Selasa, 12 April 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Pendakwah Kristian dakwa Kiamat jatuh pada 21 Mei 2011

Posted: 11 Apr 2011 11:07 PM PDT



Pihak berkuasa agama negeri ini digesa segera menyiasat motif sekumpulan pendakyah Kristian warga Amerika Syarikat yang giat menyebarkan risalah berkaitan hari kiamat mengikut kepercayaan mereka di sekitar bandar ini.

Exco Dewan Pemuda PAS Pahang, Khairy Abdul Ghani berkata, usaha penyebaran risalah tersebut mestilah dihentikan segera kerana dikhuatiri boleh menggugat akidah dan berlaku panik di kalangan umat Islam.

"Kelmarin (Ahad), kira-kira jam 2.30 petang kami didatangi sekumpulan warga Amerika yang bertindak menyebarkan risalah berkaitan 'Judgement Day on May 21, 2011' oleh pendakyah Kristian yang memakai seragam yang sama bertemakan Judgement Day.

"Mereka mendakwa, mereka dalam perjalanan ke merata tempat dengan menaiki kapal untuk menyebarkan makluman tersebut kepada semua umat manusia di seluruh dunia," ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurut Khairy yang membuka perniagaannya di pusat perniagaan East Coast Mall dekat sini, semasa menyebarkan risalah tersebut mereka mendakwa dengan kemusnahan dan bencana alam yang semakin menjadi-jadi pada masa ini menunjukkan bahawa hari kiamat sudah sangat hampir.

Tambahnya, beliau juga mendapat maklumat orang ramai di tempat lain juga menerima risalah yang sama kerana pendakyah berkenaan akan menumpukan sasaran di tempat orang ramai bercuti hujung minggu.

"Sebagai Muslim kita sentiasa percaya kepada Hari Akhirat iaitu kehidupan selepas mati, tetapi menurut risalah yang diedarkan, hari Kiamat itu akan berlaku pada 21 Mei 2011 mengikut formula mereka"

"Pada saya hanya Allah yang tahu bila kiamat akan berlaku dan bukan ditentukan oleh manusia. Mungkin juga ada agenda lain di sebalik penyebaran risalah tersebut iaitu untuk melemahkan umat Islam daripada bekerja dan berusaha.

"Jadi sebab itu saya desak pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan polis segera bertindak kerana jika penyebaran ini tidak dihentikan segera, kami sangat bimbang sekiranya ia boleh menggugat akidah umat Islam dan mengkucar-kacirkan keadaan," katanya.

Difahamkan, kumpulan yang menyebarkan risalah secara terang-terangan itu sengaja mensasarkan kumpulan orang Melayu terutama muda-mudi tanpa diketahui apakah sebenarnya tujuan mereka [Hdaily].

ReJaM©

Penduduk Dayak mengaku tanah dirampas Taib Mahmud

Posted: 11 Apr 2011 02:59 PM PDT


Video pengakuan seorang warga tua penduduk Sarawak berbangsa dayak yang bernama Akiu Nora dari Kampung Bengoh berkenaan rampasan tanah yang telah dilakukan oleh taib mahmud. Beliau mengaku bahawa kaum dayak di kawasan beliau tidak bersetuju dengan Taib Mahmud kerana tanah pusaka kaum dayak telah dihabiskan tak tentu pasal dan tidak diberikan pampasan. Ikuti pengakuan beliau melalui rakaman video di bawah ini.




ReJaM© "Gerombolan songkok tinggi tetap kata Taib Mahmud baik... kah kah kah..."

Calon KEADILAN dituduh punyai anak luar nikah

Posted: 11 Apr 2011 10:21 AM PDT

Blogger gerombolan songkok tinggi semakin menggila dengan trend "politik lucah" sejak kebelakangan ini untuk meraih sokongan rakyat Sarawak. Kalau sebelum ini mereka sanggup menelusuri kampung-kampung pedalaman di Sarawak semata-mata untuk menayangkan video lucah kepada orang kampung termasuk warga tua klik link ini [warga tua]. Kali ini mereka secara berjamaah menyebarkan cerita lucah yang baru demi meraih sokongan Rakyat Sarawak.

Blog-blog gerombolan songkok tinggi kini heboh menyiarkan cerita kononnya salah seorang calon KEADILAN yang bertanding di Sarawak memiliki anak luar nikah pula. Di bawah ini screenshot yang diambil dari salah sebuah blog popular geng songkok tinggi yang juga diiktiraf sebagai "blogger kita" di Utusan Malaysia.


Kegilaan blogger songkok tinggi menyebarkan cerita lucah nampaknya sudah tidak terkawal, seperti ada koordinasi terancang mencari cerita-cerita lucah bagi meraih sokongan rakyat Sarawak. Sama ada anda percaya ataupun tidak, fakta yang terbentang di depan mata membuktikan mereka sentiasa menggunakan POLITIK LUCAH untuk meraih sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dan UMNO PORNO.




ReJaM© "Cerita Lucah, Seks, Zina, Liwat, Pelacur, Gay, Anak haram dan UMNO-BN memang tidak dapat dipisahkan lagi bagaikan air dengan tebing. Tiada aur atau tebing maka tiadalah sungainya"

Panas! Video lucah ditayangkan kepada warga tua Sarawak

Posted: 11 Apr 2011 06:55 AM PDT

Email yang diterima daripada salah seorang pembaca MiLo SuaM yang tidak mahu disiarkan identitinya mendedahkan bahawa kempen politik lucah sudah mula dijalankan di Negeri Sarawak sepanjang masa berkempen di Pilihanraya Negeri yang sedang berlangsung saat ini.

Video lucah lelaki mirip Anwar Ibrahim menjadi bahan kempen untuk ditayangkan kepada orang ramai termasuk warga tua terutama di kawasan pedalaman Sarawak melalui peranti-peranti elektronik seperti iPad. Dijangka kempen politik lucah ini akan diteruskan sehingga hari mengundi bagi meraih sokongan rakyat kepada calon-calon Barisan Nasional.


Nampaknya gerombolan songkok tinggi sudah tidak mampu lagi berkempen secara bersih, lebih-lebih lagi sentimen anti Taib Mahmud yang sedang memuncak di kalangan rakyat Sarawak. Maka mereka terpaksa menggunakan video lucah untuk berkempen sekaligus meneruskan amalan "politik selak kain".




ReJaM© "Video lucah jadi bahan meraih sokongan rakyat, so so lame..."

Update 21:37: Hasil tinjauan, terbukti tugas meraih undi menggunakan video lucah ini dilakukan oleh blogger gerombolan songkok tinggi. Sila rujuk blog-blog popular gerombolan songkok tinggi, anda akan temui jawapannya.

Tiada ulasan: