Rabu, 13 April 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[PANAS] Raja Petra U-TURN? Pendedahan Eksklusifnya di TV3, Baca Transkripnya di Sini.

Posted: 13 Apr 2011 06:13 AM PDT


Saya tidak tahu niatnya. Namun, tindak tanduknya belakangan ini (penubuhan MLCM, tulisan di portalnya) dan diperkuatkan lagi dengan temu ramah yang disiarkan secara esklusif di TV3 pada waktu dan ketika ini sedikit banyak mengiyakan andaian sesetengah pihak bahawa RPK sudah "berpindah" kapal.

Transkrip yang memerihalkan tentang akuan bersumpahnya berkaitan dengan pembunuhan Altantuya disalin dari laman TV3:
[TV3] Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu.

Itu pengakuan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang muncul buat pertama kali setelah sekian lama menghilangkan diri.

Raja Petra berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Ashraf Abdullah yang menjejaki beliau di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.

Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

RAJA PETRA KAMARUDIN, PENGENDALI BLOG MALAYSIA TODAY

"Di dalam sd saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam sd. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis."

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan  dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot."

Tambah Raja Petera, tujuan mereka ialah untuk memastikan Datuk Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.

"what do you hope to achieve? Dia kata pak lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah"

Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Datuk Seri Anwar.

"Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan anwar dan anwar pun bagi green light. Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa anwar…leftenan kolonel  ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada anwar tentang isu ini…dia kata proceed.  Saya pun proceed."

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.

Ikuti bahagian kedua temubual ini dalam Buletin Utama esok.

P/s: Banyak orang yang akan "terkena" berikutan pendedahan Raja Petra ini. Nama-nama seperti Din Merican, Nik Azmi Nik Daud, John Pang, dan orang yang mungkin terjejas teruk ialah Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin yang mengaitkan Rosmah dengan lokasi kejadian.

Tunggu dan lihat! 

"Keinsafan" Raja Petra disiarkan beberapa hari sebelum Pilihan Raya Sarawak! 
Adakah orang yang menentang UMCO sehebat Raja Petra juga sudah dibeli? Jika benar, hebat perancangan Najib & Co!!!


[Video-PANAS] DAP Dakwa Berjaya RAKAM Penipuan Undi Pos di Sarawak

Posted: 13 Apr 2011 05:00 AM PDT


MalaysiaKini melaporkan DAP hari ini mendedahkan satu klip video ringkas kepada pihak media yang didakwa parti itu menunjukkan berlakunya perbuatan mengganggu undi pos. DAP mendakwa insiden itu telah dirakamkan di Wisma Sanyan, Sibu, tempat pembuangan undi pos semalam.

Dalam klip video selama 1.32 saat itu, seorang lelaki telah dirakamkan sekitar waktu tengah hari, menerima kertas undi pos daripada empat pengundi wanita, sebelum menyedari tindakannya dirakam. Lelaki itu dengan cepat memulangkan kertas undi tersebut dan cuba menghalang ejen pengundian DAP, daripada memantau proses undi pos.

Ejen pengundi pos DAP, Mary Josephine Prittam Singh berkata, kertas undi tidak patut diberikan kepada orang lain, sekaligus dia percaya perbuatan membeli undi berlaku di Wisma Sanyan.
  
Satu laporan polis akan dibuat.


Video:



P/s: Lahanat!

* Hulurlah sumbangan kepada MalaysiaKini sekadar yang mampu. Lanjut di sini.

MalaysiaKini Rayu SUMBANGAN Tangkis Serangan

Posted: 13 Apr 2011 04:36 AM PDT


Saya petik:
[MK] Pelayan (server) utama Malaysiakini yang terletak di pusat data TM dan Jaring hari ini terus dihujani serangan melalui rangkaian Internet hari ini sejak serangan pertama dilancarkan lebih 30 jam lalu.

Pelayan berkenaan tidak berfungsi sejak jam 11 pagi semalam. Malaysiakini masih belum berjaya menangkis serangan tersebut yang berpunca dari beberapa pelayan lain di China.
Bagi menghadapi situasi ini, semua laporan Malaysiakini, termasuk dalam versi bahasa Inggeris buat masa ini disajikan secara percuma melalui perkhidmatan Wordpress dan Facebook.
Malaysiakini juga akan berhijrah ke pelayan baru. Kami sedang bekerjasama dengan pusat data baru dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan terutamanya bagi menghadapi beban rangkaian dari sumber yang mencurigakan.

Sesetengah pembaca bagaimanapun sudah dapat melayari Malaysiakini seperti biasa.
Sekiranya masih gagal berbuat demikian, anda dinasihatkan supaya memadamkan 'cache' di 'browser' (Bagi Firefox, sila ke 'Tools', klik 'Clear recent history', dan kemudian 'Clear now'. Bagi Internet Explorer, sila ke 'History', klick 'Delete browsing history', dan kemudian 'Delete').

Kami menjangkakan beberapa siri serangan akan diteruskan ke atas Malaysiakini dalam tempoh liputan pilihan raya negeri Sarawak sehingga Sabtu ini. Bagi menangkis serangan baru, Malaysiakini akan mewujudkan pelayan web dari lokasi baru untuk kandungannya.
Malaysiakini mengalu-alukan sumbangan anda

Bagi menjamin tahap keselamatan yang lebih kukuh, Malaysiakini juga memerlukan dana tambahan. Dana berkenaan akan digunakan bagi membina beberapa pelayan baru bagi meningkatkan kapasitinya. Peningkatan pembaca pada minggu lalu menunjukkan Malaysiakini dilayari sekitar 500,000 pembaca sehari berbanding purata 300,000 sehari.
Pembaca boleh menyumbang menerusi saluran berikut:

Kad Kredit

Pembaca boleh membuat sumbangan dengan kad kredit melalui panggilan telefon 03-2284 3367 mulai jam 9 pagi hingga 7 malam. Petugas Malaysiakini akan memohon butiran kad kredit anda.

Maybank2u
Pilih 'Mkini Dotcom Sdn Bhd' dari senarai penerima bayaran.

ATM Maybank

Di mana-mana ATM Maybank, dana boleh dipindahkan kepada Akaun Semasa Mkini Dotcom Sdn Bhd, No: 514178153586

PayPal

Ahli PayPal boleh membuat pindahan wang online kepada MKINI DOTCOM SDN BHD atau email subscribe@malaysiakini.com.

Cek/Kiriman Wang

Sila buat bayaran atas nama Mkini Dotcom Sdn Bhd dan poskannya kepada Malaysiakini, 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, Kuala Lumpur, Malaysia

Sumbangan Tunai

Sumbangan tunai boleh diserahkan kepada pejabat kami di 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, Kuala Lumpur dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

Lanjut di sini (http://malaysiakinibm.wordpress.com/)

Mahkamah Tolak Saman Ummi Hafilda!! Adakah Skandalnya dengan Baginda dan Salah laku yang lain Benar Belaka?

Posted: 13 Apr 2011 04:00 AM PDT


Saya petik:
[MK] Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengetepikan saman RM100 juta yang difailkan oleh Ummi Hafilda Ali ke atas ahli perniagaan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan Malaysiakini.

Perkara itu dibawa untuk pengurusan kes hari ini setelah ia difailkan bulan lalu dan mendapat publisiti meluas oleh media.

Hakim Zabariah Mohd Yusof menolak saman itu selepas peguam kedua-dua plaintif dan defenden gagal menghadirkan diri apabila kes itu disebut pagi ini.

Ummi juga tidak hadir.

Saman itu difailkan melalui firma peguam Sahrihan & Hamdan. Dalam samannya, beliau mendakwa sebuah artikel yang disiarkan dalam Malaysiakini pada 15 Mac tahun ini, yang memetik kenyataan Baginda di lobi parlimen sebagai bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi.

Dakwanya, kenyataan itu adalah semata-mata untuk memalukannya dan bermotifkan niat jahat kerana menggambarkan bahawa seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal dan amat tidak jujur.

Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, plaintif memohon satu injunksi untuk melarang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan-kenyataan berbau fitnah terhadapnya.

P/s: Takkan gertak saja? Cakap bergegar. Seingat DCM, Si Ummi ini juga mahu menyaman jurublog PR berkaitan isu yang sama. Senyap saja? Sah Minah Gempar!

[Video] Pernah Tonton Tukar Tiub Berceramah? Sila Tonton TT GEGAR Miri!

Posted: 13 Apr 2011 03:00 AM PDT


Video:

Rawat Kanser dengan Rokok

Posted: 13 Apr 2011 02:00 AM PDT


Berita AFP melaporkan Klinik Griya Balur di Jakarta menyediakan perkhidmatan merawat penyakit kanser dengan menggunakan asap rokok yang dihembus ke dalam telinga dan mata selain tiub ke dalam paru-paru si pesakit.

Menurut pengasas klinik tersebut, Dr. Gretha Zahar yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang teknologi nano dari Universiti Padjadjaran, Bandung, beliau sudah merawat 60,000 pesakit sejak dekad lalu.

Beliau percaya, dengan memanipulasi raksa dalam asap rokok, bahan itu akan dapat mengubat semua pesakit termasuk kanser selain memperlahankan proses penuaan.

"Merkuri merupakan punca semua penyakit. Dalam rokok saya, terdapat pencari bahan (raksa) yang menarik raksa dari tubuh," katanya.

P/s: Menarik!!


Barisan Nasional Sudah KECUT. Media Diarah Tidak Siarkan Ceramah/Perhimpunan Pakatan Rakyat di Sarawak

Posted: 13 Apr 2011 01:25 AM PDT


Malaysia Kini melaporkan BN yang kini dilihat semakin goyah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 16 April ini terus memperkuatkan cengkamannya terhadap media arus perdana.

Dengan portal berita, termasuk Malaysiakini dan Sarawak Report, yang telah menerbitkan laporan kritikal mengenai Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tidak dapat diakses akibat serangan siber, rangkaian televisyen telah diarahkan tidak menyiarkan rali dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.

Sumber yang rapat dengan gergasi media yang dikaitkan dengan Umno itu - Media Prima memberitahu Malaysiakini bahawa semua rangkaian televisyen miliknya telah diarahkan supaya tidak menyiarkan ceramah harian Pakatan yang berjaya menarik kehadiran ribuan orang.

"Visual rali mega tidak sama sekali boleh disiarkan meskipun ia berkaitan dengan pilihan raya," kata sumber dalaman itu.

Media Prima memiliki semua rangkaian televisyen swasta percuma di negara ini -TV3, ntv7, 8TV and TV9.

Selain televisyen, akhbar Cina juga diberi tekanan selepas BN dikatakan mungkin tumbang di beberapa kawasan yang mempunyai pengundi majoriti masyarakat Cina.

"Walaupun belum diberi arahan, kita mesti berhati-hati dengan laporan berita. Saya tidak fikir, kita mampu lagi memberi liputan pada ratio 60:40 bagi BN dan Pakatan, kita sekarang terpaksa menukarnya kepada 70:30," kata seorang editor akhbar harian Cina.

"Sejak dua atau tiga lalu, liputan ke atas kami telah berkurangan dengan begitu ketara sekali," kata seorang pekerja kempen DAP.

P/s: Kah kah kah. Tiada respon yang lebih indah. Saya hanya mahu ketawa dan tersenyum!!!

RM1.5 Bilion Wang Rakyat dalam IMDB Disalah Guna untuk Selamat Syarikat Kroni Taib Mahmud

Posted: 13 Apr 2011 12:43 AM PDT

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat pendedahan menggemparkan bahawa sebanyak RM1.5 billion wang rakyat diguna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyelamatkan syarikat kroni Taib Mahmud.

Ia dilakukan menerusi syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang melakukan urusniaga meragukan untuk mengelabui mata rakyat, kata Anwar.

1MDB melakukan urusniaga dengan syarikat PetroSaudi dari Arab Saudi, untuk membolehkan syarikat UBG Berhad, yang menghadapi masalah kewangan dan dimiliki keluarga Taib, diselamatkan.

"Untuk memperdayakan rakyat, Najib isytihar keuntungan 1MDB sebanyak RM425 juta pada tahun pertama operasinya. Namun, beliau tidak pernah memberitahu kita bagaimana (keuntungan itu diperoleh).

"Hari ini kita ada penyata kewangan 1MDB yang mendedahkan salahguna wang kerajaan tanpa rasa malu yang dilakukan Barisan Nasional dan bagaimana mereka berterusan menyalahgunakan kekayaan negara," kata Anwar.

Menurut Anwar, keuntungan sebanyak RM425 juta yang diisytihar pada tahun kewangan 1MDB yang berakhir pada 31 Mac 2010 mendedahkan perkara yang berbeza apabila diteliti dengan lebih dekat.

"Lima bulan selepas membayar RM3.5 billion untuk pelaburan projek usaha sama dengan PetroSaudi, 1MDB menjual semula pelaburan itu kepada pemilik PetroSaudi dengan harga RM4.1 billion.

"Pada mata kasar, ia kelihatan seperti keuntungan yang menakjubkan. Namun, PetroSaudi yang menerima wang tunai sewaktu 1MDB membeli pelaburan tersebut kini membayar pembelian semula itu melalui skim pinjaman selama 11 tahun yang akan hanya selesai pada 31 Mac 2021.

"Sekarang, hampir 70 peratus modal asal 1MDB adalah dalam bentuk pinjaman, yang tiada jaminan lagi akan dibayar semula sepenuhnya," kata Anwar.

Malahan, urusniaga itu juga dilakukan pada hari terakhir tahun kewangan 1MDB, 31 Mac 2010 bagi menipu rakyat.

"Silap mata perakaunan ini dilakukan untuk menunjukkan keuntungan meragukan yang diisytiharkan Najib," kata Anwar.

Perkara paling mengejutkan, kata Anwar, adalah hubung kait Taib Mahmud dengan 1MDB melalui urusniaga yang meragukan.

"Pada tahun lalu juga, PetroSaudi membayar RM1.5 billion untuk mengambil alih UBG Berhad, instrumen pelaburan milik empayar keluarga Taib Mahmud yang menghadapi masalah kewangan," kata Anwar.

Justeru, Anwar menuntut agar satu audit khas dilakukan untuk menyiasat samada urusniaga yang melibatkan 1MDB, PetroSaudi dan UBG menggunakan wang rakyat dan digunakan untuk tujuan politik yang tertentu.

Anwar juga menuntut sebarang usaha 1MDB meraih dana daripada bank dihalang sehingga audit itu selesai. Sebarang usaha untuk memindahkan harta kerajaan seperti cadangan menganugerahkan sebidang tanah di Jalan Cochrane juga perlu dihentikan, kata Anwar.

Anwar juga menuntut satu pendedahan siapa sebenarnya di belakang 1MDB dilakukan agar rakyat yakin bahawa 1MDB betul-betul kukuh untuk memenuhi komitmennya.
P/s: Lahanat!!!!

Pelajar Peroleh RM211 955 kerana Video di YouTube

Posted: 12 Apr 2011 11:00 PM PDT


Berita Agensi  melaporkan seorang pelajar pergigian Universiti Temple di Philadelphia, AS, Rob Homayoon mendakwa sudah memperoleh pendapatan sebanyak AS$70 000 (RM211 955) sejak 2008 daripada klip video origaminya di laman YouTube, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Homayoon, 25, yang tinggal di Germantown, Pennsylvania menghasilkan klip video mengenai cara untuk membuat origami daripada kertas di apartmennya. Origami merupakan kaedah melipatkan kertas untuk menghasilkan pelbagai bentuk seperti burung.

Dia memperoleh pendapatan itu menerusi satu perjanjian dengan YouTube yang menjual iklan. Menurutnya, dia memperoleh 80 peratus daripada jualan iklan dan Google yang memiliki YouTube memperoleh 20 peratus.

"Semasa (video) saya bermula, saya memperoleh AS$100 (RM302.85) dan saya berpendapat saya boleh menggunakannya untuk wang minyak saya. Kemudian ia meningkat kepada AS$400 (RM1,211) dan AS$600 (RM1,817) dan pada akhirnya saya memperoleh AS$1,000 (RM3,028) dan kemudian AS$2,000 (RM6,057).

"Salah satu cek saya mengandungi lima angka. Perkara itu berlaku pada Disember lalu, empat bulan lalu," kata Homayoon.

Video klip Homayoon kini dimuat naik sebanyak 29.4 juta dan rangkaian klip videonya di YouTube mempunyai 64,000 pelanggan. 


Muka-muka Jurublog UMCO yang Sentiasa Muncul di Setiap Kawasan Pilihan Raya. Banyak Duit??

Posted: 12 Apr 2011 09:40 PM PDT

Jurublog UMCO "berkampung" di Sarawak termasuk yang baru kantoi duduk menghadap meja yang terhidang air kencing syaitan. Klik untuk besarkan imej.
Sumber gambar di sini.

 Banyak duit???? Duit sendiri??? Kah kah kah!!!


[Kemas Kini] Bukan Jam Omega yang "Menutuh" Pelacur China Itu!

Posted: 12 Apr 2011 08:27 PM PDT


Maaf saudara, tajuk agak kasar.

Saya tercari-cari tajuk yang sesuai untuk diletakkan pada kotak kiriman berkaitan dengan berita yang disiarkan di Keadilan Daily. Menurut akhbar atas talian itu, "Siasat jam tangan, bukti konspirasi peringkat tertinggi". Saya setuju. Alasan mudahnya. Bukan jam Omega itu yang "menutuh" wanita yang dipercayai pelacur dalam video klip Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara.

Seperti yang ditegaskan oleh N. Surendran, siasatan terhadap pemilik jam tangan tersebut langsung tidak bersangkut-paut dengan laporan polis terhadap penyebar video itu yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menayangkan bahan lucah.

"Kenyataan terkini polis adalah bukti kepada perkara ini. Ternyata mereka berat sebelah dan rela menjadi perkakas kepada plot politik BN," kata Naib Presiden KEADILAN itu.

"Siapa pemilik jam itu tiada kena-mengena dengan siasatan polis. Kita perlu ingat bahawa siasatan polis terhadap laporan yang dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah berdasarkan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, dan kesalahannya adalah kerana memiliki dan menayangkan bahan-bahan lucah," tambah beliau.

Menurut N. Surendran, bukan satu kebetulan yang tidak sengaja apabila Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Acryll Sani Abdullah membuat pengumuman akan mendedahkan pemilik jam tangan berkenaan, sehari selepas wartawan Media Prima bertanya kepada Anwar mengenainya.

"Sehari sebelum pengumuman itu, satu soalan berkenaan jam Omega itu yang sudah dirancang sejak awal lagi ditanya kepada Anwar (sewaktu sidang media pilihan raya negeri Sarawak) di Kuching.

"Soalan itu tiada kaitan sama sekali dengan pilihan raya Sarawak atau siasatan ke atas video itu," kata Surendran.

Selain daripada laporan polis yang dibuat oleh Anwar, siasatan terhadap jam itu juga tidak relevan untuk menjawab persoalan tentang kehadiran lelaki (terbukti tidak memakai jam Omega ketika beraksi) yang mempunyai iras Anwar Ibrahim dalam video seks konspirasi itu. Video yang menimbulkan persoalan ini boleh ditonton di sini.  Agak mengejutkan, polis menyiasat jam Omega itu semata-mata kerana dakwaan Eskay. Adakah polis percaya akan kata-kata Eskay? 

Pihak polis sepatutnya menyiasat dalang di balik penghasilan video itu dan mengenal pasti orang yang "melakonkan" aksi seks haram (zina), bukannya mencari helah dengan mencari pemilik jam Omega (ada jurublog membuat andaian jam Omega itu sebenarnya milik salah seorang daripada trio konspirator) semata-mata seperti diandaikan oleh banyak pihak untuk mencetuskan keraguan rakyat khususnya di Sarawak terhadap Anwar Ibrahim.

P/s: Jangan sampai orang percaya polis terlibat dalam kosnpirasi ini!!! Sehingga kini, orang tertanya-tanya pernyataan "tulen" seperti yang dihebahkan oleh KPN berkaitan dengan video itu. Apa yang "tulen"?


[Video] Aksi Peragut Pecah Cermin Kereta di Seksyen 16 Petaling Jaya

Posted: 12 Apr 2011 07:30 PM PDT



Menurut keterangan di Youtube, klip ini dirakam pada 27 Mac 2011.  Manakala berita di Yahoo pula menyatakan bahawa kejadian ragut ini berlaku di Seksyen 16, Petaling Jaya. Klip ini menjadi "hangat" sejak dimuatnaikkan di Youtube dan laman sosial.

Klip sepanjang 23 saat ini menunjukkan 2 orang lelaki yang menunggang dan membonceng sebuah motosikal menghampiri sebuah kereta yang sedang berhenti di laluan yang mempunyai lampu isyarat. Pembonceng motosikal itu kemudiannya bertindak memecahkan cermin tepi kereta itu dan meragut beg di sebelah tempat duduk penumpang hadapan. Kedua-dua penjenayah itu meninggalkan tempat kejadian dalam sekelip mata.
Hati-hati. Sesuatu musibah seperti kejadian boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa tanpa dapat anda jangkakan!

Video:

P/s: SEBARKAN Video ini!!!!


Pemilik Bengkel Parah kerana Hutang RM10

Posted: 12 Apr 2011 06:45 PM PDT


Saya petik:
[HM] PORT DICKSON: Angkara wang RM10, seorang pemilik bengkel berusia 40 tahun parah ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dalam satu kejadian di sebuah bengkel di sekitar Air Kuning, di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, lapan lelaki berusia 29 hingga 31 tahun ke bengkel berkenaan untuk meminta wang daripada anak mangsa yang berhutang dengan salah seorang daripada kumpulan itu.

Bagaimanapun, anak mangsa berusia belasan tahun enggan memulangkan wang berkenaan menyebabkan suspek memukul remaja terbabit.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh berkata, menyedari kejadian itu, mangsa menegur tindakan kumpulan berkenaan yang ketika itu hanya seramai tiga orang.

"Akibat berang ditegur, seorang daripada suspek menghubungi lima rakannya sebelum mereka menyerang dan menetak lelaki itu menggunakan parang hingga menyebabkannya cedera di kepala, tangan dan perut sebelum melarikan diri," katanya.

Menurutnya, isteri mangsa berusia 30-an yang turut berada di tempat kejadian segera menghubungi polis.
"Mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) dan kini berada dalam keadaan stabil," katanya.

Baljeet berkata, pihaknya yang menerima maklumat mengenai kejadian itu melakukan usaha memburu suspek dan memberkas tiga suspek di tiga lokasi berasingan di daerah ini tidak lama selepas itu.

Keluarga Kemuka Bukti Ahmad Sarbani Tidak Bunuh Diri

Posted: 12 Apr 2011 05:45 PM PDT


Saya petik:
[BH] IPOH: Keluarga Penolong Pengarah Cawangan Import, Eksport dan Kawalan Sempadan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Cochrane, 6 April lalu, mengemukakan beberapa maklumat baru bagi membuktikan Allahyarham tidak membunuh diri.

Maklumat itu diberi kepada firma guaman iaitu Tetuan Awtar Ghazali Augustine & Co beroperasi di sini yang dilantik sebagai wakil keluarga Allahyarham sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Wakil firma guaman berkenaan, Ghazali Mohd Ramli, berkata keluarga Allahyarham menemui beberapa maklumat baru yang dipercayai boleh membantu siasatan polis bagi membuktikan kematian itu bukan membunuh diri, sebaliknya didakwa berunsurkan jenayah.

"Keluarga Allahyarham jelas tertekan dengan pelbagai spekulasi yang dibuat berhubung kematian Ahmad Sarbani terutama yang dilaporkan menerusi media cetak dan elektronik.

"Laporan berkenaan berbaur spekulasi kerana tiada sesiapa pun yang tahu apa sebenarnya berlaku pada hari kejadian berkaitan dengan diri dan kematian Allahyarham," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ghazali berkata, isteri Allahyarham pernah memberitahu mengenai pengakuan suaminya sebelum kejadian sama ada terbabit dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.

"Ketika ditanya sama ada Ahmad Sarbani terbabit dalam kes berkenaan, Allahyarham menidakkan dakwaan itu.
"Justeru, keluarga mereka meminta semua pihak berhenti membuat sebarang spekulasi termasuk laporan media yang menggambarkan seolah-olah Allahyarham terbabit dalam kegiatan rasuah dan hidup dalam kemewahan serta mempunyai banyak aset," katanya.

Pada sidang media sama, Ghazali turut melampirkan kenyataan media yang menyenaraikan aset dimiliki Allahyarham dan keluarganya iaitu:

Tiga kereta iaitu Perodua Kancil yang dibeli pada 2001, Honda CRV terpakai (2004), Proton Pesona yang dibeli beberapa bulan lalu dan sebuah motosikal Modenas Kriss yang dibeli pada 1998.

– Tiga rumah iaitu dua apartmen masing-masing di Bukit Tinggi, Klang yang dibeli pada 17 April 2003 dengan harga RM65,872 dan di Puncak Alam, Mukim Ijok, Kuala Selangor yang dibeli pada 1998 bernilai RM68,988 serta rumah berkembar kluster di Saujana Impian, Sungai Buluh yang dibeli pada 2005 dengan harga RM230,000 menggunakan pinjaman perumahan kerajaan.

– Wang simpanan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM35,000 iaitu wang dikeluarkan isteri Ahmad Sarbani daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja selepas mencapai usia 50 tahun.

P/s: Siapa "bunuh" Ahmad Sarbani?

 

Kerana Dadah, Ameng Kena Penjara 8 Tahun, 10 Sebatan

Posted: 12 Apr 2011 05:07 PM PDT


Saya petik:
[BH] AYER KEROH: Vokalis kumpulan Spring, Ameng, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tiga pertuduhan membabitkan pengambilan dan pemilikan dadah di sebuah hotel di Taman Melaka Raya, di sini, pada 1 Februari lalu. 

Isterinya, Sabariah Zakariah, 41, turut dihadapkan di mahkamah sama bagi dua pertuduhan sama, dibebaskan selepas mendapat persetujuan pendakwaan. Terdahulu, beliau tidak mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan berkenaan.

Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, mengaku bersalah bagi ketiga-tiga pertuduhan itu sebaik ia selesai dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Katar, pada jam 10.45 pagi.

Bagi pertuduhan pertama, Ameng dan isterinya didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 105.9 gram dalam bilik di Hotel Senyum Mesra, Jalan Melaka Raya 3, pada jam 5.20 petang manakala bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.22 gram pada tarikh, tempat dan masa sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibacakan bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12 (3) akta sama dan Seksyen 34 kanun sama.

Hukuman maksimum bagi kesalahan mengikut Seksyen 39A (2) adalah penjara seumur hidup atau minimum tidak kurang lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 kali manakala Seksyen 12, didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi pertuduhan ketiga, Ameng didakwa memasukkan dadah ke dalam badan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Melaka Tengah jam 6 petang pada tarikh sama.

Dia mengaku bersalah atas tuduhan itu dan didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2003) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) (b) dibaca bersama Seksyen 38b Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi pertuduhan pertama, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan, manakala bagi pertuduhan kedua, dua tahun penjara dan satu tahun penjara serta dua tahun di bawah pengawasan polis bagi pertuduhan ketiga.

Beliau memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula tarikh tangkapan pada 1 Februari lalu.

Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin manakala Ameng dan isterinya, diwakili peguam, Azrul Zulkifli Stork.

Sebaik hukuman dijatuhkan, Ameng yang memakai baju T berwarna biru kuning kelihatan terkejut, tetapi tersenyum apabila mahkamah memutuskan membebaskan isterinya daripada dua pertuduhan

Sabariah yang menangis ketika ditemui di luar mahkamah berkata beliau bersyukur kerana dilepaskan namun pada masa sama bersedih berikutan terpaksa berpisah dengan suaminya.

"Saya lega tetapi bersedih sebab terpaksa menunggu Ameng selama lapan tahun. Lapan tahun adalah tempoh yang lama. Dia sempat berpesan tadi supaya menjaga anak dengan baik, ingat padanya dan Insya-Allah semuanya akan okey. Buat masa ini, saya akan tinggal dengan emak," katanya. 
 P/s: Ada lagi yang tidak serik!!!

Tiada ulasan: