keterangan 40 individu bagi membantu siasatan kes kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbaini Mohamed di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di sini minggu lalu. Petang semalam, peguam keluarga Ahmad Sarbaini berkata mereka telah menyerahkan bukti baru, yang tidak dinamakan, kepada polis - yang dipercayai boleh menentukan sama ada Allahyarham Ahmad Sarbaini meninggal dunia kerana membunuh diri ataupun sebaliknya. Bernama Online memetik Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata bagaimanapun kes itu masih disiasat di bawah kes mati mengejut. Polis sedar kes ini menarik perhatian dan siasatan akan dibuat dengan teliti, katanya dalam satu kenyataan. Sehubungan itu, Zulkifli meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan. Orang ramai juga dinasihat agar menyalurkan sebarang maklumat sekiranya ada, terus kepada pihak polis, katanya. Allahyarham Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan setelah dilaporkan datang untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam Diraja Malaysia. | |||
Hujah kes liwat Anwar 25 April, ditangguh seminggu Posted: 13 Apr 2011 02:20 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 25 April sebagai tarikh baru bagi pendakwa dan pembela mengemukakan hujah penggulungan masing-masing dalam kes liwat melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Akhir bulan lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Isnin depan sebagai tarikh penghulungan selepas pasukan pendakwaan menutup kes mereka. Timbalan Pendaftar Pengurus Mahkamah Tinggi Halilah Suboh dalam surat kepada peguam Anwar berkata, permohonan penangguhan telah dibenarkan oleh Mohamad Zabidin. "Tarikh 18 April adalah dilapangkan. Tarikh hujahan baru ditetapkan pada 25 April," kata Halilah dalam suratnya yang diedarkan kepada media hari ini. Pasukan peguam Anwar membuat permohonan itu 5 April lalu. Anwar berhadapan dengan dakwaan meliwat Mohd Saiful Azlan Bukhari, bekas pembantu peribadinya di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. | |||
Mufti Perak: Fatwa haramkan poco-poco belum diwarta Posted: 13 Apr 2011 02:15 AM PDT KUALA LUMPUR — Tan Sri Harussani Zakaria mengakui sesiapa yang terlibat dalam tarian poco-poco di Perak boleh dikenakan tindakan termasuk ditangkap hanya selepas fatwa berkenaan, yang diputuskan Februari lalu, digazetkan. Bagaimanapun Mufti Perak itu berkata, proses untuk menggazetkan keputusan pengharaman tarian poco-poco mengambil masa selain perlu mendapat perkenan Sultan Perak selaku ketua agama negeri. Kata Harussani (gambar), beliau juga perlu menjelaskan pengharaman tarian poco-poco kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendapatkan pandangan. "Belum digazetkan lagi... belum lagi... bila isu ini timbul saya akan bincang dulu, saya akan bincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti-mufti. Saya perlu jelaskan dulu alasan kenapa saya haramkan tarian poco-poco di Perak," kata beliau. Bagaimanapun kata beliau, ia tetap haram walaupun belum diwartakan lagi. "Tapi hukum tetap sama, haram tetap haram cuma sekarang kita masih belum gazetkan lagi sebagai undang-undang, nak gazetkan perlu ambil masa dan saya juga perlu dapat perkenan Sultan Perak dulu, kalau diber perkenan kita akan gazetkannya," katanya kepada The Malaysian Insider. Jelas beliau, walaupun masih belum digazetkan, namun tarian poco-poco yang telah diharamkan sejak Januari lalu tetap tidak boleh diamalkan di Perak kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam. "Ia tetap tidak boleh diadakan di Perak, haram tetap haram. Bagi siapa yang buat, dia berdosa kerana melakukan perkara yang haram dalam Islam. "Cuma kalau tidak digazetkan, kita tidak boleh ambil tindakan. Sebagai contoh, kalau ada pihak yang buat tarian poco-poco di Perak, kita tidak boleh ambil tindakan tapi kalau sudah digazetkan kita boleh tangkap siapa yang menari poco-poco," katanya. Tegas Harussani, beliau berharap agar kerajaan negeri Perak akan mematuhi keputusan yang dibuat Jawatankuasa Fatwa negeri itu. "Kita harap semua pihak agar menghormati dan mematuhi keputusan yang telah dibuat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, apa yang kita buat ini adalah demi kebaikan umat Islam. "Kita haramkan tarian poco-poco sebab itu bercanggah dengan ajaran Islam selain mempunyai kepercayaan agama lain," katanya. Sebelum ini Harussani berkata, pihaknya tidak akan menarik balik pengharaman tarian poco-poco dan bersedia untuk memberi penjelasan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan akhir bulan ini. Beliau berkata Jawatankuasa Fatwa negeri itu membuat keputusan mengharamkan tarian poco-poco selepas membuat kajian dan penelitian mendalam. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah mengambil kira sembilan asas, antaranya soal akidah dan kepercayaan umat Islam lebih penting daripada penjagaan kesihatan apabila memutuskan tarian poco-poco sebagai haram. Ekoran pengharaman itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco. | |||
Saingan makin sengit, Pakatan mula rasai peluang cerah berbanding 2006 Posted: 13 Apr 2011 02:13 AM PDT KUCHING – Parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yakin bahawa mereka boleh menawan undi kawasan bandar pada hari penentuan pilihan raya negeri Sabtu ini, tetapi Barisan Nasional (BN) kelihatan memiliki sokongan yang cukup untuk memastikan ia boleh memperoleh majoriti dua pertiga kerusi. Bagaimanapun laporan-laporan positif kelihatan terus memihak kepada PR di kesemua 71 kerusi yang dipertandingkan - memberikan harapan kepada perikatan berusia tiga tahun itu memberi cabaran sengit kepada BN yang tidak pernah disaksikan. Meskipun pemimpin-pemimpin PR cukup berhati-hati, kehadiran penyokong dengan konsisten pada ceramah-ceramah yang diadakan sejak seminggu lalu dan respons cukup menggalakkan daripada penduduk setempat membolehkan mereka mengakui akan peningkatan sokongan di luar jangkaan mereka. Ketiga-tiga parti komponen PR – PKR, DAP dan PAS – telah mengisytiharkan bahawa mereka akan menambah kerusi berbanding kedudukan lima tahun lalu jika pun Sarawak tidak jatuh ke tangan mereka. Gerak-geri risikan menunjukkan mereka memperoleh respons yang semakin meningkat sejak hari penamaan calon Rabu lalu. Wong Ho Leng dari DAP memberitahu The Malaysian Insider, situasi hari ini lebih menggalakkan dan meyakinkan berbanding ketika pilihan raya kecil kerusi Parliemn Sibu, Mei lalu. Beliau membuat kejutan dengan memenangi kerusi itu daripada penguasaan Barisan Nasional (BN). "Kali ini lebih baik. Di Sibu, keadaan menjadi lebih positif ketika menuju penghujung. Tetapi di sini, sokongan sudah kelihatan sejak hari pertama (selepas penamaan calon). Saya berharap dapat mengekalkan persekitaran," katanya lagi. Wong menyenaraikan lima kerusi disandang BN yang cukup meyakinkan DAP iaitu Repok, Pujut, Piasau, Bawang Assan dan Batu Kawah. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga yakin yang partinya akan meningkatkan undi popular pada jumlah yang signifikan. "Selalunya, kami membandingkan dengan pilihan raya negeri sebelum ini dan dari sini, adalah jelas dan terlalu sukar untuk menafikan respons baik khususnya di kawasan-kawasan pedalaman," kata Ahli Parlimen Machang ini. Beliau menambah PKR yakin ia akan memperlihatkan keputusan baik di tiga kawasan yang sebelum ini dimenangi BN dengan majoriti kecil iaitu Saribas, Ba'Kelalan dan Senadin. Rakan sejawatannya dari PAS Datuk Mustafa Ali pula berkata, respons pengundi sangat menggalakkan sehingga pemimpin-pemimpin setempat parti itu kini "terlalu yakin" akan peluang mereka. "BN memandang mudah perubahan semasa. Saya boleh melihat sesetengah pemimpin setempat dan jentera mereka terlalu yakin dengan peluang kami (pada kali ini). Saya minta mereka tidak (terlalu yakin)," katanya. Umumnya bagi PR, ini adalah pilihan raya negeri pertama sejak ia dibentuk tiga tahun lalu khususnya selepas menyaksikan tsunami politik pada pilihan raya umum 2008. Perikatan itu menggunakan pilihan raya negeri ini sebagai raptai menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini. Sementara pilihan raya negeri ini dilihat sebagai pungutan suara ke atas populariti BN yang semakin terhakis di Malaysia Timur, ia juga dilihat sebagai ujian kepada PR untuk membuktikan popularitinya yang semakin meningkat sejak tsunami politik 2008. Bagaimanapun sumber-sumber pembangkang risau dengan khabar angin mengatakan BN akan membuat usaha akhir dalam kempennya dengan memberi 'buah tangan' lumayan kepada Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), yang hubungannya dengan PR terjejas beberapa hari sebelum penamaan calon, dan bertanding di 26 kerusi yang disaingi PKR. Ini, menurut beberapa sumber, dilakukan untuk memecahkan undi bakal diperoleh pembangkang dan memastikan kemenangan BN. Wong juga mengakui mendengar khabar angin sedemikian tetapi enggan membuat spekulasi mengenainya. Ketika ditemui di ibu pejabat PKR di Satok di sini, Saifuddin juga melahirkan kebimbangan yang sama. "Kami tidak menafikan bahawa kami menerima sokongan permulaan yang baik, tetapi isunya sekarang ialah sama ada kami boleh mengekalkan (sokongan) sehingga Sabtu ini," katanya. "(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) berada di sini dan beliau macam Santa Claus, memberikan buah tangan. "Ini satu kekurangan besar bagi kami," katanya lagi. Najib secara perubadi mengetuai kempen sejak Ahad lalum situasi yang tidak pernah disaksikan masa-masa lalu. Meskipun begitu pemimpin-pemimpin PR kelihatan yakin bahawa mereka telah menerokai kedudukan lebih baik sejak enam hari lalu meskipun di kawasan-kawasan yang sebelum ini sebagai dilihat kubu kuat BN. Bagi PR satu lagi faktor besar yang mendorong kempennya ialah peningkatan rasa tidak puas hati pengundi terhadap kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. | |||
PANAS : AJK UMNO Bahagian ditangkap khalwat dengan gadis sunti 16 tahun Posted: 12 Apr 2011 05:14 PM PDT PASPB Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah diketuai Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail dan ahli Rukun Tetangga (RT). Difahamkan semasa kejadian, penguatkuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguatkuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan. Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban. "Dia bersama pasangannya itu kemudian dibawa ke pejabat JHEAIK untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan. "Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini," katanya. Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan. sumber: Perakite | |||
Siasat jam tangan, bukti konspirasi peringkat tertinggi Posted: 12 Apr 2011 04:58 PM PDT 1. First, wartawan ni ditugaskan tanya soalan, 2. Second, Utusan Meloya dan TV3 suku buat heboh cerita jam Omega, 3. Finaly, polis laksanakan tugas seterusnya siasat jam Omega PASPB KPN kata dah selesai siasatan video seks, tiba-tiba pula siasat jam Omega PETALING JAYA: Pengumuman polis bahawa mereka kini sedang menyiasat pemilik jam tangan Omega, yang dikaitkan dengan pelaku video seks palsu baru-baru ini, merupakan bukti bahawa ia merupakan satu konspirasi politik peringkat tertinggi. Ini kerana, siasatan ke atas pemilik jam tangan tersebut langsung tidak bersangkut-paut dengan laporan polis ke atas penyebar video itu yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menayangkan bahan lucah. "Kenyataan terkini polis adalah bukti kepada perkara ini. Ternyata mereka berat sebelah dan rela menjadi perkakas kepada plot politik BN," kata Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran. "Siapa pemilik jam itu tiada kena-mengena dengan siasatan polis. Kita perlu ingat bahawa siasatan polis terhadap laporan yang dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah berdasarkan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, dan kesalahannya adalah kerana memiliki dan menayangkan bahan-bahan lucah," tambah beliau. Menurutnya, bukan satu kebetulan yang tidak sengaja apabila Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Acryll Sani Abdullah membuat pengumuman akan mendedahkan pemilik jam tangan berkenaan, sehari selepas wartawan media perdana bertanya kepada Anwar mengenainya. "Sehari sebelum pengumuman itu, satu soalan berkenaan jam Omega itu yang sudah dirancang sejak awal lagi ditanya kepada Anwar (sewaktu sidang media pilihan raya negeri Sarawak) di Kuching. "Soalan itu tiada kaitan sama sekali dengan pilihan raya Sarawak atau siasatan ke atas video itu," kata Surendran. Surendran juga kesal kerana sejak awal kes video itu disiasat, polis berulang kali membuat kenyataan yang tiada kena mengena dengan siasatan. Keadaan itu katanya, menimbulkan persepsi bahawa polis seolah menyokong strategi politik kotor BN- untuk menjatuh dan mengaibkan Anwar. Justeru itu, beliau mengingatkan polis bahawa tugas mereka adalah mengawal keselamatan rakyat negara ini dan bukannya bertugas untuk Umno-Barisan Nasional. Video seks palsu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditayangkan kepada sekumpulan wartawan dan editor kanan pada 21 Mac 2011 di Carcosa Seri Negara, pada hari yang sama Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak dibubarkan. Anwar sendiri sejak awal lagi menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video tersebut. Satu sedutan daripada video itu dibocorkan ke Internet pada 4 April 2011, tarikh yang sama KEADILAN menyambut ulang tahun ke-12 penubuhannya. Namun sehingga kini, trio 'Datuk T' yang menayangkan video itu , masih lagi belum ditangkap polis walau pun mereka mengaku sebagai dalang tayangannya. Identiti Datuk T dikenalpasti sebagai bekas Ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan