Selasa, 12 April 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Jawatan Ketua Menteri - Taib Terus Berdolak Dalik

Posted: 11 Apr 2011 11:44 PM PDT

Peralihan kuasa: Saya tak akan masuk perangkap Pakatan, kata Taib

Taib mengetepikan desakan pembangkang agar beliau umumkan tarikh melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak. — Foto oleh Choo Choy May

KUCHING, 12 April — Dalam kenyataan kedua tidak sampai 24 jam mengenai isu peralihan kuasa, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau sama sekali tidak akan "terperangkap" dengan desakan agar mengumumkan tarikh mahu melepaskan jawatannya itu.

Pembangkang menggesa Taib, Pengerusi BN Sarawak, mengumumkan tarikh mahu berhenti daripada menjadi Ketua Menteri sebelum hari pengundian Sabtu ini bagi membuktikan beliau benar-benar ikhlas dengan janjinya.

"Pembangkang tahu bawa ia (desakan) tidak boleh memerangkap saya," kata Ketua Menteri Sarawak paling lama ini, yang memutuskan untuk mengetuai BN Sarawak menghadapi pilihan raya negeri kali ke-10.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL"Kita tidak sebegitu jahil untuk mengumumkan (pelan) peralihan dan kemudian menetapkan tarikh (melepaskan jawatan)," kata beliau kepada pemberita di Pullman Hotel di sini pagi ini.



Sebagaimana dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam kelmarin bahawa pelan peralihan kuasa tidak harus dilakukan tergesa-gesa, Taib berkata ia harus dilaksanakan dengan tersusun.

"Tidak, anda perlu melakukan dengan cara yang betul," kata Taib.

Taib juga berkata beliau tidak akan tunduk kepada tekanan daripada pembangkang yang terus-menerus berpegang pada topik peralihan kuasa dan menegaskan parti mereka sendiri juga berada dalam huru-hara.

Pada satu majlis di sini malam tadi, Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PPB) membayangkan beliau hanya akan bersara dalam "beberapa tahun lagi".

Apabila masa itu tiba nanti, kata Taib, beliau mahu generasi muda Sarawak meneruskan sokongan kepada pemimpin yang akan mengambil alih kepimpinan negeri daripadanya.

Taib yang menerajui kerajaan negeri sejak 30 tahun lalu merupakan Ketua Menteri paling lama memegang tampuk kepimpinan Sarawak.

Kata Taib, sokongan mereka penting bagi memastikan segala usaha pembangunan dan kemakmuran untuk Sarawak dapat dilaksanakan.

"Apabila saya berhenti nanti dalam beberapa tahun (lagi), saya ingin hendak melihat generasi awaklah yang akan menyokong orang yang akan menyambut kuasa daripada saya memelihara Sarawak terus benar-benar maju dan benar-benar mewah sekali," kata beliau ketika berucap pada konsert 1 Malaysia yang diadakan di Padang Merdeka di sini malam ini.

Kenyataan Taib semalam adalah bayangan pertama mengenai peralihan kuasa sejak isu itu timbul dalam pilihan raya negeri 2011.

Selepas mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 21 Mac lalu, Taib berkata, beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri ke-10 ini.

Kelmarin, dilihat seolah-olah sudah mengesan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Sarawak terhadap Taib, Najib dalam mesej pertama sempena kempen enam hari menjelang hari penentuan Sabtu ini menegaskan perubahan kepimpinan akan dilaksanakan secepat mungkin selepas pilihan raya.

Bagaimanapun kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak percaya jaminan Najib itu akan menjadi kenyataan memandangkan Taib pernah membuat janji untuk berundur tetapi tidak ditunaikan.

Najib berjanji bahawa perubahan dalam kepimpinan tertinggi sudah pun disusun dan "perubahan secara tiba-tiba" akan menyebabkan ketidaktentuan di negeri bumi Kenyalang itu.

Kepimpinan Taib genap 30 tahun pada 26 Mac lalu.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Penduduk Iban Luahkan Kemarahan Mereka Kepada Calon PAS

Posted: 11 Apr 2011 09:20 PM PDT


Calon PAS Tanjong Datu, Nani Sahari bercakap kepada pengundi Iban di Sungai Limo malam tadi

SANTUBONG, 12 April: Kaum Iban terbukti tidak dapat menyembunyikan lagi kemarahan mereka terhadap pemimpin BN Sarawak yang sudah lebih 30 tahun menindas mereka.

Kemarahan dan rasa tidak puas hati mereka diluahkan dalam satu majlis bersama calon PAS Tanjung Datu, Nani Sahari dan beberapa pimpinan PAS pusat malam tadi di rumah salah seorang penduduk Iban di Kampung Sungai Limo, lebih kurang 20 kilometer dari pekan Lundu.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
AJK Bahagian Iban PKR bagi Dun itu, Hamden Ak Sedi dalam ucapannya dengan penuh semangat menyeru penduduk Iban agar tidak lagi memberi peluang kepada BN pada pilihan raya kali ini.

Beliau sebaliknya meminta mereka memberi undi kepada Pakatan Rakyat yang disifatkan sebagai ikhlas membela nasib mereka khususnya mengenai masalah pemilikan tanah adat yang sudah bertahun-tahun membelenggu mereka.

Beliau yang berucap dalam Bahasa Iban meluahkan kemarahannya kepada kepimpinan BN yang penuh dengan salah guna kuasa dan rasuah.

"Sudah lama kita undi mereka, tapi apa yang kita dapat? Masalah kita tidak pernah selesai.

"Mereka terus senang lenang,kita masih begini juga," katanya.

Sementara itu, wakil ketua kaum Iban, Goh Kine Chong meminta ahli Parlimen Pakatan Rakyat membawa masalah tanah adat ini ke Parlimen kerana katanya mereka tidak mampu lagi berbuat apa-apa.

"Penduduk sini terima sahaja sesiapa yang masuk tapi harapan kami menggunung agar calon yang menang ini dapat mendengar luahan hati kami.

"Kami sangat berharap ahli Parlimen yang ada ini dapat membawa masalah kami ke Parlimen dan membela nasib orang Iban," katanya sambil memandang ke arah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli yang merupakan ahli Parlimen Kubang Kerian dan Kuala Krai.

Goh turut mendakwa kaum Iban dan Dayak sudah lama dianak tiri BN apabila membiarkan seorang sahaja penghulu mentadbir hampir 5000 penduduk kaum itu.

"Seorang penghulu sahaja tidak mampu mentadbir penduduk yang ramai.

"Sebab itu masalah tanah tidak dapat dipertahankan.

"Dulu saya memang orang BN tapi bila melihat BN tidak bersungguh membantu kami, saya berfikir untuk menukar undi saya," katanya yang merupakan bekas kaunselor di sebuah sekolah di Sarawak.

Hampir 100 penduduk Iban memenuhi rumah dan perkarangan rumah malam tadi.

Mereka menunjukkan riak wajah gembira menyambut kehadiran PAS dan mendengar ucapan Salahuddin dan Dr Hatta dengan penuh semangat.

Nani turut berucap dengan meminta mereka memberi undi kepadanya agar beliau dapat membawa masalah mereka ke sidang Dun Sarawak.

"Nanti conteng (pangkah) bulan, jangan conteng BN. Berilah kepercayaan kepada saya, jangan terpedaya dengan janji kosong BN," katanya disambut tepukan daripada penduduk.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Najib Makin Sesak Nafas Di Sarawak

Posted: 11 Apr 2011 07:47 PM PDT

WarkahDaily – Apa yang tak sesak nafasnya kalau dapat tahu, program yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR) lebih mendapat sokongan dan tarikan penduduk Sarawak berbanding program Barisan Nasional (BN) walaupun program itu melibatkan Perdana Menteri sendiri.

Ini terbukti apabila Najib beberapa kali datang untuk kempen BN demi untuk menyelamatkan situasi Taib Mahmud sedang kepanasan dimarahi penduduk Sarawak.

Walaupun kehadiran PM kebiasaannya, budak-budak sekolah, guru-guru, kakitangan kerajaan lain akan dikerah dan dipaksa untuk menghadirkan diri dalam program bersama Perdana Menteri, namun ianya tidak seperti yang diingini Najib sendiri.

Sejarah Malaysia tercatat, di negeri Bumi Kenyalang yang disangka kubu kuat BN sehingga sukar untuk ditembusi PR, namun 10 April lepas, suatu fenomena yang tidak dapat diungkapkan dan digambarkan oleh pemimpin BN sehingga mungkin boleh sesak nafas bagi KM Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud dan Pengerusi BN pusat sendiri, Datuk Seri Najib Razak.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
Pakatan Rakyat telah menganjurkan satu ceramah di Batu Kawa yang dihadiri hampir 10,000 orang yang menjadikan ianya umpama rapat umum. Sambutan luar biasa ini jarang berlaku di Sarawak yang turun-temurun diperintah BN.

Menurut Harakahdaily, fenomena ini bukan sahaja berlaku di Kuching bahkan juga di bandar-bandar utama yang lain iaitu Sibu dan juga Miri.

Kehadiran barisan penceramah 'Top Gun' Pakatan Rakyat iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, membuatkan jalan menuju ke bandar Kuching sesak.

Untuk ke tempat ceramah yang diadakan kawasan lapang di Batu Kawa Bridge itu, orang ramai terpaksa mengharungi kesesakan hampir 5 kilometer.

Mereka yang rata-rata masyarakat tempatan terpaksa meletakkan kereta jauh, dan berjalan kaki menuju ke tempat ceramah.

"Ini sangat menakjubkan. Tak pernah macam ni sebelum ini. Ini lebih panjang dari nak berjalan ke konsert rock" kata seorang wanita China yang berjalan menuju ke tempat ceramah.

Ditanya jangkaannya kenapa rakyat keluar begitu ramai, beliau berkata rakyat khususnya di kawasan bandar sememangnya sudah bosan dengan sikap pemimpin BN khususnya Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud.

"Kamu lihat betapa sanggup kami berjalan. Taib Mahmud sudah melampau, cukup la dia, kami mahu ubah," katanya lagi.

Pilih pemimpin amanah


TUMPUAN: Tuan Guru Datuk Nik Aziz mendapat perhatian hangat dari hadirin yang hadir membanjiri ceramah PR di Batu Kawa. | foto Harakahdaily
Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam ucapannya pula mahu rakyat di negeri ini memilih pemimpin yang amanah dan tidak mengkhianati rakyat dan tidak melakukan kemungkaran di bumi Allah.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, apa yang sudah terbukti, Pakatan Rakyat telah mempamerkan urus tadbir yang baik di negeri yang diperintah mereka termasuk Kelantan yang diperintah sudah lebih 20 tahun dengan menerapkan nilai agama Islam.

"Pilihan raya ini tempat kita nak pilih pemimpin yang baik dan amanah.

"PAS berkawan dengan DAP dengan PKR dan berjanji untuk menjaga rakyat dengan lebih baik.

"Jadi pilih calon Pakatan Rakyat. Kalau calon DAP bertanding, pangkah DAP, kalau PKR tanding, pakah PKR, kalau PAS tanding pakah PAS,"katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Buaya dua kaki

Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang ketika berucap, turut menyeru rakyat agar memilih calon DAP di Dun itu Christina Chew yang boleh menangkap 'buaya dua kaki' yang sering memakan harta rakyat negeri ini.

"Di Sarawak ada banyak sungai, dalam sungai ada banyak buaya, bukan buaya 4 kaki, tapi buaya dua kaki.

"Kalau 4 kaki takpa, kita boleh tembak saja tapi ini buaya dua kaki, kita kena undi Christina untuk ajar itu buaya dua kaki,"katanya yang juga setiausaha DAP.

Sambil menyeru rakyat agar berhenti memberi mandat kepada BN, beliau juga mahu rakyat jangan terus tertipu dengan janji Taib yang mahu jadikan Sarawak negeri terkaya.

"Nak jadi kaya mesti zero corruption, kalau tidak, you zero income",tegasnya.

Beliau turut mengajak hadirin menukar rangkap lagu 'I want nobody nobody but you' nyanyian Wonder Girls kepada 'No money no money for you' untuk ditujukan kepada Taib Mahmud.

Najib cuba selamatkan Taib

Anwar yang juga Ketua umum PKR pula membidas kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri berkempen ke Sarawak.

Sambil menyifatkan ianya sejarah dalam pilihan raya Sarawak, ianya juga memberi maksud BN terlalu takut dengan kuasa rakyat yang kini sudah tidak boleh menerima lagi Taib Mahmud.

Sebab itu beliau menyifatkan kehadiran Najib adalah untuk selamatkan Taib.

Namun kehadiran Najib di Sarawak dikhabarkan tidak mendapat perhatian dan sokongan padu seperi yang diterima PR padahal setiap kali PM datang, pasti kakitangan kerajaan dan pelajar akan dipaksa untuk hadir ke program berkenaan.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Rakyat DUN Muara Tuang, Kota Samarahan desak kerajaan BN bina jambatan di Tanjong Bundong.

Posted: 11 Apr 2011 09:28 AM PDT


Tajong Bundong, Kota Samarahan, Sarawak - Penduduk Kampung Tanjung Bundong, Kampung Muara Tuang, Asajaya, Sadong Jaya dan Sebuyau, Kota Samarahan, Sarawak mendesak agar kerajaan negeri Sarawak dan kerajaan pusat membina sebuah jambatan yang merentangi Sungai Sabang yang hanya seluas 243 Meter di antara Tanjong Bundong, Muara Tuang dengan Asajaya

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
Perkhidmatan Feri yang berbayar yang telah beroperasi sejak tahun 1979 itu tidak lagi relevan kerana pengguna jalanraya dengan kenderaan bermotor semakin bertambah, saban hari menjadikan jalan tersebut sebagai laluan utama yang menghubungkan Bandaraya Kuching, Kota Samarahan dengan kawasan pedalaman seperti Asajaya, Sadong Jaya, Simunjan dan Sebuyau.

Malah jika air surut, feri tidak dapat beroperasi dan kenderaan seperti kereta, van, bas, lori akan terkandas beberapa jam.Pada waktu kecemasan, seperti laluan ambulan..ambulan terpaksa menunggu feri datang untuk ke seberang Sungai Sabang

Rakyat DUN Muara Tuang

Koordinat Muara Tuang dan Tanjong Bundong di dalam Google Map adalah di 1°28'7"N 110°29'45"E
dan di dalam Wikimapia pula adalah http://wikimapia.org/#lat=1.4597684&lon=110.5028379&z=17&l=0&m=h

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

BN Ajak Orang Tua Tengok Video Seks

Posted: 11 Apr 2011 06:42 AM PDT

Panas! Video lucah ditayangkan kepada warga tua Sarawak

Video lucah lelaki mirip Anwar Ibrahim menjadi bahan kempen untuk ditayangkan kepada orang ramai termasuk warga tua terutama di kawasan pedalaman Sarawak melalui peranti-peranti elektronik seperti iPad. Dijangka kempen politik lucah ini akan diteruskan sehingga hari mengundi bagi meraih sokongan rakyat kepada calon-calon Barisan Nasional.


Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
Nampaknya gerombolan songkok tinggi sudah tidak mampu lagi berkempen secara bersih, lebih-lebih lagi sentimen anti Taib Mahmud yang sedang memuncak di kalangan rakyat Sarawak. Maka mereka terpaksa menggunakan video lucah untuk berkempen sekaligus meneruskan amalan "politik selak kain


Songkok tinggi ni memang tak bermoral. Tu lah padahnya bila tidak mengambil islam sebagai guideline. Ikut suka dia je nak tuduh orang berzina. Mufti dah pun bagitau, video tidak boleh menjadi bahan bukti. Nah apa lagi...

Sumber - Milo Suam

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

'Kesetiaan Guru' Sarawak Ditagih

Posted: 11 Apr 2011 05:06 AM PDT

TPM minta 'jasa baik' guru di S'wak sokong BN

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta 'jasa baik' para guru di Sarawak supaya menyokong BN dalam pilihan raya negeri itu pada 16 April depan.

Beliau yang juga timbalan perdana menteri menggesa mereka membantu BN menang besar, dengan memangkah calon-calonnya dalam pilihan raya negeri Sabtu depan.

Muhyiddn yang juga timbalan pengerusi BN berucap kepada kira-kira 400 guru yang mengikuti satu program untuk pendidik di Sibu petang ini.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
Selepas ini, kata Muhyiddin, pembangkang akan mendakwa BN berkempen melalui guru-guru, tetapi tegasnya, ianya bukan hanya satu peringatan lembut, tetapi juga peringatan yang penting.

Sambil mengkritik kempen Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan, Muhyiddin berkata, rancangan pembangunan mungkin terjejas jika berlaku perubahan tersebut.

Menurutnya, rancangan pembangunan akan terjejas jika berlaku gangguan atau perubahan mengikut cara pembangkang.

Beliau mengumpamakan kempen pembangkang untuk perubahan itu umpama 'tikus membaiki labu' - satu pepatah Melayu yang bermaksud tindakan yang akan memburukkan lagi keadaan.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

PKR juga gesa Najib umum tarikh Taib undur, pengganti

Posted: 11 Apr 2011 02:49 AM PDT

KUCHING, 11 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR), satu lagi komponen Pakatan Rakyat menggesa Datuk Seri Najib Razak agar mengumumkan tarikh Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan melepaskan jawatan ketua menteri dan bakal penggantinya.

Pagi tadi, DAP meminta ketua menteri paling lama itu melepaskan jawatannya sekarang.

Petang ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menolak keikhlasan Najib dengan menyifatkan janji Pengerusi BN itu sebagai "satu lagi gimik politik untuk mengkaburi penilaian rakyat."

Anwar meramalkan Najib akan gagal menunaikan janjinya meskipun beliau merupakan perdana menteri dan pengerusi BN.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
Katanya, Najib tiada pengaruh ke atas Taib yang tidak pernah tunduk kepada pemimpin berpengaruh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

"Janji ini pernah dibuat sebelum ini, jadi sama ada Dr Mahathir berbohong atau beliau tiada kapasiti untuk mengatasi pengaruh Taib," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat yang merujuk kepada kegagalan Dr Mahathir untuk memastikan Taib berpegang kepada janji yang sama 16 tahun lalu.

"Ini ulangan kepada apa yang berlaku sebelum ini," kata Anwar sambil menambah, beliau yakin Najib tidak akan menunaikannya.

"Jika beliau serius dan bertekad untuk melakukannya, beliau perlu membuat pendirian sekarang... bila Taib akan meletakkan jawatan dan siapa yang akan mengambil alih," kata Anwar lagi.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Tiada ulasan: