Blog-list Malaysia |
- Mamat Khalid Dan AC Mizal Sertai UMNO
- Raja Petra belum beri kenyataan, peguam tikai motif polis
- CERITA PASAI NAIB CANSELOR UUM LIAT BAYAQ CUKAI
- Naib Canselor Kangkung UUM Bidas Kerajaan Kedah
- Noh Omar Ahli Politik Tidak Matang
- Emel 1Malaysia: Siapa Punya, Siapa Kena Bayar?
- Polis minta lebih masa siasat video seks
- Raja Petra Ditangkap Di Thailand
- Keluar Pakatan - Betul Ke SU Agung PAS Tak Cakap Macam Tu??
Mamat Khalid Dan AC Mizal Sertai UMNO Posted: 23 Apr 2011 09:41 PM PDT Kejayaan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini mencetuskan trend positif apabila semakin ramai rakyat terutamanya dalam Parlimen Ipoh Barat menyertai parti keramat orang Melayu iaitu UMNO. Terbaru, pengarah kelahiran Perak, Mamat Khalid yang terkenal dengan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan ahli perniagaan yang juga artis, Datuk AC Mizal dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida turut mengambil keputusan menyertai UMNO. Exco Kanan negeri merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, UMNO adalah parti keramat orang Melayu kerana tiada parti lain selain UMNO yang mampu membela nasib orang Melayu dari segi agama, bangsa dan tanahair sejak dahulu, kini dan selama-lamanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Jom Sertai Umno adalah anjuran Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat, diketuai oleh Syamsul Baharin Putra yang berlangsung di Restoran Simpang Tiga Greentown Square, malam tadi. Kira-kira 500 ahli baru turut diterima masuk menyertai UMNO pada majlis itu yang disempurnakan oleh Hamidah yang juga merupakan Adun Sungai Rapat. Dalam perkembangan sama, Hamidah menjelaskan, selepas pilihanraya negeri Sarawak, UMNO menerima banyak permintaan terutamanya daripada orang muda yang berminat untuk menyertai parti berkenaan. Perkembangan itu katanya, amat dialu-alukan oleh UMNO kerana dalam situasi hari ini, orang Melayu perlu bersatu demi mempertahankan hak mereka di bumi Malaysia. "Orang muda juga amat diperlukan sebagai pelapis untuk menggantikan pemimpin yang sedia ada apabila tiba masanya kelak," katanya lagi. Menurutnya, keputusan pilihanraya negeri Sarawak yang memihak kepada BN antara faktor utama yang menimbulkan kesedaran kepada orang muda untuk menyertai UMNO dan beliau menjangka lebih ramai akan menyertai parti terbabit selepas ini. Sementara itu, AC Mizal yang ditemui pengamal media sejurus program selesai berkata, beliau bersedia untuk membantu UMNO memenangi pilihanraya umum ke 13. "Saya bukan masuk UMNO untuk menjadi ahli sahaja tetapi saya juga bersedia membantu jentera UMNO untuk menarik lebih ramai ahli baru masuk ke dalam parti ini dan sama-sama bergiat cergas," katanya. Sumber - Media Umno |
Raja Petra belum beri kenyataan, peguam tikai motif polis Posted: 23 Apr 2011 09:19 PM PDT Raja Petra Kamarudin belum memberikan sebarang kenyataan kepada polis Malaysia di Bangkok ekoran pertikaian mengenai tujuan siasatan polis ke atas blogger kontroversial itu, kata peguamnya hari ini. Malam tadi, polis mahu mendapatkan keterangannya di Kedutaan Malaysia di Bangkok. "Tiada kenyataan diberikan kepada polis setakat malam tadi," kata peguam Haris Ibrahim kepada The Malaysian Insider menerusi kenyataan SMS sebentar tadi. Dalam pada itu, maklumat diperoleh dari portal Malaysia Today pagi ini menyebut polis mahu menyiasat Raja Petra (gambar) berhubung aduan bahawa dia telah berbohong dalam temu bual disiarkan TV3 dua minggu lalu. Oleh itu, entri ringkas Malaysia Today hari ini berkata wujud 'kebuntuan' dan peguam-peguamnya meminta polis yang mahu bertemu dengan Raja Petra menunjukkan salinan aduan dibuat ke atasnya. "Nampaknya polis mahu mengambil keterangan Raja Petra di bawah Seksyen 203, satu jenayah membuat kenyataan palsu berhubung temu bual dengan TV3 di Perth, Australia. "Satu laporan polis dibuat terhadap Raja Petra mendakwa dia berbohong dalam temu bual TV3," kata tulisan itu. - TMI |
CERITA PASAI NAIB CANSELOR UUM LIAT BAYAQ CUKAI Posted: 23 Apr 2011 07:58 PM PDT Dok baca isu VC UUM hentam kerajaan Kedah ni, panas hati juga aku dengar. Dah liat nak bayaq cukai, depa dok hentam kerajaan Kedah pulak. Isu VC UUM ni bukan baru, aku dah lama dengar dari dulu sampai la ni. Tiap-tiap hari bila staff UUM dok mai makan ke kedai aku ada saja isu UUM depa dok cerita. Bila keluar isu baru ni pasai terasa la juga nak komen pasai VC UUM ni. Dari apa yang aku dengar dari staff UUM yang dok cerita ni, ada beberapa benda yang aku nak tanya kat VC dia ni. 1.VC UUM ada kata UUM ni bukan Universiti mengaut keuntungan, tapi yang aku dok dengar dari staff ni depa habaq kata UUM ni KPI dia menjana kekayaan. Tahun lepas VC UUM umum kata UUM untung RM 80 juta dari penjanaan kekayaan hasil dia meniaga. Takkan untung 80 juta tak leh bayaq cukai sikit kot. IPT lain yang tak bisnes boleh ja bayaq.Liat betoi. 2.Masa VC UUM pi Mekah baru-baru ni, staff ni habaq dia renovate bilik dia RM 500 ribu lebih sebab tak mau dok bilik VC lama yang dah pencen. Dia kata mesti siap sebelum dia balik. Ish sampai banyak tu dia sanggup perabih duit untuk bilik, takkan nak bayaq cukai pun tak leh. 3.Kendian depa habaq lagi, dia repair rumah sampai dekat sejuta sebelum masuk ke rumah kediaman VC. Musykil sungguh aku repair rumah dekat sejuta, cukai sejuta lebih sikit saja pun tak mau bayaq. 4.Baru-baru ni dia pi ke Amerika Syarikat, dekat 90 ribu dia belanja. Banyak juga tu belanja, tak masuk duit claim lagi. VC UUM ni memang terkenal kaki claim. Masa zaman VC Dato Fawzi Basri, dia pernah label VC UUM la ni sebagai "Mamat Kaki Perabih" duit. Sebab dulu dia suka perabih duit UUM. 5.UUM ni dok jana duit dengan hotel, padang golf, go kart, kuda dan banyak lagi. Macam-macam ada kat UUM, takkan dapat duit banyak nak makan sorang. Kongsi-kongsi sama dengan rakyat Kedah ni. Depa yang dok kat Kedah bayaq cukai, tapi tak dak untung. UUM untung banyak tak mau bayaq cukai pulak. Panaih betui. 6.Isu ayaq ni dari zaman BN memerintah lagi. Tapi lani baru nak bising. Dulu masa BN memerintah, ada student mandi tasik sebab tak ada ayaq, lepas tu jatuh dan mati. Tapi tak da sapa yang bising sebab yang memerintah UMNO. Kalau la ni jadi lagu tu, mesti depa kata Ust Azizan bodo tak reti memerintah. Hanya layak jaga sekolah pondok. Kurang ajar punya VC, tak reti hormat orang. 7.Ramai yang dok mai makan depa dok merungut kat UUM sebulan dua tiga kali jemput artis mai menyanyi buat konsert. Kalau mai buat konsert takkan nak bagi ayaq liur kot. Mesti depa bayaq. Nak bayaq artis boleh, takkan cukai sikit pun nak hingaq. Lepas tu Ust hat mai ceramah kat UUM pun depa nak halang. Pelik-pelik. Mai tang tahlil cari Ust, bila ust ceramah kena halang. Dari cerita-cerita yang aku dengaq, VC UUM buat kenyataan ni pun sebab politik juga. Kan PRU 13 dah nak dekat. Kebetulan pulak dia penasihat untuk UMNO tawan Kedah. Sebelum ni pun UMNO Kedah buat program strategik dalam UUM juga. Ahli Parlimen pun ada jugak buat pertemuan tertutup dengan VC UUM untuk bincang kes nak pejatuh Ust Azizan ni. Sidang media isu cukai dan ayaq ni pun depa strategi la kot nak pejatuh MB Kedah. Kalau hampa pi UUM, try naik ke bilik mesyuarat senat depa. Mana ada gantung gambar Ust Azizan sebagai MB, tapi gambar menteri UMNO ada. Kalau pi ke pejabat-pejabat dalam UUM, gambar MB Kedah dok kat atas lantai saja depa kata. Panas hati juga aku dengaq. Kat kedai aku pun aku gantung gambar MB Kedah. Memang padan pun Ust Azizan paku UUM. Dah la menumpang dok di Kedah, lepas tu tak reti hormat tuan rumah. Kalau nak hina tuan rumah pun, sedar-sedar la sikit. Kita orang Melayu sama-sama Islam, jangan dok perlekeh satu sama lain. Wahai Mustafa Ishak, kita sama Melayu, sama Islam. Cukup la hang tendang Nordin Kardi bekas VC hang ke UPSI, jangan la dok buat hal dengan kerajaan Kedah pulak. Harap-harap reti la sama hormat satu sama lain. Pak Long Warung Nasi Lemak Pokok Kayu Kedahlanie |
Naib Canselor Kangkung UUM Bidas Kerajaan Kedah Posted: 23 Apr 2011 06:13 PM PDT 'Hanya layak urus sekolah pondok' - Naib Canselor UUM ALOR SETAR - Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) membidas cabaran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk mengambil alihnya daripada Kerajaan Pusat dan menyifatkan Kerajaan Negeri hanya layak mengurus sekolah pondok. Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan Kerajaan Negeri bercakap di luar konteks dan mempertikaikan kredibiliti pengurusan universiti, sedangkan UUM hanya meminta masalah bekalan air dan kenaikan cukai tanah diselesaikan. Menurutnya, UUM adalah di bawah kelolaan Kerajaan Pusat sebagaimana diperuntukkan perlembagaan dan Kerajaan Negeri tidak berhak mengambil alih pengurusan universiti sekiranya tidak mendapat keizinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Sekalipun Perdana Menteri merestui hasrat Kerajaan Negeri, adakah mereka mampu menampung peruntukan perbelanjaan tahunan UUM yang menelan kos hampir RM300 juta, hampir sama dengan bajet tahunan Kerajaan Negeri? "Selain itu, rakyat Kedah sedia maklum kegagalan Kerajaan Negeri menjaga sekolah pondoknya dan kebajikan rakyat dengan baik sehingga tercetus pelbagai masalah dalaman yang gagal diselesaikan. "Justeru, Kerajaan Negeri tidak perlu tambah beban, sebaliknya bantu UUM selesaikan masalah berbangkit kerana kami memang tiada masalah pengurusan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam. Mengenai soal pembayaran cukai tanah yang menjadi pertikaian UUM dan Kerajaan Negeri, Mohamed Mustafa menegaskan perjanjian rebat air dari RM1.7 juta setahun kepada RM100,000 selama dua tahun yang diuar-uarkan Kerajaan Negeri sebenarnya tidak pernah wujud. Menurutnya, sewaktu pemerintahan Kerajaan Negeri terdahulu, bayaran cukai tanah paling tinggi dikenakan UUM hanya RM300,000 dan dikurangkan kepada RM100,000 setelah dibuat rayuan. "Pengurangan cukai selama dua tahun itu diberikan Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) kepada UUM atas dasar tanggungjawab sosial, lebih-lebih lagi UUM bukan merupakan satu organisasi berasaskan keuntungan. "Perkara sama berlaku pada universiti awam di Lembah Klang yang hanya dikenakan cukai tanah rendah walaupun nilai harga tanah di sana lebih mahal berbanding Kedah. "Saya tidak nafikan peruntukan memang ada namun tidak bermakna Kerajaan Negeri tidak boleh bertimbang rasa kerana wang lebihan boleh digunakan untuk membiayai kebajikan pelajar," katanya. Mohamed Mustafa turut menjelaskan UUM tidak mempunyai motif politik terhadap tindakannya mendedahkan isu cukai tanah dan bekalan air melalui media. "Sebelum ini, kita menyerahkan enam surat rayuan kepada Kerajaan Negeri berhubung isu tanah tetapi dipandang sepi, malah tiada seorang pegawai Kerajaan Negeri dan Syarikat Air Darul Aman (Sada) hadir meninjau masalah kami. "Saya sedia berjumpa dengan Menteri Besar (Azizan) pada bila-bila masa sekiranya diberikan peluang memandangkan tujuan kami hanya mencari penyelesaian," katanya. - kedahlanie |
Noh Omar Ahli Politik Tidak Matang Posted: 23 Apr 2011 05:15 PM PDT Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar dilabel sebagai ahli politik yang tidak matang berikutan enggan akur pada pilihan pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak baru- baru ini. Ketua Serikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Sheikh Ismail berkata Noh dan juga pemimpin UMNO BN yang lain harus akur pada undi rakyat, bukannya mempersalahkan dan menyifatkan pengundi sebagai tidak tahu berterima kasih kepada kerajaan pemerintah. Hakikatnya, Aishah berkata jika kepimpinan dan pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak tidak korup, tidak mungkin rakyat akan beralih arah memangkah Pakatan Rakyat. "Saya rasa Noh Omar sebagai ahli politik yang tidak matang apabila dia menyalahkan rakyat secara keseluruhannya secara terang- terangan khususnya masyarakat Cina yang menolak Barisan Nasional di Sarawak. "Bagi saya gelombang ini bukan sahaja dirasai di Sarawak tetapi juga di Semenanjung di mana kita lihat majoriti masyarakat Cina memang terang- terangan memperlihatkan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat. "Noh Omar yang disifat tidak senang dengan perkembangan itu. Banyak kenyataan pimpinan UMNO salahkan orang Cina kerana pilih Pakatan Rakyat bukannya Barisan Nasional," ujar Aishah. Aishah turut menasihati Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani agar belajar menerima kenyataan bahawa rakyat kini sudah matang berpolitik dan mampu memilih parti politik yang benar- benar menjaga kebajikan mereka. "Jika dizinkan Allah dengan semangat pemimpin- pemimpin, semangat jentera Pakatan Rakyat bukan saja di kalangan majoriti masyaakat Cina tetapi percayalah dalam masa terdekat masyarakat Melayu juga akan merubah perspektif politik mereka dan akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat," katanya. Aishah juga berkata Noh Omar harus menerima kenyataan bahawa UMNO BN kini ditolak dan hilang kewibawaanya dalam arena politk semasa kini. |
Emel 1Malaysia: Siapa Punya, Siapa Kena Bayar? Posted: 23 Apr 2011 08:30 AM PDT APABILA Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan "Look East Policy" pada tahun 1981, pengedar tempatan satu jenama kereta Jepun menyiarkan iklan yang bunyi lebih kurang: "Pandang Ke Timur Beli Kereta Jepun". Adalah perkara biasa bagi kalangan perniagaan mengambil kesempatan daripada apa saja dasar, rancangan dan slogan kerajaan untuk mencari keuntungan. Beberapa bulan sebelum Abdullah Ahmad Badawi ditekan untuk meletakkan jawatan pada awal 2009, sebuah syarikat telah membina pintu gerbang raksasa merentangi Jalan Syed Putra untuk mengiklankan Islam Hadhari. Apabila Abdullah turun, maka iklan itu diturunkan dan kini digantikan dengan iklan mempromosikan 1Malaysia. Beberapa hari kebelakangan ini, tercetus satu lagi kontroversi. Kali ini mengenai apa yang dijenamakan sebagai "1Malaysia E-mail". Sejak Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, memperkenalkan 1Malaysia, banyak papan iklan yang didirikan bagi mempromosi dan meniru slogan itu sehingga ada yang seoleh-oleh mempersendakannya. Dengan menggunakan angka satu (1) sebagai logo, ada yang mendakwa merekalah cat nombor satu di Malaysia. Kalau tidak di Malaysia, di Jepun. Atau teh nombor satu di Negeri China dan syarikat telekomunikasi nombor 1 di merata dunia. Dalam hal emel 1Malaysi ini, yang menjadi pertikaian adalah penjelasan yang bercanggah daripada pihak-pihak yang terbabit. Mohd Najib menulis dalam akaun Twitternya: "Let me clarify that the 1Malaysia Email is a private sector project. No public money is involved, and it's entirely voluntary." (Biar saya jelaskan yang Emel 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Tidak ada wang awam terbabit, dan ia adalah sepenuhnya sukarela.) Tetapi Pengarah Perkhidmatan NKEA bagi Pengisian dan Infrastruktur Komunikasi, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, pula berkata kerajaan akan membayar 50 sen bagi setiap emel kepada pemenang konsesi iaitu Tricubes Bhd. Mohd Najib adalah Perdana Menteri dan Pemandu/NKEA bertanggungjawab kepada beliau. Jadi cakap siapa kita hendak percaya – Perdana Menteri atau budak-budak NKEA? Kalau ikut cakap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, kita kena percaya cakap Perdana Menteri kerana pada pandangan Khairy, budak Pemandu/NKEA berkenaan adalah "Little Napoleon" yang memandai-mandai. Jadi, macam kita pegang kerbau pada cucuk hidungnya, kita akan pegang Mohd Najib pada cakapnya iaitu "Emel 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Tidak ada wang awam terbabit dan adalah sepenuhnya sukarela". Wallahualam. Setiausaha Publisiti DAP yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula menyifatkan kenyataan-kenyataan mengenai '1Malaysia E-mail' sebagai amat mengelirukan. Bukan Kaedah Yang Jadi Masalah YANG menjadi masalah dalam urusan dengan kerajaan bukan surat, emel atau urusan lisan, tetapi sikap kakitangan awam, termasuklah menteri. Menukarkan surat dengan emel, walaupun didakwa lebih murah dan cepat, tidak akan menyelesaikan masalah kalau kakitangan awam terus curi tulang dan tidak amanah. Dalam masa dua tiga bulan ini saya (atau pihak-pihak yang mewakili saya) telah mengutus tiga pucuk surat kepada pihak berkuasa – sepucuk kepada seorang menteri, sepucuk kepada pegawai Jabatan Akauntan Negara dan sepucuk kepada setiausaha akhbar seorang menteri. Surat kepada menteri langsung tidak dilayan. Surat pengesahan penerimaan pun tidak ada. Bukan minta apa pun, sekadar memberi rujukan watak kepada seorang doktor swasta untuk satu anugerah. Surat kepada Jabatan Akauntan Negara mengambil masa lebih dua bulan untuk dijawab. Itu pun selepas yang mengancam menulis mengenainya dalam blog. Saya bertanya kepada Jabatan Akauntan Negara macam mana nama, nombor Mykad, nombor kad pengenalan lama dan alamat rumah saya boleh jatuh ke tangan sebuah agensi swasta yang mendakwa saya ada wang di bawah Akta Wang Tidak Dituntut (Unclaimed Monies Act) yang diuruskan oleh jabatan berkenaan. Surat kepada Setiausaha Akhbar Menteri pula mengenai keruntuhan tapak pembinaan bangunan 10 tingkat di hadapan pejabat saya di Jalan Klang Lama. Bila ditanya, pegawai itu kata sudah dipanjangkan kepada pegawai yang bertanggungjawab. Jawapan pihak berkuasa entah bila akan sampai (kalau ada), tetapi saya sudah pun berjaya menghubungi pemaju. Itu saya. Tak apalah, kira bicara saya agak panjang. Kalau lain tak jalan, saya boleh tulis dalam blog atau mengadu kepada surat khabar. Tetapi apa halnya dengan rakyat biasa? Sikap dan sifat buruk macam inilah yang menyebabkan slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" menjadi bahan lawak jenaka rakyat jelata. Takut-takut Emel 1Malaysia juga akan menjadi bahan lawak jenaka. Tetapi yang lebih saya takuti adalah manakala rakyat jelata ketawa terbahak-bahak, pemegang konsesi ketawa berdekah-dekah sepanjang jalan menuju bank dengan duit secekak. Barang dijauhkan Allah satu lagi musibah. A KADIR JASIN |
Polis minta lebih masa siasat video seks Posted: 23 Apr 2011 07:33 AM PDT Polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video lucah yang didakwa melibatkan individu mirip seorang pemimpin pembangkang kerana ia memerlukan penelitian bagi melengkapkan siasatan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar. "Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari," katanya kepada Bernama. "Kita jalankan kerja kita dan apa juga keputusannya kemudian akan diumumkan kalau bukan kita pihak Peguam Negara akan umumkan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Majlis Sehari Bersama Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di Shah Alam hari ini. Rabu lalu, Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis menyemak dan menambah maklumat berhubung kertas siasatan rakaman aksi seks itu. Ketua pendakwa Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata kertas siasatan dikemukakan pada 19 April itu telah dikembalikan pada hari yang sama. "Saya telah berikan polis arahan supaya menyiasat lanjut. Kita tidak memberikan mereka sebarang tempoh masa untuk melengkapkan siasatan. "Ini kali kedua kertas siasatan dipulangkan kepada polis," kata Tun Majid (kanan). Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bahagian-bahagian yang memerlukan siasatan lanjut. Apabila ini dilakukan, ia bermakna ini kali ketiga bagi polis mengemukakan kertas siasatan mereka ke Pejabat Peguam Negara buat kali ketiga. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya sudah menghantar kertas siasatan berhubung kes tersebut minggu lalu tetapi diminta membuat semakan terhadap beberapa perkara. Ismail juga minggu lalu berkata polis telah mengenalpasti individu dalam aksi seks berkenaan dan mereka mempunyai bukti yang mencukupi serta pita tersebut adalah tulen. Akhbar milik Umno - Berita Harian pada Rabu lalu yang memetik sumber polis juga melaporkan lokasi video seks tersebut dirakamkan - telah dikenalpasti iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur. Selain itu, wanita dalam rakaman video seks itu dikatakan adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara. Pada 21 Mac lalu, video berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara. Trio 'Datuk T' itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim. |
Raja Petra Ditangkap Di Thailand Posted: 23 Apr 2011 06:08 AM PDT Raja Petra Kamarudin memberi keterangan di Kedutaan Malaysia di Bangkok malam ini, dipercayai berhubung akuan bersumpah 2008 dan pendedahan terbaru menerusi temu bual televisyen dua minggu lalu. Blogger kontroversial itu (picture) kini berada di Bangkok sempena pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) cabang Thailand. Sumber di sini |
Keluar Pakatan - Betul Ke SU Agung PAS Tak Cakap Macam Tu?? Posted: 23 Apr 2011 05:44 AM PDT Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan laporan beberapa media termasuk Utusan Malaysia hari ini, yang mendakwa beliau berkata PAS akan menilai semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan video seks selesai, lapor Harakahdaily. Sambil kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab akhbar-akhbar milik Umno dan BN itu, beliau berkata, laporan berkenaan berniat jahat dan sengaja memanipulasikan kenyataannya. Menurut Mustafa, dia sama sekali tidak pernah mengaitkan isu video seks dengan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam. "Saya ditanya berhubung saranan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) melakukan sumpah mubahalah. "Jadi saya jawab, perkara itu tidak timbul kerana kerajaan sekarang ini menggunakan undang-undang sivil, polis siasat sahajalah. "Kalau ubah kes ini ke Mahkamah Syariah, baru kita (PAS) tengok kembali apa pendirian kita dalam isu tersebut," katanya. Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan sidang media Mustafa semalam itu dengan tajuk 'PAS tunggu siasatan selesai'. Laporan itu menyebut bahawa PAS akan membuat ketetapan baru mengenai masa depan parti itu dalam pakatan pembangkang, apabila siasatan mengenai rakaman video seks yang pelakonnya dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim siap sepenuhnya. Selain Utusan, beberapa media lain termasuk Berita Harian dan The Star turut melaporkan perkara yang sama. Sehubungan itu, beliau mahu media-media yang terlibat agar memohon maaf serta memperbetulkan laporan mereka sebelum tindakan perundangan diambil. |
You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan