MiLo SuaM |
- Video-video lucah Anwar Ibrahim di luar negara pulak!
- AC Mizal sertai UMNO kerana selari dengan perjuangannya
- Semua parti politik Singapura dibenar berkempen di media arus perdana
- Panas! Surau di Perak dirobohkan, jemaah terpaksa guna khemah
Video-video lucah Anwar Ibrahim di luar negara pulak! Posted: 24 Apr 2011 03:35 PM PDT Politik lucah yang menjadi amalan gerombolan songkok tinggi, terus dimainkan oleh blogger-blogger pro-gerombolan. Mereka kini jelas sekali mempersetankan pandangan serta fatwa para ulama dan mufti sebaliknya bersungguh-sungguh mahu menyebarkan dan mengaibkan Anwar Ibrahim dengan video-video lucah dan skandal-skandal seks. Isu jam omega dan pelacur cina sebelum ini tidak cukup kuat untuk menjatuhkan Anwar memandangkan terlalu banyak percanggahan fakta-fakta membuatkan ia telah menjadi cerita lucah yang lucu. Pelacur bertukar menjadi Pelajar Kolej Swasta, Hotel dah jadi kondominium, jam Omega pula dicuri bersama-sama kad pendaftarannya sekali. Pemilik jam omega juga gagal dibuktikan. Datuk T sudah menjadi Datuk Tongong. Bagi menutup kepincangan video lucah sebelum ini yang sudah terbongkar, gerombolan songkok tinggi yang juga kaki video seks, terpaksa meletupkan isu video seks yang baru, supaya rakyat lupa kepada kepincangan video seks sebelum ini. Dengan ini Rakyat Malaysia akan terus menyokong kerajaan Barisan Nasional berkat hidayah dari video-video seks yang bakal dibongkarkan kononnya. Di bawah ini screenshot yang diambil dari sebuah blog terkenal pro kerajaan yang membayangkan bahawa video-video seks Anwar Ibrahim di luar negara pula akan didedahkan. Banyak pihak yang menunggu pembongkaran video-video seks terbaru ini. Ramai yang menjangkakan video lucah Anwar Ibrahim melakukan seks dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan turut sama akan dibongkarkan bagi menggambarkan kepada rakyat bahawa Anwar Ibrahim adalah manusia yang paling jahat di muka bumi. Dijangka lebih 30 video seks Anwar Ibrahim akan dibongkarkan sekiranya 18 video seks yang berada di dalam simpanan dan pengetahuan Ummi Hafilda diambil kira. Pihak penjual VCD lucah antara yang tidak sabar mengaut keuntungan hasil jualan lebih 30 video-video seks yang bakal didedahkan nanti. ReJaM© "Mungkin kali ini video seks Anwar akan ditayangkan di dalam masjid pulak" |
AC Mizal sertai UMNO kerana selari dengan perjuangannya Posted: 24 Apr 2011 11:58 AM PDT Penyertaan AC mizal dan isterinya ke dalam UMNO, memang sangat bertepatan atau dalam bahasa Indonesianya sangat cocok. Perjuangan AC Mizal selama ini memang sangat sesuai diteruskan di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Watak dan peribadi artis terkenal itu sangat mirip dengan para pemimpin yang ada di dalam UMNO. Tahniah kepada AC Mizal kerana memilih UMNO sebagai platform untuk meneruskan perjuangan. Perjuangan meneruskan perniagaan menjual gelang Tungsten ajaib yang mampu menjadikan pemakainya kuat laksana "Badang". Mampu menjadikan pemakainya untung berjuta-juta kerana kuasa gelang AC. Gelang beli harga 25 Dollar, tapi jual sampai RM1000, dan jual pula kepada anak-anak Melayu dengan umpan kononnya boleh untung berjuta-juta, inilah perjuangan yang akan diteruskan bersama pemimpin UMNO yang lain. ReJaM© "Teruskan perjuangan menipu anak-anak Melayu..." |
Semua parti politik Singapura dibenar berkempen di media arus perdana Posted: 24 Apr 2011 06:37 AM PDT Demokrasi yang diamalkan di Singapura sangat berbeza dengan Malaysia. Parti PAP yang selama ini memerintah negara itu yang dikatakan parti komunis, kononnya didakwa sebagai parti yang tidak demokratik boleh memberikan saingan yang sama rata kepada semua parti-parti politik yang berkempen, sewaktu pilihanraya Umum Singapura. Mengikut laporan berita yang dipetik dari Bernama, media arus perdana dibenarkan diguna sebagai medan berkempen untuk semua calon pilihanraya negara itu. Bilakah perkara ini akan berlaku di Malaysia? Bilakah semua parti politik akan dibenarkan menggunakan media arus perdana seperti RTM (sebut RTBN)? Jangan mimpilah! Kalau pembangkang dibenarkan berkempen di media arus perdana, dari dulu lagi Barisan Nasional dah lingkup. Apa akan jadi kalau pada Pilihan raya Umum ke 13 nanti semua parti politik dibenarkan berkempen di media-media arus perdana? Jawapannya Dato Seri Najib Tun Razak akan menjadi Ketua Pembangkang Malaysia penggal pemerintahan depan. ReJaM© "Inilah yang dipanggil demokrasi terpimpin, dipimpin oleh Barisan Nasional" |
Panas! Surau di Perak dirobohkan, jemaah terpaksa guna khemah Posted: 24 Apr 2011 02:50 AM PDT Dipetik dari Website Aduanrakyat [Aduanrakyat] via [tranungkite] Saya adalah anak watan Kampung Baru Kanthan Lama, ini adalah keluhan dari penduduk semasa saya balik ke kampung pada 17 April 2011 yang lalu. Pada 14 March 2011, datang kontraktor untuk merobohkan Surau Kampung Baru Kanthan Lama, Chemor Perak. Setelah berbincang dengan kontraktor yang mana tujuan meroboh adalah dari arahan BOSS mereka yang mana akan menggganti Surau yang baru yang mana menurut mereka dari peruntukan Kerajaan melalui YB DUN HULU KINTA. Yang menjadi muskilnya hingga sekarang tiada siapa pun yang memaklum perkara yang sebenar. Dan hingga ke hari ini tiada tanda-tanda menunjukan untuk pembinaan surau baru yang dibuat, seolah tapak surau kampung ini umpama jadi padang jarak padang terkukur. Penduduk tidak dapat solat berjemaah lagi sehingga hari ini, dan jika ada ceramah akan diadakan di dalam rumah dan khemah yang di hadiah kan dari DUN Hulu Kinta. Allahhuakbar, ReJaM© "Ada iras-iras perangai Yahudi Zionist ni..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan